You are on page 1of 10

A.

KATA NAMA

1. Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti
orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan
sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.


haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah
nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu
yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan
kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

2. Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah
nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku,
nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh
perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai
penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan
(contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

B. KATA GANTI DIRI PULA TERBAHAGI KEPADA TIGA:

diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku


diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

1
contoh ayat: 1)saya seorang yg rajin..

Kata Nama TerbitanKata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang
membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ),
di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

MODUL 1 : KATA GANTI NAMA DIRI


1. Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3. Bilangan penutur / pendengar:


a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)

4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan

5. Contoh Kata Ganti Nama Diri


a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Pertama
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan
Tuhan (keakraban)
saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang
kedua.

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan
jamak)) kita.
awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita.
engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
2
Tuan hamba Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata
(tunggal) ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’
sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
jamak)) dengan kita.

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya
(orang yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Ketiga
baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa,
guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
rakan.
mereka (tunggal) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
seorang.

6. Bentuk kesilapan:
SALAH BETUL
“Kami tidak harus mengalah sebelum “Kita tidak harus mengalah sebelum
perlawanan bermula,” kata Murthi kepada perlawanan bermula,” kata Muthi kepada
Azrul. Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya Kereta itu sungguh mahal kerana diimport
diimport dari Jepun. dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan. penipuan.
“Hamba mohon maaf atas kesalahan “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,”
hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor
Mansor Syah. Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong Kakitangan syarikat ini sedia menolong
engkau. anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka-mereka sedang bermain bola di Mereka sedang bermain bola di padang.
padang.

7. Ringkasan:

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak /


Jamak
Diri Pertama (penutur) Aku / saya kami
Beta (titah Sultan) kita
patik
hamba (rakyat biasa)
Diri Kedua (pendengar) awak awak semua
kamu kamu semua
engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
3
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
tuan hamba
Diri Ketiga (orang yang Dia mereka
diceritakan halnya) Ia
Beliau,
Baginda

4
KATA GANTI

I. KATA GANTI DIRI PERTAMA Saya, Hamba, Patik, Beta, Kami, Kita

1. Saya
- “Cikgu, bolehkah saya pergi ke tandas?” tanya Ali.
- “Sebagai ketua kelas , saya bertanggungjawab menjaga keadaan di dalam kelas,” kata Ahmad
- Saya berjanji akan belajar dengan bersungguh –sungguh,” kata Salmi kepada ibunya
- Ini pensel saya ,bukan pensel awak
- Adik saya suka makan durian tetapi saya suka makan manggis

2. Hamba
-“ Hamba datang dari jauh untuk berniaga di Melaka ini,” kata saudagar itu.

3. Patik
- “ Ampunn tuanku, sembah patik, harap ampun” kata Tun Perak kepada Sultan.
- “ Sebarang titah tuanku patik junjung ”. kata hamba kepada raja.

4. Beta
- “ Beta ingin bersantap,” titah Sultan Mahmud.
- “ Wahai rakyat sekalian , beta amat gembira melihat keamanan negeri ini sekarang ,” titah raja.
- “ Beta mahu rakyat hidup bersatu padu ,”titah Sultan Maizan.
- “ Beta gembira kerana negara kita semakin maju,” titah sultan Yahya.
- “ Beta ialah Sultan Negeri Selangor” titah sultan Shirahuddin

5. Kami
- “Cikgu kami minta maaf,” kata Alias dan Noni serentak.
- “Cikgu boleh kami tolong ?” kata Ramli dan Roshan serentak.
- Kami berdua berasal dari Banting ,Selangor.
- Abu dan Hassan jiran saya . Kami pergi ke sekolah bersama- sama.

6. Kita
- Kita hendaklah mengamalkan sikap saling tolong- menolong.
- Kita perlu mengikut jejak langkah ayah , kata Kamal kepada adik – adiknya.
- Kita mesti menghormati orang tua.

5
II. KATA GANTI DIRI KEDUA Awak, Kamu, Engkau,Anda, Tuanku, kalian, saudara,saudari
1. Anda
- “Anda perlu membawa buku masing – masing esok”, kata guru kelas kepada murid- muridnya.
- “Anda semua perlu menjaga kesihatan kerana ia amat pentiing ,” kata doktor kepada pesakit -
pesakitnya.
- “Anda semua tidak boleh pergi ke tempat itu”, kata pengawal keselamatan kepada pelancong
-pelancong itu.
- “ Anda semua perlu berbaris ketika membeli makanan di kantin “, kata Cikgu Osman kepada murid-
muridnya.

2. Awak /Kamu/Engkau
- “Awak perlu menyiapkan tugas ini,” kata cikgu kepada Ravi.
- “ Kamu mesti belajar dengan rajin ,” kata Cikgu Ravi kepada Choong.
- “ Azmi siapkan kerja sekolah engkau,” kata emak.

3. tuanku
- “ Ampun tuanku . Sembah patik harap diampun. ” kata Bendahara/Temenggung/Laksamana kepada
Sultan

4. kalian
- “ Sokongan yang kalian berikan amat bermakna kepada saya ”. Kata Ketua Pasukan Pengakap
kepada ahli-ahlinya.

5. anda
- “ Jemputlah ibu bapa anda ke majlis penyampaian ”. Kata Cikgu Linggeswaran kepada murid-
muridnya

6. saudara
- “ Baju saudara kotor,” kata Lina kepada Samsul.

7. saudari
- “ Saudari datang dari mana ,” tanya Hassan kepada wanita itu.

III. KATA GANTI DIRI KETIGA

1. Dia
- “Dia ialah pelajar terbaik di dalam kelas” kata Zul kepada ibunya.
2. ia
3. nya
4. beliau
- Beliau merupakan seorang wakil rakyat yang murah hati.
- Beliau ialah seorang Doktor.
- Puan Kamala baru bertugas di sini. Beliau berasal dari Muar, Johor.
- Perdana Mentari tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana beliau berada di luar negara.

5. baginda
- Setiap malam baginda akan berada di kamar ini.

6
- Baginda ialah Sultan Mansur Syah .
- Baginda sedang bersemayam di atas singgahsana.

6. mereka
- Ramu dan Ali kawan baik. Mereka pergi ke sekolah bersama- sama.
- Raju, Ali dan Ravi belajar di Sekolah Kebangassan Sinaran Budi. Mereka tinggal di Kundang.
- Siti dan Zahid sahabat baik. Mereka selalu belajar bersama - sama.
- Pada minggu lalu , Raju dan Helan pergi berkhemah. Mereka membawa makanan yang banyak.
- Raju dan Ravi adik- beradik . Mereka rajin belajar.

3. KATA SENDI

KATA PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH


SENDI
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
di -Digunakan untuk tempat. 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
-Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa 3.Sebatang kayu di dalam bakul sampah. 4.Si
nama yang mengikutinya. Comel duduk di tepi bilik. 5.Bunga
sekuntum itu di atas meja.

1. Mereka akan ke Ipoh esok.


ke - Digunakan untuk tempat, masa dan benda 2. Din menunggu Siti dari pagi hingga ke
konkrit tidak bernyawa. petang.
- Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
nama yang mengikutinya. 4. Cik Bedah ke surau.
- Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama 5.Murid –murid berjalan kaki ke dewan sekolah.
atau frasa nama yang merujuk manusia atau
binatang.
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
dari - Digunakan untuk tempat, arah atau masa. 2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
4. Ayah baru pulang dari Kanada.
5. Orang asing itu datang dari Amerika

daripada - Digunakan untuk orang, perbandingan, asal 1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan 2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
untuk menunjukkan keanggotaan. 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada mereka
5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang
diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri
daripada enam belas orang anggota.
7.Kerusi itu dibuat daripada kayu.
1. Devi suka/gemar akan rambutan.
Kepada/ - Digunakan selepas kata adjektif yang 2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.

7
3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu
akan/terh menyatakan perasaan atau sikap. bapa.
adap 4. Tolong berikan buku ini kepada Raju
5. Abu memberi seikat rambutan kepada Ali

KATA PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH


SENDI

bagi/untu - Digunakan untuk menentukan sesuatu 1. Derma untuk /bagi mangsa banjir sedang dipungut.
k yang dibezakan daripada yang lain. 2. Hadiah ini untukmu.
3. Pen ini untuk Mala.
4. Ayah membelikan seutas jamtangan untuk adik.
5. Ibu membeli tepung untuk membuat kuih.

pada - Digunakan untuk masa, manusia, 1. Devi tiba pada pukul lapan malam.
binatang, benda abstrak, dan benda konkrit 2. Tiket bas itu ada pada Raju.
tertentu. 3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.
4. wang saku saya ada pada ibu
1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan
demi - Digunakan dihadapan jkata nama atau yan negara.
bawa maksud tujuan 2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai.
3. Patuhilah nasihat guru demi kesejahteraan hidup.
4.Demi tuhan, saya tidak melakukan pembunuhan itu.
5. Direnungnya orang itu seorang demi seorang untuk
mencari orang yang mencerobohi rumahnya.
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah
tentang - Digunakan untuk menyatakan makna negara.
berkenaan dengan 2.Beliau akan bercakap tentang kemajuan ekonomi
negara itu.

seperti/ - Digunakan untuk membawa maksud 1.Pemuda itu berlagak seperti/


umpama/ perbandingan atau makna persamaan umpama/ laksana/bagai orang berada.
laksanaba dengan yang lain. 2. Suaranya merdu seperti/umpama/ laksana/bagai
gai buluh perindu.

dengan - Digunakan untuk menyatakan maksud 1. Izzat bermain dengan Hazwan.


bersama-sama atau serta, bandingan setara, 2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
keterangan cara, dan penggunaan sesuatu 3. Nani belajar dengan tekun.
sebagai alat. 4. Nora menulis dengan pensel.
sejak/ 1. Malar sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya
- Digunakan untuk membawa maksud pulang dari perantauan.
semenjak penanda waktu atau masa. 2. Divya kenal Vetha sejak/semenjak kecil.
3. Aravin bermain bola sepak sejak/semenjak umur 7
tahun.

8
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
oleh - Digunakan selepas kata kerja pasif yang 2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata
berawalan di- dan ter- ketua mereka.
3. Bola itu ditendang oleh Thivagar.

hingga/
- Digunakan untuk menyatakan had masa, 1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/ sampai
sampai waktu atau tempat tertentu. larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti.
3. Pertandingan itu diadakan dari pagi hingga malam
dalam/ 1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
- Digunakan untuk menyatakan pengertian 2. Mereka berbincang antara adik- beradik 3.
antara tempat yang tidak mempunyai ruang atau Dia meletakkan bukunya di dalam begnya.
jarak.

4. KATA HUBUNG

Contoh Ayat Contoh


agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
jika Saya berpayung jika hujan.
jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal.
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pokok.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
Semenjak/sejak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguh sungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja itu.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.

9
10

You might also like