You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Setiap pendidik berhasrat untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan. Omardin


Ashaari (1999) menyatakan guru perlu membuat perancangan dengan teliti terlebih dahulu.
Mereka juga harus memastikan kaedah yang terbaik untuk mengawal kelas agar pengajaran yang
disampaikan itu berjalan dengan lancar dan berkesan. Kita memerlukan satu mekanisme dalam
menggerakkan kreativiti guru dalam pengajarannya untuk mencapai tahap ini.

Sehubungan dengan itu, untuk menggerakkan kreativiti seseorang Mohd. Azhar (2001)
menyatakan motivasi amat penting untuk berkreativiti sama ada secara individu atau
berkumpulan, di mana motivasi ialah suatu keadaan yang mana individu atau kumpulan berusaha
menggerakkan tingkah laku atau satu dorongan yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan
insentif tertentu. Malah Evans (1991) menyatakan “creativity is often motivated by an
individual’s or group need to invent solutions from limited resources”, beliau juga menegaskan
bahawa walau apa pun sebabnya, motivasi merupakan faktor terpenting dalam kreativiti.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

KSSR telah diperkenalkan pada tahun 2010, tetapi ramai pelajar yang merasakan
matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami dan menjemukan.
KSSR menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu
pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua pelajar. Penguasaan dan pencapaian
Matematik pelajar secara keseluruhannya masih belum memuaskan berbanding dengan Mata
pelajaran lain. Adakah faktor-faktor motivasi dan persekitaran dapat meningkatkan kreativiti
guru sekolah rendah dalam mengajar mata pelajaran matematik?

Antara faktor yang menyebabkan wujudnya masalah pencapaian akademik ialah


kurangnya kreativiti guru dalam mengajar mata pelajaran matematik. Sekiranya keadaan tersebut
dibiarkan berlanjutan, sudah pasti akan menimbulkan impak negatif terhadap sistem pendidikan
negara kita. Selain berlakunya keciciran pelajar dalam mata pelajaran matematik, peluang pelajar
untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam bidang matematik atau jurusan
yang berkaitan dengannya turut terjejas. Seterusnya, pelajar akan mengalami kesukaran semasa
mencari pekerjaan.

Menurut Zaleha Ismail dan Mohd Khalid Kasmin (2006), pelajar hilang minat terhadap
pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran tidak menarik dan
tidak menepati objektif pengajaran, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan
pendekatan pengajaran yang statik. Walaupun jurnal ini berkaiatan pendekatan yang berlainan
iaitu E-Pembelajaran tetapi beliau menekankan tentang sesuatu pembelajaran yang menarik
perhatian pelajar. Menurut Woolfolk (2007) konsep pembelajaran membawa maksud perubahan
yang berlaku kepada pengetahuan, kemahiran atau tingkah laku manusia kesan daripada proses
pengalaman. Perubahan ini biasanya bersifat kekal. Seseorang individu perlu menyedarinya dan
melaluinya secara langsung untuk membolehkan sesuatu proses pembelajaran berlaku dengan
sempurna. Proses pembelajaran ini berlaku kesan daripada pemerolehan maklumat oleh manusia
daripada persekitarannya.

Menurut artikel Ahmad, S., & Azwawi, T. (2006), menyatakan tentang pelbagai isu-isu
dalam pendidikan matematik. Salah satunya adalah kesukaran mempelajari matematik yang
dihadapi oleh pelajar yang lemah adalah lebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan tinggi.
Kebanyakan guru hanya menghabiskan sesuatu tajuk dengan segera dalam masa yang telah
ditetapkan dan melompat ke tajuk-tajuk yang seterusnya. Ini menyebabkan pelajar panik dan
lantas lupa akan pembelajaran sebelumnya. Guru mengejar masa untuk menghabiskan semua
tajuk sebelum peperiksaan akhir tahun dan tidak mengambil kira pelajar menguasai sesuatu tajuk
atau tidak. Ini adalah suatu masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam memahami tajuk
dengan sempurna dan tidak dapat menjawab dalam peperiksaan. Pencapaian pelajar rendah
disebabkan faktor menghabiskan tajuk dengan segera tanpa mengaplikasikan kreativiti dalam
mengajar mata pelajaran matematik.

Justeru, kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar yang kurang menguasai sesuatu
tajuk dan mengulanginya sehingga pelajar menguasai tajuk berkenaan. Ia juga dapat membantu
pelajar-pelajar yang lambat membina konsep matematik dan seterusnya dapat menguasai
kemahiran supaya mereka tidak ketinggalan daripada pelajar-pelajar lain. Penilaian bilik darjah
yang ringkas ini akan mengukur matlamat pembelajaran yang paling penting dari sebuah unit
pengajaran dan biasanya adalah ditadbir selepas seminggu atau dua pengajaran.

Kreativiti merupakan nadi dalam kehidupan seharian. Kreativiti digunakan dalam banyak
keadaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tanpa kreativiti guru maka pembelajaran
akan menjadi lesu. Mohd Azhar (2001) berpendapat zaman kanak-kanak adalah zaman
perkembangan daya kreativiti. Kreativiti ini terus subur dari hari ke sehari. Namun begitu
menurutnya lagi sebaik sahaja kita memasuki alam persekolahan dan semakin tinggi tahap
persekolahan, semakin nipis daya kreativiti seseorang. Oleh itu kreativiti tidak dapat dikekalkan
sentiasa. Ianya memerlukan dorongan bagi meningkatkan kreativiti seseorang. Sehubungan
dengan itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpati apakah faktor-faktor yang memberi motivasi
kepada kreativiti guru dalam pengajaran terutamanya bagi subjek Matematik. Ini adalah kerana
seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi
para pelajar (Yong dan Biraimah, 1996).

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor intrinsik, ekstrinsik dan


persekitaran yang mempengaruhi kreativiti guru dalam mengajar mata pelajaran matematik. Ini
akan meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran matematik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini ialah untuk:

1. Mengenal pasti faktor-faktor intrinsik yang memberi motivasi kepada kreativiti guru
dalam mengajar mata pelajaran Matematik.

2. Mengenal pasti faktor-faktor ekstrinsik yang memberi motivasi kepada kreativiti guru
dalam mengajar mata pelajaran Matematik.

3. Mengenal pasti faktor-faktor persekitaran yang memberi motivasi kepada kreativiti guru
dalam mengajar mata pelajaran Matematik.
4.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah faktor-faktor intrinsik yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam
mengajar mata pelajaran Matematik?

2. Adakah pasti faktor-faktor ekstrinsik yang memberi motivasi kepada kreativiti guru
dalam mengajar mata pelajaran Matematik.

3. Adakah pasti faktor-faktor persekitaran yang memberi motivasi kepada kreativiti guru
dalam mengajar mata pelajaran Matematik.

5.0 HIPOTESIS KAJIAN

1. Faktor-faktor intrinsik mempunyai pengaruh signifikan ke atas kreativiti guru dalam


mengajar mata pelajaran matematik.

2. Faktor-faktor ekstrinsik mempunyai pengaruh signifikan ke atas kreativiti guru dalam


mengajar mata pelajaran matematik.
3. Faktor-faktor persekitaran mempunyai pengaruh signifikan ke atas kreativiti guru dalam
mengajar mata pelajaran matematik.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharap akan memberi maklumat kepada guru Matematik tentang betapa
pentingnya Kreativiti guru dalam mengajara mata pelajaran matematik. Hasil daripada kajian ini
akan membantu seorang guru dalam meningkatkan kreativiti dalam mengajar mata pelajaran
matematik. Kajian ini juga akan menjadi panduan alternatif kepada guru untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan secara kreatif. Kreativiti guru dalam
mengajar mata pelajaran matematik akan menyebabkan murid menguasai sesuatu kemahiran dan
konsep Matematik dengan jelas dan ia akan meningkatkan pencapaian pelajar. Ia juga akan
menjadi panduan bagi guru-guru lain yang mengajar Mata pelajaran selain Matematik. Faktor
intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran sangat bersesuaian dalam meningkatakan kreativiti guru
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan, kemahiran dan
perspektif murid dalam bidang ICT serta masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian terhad kepada
tiga buah sekolah sahaja namun dapatan kajian dijangka dapat member pentunjuk-petunjuk
tentang pengetahuan, kemahiran dan perspektif murid dalam bidang ICT serta masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan ini boleh membantu para guru dan pihak kementerian pendidikan mengetahui perspektif
murid yang sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan membantu guru-guru merangcang
aktiviti yang sesuai untuk sesi pengajaran mereka.

Di samping itu, pihak KPM dapat melaksanakan program-program yang bersesuaian dengan
kehendak dan kemampuan murid-murid Sekolaj Jenis Kebangsaan dalam melaksanakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.Pihak KPM juga boleh menggunakan dapatan ini sebagai
garis panduan untuk melaksanakan kursus-kursus dan bengkel-bengkel ICT kepada guru-guru
sekolah jenis kebangsaan Tamil.Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat membantu pihak
perancang program menyediakan bahan yang sesuai untuk guru dan pelajar.

You might also like