You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GERIK

JALAN KUALA KENDERONG, 33300 GERIK,


PERAK DARUL RIDZUAN

Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah SMK Gerik


Minit Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2016

Tarikh : 1 Mac 2016 (Selasa)


Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SMK Gerik

Pengerusi : Pn. Hatun binti M. Akbar (Pengetua)

Pencatat : Pn. Faridatul Husna binti Edris

Kehadiran (Bilangan) : 29/46

Senarai Hadir :

1. Pn. Hatun binti M. Akbar 15. Pn. Siti Zaleha binti Mohd Ramli
2. En. Mohd Shukor bin Haji Ahmad 16. Pn. Norsidah binti Jusoh
3. Pn. Hasnidah binti Hasanudin 17. Pn. Narizah binti Mohd Rozali
4. Pn. Zumaliah binti Yusuf 18. Pn. Faiezah binti Shahrom
5. En. Mohd Shaed bin Mohamed Supian 19. En. Yusuf bin Abdul Rahman
6. En. Sabarudin bin Bahari 20. Pn. Harmila binti Abidin
7. En. Mohd Fauzi bin Mat Said 21. Pn. Nurul Abidah binti Mansor
8. Pn. Wan Rabitah binti Wan Mohd 22. En. Zahrizal bin Mohd Zain
Saman 23. En. Ramli bin Rathi
9. Pn. Sarina binti Hassan 24. En. Ahmad Farik bin Shafie
10. En. Tuan Rohadi bin Tuan Lah 25. Pn. Zarina binti Abdul Wahab
11. Pn. Faridatul Husna binti Edris 26. Pn. Surainy binti Md Yusop
12. Cik Rimazatul Izna binti Abdul Jalil 27. Cik Sharifah Azila binti Syed Mohd
13. Pn. Rosdalina Hafizah binti Mohd Mokhtar
Shadzali 28. Cik Raatna Dewi a/p Chelvary
14. Pn. Abidah binti Mohamad Sarip 29. Pn. Ruslida binti Hamat

Senarai Tidak Hadir

1. En. Zunaidi bin Hassan 9. Pn. Nurniza binti Idris


2. Pn. Intan binti Ilyas 10. En. Muhammad Shauki bin Che Meh
3. Pn. Zatil Akmar binti Hasan (Kelas 11. Pn. Suraida binti Amir
tambahan) 12. Pn. Suzila binti Shafiee
4. Pn. Che Murni binti Ibrahim 13. Pn. Nor Simah binti Abd Rahman (Sakit
5. Pn. Siti Khairiyah binti Mua’ainudeen perut)
(CRK) 14. Pn. Hayati binti Jusoh
6. Pn. Suraida binti Amir (Kelas tambahan) 15. Pn. Norhabsah binti Md. Yusof
7. Pn. Nordianah binti Maliki (Anak tiada 16. Cik Ismalinda binti Kamal Bahri (Kelas
pengasuh) tambahan)
8. En. Mohd Fadzli bin Abdullah 17. Pn. Savina a/p Saiman (Muet examiner)

1
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengetua selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke Mesyuarat


Pusat Sumber Sekolah SMK Gerik kali pertama tahun 2016. Pengerusi mengucapkan
ribuan terima kasih atas kedatangan semua guru. Bacaan al Fatihah dibaca sebelum
memulakan mesyuarat.
1.2 Pengetua memaklumkan perlantikan Pn. Sarina binti Hassan sebagai Guru Media
sebagai menggantikan En. Taun Rohadi bin Tuan Lah yang telah berkhidmat sebagai
Guru Media selama 8 tahun.
1.3 Pengetua menegaskan tentang peranan PSS sebagai gedung untuk menyebarkan ilmu.
Namun, ruang lingkup tidak terhad dalam PSS sahaja tetapi dalam kawasan sekolah.
Setiap ruang dalam kawasan sekolah perlulah dimanfaatkan dengan memuatkan
pelbagai maklumat dan sumber ilmu.
1.4 Pengetua juga menegaskan tentang peranan semua guru dalam menyebarkan ilmu
sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tindakan: Makluman

2.0 Dasar Pengurusan PSS

2.1 Bilangan buku di PSS SMK Gerik adalah sebanyak 16, 786 buah buku pada 29 Februari
2016
2.2 Nisbah buku bagi seorang murid adalah 10 buku : 1 murid
2.3 Nisbah buku bagi seorang murid SMK Gerik adalah 22 buku : 1 murid
2.4 Syarat pinjaman buku PSS (Umum):
2.4.1 Buku Red Spot/buku yang tidak mempunyai kad hanya boleh menjadi bahan
rujukan di PSS
2.4.2 Buku rujukan seperti buku KOMSAS disediakan di dalam bakul untuk
pinjaman waktu PdP guru-guru Bahasa Melayu
2.5 Syarat pinjaman bagi guru dan kakitangan SMK Gerik:
2.5.1 Buku rujukan seperti buku KOMSAS disediakan di dalam bakul untuk
pinjaman waktu PdP guru-guru Bahasa Melayu
2.5.2 Jumlah pinjaman bagi kakitangan SMK Gerik adalah 8 buah buku
(bergantung kepada jenis buku)
2.6 Syarat pinjaman bagi murid SMK Gerik (rujuk edaran)
2.7 Masa beroperasi:
2.7.1 Hari persekolahan (Isnin hingga Khamis): 7.40 pagi hingga 5.00 petang
2.7.2 Hari persekolahan (Jumaat): 7.50 pagi hingga 3.00 petang

Tindakan:Makluman

3.0 Pelan Taktikal PSS 2016

3.1 Rujuk lampiran


3.2 Program Penambahan Koleksi Buku:
3.2.1 Sasaran 300 buku ditambah bagi tahun 2016. Pn. Sarina meminta KP
Bahasa Inggeris mencadangkan tajuk buku / jenis buku yang diperlukan
untuk dibeli oleh PSS.
3.2.2 5 majalah setiap bulan
3.2.3 2 naskhah suratkhabar setiap hari
Tindakan: Guru Media, KP Bahasa Inggeris

3.3 Program Penambahan Koleksi Soalan SPM, STPM:

2
3.3.1 Pengerusi meminta Setiausaha PT3 dan SPM mengumpul soalan-soalan
sebenar PT3 dan SPM. Soalan tersebut dijilid dan diletakkan di PSS sebagai
sumber rujukan.
Tindakan: Setiausaha PT3, Setiausaha SPM

3.4 Pemilihan pengawas perpustakaan:


3.4.1 Pengerusi mencadangkan agar bilangan Pengawas PSS ditambah; 1
pengawas dari setiap kelas. Anugerah Pengawas Terbaik akan diwujudkan
setiap bulan untuk menggalakkan pengawas bertugas di PSS.

Tindakan: Guru Media


3.5 Anugerah PSS dan Pengawas PSS:
3.5.1 Pengerusi mencadangkan agar diadakan Cabutan Bertuah setiap bulan bagi
menggalakkan kadar peminjaman buku di PSS di kalangan murid.

Tindakan: Guru Media


3.6 Pengurusan Papan Kenyataan:
3.6.1 Setiap pondok, laluan dan sudut akan diagihkan kepada semua panitia untuk
diuruskan dan diceriakan. Setiap sudut, pondok, laluan dan papan kenyataan
perlulah dilabelkan. Sijil akan diberikan kepada Papan Kenyataan Tercantik.

Tindakan: Semua KP
3.7 Wacana Ilmu (Ulasan buku):
3.7.1 Ulasan buku akan diadakan di tapak perhimpunan semasa perhimpunan
berlangsung.
3.7.2 Penyelaras tingkatan, KP BM dan KP BI bertanggungjawab mencari 2 murid
untuk mengulas buku BM setiap Selasa dan 2 murid untuk mengulas buku BI
setiap Khamis.
3.7.3 Tugasan boleh diagihkan kepada guru-guru di bawah panitia masing-masing.

Tindakan: Penyelaras Tingkatan, KP BM, KP BI

3.8 Aktiviti membaca di PSS dan membuat catatan dalam buku NILAM:
3.8.1 Guru digalakkan membawa murid-murid ke PSS pada waktu relief bagi
membuat catatan dalam buku NILAM dan aktiviti membaca.

Tindakan: Semua guru

3.8.2 Murid-murid yang menggunakan PSS dikehendaki merekod nama masing-


masing di dalam buku log keluar/masuk di Kaunter Sirkulasi.

Tindakan: Semua murid

3.8.3 Buku catatan NILAM untuk murid Pendidikan Khas akan direka supaya lebih
ringkas dan boleh mengikut contoh Buku Catatan NILAM Sekolah Rendah.

Tindakan: Penolong Kanan Pendidikan Khas

3.9 Carta Organisasi Pusat Sumber Sekolah 2016: Rujuk lampiran

4.0 Hal-hal lain

4.1 Sistem Automasi Peminjaman dan Pemulangan:

3
4.1.1 Pengerusi mencadangkan penggunaan sistem automasi untuk proses
peminjaman dan pemulangan buku. Pn. Husna mencadangkan Guru Media
mendapatkan khidmat bantu daripada Pusat Kegiatan Guru Gerik untuk
tujuan ini.
Tindakan: Guru Media dan Penolong Guru Media

4.2 Bilik APD:


4.2.1 Pn. Zumaliah mencadangkan bilik APD dihidupkan dengan membina pintu
masuk dari PSS terus ke bilik APD.
Tindakan: Pentadbir

4.2.2 Encik Sabaruddin bin Bahari dilantik sebagai Penyelaras Bahan PdP
Sekolah
Tindakan: Makluman
4.3 Fail Kuasa:
4.3.1 Pengerusi meminta Guru Media menyediakan Fail Kuasa PSS yang lengkap
dan mempunyai 15 bab.
Tindakan: Guru Media

4.4 Pertandingan Pusat Sumber Sekolah:


4.4.1 Pengerusi menyatakan hasrat Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Perak untuk mewajibkan semua sekolah di Daerah Hulu Perak menyertai
Pertandingan PSS pada bulan April 2016.
Tindakan: Semua AJK PSS

4.5 Penggunaan Pusat Sumber oleh guru


4.5.1 Pengerusi memaklumkan tentang penggunaan PSS oleh guru pada Januari
2016 tidak mencukupi (18 kali sahaja). Data penggunaan PSS oleh guru-
guru dan murid mempengaruhi markah PSS.
4.5.2 Penggunaan PSS dihadkan kepada 2 kelas sahaja pada satu-satu masa.
Guru yang menggunakan PSS untuk PdP perlu membawa buku rekod dan
memastikan PdP yang dijalankan adalah terancang.
4.5.3 Guru dikehendaki merekodkan nama masing-masing di dalam Buku Log
Keluar / Masuk yang terdapat di Kaunter Sirkulasi PSS setiap kali memasuki
PSS.
Tindakan: Semua guru

4.6 Program Galakan Meminjam dan Galakan Membaca:


4.6.1 Guru boleh menggalakkan aktiviti penggunaan sumber rujukan di PSS
seperti menugaskan murid untuk menyalin karangan daripada buku rujukan.

Tindakan: Semua guru

4.6.2 Pengerusi meminta Guru Media mempamerkan buku-buku terbaru untuk


menarik minat pembaca.
Tindakan: Guru Media dan Penolong Guru Media

4.7 Learn a Word a Day:


4.7.1 En. Sabaruddin memberi cadangan untuk menggunakan sistem pameran
digital dan diletakkan di kantin sekolah. Sistem tersebut boleh dikawal selia
oleh juruteknik komputer sekolah, En. Fakarulrazi.
Tindakan: Pentadbir

4
4.8 Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah:
4.8.1 Dicadangkan selepas cuti Penggal 1
Tindakan: Guru Media dan Penolong Guru Media

5.0 Penangguhan Mesyuarat

Pengerusi mengharapkan kerjasama semua guru dalam mewujudkan Sekolah dalam Pusat
Sumber.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh

…………………………………. ……………………………….

(FARIDATUL HUSNA BINTI EDRIS)


Penolong Guru Media & PSS 2016

SURAT PANGGILAN MINIT MESYUARAT INDUK, KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN NILAM KALI
PERTAMA 2013
SK BANGSAR
JALAN PANTAI BARU
59200. KUALA LUMPUR
16 Januari 2013
Kepada :

......................................

5
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK , KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN NILAM KALI
PERTAMA 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk, Kerja Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kali pertama 2013 akan diadakan
pada :
Tarikh : 21 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

3. Agenda :
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Meneliti dan mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa PSS Kali Pertama 2012
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Jawatankuasa Induk PSS 2013
5.0 Jawatankuasa Kerja PSS 20
6.0 Jawatankuasa Media
7.0 Rancangan Tahunan PSS 2013
8.0 Intrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah Berkomputer (IQ-PSS)
9.0Jawatankuasa Program NILAM
10.0 Maklumat Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca
11.0 Data NILAM
12.0 Buku NILAM
13.0 Hadiah Program NILAM 2013
140 Hal-hal lain
15.0 Ucapan Penangguhan
4. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………….....
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
SETIAUSAHA PSS

6
7
8
9

You might also like