You are on page 1of 8

::ELEKTROSTATIK::

1. Jirim diperbuat daripada zarah-zarah yang dipanggil sebagai atom


2. Setiap atom mempunyai cas negatif dan cas positif
3. Proton bercas positif dan Elektron bercas negatif
4. Cas yang berbeza akan saling tertarik dan cas yang samaakan saling menolak
5. Objek yang mempunyai elektron yang lebih akan menjadi cas negatif manakala
objek yang mempunyai sedikit elektron akan menjadi cas positif. Elektron tidak
bergerak dan hanya terdapat di dalam objek sahaja. Fenomena ini dikenali
sebagai ELEKTROSTATIK.
6. Statik bermaksud pegun atau tidak bergerak. Ini bermakna cas tidak mengalir
dan elektrostatik ini berlaku di dalam penebat elektrik seperti plastik dan getah.
ELEKTROSTATIK MELALUI GESERAN

Cas boleh dihasilkan dengan mengosokkkan sesuatu bahan dan bergantung kepada:

 Jenis bahan yang digunakan


 Bahan yang digosokkan kepada objek

ELEKTROSKOP
Elektroskop adalah alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas

BAGAIMANA ELEKTROSKOP MENGESAN CAS??

1. Sekiranya rod yang bercas positif diletakkan di bahagian plat logam.


2. Semua cas negatif yang berada di bahagian rod logam dan daun emas akan
tertarik ke bahagian plat logam.
3. Ini memberi kesan kepada rod logam dan daun emas yang kedua-duanya
menjadi cas positif.
4. Apabila kedua-duanya bercas positif, ini menyebabkan ia saling tertolak. Oleh
itu, daun emas tersebut akan mencapah.
5. Apabila rod yang bercas positif dialihkan daripada plat logam, daun emas akan
kembali ke kedudukan asal kerana telah dineutralkan.

APLIKASI ELEKTROSTATIK
1. SEMBURAN CAT

 Dalam penghasilan kereta, penyembur elektrostatik digunakan untuk mengecat


kereta
 Badan kereta dicaskan dan penyembur cat dicaskan dengan cas yang berbeza
 Cas disemburkan di seluruh bahagian badan kereta dengan cepat

2. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)

 Palam pencucuh digunakan pada enjin kenderaan


 Ia akan menghasilkan percikan api antara elektrod dan akan membakar bahan
bakar
 Kenderaan akan bergerak

3. PEMBENTUKAN KILAT
 Awan yang tebal di langit akan bergeser dengan molekul-molekul air hujan
menghasilkan cas pada awan
 Apabila terlalu banyak cas, ia akan menghasilkan percikan api ke awan lain atau
ke bumi. Fenomena itu dipanggil sebagai kilat.

::ELEKTRIK::
 Elektrik adalah cas elektrik yang mengalir di dalam konduktor (pengalir
elektrik)
 Elektrik merupakan sejenis tenaga yang boleh berubah ke bentuk yang lain
 Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak dalam satu arah menerusi
konduktor
 Contoh elektrik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita adalah:

- Sel Kimia seperti bateri


- Sel Solar yang menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik

Pada bahagian ini kita akan membincangkan berkenaan:


ARUS
VOLTAN
RINTANGAN
Arus:
1. Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak di dalam litar elektrik
2. Arus elektrik adalah kadar pergerakkan cas elektrik (elektron)
3. Unit SI untuk arus elektrik adalah ampere (A)
4. Arus elektrik bergerak dari terminal Positif ke terminal Negatif manakala
pergerakkan elektron pula sebaliknya.
PENJANA VAN DE GRAAFF:

Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrik (elektrostatik) dengan voltan yang
tinggi di bahagian kubat alat ini.
Apabila penjana digunakan, kepingan getah akan berpusing dan menghasilkan geseran
dengan pemutar (roller) menyebabkan kubah dicaskan.
Bahagian kubah pada penjana adalah bercas positif
alat ini sesuai untuk melakukan eksperimen elektrostatik.

Voltan:

1. Tenaga elektrik yang diperlukan untuk membolehkan elektron mengalir


daripada satu titik ke titik yang lain di dalam konduktor (litar elektrik)
2. Unit SI bagi vontan adalah volt (V)
3. Voltan diukur dengan menggunakan voltmeter

Rintangan:
1. Rintangan diukur dengan mengira berapa banyak komponen elektrik yang
menghalang pengaliran arus elektrik.
2. Semasa arus elektrik mengalir menerusi konduktor, sebahagian arus elektrik
akan berubah bentuk kepada tenaga haba.
3. Unit SI bagi rintangan adalah ohm
4. Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus elektrik mengalir
5. Terdapat dua jenis perintang yang digunakan pada litar elektrik iaitu perintang
tetap dan perintang boleh laras (rheostat)
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan arus elektrik:

 Kepanjangan : Semakin penjang konduktor, semakin tinggi rintangan


 Luas keratan rentas/Ketebalan : Semakin tebal konduktor, semakin rendah
rintangan
 Jenis bahan : Rintangan juga bergantung kepada bahan konduktor. Sebagai
contoh, Kuprum dan perak mempunyai rintangan yang rendah berbanding
tungsten dan nikrom
 Suhu : Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan. Ini kerana apabila suhu
tinggi, atom konduktor akan bergetar dengan laju dan menghalang pergerakkan
elektron.

::PERHUBUNGAN ANTARA ARUS, VOLTAN,


RINTANGAN::
Untuk memudahkan para pelajar, formula segitiga dapat membantu para pelajar untuk
melakukan pengiraan. Bagaimana ingin gunakan formula segitiga tersebut??
HUKUM OHM
Arus yang mengalir adalah berkadar terus dengan voltan yang digunakan.
Semakin besar nilai voltan, semakin besar nilai arus elektrik

Graf:
::CONTOH PENGIRAAN::

You might also like