You are on page 1of 15

< Faculty Of Education And Languages >

< SEMESTER 3 / JANUARI 2017>

< HBEF 2303 >

< TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN >

MATRICULATION NO: <851019015065001>


IDENTITY CARD NO. : <851019015065>
TELEPHONE NO. : <016-7091368>
E-MAIL : < minghua.1019@gmail.com >
LEARNING CENTRE : < JOHOR BAHRU LEARNING
CENTRE >

0
Isi kandungan mua surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Takrifan TMK dalam pendidikan 3

3.0 Aplikasi TMK dalam pendidikan di dalam bilik darjah dan 3-8
di luar bilik darjah .

4.0 Perbandingan pembelajaran semasa (synchronous learning) 8-9


dan pembelajaran bukan semasa (asynchronous learning )

5.0 Peranan TMK sebagai pendorong bagi pengajaran dan pembelajaran 10 - 12


yang berkesan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.

6.0 Rumusan 13

7.0 Rujukan 14

1
1.0 Pengenalan
Perkembangan pesat bagi bidang teknologi terutama Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) membawa transformasi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru-guru.
Oleh itu, kaedah belajar dalam kalangan murid-murid sekolah menengah, sekolah rendah
dan di Universiti juga bertambah baik (Anuar Ahmad 2009).

Perkembangan terkini menyaksikan TMK sebagai alat pemangkin utama untuk menyebar
dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu murid-murid membina pengetahuan
baharu dalam semua bidang (Lechner & Boli 2009).

Pemodenan sesebuah negara dan masyarakat kerap kali dikaitkan dengan


pengaplikasian teknologi moden dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang
pendidikan. Teknologi sentiasa memberi impak yang paling besar di sesebuah negara.

Menurut Robert & Kristi (2004), mencadangkan dengan mempelbagaikan bahan


pengajaran, modul-modul pengajaran kendiri seperti CDROM, perisian interaktif, bahan
multimedia yang mempunyai unsur-unsur simulasi dan animasi supaya membantu murid-
murid menguasai ilmu bagi sesuatu mata pelajaran di dalam dan di luar waktu bilik darjah.

Seiring dengan pandangan Robert & Kristi (2004), melalui penggunaan TMK dapat
memperkayakan teknik pengajaran serta pelengkap kepada penyampaian maklumat
pengajaran yang berkesan atau efektif . Oleh hal yang demikian, warga pendidik seharusnya
mengamalkan kepelbagaian dalam kaedah PdP di sekolah dengan penggunaan TMK yang
sesuai . Dengan bertambahnya maklumat dengan kuantiti yang begitu besar , pengetahuan
dan ilmu yang diperoleh menerusi TMK ini guru-guru pasti berupaya memberi nilai tambah
kepada mata pelajaran yang diajarnya.

Menurut Hoy, Bayne dan Wood (2000), mencadangkan pendidik harus dinamik dan
bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan dari semasa ke
semasa. Guru pula perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah
penyampaian mata pelajaran kepada murid-murid. Hal ini akan meningkatkan motivasi dan
minat murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar secara tidak langsung .
Justeru , penggunaan TMK dicadangkan supaya diaplikasikan dalam proses PdP bagi semua
mata pelajaran .

2
2.0 Takrifan TMK dalam pendidikan

"ICT dalam Pendidikan" boleh diberi takrifan sebagai informasi komunikasi


teknologi (ICT) yang digunakan untuk pendidikan.

Alat ICT boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sumber input , sumber
output dan lain-lain

Sumber input adalah seperti PC , tablet , visuliser , sistem respond pelajar. Sumber
output termasuklah projektor , papan putih interaktif , TV dan lain-lain . Akhir sekali
ialah alat ict lain seperti kamera digital ,recorder digital dan switcher.

Penyelidikan seluruh dunia menonjolkan ICT dapat membantu proses


pengajaran dan pembelajaran. National Institute of Multimedia Pendidikan di Jepun telah
menghasilkan sebuah laporan dan ia membuktikan bahawa peningkatan pendedahan
pelajar melalui kurikulum pendidikan integrasi ICT mempunyai kesan yang nyata dan
positif tentang prestasi pelajar, terutama dalam hal kemahiran praktikal" dan
"Pengetahuan ”,“ Pemahaman" , "" dalam bidang pengajian seperti Matematik, Sains,
Pendidikan sosial dan sebagainya .

3.0 Aplikasi TMK dalam pendidikan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah .

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi


budaya kehidupan orang masa kini, khasnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian
teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru atau
impak kepada guru.
Terdapat beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi telah dapat mentransformasikan teknik pengajaran
guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikelolakan sesuai
dengan era masa kini.
Sampai masanya untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat,
kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Dengan itu, pelbagai aplikasi telah diperkenalkan dalam pendidikan
dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah.

3
Antara aplikasi TMK dalam pendidikan dalam konteks bilik darjah adalah seperti
berikut:
1. Penggunaan Internet dalam Pendidikan
Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dianggap sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemudahan Internet menawarkan komponen-
komponen yang berkaitan dan menyediakan sumber pendidikan berbentuk teks yang
diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi atau audio visual.
Lebih-lebih lagi, Internet turut menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai
untuk menjalankan program pendidikan. Misalnya, laman Web sebagai salah satu
sumber maklumat pendidikan kepada pelajar dalam bilik darjah.

Usaha tersebut dapat dilakukan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-
komponen yang dapat membantu penggunaannya memperoleh maklumat dengan
mudah melalui pelayar Web dan Pencarian Maklumat Luas (Global Information
Browsing) .Dalam pada itu , pelajar sudah mendapat perpustakaan elektronik di
dalam Internet yang boleh membantu mereka membuat tugasan mereka dengan
mudah dan efektif . Selain itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang
mempunyai perpustakaan yang tersendiri dan dinamakan sebagai “virtual library”.
Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran sebelum disampaikan dalam bilik darjah. Dengan penggunaan Internet
sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat sudah pastinya corak pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah menggembirakan .

2. Penggunaan E-mel dalam Pendidikan


Aplikasi paling lazim TMK yang boleh dikemukakan dalam bidang
pendidikan khasnya di dalam bilik darjah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali
sebagai mel elektronik. Menerusi aplikasi ini, pelajar boleh menyatakan sebarang
masalah berkaitan dengan pendidikan dengan serta-merta. Misalnya, pelajar boleh
berkomunikasi dengan guru berkaitan dengan masalah yang dihadapinya dalam
pendidikan di mana jua ada pun melalui e-mel. Sebaliknya, guru juga boleh

4
mengetahui maklum malas pelajar terhadap pengajaran dan pembelajarannya dalam
bilik darjah.
Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), kebaikannya adalah untuk menggalakkan
pelajar berkomunikasi denga guru melalui e-mel kerana ia dapat menanam semangat
yang tinggi dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajaran mereka di bilik darjah.
Pelajar tidak lagi ada alasan untuk menghantar kerja rumah pada hari yang
ditetapkan.

3. Penggunaan Frog VLE dalam pendidikan


Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan lebih dari 1 juta ringgit
untuk mendapatkan lesen menggunakan VLE Frog sehingga tahun 2015 daripada
syarikat yang membangunkan platform ini di United Kingdom. VLE Frog adalah
platform berteras cloud yang fleksibel dan dapat diakses di mana-mana jua pun.
Sebagai misalannya , guru boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat
ujian dan menandakan tugasan secara maya manakala murid pula boleh menyiapkan
kerja rumah dan menyemak keputusan melalui VLE.
Frog VLE merupakan landasan atas cloud yang memberi ruang untuk para guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berasaskan komputer dengan
lebih efektif .
Frog VLE merupakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan situasi pengajaran
dan pembelajaran pada masa kini. Program Frog VLE meningkatkan daya fikir
murid-murid dan seterusnya membolehkan mereka dapat bersaingan dengan
negara-negara maju. Murid boleh belajar dengan situasi kendiri dalam persekitaran
yang selesa melalui Frog VLE.

4. Penggunaan LCD Projektor dalam pendidikan


LCD merupakan layar yang digunakan untuk media penampilan gambar daripada
projektor. Projektor dapat dihubungkan dengan laptop atau komputer dalam bilik
darjah untuk menayangkan sesuatu . Alat ini sentiasa digunakan semasa aktiviti
pembentangan dijalankan . LCD Projektor digunakan sebagai alat penyampaian
yang lebih mudah diterima dalam pembelajaran di bilik darjah.

5
Penyampaian dengan LCD Projektor ataupun Power Point yang menarik dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat menarik perhatian murid-murid. Pembelajaran
yang berasaskan LCD Projektor dapat dilaksanakan dalam waktu yang singkat.
Dengan adanya kemudahan teknologi ini ,para pendidik dapat meningkatkan ilmu
pengetahuannya pada era globalisasi dengan pesat. Penggunaan LCD projektor di
dalam bilik darjah merupakan pembelajaran yang lebih menyenangkan .

1. Aplikasi E-Learning dalam pendidikan di luar bilik darjah


‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan
berkesan di luar bilik darjah. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang
dirancang disediakan secara profesional dan efektif . Platform E-Learning
menggunakan multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan
menarik. Pelajar bebas memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka.
Pelajar tidak perlu berasa malu untuk bertanya dan berkesempatan unuk belajar tajuk
yang susah berulang kali sehingga sasaran tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat
melalui talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh
dilakukan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
‘ E-learning’ dapat menyimpan rekod pembelajaran dengan berkesan dan sistematik
untuk rujukan pelajar, guru dan pihak berkenaan
. ‘Sesetengah pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai
sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan dengan bahan ‘e-
learning’ yang sedia ada di pasaran tempatan. Terdapat juga pelajar yang sudah mula
mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan
sebaya di dalam ‘chat groups’ atau ‘buletin boards’. (Alam Pendidikan Bulletin
Board, 2001: Tan,).
Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan ‘e-learning’ dengan cara yang
sesuai dan baik , maka ia akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen
negatif yang lain.

6
2. Facebook sebagai alat pendidikan di luar bilik darjah
Aplikasi Facebook berasaskan tujuan bersosial, pelajar juga menggunakan
Facebook untuk tujuan akademik. Facebook terbukti boleh dijadikan sebagai alat
pembelajaran yang berkesan khususnya untuk pembelajaran tidak formal di luar
bilik darjah. (Madge et. al., 2009).

Facebook merupakan aplikasi yang mudah diguna dan berkesan. Para pelajar
menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan sekelas mereka
untuk membincangkan aktiviti-aktiviti berkaitan akademik mereka (Gray, Vitak,
Easton, & Ellison, 2013). Pelajar menggunakan Facebook untuk melakukan aktiviti-
aktiviti akademik seperti berbincang mengenai perkembangan tugasan mereka dan
sebagainya.

Terdapat beberapa ciri di dalam Facebook yang boleh diguna pakai untuk
pembelajaran seperti dinding Facebook. Dinding di dalam kumpulan Facebook
membolehkan pelajar dan guru berkongsi gambar, video, dan juga untuk membuat
pengumuman berkaitan pembelajaran dan secara automatik pos-pos tersebut akan
muncul di dalam Dinding kumpulan Facebook yang mana ia memudahkan para
pelajar dan pengajar untuk mengikuti perkembangan aktiviti di dalam kumpulan
tersebut (Wang, Woo, Quek, Yang, & Liu, 2012).
Facebook yang seakan-akan sama dengan E-pembelajaran yang lain membolehkan
Facebook menjadi alat pembelajaran atas talian alternatif yang baik

3. Whatsapp sebagai alat pendidikan di luar bilik darjah


Whatsapp diasaskan pada tahun 2009 oleh Jan Koum dan Brian Acton
(Albergotti, MacMillan & Rusli, Evelyn, 2014) Sebelum ini telah mencipta Yahoo
(Eric, 2012). Ia bermula di pasaran sejak tahun 2010 dan dibangunkan terutamanya
untuk tujuan menggantikan platform SMS yang sedia ada dengan memberikan caj
perkhidmatan yang bebas.

7
Bagi tujuan menghantar dan menerima mesej sama ada di antara kumpulan atau
individu, Whatsapp menyediakan pelbagai fungsi . Contohnya, fail, audio, imej yang
dilampirkan kepada pautan dalam mana-mana laman web dan fail video yang boleh
dikongsi. Selain itu fenomena baru- baru ini adalah seiring dengan Teori
Pembelajaran Konstruktivis (Vygotsky, 1978).
Perkara ini membincangkan bagaimana interaksi sosial antara pelajar dapat
meningkatkan proses perkongsian maklumat secara tidak langsung membantu
membangunkan prestasi pembelajaran pelajar. Aplikasi Whatsapp memudahkan
kerjasama antara pelajar dan guru dalam talian yang disambungkan dari rumah atau
di mana-mana jua pun.
Aplikasi ini adalah percuma dan mudah digunakan. Setiap orang boleh berhubung
dengan aplikasi ini denga segera dan boleh berkongsi maklumat mengenai
pembelajaran dengan mudah menerusi komen dan mesej yang dihantar.

4.0 Perbandingan pembelajaran semasa (synchronous learning) dan pembelajaran


bukan semasa (asynchronous learning )

Teknologi baru mengambil alih kelas tradisional. Sistem baru ini dipanggil e-
learning. E-learning boleh dibahagikan kepada dua kategori: pembelajaran semasa dan
pembelajaran bukan semasa .

Pembelajaran semasa melibatkan kajian dalam talian melalui sembang.


Pembelajaran jenis ini hanya boleh berlaku dalam talian. Seseorang itu boleh berhubung
dengan guru dan pelajar lain melalui Internet . Ia dipanggil pembelajaran semasa, kerana
sistem membolehkan pelajar bertanya soalan guru atau sesama pelajar serta-merta
melalui mesej segera.

Sebaliknya, kita mempunyai pembelajaran bukan semasa. Perkara ini boleh


dilakukan secara dalam talian dan luar talian. Pembelajaran semasa melibatkan kursus
yang dihantar melalui web, e-mel dan papan mesej yang kemudiannya dipaparkan di
forum dalam talian. Pelajar tidak dapat menghantar mesej segera melalui forum dalam
talian ini. Kebaikan pembelajaran ini adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan
seseorang itu dan tidak mengejar masa.

8
Perbezaan pembelajaran semasa (synchronous learning) dan pembelajaran bukan
semasa (asynchronous learning)
Mendapat maklum balas dengan serta- Tidak dapat menerima maklum balas
merta dengan serta-merta
Bertanya terus secara talian Tidak dapat bertanya terus secara talian
Pembelajaran dalam talian Pembelajaran luar talian
Mengikut sistem pembelajaran Pembelajaran mampu diri (self-paced)

Persamaan pembelajaran semasa (synchronous learning) dan pembelajaran bukan


semasa (asynchronous learning)
Memerlukan kelengkapan TMK
Memerlukan Internet
Melibatkan para guru (arahan) dan para murid (bertindak)
Mesti melibatkan kekangan masa(time-framed) tidak kira tempoh masa panjang atau
pendek.

5.0 Peranan TMK sebagai pendorong bagi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.

9
Implikasi globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar
beberapa perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan
bertambah baik jika ICT digunakan dengan banyak kerana ia boleh meningkatkan minat
dan motivasi pelajar untuk belajar di samping melancarkan proses belajar .
,

Kemahiran teknologi maklumat dan


komunikasi berubah secara besar-besaran cara pelajar menuntut, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan ini, ia membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing di seluruh dunia . Bagi konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Dalam membudayakan remaja dalam arus
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, sistem pendidikan Negara haruslah
bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan sebagainya.

. Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan


dengan penetapan Sekolah Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.
Hal tersebut merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan mutu
pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa dikaji dan kurikulum dikemas
kini bagi memastikan pelajar berdaya saing untuk menghadapi alaf baru yang
menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Dalam pada itu , sekolah bestari ini atau penggunaan TMK ini merupakan
salah satu platform terbaik untuk menggalakkan perkembangan produktif yang dapat
dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara
inovatif ,kritis , dan kreatif. Akhirnya, murid yang dihasilkan oleh sekolah ini atau sistem
TMK ini dapat berfikir secara inovatif , kritis dan kreatif .

Selain itu, TMK juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu
secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan konsep Sekolah yang
lengkap dengan teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu berkemampuan untuk
memperkasakan perkembangan ICT dalam kalangan rakyat

10
. Langkah tersebut membantu golongan muda untuk menguasai penggunaan
aplikasi ICT selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan
penduduk di bandar.

Setakat ini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi
platform bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari. Ia meliputi aspek,
kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti
berteraskan kemudahan yang disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Pendek
kata , TMK ini dapat melahirkan sekolah yang seimbang dan cemerlang .

Lantaran itu , dengan adanya staf profesional dalam kalangan tenaga pengajar
(guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar
digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap mampu melahirkan para pelajar
yang celik teknologi maklumat (IT) .Semua orang yang terlibat semasa menggunakan
TMK tersebut akan berdaya saing dan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan
efektif .

Di Sekolah yang mempunyai ICT yang lengkap, pembelajaran bercorak kendiri


dapat diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan terbuka berbanding dengan sekolah
biasa. Bagi menyebarkan peranan dan konsep Sekolah Bestari kepada umum,
Perbadanan
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan menonjolkan
perlaksanaan nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Hal ini
meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu
menggunakan aplikasi dan perkakas ICT.

Secara tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan dalam


kalangan para pelajar, guru-guru dan juga kepada masyarakat tempatan.

Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas


yang bertujuan untuk merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi
kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan
dan sebagainya.

Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudahkan


proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilaksanakan
oleh pihak sekolah.

Dalam pada itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar
berkesempatan untuk berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza
berbanding sekolah biasa. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran
bagi mata pelajaran tertentu .Sebagai contoh , pembentangan dilakukan menerusi
perisian ‘Power Point’. Kaedah tersebut iaitu ppt adalah lebih menarik untuk pelajar

11
.Seterusnya, pelajar itu akan lebih berfokus dan lebih mudah memperoleh ilmu dan
pengetahuan .

TMK ini dapat menukar minda seseorang murid itu . Dari dua -dimensi kepada
tiga dimensi adalah sesuai dengan konsep peringkat perkembangan kanak-kanak .
Kanak-kanak itu lebih mudah untuk memahami atau menguasai sesuatu pembelajaran
dengan berasaskan TMK .

Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor


melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru di sekolah masing-masing Tambahan
pula , sekolah-sekolah tersebut turut mengadakan program khas seperti bengkel,
pertandingan, pameran dan juga minggu bertemakan ICT khasnya untuk para
pelajarnya. Sehubungan itu , pengajaran yang sistematik dan berkonsepkan modul turut
menampakkan kelancaran memperuntukkan penggunaan kemudahan yang sedia ada. Hal
ini demikian kerana, bilangan komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan
oleh semua pelajar secara serentak .

Para pelajar belajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai
sesuatu tugasan yang diberi melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali
kepada guru berkenaan menerusi e-mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan
aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut
dikongsi dengan keluarga masing-masing.

Penggunaan TMK berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan


pelajar terhadap pelajaran. . Ia memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
pelajar yang pelbagai keupayaan. . Hal tersebut dapat meningkatkan motivasi guru dan
pelajar. TMK membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning). TMK
membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperoleh .TMK juga membolehkan
guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk
diperoleh. Seterusnya ,ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar.

Selain itu , TMK membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen


yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
Pengaplikasian TMK dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.
Akhir sekali , ia memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum.

12
6.0Rumusan

Pendidikan pada hari ini memerlukan setiap guru melengkapi diri


mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran teknologi kerana menggunakan ICT
adalah trend masa kini dan akan datang. Seiring dengan itu, guru-guru perlu berupaya
menangani perkembangan dalam ICT yang berlaku dengan cepat ,di mana pengetahuan
dan kemahiran baru sentiasa muncul.

Integrasi ICT dalam bilik darjah merupakan perkara yang penting dan
memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin
sekolah, guru ,murid dan semua pihak sekolah .Tidak ada pilihan lain melainkan
menerima perubahan dan fenomena ICT Guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ICT
untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan Pembelajaran.

TMK telah membawa transformasi atau perubahan yang baik bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan .

( 2926 patah perkataan )

13
7.0 RUJUKAN

http://norafiszaa.blogspot.my/2012/12/esei.html

https://www.easy-lms.com/help/lms-knowledge-center/synchronous-vs-asynchronous-

learning/item10387

http://www.elmoglobal.com/my/html/ict/01.aspx

14

You might also like