You are on page 1of 4

BK 21

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD, PJ

LAPORAN PROGRAM

PROGRAM : Kempen Anti Buli Peringkat Sekolah


TARIKH : 01 – 19 Ogos 2017
HARI : Isnin hingga Khamis
MASA : Semasa waktu persekolahan
TEMPAT : Sekitar kawasan sekolah :
a) Tapak Perhimpunan
b) Dewan Bakti
c) Dewan Kuliah
SASARAN : Seluruh warga SMKSASPJ

PENYELARAS : Unit Bimbingan & Kaunseling


Unit Disiplin
Unit HEM

PENGENALAN : Kempen Anti Buli adalah satu program yang telah dirangka
oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Abdul
Samad, PJ dengan kerjasama rapat Unit Disiplin dan semua
guru bagi memberikan pendedahan kepada semua murid
mengenai bahaya buli, kesan dan akibat perbuatan buli
kepada mereka yang buli dan masyarakat sekolah amnya.
Melalui kempen ini, pelbagai aktivti dan program akan
dijalankan untuk memastikan matlamat dan objektif kempen
ini akan berjaya dicapai.
OBJEKTIF : Selepas menjalani program ini, murid-murid :
i. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada
warga sekolah mengenai buli dan kesan serta akibat
daripada perbuatan buli.
ii. Memberi kesedaran kepada warga sekolah
terutamanya murid-murid tentang implikasi negatif
perbuatan buli terhadap diri, rakan-rakan dan pihak
sekolah.
iii. Mencegah perbuatan buli daripada berleluasa dalam
kalangan murid-murid sekolah SMK Sultan Abdul
Samad, PJ
iv. Menanam sikap dan minda yang positif dalam
kalangan warga sekolah supaya menghindari tingkah
laku buli ini.
v. Mendidik anak-anak murid cara berkomunikasi dan
bertingkah laku yang lebih positif sesama warga
sekolah dan rakan yang lain.

PENGISIAN : i. Majlis Pelancaran Kempen oleh Pengetua


ii. Program ’Cuma 5 Minit Anti Buli’
iii. Pertandingan Melukis Poster Anti Buli Menengah
Rendah & Atas
iv. Pertandingan Menulis Esei Menengah Rendah & Atas
v. Ceramah Kesedaran berkaitan Buli

ANALISIS :
Keseluruhannya, Kempen Anti Buli pada tahun ini dapat dijalankan dengan baik.
Murid-murid menunjukkan penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan seperti program 5 Minit Anti Buli dan Pertandingan Melukis Poster Anti
Buli.
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN :

1. Melibatkan lebih banyak pihak NGO atau badan kerajaan dalam Kempen Anti Buli
pada tahun-tahun akan datang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ………………………………
(Puan Nor Farhana bt Aziz)
Guru Bimbingan & Kaunseling
SMK Sultan Abdul Samad, PJ
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ANTI BULI 2017

Pengetua merasmikan Kempen Anti Buli

Cik Asliza dan Puan Valarmathi semasa menyampaikan slot masing-masing.

You might also like