You are on page 1of 14

BAHASA MALAYSIA - PEMAHAMAN TAHUN 6

Masa : 1 jam 15 minit

BAHAGIAN A
(20 markah)

1. Profesor Madya Dr. Khairil seorang pensyarah di sebuah ________________.


A. hospital B. perpustakaan C. sekolah D. universiti

2. Juzaidah mendeklamasi ____________ sajak sebelum mengakhiri ucapannya


sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

A sekuntum
B sepatah
C sejambak
D seuntai

3. Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

Kamil _____________ melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang


memanggilnya.
A. mengintai B. meninjau C. menjenguk D. mendongak

(1)
Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
4. Kapal terbang yang mengalami kerosakan kecil itu Berjaya ________________
dengan selamatnya.
A. berlabuh B. belayar C. berlepas D. mendarat

5. Pencuri itu telah diberkas oleh pihak polis semalam. ___________ didapati telah
meragut beg tangan seorang wanita.
A. Baginda B. Beliau C. Mereka D. Dia

6. “Tolong berikan kuih ____________ kepada jiran kita,” pesan Mak Limah sambil
menghulurkan sepiring kuih lapis.
A ini B sini C itu D sana

7. Mereka bersembunyi __________ balik semak _____________ mengelak daripada


ditangkap oleh orang jahat.
A. ke .... pada
B. di .... untuk
C. dari .... sejak
D. di .... hingga

8. Kami menunggu Shahrul _____________________ rumah Nina petang semalam.


A. ke B. sejak C. dari D. di

9. Budak –budak itu dilarang mandi di air yang _______________________.

A. kuat B. deras C. jernih D sejuk

10. Rakyat Malaysia yang ______ akan nasib rakyat Palestin telah menderma
untuk Tabung Keamanan Antarabangsa Malaysia.
A. segan B. waswas C. simpati D benci

11. Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu __________ siap sebulan
yang lalu.
A. telah B. mesti C. masih D. akan

(2)
12. Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya _________
memenangi pertandingan tarian itu.
A. Ingin B. masih C. dapat D. perlu

13. Kerap _________ dia ke perpustakaan belakangan ini kerana ingin mengulang

kaji pelajaran.

A paling B sungguh C terlalu D agak

14. Merokok ___________ membazirkan wang __________ juga boleh


memudaratkan kesihatan badan kita.

A. bahkan……………. baik
B. bahkan……………….. namun
C. bukan sahaja…………. atau
D. bukan sahaja……………. bahkan

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. “Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian
hari,” kata ayah kepada abang.

A. Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari
kemudian.
B. Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya
senang pada kemudian hari.
C. Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang
pada kemudian hari.
D. Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang.

Soalan 16

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

16. A. Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

B. Lagu “ Negaraku” adalah lagu kebangsaan Negara kita.

C. Permainan konda- kondi adalah permainan tradisional orang Melayu.

D. Ular tedung ialah antara ular berbisa yang ada di negara kita.

(3)
Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu terkenal dengan hasil kraf tangan yang
menariknya. Setiap negeri di Malaysia pasti popular dengan hasil kraf tangan yang
tersendiri. Contohnya, negeri Kelantan yang terkenal dengan perusahaan batik
sementara Terengganu dengan songketnya. Dalam pada itu, negeri Perak pula terkenal
dengan labu sayung dan seni tekat. Semua hasil kraf tangan ini amat tinggi nilai seninya
serta dikagumi oleh pelancong dari luar negara.
Menurut sejarah, seni tekat berasal dari India dan China. Pada zaman dahulu, seni
tekat dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja- raja atau istana.
Masyarakat biasa tidak berkemampuan untuk memakai pakaian yang bertekat. Terdapat
beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh tukang pandai menekat. Antaranya ialah tekat
timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada. Antara peralatan yang digunakan untuk
proses menekat termasuklah jarum,benang emas atau perak, kain baldu, kayu pemidang
serta labuci. Kayu pemidang biasanya berbentuk segi empat, digunakan untuk
meregangkan kain baldu yang hendak ditekat. Menyulam benang emas dan perak di atas
kain baldu memerlukan kemahiran dan ketelitian. Hal ini demikian kerana corak tekat yang
terhasil tidak kemas, kasar, serta tidak cantik jika dilakukan secara tidak cermat.
Antara barang perhiasan yang sering ditekat ialah kipas pengantin, bantal pengantin,
selipar pengantin, tepak sirih, kusyen, beg tangan dan sebagainya. Barang- barang yang
sudah ditekat dengan benang emas akan kelihatan lebih cantik dan indah. Masyarakat
Melayu perlu menurunkan kemahiran seni tekat ini kepada generasi muda supaya warisan
ini tidak pupus ditelan zaman.

17. Dari manakah seni tekat berasal?

A Perak B China C Kelantan D Terengganu

(4)
18. Mengapakah seni tekat terhad pemakaiannya untuk golongan istana sahaja pada
masa dahulu?

A Seni tekat ini hanya dibenarkan untuk golongan istana

B Seni tekat ini untuk golongan yang tinggi dalam masyarakat

C Rakyat biasa tidak berkemampuan untuk mendapatkan seni tekat ini

D Rakyat biasa tidak dibenarkan menggunakan kelengkapan yang digunakan


oleh golongan istana

19. Yang berikut merupakan peralatan yang digunakan dalam seni tekat, kecuali
A tali B kain baldu

C benang emas D kayu pemidang

20. Pilih pernyataan yang benar.

A. Kelantan terkenal dengan perusahaan songket.


B. Kemahiran dan ketelitian diperlukan dalam pembuatan seni tekat.
C.Masyarakat biasa berkemampuan untuk memakai pakaian bertekat.
D. Pakaian yang berunsurkan seni tekat digunakan oleh golongan bukan istana.

( 20 markah)

(5)
BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21
a. Padankan ayat dengan kata hubung yang sesuai.

1. Ayah mengambil tali leher __________ memakainya kerana


dengan kemas sebelum ke pejabat.

2. Orang tua itu menderita seorang diri di kampung


malahan
__________ anak-anaknya hidup senang di kota.

3. Murni amat disayangi oleh kawan-kawannya


__________ dia seorang yang peramah dan suka lalu
membantu orang lain.

4. Senaman bukan sahaja dapat menyihatkan badan sedangkan


__________ minda.

( 2 markah)

b. Tandakan ( √ ) bagi ayat yang menggunakan kata adjektif dengan betul


dan ( X ) bagi ayat yang salah.

Suhu yang tinggi menyebabkan kesan pada aliran


angin.

Pemanasan global akan mengakibatkan suhu bumi


tinggi semakin bertambah.

( 2 markah)

(6)
c. Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 22

a. Tandakan ( √ ) bagi kata kerja yang betul berdasarkan ayat di bawah.

i.Puan Mon Rashidah __________ tepung itu bulat-bulat sebelum dimasukkan ke


dalam air yang mendidih.

( ) menguli ( ) menggentel ( ) mencanai

ii. Lada di dalam mesin pengisar itu masih belum _________ lagi.

( ) berkisar ( ) bermesin ( ) bertumbuk

(2 markah)

(7)
(b)Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kambing Tenusu Bioteknologi

Haikal : Selamat sejahtera, Pak Cik Ali. Tong itu berisi susu kambing?

Pak Cik Ali : Selamat sejahtera. Ya, Haikal. Pakcik baru sahaja selesai memerah

susu kambing. Susu itu pakcik masukkan ke dalam tong ini. Haikal

datang ke sini ada tujuan?

Haikal : Ya, pakcik. Saya tertarik dengan pekerjaan pakcik. Sukarkah

menternak kambing tenusu, pakcik?

Pak Cik Ali : Tidaklah sukar, Haikal. Pakcik mengamalkan kaedah ternakan

secara bioteknologi.

Haikal : Kaedah ternakan bioteknologi?

Pak Cik Ali : Ya, Haikal. Ternakan diberi makanan daripada sumber nutrien

(8)
semula jadi 100% organik serta bebas daripada bahan kimia,

antibiotik dan racun serangga. Cara ini dapat meningkatkan kualiti

dan kuantiti hasil tenusu. Haikal ingin menikmati minuman susu

segar kambing tenusu?

Haikal : Ya, saya ingin sekali minum susu segar. Bolehkah pakcik terangkan

cara mendapatkan susu kambing?

Pak Cik Ali : Susu kambing diperoleh dengan menggunakan alat pemerah susu

kambing.

Haikal : Alat ini selamat digunakan?

Pak Cik Ali : Alat ini memang selamat digunakan. Malahan, kebersihan hasil

perahan juga terjamin.

a. Perkataan menternak dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


______________________________________________________________
(1 markah)
b. Apakah kaedah ternakan yang diamalkan oleh Pak Cik Ali?.

____________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(1 markah)

c. Dengan kaedah penternakan bioteknologi, bagaimanakah susu kambing diperoleh?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 markah)

d. Mengapakah kaedah ini dinamakan kaedah ternakan bioteknologi?


_________________________________________________________________

__________________________________________________________________
(1 markah)

(9)
Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Berbasikal di luar rumah merupakan satu bentuk keseronokan yang boleh diperoleh
dengan mudah. Tetapi aktiviti berbasikal akan menjadi lebih berfaedah jika aktiviti ini
dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal. Berbasikal amat berkesan dan
dapat menjadi satu latihan untuk memantapkan fizikal serta dapat mengurangkan
ketegangan fikiran atau stress. Aktiviti ini boleh dijadikan satu rutin yang sesuai untuk
semua peringkat umur.
Kebaikan dan faedah yang amat baik apabila kita berbasikal ialah boleh membawa
kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan semula jadi yang menarik.
Menjadikan satu destinasi sebagai sasaran sekali gus dapat memperoleh pemandangan
yang menarik. Contohnya di kawasan sawah, sepanjang perjalanan berbasikal begitu
menggembirakan, dapat melihat padi yang sedang menguning di samping jentera penuai
berkejaran di tengah-tengah bendang.
Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli atau anggota keluarga. Anak-
anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan berbasikal sebagai suatu aktiviti
keluarga yang menarik. Aktiviti yang dapat memenuhi masa-masa berharga bersama-sama
keluarga.
Semasa kita berbasikal, kita sebenarnya telah membuat latihan untuk bahagian
bawah badan dan juga meningkatkan kedua-dua tahap kecergasan aerobik dan anaerobik,
tanpa latihan keras. Aktiviti dapat mengelakkan berlaku kecederaan pada bahagian sendi
dan otot kita.

Namun demikian, beberapa halangan dan cabaran untuk merealisasikan hobi ini.
Bagi melaksanakan hobi suka berbasikal ini antaranya, memerlukan kos yang tinggi untuk
membeli peralatan, terutama basikal yang baik, aksesori terpilih yang disarankan untuk

(10)
aktiviti berbasikal. Basikal yang digunakan juga memerlukan perhatian yang lebih dan
boleh meragam semasa sedang menunggangnya. Kos baik pulih dan harga alat ganti bagi
komponen tertentu pada basikal berkenaan agak mahal sedikit.
Berbasikal turut memerlukan laluan yang panjang dan permukaan jalan yang
mencabar. Boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau perlanggaran. Kemahiran
yang khusus adalah amat penting dalam mewujudkan aktiviti berbasikal yang lasak dan
mencabar. Namun demikian, aktiviti sebegini sangat menarik dan dapat merasai
pengalaman yang baharu.
Keadaan cuaca yang tidak baik boleh merencatkan usaha kita untuk mengikuti
program yang diatur atau yang telah disediakan. Bersandarkan atas sebab dan dasar
keselamatan, dengan itu dinasihatkan agar dapat mengelakkan daripada berbasikal dalam
cuaca hujan, berjerebu atau seberang keadaan cuaca yang boleh menimbulkan mudarat
kepada seseorang.

a. Perkataan komponen dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


_____________________________________________________________
(1 markah)

b. Nyatakan dua kesan yang boleh diperoleh secara tidak langsung bagi individu atau
mereka yang menjadikan program berbasikal ini sebagai aktiviti fizikal.
_______________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)

c. Dalam keadaan situasi tertentu, berbasikal boleh menimbulkan mudarat. Apakah


dua situasi yang boleh menimbulkan mudarat jika individu itu melakukan aktiviti
berbasikal?
________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(2 markah)

(11)
d. Pada pendapat kamu kenapakah aktiviti berbasikal ini sangat menarik?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Menanam jagung sambil berhuma,


Duduk berehat makan berangan;
Tolong-menolong dan bekerjasama,
Kerja berat menjadi ringan.

Mari ke bendang menahan pukat,


Tangan disengat si keli bias;
Saling memahami serta muafakat,
Sengketa tiada damai sentiasa.

Pahitnya peria tidak terhingga,


Dicelur diperah hilanglah ia;
Hormati-menghormati sesama tetangga,
Berbaik sangka amalan mulia.

Pagi hari pergi ke pekan,


Raga diisi sehingga sarat;
Ziarah-menziarahi harus amalkan,
Hubungan renggang menjadi erat.

(12)
a. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( × ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.
Amalkan sikap mementingkan diri
sendiri dengan jiran tetangga.
Saling muafakat dalam membuat apa-
apa keputusan.

(1 markah)

b. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
(2 markah)
c. Bagaimanakah kita boleh berbaik sangka dengan jiran tetangga ?

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(2 markah)

d. Ziarah-menziarahi harus amalkan,


Hubungan renggang menjadi erat.

Pada pendapat anda, apakah maksud baris-baris pantun di atas.


mmmm
__________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

(13)
(14)

You might also like