You are on page 1of 4

Dinesh A/L V S Seenivasan

No 53, Jalan Seri Austin 6/25,


Taman Seri Austin,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
______________________________________________________________________________
Ketua Sektor,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,
62604, Putrajaya 18 Februari 2018

Tuan,

KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran
sekolah isteri saya, Mangalam A/P Ilangkovan melalui laman web E-GTukar adalah berkaitan.

2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri saya,
Mangalam A/P Ilangkovan (No K.P: 900611146468) yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri
Relau, Jalan Paya Terubong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk berpindah ke mana-mana
sekolah di dalam daerah Johor Bahru (Mukim Tebrau).

3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan
permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :

i. Kami tinggal berasingan dan tidak dapat kerap berjumpa sebab jarak perjalanan yang
jauh (670 KM dari Johor Bahru ke Bayan Lepas, Pulau Pinang)
ii. Sering mengalami perselisihan faham, tekanan emosi dan masalah rumah tangga sebab
tidak dapat saling menemui.
iii. Kos pengangkutan yang tinggi (Kos pengangukutan kapal terbang mencecah RM 450)
dan masa perjalanan yang lama (tempoh perjalanan bas selama 9 jam sehala)
iv. Isteri sering mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan tekanan emosi kerana
terpaksa berulang-alik dari Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Johor Bahru.
v. Saya dan isteri mempunyai rumah sendiri yang terletak di Johor Baharu
vi.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya berhampiran
dengan rumah kediaman kami mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh
pihak tuan.
5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi kami
di talian +65-92964371 / +60183729972 (Dinesh A/L V S Seenivasan) atau +60163093306
(Mangalam A/P Ilangkovan). Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

------------------------
(DINESH A/L V S SEENIVASAN)
861014-14-5409

You might also like