You are on page 1of 436

SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Ceritera Mukasurat
Ceritera 1 4
Ceritera 2 5
Ceritera 3 9
Ceritera 4 13
Ceritera 5 28
Ceritera 6 34
Ceritera 7 38
Ceritera 8 42
Ceritera 9 46
Ceritera 10 53
Ceritera 11 57
Ceritera 12 62
Ceritera 13 70
Ceritera 14 82
Ceritera 15 86
Ceritera 16 91
Ceritera 17 99
Ceritera 18 107
Ceritera 19 111
Ceritera 20 117
Ceritera 21 129
Ceritera 22 138
Ceritera 23 148
Ceritera 24 160
Ceritera 25 172
Ceritera 26 178
Ceritera 27 191
Ceritera 28 199
Ceritera 29 209
Ceritera 30 218
Ceritera 31 227
Ceritera 32 236
Ceritera 33 245
Ceritera 34 256
Ceritera 35 266
Ceritera 36 291
Ceritera 37 296
Ceritera 38 301
Ceritera 39 314
Ceritera 40 332

INTERNAL
1
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Ceritera 41 345
Ceritera 42 359
Ceritera 43 372
Ceritera 44 389
Ceritera 45 399
Ceritera 46 409
Ceritera 47 423
Ceritera 48 436
Ceritera 49 1
Ceritera 50 1
Ceritera 51 1
Ceritera 52 1
Ceritera 53 1
Ceritera 54 1
Ceritera 55 1
Ceritera 56 1
Ceritera 57 1
Ceritera 58 1
Ceritera 59 1
Ceritera 60 1
Ceritera 61 1
Ceritera 62 1
Ceritera 63 1
Ceritera 64 1
Ceritera 65 1
Ceritera 66 1
Ceritera 67 1
Ceritera 68 1
Ceritera 69 1
Ceritera 70 1
Ceritera 71 1
Ceritera 72 1
Ceritera 73 1
Ceritera 74 1
Ceritera 75 1
Ceritera 76 1
Ceritera 77 1
Ceritera 78 1
Ceritera 79 1
Ceritera 80 1
Ceritera 81 1

INTERNAL
2
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Ceritera 82 1
Ceritera 83 1
Ceritera 84 1
Ceritera 85 1
Ceritera 86 1
Ceritera 87 1
Ceritera 88 1
Ceritera 89 1
Ceritera 90 1
Ceritera 91 1
Ceritera 92 1
Ceritera 93 1
Ceritera 94 1
Ceritera 95 1
Ceritera 96 1
Ceritera 97 1
Ceritera 98 1
Ceritera 99 1
Ceritera 100 1
Ceritera 101 1
Ceritera 102 1
Ceritera 103 1
Ceritera 104 1
Ceritera 105 1
Ceritera 106 1
Ceritera 107 1
Ceritera 108 1
Ceritera 109 1
Ceritera 110 1
Ceritera 111 1
Ceritera 112 1
Ceritera 113 1
Ceritera 114 1
Ceritera 115 1
Ceritera 116 1
Ceritera 117 1
Ceritera 118 1
Ceritera 119 1
Ceritera 120 1

INTERNAL
3
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

1. Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk.
Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding
dijelajahnya.

Orang-orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi,
kalau tidak masakan dia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia.

Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang buruannya. Dia akan memilih tepat
di kening di antara kedua-dua kening binatang itu.

Dan setiap kali datuk masuk ke hutan, dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah
tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah.

Lepas itu datuk berhenti, dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah
ketiak kanannya lalu dilemparkannya sebelah kiri.

INTERNAL
4
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

2. Suatu ketika datuk dan kawan-kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di
Kawasan Segari berhampiran dengan Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh
manusia.

Datuk dan kawan-kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik
memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar.

Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di
sebalik pokok besar. Datuk menghala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya
akan tepat pada tempat yang dimahunya.

Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk,
macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan
datuk dan terus hilang.

Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia
mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium
daun-daun kering yang terdapat di situ.

Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu
sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ. Seekor rusa lain muncul di depan
datuk.

Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan
menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan
terus melepaskan tembakan.

Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di
tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk membaca sesuatu
dan menghentakkan ulu golok ke tanah. Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun.
Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa.

Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan
terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah
seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor.

Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya
manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya
di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawasan Bruas.

INTERNAL
5
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga, empat, lima, enam dan tujuh.
Kokok ayam hutan bertambah nyaring. Daun-daun hutan di keliling datuk bergerak-gerak
bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun.

Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak.
Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain.

Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa
daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi
penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian.

Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil
membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin, datuk dapat melihat dengan
jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak
berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala,
rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur
keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

"Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup
angin. Datuk diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia?" Tambah suara itu.

Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang
kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu
tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur
bergerak-gerak.

"Kalau kau tidak membenarkannya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi?"
Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

INTERNAL
6
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak.

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar
kepada pertarungan kebatinan.

Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-
urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira, terus menerus membasahi seluruh
badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk
bertekad untuk melawan dengan apa carasekali pun.

Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu
tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini,

"Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi melemang."

Belum pun tamat datuk mengucapkan mantera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam
batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan.

Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk
mengambil senapang seraya berkata,

"Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."

Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening
rusa. Rusa yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi.

Pemandangan datuk kembali normal, yang wujud di depannya sekarang ialah sebatang pokok
besar dengan akar-akar bergayutan yang mencecah muka bumi.

Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari
anak-anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh.

Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk
memotong cabang tujuh lalu berkata,

"Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu."

INTERNAL
7
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam.
Kemudian baru kawan-kawannya pulang. Semua binatang buruan dimasukkan ke dalam bonet
kereta Ford Angldia kepunyaan datuk.

Dalam perjalanan pulang, datuk dan kawan-kawannya singgah di pekan Pengkalan Bharu.
Mereka makan dan minum kopi di sebuah warung dekat surau.

Kebetulan pula tuan punya warung itu adalah kenalan datuk yang sama-sama datang dari Aceh.
Datuk pun menceritakan tentang peristiwa yang dialaminya.

Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa dengan rusa yang berjumlah
tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar pun dia tidak akan
sihat atau separuh gila.

"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah
mereka tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal,
penyakit itu akan berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan
punya warung itu pada datuk.

Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan
punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk
mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah.

INTERNAL
8
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

3. Pada suatu pagi Ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya dari Port Weld,
dekat Taiping iaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang kopi.

Setelah berbincang agak lama dengan kawannya itu. Datuk pun mengambil keputusan untuk
pergi memburu babi yang selalu merosakkan tanamannya di Paya Besar.

Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas memberi tahu tentang hajat
mereka untuk memburu babi.

Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak polis, kerana kawasan Paya Besar masih
lagi belum telibat dengan kawasan hitam.

Dengan kereta Ford Angldia, mereka masuk ke dalam kawasan Paya Besar ikut jalan enam kaki.
Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.

Kemudian datuk dan kawannya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala ke utara. Lebih
kurang dua jam berjalan, babi yang dicari masih tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa.

Lee Kong Hua sudah merancangkan bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu
pulang dengan lori kepunyaan seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah
datuk lebih kurang pukul tiga petang. Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan
diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap menembak.

Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor babi hutan yang besar.
Datuk melepas tembakan tapi, babi segera melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh
dengan pokok serunai laut dan senduduk.

Datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba-tiba babi itu keluar dari belukar dan
berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya.

Masa memburu, datuk dan kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi, babi yang
mereka kejar itu berada tidak jauh dari kumpulan tersebut.

"Dia sudah luka," Datuk memberi tahu kawannya.

"Hati-hati, babi hutan luka selalunya ganas."

"Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan diserangnya," tambah datuk
lagi. Kawannya akur pada cakap datuk.

INTERNAL
9
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke datuk. Alangkah
gembiranya hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang baik. Dia terus menghalakan muncung
senapang ke arah kepala babi hutan itu.

Macam selalu, sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap binatang buruannya. Bila
pemetik senapang mahu ditarik, babi itu memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan sebelah
kiri.

Datuk terus mengikutinya dengan tenang. Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun
mencari tempat yang baik untuk melepaskan tembakan.

Entah macam mana, bagaikan ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik
senapang. Dan satu ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari.

Datuk terus juga memburu hingga sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk
melihat babi hutan itu menyondol-nyondol tanah dengan tenang.

Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui sebatang pokok
merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang.

Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke
seberang. Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi itu, kerana dipisahkan oleh satu kolam kecil
yang airnya keruh.

Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu
menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang seluas kira-kira
lima kaki itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik.

Babi hutan itu itu terus juga menyondol tanah. Datuk berdiri di sebalik pokok ara. Tiba-tiba datuk
terasa telinganya berdesing, pandangannya berubah dan jadi berpinar-pinar. Datuk bagaikan
berada di satu dunia lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya.

Dengan pokok-pokok yang beraneka ragam dengan akar yang berjuntaian. Datuk mengira
semuanya terjadi kerana dia terlalu letih, banyak membuang tenaga kerana belari. Dia mahu
merebahkan babi hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati, nanti dia mengamuk, semua
penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya.

Datuk tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk melihat babi hutan itu
menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datuk meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan
hati-hati dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi
dan babi hutan terus menyelinap ke balik pokok besar.

INTERNAL
10
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia mahu mendekati
datuk dan mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk
memburunya dan datuk sudah tahu, dia terperangkap lagi.

Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya. Bau harum yang sangat asing
menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan-akan melayang-layang.

Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia
terasa ada sesuatu kuasa yang menyuruh dia ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu
dengan penuh keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan
cantik itu ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya.
Datuk berpatah balik.

Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak
berkunang. Pokok-pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok-
pokok kecil yang tidak ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian
kawannya Lee Kong Hua pun sampai ke tempatnya.

"Kenapa?" tanya kawan datuk.

"Kita balik."

Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee
Kong Hua menunggu. Datuk terkejut di samping pemandu, dua orang anggota polis seorang
berpangkat sarjan dan seorang lagi polis biasa.

Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang
Paya Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk.

"Kenapa Tok," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.

"Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu mesti saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu
Dendang," kata Sarjan Ali.

Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil
semasa berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi.

"Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak
pulang, sebulan dulu Cina dari Setiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan

INTERNAL
11
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

cuma jumpa kain dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Meremang bulu roma
datuk mendengarnya.

Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang
diberikan oleh Sarjan Ali itu membuatkan datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu.
Walau bagaimanapun hasrat itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di
Kampung Cangkat Berangan.

Orang itu berkata pada datuk begini, "Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu
yang menyuruh kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana."

"Saya nak jumpa juga."

"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu. Namanya Tok Aki Simbang,
waktu mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah
orang kuat Long Jaafar.

Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun
mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan
cantik itu.

INTERNAL
12
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

4. Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Dia berhasrat untuk menemui perempuan
cantik. Tepat pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan.

Lebih kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana
masuk ke dalam kawasan hitam. Datuk dibawa ke balai polis.

Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke
mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur
pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh dia mula
ditahan. Selepas perbicaraan itu, datuk pun dibebaskan.

Datuk mengambil keputusan yang tepat. Dia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi,
perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari dia tidak pergi
memburu, dia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena.

Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di pinggir Bukit Kota. Menurut orang-orang yang
berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak
juga selalu ditemui oleh mereka.

Kerana Bukit Kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk
berburu ke tempat tersebut. Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak
berunding untuk berburu ayam hutan.

Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa
dengan anggota tentera.

"Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan-kawannya dengan nada
suara yang keras sambil meraba-raba misai
tebalnya.

"Kami tak mahu pergi," jawab kawan-kawan datuk.

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang-orang yang
berladang di pinggir Bukit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkara baru. Sudah jadi
buah mulut orang ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu.
Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis.

Orang-orang komunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu
Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang-orang yang berladang di kaki bukit
merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak mengganggu mereka.

INTERNAL
13
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Walaupun kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Dia
berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh di samping itu dia berharap juga
akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak.

Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum
masuk hutan, dia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air
kelapa muda tiga kali.

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Dia menaiki basikal
sejauh dua batu untuk sampai ke kaki Bukit Kota.

Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Dia berpendapat
pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari
jatuh.

Waktu datuk sampai di kaki Bukit Kota, matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun
nampak bersinar-sinar dipanah matahari.

Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Dia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan
kawannya. Dia bertanya pada kawannya, arah mana terdapat bunyi kokok ayam hutan.
Kawannya itu pun menunjukkan arahnya.

"Batalkan saja rancangan kau tu," ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok-
pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak
tangan.

"Kenapa?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang
datuk yang digayuti peluru.

"Merbahaya."

""Kau takut aku ditangkap komunis, kalau tidak kenapa kau tahan aku."

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Dia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk
terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu
bertalu-talu dan bersahutan-sahutan pula.

Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia
untuk melangkah masuk ke dalam hutan.

INTERNAL
14
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Jangan terburu-buru, nanti buruk padahnya," kawan datuk yang bertahi lalat di pipi
mengingatkan datuk.

"Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-terang, aku boleh beri.
Berapa ekor kau mahu." Balas datuk dan dia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam
hutan.

Kawannya segera mengejarnya. Tiba-tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan
kawannya itu.

"Usah pergi," tahan kawannya.

"Ini urusan aku, kau tunggu di pondok, habuan kau ada."

"Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan,
banyak orang yang sesat di dalamnya."

"Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau."
Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.

Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengarnya suara kokok ayam jantan. Datuk pun
sampai ke satu kawasan agak lapang. Datuk berhenti di situ, tiba-tiba dia terpandang sekumpulan
ayam hutan keluar dari celah-celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar
tanah di situ, kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah
tempatnya kata datuk dalam hati.

Dia merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang pokok besar. Dia duduk di situ, matahari
beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana dia
diteduhi oleh rimbunan pokok hutan.

Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan
di atas kepalanya. Datuk dongakkan kepala. Dia nampak seekor ayam jantan dengan bulu yang
berkilat bertenggek atas dahan. Ayam itu mengepak-ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang
berkilat bergerak-gerak dimain angin.

Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun-daun kering
merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat, lipan itu terpelanting atas tanah. Datuk
segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk
kecewa. Dia terus memaki lipan yang sudah hancur itu.

INTERNAL
15
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk membuat rancangan lain. Dia mahu berubah tempat kerana datuk yakin ayam-ayam itu
tidak akan datang ke situ lagi. Baru lima langkah datuk melangkah, dia terdengar kokok ayam.
Datuk berpatah balik ke tempat asal.

Datuk duduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan
tidak juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal
pohon meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Dia yakin
ayam-ayam itu akan datang juga ke situ.

Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak-gerak. Seekor ayam
hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan-kawannya yang
lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah-celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.

Satu peluang yang baik bagi datuk. Dia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas
tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya.

Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggangnya, seekor ayam betina meluru
padanya lalu berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya. Mata golok
yang tajam pun memutuskan urat di tengkuk ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu
ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.

Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadang
salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit.
Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya
dia akan datang lagi berburu ke situ.

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, dia dapat
menduga pukul berapa sekarang.

"Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan cara mendadak
sahaja dia membatalkan rancangannya untuk pulang. Dia mahu memburu lagi.

Sebelum matahari jatuh di kaki langit, dia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor
ayam lagi. Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa
tahu entah esok, entah tulat kawasan ini
akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang
difikirkan oleh datuk.

Dia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, akhirnya datuk
berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu dia

INTERNAL
16
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok
ayam jantan.

"Kali ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk dalam hati
sambil mematah dahan pokok hutan.

Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Dia segera
menyembunyikan diri di celah rimbunan pokok
hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam
dan suara itik. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa.

Puas datuk melihat kiri kanan, dia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma
perasaannya sahaja. Dia segera keluar dari tempat persembunyian dan meneruskan
perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan dia tercium bau wangi di kelilingnya.

Dia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk membaca sesuatu,
tetapi bau wangi itu semakin kuat datang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.

"Ganjil!" kata datuk sambil mengaru tanah.

Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu
dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang. Kemudian
dia menghembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga-tiga pancang itu rebah ke
bumi. Tahulah datuk, bahawa dia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi dia
berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh

Datuk meneruskan perjalanannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun-daun
hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa
pening di kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa.

Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Da menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di
situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga. Di hujung pokok-pokok bunga itu terdapat
jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu, kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ.

Datuk berhenti berjalan, bila dia terpandangkan seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan.
Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.

"Kau sesat," kata perempuan itu.

"Tidak."

INTERNAL
17
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Habis macam mana kau ke mari."

"Saya memburu ayam."

"Patutlah ayam aku banyak yang hilang."

"Saya..."

"Sudah. mari singgah di rumah aku dulu."

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa,
bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaannya, tanpa soal
jawab datuk terus menyerahkan padanya.

Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam buat datuk. Selain
dari perempuan tua itu, datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal
serumah dengan perempuan tersebut.

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk
cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki
Bukit Kota. Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Dia
meminta datuk bermalam di rumahnya.

"Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.

"Boleh, kami tidak pernah mungkir janji."

"Hantarkan saya sampai ke kaki bukit."

"Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."

"Janji apa?"

"Jangan menembak binatang ternakan kami."

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah
orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.

"Kau susah dengan syarat itu?"

"Tak susah, tapi..."

INTERNAL
18
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini."

"Baiklah."

"Kalau kau mungkir janji, buruk padahnya." Orang tua itu mengingatkan datuk dengan nada yang
keras. Bulu tengkuk datuk meremang.

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh.
Secara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik
orangnya dengan sepasang mata yang bersinar. Berkulit putih dan rambut terurai di atas bahu.

Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung
tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra. Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu
bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki Bukit Kota. Sebagai tanda kenangan, anak
orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.

"Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, "
kata orang tua, bila bertemu dengan jalan dia mula masuk ke hutan dulu.

"Kalau mahu ayam, minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung
perempuan tua itu.

Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula,
perempuan tua dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek
yang terpaksa diusap dengan kemenyan setiap malam Jumaat.

Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak pada
perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi oleh datuk.

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Dia pun pergi ke Bukit Kota,
satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat
yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok
besar dan akar kayu berjuntaian.

Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki Bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa
kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada orang
yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang
bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan-bulan.

INTERNAL
19
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturrahimnya dengan orang bunian dengan
baik. Malah dia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu
semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang diusapnya pada
tiap-tiap malam Jumaat.

"Ingat, buat baik sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad
dan dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.

"Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah-tengah bau
kemeyan yang semerbak.

Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi
gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah
berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.

~sbdj~4. Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Dia berhasrat untuk menemui
perempuan cantik. Tepat pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan.

Lebih kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana
masuk ke dalam kawasan hitam. Datuk dibawa ke balai polis.

Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke
mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur
pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan dari tarikh dia mula
ditahan. Selepas perbicaraan itu, datuk pun dibebaskan.

Datuk mengambil keputusan yang tepat. Dia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi,
perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari dia tidak pergi
memburu, dia terasa hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena.

Akhirnya, datuk teringat tentang hutan kecil di pinggir Bukit Kota. Menurut orang-orang yang
berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak
juga selalu ditemui oleh mereka.

Kerana Bukit Kota tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk
berburu ke tempat tersebut. Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak
berunding untuk berburu ayam hutan.

Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa
dengan anggota tentera.

INTERNAL
20
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan-kawannya dengan nada
suara yang keras sambil meraba-raba misai
tebalnya.

"Kami tak mahu pergi," jawab kawan-kawan datuk.

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang-orang yang
berladang di pinggir Bukit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkara baru. Sudah jadi
buah mulut orang ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu.
Sudah pun dilaporkan kepada pihak polis.

Orang-orang komunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu
Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang-orang yang berladang di kaki bukit
merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak mengganggu mereka.

Walaupun kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Dia
berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang boleh di samping itu dia berharap juga
akan dapat menembak seekor dua napuh atau landak.

Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum
masuk hutan, dia membakar kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air
kelapa muda tiga kali.

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Dia menaiki basikal
sejauh dua batu untuk sampai ke kaki Bukit Kota.

Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Dia berpendapat
pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah hutan hingga matahari
jatuh.

Waktu datuk sampai di kaki Bukit Kota, matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun
nampak bersinar-sinar dipanah matahari.

Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Dia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan
kawannya. Dia bertanya pada kawannya, arah mana terdapat bunyi kokok ayam hutan.
Kawannya itu pun menunjukkan arahnya.

"Batalkan saja rancangan kau tu," ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok-
pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak
tangan.

INTERNAL
21
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kenapa?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang
datuk yang digayuti peluru.

"Merbahaya."

""Kau takut aku ditangkap komunis, kalau tidak kenapa kau tahan aku."

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Dia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk
terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu
bertalu-talu dan bersahutan-sahutan pula.

Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia segera meletakkan senapang atas bahu dan bersedia
untuk melangkah masuk ke dalam hutan.

"Jangan terburu-buru, nanti buruk padahnya," kawan datuk yang bertahi lalat di pipi
mengingatkan datuk.

"Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-terang, aku boleh beri.
Berapa ekor kau mahu." Balas datuk dan dia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam
hutan.

Kawannya segera mengejarnya. Tiba-tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan
kawannya itu.

"Usah pergi," tahan kawannya.

"Ini urusan aku, kau tunggu di pondok, habuan kau ada."

"Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan,
banyak orang yang sesat di dalamnya."

"Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau."
Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.

Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengarnya suara kokok ayam jantan. Datuk pun
sampai ke satu kawasan agak lapang. Datuk berhenti di situ, tiba-tiba dia terpandang sekumpulan
ayam hutan keluar dari celah-celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar
tanah di situ, kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah
tempatnya kata datuk dalam hati.

INTERNAL
22
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dia merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang pokok besar. Dia duduk di situ, matahari
beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana dia
diteduhi oleh rimbunan pokok hutan.

Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok ayam hutan
di atas kepalanya. Datuk dongakkan kepala. Dia nampak seekor ayam jantan dengan bulu yang
berkilat bertenggek atas dahan. Ayam itu mengepak-ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang
berkilat bergerak-gerak dimain angin.

Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar dari celah daun-daun kering
merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat, lipan itu terpelanting atas tanah. Datuk
segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk
kecewa. Dia terus memaki lipan yang sudah hancur itu.

Datuk membuat rancangan lain. Dia mahu berubah tempat kerana datuk yakin ayam-ayam itu
tidak akan datang ke situ lagi. Baru lima langkah datuk melangkah, dia terdengar kokok ayam.
Datuk berpatah balik ke tempat asal.

Datuk duduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan
tidak juga datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal
pohon meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Dia yakin
ayam-ayam itu akan datang juga ke situ.

Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak-gerak. Seekor ayam
hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan-kawannya yang
lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah-celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.

Satu peluang yang baik bagi datuk. Dia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas
tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya.

Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggangnya, seekor ayam betina meluru
padanya lalu berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera menangkapnya. Mata golok
yang tajam pun memutuskan urat di tengkuk ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu
ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.

Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadang
salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit.
Panas kian terik dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya
dia akan datang lagi berburu ke situ.

INTERNAL
23
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, dia dapat
menduga pukul berapa sekarang.

"Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan cara mendadak
sahaja dia membatalkan rancangannya untuk pulang. Dia mahu memburu lagi.

Sebelum matahari jatuh di kaki langit, dia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor
ayam lagi. Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa
tahu entah esok, entah tulat kawasan ini
akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini. Itulah yang
difikirkan oleh datuk.

Dia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, akhirnya datuk
berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu dia
akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok
ayam jantan.

"Kali ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk dalam hati
sambil mematah dahan pokok hutan.

Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Dia segera
menyembunyikan diri di celah rimbunan pokok
hutan. Suara orang bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam
dan suara itik. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa.

Puas datuk melihat kiri kanan, dia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk mengira itu cuma
perasaannya sahaja. Dia segera keluar dari tempat persembunyian dan meneruskan
perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan dia tercium bau wangi di kelilingnya.

Dia menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk membaca sesuatu,
tetapi bau wangi itu semakin kuat datang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut.

"Ganjil!" kata datuk sambil mengaru tanah.

Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu
dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang. Kemudian
dia menghembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga-tiga pancang itu rebah ke
bumi. Tahulah datuk, bahawa dia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi dia
berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh

INTERNAL
24
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk meneruskan perjalanannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun-daun
hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa
pening di kepalanya hilang. Datuk berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa.

Datuk tidak peduli pada semuanya itu. Da menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di
situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga. Di hujung pokok-pokok bunga itu terdapat
jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu, kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ.

Datuk berhenti berjalan, bila dia terpandangkan seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan.
Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.

"Kau sesat," kata perempuan itu.

"Tidak."

"Habis macam mana kau ke mari."

"Saya memburu ayam."

"Patutlah ayam aku banyak yang hilang."

"Saya..."

"Sudah. mari singgah di rumah aku dulu."

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa,
bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaannya, tanpa soal
jawab datuk terus menyerahkan padanya.

Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam buat datuk. Selain
dari perempuan tua itu, datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda yang tinggal
serumah dengan perempuan tersebut.

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk
cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki
Bukit Kota. Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Dia
meminta datuk bermalam di rumahnya.

"Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.

"Boleh, kami tidak pernah mungkir janji."

INTERNAL
25
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Hantarkan saya sampai ke kaki bukit."

"Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."

"Janji apa?"

"Jangan menembak binatang ternakan kami."

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah
orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.

"Kau susah dengan syarat itu?"

"Tak susah, tapi..."

"Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini."

"Baiklah."

"Kalau kau mungkir janji, buruk padahnya." Orang tua itu mengingatkan datuk dengan nada yang
keras. Bulu tengkuk datuk meremang.

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh.
Secara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik
orangnya dengan sepasang mata yang bersinar. Berkulit putih dan rambut terurai di atas bahu.

Subuh itu datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung
tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra. Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu
bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki Bukit Kota. Sebagai tanda kenangan, anak
orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.

"Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, "
kata orang tua, bila bertemu dengan jalan dia mula masuk ke hutan dulu.

"Kalau mahu ayam, minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung
perempuan tua itu.

Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula,
perempuan tua dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek
yang terpaksa diusap dengan kemenyan setiap malam Jumaat.

INTERNAL
26
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak pada
perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi oleh datuk.

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Dia pun pergi ke Bukit Kota,
satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat
yang ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok
besar dan akar kayu berjuntaian.

Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki Bukit Kota, datuk mendapat tahu, bahawa
kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada orang
yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang
bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan-bulan.

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturrahimnya dengan orang bunian dengan
baik. Malah dia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu
semuanya ini menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang diusapnya pada
tiap-tiap malam Jumaat.

"Ingat, buat baik sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad
dan dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.

"Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah-tengah bau
kemeyan yang semerbak.

Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi
gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah
berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.

INTERNAL
27
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

5. Sudah tiga jam anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak
cucu, bagaikan terbayang tingkah laku anak cucu di depan matanya. Nenek tidak tahu pukul
berapa anak cucunya pergi meninggalkannya, yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari
baru naik segalah, tapi sekarang matahari sudah pun berada dipucuk kelapa.

Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia membasuh dan memotong kacang panjang. Dia
terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Dia melihat Muhammad
Hakim keluar dari kereta.

"Kenapa? Ada barang tinggal?" Tanya nenek.

"Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlanggar dekat pekan pusing."

Nenek diam. Dia tahu cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas
sebagai pegawai kastam.

"Apa yang mesti kita buat?" Nenek menyoal.

Mohammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran
sebelah telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh dia pergi ke Hospital Batu Gajah. Jiran
yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu.

Bagai digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung
bunian, teringat mahu balik. Isteri
mudanya tidak menahan. Datuk pun balik.

Datuk sampai ke rumah waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak
ada di rumah. Selepas sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita
yang dipesan. Datuk menerima pesanan itu dengan tenang.

"Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi," kata datuk pada jiran yang
menyampaikan pesan.

Apa yang dicakapkan oleh datuk, di kotakannya. Lepas sembahyang Isyak datuk pun
menghidupkan enjin keretanya, kemudian datuk matikan enjin kereta itu, datuk buka bonet
kereta untuk memastikan dia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah
jalan.

Datuk periksa enjin kereta. Dia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan
jauh.

INTERNAL
28
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip,
tiada bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Angldianya dengan tenang
membelah kegelapan malam.

Kereta datuk sudah pun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga. Bila masuk ke dalam
kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya, agak sukar juga datuk
memandu dalam malam hujan lebat.

Dia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali datuk terbabas ke tepi jalan.
Bila berselisih dengan lori balak atau lori ikan, datuk terpaksa menghentikan keretanya.

Datuk sudah pun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk sudah memasuki
Pekan Parit. Hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang terjadi datuk tetap mahu
meneruskan perjalanannya ke Hospital Batu Gajah.

Datuk meninggalkan Pekan Parit dan menggigil kesejukan. Sampai di satu selekoh, kereta datuk
berhenti dengan tiba-tiba. Dia cuba menghidupkan enjinnya, usahanya itu tidak berjaya.

Dalam hujan yang lebat itu datuk keluar dari perut kereta. Datuk membuka bahagian depan dan
dengan lampu picit di tangan, dia meraba semua wayar yang terdapat pada enjin kereta.
Badannya sudah basah. Dia menggigil.

Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon, tidak bersuara. Datuk
masih juga tenang. Walaupun dia tahu, dia sekarang berada di tempat sunyi.

Di kiri kanannya penuh dengan hutan tebal. Kilat mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu
datuk dapat memastikan bahawa dirinya berada tidak jauh dari Bukit Berapit. Setiap kali cahaya
kilat memancar, dia dapat melihat Bukit Berapit yang terpegun berdiri di kiri kanan jalan.

Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah-limpah, datuk melihat jam di
tangan, sudah hampir pukul 12 malam. Tidak ada sebuah kereta yang melintas di situ.

Datuk tetap menggigil dalam perut kereta Ford Angldia. Tiba-tiba datuk melihat ada cahaya api
dari sebelah kanan jalan. Dia memastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah rumah.

Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang. Kemudian dia memutuskan untuk pergi ke rumah
yang ada cahaya lampu itu. Datuk mengunci semua pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam
hujan yang begitu lebat. Datuk masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut.

INTERNAL
29
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sampai sahaja di kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu. Sebuah
rumah batu bertingkat dua, di halamannya penuh dengan pokok-pokok bunga yang sudah basah
dengan air hujan.

Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang-ulang kali. Tidak ada jawapan. Datuk
ketuk lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda berdiri sambil di tangannya tertatang
sebuah pelita minyak tanah.

"Saya mahu tumpang berteduh," kata datuk.

"Begitu, masuklah ke dalam."

"Tak payah, biarlah di luar sahaja."

"Jangan begitu, masuklah." Pelawa perempuan itu mendesak juga datuk supaya masuk ke dalam
rumah.

Akhirnya datuk masuk. Dia disuruh duduk di ruang tamu. Perempuan yang baik hati itu
memberikan datuk kain pelikat dan baju Melayu. Datuk terus memakainya.

Perempuan itu juga memberikan datuk secawan kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya
cukup segar.

"Tinggal seorang saja," tanya datuk. Perempuan muda yang berambut panjang itu tersenyum,
lampu minyak tanah terlintuk liuk ke kiri dan kanan ditiup angin malam.

"Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit."

"Suami?"

"Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati ditembak komunis
di Sungai Siput."

"Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam-malam begini."

"Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak rosak, dan saya
berkewajipan menolong. Masa ini masa awak, nanti ada masanya saya memerlukan pertolongan
dari awak."

"Awak perempuan yang baik hati."

INTERNAL
30
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Usahlah terlalu memuji," tingkah perempuan muda.

Di luar rumah hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah. Angin yang bertiup
kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga sama sendiri, sesekali terdengar bunyi
dahan pokok yang sekah.

Datuk terdengar bunyi lolongan anjing sayup-sayup di luar bersama bunyi suara kucing berkelahi.
Dari arah dapur, datuk terdengar bunyi pinggan dan piring berlaga, serentak dengan itu datuk
terdengar bunyi suara perempuan mengilai.

Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada perempuan muda itu. Dia tetap tenang.
Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang baik budi bahasa mahu menyoal hal
peribadi. Itu biadab namanya. Datuk tidak mahu perempuan muda itu menuduh dia biadab.

Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas memberitahu datuk,
bahawa dia dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Cina.

Masa zaman pemerintahan Jepun, mereka tinggal di Batu Gajah dan mereka sekeluarga terus
memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah, mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah serta
tanah yang mereka duduki sekarang ini.

Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu memberikan datuk
sebuah bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta almari.

"Bilik untuk awak tidur di sini," ujar perempuan muda itu, datuk melihat sebatang lilin yang
dimamah api tersedia di atas meja.

"Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak," tambah perempuan cantik itu, "kereta
awak dan awak selamat di sini."

"Terima kasih."

Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk terdengar perempuan muda itu
mengunci bilik dari luar. Datuk tersenyum dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat
begitu adalah untuk kebaikan dirinya. Dia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah
malam lalu merogolnya. Datuk menggelengkan kepala.

"Aku tidak sejahat itu," kata datuk dalam hati. Dia rebahkan badan atas katil. Bila datuk mahu
merapatkan kedua belah kelopak matanya, dia terdengar bermacam-macam bunyi di luar, ada
bunyi orang berjalan, ada suara orang menangis. Datuk tidak menghiraukannya, barangkali itu
cuma perasaannya sahaja.

INTERNAL
31
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Akhirnya, datuk terlelap, dia bermimpi ada orang berkepala anjing datang padanya lalu mahu
membaham pangkal pehanya. Datuk melawan dengan sekuat hati. Dalam perlawanan itu, datuk
tewas pada orang berkepala anjing itu. Orang berkepala anjing itu terus mengoyak daging peha
datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk menjerit dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga.

Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk ke dalam ruang bilik.
Datuk mengerutkan dahi, kerana dia mendapati dirinya cuma tidur di atas simen di sebuah bilik
yang kotor dan buruk. Tidak ada katil. Tidak ada meja. Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan
batang pisang.

Datuk keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi indah ternyata sebuah
rumah buruk yang hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.

Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan sekitar rumah itu
amat meyeramkan. Datuk mencari perempuan muda yang melayannya semalam. Tidak nampak
batang hidung.

Datuk pergi ke ruang tengah. Dia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air
hitam yang busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya terdapat dalam
cawan itu.

Datuk mengucap panjang. Dia ingat malam tadi dia minum di situ. Dia yakin air itu sudah masuk
ke dalam perutnya.

"Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan," bisik batin datuk. Dia pun meninggalkan kawasan
rumah itu menuju ke jalanraya.

Datuk cuba menghidupkan enjin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba memandu dua
tiga rantai ke depan. Keretanya tidak mengalami sebarang kecelakaan. Datuk terus menuju
Hospital Batu Gajah.

Dia kecewa. Ramlah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah meninggal dunia.
Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan kisah yang dialaminya
pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah.

"Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal. Anak dara tuan punya rumah itu menggantung diri di
ruang tengah rumah tu," beritahu pekerja itu pada datuk.

"Sebab?"

INTERNAL
32
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain."

"Begitu..." suara datuk lembut.

Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya daripada anak cucu. Pada orang lain,
perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z.

Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta
datuk bercerita bagi kali yang kedua, datuk akan marah.

"Aku bukan tukang cerita," katanya.

Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri datuk. Malah, ada yang
mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka-suka pada sebelah petang,
bila datuk tidak berburu.

Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh kawan-kawan pada dirinya. Cukup
mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata,

"Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian lihat nanti, apa yang
akan terjadi."

Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan-kawan datuk yang mahu menjawab
cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di
rumahnya, merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang-orang setempat. Sekarang,
cerita itu tidak lagi diperkatakan oleh orang.

INTERNAL
33
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

6. Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu, datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya
sakit dan bengkak-bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan swasta, tapi sakit
datuk tidak juga mahu hilang.

Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau Batu
Gajah bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak
suka duduk di hospital.

Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di hospital. Jadi datuk
terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil untuk
merawatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang.

Seorang dukun dari Mambang di kawasan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat,
kecuali oleh pawang yang benar-benar
handal.

"Kenapa tok bomoh?" seorang cucu datuk bertanya.

"Sakitnya dibawa oleh orang atas," jawabnya pendek.

"Siapa orang atas tu tok bomoh," desak cucu datuk. Bomoh itu tidak mahu memberikan
jawapannya. Begitulah datuk, dia terus
terlantar di tempat tidur menanggung sakit.

Walaupun sakit terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap kalau ada
kawan-kawannya yang datang melawat.

Kadang-kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang membantunya.
Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya.

"Aku masih kuat lagi," katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi.

Pada suatu malam, semua anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk
memanggil dukun orang asli yang tinggal dekat Grik.

Entah macam mana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang dan membuang
semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan.

Kemudian datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke
rumah untuk merawatnya.

INTERNAL
34
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Memang di luar dugaan anak cucu, datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit
datuk tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama.

Sesudah menerima suntikan dan makan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh
bangun dan berjalan dari ruang tengah ke anjung rumah. Mukanya nampak berseri. Tidak pucat
lagi. Datuk mula boleh makan nasi.

Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta, ternyata datuk beransur sihat, tapi pada
satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak.

Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya
mengerumuninya.

Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau-bauan yang
wangi, diganti pula dengan bau kemenyan. Serentak dengan itu, datuk mula terbatuk dua tiga
kali. Dia terus duduk.

"Carikan aku tiga biji limau, tiga helai daun sirih putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat
membakarnya," ujar datuk tenang.

"Nak buat apa," tingkah nenek.

"Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang," datuk membeliakkan
matanya.

Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkan kain kuning. Bila
barang-barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk.

Duduklah datuk mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada
kuasa ghaib yang menaburkan serbuk kemenyan di dalam dupa.

"Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi
dinding. Tidak ada siapa pun yang berdiri di
situ.

Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerak-kerak bagaikan ada tangan yang
menyentuhnya.

"Kalian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku," datuk memberi perintah. Semua anak cucu
keluar. Datuk mengunci pintu biliknya
dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar.

INTERNAL
35
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dah berapa lama sakit ni, kenapa tak beritahu?" anak cucu datuk terdengar suara orang
perempuan bercakap di dalam bilik.

Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu. Tidak ada orang lain dalam
bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga.

Sesekali datuk bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk
melipatkan kaki kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut.

"Berapa lama sakit ni," terdengar lagi suara perempuan.

"Dah dekat tiga bulan," sahut datuk

"Patutlah lama tak ke rumah."

"Sibuk."

"Apa asalnya, ada jatuh atau ada tersalah makan."

"Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada, saya jatuh dekat perigi buta."

"Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya."

"Itu salah saya," datuk mengaku.

Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil
sesuatu serta bunyi orang mengoyakkan daun
sirih.

"Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya," terdengar
lagi suara perempuan.

Beberapa saat kemudian, datuk membuka pintu bilik, bau wangi masuk ke ruang rumah. Lepas
itu datuk membuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu.

"Selamat jalan," kata datuk pada malam yang samar-samar itu. Datuk melambaikan tangannya.

Entah pada siapa datuk melambaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu.
Perkara itu berlanjutan hingga tiga malam. Masuk malam keempat, datuk mengadakan kenduri
kesyukuran.

INTERNAL
36
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya. Datuk
mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya.

Anak cucunya bertambah pening. Antara doktor dan dukun, siapakah yang sebenarnya merawat
datuk hingga sembuh?

Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini, "Masa kuat sakitnya, doktor yang
mengurangkan dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja."

Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa-apa atas
kehilangannya itu. Semuanya tahu bahawa datuk pergi ke rumah isteri orang bunian. Dan datuk
akan kembali ke pangkuan nenek sesudah tinggal dengan isterinya orang bunian itu selama tiga
empat hari.

Nenek tidak pula merasa cemburu. Apa yang nenek fikirkan ialah tentang kebahagiaan diri datuk.
Biarlah datuk buat apa sahaja. Asalkan datuk gembira dan boleh panjang umur. Cukup mulia hati
nenek.

Macam selalu, bila datuk pulang dari rumahnya di kampung bunian, datuk akan membawa seekor
dua ayam hutan dan buah labu atau
mentimun untuk nenek dan anak cucunya.

"Siapa yang merawat dalam bilik dulu?" tanya nenek pada suatu petang. Datuk tersenyum
mendengar pertanyaan itu.

"Isteri muda kitalah."

"Siapa?"

"Orang bunian."

"Humm... Lagi apa katanya pada awak?"

"Tidak ada apa-apa, cuma dia berpesan satu sahaja, kalau ada apa kesusahan pada keluarga kita,
segera beritahu padanya."

Jawapan yang diberikan itu cukup menyenangkan nenek.

INTERNAL
37
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

7. Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, datuk terlibat dalam pengambilan ahli-ahli
pengawal kampung untuk menentang pihak komunis yang sentiasa mengancam keselamatan
penduduk kampung.

Datuk telah dipilih untuk menjadi anggota AP. Kerana itu datuk kena menjaga kampung pada
setiap malam secara bergilir-gilir dengan orang-orang kampung yang lain.

Kerana datuk dianggap penduduk yang tertua di kampung itu dan tahu serba sedikit ilmu dunia,
datuk telah dipilih untuk menjadi ketua.

Kadang-kadang datuk dipanggil juga oleh pasukan keselamatan untuk masuk ke hutan untuk
menggempar sarang komunis. Ini bukanlah beban yang berat baginya. Datuk menerimanya
dengan rasa senang hati.

Satu keistimewaan datuk ialah walaupun dia kurang tidur tapi badannya tetap sihat. Wajahnya
tidak cengkung atau pucat.

Satu malam dia telah diarahkan pasukan keselamatan untuk membawa anak buahnya menjaga
kawasan kampung yang bersempadan dengan jalanraya yang merintangi sebuah anak sungai.

Datuk pecahkan anak buahnya kepada dua pasukan, setiap pasukan dianggotai oleh lima orang.
Satu pasukan ditugaskan meronda tepi sungai menghala ke utara.

Sedangkan datuk dengan kawan-kawan menguasai sebelah selatan hingga sampai ke jabatan
besi. Datuk memilih pangkal jambatan besi itu sebagai tempat dia mengatur sebarang gerakan.

Malam itu datuk bertugas dengan tenang di atas jambatan besi. Sesekali malam yang sepi itu
dipecahkan oleh bunyi jentera lori pasukan keselamatan yang melintas di atas jambatan besi.

"Kau berdua pergi ke hujung sana, dan kau berdua pergi berjaga dekat pokok besar," datuk
memerintahkan anak buahnya.

"Di sini, siapa nak tunggu?" tanya Hamid, salah seorang dari anak buahnya. Datuk tidak
menjawab pertanyaan itu dengan cepat. Dia termenung berfikir.

"Di sini, biar aku tunggu," katanya. Anak buahnya yang sudah diperintah mengikut arahan yang
ditetapkan. Malam bertambah sejuk.

Datuk mengigil kesejukan. Dua tiga kali dia menguap. Badannya disandarkan pada besi jambatan.
Tiba-tiba datuk terkejut, seekor ular berbelang kuning dan hitam meniti atas palang besi
jambatan menuju ke arahnya.

INTERNAL
38
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Lebih kurang satu ela mahu sampai padanya, ular itu berhenti. Panggung kepala. Menjulurkan
lidah. Mata ular itu nampak merah.

Dari mulut ular itu terpancar sesuatu macam api. Bila ular itu mengatupkan mulutnya, api itu
padam dan api itu akan wujud kembali bila ular itu membuka mulutnya.

Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut
golok perak di pinggang.

"Kalau kau berniat baik, kau lalu. Kalau niatmu buruk, kau berhenti." Sebaik sahaja datuk
mengakhiri cakapnya itu, ular sudah pun berada di depannya.

Ular itu panggung kepala. Bagaikan kilat, datuk mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat
tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu-satu. Barulah puas hati datuk.

Malam bertambah dingin. Daun-daun pokok di kiri kanan jalan bergerak-gerak diterjang oleh
angin. Bunyi suara burung hantu bersahut-sahutan. Di selang-seli dengan raungan anjing yang
mendayu-dayu.

Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir tenang itu bergolak dan
berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun dan berombak itulah bangkai ular yang
dipotongnya jatuh.

Makin lama, makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang hebat.
Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ.

Datuk termenung. Belum pernah dia berhadapan dengan hal-hal begitu. Mata datuk terus juga
merenung pada air sungai yang beralun dan berbunyi dengan teliti. Datuk berdebar juga.

Terniat dalam hatinya mahu meninggalkan tempat tersebut. Niat itu mati dengan sendirinya, bila
timbul desakan dalam hatinya untuk mengetahui apakah benda dalam perut sungai.

Dalam suasana agak kelam-kabut itu. Datuk terpandang air sungai mula melimpah ke tebing. Di
tengah-tengah sungai itu timbul satu lembaga besar hitam, badannya sebesar kerbau jantan.
Lembaga itu terus timbul.

Setiap kali lembaga itu bergerak, air terus bergelombang merempuh pokok-pokok keladi di
tebing sungai. Semuanya tumbang.

INTERNAL
39
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Macam selalu, bila berhadapan dengan perkara-perkara yang aneh, datuk akan membaca ayat
suci Al-Quran. Kali ini datuk membaca ayat 'Kursi' dengan khusyuk.

Semasa dia membaca ayat-ayat itu, lembaga di dalam sungai terus mengamuk dan bertempik,
bagaikan suara gajah. Datuk tidak peduli. Dia terus membaca.

Bila ayat itu habis dibaca, suasana di dalam sungai kembali normal. Air sungai terus mengalir
tenang. Daun-daun pokok tidak bergerak meskipun angin malam bertiup.

"Syaitan!" kata datuk sambil meninggalkan tempat tersebut.

Datuk terus mendapatkan anak buahnya. Mereka berkumpul kerana hari sudah pun beransur
cerah. Datuk terus membawa anak buahnya ke surau dan menunaikan sembahyang subuh.

Lepas sembahyang subuh, mereka pun berpecah meneruskan kerja masing-masing. Separuh
daripada anak buahnya terus ke Paya Besar menoreh getah dan separuh lagi pergi ke tempat
perusahaan membuat batu-bata di Jalan Parit. Banyak juga anak buah datuk yang menjadi buruh
di syarikat perusahaan itu.

Datuk tidak pula menceritakan apa yang dialaminya pada orang-orang kampung. Walaupun
begitu, ada juga orang kampung yang mengalami peristiwa seperti yang datuk alami itu bila
berjalan malam di jambatan besi tersebut.

Jambatan besi itu masih ada lagi hingga sekarang, terletak di antara Kampung Pulau Kabung
dengan Kampung Mandi Upeh. Tapi peristiwa ganjil seperti yang dialami oleh datuk itu tidak
berlaku lagi.

Di kiri kanan jambatan besi itu kini sudah penuh dengan rumah kediaman. Kadang-kadang
jambatan itu menjadi tempat persinggahan anak muda pada setiap malam, selepas mereka
menonton wayang di Pekan Sitiawan, Air Tawar atau Bruas.

Dan kalau diceritakan kisah-kisah aneh pada mereka. Mereka tidak akan percaya, malah mereka
akan mentertawakan pada orang yang menceritakannya.

Sebulan selepas dari peristiwa aneh itu, pada satu malam rumah datuk didatangi oleh seorang
pemuda. Udin namanya.

Dia meminta jasa baik datuk untuk membuat air penawar pada anak kecilnya yang sudah
seminggu menangis malam.

"Agaknya perut anak kau kembung," kata datuk sambil merenung muka Udin.

INTERNAL
40
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sudah berbotol minyak angin saya lumurkan ke perutnya." Jawab Udin dengan tenang.

Datuk terdiam kerana dia tahu, dia bukanlah seorang dukun atau pawang, tapi kerana dia
merupakan orang yang tertua di kampung tersebut, dia dianggap tahu dalam hal-hal kedukunan.

"Bawa saja anak kau ke klinik," datuk mengesyurkan. Udin terdiam sejenak. Muka datuk
direnungnya lama-lama.

"Malam klinik dah tutup."

"Sepatutnya, kau tak payah minta penawar dari aku, jumpa doktor lagi baik, sebabnya mereka
boleh memeriksa anak kau, mana tahu anak kau ada mengidap penyakit."

"Saya tahu, tapi..." Udin berhenti bercakap. Ada rasa kecewa dan putus asa bermain di wajahnya.

"Baiklah, bolehlah aku buatkan penawar, tapi esok kau bawalah anak kau ke klinik," kata datuk
lagi.

Datuk pun segera membuat air penawar dan diberikan pada Udin. Sebelum Udin meninggalkan
rumah, lagi sekali datuk mengingatkan Udin supaya membawa anaknya menemui doktor.

Datuk berpendapat, berubat dengan doktor lebih baik dari berubat dengan dukun, kerana
dengan peralatan moden, sakit seseorang dapat dikesan dengan cepat.

Pesan datuk itu tidak dipersiakan oleh Udin. Dia terus membawa anaknya menemui doktor dan
menerima rawatan dengan baik. Sejak itu anaknya tidak lagi menangis malam.

Memang begitulah sikap datuk, dia lebih suka menggalakkan orang-orang kampung berubat
dengan doktor, kecuali kalau sudah menemui doktor, pesakit tidak mahu baik, barulah dia
menyuruh berubat cara kampung.

INTERNAL
41
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

8. "Mari ikut aku ke rumah Anjang Dollah," kata datuk pada saya.

Pemintaan datuk itu tidak dapat saya tolak. Dengan rasa kecewa saya meninggalkan kumpulan
kawan-kawan saya yang sedang bermain galah panjang di depan rumah datuk.

"Apa halnya?" tanya saya.

"Sajalah, aku dengar cerita, Anjang Dollah tu handal mengubat orang kena sampuk, aku nak
tengok cara dia mengubatnya. Kalau boleh
aku nak belajar darinya."

"Belajar buat apa?" balas saya.

Datuk tersenyum dan terus berkata, "Belajar untuk tahu apa salahnya, tidak merugikan kita."

Setelah mendengar cakapnya itu. Saya pun tidak mengeluarkan sebarang soalan atau
pertanyaan. Berjalanlah saya dengan datuk petang itu menuju ke Kampung Gelung Gajah yang
jaraknya lebih kurang tiga batu dari kampung datuk.

Terpaksa meredah dua tiga anak sungai. Dan rumah Anjang Dollah letaknya agak terpencil dari
rumah-rumah di situ. Berada di pinggir sebuah kolam dan berhadapan dengan sebuah belukar
kecil.

Lebih kurang pukul empat petang, sampailah saya dan datuk ke rumah Anjang Dollah. Kami
dipersilakan naik.

Datuk terus menyatakan, bahawa kedatangannya adalah untuk melihat bagaimana cara dia
mengubati orang yang kena sampuk.

"Apa salahnya," balas Anjang Dollah dengan senyum bangga. Anjang Dollah pun mempersilakan
saya dan datuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil.

Di dalam bilik itu penuh dengan barang-barang perubatan seperti kemenyan hantu, buah limau,
buah kelapa dan tempat membakar kemenyan.

Di tepi bilik terdapat sebuah katil dengan tilam dan bantal bersarung kain hitam. Bantal dan tilam
itu sudah buruk benar.

Bila saya menghampirinya, hidung saya tidak tertahan mencium bau hapak dari bantal dan tilam.
Bila saya mahu membuka kain tilam yang menutup katil itu, saya ditahan oleh Anjang Dollah.

INTERNAL
42
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Jangan!" suara Anjang Dollah keras.

Saya duduk kembali. Hati saya ingin tahu, siapakah gerangan yang tidur di situ. Saya yakin ada
orang yang tidur di atas katil itu, kerana bila saya perhatikan, kain hitam itu bagaikan bergerak-
gerak mengikuti tarikan nafas manusia.

"Siapa yang baring tu?" datuk pula bertanya. Anjang Dollah merenung muka datuk. Saya mula
resah tidak menentu.

"Sahabat saya, orang suruhan saya. Boleh disuruh keluar waktu malam dan balik pagi." Anjang
Dollah menjelaskan pada datuk. Saya dan datuk pun angguk kepala.

"Dia tidur agaknya," tanya saya lagi.

"Dia tak tidur," sahut Anjang Dollah.

"Kalau tak tidur kenapa tak bangunkan?" Tingkah datuk.

"Dia malu tengok orang." Itulah jawapan Anjang Dollah.

Jawapan itu sebenarnya tidak memuaskan hati saya. Dan saya mahu bertanya lagi. Bila saya mahu
membuka mulut, datuk segera mencuit bahu saya. Fahamlah saya, bahawa datuk tidak mahu
saya menyoal lebih lanjut tentang apa yang berada di atas katil.

Anjang Dollah meninggalkan kami di dalam bilik. Ada orang datang ke rumahnya. Sepeninggalan
Anjang Dollah itu, bulu roma saya mula berdiri. Rasa takut datang dalam hati saya. Kalaulah tidak
ada datuk di samping, pasti tempat itu saya tinggalkan.

Anjang Dollah datang. Dia minta kami duduk di ruang tengah. Di ruang tengah itu terdapat sorang
perempuan muda. Duduk bersila di atas lantai.

Perempuan muda itu datang ke rumah Anjang Dollah kerana mahu meminta tolong mengubati
adiknya yang menjerit dan meraung tidak tentu arah macam orang gila.

"Adik saya kena buatan orang Pak Anjang," kata perempuan itu dengan muka agak muram.

"Dia terpaksa diikat dengan tali di tiang rumah," tambah perempuan itu lagi.

Anjang Dollah mengigit bibir dan terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali.
Tanpa bercakap sepatah, Anjang Dollah terus ke dapur. Datang semula ke ruang tengah dengan
mangkuk putih yang penuh berisi air.

INTERNAL
43
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Mari masuk ke dalam bilik saya," Anjang Dollah menjemput perempuan, datuk dan saya. Kami
pun masuk ke dalam biliknya.

Anjang Dollah bersila di depan katil. Matanya merenung air dalam mangkuk putih sambil
mulutnya membaca sesuatu. Entah apa yang
dibacanya saya pun tidak tahu.

Dia menoleh ke belakang merenung perempuan muda seraya berkata, "Kau balik dulu."

Bila perempuan itu sampai dekat muka pintu, Anjang Dollah memanggilnya kembali dan
menyuruh perempuan itu duduk di depannya.
Perempuan itu akur dengan perintahnya itu.

Anjang Dollah terus membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit Anjang Dollah berbuat begitu.
Mukanya bertukar menjadi hitam. Matanya jadi hijau berkilau. Separuh anggota badannya
menggeletar, macam orang kesejukan.

Lama juga Anjang Dollah jadi begitu. Hati saya, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya ketika
itu. Bila wajahnya berubah dalam
keadaan biasa. Barulah Anjang Dollah bersuara, tapi suaranya bertukar menjadi parau.

"Siapa nama adik kau?" tanya Anjang Dollah pada perempuan itu.

"Aishah."

"Berapa umurnya?"

"Sembilan belas tahun."

"Siapa nama emaknya."

"Hamidah."

Selesai sahaja Anjang Dollah menyoal dan menerima jawapan dari perempuan itu. Dia segera
bangun dan terus rapat ke katil. Berdiri di situ agak lama juga sambil tangan kanannya memegang
pangkal dagunya.

"Hai sahabatku yang setia, pergilah engkau ke tempat asalmu, ambillah sehelai rambut
perempuan mati beranak," kata Anjang Dollah.

INTERNAL
44
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kain hitam mula bergerak. Datuk duduk dengan tenang. Saya merasakan mahu buang air kecil,
terasa mahu buang air besar. Saya jadi serba salah.

Rasa mahu buang air kecil dan air besar itu hilang juga bila saya terfikir kalau masa buang air kecil
atau buang air besar kain hitam itu akan datang pada saya. Buruk padahnya.

"Pergilah sahabatku," ulang Anjang Dollah.

Dengan tiba-tiba kain hitam terjatuh atas lantai. Apa yang saya lihat di atas katil ialah bantal
dan tilam bergerak sendiri. Tilam bagaikan digulung oleh orang.

"Dia sudah pergi," kata Anjang Dollah pada datuk. Datuk pun mengangguk kepalanya. Anjang
Dollah pun mengambil kain hitam dan
terus memberikan pada perempuan muda itu.

"Kau rimbaskan kain hitam ke muka adikmu tujuh senja, lepas tu kalau tak juga mahu hilang, kau
datang ke mari lagi," kata Anjang Dollah.

Perempuan itu menghulurkan wang pada Anjang Dollah. Dengan tenang, perempuan itu
meninggalkan rumah Anjang Dollah.

"Ini baru sedikit sahaja, minggu depan kalau kalian datang, kalian boleh lihat cara lain saya
mengubat, saya boleh kenalkan awak berdua
dengan sahabat saya itu," megah benar Anjang Dollah.

"Saya datang lagi," sahut datuk.

"Datanglah, tapi kena datang malam tau."

"Baiklah." Datuk memberikan janji.

INTERNAL
45
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

9. Sesungguhnya janji yang diberikan oleh datuk pada Anjang Dollah satu penyiksaan pada diri
saya. Bila masa yang dijanjikan sampai, berangkatlah saya dengan datuk menuju ke rumah Anjang
Dollah.

Kami terpaksa menggunakan andang yang dibuat dari daun kelapa untuk menyuluh jalan. Malam
cukup gelap. Tidak ada sebiji bintang pun di langit.

Sepanjang perjalanan, telinga kami diasak dengan suara katak dan suara burung jampuk dan
burung hantu. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar suara lolongan anjing sayup-sayup dari
pinggir kampung.

Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kian keras bertiup. Bunyi dedaun yang bergeseran sama
sendiri amat menakutkan. Dan datuk terus melangkah dengan tenang. Api yang memakan daun
kelapa, sekejap marak, sekejap suram.

"Kenapa kita ikut sini tok?" tanya saya.

Tidak ada jawapan yang diberikan oleh datuk, bunga-bunga api dari andang daun kelapa jatuh
atas bumi. Saya tidak tahu kenapa datuk ikut jalan ini.

Kenapa dia tidak mahu ikut jalan biasa yang mudah dan senang. Tidak perlu melintas tanah sawah
yang luas terbentang.

Saya yang memakai baju Melayu cekak musang terpaksa menggulung lengan baju hingga ke siku,
kasut getah dan hujung seluar hitam saya mula basah diresapi oleh air embun. Langkah datuk
terus lancar. Andang kelapa diangkatnya tinggi-tinggi.

"Kita patah balik ikut jalan lain tok," saya mengemukakan cadangan. Datuk berhenti. Dia
cacakkan andang daun kelapa tepi batas. Datuk membuang pacat yang singgah di kaki seluarnya.

"Kenapa mesti patah balik, ikut sini dekat," datuk cabut andang daun kelapa. Saya diam.
Cakapnya tidak boleh dibantah.

Saya melangkah dengan hati-hati. Silap langkah nanti jatuh ke dalam sawah. Cahaya dari andang
daun kelapa menerangi rumpun-rumpun padi yang baru pecah anak, sesekali terdengar bunyi
haruan melompat dalam air sawah menangkap anak.

Suara burung hantu dan jampuk saling tingkah meningkah. Bulan sudah tidak mengeluarkan
sinarnya. Awan telah melindungi permukaan bulan.

INTERNAL
46
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Suara lolongan anjing kian bertambah keras. Daun-daun dari pokok besar yang memagari batas
sebelah kanan tetap bergerak hebat. Angin malam cukup keras bertiup. Badan saya rasa cukup
dingin.

"Lagi cepat kita sampai, lagi baik," suara datuk parau. Dia menoleh ke arah saya.

"Saya sejuk tok, jauh lagi ke?"

"Ah, kejap lagi sampailah, sekarang kau jalan dulu, biar aku ikut kau dari belakang." Itu perintah
datuk. Badan saya jadi menggeletar, macam-macam perkara buruk datang dalam hati saya.

"Tok jalan dulu, saya tak tahu jalan," saya berdalih.

"Kau tak tahu, atau pun kau takut?" Datuk ketawa. Dia memaksa saya jalan dulu. Saya tidak ada
pilihan lain. Saya menurut perintahnya.

Saya dan datuk sampai di sebuah tali air. Datuk menyuruh saya ke belakang. Lama juga dia
berhenti di tepi tali air itu sambil merenung pada air yang mengalir.

"Jalan ke depan lagi, di sana ada titi tak payah kita melompat," ucap datuk dengan tenang.

Kami mara ke depan. Berhenti di bawah


pokok mempelam telur yang berdaun lebat. Cakap datuk memang tepat, di pangkal pokok
mempelam telur terdapat titi batang pinang.

Kami menyeberang dengan selamat, dari situ kami mendaki bukit kecil yang penuh dengan pokok
pisang hutan. Selesai mendaki bukit itu, kami berhadapan dengan sebatang jalan tanah merah
yang lebarnya kira-kira dua kaki.

"Ikut jalan ini ke utara," ujar datuk sambil meraba ulu golok peraknya. Saya anggukkan kepala
dua tiga kali.

Berjalanlah saya dengan datuk, suara burung hantu terus juga menyumbat lubang telinga. Kami
melintasi sebuah tanah perkuburan. Dari sinar api andang daun kelapa itu, saya melihat batu-
batu nisan terpacak dengan gagahnya.

Suara burung hantu kian kuat. Suara salakan anjing kian dekat terdengar. Pokok-pokok puding
dan pokok-pokok kecil lain yang berhampiran dengan tanah kubur saya lihat bergerak-gerak,
bagaikan ada benda yang menggoncangnya.

INTERNAL
47
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Awan tebal yang melindungi bulan mula beredar, dan sinar bulan mula menerangi sebahagian
dari jalan yang kami lalui, tiba-tiba awan tebal datang kembali menutup bulan dan andang kelapa
yang saya bawa pun padam.

Datuk berhenti, dia membakar andang kelapa yang baru, memang datuk membawa dua tiga
andang daun kelapa untuk digunakan dalam satu-satu keadaan yang tertentu.

"Jalan cepat sikit, aku rasa tak berapa sedap hati di sini," datuk menyuarakan suara hatinya. Saya
diam.

"Langkah panjang sikit," tambah datuk lagi. Saya hanya boleh anggukkan kepala sahaja. Tidak
lebih dari itu.

Angin malam yang bertiup menjatuhkan dedaun tua dan ranting-ranting, berderup-derup
bunyinya, bagaikan orang mematah kayu kering. Saya mula terasa cemas, tapi saya tidak
menyatakan hal pada datuk.

Saya dan datuk jalan dan terus berjalan, matlamat kami mahu sampai ke rumah Anjang Dollah
dengan secepat mungkin.

Barangkali Anjang Dollah sudah bersila di muka pintu menanti kedatangan kami, agaknya Anjang
Dollah sudah menyediakan semua barang yang digunakannya untuk kami, fikir saya dalam hati.

Tanah perkuburan tua agak jauh kami tinggalkan. Dada saya terasa lapang, tapi batin saya terus
menyumpah seranah suara burung hantu yang seakan-akan mengikuti langkah kami. Datuk
berhenti berjalan.

"Siapa tu?" suaranya perlahan. Saya merenung ke depan.

Saya terpandangkan benda putih berjalan terhincut-hincut di depan datuk dan saya, kerana bulan
dilitupi awan tebal dan cahaya dari andang datuk tidak menyala dengan baiknya, saya tidak dapat
melihat dengan jelas benda tersebut.

"Barangkali ada orang nak lalu," datuk bersuara tenang. Saya juga sependapat dengan datuk.

Suara burung hantu dan jampuk bertambah galak. Salakan anjing bertalu-talu, sayup-sayup dan
memanjang pula, bagaikan orang menangis di malam sepi.

Benda putih terus menghampiri kami, bila datuk mahu menegurnya, benda putih tersebut itu
pun hilang entah ke mana. Saya tidak dapat memastikan apakah dia masuk ke dalam hutan pokok

INTERNAL
48
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

pisang di kanan, atau masuk ke dalam belukar di kiri jalan. Benda putih itu menjelma di depan
kami lagi.

"Bukannya manusia," datuk membisik ke telinga saya. Serentak dengan itu dia memadam api
andang daun kelapa.

"Kita ke tepi, biarkan dia lalu," perintah datuk. Saya patuh pada arahan datuk.

Kami berdiri di balik pokok getah besar. Benda putih itu melintas di depan kami. Saya tidak dapat
melihat bentuk mukanya.

Apa yang saya lihat pada benda putih itu berjalan tanpa kaki, tidak mempunyai kepala. Berjalan
menuju ke kawasan tanah perkuburan, saya dan datuk melihat Anjang Dollah datang membawa
cangkul.

"Apa ni tok?" tanya saya pada datuk.

"Kau diam, kau ikut saja apa yang aku buat."

"Baik tok," saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Datuk melangkah ke jalan tanah merah. Dia
menarik tangan saya mengikuti langkah
Anjang Dollah menuju ke kawasan perkuburan. Saya menurut sahaja.

Dua tiga kali saya tersungkur kerana tersepakkan batu-batu nisan. Datuk berhenti. Saya
mendongak ke langit, awan tebal sudah berlalu dari sisi bulan.

Dengan pertolongan sinar bulan enam belas, kami dapat lihat apa yang dilakukan oleh Anjang
Dollah. Dia sedang mencangkul tanah perkuburan. Benda putih duduk dekat batu nisan.

Anjang Dollah dapat menyelesaikan semua tugas dalam masa kurang lebih 45 minit. Seluruh
badannya dibasahi peluh, nampak berminyak-minyak ditampar sinar rembulan enam belas.

Dia duduk di pangkal pokok cempedak. Kemudian dia berkata pada kawannya yang nampak putih
itu. Benda putih tanpa kepala dan kaki itu, bagaikan terawang-awangan, bergerak dan berhenti
di depan Anjang Dollah.

"Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian
kau bawa barang-barang itu pulang ke rumah kita. Kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik
bersama, kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang
Dollah pada sahabatnya.

INTERNAL
49
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati beranak dan rambut.
Lama juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur.

Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar-legar di tepi kubur. Kadang-kadang dia nampak
bagaikan duduk di akar pokok cempedak.

Suara burung hantu kian gamat. Suara jampuk bersahut-sahutan. Lolong anjing tingkah
meningkah. Suara dahan kayu berlaga sama sendiri jelas kedengaran dirempuh angin malam.
Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi.

Saya bagaikan terdengar bunyi orang berjalan di belakang. Bila ditoleh, tidak ada apa-apa. Saya
bagaikan terdengar bunyi burung terbang di atas kepala. Bila diperhatikan tidak ada apa-apa.

Bulu tengkuk saya berdiri tegak. Macam-macam perkara aneh saya rasakan. Saya rapat pada
datuk yang duduk tenang. Mulutnya membaca sesuatu, saya sendiri tidak tahu apa yang dibaca
olehnya.

"Kau ingat, tidak ada benda yang berkuasa di dunia ini, selain daripada Allah yang maha besar,
dan tiada manusia yang boleh melawan kekuasaan-Nya. Ingatkan Allah yang maha besar," datuk
memberitahu saya, bila dilihatnya saya menggeletar sendirian.

"Kau lihat di depan," datuk menajamkan mulutnya ke arah kubur yang digali oleh Anjang Dollah.

Saya merenung ke depan. Saya lihat benda putih tanpa kepala dan kaki itu terjun ke dalam kubur.
Saya terdengar bunyi suara Anjang Dollah terpekik dalam kubur, tanah kubur berterbangan ke
udara, serentak dengan itu juga saya dengar suara mengaum macam suara harimau dari dalam
kubur.

Suara jeritan Anjang Dollah beransur lemah. Tanpa dapat ditahan, datuk meluru ke tanah kubur.
Datuk mahu menolong Anjang Dollah,
dia mengambil sepotong kayu, lalu memukul benda putih yang keluar dari lubang kubur. Setiap
kali datuk memukulnya, benda itu tidak melawan, malah dia mengelak, akhirnya ghaib dari
kawasan perkuburan.

Datuk memanggil saya, waktu saya mahu sampai dekat datuk, saya rasa pangkal seluar saya
basah. Sesungguhnya, saya tidak sedar waktu bila saya terkencing dalam seluar.

Datuk suruh saya membakar andang daun kelapa. Saya patuh dengan cakapnya. Bila andang daun
kelapa sudah terbakar. Kawasan sekitar tanah kubur yang digali oleh Anjang Dollah terang.

"Kau lihat," datuk menuding jari kelingkingnya ke dalam lubang kubur. Lubang kubur saya jenguk.

INTERNAL
50
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Anjang Dollah terbaring di dalamnya. Seluruh mukanya berdarah. Di sebelahnya terdapat mayat
seorang perempuan, kepalanya sudah terpisah dengan badan. Kain kapannya sudah koyak dan
berdarah.

"Perbuatan yang dikutuk oleh Allah, perbuatan sesat yang terpisah dari ajaran agama, cuma
orang yang tidak beriman dan tidak percayakan Allah saja yang berani membuat kerja sial ini,"
datuk merungut panjang. Saya renung muka datuk. Wajahnya penuh kesal.

Memang, di luar dugaan datuk, bahawa pawang Anjang Dollah boleh membuat kerja yang tidak
direlakan oleh agama Islam.

"Apa yang patut kita buat datuk?" saya menyoal datuk. Lama juga datuk termenung di situ. Saya
tidak tahu apa yang difikirkannya.

"Sebagai orang Islam, Anjang Dollah tidak boleh dibiarkan begini, dia harus dimandikan, dikapan
dan ditanam serta dibacakan talkin," terang datuk.

"Siapa yang mahu menguruskan semuanya ini?"

"Siapa lagi, kita yang mesti menyelesaikannya," datuk bersuara tegas.

"Dia membuat kerja yang silap, biarkan dia di situ," bantah saya. Datuk senyum. Suara burung
hantu dan jampuk terus bersahut-sahutan, tapi suara salakan anjing sudah tidak ada lagi. Bunyi
dahan jatuh masih kedengaran.

"Kau silap, kita tahu dia memang beragama Islam, soal dia membuat kerja yang tidak baik tu, soal
dia dengan Tuhan," datuk memberitahu saya.

Datuk membuat keputusan yang tepat. Dia mahu memberitahu pada seluruh penduduk tentang
peristiwa yang menimpa diri Anjang Dollah. Dia mahu menghebahkan hal itu ke seluruh
kampung.

Datuk juga mengharap pada sesiapa yang mengambil ilmu salah atau yang berguru dengan
Anjang Dollah supaya bertaubat dan membuangkan semua ilmu itu untuk kembali ke jalan Allah.

Saya merenung ke dalam kubur kembali. Saya lihat mayat perempuan mati beranak itu masih
berdarah, saya kira perempuan itu tentu sahaja baru ditanam. Hal itu saya tanyakan pada datuk.

"Agaknya dia mati semalam," kata datuk.

INTERNAL
51
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dia menarik tangan saya keluar dari kawasan perkuburan. Kami berpatah balik menuju ke
kampung. Bila sampai di kampung nanti, datuk mahu melaporkan perkara itu kepada penghulu.

Kami kembali meredah tanah sawah yang luas terbentang. Kali ini saya tidak mahu berjauhan
dengan datuk. Datuk tahu perasaan hati saya. Dia menyuruh saya memegang pinggang seluarnya.

INTERNAL
52
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

10. Sebaik sahaja kami sampai di gigi kampung, saya dan datuk terserempak dengan Imam
Hamid. Dia agak terkejut bila kami nyatakan yang kami baru sahaja kembali dari tanah kubur.

"Apa halnya?" tanya Imam Hamid.

"Panjang ceritanya dan Pak Imam ni dari mana?" soal datuk.

Imam Hamid terdiam. Kemudian dia memberitahu kami, bahawa dia juga mahu pergi ke kubur.

"Apa sebabnya?" datuk mengemukakan soalan. Imam Hamid diam sejenak.

"Anak aku, Sepinah mati beranak, dah ditanam pun pagi semalam."

"Kami tak tahu," jawab datuk.

"Silap aku, aku mahu menanamnya cepat, tiba-tiba malam ini hati aku teringatkan dia, aku
bimbang kuburnya dikorek orang, kau sendiri tahulah sekarang, kubur perempuan mati beranak
suka sangat digali orang," terang Imam Hamid.

Mendengar cakap Imam Hamid itu, wajah datuk segera berubah. Dia mula ragu dengan apa yang
dituturkan oleh Imam Hamid. Jauh dalam hati datuk, timbul satu pertanyaan apakah Imam Hamid
bersubahat dengan Anjang Dollah dalam perkara ini?

Datuk terus menepuk bahu Imam Hamid dalam mengajak dia pulang. Imam Hamid keberatan.
Datuk terus memujuk. Ada sesuatu yang mahu disoal oleh datuk pada Imam Hamid. Kalaulah
Imam Hamid membuat kerja terlarang, dia mahu memujuknya supaya kembali ke jalan Allah.

"Ke rumah saya saja malam ini, ada hal yang mahu saya tanya pada Pak Imam," kata datuk.
Mendengar cakap datuk itu muka Imam Hamid berubah menjadi pucat.

Imam Hamid mengedutkan dahinya hingga berlapis empat. Dia renung muka datuk. Dia renung
muka saya hingga kepucatan yang terpamer di wajahnya hilang.

"Mustahak ke?" soalnya agak ragu.

"Memang mustahak, perkara yang mahu diceritakan ni ada hubungannya dengan diri Pak Imam."

"Dengan diri saya?"

"Iya," datuk angguk kepala.

INTERNAL
53
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tanpa banyak bicara, Imam Hamid mengikut datuk dan saya ke rumah. Kami bertiga duduk
bersila di anjung rumah. Macam selalu, datuk bila berbual suka bersandar. Sebelah kakinya
berdiri lutut. Ini memang amalan datuk.

Menurut datuk, duduk begitu bukan duduk yang kosong. Duduk yang ada makna. Susah kalau
musuh mahu menyerang, payah hantu syaitan mahu menggoda.

"Apa dia perkara yang mustahak tu?" Imam Hamid mula mendesak. Datuk tersenyum. Serentak
dengan itu, nenek pun meletakkan tiga cawan kopi di depan kami.

"Begini," datuk menggeliat dan terus bercerita.

"Anjang Dollah sudah mati, pagi esok kita terpaksa uruskan mayatnya untuk di tanam. Dia mati
dibunuh syaitan yang dibelanya."

Imam Hamid terkejut. Kemudain dia senyum. Sepasang matanya merauti paras datuk. Saya cuma
diam sahaja. Tidak baik campur orang tua-tua bercakap.

"Pemintaan saya diberkati Allah." Itu yang terhambur dari mulut Imam Hamid. Matanya
bercahaya memandang muka saya.

"Dengan apa Pak Imam membinasakan kerja laknat tu?" datuk terus bertanya. Imam Hamid
gosok batang hidungnya beberapa kali.

"Dengan ayat Quran, kau harus tahu tidak ada kuasa yang dapat mengatasi kekuasaan Tuhan,
lagi pun dalam Quran sudah lengkap semuanya. Kerja jahat memang tidak diberkati Tuhan."
Itulah yang diberitahu oleh Imam Hamid pada datuk. Datuk angguk kepala.

Imam Hamid pun terus bercerita pada datuk tentang diri Anjang Dollah. Menurut Imam Hamid,
Anjang Dollah memanglah dukun yang tidak bersih. Ia tidak mengamalkan ilmu kedudukannya
untuk kebaikan manusia.

Dia bekerja bergurukan syaitan. Kerjanya mengorek kubur perempuan mati beranak, suka ambil
kain kapan rambut orang yang baru mati beranak.

"Agaknya dia dukun sihir Pak Imam," dengan mendadak datuk bersuara.

Imam Hamid mengakuinya sambil berkata, "Dia sudah dipengaruhi syaitan, sanggup mengambil
darah orang mati beranak untuk makanan syaitan yang dipeliharanya."

"Siapa pula yang dibelanya tu?" saya tanya. Datuk merenung dengan marah pada saya.

INTERNAL
54
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Hantu itu, adik perempuannya sendiri, dia potong kepalanya dan hal tu tak dikesan oleh
sesiapapun."

"Dahsyatnya," ujar datuk.

"Memang dahsyat dan aku menduga dia akan mengorek kubur anak aku. Jadi aku bersedia untuk
menghantarkannya." Imam Hamid berhenti bercerita. Dia minta diri untuk pulang ke rumahnya.

Mula daripada malam itulah datuk mendapat tahu, bahawa Imam Hamid bukan sebarang orang.
Dia banyak ilmu dunia dan akhirat. Sifat terpuji pada diri Imam Hamid kerana tidak mahu
menunjukkan kebolehannya di mata orang ramai mengagumkan datuk.

Sebaik sahaja Imam Hamid pulang. Saya dan datuk tidak dapat tidur. Rumah datuk diganggu
dengan bermacam-macam cara.

Pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Kelambu datuk terbakar sendiri. Paling mengerikan
bila rumah dibaling dengan batu dan kayu.

Datuk tidak bertindak, dia cuma membiarkan sahaja. Dia cukup tenang duduk di tengah rumah.
Bila datuk mahu pergi ke perigi untuk mengambil air sembahyang. Dia terkejut. Ruang luas di
anjung rumahnya penuh dengan daun buluh dan batang pisang.

"Syaitan, semuanya kerja syaitan," keluh datuk. Dia terus ke perigi. Saya juga ikut ke perigi. Kami
sembahyang subuh bersama.

Selesai sahaja datuk sembahyang, semua daun pisang dan batang buluh hilang. Pagi itu, kami
berdua segera pergi ke tanah kubur. Sampai sahaja di kawasan tanah perkuburan, Imam Hamid
dan beberapa orang kawannya sudah berada di situ.

Mayat Anjang Dollah sudah dimasukkan ke dalam guni. Dua orang anak muda sudah pun
mengandar guni yang berisi mayat Anjang Dollah.

Datuk segera mendapatkan Imam Hamid minta kebenaran untuk melihat mayat Anjang Dollah.
Permintaan datuk itu tidak dihampakannya. Sebaik sahaja datuk melihat mayat Anjang Dollah
dalam guni. Air mukanya segera berubah. Jadi cemas.

"Kenapa jadi macam itu?" Datuk dengan tiba-tiba bersuara.

"Itulah pembalasan yang dapat kita lihat, bila orang melakukan kerja-kerja yang bertentangan
hukum Allah," bisik Imam Hamid pada datuk.

INTERNAL
55
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Mayat Anjang Dollah pun dibawa ke rumah. Dia dimandi dan dikapan, akhirnya disemadikan di
tanah perkuburan. Cerita tentang Anjang Dollah pun padam dari jadi pokok perbualan orang-
orang kampung.

INTERNAL
56
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

11. Datuk mula berkawan dengan Imam Hamid. Tujuan utama datuk berkawan ialah untuk
menambahkan ilmu buat dirinya. Orang yang selalu dibawa oleh datuk ke rumah Imam Hamid,
saya sendiri.

Kadang-kadang saya jadi bosan dan benci dengan perangai datuk itu. Bila saya memprotes, datuk
cuma ketawa sahaja.

Dia berharap benar supaya saya ambil tahu tentang kepandaian orang Melayu dalam beberapa
bidang tertentu yang menurut datuk kebolehan dan kepandaian itu sudah mulai pupus. Pada
dasarnya, saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh datuk itu.

"Aku tak mahu kau jadi dukun atau pawang," kata datuk pada satu malam.

"Tak guna saya ikut datuk."

"Ada gunanya, sekadar untuk tahu sahaja, tak lebih dari itu, aku mahu kau jadi doktor atau
peguam."

"Jadi dukun, sama juga tarafnya dengan doktor."

"Itu pendapat yang salah," dalih datuk.

Kerana malam itu terlalu dingin, saya minta pada datuk untuk tidur dalam biliknya. Permintaan
saya itu diizinkan oleh datuk dengan syarat saya tidak dibenarkan mengusik semua perkakas
datuk dalam biliknya. Pesan datuk itu saya akur.

Waktu saya menolak pintu bilik datuk, saya lihat jam di ruang tengah baru pukul 11 malam.
Sepatutnya saya tidur lebih awal dari itu kerana esoknya saya mesti pergi ke Kuala Lumpur untuk
temuduga sebagai buruh hutan atau 'forest labourer'.

Datuk sudah memberikan beberapa petua untuk temuduga tersebut. Antaranya, bila saya mahu
melangkah, harus dimulakan dengan kaki kanan. Tidak boleh berpatah balik.

Bila berhadapan dengan orang yang menemuduga kelak. Saya harus membengkokkan jari
telunjuk saya sambil berkata,

"Aku tidak mematahkan jariku, tapi mematahkan hati orang yang menyoal. Biar dia simpati dan
kasih pada diriku."

Sebaik sahaja berkata begitu, saya disuruh salawatkan Nabi tiga kali sambil membaca ayat Qulya.
Semuanya saya lakukan dalam hati.

INTERNAL
57
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya masuk ke dalam bilik datuk, rebahkan badan atas katil. Tiba-tiba saya rasa katil bergerak.
Saya bangun dan menoleh ke kanan. Badan saya menggeletar.

Seorang lelaki berbadan tegap, bermandikan peluh, berdiri di situ. Muka lelaki itu kelihatan
hitam. Bila direnung lama-lama, muka lelaki itu berubah menjadi muka anjing yang garang mula
dari pangkal lehernya.

Lelaki itu menjelirkan lidah anjing dan cuba menjilat badan saya. Saya terus menjerit, serentak
dengan itu datuk melompat ke dalam bilik dengan keris di tangan. Manusia berkepala anjing
merenung muka datuk dan bersedia untuk menerkam padanya.

Datuk angkat tangan kiri separas dada. Tangan kanannya menunjuk ke arah manusia berkepala
anjing. Jari manis dan jari kelingking datuk berkait antara satu sama lain.

Manusia kepala anjing melompat ke sebelah kiri, kemudian hilang di balik dinding. Serentak
dengan itu juga tingkap bilik datuk terbuka, kemudian bagaikan dihempas oleh sesuatu benda,
papan tingkap memukul jenang, seluruh bilik bergegar. Barang-barang yang tersangkut di situ
jatuh berselerak ke lantai.

Datuk menerpa ke tepi tingkap. Dilihatnya bulan sedang mengambang. Angin tidak bertiup tetapi
pokok rambutan gading di depan rumah bergerak. Beberapa minit kemudian terdengar salakan
anjing bersahut-sahutan.

Datuk menutup tingkap. Dia menyuruh saya pindah ke bilik lain yang dekat dengan bilik nenek.

"Jaga cucu kita ni baik-baik," datuk beritahu nenek.

"Awak nak ke mana?"

"Aku nak selesai masalah baru ini di rumah Imam Hamid."

"Awak nak pergi seorang?"

"Tentulah," suara datuk keras.

Baru lima langkah datuk melangkah di halaman, terdengar jeritan orang perempuan dari rumah
Hussein Janggut. Datuk bergegas ke situ.

"Kenapa Sin?" datuk tercungap-cungap.

INTERNAL
58
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Bilik anak dara saya dimasuk orang berkepala anjing."

"Kemudian apa jadinya?"

"Dia cuba membawa anak dara saya keluar dari rumah ni," sungut Hussein Janggut parau.

Dalam beberapa detik sahaja rumah Husein Janggut mula dikerumuni orang kampung. Malam itu
sahaja sekurang-kurangnya lima buah rumah yang ada anak dara telah didatangi oleh makhluk
manusia berkepala anjing.

Seluruh kampung Paya Liam jadi gempar. Malam itu juga dibentuk jawatankuasa pengawal
kampung. Seluruh isi perut kampung Paya Lima berazam mahu menangkap manusia aneh itu.
Perkara itu segera dilaporkan kepada pihak polis.

Dua malam kemudian atas inisiatif Imam Hamid, orang lelaki Paya Lima dikumpulkan di surau.
Mengadakan bacaan Yassin untuk
hindarkan manusia kepala anjing berleluasa di kampung tersebut.

Ibu bapa yang mempunyai anak dara diminta supaya jangan membenarkan anak dara mereka
berjalan waktu malam, terutama ketika bulan mula mengambang.

Setiap anak dara disuruh membawa pisau atau parang bila mahu tidur. Pintu dan tingkap harus
dikunci. Datuk dan Imam Hamid sungguh runsing dengan kejadian itu.

Dalam sibuk-sibuk perkara manusia berkepala anjing, Imam Hamid menghilangkan diri dari
kampung tersebut. Dengan itu, beberapa tuduhan mula dilemparkan oleh orang-orang kampung
pada Imam Hamid.

Datuk bertindak tegas. Dia menolak semua tuduhan itu dengan alasan yang dapat diterima oleh
orang-orang kampung.

"Cara yang paling selamat kita lakukan ialah berjaga pada setiap malam." Itu nasihat datuk pada
orang-orang kampung.

Beberapa orang dukun memberikan petua pada anak dara dan teruna supaya menaruh inai di
jari manis. Dukun-dukun juga menasihatkan setiap rumah harus menyimpan Quran dan
membacanya pada setiap malam. Dengan itu akan melumpuhkan kegiatan manusia kepala anjing
datang ke rumah yang ada anak dara dan teruna.

INTERNAL
59
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dukun-dukun atau pawang mengesahkan bahawa manusia kepala anjing itu adalah manusia yang
datangnya dari kampung berhampiran yang sedang mengamalkan ilmu salah. Dia sedang
menuntut ilmu Seri Pandang yang antara lain memaksa penuntut ilmu menjadi anjing.

Dia akan menjadi manusia yang kacak dan cantik, bila dia sudah dapat memperkosa 40 orang
gadis atau dapat menghisap darah anak teruna sebanyak 44 orang.

Kalau dia tidak dapat berbuat begitu, dia akan terus menjadi anjing berbadan manusia hingga
hari kiamat. Kalau dia berjaya, dia akan dapat menguasai hantu syaitan yang akan memberikan
kemewahan pada dirinya.

Malam itu, datuk pulang dari surau sesudah membaca Yassin. Waktu datuk mahu melintasi parit
kecil yang memisahkan Kampung Paya Besar dengan Paya Lima, datuk terpandang pokok
keduduk dan serunai laut tepi parit bergerak-gerak.

Datuk sembunyikan diri di balik pokok besar. Di langit, bulan mula mengambang, makin kuat sinar
bulan memanah bumi, makin kuat pokok-pokok kecil di situ bergerak.

Anjing mula bersuara keras. Datuk membuat keputusan untuk mengetahui apakah gerangan
yang bergerak dalam hutan kecil itu. Bila bulan sudah cukup mengambang. Datuk melihat satu
lembaga manusia bergerak dan berjalan macam anjing, mencium tanah dan pokok-pokok di situ.

"Syaitan," sergah datuk. Lembaga itu terus menyalak macam anjing. Dari merangkak lembaga itu
tegak berdiri. Dengan tiba-tiba sahaja beberapa ekor anjing besar mengelilingi lembaga itu.

"Engkau rupanya, memang aku cari selama ini," suara datuk keras bila dia melihat manusia
berkepala anjing hitam itu dengan matanya yang bercahaya ke merah-merahan.

Bulunya cukup tebal. Giginya putih tajam dan air liur meleleh di muncungnya. Rupanya cukup
mengerikan. Manusia berkepala anjing itu mula menerkam pada datuk. Macam selalu datuk yang
memang pandai bersilat itu mengelak dengan mudah.

Perbuatan datuk itu menaikan darah manusia berkepala anjing itu. Ia melolong dengan kuatnya.
Empat ekor anjing hitam di sampingnya datang menyerang datuk.

Anehnya semua anjing-anjing itu hilang entah ke mana, bila datuk membaca ayat Kursi. Dengan
itu menguatkan hati datuk, bahawa dia berhadapan dengan syaitan.

Sekarang, datuk berhadapan dengan manusia berkepala anjing satu sama satu. Tidak mudah bagi
datuk untuk menewaskannya.

INTERNAL
60
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Manusia berkepala anjing tidak menyerang datuk, tapi dia merenung muka datuk dengan
matanya yang bersinar tajam. Dua kali datuk jatuh terlentang. Belum sempat manusia berkepala
anjing menerkam, datuk segera bangun.

Datuk pun menggunakan ilmu kebatinannya untuk menentang manusia kepala anjing. Di samping
itu, datuk juga menggunakan ayat-ayat al Quran. Datuk mula terasa musuh yang ditentangnya
beransur lemah.

Benarlah, manusia kepala anjing itu mula rebah ke bumi. Dengan sekilas pandang datuk sudah
dapat mengenali manusia berkepala anjing.

"Aku kenal kau!" pekik datuk. Serentak dengan itu, manusia berkepala anjing terus ghaib.

Datuk menang dalam perjuangan ini. Tapi datuk memang tidak menduga manusia yang jadi
kepala anjing itu, adalah manusia yang dikenalinya. Dia pernah bercakap dengan
orang itu.

Memang di luar dugaan perkara itu boleh berlaku. Apakah orang itu melakukan semuanya kerana
mahu membalas dendam? Persoalan ini timbul dalam kepala datuk sepanjang malam.

INTERNAL
61
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

12. Sepanjang malam itu, datuk tidak tidur. Dia duduk termenung di anjung rumah hingga
matahari pagi terbit di kaki langit.

Cuma ada satu saja yang datuk rasa agak ganjil, setelah menemui manusia berkepala anjing, dia
tidak mendengar suara perempun menjerit atau menerima pengaduan dari anak buahnya
samada mereka bertemu atau memburu manusia berkepala anjing.

"Agaknya, dia sudah lari dari sini," beritahu datuk pada nenek ketika sarapan pagi.

Nenek tidak menjawab. Dia cuma merenung muka saya dengan wajah yang sangsi.

"Lari atau menyiapkan diri," terungkap dari mulut nenek. Datuk tersenyum. Saya terus
menghirup air kopi.

"Biasanya perkara yang jahat tidak lama berkuasa," suara datuk lembut.

"Maksud awak?"

"Yang jahat tidak diperkenankan oleh Tuhan," sahut datuk dan terus bangun.

Datuk menyuruh saya pergi ke Paya Besar untuk melihat anak-anak getah yang baru ditanam
semula. Dia juga menyuruh saya menebang pokok-pokok pisang di celah anak-anak getah.

"Tebang yang mana kau agak boleh merosakkan anak getah kita," pesan datuk. Saya
mengangguk.

Ke Paya Besarlah saya pagi itu dengan basikal tua membawa sebilah parang. Lebih kurang pukul
3 petang saya kembali ke rumah.

Terkejut juga saya, bila melihat ada beberapa orang duduk di anjung rumah berbincang dengan
datuk. Saya kira mereka membincangkan peraturan berjaga malam.

Saya terus ke sungai untuk mandi. Lepas itu makan dan membaca surat khabar jawi, memang
datuk tidak pernah tinggal membeli akhbar sejak dari zaman muda lagi.

Tanpa diduga datuk memanggil saya. Cepat-cepat saya campakkan surat khabar dan meluru
padanya.

"Ada apa tok?"

"Malam ini, kau turut sama berjaga."

INTERNAL
62
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sayaaa??" suara saya mati di situ. Kawan-kawan datuk mengetawakan saya.

"Kau takut?" tanya datuk sesudah suara ketawa kawan-kawannya mati. Semua biji mata kawan-
kawan datuk tertumpu ke muka saya.

"Tidak," jawab saya tegas. Kawan-kawan datuk berpandangan sama sendiri.

Saya ditugaskan berjaga dekat surau hingga ke rumah Haji Shafie, kawan saya yang disyorkan
oleh datuk ialah Bidin yang agak 3 suku sedikit perangainya.

Sementara menanti malam tiba, saya berpeluang menyoal datuk tentang kehilangan Imam
Hamid. Tidak banyak yang mahu diceritakan oleh datuk tentang Imam Hamid. Datuk cuma
mengatakan Imam Hamid meninggalkan kampung kerana urusan peribadi.

Menurut datuk, manusia berkepala anjing ini memang sudah lama wujudnya. Tapi dapat diatasi
oleh orang yang cukup handal dalam ilmu kebatinan.

"Tapi orang yang macam tu tak ada lagi," keluh datuk.

Di mukanya terbayang rasa kecewa dan kesal yang amat sangat. Dia bimbang kalau manusia
kepala anjing itu tidak dapat dihancurkan, bukan satu perkara yang mustahil ada gadis yang
menjadi korbannya.

"Macam mana orang tu boleh jadi begitu tok?" soal saya.

Datuk renung muka saya tepat-tepat. Dia menggaru pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya
merenung kosong ke depan.

"Kadang berpunca dari keturunan," ujar datuk.

"Caranya?"

"Boleh jadi masa dulu ada datuk neneknya mengamalkan ilmu itu untuk mempertahankan diri,
bukan untuk tujuan jahat, maklumlah orang zaman dulu banyak mengembara dalam hutan,
terpaksa banyak menggunakan berbagai ilmu," datuk berhenti bercakap. Dia telan air liur dua
tiga kali. Matanya masih juga merenung ke depan.

"Biasanya yang datang dari keturunan tu, jadi bila dia terdesak dan tak sedarkan diri, umpamanya
dipukul oleh orang dengan tidak tentu pasal baru dia jadi, jenis ni tidak merbahaya, boleh dibuang

INTERNAL
63
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

dengan ancak dan rakit ke dalam 7 kuala sungai. Dan orang itu akan sempurna terus," saya
mendengar cakap datuk dengan penuh teliti.

"Di kampung kita ni macam mana?" soal saya.

"Orang ini menuntut, tapi silap bawa, pasal tu dia mengganas."

"Silap macam mana?"

"Tujuan dia menuntut untuk diri sendiri, tapi masa dia menuntut tu, boleh jadi dia menjalani
pertapaan, masa itu dia dipengaruhi syaitan untuk membawa kerja yang tidak baik."

"Jadi?"

Mendengar cakap saya itu, datuk jadi tergamam. Bila rasa tergamamnya hilang. Dia tersenyum
dan terus menepuk bahu saya dua tiga kali.

"Dia terus jadi syaitan," tambah datuk.

"Kerana itulah bila mahu menuntut ilmu keduniaan, terlebih dahulu mengisi dada dengan ilmu
agama, dapat membezakan mana yang direlakan oleh agama dan yang mana pula ditegahnya.
Tak boleh main ikut-ikut, silap-silap gaya kita terkeluar dari ajaran agama."

"Keluar macam mana?"

"Takbur dan menafikan kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sedangkan sesuatu yang berlaku adalah
atas kehendak-Nya, kita boleh jadi murtad."

Datuk segera bangun. Memang kalau dia masih ada depan saya, banyak lagi pertanyaan yang
mahu saya tanyakan. Datuk tahu perangai saya. Dia memilih jalan mudah dengan meninggalkan
saya.

Tepat pukul 10 malam. Saya dan Bidin tiga suku mundar-mandir dari satu kawasan ke satu
kawasan. Kemudian menuju ke kawasan rumah Haji Shafie dengan membawa sebatang kayu
panjangnya kira-kira 4 kaki.

Saya tidak suka dengan perangai Bidin tiga suku yang suka bercakap besar. Sesekali dia bersilat
tidak tentu pasal. Tidak boleh terdengar katak melompat. Dia buka silat.

Kalau dekat dengannya, bertabur darah kepala kena kayu di tangannya. Memang saya tahu, Bidin
tiga suku baru dua bulan belajar silat cekak.

INTERNAL
64
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kau jalan seorang dulu Din, aku nak rehat di tangga surau," kata saya sambil duduk di anak
tangga bongsu.

Ketika itu sudah pukul 11 lebih, bulan mula mengambang. Suara salakan anjing mula kedengaran.
Sayup-sayup.

"Ok, kalau aku jumpa, aku lipat empat."

"Jangan begitu, tak baik." Saya terdiam. Bidin tiga suku terus meronda. Dua minit kemudian Bidin
tiga suku datang pada saya.

"Kenapa?" tanya saya sambil melihat muka Bidin tiga suku yang pucat lesi. Dia tidak bersuara, jari
kelingkingnya menunjukkan ke arah pangkal pokok mempelam.

Dada saya berdebar. Saya beranikan diri pergi ke pangkal pokok mempelam. Sebaik saja saya
sampai ke pangkal pokok tersebut, saya terserempak dengan seekor kucing hitam belang putih
menangkap tikus. Saya segera mendapatkan Bidin tiga suku kembali.

"Tak ada apa pun di situ." kata saya.

"Di situ, aku jumpa dia, biarlah aku balik dulu, perut aku sakit," kata Bidin tiga suku terputus-
putus.

Saya membenarkan dia pulang. Tahulah saya kenapa Bidin tiga suku jadi begitu. Saya terus
berjaga tanpa Bidin tiga suku. Berjaga tanpa kawan bukanlah satu perkara yang menyeronokkan.

Dua tiga kali saya membuat keputusan untuk pulang, tapi kerana memikirkan keselamatan orang
ramai, saya terpaksa juga berjaga.

Suara lolongan anjing makin hebat. Sekali-sekala terdengar bunyi suara burung jampok. Tingkah
meningkah dengan suara burung hantu. Angin malam terus juga bertiup, dedaun bergerak.

Saya keraskan semangat dan terus meronda. Kalau ada apa-apa yang meragukan hati, saya akan
terus memukul bedok memberitahu kawan-kawan lain. Saya terus berjalan di bawah sinaran
bulan yang agak kabur itu.

Waktu saya sampai ke pangkal pokok mempelam bagi kali yang ketiga. Saya lihat kucing hitam
berbelang putih masih lagi bermain dengan tikus yang ditangkapnya. Saya berdiri di situ.

INTERNAL
65
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tiba-tiba bahu saya ditepuk dari belakang. Darah saya tersirap. Badan saya menggeletar. Tidak
berani saya menoleh ke belakang, saya benar-benar jadi kelam-kabut.

Saya mula mahu menjerit, tapi sepasang tangan mencekup mulut saya dengan keras. Saya
berhempas pulas berusaha melepaskan diri. Saya terasa mulut saya tidak dicekup lagi. Segera
saya menoleh ke belakang.

"Pak Imam."

"Iya, jangan bising," Imam Hamid memberi amaran. Dia berkain pelikat. Berbaju Melayu putih
dan bersongkok putih. Matanya merah
merenung ke muka saya.

"Ke mana Pak Imam menghilang?"

"Itu bukan urusan kau."

"Pak Imam yang jadi..." belum sempat saya menghabiskan perkataan, Imam Hamid menarik
tangan saya ke bawah pokok mempelam.

Dia suruh saya duduk dan dia berdiri gagah di depan saya, tidak memalingkan pandangan ke
mana-mana. Saya tentang wajahnya dengan harapan di bawah sinaran bulan yang muram, saya
dapat melihat pertukaran wajahnya dari manusia kepada anjing.

Apa yang saya harapkan tidak terjadi. Pak Imam tetap berwajah manusia. Suara salakan anjing
terus menerus. Burung kian kuat berbunyi. Angin malam menggugurkan mempelam tua. Dengan
mendadak saja bulu tengkok saya berdiri.

"Datuk kau berjaga sebelah mana?"

"Sebelah barat Pak Imam."

"Bagus, satu peluang yang baik."

"Apa yang Pak Imam cakapkan ini?"

"Kau mana tahu," suaranya keras sekali. Dia menarik tangan saya dengan kasar menuju ke surau.

Tidak lama kami berdiri dekat surau, Pak Imam menarik tangan saya menuju ke rumah Pak Jalil.
Dia berdiri betul-betul dekat tingkap bilik Minah, anak dara Pak Jalil.

INTERNAL
66
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya makin yakin, bahawa manusia berkepala anjing yang dicari selama ini, adalah Pak Imam.
Cara yang paling baik saya pilih ialah memukul kepala Pak Imam dekat kayu bila dia terlali.

Sesungguhnya Pak Imam cukup berhati-hati dalam kerjanya. Dia tahu dan ingat tiap langkah yang
sudah dan langkah yang akan dibuatnya.

"Saya panggil orang kampung Pak Imam."

"Jangan," tegahnya. Saya bertambah bingung dengan sikap dan tindak-tanduk Pak Imam Hamid.

"Mari berlindung," Pak Imam Hamid menolak badan saya hingga jatuh atas tanah.

Kemudian kami merangkak perlahan-lahan menuju ke pangkal pokok asam jawa yang dikelilingi
oleh semak samun. Pak Imam Hamid mendongak ke langit melihat bulan.

Wajahnya nampak muram, kerana bulan di langit dilindungi oleh awan tebal. Bila awan tebal
berlalu, bulan tersembul indah di dada langit. Wajah Pak Imam nampak berseri-seri. Mulutnya
mula kumat-kamit membaca sesuatu. Dada saya mula berdebar.

Dalam keadaan yang mendebarkan itu, saya lihat Pak Imam Hamid menukar baju dan kain
dengan seluar. Seluruh badan Imam Hamid dibalut oleh kain hitam. Songkok putihnya juga
ditukar hitam.

"Aku mahu jadi anjing," katanya sambil menekan batang leher saya ke bumi.

Hidung saya mencium tanah. Imam Hamid meniarap. Sama rata dengan tanah. Dia memberitahu
saya supaya jangan lari atau menjerit. Kalau saya tidak menurut perintahnya, dia akan menikam
saya dengan lawi ayam.

Saya bertambah menggeletar. Suara anjing bertambah kuat. Angin makin kencang bertiup.
Berdetup-detap bunyi ranting menimpa bumi. Bulan terus mengambang. Suara katak bertambah
rancak menyanyi. Imam Hamid masih meniarap.

Matanya merenung ke arah rumpun senduduk dan serunai laut di sebelah kanan rumah Pak Jalil.
Dua ekor anjing hitam keluar dari situ meraung panjang ke bulan. Ekornya terpacak ke langit.

Rumpun seduduk dan serunai laut bergerak hebat. Imam Hamid tidak berkata sepatah apa pun.
Mulutnya terus kumat-kamit. Saya lihat matanya tidak berkedip memandang belukar kecil di
depannya.

"Lihat," katanya.

INTERNAL
67
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya memandang ke depan, seorang lelaki berkulit hitam berkepala anjing keluar dari celah
semak itu. Dia meraung bagaikan anjing merenung bulan. Lembaga manusia berkepala anjing
melompat ke arah tingkap tempat Minah tidur.

"Datuk kau di mana?" bisik Imam Hamid.

"Macam saya cakap tadi. Orang ini membalas dendam, selagi keluarga datuk kau tidak dirosakkan
dia tidak akan berhenti."

Saya segera teringat Pak Jalil memang ada hubungan keluarga dengan datuk, malah dalam
perkiraan datuk, Minah mahu dijadikannya isteri pada seorang cucunya. Jadi cakap Imam Hamid
ini memang ada benarnya. Fikir saya sendirian.

Dalam berfikir begitu, saya lihat manusia berkepala anjing menepuk dinding dan daun tingkap
rumah Pak Jalil terkuak dengan sendirinya.

Manusia berkepala anjing melompat ke atas. Bertenggek di bendul tingkap. Saya bertambah
kelam-kabut.

Imam Hamid bangun menuju ke bawah rumah. Dia terus bertempik dan menjerit sekuat hati,
kemudian diikuti dengan suara azan yang nyaring. Saya terus menuju ke surau lalu memukul
beduk.

Bila saya pulang ke tempat asal, saya lihat Imam Hamid sedang berhadapan dengan manusia
berkepala anjing. Manusia berkepala anjing terus menyerang Imam Hamid.

Dengan tenang Imam Hamid mengelak serangan itu. Saya mendekati Imam Hamid. Dia menyuruh
saya pergi jauh. Jelas kedengaran Imam Hamid membaca ayat-ayat suci masa dia bertarung
dengan manusia berkepala anjing. Saya terus berdoa semoga orang-orang kampung akan datang
segera ke tempat Imam Hamid.

Dalam keadaan yang gawat itu, saya lihat manusia berkepala anjing tidak berdaya
menyerang Imam Hamid. Dia lemah.

Ketika itulah Imam Hamid memasukkan lawi ayam ke perut manusia berkepala anjing. Imam
Hamid meneruskan pembacaan ayat-ayat suci.

Manusia berkepala anjing berguling-guling atas tanah. Seluruh isi rumah Pak Jalil terjaga. Dan
orang-orang kampung pun tiba. Datuk meluru ke depan, Imam Hamid segera menghalang.

INTERNAL
68
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Jangan dekat dia, biarkan di situ nanti kita akan tahu siapa dia."

"Biar saya tikam," kata datuk.

"Jangan, kita cuma boleh menikam hanya sekali, kalau dua kali kita tikam, dia tidak akan mati,"
terang Imam Hamid. Datuk akur dengan perintahnya itu.

Bila manusia berkepala anjing itu berhenti menggelupur, kepalanya segera hilang dan diganti
dengan kepala manusia.

"Anjang Dollah," kata datuk. Imam Hamid senyum, saya bertambah bingung. Macam mana orang
yang sudah mati boleh hidup kembali?

Perkara itu segera ditanyakan pada Imam Hamid. Dengan senyum Imam Hamid menjawab, "Roh
dan badannya tidak diterima bumi, kerana mengamalkan ilmu salah."

"Begitu," sahut saya lembut.

Saya lihat bekas tempat manusia berkepala anjing itu berguling terdapat batang pisang. Datuk
terus memotong batang pisang itu tujuh kerat. Dua dibuang ke dalam semak dan yang lima lagi
dicampakkan ke laut pada keesokan
harinya.

Atas arahan Imam Hamid, dia menyuruh penduduk kampung membaca Yassin 44 malam
berturut. Perintah itu juga dituruti oleh orang-orang kampung. Sejak itu kampung saya tidak
diserang oleh manusia berkepala anjing hingga sekarang.

INTERNAL
69
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

13. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu kereta dibuka, keluarlah
seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak. Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr.
Brown, pengurus ladang getah Sungai Bruas.

Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang getah itu memang
selalu menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat. Kalau dia diserang penyakit, dia lebih dulu
meminta ubat cara kampung dari datuk. Kalau tidak baik, baru dia menemui doktor.

Pernah dia menawarkan kerja di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan
itu saya tolak.

Kedatangannya pada hari itu, tidak saya hiraukan. Saya agak tentu dia silap urat dan minta datuk
mengurutnya. Kalau tidak masakan dia datang, fikir saya.

Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang rumah. Mr. Brown cukup fasih bercakap
Melayu. Dia boleh membaca dan menulis jawi. Pernah dia bercerita pada saya yang dia lama
duduk di Palestin dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu.

Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama datuk. Saya bangun
dan duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka peta.

"Di sini, harta itu ada di sini," ujarnya dengan tenang sambil menandakan kawasan dalam peta
dengan pensil merah. Datuk termenung panjang.

"Kawasan itu jauh, kalau silap masuk, kita sesat dalam hutan," tingkah datuk sambil memeluk
lutut. Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya beberapa kali.

"Minggu dulu mandur saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa kubur besar dalam
hutan, macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi mandur saya tidak berani ambil," jelas
Mr.Brown lagi.

"Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan membawa barang
untuk meletupkan gua."

Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh Mr.Brown itu ialah
kawasan kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang menjadi hutan belukar.

Satu ketika dulu, pernah orang-orang kampung yang sesat dalam hutan kerana mencari rotan
terjumpa kawasan istana lama, lengkap dengan taman bunga, rumah batu dan kawasan
permakamam diraja.

INTERNAL
70
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya mencari kawasan tersebut, kawasan itu tidak dijumpai
lagi. Malah orang yang pergi itu, diserang demam panas berbulan-bulan lamanya.

Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan itu cukup keras. Mahkota, emas berlian dan pedang
kebesaran raja-raja dahulu tertanam di situ. Orang-orang yang jujur dan ikhlas saja yang selalu
terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan tersebut. Anehnya,
kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai kiamat tidak akan jumpa.

"Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang," Mr.Brown bersuara sambil melihat peta.
Datuk terus tersenyum.

"Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara," Mr.Brown tanda peta dengan pensil
merah.

"Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari. Tidak jauh dari situ ada
kawasan kerajaan Manjung," Mr.Brown berhenti menandakan peta dengan pensil merah.

Saya gigit bibir. Datuk kelihatan tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke
peta kembali. Kemudian Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Gangga Negara. Dia tahu semua
kawasan dan wilayah kekuasaan kerajaan Gangga Negara.

"Dari mana awak tahu?" Soal datuk.

"Di London, di sana semua pasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang ni bukan mahu jadi
pengurus, tapi saya mahu siasat negeri awak."

"Kalau dapat, awak mahu buat apa?"

"Barang-barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah negeri awak," ujar
Mr.Brown dengan bangga.

Kerana terlalu pandai Mr.Brown memujuk, datuk mahu membantunya mencari kesan sejarah
lama itu. Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan barang-barang purba.
Dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan menyiasat serta mengambil
gambar.

Mr.Brown juga akan membawa barang makanan yang secukupnya selama penyiasatan itu
diadakan. Selain daripada itu, Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk turut sama
dalam rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan
bertemu dengan kawasan yang dihajati oleh Mr.Brown itu.

INTERNAL
71
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. Saya cukup gembira, kerana saya tidak
dikecualikan dari rombongan tersebut. Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk
kira-kira pukul enam pagi dengan sebuah jeep menuju ke kawasan pecah batu di Seputih.

Dari situ berjalan kaki menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan kecil yang
berbumbung. Sebelum itu, Mr.Brown dan datuk sudah pun pergi ke Kampung Kota melihat
tulisan di batu nisan lama yang terdapat di situ.

Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai daripada mengikuti jalan
darat. Ada dua sebab kenapa Mr.Brown memilih ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang-
orang dahulu selalu membuka kawasan di tepi sungai.

Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang yang mendayung
sampan rapat ke tepi. Dari situ, mendaki satu kawasan bukit kecil. Kami berkhemah di situ.

Dua hari kami di situ. Masuk hari yang ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh
sakit. Dia menjerit tidak tentu arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya.
Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya merah. Lidahnya sentiasa keluar.

Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang pekerjanya itu.
Sepeninggalan Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di dalam khemah saja.

Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam-macam suara yang saya dengar. Datuk
duduk di kanan saya, sekali-sekala saya dengar datuk bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya
tidak pasti. Tetapi suara orang yang dilawannya bercakap jelas kedengaran.

Orang itu menyuruh datuk berpindah ke tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang
kawasan larangan. Datuk berjanji dengan orang itu akan pindah pada pagi esok. Lepas itu, saya
lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi.

Lebih kurang pukul sepuluh pagi, Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown ukur
peta dengan kayu pembaris.

"Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah, datuk dan saya mengikut perintahnya.

Satu kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari
terbenam, Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan
tersebut.

"Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang
dibawanya. Setiap kali dia dapat tanah atau batu, dia buka buku.

INTERNAL
72
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari kolam yang terdapat di
situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang, datuk dan Mr.Brown terus masak. Lepas makan,
Mr.Brown baca buku. Lampu gasolin yang terpasang dalam khemah cukup terang.

Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul
sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul.

Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya
lukiskan. Dia bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa
lagu-lagu Hindu dengan irama yang merdu dan halus.

Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan mengelilingi istana. Kulitnya cukup
halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di bibir nipisnya.

"Siapa namamu?" tanya saya. Dia tidak menjawab.

Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan saya menuju ke pokok besar. Saya patuh
pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di depan istana.

"Ke mana?" soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin
rendang.

"Siapa namamu?" ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan.

"Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga," dia menjelaskan pada saya.

Fahamlah saya sekarang. Rupanya dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik
saja sampai di bawah pohon beringin. Dia menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun.

Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan meneliti ketul batu dan tanah yang
dikutipnya. Datuk masih lagi menghadap asap kemenyan yang dibakar. Saya ceritakan pada
mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi.

Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk menggali tanah di bawah pohon beringin. Lima
jam kami menggali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam
kekuningan.

Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalam peti itu terisi tengkorak
manusia. Kami berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus
tengkorak itu dengan kain kuning.

INTERNAL
73
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Malam pun tiba. Datuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan
tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam.

"Tengkorak ni tak ada apa-apa," kata datuk pada Mr.Brown.

Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk
ke dalam kelambu masing-masing.

Menjelang tengah malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang menggoyangkan bahu kanan
saya. Yang pertama kali saya dengar, suara wanita menyanyi sayup-sayup di selang-seli dengan
bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang.

Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin yang kuat. Ditingkah dengan bunyi raungan harimau,
suara burung tukang dan jampok bersahut-sahutan.

Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam-dalam,
mereka tidak perlu dibangunkan. Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian
burung hutan terhenti.

Saya terdengar suara orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari
arah pohon beringin. Suara itu cukup jelas. Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut
khemah dan menuju ke pohon beringin seorang diri.

Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetapi awan kelihatan
cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan
digoyang orang.

Tiba-tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin. Saya
masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah
datangnya suara wanita itu.

Badan saya menggeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita berdiri tanpa kepala
di situ. Tanpa saya sedari,dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri cukup terang.

Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala
lutut saya terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah.

Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon beringin. Saya saksikan sebuah kepala bergolek-
golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu, lalu bercantum dengan leher. Dalam
sekejap mata wanita itu hilang.

INTERNAL
74
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kemudian berdiri betul di depan saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa
tidak ada. Peluh terus menguasai seluruh badan saya. Suara sudah tidak mampu keluar dari
kerongkong.

Dalam saat yang payah itu, segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudik
di situ. Memang sahlah, wanita itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu.

Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk. Lebih kurang lima
enam langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk
mengambil air sembahyang.

Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke tanah,
berguling-guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib.

Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah.
Saya terdengar bunyi pedang berlaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat
khemah kami.

Bila semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis
genit, tanpa baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang
dipakainya. Wanita itu dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan
bersama dengan bunyi gendang perang yang hebat.

Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa
lemah. Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam
khemah. Selesai sembahyang subuh dia pun mencari saya.

"Kenapa begini?" tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah.

Saya mahu menceritakan semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke
khemah mengambil kain hitam. Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin
saya ke khemah. Dia merungut dan marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya.

Semua yang saya lihat saya ceritakan pada Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang. Ketika
Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang
berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana.

Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam.
Mr.Brown tidak setuju, dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu
digali.

INTERNAL
75
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk terima cadangan itu, kerana mengeringkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar.
Mr.Brown sendiri ada membawa jentera untuk mengeringkan air.

Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan kolam pun bermula. Satu jam
kemudian, air dalam kolam pun kering.

Saya terkejut, rupanya kolam itu dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian
permukaannya sudah banyak yang pecah serta ditimbus oleh tanah. Datuk menduga, kolam itu
tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman pemerintah Gangga
Negara.

Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun memecahkan lantai kolam.
Tanah di situ kami gali. Barang-barang yang kami temukan di dalam kolam itu ialah rangka
manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan Mr.Brown.

Dengan perintah datuk, tulang-tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang
dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia
mengajak saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu.

"Ini merbahaya," bantah Mr.Brown.

"Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya." Suara datuk meninggi.
Matanya mula merah.

"Ok saya ikut."

"Begitulah." Datuk pun ketawa berdekah-dekah.

Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai
baju hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka.

Datuk terus membaca mantera di depan asap kemenyan. Sekali-sekala dia membuka silat. Tiba-
tiba datuk diam. Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul-kepul naik
ke udara. Datuk rebah di situ. Saya segera mahu menghampirinya.

"Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain," kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan
saya.

INTERNAL
76
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan
salakan anjing serigala kedengaran sayup-sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila
memandang muka Mr.Brown sambil berkata,

"Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima kasih kerana kita telah
mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan penuh hormat.
Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia telah menerangkan pada aku,
kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam,
kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah
memberitahu pada aku di mana barang-barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran,
mahkota dan emas berlian ditanam."

"Di mana tempatnya tok?" tanya saya tidak sabar.

"Sabar, esok saja aku ceritakan." Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak kami kembali ke
khemah semula.

Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke
dalam sampan. Dari situ, kami menyusul tebing sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar
sampai ke Tanjung Ara, dekat Pangkalan Bharu.

Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya cukup tebal. Kami berjalan ke arah
matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak tinggi, yang gondol itu penuh
dengan batu-batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ.

"Puteri itu telah membawa aku ke mari," kata datuk.

"Menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat
kerajaannya, dia melakukan ini sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." Datuk pun
berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada
di depan matanya.

Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga di
puncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk, di
bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara.

Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurut pendapatnya, harta-harta itu tertanam lebih
kurang 10 meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong
melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk
setuju dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada pukul empat
petang.

INTERNAL
77
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu-batu
berterbangan, pokok-pokok habis tercabut. Tanah tinggi di situ kelihatan rata. Mr.Brown cukup
gembira, dia tidak putus-putus ketawa. Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari
kawasan tanah yang diletupkan itu keluar beratus-ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami.

Saya, datuk dan Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri,
semua barang-barang kami tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah.
Seluarnya habis koyak.

Kami menyusul tepi sungai Bruas menuju ke arah Pekan Pangkalan Bharu. Ketika itu senja sudah
pun tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba-tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah
dengan tiba-tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. Datuk nampak cemas. Kemudian dia
senyum dan berkata, "Kalau kami salah ampunkanlah."

Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar
dengan pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, meskipun
ia baru timbul dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar
menjadi cerah bagaikan siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu.

"Awak mesti tahu, tidak seorang pun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu
milik kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak
letupkan itu awak tangkap, ular-ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti
menerima hukuman kerana mengkhinati kami," lelaki bertubuh besar bersuara.

Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk
mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang.

Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu
dibalingkan pada lembaga yang terpacak dalam sungai.

Bila batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah. Dia segera menjerit dengan sekuat
hatinya. Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang melimpah terus surut. Suasana yang
cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit. Bintang bertaburan. Mr.Brown tidak
berkata walau sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan.

"Dia sudah pergi," kata datuk dan terus menggalah sampan ke hilir.

Lebih kurang pukul 10 malam kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari situ datuk
menumpang lori ikan menuju ke Pekan Pantai Remis. Datuk membuat laporan ke balai polis.

INTERNAL
78
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu kereta polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan
Bharu kembali.

Dengan kereta polis, kami menghantar Mr.Brown ke banglonya. Kerana jam sudah pukul 12,
Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di banglonya.

Kira-kira pukul dua pagi, Mr.Brown menjerit tidak tentu arah. Dia berlari ke seluruh kawasan
banglonya sambil menjerit. Semua pekerja ladangnya menjadi gempar. Datuk dengan bantuan
pekerja ladang getah berjaya menangkap Mr.Brown.

Mr.Brown terpaksa diikat di pangkal pokok getah di depan banglonya dengan rotan seni. Dan
datuk terpaksa menjaganya hingga ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut, Mr. Anadurai
terus menghubungi Hospital Lumut.

Lebih kurang pukul 10 pagi, sebuah ambulans dari Hospital Lumut tiba. Mr.Brown yang masih
menjerit dan mengoyak pakaiannya dimasukkan ke dalam kereta tersebut. Dari
Hospital Lumut, dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh.

Seminggu Mr.Brown duduk dalam jeriji besi di Hospital Besar Ipoh. Lepas itu Mr.Brown dibawa
ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan Mr.Brown ditempatkan di situ. Datuk tidak
pernah sekalipun melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu sembuh.

"Orang putih tu tak jujur," datuk mengadu pada saya.

"Kenapa tok kata macam tu?"

"Aku yakin dia tak jujur," suara datuk merendah.

Saya bertambah binggung kerana datuk tidak menerangkan apakah maksudnya dengan
perkataan tidak jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang dibuatnya terganggu. Dia asyik
mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak kuat.

"Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang-orang dari England ni, satu
bangsa yang tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main baik, belakang kita jadi pengkhianat
pada diri kita sendiri," datuk merungut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju
merah ke badannya.

"Buat apa datuk ke rumah dia? Dia bukan ada."

INTERNAL
79
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kau mana tau, ini urusan aku." Datuk memijak anak tangga turun dan mengambil basikal di
bawah rumah. Dengan basikal dia pergi ke rumah besar Mr.Brown.

Lebih kurang pukul 5 petang datuk pun pulang. Saya melihat dia membawa satu bungkusan kecil
di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk menongkat basikal, saya terus menghampirinya.

"Jangan pegang bungkusan tu."

"Apa bendanya tok?"

"Tanah yang diambil Mat Saleh bangsat tu, di tempat puaka, disembunyikan dalam beg."

"Tok nak buat apa dengan tanah itu."

"Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan, kita kena petakanya." Mendengar cakap datuk
itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur.

Dan malam itu saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai. Datuk meletakkan tanah
segumpal itu di atas upih pinang, kemudian dihanyutkan. Masa datuk melakukan semuanya itu,
dia tidak bercakap atau bersuara cuma mulutnya saja yang kelihatan kumat-kamit membaca
sesuatu.

Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat berita dari kerani
besar ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya telah pun dihantar ke
England.

Tempat Mr.Brown segera diganti oleh J.Mackintos dari Singapura, tetapi yang
anehnya pengurus baru itu tidak berani duduk di banglo. Setiap kali dia tidur di banglo tersebut,
dia selalu saja diganggu oleh satu lembaga yang menyerupai Mr.Brown.

Kadang-kadang pengurus baru itu diangkat dari bilik tidur ke ruang dapur. Ada kalanya dicampak
ke tengah halaman banglo. Jadi, banglo besar yang serba lengkap terbiar.

Dalam tahun 1960, banglo besar itu dibakar oleh seorang pekerja ladang getah yang naik darah
kerana setiap malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam banglo tersebut.

Sebaik saja banglo itu hangus di makan api, pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu tiang dari
dalam banglo itu, hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok-pokok hutan. Semua peristiwa
itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu mengingatkan saya begini,

INTERNAL
80
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Lakukan semua pekerjaan atau apa saja dengan rasa tanggungjawab dan jujur. Kerana kejujuran
adalah harga diri manusia yang tidak ternilai. Telalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri
sendiri, pada janji dan sebagainya. Bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup, engkau akan
merasa kebahagiaannya."

Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu.

INTERNAL
81
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

14. Datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Sadang untuk memikat burung waktu
malam. Saya tidak tahu bagaimana datuk teringatkan hal itu.

Pada fikiran saya, dia sudah tentu melupakannya. Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam
hati, bahawa saya tidak akan menurut bersama datuk pergi ke tempat tersebut.

"Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi," datuk mengingatkan saya.

"Baguslah tu tok, barang-barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik."

"Kau bagaimana? Tak mahu ikut sama?" tanya datuk.

"Saya malaslah datuk." Datuk puas hati dengan jawapan saya itu.

Sementara menanti petang Jumaat, datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang-kadang dia
menjenguk bini mudanya di kampung bunian.

Pada suatu petang. Selepas datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat-cepat
saya menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga.

"Ada apa datuk?"

"Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia
sakit."

"Habis datuk nak pergi ke sana?"

"Hajat tu memanglah begitu."

"Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang."

"Itu tak mustahak, yang penting adik beradik."

Saya terdiam mendengar cakap datuk itu. Saya segera teringat, kali terakhir saya bertemu dengan
adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam tahun 1947.

Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke Hulu Kuang. Tidak
ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. Lagipun kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam,
(sekarang sudah ada jalanraya dan kenderaan yang berulang-alik dari Chemor ke Hulu Kuang)
kerana hal-hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.

INTERNAL
82
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh, kami
menyewa teksi pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang.

Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu Kuang, kerana kawasan itu terlibat dengan perintah
berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi.

Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat keputusan untuk
tidur di masjid Chemor. Sesudah memberikan butir-butir mengenai diri kami kepada pihak polis,
kami dibenarkan tidur di masjid tersebut.

Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu masjid. Datuk baring dekat
tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul dua malam, datuk mengejutkan saya.

"Bangun, kita pergi ke Hulu Kuang."

"Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar."

"Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah," suara datuk keras.

Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan belakang tangan. Datuk
menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid. Perintahnya saya ikuti.

"Sebentar lagi dia datang," datuk beritahu saya.

"Apa yang datang tok?" tanya saya ingin tahu.

"Kau jangan banyak cakap," datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudah mengenakan baju hitam dan seluar hitam di
badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam.

Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan
pengganas komunis. Kalau tidak, masakan dia berani berjalan malam waktu zaman darurat.

"Ke tepi," datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas
lantai.

Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal paha kanannya dengan sekuat hati. Dia
melemparkan tujuh biji bertih ke tengah laman masjid. Kemudian datuk menekan ibu jari
kanannya ke tapak tangan kiri tujuh kali berturut-turut.

INTERNAL
83
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara harimau mengaum. Cukup kuat. Kepala lutut saya
menggeletar. Dengan tiba-tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak berdaya bangun.
Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid sambil menguit-
guitkan ekornya.

"Makanlah, kau lapar," suara datuk keras.

Saya lihat harimau itu terus memakan tujuh biji bertih. Bila harimau itu selesai makan. Datuk
segera merapatinya. Datuk menggosok-gosok kepala harimau itu dengan tangannya. Dan lidah
harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk.

Harimau itu berguling-guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh badan datuk. Datuk
menggosok perut harimau itu. Datuk mengira kuku di jari harimau. Datuk bermain-main dengan
harimau macam bermain dengan anak kucing.

Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan tangan kiri. Harimau pula menjilat
telinga kanan datuk tujuh kali.

"Bangun, kau dah kenyang." Mendengar cakap datuk itu, harimau besar segera bangun sambil
menguap.

Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam dan putih. Harimau itu mengaum lagi. Datuk
memanggil saya.

Saya cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar. Datuk terus
menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau besar.

"Ini cucu aku," datuk memberitahu harimau besar.

Saya lihat sepasang mata harimau itu merenung ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali
berturut-turut. Harimau itu melunjurkan kaki depannya. Badannya direndahkan.

Datuk mengangkat badan saya lalu diletakkannya di pangkal tengkuk harimau berbadan besar
serta berbelang tebal.

Saya rasa nyawa saya sudah melayang dari badan. Badan saya jadi lembik. Saya tidak boleh duduk
tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau.

Bulu harimau yang kasar dan keras itu mencucuk batang hidung dan pipi saya. Bila harimau itu
menggerak-gerak badannya saya juga ikut bergerak.

INTERNAL
84
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Peluk tengkuknya kuat-kuat," datuk mengingatkan saya.

Antara sedar dengan tidak, saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau. Harimau besar itu
segera menegakkan badannya. Datuk terus menepuk-nepuk punggung harimau, macam gembala
lembu menepuk punggung lembu.

"Ke Hulu Kuang," saya terdengar suara datuk.

Serentak dengan itu, harimau pun melangkah. Saya rasa harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak
ke bumi. Melayang-layang di udara membelah pekan Chemor melintasi jambatan keretapi. Terus
menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan Kampung Baru Tanah Hitam.

Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di tangan. Semuanya tidak memandang ke arah
kami. Kerana terlalu laju harimau itu bergerak. Badan saya terasa sejuk.

Belum selesai saya menghitung dari satu sampai ke sepuluh, harimau itu sudah tiba di kaki tangga
rumah adik bongsu datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih kedengaran. Datuk
menurunkan saya dari belakang harimau.

Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih. Saya
tidak tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk.

Selesai saja harimau itu memakan bertih. Lagi sekali datuk menepuk-nepuk dahi harimau. Datuk
membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang
diucapkan oleh datuk kerana telinganya bergerak-gerak.

"Balik ke rumah kita, jaga kampung serta tanah ladang kita," suara datuk meninggi.

Harimau itu menguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau besar hilang dari pandangan
saya. Datuk tidak segera mengejutkan adik bongsunya.

Menurut datuk, pantang besar kalau kita menunggang harimau mengejutkan tuan rumah yang
kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga.

Adik bongsu datuk terkejut, bila dia membuka pintu rumah pagi itu didapatinya kami duduk di
kaki tangga. Dia mengucap panjang dan merasa takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke
tempatnya sedangkan perintah berkurung berakhir pada jam enam pagi.

Dia terus menyoal datuk bagaimana kami boleh sampai terlalu awal. Pertanyaan atau soalan itu
tidak dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara lain.

INTERNAL
85
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

15. Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu Kuang
sambil bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk.

Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh rancak pagi itu. Saya tidak banyak campur
dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka tingkap melihat daun-daun pokok
yang menghijau serta puncak gunung yang diselimuti kabus nipis.

"Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni," saya terdengar suara datuk.

Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya
yang cengkung dan kurus.

"Saya baru baik dari demam, dan kena berjaga malam pula," jawab adik bongsu datuk.

"Hai, musim darurat pun kena berjaga malam?"

"Berjaga dalam rumah," sahut isteri adik bongsu datuk dari dapur.

Saya tertarik hati dengan perbualan itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk saya lihat
mengerutkan keningnya.

"Kenapa pula tu? Ada pencuri ke?" Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan
isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.

"Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari
orang lain untuk menolongnya," datuk memberi sebuah harapan. Isteri adik bongsu datuk
tersenyum. Adik bongsu datuk termenung panjang.

"Susah orang nak menolongnya," begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.

"Susah macam mana?" tanya datuk.

"Kerja iblis."

"Kita lawan cara iblis."

"Begini, di kampung ni ada toyol jadi-jadian, sekejap menjelma jadi kucing, sekejap jadi tikus."
Adik bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri kanan.

Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung. Datuk bangun berdiri di muka pintu. Tangan
kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali.

INTERNAL
86
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Biasanya toyol jadi-jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti sepasang, ada jantan
betinanya. Rumah kau ada dia masuk?"

"Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami, dia menghilangkan diri."

Dengan penerangan adik bongsunya itu, datuk dapat menduga bahawa toyol jadi-jadian itu
masih belum mempunyai pasangan lagi. Dan orang yang membela akan berusaha mencari
pasangannya.

Datuk memberitahu adik bongsunya, perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan
syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama sedikit. Untuk mencari tuan punya toyol jadi-
jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa syarat yang tertentu.

"Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi,"
jelas datuk dengan tenang.

"Macam mana caranya?" soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan pertanyaan itu datuk
tersenyum panjang sambil memicit pangkal dagu.

"Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap tuannya."
Cakap datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya berpandangan.

Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan-perempuan di
Kampung Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada lima orang semuanya.

Atas persetujuan orang-orang Kampung Hulu Kuang, datuk diminta duduk di kampung tersebut
selama dua bulan untuk menghalau toyol jadi-jadian yang mengganggu kampung mereka.

Nasib datuk dan saya agak baik, baru tiga minggu di Hulu Kuang, terdengar salah seorang
daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung. Anak dan ibu
mati serentak.

Datuk pergi ke rumah keluarga yang malang itu, datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan
anak itu ke tanah kubur. Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur, datuk tidak dapat
tidur sepanjang malam. Dia didatangi dengan berbagai-bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan.

Datuk membuka kertas firasat yang dibawanya. Waktu dia membaca firasat itulah datuk
terdengar suara perempuan memujuk anak yang menangis di bawah rumah.

INTERNAL
87
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang naik ke udara dari tanah
perkuburan. Datuk pun mengejutkan saya.

Kalaulah bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena
penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima
dengan manis muka, meskipun hati meradang dengan perbuatannya.

"Kenapa tok?" tanya saya sambil menggesel-gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil
meraba-raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali-kali misainya turut
bergerak.

"Kita sudah hampir pada matlamatnya."

"Matlamat apa tuk? Mencari orang yang jadi tuan toyol?"

"Kalau kau faham baguslah."

Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu bila datuk bangun. Bila
saya buka kelopak mata, datuk sudah selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke
perigi sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.

Datuk tidak dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu sambil membasuh muka dan
badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun
kayu untuk membasuh muka dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal.

Cara dia menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke
atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling
akhir sekali dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.

Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah
ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuat juga semasa dia berada di Hulu Kuang dekat
Chemor.

Apa yang datuk lakukan, saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak,
bila umur saya genap 21 tahun dia akan memberi beberapa mantera yang perlu dibaca bila mandi
air embun.

Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Hulu Kuang sambil mandi air embun.
Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau-kilauan di celah-celah pokok
besar. Bila sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik-manik dan
sungguh menarik sekali.

INTERNAL
88
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Damai dan terhibur hati saya mendengar bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan
bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk
memberitahu nama-nama burung yang saya nampak.

Bila matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah jauh meninggalkan pinggir
Kampung Hulu Kuang. Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit.

Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia.
Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman
pondok itu, datuk berhenti berjalan.

"Kenapa datuk?" tanya saya ragu-ragu.

Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya
dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depan dan berdiri atas kedua belah tumit kakinya
beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki memijak
bumi, datuk kelihatan tersenyum.

"Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini,"
dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu-manggu.

"Kita balik, kalau kita maju, kita bahaya," datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik
menuju ke rumah adik datuk.

Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak
geri rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia
menumpukan seluruh perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal
fikiran manusia biasa. Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.

Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik
angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji
matanya sebesar telur ayam hutan.

"Jauh berjalan pagi ni," soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru saja
melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.

"Macam biasa," balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.

Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa
parut.

INTERNAL
89
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Rumah siapa dekat belukar tu?" datuk mengemukakan soalan. Adik datuk terdiam mengingati
sesuatu.

"Rumah Kidon."

"Orang sini jati?"

"Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang."

"Orang Padang ke orang Jambi?"

Pertanyaan datuk itu tidak segera dijawab oleh adiknya. Saya sudah berhenti makan ubi rebus.
Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat
jawapan, datuk tidak lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan
tenang.

"Dari Sumatera katanya, dari keturunan Batak," tiba-tiba saja adik datuk bersuara.

"Ada bini tak?" cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.

"Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapa bininya menetap di Kuala Kangsar," terang adik datuk
dengan jujur.

"Ada anak?" cepat-cepat datuk meningkah.

"Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung."

"Hummmm..." suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan.

Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Hulu Kuang paling
kurang enam bulan. Datuk juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuknya dengan
alasan senang untuk beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuan punya toyol jadi-jadian.
Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.

Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Hulu Kuang, Chemor yang didirikan
secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok
baru.

INTERNAL
90
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

16. Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan
mengambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari
atas pondok, datuk melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau-harimau itu.

Sekiranya datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih, harimau-harimau itu akan
menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut-urut ekor
harimau itu sambil membelitkan ke batang lehernya.

Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan
harimau-harimau perliharaannya pulang.

"Ambilkan aku kain putih, mangkuk putih. Taruh air dalam mangkuk putih separuh, kain putih
letakkan ke dinding," datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu.

Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu, kira-kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk,
saya lakukan dengan senang hati.

Datuk duduk bersila di tengah pondok. Asap kemenyan dari dupa melintuk-liuk memenuhi ruang
pondok. Baunya semerbak.

Datuk mengatur tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas,
sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam yang
disembelihnya petang tadi.

Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah.
Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu
bergerak.

Saya lihat datuk mengeluarkan secekak tulang ikan dari karung yang terletak di sebelah
kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada kucing hitam.

Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat
kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain
hitam itu kepunyaan datuk.

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya
dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan sepi sekali.

Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup terdengar suara burung hantu ganas di
ranting. Atap pondok bagaikan bergerak-gerak ditempuh angin. Serentak dengan itu terdengar
bunyi air menimpa atap pondok.

INTERNAL
91
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis
tersedu-sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

"Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang... Kita mencari jalan kebaikan dan bukan jalan
jahat," bisik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat
mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar, datuk tidak
peduli.

Dengan pertolongan cahaya lilin, saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa
tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.

Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkuk putih. Di luar, guruh
bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.

"Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau
ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga, padahnya kau tanggung sendiri," kata datuk, dia
terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa.

Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba
ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang
saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.

Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu
melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan berpeluh.

"Itulah Kidon mengorek kubur anaknya," datuk memberitahu saya.

Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu
menyapu peluh di dahi sebentar. Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda.

Bau busuk membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke
dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat
pokok.

Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sediakala.
Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan
besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.

INTERNAL
92
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sampai di rumah, Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang
sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.

"Air basuh mayat itu, diambil dari tujuh kuala anak sungai," beritahu datuk pada saya.

Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar,
cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya.

Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kain putih. Kedua matanya pejam rapat
seperti orang tidur, dengkur nafasnya macam orang yang sedang tidur lena. Ketika itu, saya
seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing, sungguh sunyi sepi
sekali.

"Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak," ujur datuk.

Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan
warna dimasukkan ke dalam baldi.

Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali,
mulutnya membaca sesuatu. Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh
mayat anaknya tadi.

Saya perhatikan, Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas
lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya
ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki.

Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak
kelapa. Mayat anaknya itu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Di situ sudah tersedia sebuah salai
tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.

Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zink buruk. Zink itu diletakkan di
bawah salai. Atas zink itu ditaruh kayu arang dan habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api.
Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar.

"Mayat itu disalaikan selama 44 hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh
malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa Pati Geni," datuk membisikkan ke telinga saya.

Di kain putih, saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri
dan kanan. Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk, pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui
oleh orang lain.

INTERNAL
93
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Selepas menjalani puasa tujuh hari, barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya
iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama
44 hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun.
Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi.

Waktu tengah malam, mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal
dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku
bayinya di tangan kiri, Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan.

Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini,

"Dengarlah anakku,
Perasaan dan hatimu
Bersatu dengan aku
Dua tubuh Satu harapanku
Kaulah yang mengerjakannya
Tujuh lapis bumi,
Tujuh lapis langit,
Bersatu di bukit Kaf
Bersemadi dalam diri kita."

Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang-panjang, kemudian
bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam.

Mayat bayi kering itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala
selama 24 jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Tapi dia
merasa puas.

Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta
orang kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangan dirinya sendiri.

Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun-
ubun bayi kering itu. Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon
menggunakan jampi serapah.

Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan Kidon. Kidon
pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya.

Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut
kering itu habis dimakan oleh kucing itu.

INTERNAL
94
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa ke mari," Kidon
memerintah kucing hitam.

Kucing itu menggaru-garu papan lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam
ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya.

Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi
mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya
akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.

"Ilmunya sudah aku tawarkan," suara datuk keras.

Dia membuka mata. Air dalam mangkuk putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam
menyala sendiri, begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap
berkepul-kepil. Tulang-tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan
bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun
mengangkat kain hitam itu.

"Kau lihat," ujar datuk pada saya.

Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk.
Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ.

"Kau pulangkan pada yang berhak," datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada
mayat kering.

Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di
tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya
kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok
terdengar bunyi suara perempuan menangis.

"Kau datang Kidon," lantang suara datuk.

"Jangan buat aku begini, aku mahu hidup," jawab Kidon.

"Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyeksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini.
Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon?"

"Memang benar, begitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut
firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau."

INTERNAL
95
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?"

"Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara
ini dihebohkan."

"Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya
malam ini juga." Datuk memberi keputusan muktamad.

Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam.
Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengar suara orang
menjerit meminta tolong.

Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa
yang menjerit itu jadi terbantut bila melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu?
Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat
pada saya.

Datuk terus berbisik kepada saya, "Tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi," saya
angguk kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena.

Usaha saya itu gagal sama sekali. Tetapi banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala
saya. Datuk tahu dengan apa yang saya alami. Dua kali dia menghembus muka saya, kemudian
memicit batang leher saya mencari urat tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat
sekali. Akhirnya saya terlena.

Bila saya membuka kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa
banyak bicara, saya terus ke perigi mengambil air sembahyang. Bila saya mahu memulakan
sembahyang, saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya
diluruskan.

"Aku harap kau akan jadi orang Islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi
macam aku," ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum.

"Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau
kita tidak sembahyang," tambahnya sambil bangun.

Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau
burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat
pokok besar, datuk berhenti berjalan.

"Kenapa? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni?" tanya saya.

INTERNAL
96
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu. Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari
terbit dan aku arah matahari jatuh."

" Baiklah Tok."

Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu
sampai ke pangkal pokok jejawi besar, saya terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya
menggigil, saya lihat mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh
binatang buas. Datuk pun segera saya panggil.

"Kenapa?" soal datuk.

"Mayat."

"Mayat," suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk
mematahkan anak-anak pokok lalu menutup mayat Kidon.

"Kita mandi embun dulu," kata datuk dengan senyum.

"Mayat ni macam mana tok?"

"Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang
kampung."

"Saya faham tok."

Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar. Bila
mandi embun selesai. Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai
sanak saudara, urusan pengebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian
kampung itu. Ketua kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon
dibaham oleh harimau.

Perkara yang serupa itu juga dilaporkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu
Kuang tidak lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang-barang yang berharga.

Seminggu selepas kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya
orang-orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi-jadian. Mereka datang
mengucapkan tahniah atas kejayaan datuk.

INTERNAL
97
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol
jadi-jadian boleh menderhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang," kata datuk pada pada
orang-orang kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu.

Waktu datuk mengkais-kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui
tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon.

Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan, orang-orang kampung terdengar bunyi suara lelaki
menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila disiasat, ternyata suara itu datangnya dari kubur
Kidon.

Orang-orang kampung terpaksa membacakan Surah Yassin selama dua minggu di surau, mohon
pada Allah supaya suara menjerit itu tidak didengari oleh orang-orang kampung. Akhirnya
dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi.

Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang
mahu memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut
atau terkeluar dari hukum-hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari
perbuatannya itu.

"Orang-orang Islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam
menyuruh umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon
akan menjadi pengajaran pada kita semua." Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu
memberitahu pada semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai.

INTERNAL
98
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

17. Waktu saya bersiap-siap pada petang Rabu, seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak
datuk menembak kijang di Hulu Kinta.

"Saya setuju, tapi macam mana? Sekarang musim darurat," datuk bertanya pada orang yang
mengajaknya. Orang itu ketawa.

"Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain-lain di hutan Hulu
Kinta, kita dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja."

"Jadi, kita boleh pergi pada waktu siang."

"Hurmm... Begitu. Tentu Setuju."

Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ
berjalan kaki menuju ke Batu Lapan. Belum pukul sepuluh, kami sudah berada di dalam hutan
tebal.

Sebelum itu, kami melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami
masuk ke dalam hutan. Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampungnya untuk
digunakan oleh datuk, di samping itu dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru.

Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah
anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia
menuju ke arah lain.

Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya
melawannya ialah dia terlalu cepat bergerak dalam hutan. Dahan-dahan dan pokok-pokok yang
dipijaknya tidak berbunyi.

Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba-tiba muncul dari balik rimbun pokok salak
jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak-gerak.

"Ah, kamu jangan kacau aku nak lalu di sini, pergi cari makan tempat lain," begitulah datuk
berdialog dengan harimau.

Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak perlahan-
lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalam hutan yang tebal itu.

"Berhenti," datuk memamaut bahu saya.

"Kenapa tok?"

INTERNAL
99
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sembunyikan diri balik pokok," saya pun akur dengan cakap datuk. Dia meniarap di pangkal
pokok besar. Saya juga begitu.

Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk tajam melihat pada
rimbun anak-anak pokok yang bergerak.

Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja
dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke dalam guni.

Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis
hutan Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu, sudah digantikan dengan hutan rumah
pangsa yang bertingkat-tingkat.

Datuk dan saya terus berjalan. Kalaulah datuk itu adik saya, sudah pasti saya menarik tangannya
pulang. Saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dengan bermacam-
macam bunyi burung hutan.

Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik datuk yang menyuruh
saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan macam ini. Bila saya fikirkan
dalam-dalam, ada baiknya mengikut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan
pengalaman saya sendiri.

Kepala dan hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah duri dan onak. Saya
mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering.

"Saya dahaga tok."

"Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut."

"Jahanam." Datuk merungut panjang sambil menyambung, "jalan ke depan lagi kalau-kalau ada
paya atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut," datuk terus menolak saya.

Ramalan datuk tepat, 20 langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya, airnya
cukup jernih. Bila saya mahu minum, datuk segera menahan.

"Jangan minum."

"Saya haus tok."

INTERNAL
100
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Minum di sini," datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang.
Bila akar itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya
terus hilang.

Bila saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak-gerak . Di
tengah perut paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya terdengar bunyi
suara orang ketawa panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan.

"Ada suara tok."

"Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau minum air paya."

"Kita balik saja tok."

"Tak usah, kita tengok apa yang terjadi."

Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok-pokok hutan. Saya lihat seorang
perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang.

Perempuan itu berkemban, berenang ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba-tiba perempuan
itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya ialah gelombang air yang beralun-alun memburu
tepi paya.

"Siapa tu tok?" saya menyoal.

"Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita," datuk dan saya mula mengubah haluan,
kami berjalan ke arah selatan.

Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya terhadap kenalan barunya
yang mengajak dia masuk hutan tadi. Dia mula rasa kesal menerima pelawaan kawannya itu.

Lebih aneh lagi, kenalan barunya itu tidak pula berjumpa orang-orang di Hulu Kuang sebelum
menemuinya. Masa melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di
situ tidak menyoalnya. Seolah-olah kenalan baru datuk itu tidak wujud di depan anggota polis itu,
meskipun kenalan datuk itu berdiri di depannya.

"Keganjilannya baru aku sedar sekarang," rungut datuk. Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk
kelihatan muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya.

"Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar-benar manusia, jin atau
syaitan," sebaik saja datuk berhenti

INTERNAL
101
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami.

Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk
bagaikan terkunci. Tidak terlahir kata-kata. Kenalan datuk itu menudingkan jarinya ke arah barat
daya. Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya.

Bila datuk dan saya menoleh ke belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi. Saya terasa bulu
tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan datuk.

Datuk dan saya tidak berkata walau sepatah pun, kami terus berjalan hingga sampai ke tebing
Sungai Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli
itu sekarang terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk
agama Islam.

Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk
dan saya terus membasuh muka.

Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi sungai tersebut. Di
sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi
tumpuan orang ramai setiap hari Ahad untuk berkelah.

"Ke mana kita nak pergi tok?" saya menyoal datuk.

"Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk
kebaikan. Allah yang tahu hati aku," datuk
bagaikan mengeluh.

Datuk turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi, datuk tukar pakaian. Memang datuk
membawa dua pasang pakaian. Satu untuk dipakai waktu berjalan dalam hutan, manakala satu
lagi digunakan untuk sembahyang.

Datuk terus sembahyang asar di tepi sungai. Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa
pakaian yang bersih untuk sembahyang.

Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul
batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja
yang difikirkannya patut.

Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya kira kenalan
baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak
juga menjelma.

INTERNAL
102
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya terus melihat langit, matahari kian condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk
masih juga tenang dan damai.

"Kita balik saja," datuk memberitahu saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala.

Saya dan datuk berpusing-pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat
menemui jalan yang mana kami lalu tadi.

Yang anehnya ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau matahari naik,
kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah hilir
sungai kami tidak berdaya.

Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi kami tidak
dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali-kali diusahakan untuk pergi ke
situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik, kami tetap berlegar-legar di kawasan tepi
sungai itu juga.

Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya, ternyata kepandaian datuk
tidak berguna sama sekali di dalam
hutan Hulu Kinta. Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di tepi tebing sungai
tersebut.

Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya terserempak dengan seekor ular, sebesar
batang kelapa. Saya menjerit.

Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut melihat ular besar itu. Lama juga datuk
menenung mata ular itu.

"Matanya berkedip." Kata datuk dengan penuh semangat.

"Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk?"

"Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa."

Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk tercium bau wangi
yang amat sangat. Hari bertambah gelap.
Fikiran saya bertambah kacau.

Datuk terus mengadap ular besar. Perlahan-lahan ular itu membuka lingkarannya. Dalam sekelip
mata saja, ekornya menjunam ke dalam sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan.

INTERNAL
103
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya lihat air sungai mula melimpah ke atas tebing. Menenggelamkan batu-batu besar di tengah
sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir sungai, saya lihat air tidak mengalir.

Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali datuk mengakhiri
percakapannya, ular itu menggerakkan kelopak matanya. Ular itu bagaikan mengerti dengan apa
yang datuk cakapkan.

Datuk menyuruh saya menutup mata. Saya patuh pada cakapnya. Masa saya menutup mata, saya
terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya juga terdengar bunyi dahan patah dirempuh
angin. Bumi yang saya pijak, saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup dahsyat.

"Buka mata," ujar datuk.

Saya pun membuka mata. Saya dapati diri saya dan datuk berada di sebuah surau tua. Saya
terdengar suara azan. Seorang lelaki
berjubah hijau, berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk mengambil air sembahyang,
orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang Maghrib.

Selepas membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar saya dan datuk ke
perkampungan orang asli. Dia menyerahkan saya pada penghulu orang asli yang dipanggilnya
dengan nama Tok Batin Bah Aloi.

Dia juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan besar Tanjung
Rambutan - Ipoh pada siang esoknya. Penghulu orang asli itu memberi pengakuan akan membuat
apa yang diperintahnya.

Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah saya kenal bahawa
orang tua itulah yang menjadi kenalan
baru datuk itu. Dia mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah membinasakan Kidon.

Dia juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa menemuinya
terlebih dahulu. Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah kawasannya. Dia juga
meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap oleh datuk.

"Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kamu tidak akan sesat di sini," katanya
dengan senyum.

"Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu?"

INTERNAL
104
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk lain," katanya dengan
senyum.

"Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu," tingkah datuk.

"Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu harus mengenali
mereka, tapi kau terlebih dulu mengenali kekuasaan Allah yang menjadikan langit dan bumi,"
tambah lelaki serban hijau. Kemudian dia menghilangkan diri.

Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya dan datuk dia telah memeluk agama Islam.
Orang bertanggungjawab mendorong dia memeluk agama Islam ialah lelaki serban hijau itu. Saya
menggigit lidah mendengar cakapnya.

Datuk pun menceritakan semua peristiwa yang


kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa. Menurutnya, ular besar memang selalu ditemui
oleh anak buahnya. Anehnya, ular itu
tidak pernah membinasakan orang.

"Kalau dia lalu di depan rumah kami waktu senja, menunjukkan ada perkara yang tidak baik akan
berlaku, tiga bulan dulu dia melintas
waktu senja di kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati lemas," kata penghulu orang
asli. Saya dan datuk anggukkan kepala.

"Lelaki serban hijau tu siapa tok batin?" tanya saya

"Haji Lokman," jawab penghulu orang asli.

Selepas tidak ada pertanyaan yang keluar dari mulut saya atau datuk, saya dan datuk disuruh
tidur di bahagian depan rumah penghulu itu.

Pagi esoknya atas permintaan datuk, penghulu orang asli itu membawa saya dan datuk ke
kawasan tempat kami bertemu dengan lelaki serban hijau itu. Tidak terdapat sebarang kesan
atau tanda kawasan itu pernah didiami oleh sesiapa pun.

"Di tempat ni tak ada apa-apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di sini," tanpa diminta
penghulu orang asli menerangkan.

Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar. Datuk dan saya
membuat keputusan untuk berjalan kaki
sahaja pergi ke Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira-kira dua batu saja.

INTERNAL
105
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sedang seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa dua saat,
kemudian dia menghilangkan diri. Sebaik saja saya dan datuk sampai di depan balai polis Tanjung
Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang bersama adik datuk tersenyum memandang kami,
mereka sedang merancang untuk mencari kami di dalam hutan.

INTERNAL
106
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

18. Tanpa bertangguh-tangguh lagi, datuk pun menceritakan apa yang kami alami dalam hutan
Ulu Kinta pada orang-orang kampung yang menanti kami di depan Balai Polis Tanjung Rambutan.

Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya lebih senang duduk di pangkal pokok
kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balai itu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan
bangunan yang baru.

"Pelik juga ceritanya, betul ke ni?" Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu
bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.

"Terpulanglah pada awak, samada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah merasa
dan mengalaminya."

"Apa yang orang tu berikan pada awak?"

"Beri apa? Awak gila ke?" Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam.

Seorang anggota polis menghampiri kumpulan orang yang mengerumuni datuk lalu bertanya,
"Apa halnya ni?"

"Orang hilang ni dah jumpa di sini," seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis
yang sudah berusia hampir 50 tahun itu.

Tanpa diminta, datuk pun menceritakan apa yang dialaminya pada anggota polis itu. Kemudian
anggota polis itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh beberapa orang
penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu.

"Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya," suara anggota polis itu merendah.

Menurutnya, dalam waktu-waktu tertentu, lelaki berserban hijau itu pernah muncul di pasar
Tanjung Rambutan. Anehnya, dia hanya bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila orang
yang disalami mahu bertanya sesuatu padanya dia akan hilang dengan sekelip mata sahaja.

"Bagi saya perkara ni, sudah jadi perkara biasa," anggota polis itu menamatkan ceritanya dengan
datuk. Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu.

"Biasa macam mana?" Datuk mendesak.

Anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam balai, berpatah balik. Dia berdiri betul-betul
di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian dia senyum sinis.

INTERNAL
107
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Awak orang luar, mana awak tahu." Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis
itu.

"Memang, saya bukan orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu," datuk
merendah diri.

"Saya orang Tambun, saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu."

"Itulah yang mahu saya dengar."

"Begini, orang itu namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang
askar Jepun di Pekan Tambun."

"Sebabnya?"

"Dia tak tahan melihat penyeksaan yang dilakukan oleh askar-askar Jepun pada orang kampung."

"Jepun tak tangkap dia?" soal datuk lagi.

Anggota polis yang berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengerutkan kening
lebatnya.

"Jepun cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan
sembahyang Zohor. Dia dikurung, sebelum malamnya, dia berjaya melepaskan diri, sejak itu dia
tidak pulang ke rumahnya."

"Agaknya dia dibunuh Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada-adakan,"
celah datuk.

"Itulah yang anehnya, nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup apa
faedahnya menyeksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini."

"Betul juga cakap awak tu."

"Tapi awak jumpa dia bukan?" soal anggota polis itu. Datuk angguk kepala.

"Lupakan saja perkara itu," tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk. Orang-orang
dari Hulu Kuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri.

INTERNAL
108
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sudah, anggaplah ini pengalaman yang berharga untuk awak, samada orang mahu percaya atau
tidak itu bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakap dengannya," salah seorang
penduduk Kampung Hulu Kuang membisikkan ke telinga datuk.

"Betul cakap awak tu," balas datuk.

Datuk dan orang-orang dari Kampung Hulu Kuang meninggalkan Balai Polis Tanjung Rambutan
dan menaiki bas menuju ke Chemor. Dari Chemor, naik basikal menuju ke Kampung Hulu Kuang.

Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Hulu Kuang. Pengalaman-
pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah pengalaman yang tinggi nilainya.
Saya kira boleh dijadikan panduan untuk hidup.

Sekaligus mengajar saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar
dan maha berkuasa boleh melakukan apa saja yang diingin-Nya dan tidak terjangkau oleh akal
fikiran manusia yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu pengetahuan.

"Tahukah kau, di dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin
yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untuk manusia," kata
datuk pada saya ketika bas yang kami naiki melintasi Pekan Menglembu.

"Aku harap," tambah datuk lagi, "kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak
beragama selalu sesat."

"Saya pun berharap hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah."

"Bagus tu, kau mesti patuh apa yang diperintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya. Tunaikan
apa yang ditetapkan oleh rukun Islam kerana itu tiang agama."

"Saya faham tok."

"Jika tidak patuh pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna."

"Saya tahu tok," tekanan suara saya merendah. Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak
rambut saya dengan mesranya.

Sampai saja di kampung halaman datuk, kami disambut oleh nenek dengan senang hati. Datuk
tidak menceritakan apa yang dialaminya pada nenek.

INTERNAL
109
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sayalah yang jadi tukang lapor kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang
pendapat tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahu
apakah nenek suka atau percaya dengan apa yang saya katakan.

"Saya nak pergi," tiba-tiba datuk muncul di ambang pintu tengah.

Perbualan saya terhenti. Saya lihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju Melayu
teluk belanga hitam serta seluar hitam. Songkok juga hitam.

"Ke mana?" tanya nenek.

"Ke rumah bini muda," balas datuk selamba. Nenek mengizinkan datuk pergi.

Dua hari sesudah datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil
oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagi memenuhi
jawatan buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut.

Saya terpilih dan ditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggu
sahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya.

"Aku tahu, kau tak sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri, jadi
petani atau peniaga," kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah.

Sesungguhnya jiwa saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah-buahan hasil
dusun datuk di Cangkat Berangan.

Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala ikut datuk menembak rusa atau kijang di mana-
mana yang disukainya.

INTERNAL
110
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

19. Pagi itu, seperti biasa saya pergi ke dusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual
pada peraih yang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya.

"Banyak yang kau dapat langsat?"

"Kira-kira dua pikul ada tuk."

"Tinggalkan pada nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni."

"Kenapa?"

"Aku nak ajak kau ke kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput
aku."

"Apa halnya?"

"Usah tanya, ikut cakap aku."

Saya terdiam dan meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal, saya dan datuk ke
kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh - Lumut. Masa itu, lebuh raya masih
belum dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalan tanah merah.

Sejak adanya lebuh raya, orang-orang di Cangkat Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah
yang lama itu.

Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dan datuk
ditempatkan di satu bilik khas.

"Apa halnya Tok Sidang memanggil saya?" soal datuk kepada Ketua Kampung yang berjanggut
itu. Ketua Kampung mengerutkan keningnya.

"Ada hajat besar."

"Apa hajatnya?"

"Anak buah saya berlakikan hantu raya."

"Hah!!!" mulut datuk ternganga.

Saya mula resah tidak menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang
malang itu. Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi oleh hantu raya.

INTERNAL
111
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Menurut ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan mesra dengannya
hingga menjelang subuh.

"Siapa nama perempuan itu?" datuk mula menyoal.

"Timah."

"Bila suaminya mati?"

"Kira-kira enam bulan yang lalu."

"Ada anak?"

"Tak ada, suaminya mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar."

"Ini kerjanya sulit sikit." Datuk separuh mengeluh.

"Dia mengadu pada saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang-kadang
mengacau orang kampung," tambah Ketua Kampung.

Datuk terdiam. Dia berfikir. Tiba-tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah Ketua
Kampung.

"Saya perlu jumpa dengannya," itu yang terkeluar dari mulut datuk.

"Bila?"

"Kalau boleh, sekarang juga."

Ketua Kampung, saya dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah
Timah dengan melintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris.

Rumah Timah terletak di sebidang tanah yang agak terpisah dengan rumah-rumah penduduk di
situ. Di kawasan sekeliling rumahnya ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagian belakang
rumahnya terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok itu terdapat sebatang
pokok pulai.

Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekali salam diberi.

INTERNAL
112
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Pintu rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timah tidak juga muncul. Datuk
pandang saya dan saya pandang Ketua Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan berkerut.

Sinar matahari petang beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu-talu,
beberapa ekor burung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak
itu agak berbeza dengan bunyi suara gagak yang selalu saya dengar.

Tiba-tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat
dan matanya nampak tidak bercahaya.

Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung segera memberitahu tujuan
kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu mempersilakan kami naik ke rumah.

"Minta maaf ya," kata datuk sambil memandang ke wajah Timah.

"Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagi untuk siapa?"

"Untuk..." Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak
mengemukakan pertanyaan lagi.

"Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama
arwah suaminya dulu," kata Ketua Kampung memberi penjelasan.

Datuk angguk kepala. Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu
melihat kedua-dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung dan Timah
tidak senang dengan sikap datuk itu.

"Itu bilik saya! Jangan masuk!" jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah.

Datuk angguk kepala sambil meraba-raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satu lagi.

Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua-dua belah tangannya memegang perut. Saya segera
menerpa untuk membangunkan datuk. Secara mendadak saya rasa pangkal lehar saya dipukul
oleh sesuatu. Pandangan saya berpinar.

"Jangan datang!" pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya. Ketua
Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut.

"Merbahaya, kita mesti balik sekarang," kata datuk. Ketua Kampung tergamam, begitu juga
dengan Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakan soalan pada Timah.

INTERNAL
113
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Bilik siapa itu?"

"Bilik suami saya," Jawab Timah

"Dia dah mati. Untuk apa bilik tu buatnya?"

"Saya...." suara Timah terputus.

Datuk tersenyum. Dia sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan
rumah Timah, pulang ke rumah Ketua Kampung.

Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datuk meminta jasa baik Ketua Kampung untuk meminjam
senapang kampung daripada sesiapa yang memiliki senapang.

"Buat apa?" Ketua Kampung menyoal penuh ragu.

"Nak menembak gagak untuk menolong Timah."

"Begitu," suara Ketua Kampung menurun. Dia segera mencari senapang kampung. Setengah jam
kemudian Ketua Kampung kembali dengan senapang di bahu dan menyerahkan pada datuk.

Datuk membidik-bidik senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan.
Dengan tenang datuk memasukkan peluru ke dalam laras senapang, kemudian dia meludah
tapak tangan kanan dua tiga kali. Buntut senapang digosok dengan tapak tangan yang ada air liur
itu.

Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendah mencari ulat
daun pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk segera menembaknya. Bangkai gagak itu
digantungnya pada dahan pokok mempelam dekat rumah Ketua Kampung.

Datuk naik ke rumah. Waktu hari mula remang-remang senja, datuk menuju ke pangkal pokok
mempelam. Dia menepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagak
tersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua Kampung.

"Suami Si Timah itu mengamalkan ilmu salah, membela hantu raya semasa hidupnya." Begitulah
datuk mengatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah.

Dengan jujur Ketua Kampung mengatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan
rapatnya. Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami
Timah, antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam
seorang diri, bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri.

INTERNAL
114
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Ketika orang-orang melihat kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana-mana,
berbual kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya.

Bila Ketua Kampung bertanyakan hal itu pada suami Timah. Dia menafikan yang dia membuat
kerja-kerja itu. Malah menuduh orang-orang kampung mengadakan cerita yang bukan-bukan
kerana dengki dengan kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu, Ketua Kampung tidak
menyoalnya lagi.

Setelah menunaikan sembahyang maghrib, datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan
tebal. Dia mengandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamit
membaca sesuatu. Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar.

Datuk meletakkan bangkai gagak yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk
menghidupkan api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh.

Dengan pertolongan cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk.
Serentak saya terdengar bermacam-macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis dan
mengilai. Ada suara gendang dipalu.

"Aku tidak bertujuan jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari
manusia. Tidak serupa cara hidupnya," suara datuk meninggi.

Lembaga hitam itu bertambah besar. Dua tiga pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang.
Seluruh kawasan itu saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat.

Saya terdengar burung gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang
menuju ke lembaga itu. Suasana menjadi tenang. Lembaga hitam hilang dari pandangan saya.
Datuk segera bangun dan mendapatkan saya.

"Kita ke rumah Timah," perintah datuk. Saya pun ikut perintahnya.

Bukanlah suatu perkara yang mudah berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun
semula. Akhirnya kami sampai rumah Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun yang
dapat kami lihat. Semuanya macam biasa.

Datuk mengajak saya pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Isyak.
Sesudah makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali.

INTERNAL
115
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kali ini datuk menyuruh saya dan Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan
masing-masing. Datuk memakai baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai,
tiga puntung kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku.

Kemudian datuk tidak memakai seluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya
dengan kain putih.

Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula menitik. Angin malam yang bergerak
melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun ya…

INTERNAL
116
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

20. Datuk menikam tiang seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris, rumah
Timah bergegar. Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai.

Timah menjerit dan terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembaga hitam yang
besar terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu.

Datuk menyerbu ke arah lembaga hitam itu. Datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan
saya turut sama ke situ.

"Berhenti! Kau syaitan!" jerit datuk.

Lembaga hitam itu melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk.

"Latif!" pekik Ketua Kampung.

Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkain pelekat tanpa
baju dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatur silat.

"Tidak ada jalan lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga. Kalau sudah sampai subuh kita
tidak berjaya membunuhnya, selama-lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari
kampung ini," ujar datuk.

Mendengar cakap datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang
hitam, sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatan mengeluarkan
cahaya.

Datuk mengambil tiga batang serai sambil mengacu-ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu
dilihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema dengan jeritannya yang
amat menakutkan itu. Lembaga itu menutup matanya dari melihat batang serai.

Datuk lalu menayangkan pula kepak burung gagak ke arahnya. Lembaga hitam itu berguling-
guling di atas tanah bagaikan menahan kesakitan.

"Aku tahu asal usul mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu
kerana engkau adalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah jugalah engkau kembali,"
kata datuk. Lembaga itu terus berguling-guling.

"Dia bini aku," secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun.

Datuk tergamam. Dalam rasa cemas itu, lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua-
dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal menekan batang leher datuk.

INTERNAL
117
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi tubuh lembaga yang
berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan memang perangai datuk tidak mudah
mengaku kalah. Dia terus bergelut.

Saya dan ketua kampung didakap rasa cemas. Di langit saya lihat tidak ada sebiji bintang bersinar.
Pokok-pokok di kiri kanan bagaikan dilanda taufan. Suara burung hantu bagaikan orang berlagu
mengiringi pertarungan datuk dengan lembaga itu.

Tiba-tiba saya lihat berpuluh-puluh ekor burng gagak hinggap di ranting pokok. Berbunyi
bersahut-sahutan. Kemudian burung-burung gagak itu terus turun ke tanah lapang. Tanah itu jadi
gelap dengan burung gagak.

Saya benar-benar berada dalam keadaan cemas. Lembaga yang berbulu lebat terus mencampak
tubuh datuk ke pangkal pokok pisang.

"Bacalah ayat al-kursi," bisik ketua kampung pada saya.

Saya terdiam, dalam saat-saat cemas begitu, saya jadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut.
Bila saya cuba, pembacaan saya banyak yang silap. Saya menggelabah tidak tentu arah. Datuk
tidak juga bangun dari perdu pokok pisang.

Saya teringat pesan datuk bahawa ayat al-Fatihah adalah ibu segala ayat dan mempunyai
kelebihan yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuh dan sudah tidak ada cara
lain untuk mempertahankan diri, bacalah ayat tersebut sambil berusaha melepaskan diri dari
musuh dengan bertawakal pada Allah yang maha besar.

Jadi, al-Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesai dibaca, saya mula
terasa macam ada semangat baru dalam diri saya. Fahamlah saya, bahawa tidak ada kuasa yng
lebih gagah dan kuat dari kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus membaca
ayat al-kursi.

Di tanah lapang, lembaga hidup yang berbulu berdiri gagah dikelilingi oleh berjuta-juta burung
gagak. Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda terbang separas pucuk pokok kekabu, berkilau-
kilau.

Benda itu seakan-akan bentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar sejenis benda
semacam tali, berwarna merah. Benda itu berlegar-legar atas bumbung rumah Timah dan
akhirnya hilang lalu diganti oleh suara perempuan ketawa manja.

INTERNAL
118
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya raba telinga, hidung dan mata bagi memastikan apakah perkara yang saya alami, satu
khayalan saya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berkhayal, saya
berhadapan dengan satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali.

Dalam samar-samar malam itu, secara kebetulan di langit, bulan mula bersinar. Saya lihat datuk
bangun menuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batang serai dan bulu burung
gagak.

"Hebat," sepatah perkataan keluar dari mulut datuk.

Dia terus duduk, kemudian mencangkung, macam orang mahu memulakan perlumbaan lari.
Lepas itu bergerak lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke depan, kaki diluruskan ke belakang.
Dengan perintah datuk, ketua kampung mencacakkan bulu burung gagak dan batang serai di
depannya.

Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk bagaikan harimau yang
mahu menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar-cakar tanah. Dia pejamkan matanya lalu
mulutnya bergerak-gerak.

Saya terdengar datuk membaca sepotong ayat dari al-Quran. Saya amati pembacaannya,
memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi Allah Yunus ketika baginda berada
dalam perut ikan.

Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua
kepandaian yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. Datuk terus
berdiri. Bulu gagak diangkatnya.

Serentak dengan itu, dia menyuruh saya membakar kertas. Bila api sudah menyala, ketua
kampung menghimpunkan daun-daun kering atas api yang membara itu.

Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat saja kawasan kami
penuh dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyi
pokok-pokok di sekeliling kami dirempuh angin.

Dahan-dahan bagaikan jatuh mahu menimpa kami, tetapi bila dilihat ke atas, pokok tidak
bergoyang. Suara gagak tetap bersahut-sahutan.

Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah lapang
berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa
menyepi. Saya lihat lembaga hitam hilang.

INTERNAL
119
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Lebih kurang antara lima hingga tujuh minit kami dipeluk sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas
lengan. Ditiup tiga kali berturut-turut.

"Kau!" tempik ketua kampung bila di depan kami wujud batang tubuh suami Timah. Bila datuk
mahu menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnya digantikan
dengan kain putih. Kain itu bergerak dan menggelembung. Saya, ketua kampung dan datuk terus
melihatnya dengan penuh teliti.

"Mayat," kata saya.

"Ya, memang dalam kain itu mayat," jawab datuk.

"Mayat siapa?" tanya ketua kampung.

"Mayat suami Timah," pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju.

Mayat yang terbujur itu bergerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk. Kain
kapan berkumpul di bahagian pinggang.

Ketua kampung memberitahu saya bahawa itulah mayat suami Timah yang telah ditanam oleh
orang-orang kampung saya dulu.

Mayat itu memusingkan badannya sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan
yang cukup tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Saya bagaikan
mahu terkeluar isi perut.

Angin malam terus bertiup. Macam-macam bunyi yang kami dengar. Dalam suasana yang begitu,
saya terdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahu dari mana
suara itu datang.

"Kau orang jangan bercakap walau sepatah apa pun," datuk mengingatkan kami. Dia maju
selangkah ke depan.

Saya perhatikan mata mayat itu lama-lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat
lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah
kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.

Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam
keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya, datuk mengambil sebatang jarum panjang.
Mayat yang sudah berbau itu berpusing-pusing di atas tanah.

INTERNAL
120
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk membaca mantera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan
manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.

"Kau suami Timah?" Cukup lantang suara datuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup
kepalanya dengan kain kapan semula.

"Kau kenal ketua kampung?" tambah datuk. Mayat itu buka kain kapan lalu merenung ke muka
ketua kampung. Mayat anggukkan kepala.

Saya merasa cukup seram. Datuk menggawang-gawangkan tangan di depan matanya. Mayat itu
berpusing ke arah datuk kembali.

Datuk menumbuk tanah dan mayat suami Timah di depannya terus menjerit. Bergema ke seluruh
kawasan. Pokok-pokok kecil bagaikan mahu tercabut. Mayat itu cuba bangun, tetapi tidak boleh.
Punggungnya seperti melekat pada bumi.

Datuk pun mengangkat kedua belah tangannya ke atas. Lalu diturunkan perlahan-lahan. Berhenti
separas dada. Sepuluh jari tangan datuk kelihatan kembang macam menahan sesuatu.

Saya perhatikan kaki kanan datuk terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat di depannya
terus berhempas pulas.

Mulut datuk berkumat-kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdailog dengan mayat. Kerana
selalu saja mengikut datuk dan selalu pula melihat dia bercakap dengan makhluk ganjil, saya
dapat membaca dan mentafsir apa yang dicakapkan oleh datuk menerusi gerak bibirnya.

Lebih kurang datuk berbicara,

"Kenapa kau datang ke dunia ini?"

"Menuntut sesuatu."

"Apa yang kau tuntut?"

"Isteriku."

"Engkau dengannya tidak boleh bersama."

"Aku tahu, tapi aku mahu pulang padanya, aku mahu dia membela dan memberi aku makan."

"Kalau dia tidak mahu bagaimana?"

INTERNAL
121
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Aku akan mencari keluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan."

Datuk berhenti bercakap. Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah kami. Mayat itu
masih terkapai-kapai. Timah terus berlindung di belakang ketua kampung.

"Apa pesannya pada kau sebelum dia mati?" Dengan mendadak saja datuk mengajukan
pertanyaan pada Timah. Timah termenung sejenak mengingati sesuatu.

"Tak ada apa-apa," sahut Timah.

"Mesti ada, kalau tidak, hantu suami kau tidak pulang," sanggah datuk.

Timah mengigit bibir. Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat
itu boleh bangun, datuk menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak di bawahnya.

"Kalau kaki ini terangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari, kemudian mengacau
semua penduduk kampung," ujar datuk pada ketua kampung. Serentak saya dan ketua kampung
angguk kepala.

Dalam keadaan yang serba gawat itu, dengan tiba-tiba Timah bersuara, "Dia ada pesan, sebelum
dia dimandikan dan dikapan, dia suruh saya tikamkan tapak kakinya dengan jarum.

"Kau buat apa yang disuruhnya," datuk memotong cakap Timah.

"Tidak."

"Sebab?"

"Tak sampai hati."

"Kalau kau membuatnya dulu, semua ini tidak akan terjadi."

"Saya tak faham."

"Suami kau yang sebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini ialah kapitnya."

"Maksudnya?" soal Timah macam orang bodoh.

"Suami kau masa hidupnya berkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit atau kawannya itu
mencari tuan yang lain."

INTERNAL
122
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dengan cakap datuk itu, Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar. Dan dia mula faham,
kenapa masa suaminya hidup dulu, tanah sawah dan kebun tidak pernah dijenguk, tetapi habis
ditebas dan dicuci orang.

Bila ditanya pada suaminya, dia hanya mendapat jawapan begini, "Sahabat kita yang
mengerjakannya."

Dan sekarang fahamlah Timah, siapakah sahabat suaminya yang sebenar. Dia juga mula faham
kenapa suaminya selalu bercakap seorang diri waktu dinihari. Ketua kampung terus tercengang
melihat keadaan yang tidak pernah dimimpikan untuk melihatnya.

Datuk menyuruh saya memijak bulu burung gagak. Saya akur dengan perintahnya itu. Bila dipijak,
tapak kaki saya terasa cukup panas.

Datuk terus meluru ke arah mayat. Datuk merentap kain kapan yang membalut bahagian kaki
mayat itu. Mayat terus menghulurkan kedua belah tangannya pada datuk, seolah-olah minta
tolong.

Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki mayat. Dia
memasukkan sesuatu di situ. Lagi sekali mayat itu menjerit.

Bila gema jerit mayat itu berakhir, saya lihat datuk duduk berdirikan lutut. Di atas kepala saya
terdengar bunyi sesuatu yang berat dan keras melanggar pokok. Saya terus meniarap.

Bila saya bangun dari meniarap. Saya lihat mayat suami Timah sudah tidak ada lagi di situ, tetapi
bau busuk tidak juga hilang dari tempat yang kami duduki.

Datuk datang ke arah kami. Di kaki langit cahaya kemerah-merahan mula naik. Tidak lama sepelas
itu, terdengar suara beduk dipalu orang bertalu-talu dan diikuti dengan suara azan memecahkan
kedamaian subuh hening.

Datuk menyuruh Timah kembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke surau. Selepas
mandi dan menunaikan fardu subuh, datuk mengadu pada saya kepalanya terasa pening.

Sebaik saja datuk melangkah mahu keluar dari surau, dia terjatuh. Orang-orang kampung
mengusung datuk ke rumah ketua kampung.

Seorang dukun dipanggil untuk merawat datuk, setelah minum air panas bercampur limau nipis,
sakit kepala datuk beransur kurang, kemudian dukun itu mengurut seluruh badan datuk hingga
pulih.

INTERNAL
123
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Angin," kata dukun itu pada datuk sebaik saja datuk sendawa dan kentut bertalu-talu. Semua
orang yang berada di rumah riuh rendah.

Bila ketawa sudah berakhir, ketua kampung menceritakan apa yang kami alami malam semalam.
Ada yang mengerutkan muka dan ada pula yang geleng kepala. Tetapi, mereka tidak menolak
untuk diajak pergi ke tempat kejadian malam semalam.

Semuanya terpaksa mengalah pada ketua kampung yang meminta mereka sarapan pagi di
rumahnya. Kira-kira dua belas orang penduduk kampung, termasuklah saya, datuk dan ketua
kampung terpaksa duduk bersila di anjung rumah ketua kampung menikmati kopi dan rebus
pisang pagi itu. Badan terasa segar, bila perut sudah diisi barulah sedap mengatur perjalanan.

Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketua kampung. Sepanjang
perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu daripada datuk atau saya, semuanya
melangkah dengan tenang.

Kira-kira dua rantai mahu sampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang menekup hidung.
Bau busuk mula tercium. Dua tiga orang kampung tidak mahu meneruskan perjalanan. Mereka
muntah dan terus pulang.

"Bau bangkai apa?" saya terdengar suara bertanya pada datuk. Pertanyaan itu tidak segera
dijawab oleh datuk. Dia cuma tersenyum.

"Entah, cuba tanya ketua kampung," sebaik saja datuk habis bercakap, dia berdehem dua tiga
kali.

"Itulah bau yang kami cium sepanjang malam." Sahut ketua kampung sebelum orang yang
bertanya mengemukakan pertanyaan padanya.

Bila saja kami masuk ke tempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu bertambah kuat. Datuk terus
menunjukkan pada orang-orang kampung tempat mayat itu duduk.

Tanah di situ kelihatan berlubang. Di sekelilingnya terdapat sejenis serbuk berwarna putih seperti
hampas kelapa. Bau busuk yang cukup meloyakan tekak itu berpunca dari situ.

Tiba-tiba datuk mengambil secebis kain putih yang terdapat di situ. Bila diangkat kain itu, ia
bertukar menjadi habuk macam tepung. Tangan datuk yang memegang kain itu digosokkan ke
tapak kaki kiri. Tujuan datuk berbuat begitu mahu menghilangkan bau busuk yang terdapat di
tapak tangannya.

INTERNAL
124
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ini membuktikan, bahawa syaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi anak Adam mengikut
keadaan," ujar datuk tenang.

Matahari pagi kian meninggi, sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami terus ke rumah
Timah. Sampai saja di kaki tangga rumahnya, Timah terus mengadu bahawa dia tidak boleh duduk
di dalam rumah peninggalan suaminya.

"Kenapa?" Ketua kampung menyoal.

"Seluruh rumah berbau busuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam tempayan pun berbau
busuk tok," suara Timah sayu.

Dengan perintah datuk, saya disuruh naik ke rumah. Sebaik saja saya berada di muka pintu, saya
terus termuntah. Semua yang saya makan pagi itu habis keluar. Cepat-cepat saya turun.

Atas persetujuan orang-orang kampung, sebuah rumah lain didirikan untuk Timah. Rumah
lamanya ditinggalkan terbiar. Rumah baru Timah didirikan berhampiran dengan rumah ketua
kampung, dengan usaha ketua kampung itu sendiri.

Tiga bulan selepas itu, Timah dijodohkan dengan seorang nelayan yang tinggal di Telok Gadung -
Pulau Pangkor. Dari perkongsian hidup Timah dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan
seorang anak lelaki.

Masa orang-orang kampung mendirikan rumah Timah, saya dan datuk turut membantunya.
Malah, sebelum Timah pindah ke rumah barunya, datuklah orang pertama tidur di situ.

Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu tidak didatangi oleh sebarang hantu
syaitan, di samping datuk mencari sesuatu alamat.

Menurut datuk, setiap orang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang-kurang satu malam
mesti ditidur oleh orang lelaki terlebih dulu dengan membawa sebungkus gula, susu dan
segenggam beras. Orang yang tidur di situ, mestilah dirinya dalam keadaan bersih.

Sebaik-baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk dari Allah atau
memohon pada-Nya supaya orang yang akan mendudukinya kelak tetap selamat serta
melakukan sesuatu yang baik dan teguh iman serta kuat beribadat.

Pada hari Timah menaiki rumah barunya, orang-orang kampung telah mengadakan bacaan doa
selamat. Dua hari selepas Timah duduk di rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan
Kampung Cangkat Cermin.

INTERNAL
125
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sebaik saja datuk sampai ke rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila datuk sedar dari
pengsan, seluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri.

Datuk terpaksa merangkak dari muka pintu hingga ke tempat tidur. Seluruh sendinya terasa sakit,
macam ditikam-tikam dengan jarum.

Bila malam, datuk menjerit sendiri. Anehnya datuk saya, bila dibawa ke doktor ternyata dia tidak
mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke dalam rumah, sakitnya datang semula. Dan
datuk tidak mengizinkan saya atau nenek mencari dukun untuk mengubatinya.

Sakit datuk itu berlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk dapat meneruskan
puasanya dengan sempurna. Pada malam dua puluh tujuh likur, datuk memanggil saya dan
nenek.

Dia menyuruh kami mencari limau tiga serangkai yang mengarah ke matahari terbit. Limau itu
harus dipetik sendiri tanpa menggunakan galah atau tangga.

Akhirnya apa yang dikehendaki oleh datuk itu saya perolehi. Dia suruh saya meletakkan limau itu
di atas pinggan putih bersama pinang kering.

Lebih kurang pukul 12 malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang cukup wangi. Saya lihat
pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya terdengar bunyi
suara orang perempuan membaca Quran, suaranya cukup merdu yang datangnya dari tempat
tidur datuk.

Perkara itu berlaku tiga malam berturut-turut. Saya tanyakan hal itu pada nenek. Kata nenek
isteri muda datuk datang mengubatnya.

Kadang-kadang saya terdengar orang bercakap dengan datuk. Pernah saya terdengar orang itu
bertengkar dengan datuk. Bila pertengkaran itu berakhir, suasana menjadi sepi.

Kemudian dengan jelas saya mendengar suara orang perempuan berkata begini pada datuk, "Al-
Quran yang diturunkan oleh Allah sudah cukup lengkap untuk manusia. Di dalamnya tersembunyi
seribu rahsia perubatan, apa salahnya kita mengambil ayat-ayat darinya untuk penawar."

Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk. Walau bagaimanapun saya merasa
gembira, bila pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia bangun pagi-pagi dan membaca
al-Quran sebelum pergi sembahyang hari raya.

Di masjid datuk duduk di barisan hadapan membaca takbir bersama orang ramai. Setelah selesai
sembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi rumah seluruh penduduk kampung.

INTERNAL
126
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila saya dan datuk kembali ke rumah, saya terkejut melihat dua orang perempuan duduk di
anjung rumah. Perempuan yang berusia agak lanjut itu tersenyum pada saya bila saya melintas
di depannya, manakala perempuan muda yang berselendang lingkup itu wajahnya terlalu manis,
air mukanya cukup bersih.

Siapa bertanya dalam diri saya, siapakah gerangan perempuan itu? Dalam keadaan yang
kebingungan itu, saya lihat perempuan itu mendekati datuk lalu mencium tangan datuk dengan
diperhatikan oleh perempuan di sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja.

Sesudah perempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selendangnya yang
jatuh ke atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik. Kerlingnya cukup
tajam.

Datuk memperkemaskan silanya dan sepasang mata datuk terus meratah ke paras wanita muda
di depannya. Nenek terus menghidangkan lemang dan rendang. Bunyi mercun dan meriam buluh
sekali-kali terdengar juga memecah kesunyian kampung.

Tiba-tiba saya terkejut, perempuan tua bangun serentak, tanpa menjamah barang-barang yang
dihidangkan oleh nenek. Mereka menuju ke muka pintu. Sampai bendul pintu, mereka merenung
ke arah nenek dan datuk sambil melambaikan tangan.

Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua dan perempuan muda memijak anak tangga.
Sinar matahari yang mencerah di luar menerpa ke wajah mereka.

Datuk tiba-tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu ke wajah datuk
sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batang tubuh perempuan muda
dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ. Hilang entah ke mana.

"Ke mana mereka pergi tok?" saya bertanya.

Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas senyum lalu datuk menghadapi hidang yang
tersedia.

"Siapa mereka tok?"

Datuk terus menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata, "Itulah nenek muda kau."

Suara datuk menendang gegendang telinga saya. Wajah datuk saya lihat, terpamer sejuta
kepuasan dalam dirinya.

INTERNAL
127
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak timbul. Betapa nenek berkorban untuk
kebahagiaan datuk, fikir saya dalam hati.

"Sudahlah tu, mari minum," datuk menarik tangan saya.

Nenek ketawa melihat telatah saya yang menurut perintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi
saya.

Selesai makan ketupat dan rendang, datuk mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihat
pusara datuk nenek.

INTERNAL
128
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

21. Selesai menziarahi kubur datuk nenek dan menghadiahkan al-Fatihah atas roh mereka, datuk
terus mengheret saya bertandang ke rumah kenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi.

Menyusurlah saya di bawah pepohon getah mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar matahari
yang keras petang itu memaksa badan saya mengeluarkan peluh. Baju dan seluar terasa
bergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang, sudah bertukar menjadi kain selempang.

"Ke mana kita tok, saya dah tak tahan ni," saya mengadu.

"Jalan sikit lagi, kita pergi ke rumah Ujang Selamat."

"Jauh lagi ke?"

"Lepas pokok asam kumbang, sampailah kita." Suara datuk mula keras. Matanya tajam
memandang muka saya.

Tempat yang dituju sampai juga, sebuah rumah papan beratap zink di pinggir bukit Paya Takung.
Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang. Itulah
rumah Ujang Selamat, ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah yang paling
cantik dan besar di dalam kampung tersebut.

Ujang Selamat yang berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam
mempersilakan saya dan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat
ketawa menampakkan giginya yang besar dan kekuningan itu.

Kata datuk, Ujang Selamat berasal dari negeri Patani di Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung
halamannya sesudah tercetus peperangan antara rakyat Patani yang menuntut kemerdekaan
dari kerajaan Siam.

Dalam pertempuran itu, ramai rakyat Patani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang
Selamat melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung. Dia bertani dan bercucuk tanam
hingga berjaya mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudian kahwin dengan orang di
situ hingga beranak cucu.

Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba-tiba rumah Ujang Selamat didatangi
tetamu. Lima orang semuanya. Ujang Selamat memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu
tersebut. Kami bersalaman, berkenal mesra dan sama-sama menjamu selera.

Selesai mengisi perut. Kelima-lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya bingkas,
duduk kat bendul.

INTERNAL
129
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Memang hajat tu nak ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah," kata Ujang Selamat
pada datuk sambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar.

"Apa halnya?"

"Awak pawang besar tentu tau atau dapat tanda-tanda."

"Saya bukannya pawang, saya cuma berusaha untuk menolong."

"Begini." Ujang Selamat memperkemaskan silanya. Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikan
bergerak-gerak. Angin dari tengah sawah terasa menyapu wajah.

Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga
arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.

"Ada saudara mara awak yang sakit?" tanya datuk.

"Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara
berperut buncit."

"Tidak, dia sakit," biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan
badan ke dinding. Matahari petang kian condong.

"Kaum awak Ujang?" soal datuk.

"Ada kena mengena dengan bini saya."

"Jadi apa ikthiar kau?"

"Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri
berusaha."

Datuk terdiam, saya tahu datuk tidak berapa senang kalau dia dipanggil pawang atau bomoh. Itu
bukanlah cita-citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia memang tak
menolak. Dia megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian.

Datuk termenung panjang. Saya memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi
permintaan Ujang Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap terpuji datuk yang
suka menolong orang itu.

INTERNAL
130
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Di luar, matahari mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput-rumput padi sudah
tidak berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang memagari batas
sawah.

"Bagaimana?" soal Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga. Datuk terdiam. Ujang
Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk.

"Kena tengok macam mana jenis penyakitnya."

"Bila agaknya, kita boleh pergi?"

"Ujang, usahlah kau susah, pagi esok kita pergi dengan bas."

"Baiklah," suara Ujang Selamat dibungai kegembiraan.

Malam itu datuk menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit.
Nenek membantah dengan alasan, sejak akhir-akhir ini, setiap kali datuk pulang dari mengubati
orang sakit, dia pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemput isteri mudanya.

Hal begini tidak berapa digemari oleh nenek, sebagai seorang wanita walau sebaik mana hatinya,
raca cemburu itu tetap wujud dalam dirinya.

Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalam hidupnya dua perkara
saja yang boleh mengembirakan hatinya. Pertama memburu binatang dan kedua menolong
orang sakit dengan tidak membelakangi kasih sayang dan tugasnya sebagai seorang suami
terhadap isteri.

Seperti biasa, sebelum datuk pergi ke suatu tempat untuk mengubat orang, dia akan melakukan
sembahyang hajat. Mohon restu dari Allah yang maha besar. Dan malam itu datuk pun
melakukan sembahyang hajat.

Dan pagi esoknya, saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari
pekan kecil itu kami menaiki perahu menyeberang Sungai Perak menuju ke sebuah kampung,
Belanja Kiri namanya.

Dari pengkalan perahu, kami berjalan arah ke utara menuju ke sebuah rumah yang dikelilingi
dengan pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis dan rambutan.

Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar, tuan rumah. Dan Ujang Selamat menyatakan
tujuan dan maksud datuk datang ke rumahnya. Haji Azhar yang berkulit putih berambut jarang
itu tersenyum. Dia mempersilakan kami naik ke rumahnya.

INTERNAL
131
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kami naik kerumahnya. Kami duduk di bahagian anjung rumah. Haji Azhar terus menyatakan rasa
putus asanya untuk mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya. Sudah berbelas ekar tanah
bendangnya dijual. Sudah berpuluh dukun Siam, China, Gurkha dan orang Asli ditemui mengubati
sakit anaknya, semuanya menemui kegagalan.

Dia hanya menyerahkan pada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya
untuk mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu. Dia benar-
benar kecewa.

Datuk meminta izin pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati, Haji Azhar
membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak dara Haji
Azhar sambil mulutnya membaca sesuatu.

Anak dara Haji Azhar gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar-sinar merenung ke wajah
datuk. Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan. Nafasnya
kelihatan tersangkut-sangkut, rambut panjangnya menutup bantal di bawah kepalanya.

Datuk minta kebenaran pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka
mengizinkan. Datuk pun meraba pergelangan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata, "Dah
berapa lama kena sakit ni?"

"Dah dekat setahun, tapi baru dua bulan ni yang teruknya."

"Berjalan ke bilik air pun kena pimpin," celah isteri Haji Azhar. Datuk anggukkan kepala.

Saya, datuk dan Haji Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak ada
. Dada saya berdebar.

Dengan tidak diminta, Haji Azhar terus menceritakan pada datuk, selain daripada berubat cara
kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumah sakit Ipoh. Hampir sebulan anaknya
ditempatkan di rumah sakit tersebut.

Setelah diperiksa, didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung.
Pihak rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air.

Dan mereka pun berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu gagal. Perut
anaknya tidak juga mahu surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhar dibawa pulang.

Dua bulan sesudah itu, lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar Ipoh. Perut
anaknya di X-ray.

INTERNAL
132
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknya tidak menghidap sebarang jenis
penyakit, malah salah seorang doktor Melayu bertugas di situ, Dr. Megat Khas telah
menasihatkan Haji Azhar supaya berubat cara kampung.

Semua yang diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti. Dan setiap
kali Haji Azhar berhenti bercakap, sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah datuk, seolah-olah
dia mengharapkan sangat-sangat datuk dapat menyembuhkan penyakit dideritai oleh anaknya
itu.

"Siapa nama anak tuan Haji itu?"

"Latifah."

"Dulu pernah dipinang orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?"

"Menaruh hati tu, saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada."

"Jadi bertunang."

"Tidak, saya tolak."

"Sebab."

"Belum masanya."

Datuk anggukkan kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang
terdedah. Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar mengubati anaknya,
dengan syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang merkah di pokok, daun delima dan
tulang kucing hitam. Dengan pertolongan Ujang Selamat, semua benda-benda itu dapat
diadakan.

Lebih kurang pukul 10 malam, datuk pun mula menjalankan tugasnya dengan penuh teliti.
Sedang datuk membaca mantera, tiba-tiba seketul batu melayang masuk ke dalam rumah. Jatuh
di hujung kepala anak dara Haji Azhar.

Dengan sekelip mata saja batu kecil itu mengeluarkan asap yang berkepul-kepul penuh satu
ruang rumah. Semua orang dalam rumah itu habis terbatuk.

INTERNAL
133
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk bangun, lalu membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia mengibaskan kain lilit
kepalanya ke kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan batu pun ghaib. Tempat batu itu jatuh,
nampak berlubang dan hangus. Datuk berhenti dari meneruskan kerjanya.

"Nampaknya sakit anak tuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang dendam dengan keluarga
tuan haji. Ini semua kerja syaitan," rungut datuk sambil merenung muka Haji Azhar.

"Orang yang membalas dendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri untuk mengubatnya,"
sambung datuk.

Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah kelopak matanya digenangi air jernih.
Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannya berpeluh.

Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ke telinga Haji
Azhar.

"Tangguh dulu, kita ikhtiar cara lain malam esok," kata datuk.

"Saya mengikut saja, asalkan sakit anak saya baik."

"Saya tahu, sakit anak tuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja syaitan."

"Habis apa yang mesti saya buat?"

"Bersabar dan berikhtiar, dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah dan tidak ada
penyakit yang tidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah."

Mendengar cakap datuk itu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan untuknya berusaha. Ujang
Selamat juga memberi harapan yang begitu juga pada Haji Azhar.

Sepanjang malam itu, saya dan datuk tidak dapat tidur dengan cukup lena, kerana bermacam-
macam bunyi yang kami dengar di luar rumah Haji Azhar, bila hal itu diceritakan pada Haji Azhar
pagi esoknya, dia mengakui bahawa sejak anaknya jatuh sakit. Bunyi begitu memang selalu
didengarnya.

Datuk membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam - Ipoh. Menurut
datuk, kawannya itu berasal dari Bawean dan boleh mengubati sakit yang dialami oleh anak Haji
Azhar itu.

Dengan daya usaha Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke Ipoh dengan sebuah kereta kepunyaan
anak buah Ujang Selamat. Datuk meninggalkan Kampung Belanja Kiri di tepi tebing Sungai Perak

INTERNAL
134
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

itu, kira-kira pukul lapan setengah pagi. Dan pukul lima petang, dia pun pulang dengan seorang
wakil yang berbadan kurus.

"Ini kawan saya, namanya Wansi, dah dua kali ke Mekah," datuk memperkenalkan kawannya
pada Haji Azhar dan orang-orang yang menyambut kepulanganya di halam rumah.

Datuk terus bercerita tentang kawannya itu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulu
bekerja dengan Kelab Lumba Kuda Perak, memang handal berjudi, minum arak dan kaki
perempuan, bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan
terlantar di rumah membuat dia insaf. Bila dia baik dari sakit terus menjadi baik dan
meninggalkan kerja-kerja yang ditegah oleh Allah.

Sebelum mengubati anak dara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk dan dirinya saja
yang boleh berada di tempat dia akan lakukan kerjanya. Semua permintaannya itu dipenuhi.

Dia juga meminta pada Haji Azhar, semua kerja yang dilakukannya jangan diberitahu pada orang
ramai. Satu syarat yang agak ganjil yang dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar membuat
sebuah pondok kecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu tidak berpintu. Orang yang boleh
mendiami pondok itu ialah saya, datuk dan dirinya sendiri.

Hari yang dipilih oleh Wansi untuk mengubat ialah hari Rabu, mulai pukul satu tengahari.
Sebelum itu, kami tidak dibenarkan menemui sesiapa. Selama lima jam, kami tidak boleh
memijak tanah, tidak buang air kecil dan besar.

Satu kerja yang cukup seksa saya rasakan, kerana datuk mahu saya mengenali berbagai ragam
kehidupan yang ganjil atas dunia ini, saya terpaksa mematuhinya.

Tengahari Rabu, matahari sudah agak tergelincir dari ubun-ubun kepala. Saya dan datuk serta
Wansi menghadap dupa yang mengeluarkan asap kemenyan. Kerana semua tingkap di pondok
itu ditutup, badan terasa panas.

"Sedia," kata Wansi yang sebaya dengan usia datuk. Dia pun mula bercakap dalam bahasa
Bawean, terlalu cepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung pada datuk. Dia angguk kepala.
Datuk juga angguk kepala. Datuk menghampirinya.

"Ada apa Wansi?" tanya datuk.

"Kita baca ayat Quran dulu," jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk ayat mana yang mesti
dibaca.

INTERNAL
135
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sedang mereka asyik membaca ayat-ayat suci itu, pondok kami bagaikan digegar orang, serentak
dengan itu api menyala dengan tiba-tiba di tengah pondok. Bila api itu dipadamkan, menyala pula
di bahagian lain. Saya jadi kelam-kabut dibuatnya.

Dengan tenang Wansi mencampakkan seketul besi ke tempat api yang menyala itu. Tiba-tiba api
itu padam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak lagi datang menyerang pondok. Saya diberitahu
oleh datuk, besi yang berjaya memusnahkan api ajaib itu di depan dupa.

Muka Wansi kelihatan berkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di depan dupa lalu jatuh
di situ. Wansi mengambil kelawar hitam itu dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat dari kain
hitam.

Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar pondok, ikut tingkap. Saya
dan datuk juga berbuat demikian, sebaik saja kami bertiga memijak bumi, dua tiga titik darah
jatuh atas pipi kami, dari mana datangnya saya pun tidak tahu.

Wansi naik ke rumah Haji Azhar, terus masuk ke dalam bilik tempat anak dara Haji Azhar terkapar.
Saya terkejut, bila Wansi merentap kain yang menutup perut anak dara Haji Azhar. Perut anak
dara itu kelihatan berkilat dengan urat-urat yang timbul, sekali imbas macam buah tembikai.

Wansi menekan perut anak dara itu dengan kedua belah tangannya. Jeritan anak dara itu
menguasai seluruh Kampung Belanja Kiri. Saya dengan datuk hanya melihat saja. Jeritan anak
dara yang kuat itu, makin lama, makin beransur kurang dan akhirnya berhenti terus. Dari hidung
anak dara itu keluar darah.

Wansi terus menekan perut anak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang keras itu masuk ke dalam
perut anak dara itu bagaikan terkoyak. Pergelangan tangan Wansi penuh dengan darah. Tiba-tiba
Wansi berpaling pada datuk dan berkata, "Sudah dapat."

"Apa dia?"

Wansi tidak menjawab pertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya dari perut anak dara.
Saya lihat di tangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang berlipat cantik. Dengan segera perut
anak dara yang buncit itu terus kempis dan rata.

Wansi melihat lelehan darah di perut anak dara itu. Dia membaca sesuatu, kemudian perut anak
dara itu digosoknya dengan tapak tangan kanan tiga kali berturut-turut. Dalam sekelip mata saja
perut itu bercantum kembali, tidak terdapat sebarang kesan luka atau darah di situ.

Anak dara Haji Azhar sedar dari pengsan. Dia membuka matanya dan memandang ke arah datuk.
Anak dara Haji Azhar bangun dan terus duduk.

INTERNAL
136
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kenal, kain siapa ni?" tanya datuk pada anak dara Haji Azhar.

"Saya punya, tapi sudah lama hilang dalam simpanan saya."

"Di mana hilangnya?" Wansi pula menyoal.

"Kain batik tu, saya jemur di ampai, tiba-tiba hilang, itu saja yang saya ingat," terang anak dara
Haji Azhar dengan jujur.

Datuk pun memanggil Haji Azhar dan isterinya. Mereka mengakuinya, bahawa kain batik tu dibeli
oleh Haji Azhar ketika dia pergi menziarahi keluarganya di Bandung, Indonesia. Bila pulang ke
rumah, kain itu dihadiahkan pada Latifah, anaknya. Dan pada suatu hari, Latifah mendapati kain
batik itu hilang di ampaian sesudah basuh.

Pada petang Rabu itu juga, Latifah, anak dara Haji Azhar dimandikan dengan tujuh jenis bunga di
tepi tebing Sungai Perak oleh Wansi. Menjelang waktu Maghrib, Latifah diletakkan di atas
pelantar yang dibina berhampiran dengan ampai tempat kain batiknya hilang. Semua kerja
dilakukan oleh Wansi.

INTERNAL
137
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

22. Pada sebelah malamnya, ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah, seketul tulang
lengan manusia dilemparkan oleh satu lembaga hitam dari halaman rumah. Bila tulang lengan itu
dijamah oleh datuk, tulang itu terus menjadi arang.

"Sekarang, kita mesti menangkap orang yang mensihirkan kain batik ke dalam perut anak dara
Haji Azhar," ujar datuk pada Wansi.

"Ya, tapi aku tak mahu orang itu dibalas, memadai saja dia disuruh bertaubat," sebaik saja Wansi
habis bercakap, wajah seorang lelaki muncul di depan Wansi dari dalam kegelapan malam itu.

Bila datuk mengamati wajah pemuda itu, ternyata dia adalah pawang orang asli yang terkenal
dari Batu 16 Jalan Tapah ke Cameron Highland. Wajah lelaki yang bengis itu kelihatan
mengeluarkan asap dan melangkah mahu menerkam ke arah datuk dan Wansi.

Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari
penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan Latifah yang cukup
keras dan nyaring.

Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah. Latifah berguling-guling atas lantai, kedua
belah tangannya memegang batang leher. Matanya kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya
tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menangis.

Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai.
Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta. Wansi menyuruh Haji
Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam.

Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi
padanya. Datuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam
terselempang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali
berturut-turut.

Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya
dengan belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.

"Apa yang kau nampak nak?" tanya Wansi.

"Orang hitam mengajak saya keluar," suara Latifah merendah.

"Lagi apa yang dibuatnya pada kau?" sanggah datuk.

"Dia lari dengan tiba-tiba," jawab Latifah tenang.

INTERNAL
138
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Wansi terdiam seketika. Dia meminta pensel dan kertas. Bila kertas dan pensel sudah ada di
tangannya, dia menulis sepotong ayat al-Quran. Kertas yang sudah ditulisnya itu diserahkan pada
Haji Azhar.

"Bacalah ayat ini ke telinga Latifah bila dia agak resah. Dan kau harus mengamalkannya," ujar
Wansi.

"Caranya?" tanya Haji Azhar.

"Baca 100 kali selepas kau sembahyang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyak
faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan." Cukup lembut nada suara Wansi.

Serentak dengan itu, dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut
Wansi, besi itu adalah besi tulang lengan mawas.

"Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik," tambah Wansi.
Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.

"Untuk apa?"

"Untuk mengubat penyakit anak kau," sahut datuk.

"Kalau dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?"

"Dengan pertolongan Allah, anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu,
jangan beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya," Wansi memberikan sebuah
keyakinan dan harapan pada Haji Azhar. Haji Azhar tersenyum.

Sebelum meninggalkan bilik Latifah, Wansi berpesan pada Haji Azhar supaya mengunci bilik dari
dalam. Dan jangan hiraukan dengan apa yang berlaku di luar. Haji Azhar angguk kepala.

Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung
rumah memang agak jauh juga jaraknya.

Pada mulanya, Haji Azhar menawarkan dua bilik penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi
menolak dengan alasan tidur di anjung lebih baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja-
kerja untuk mengubati Latifah.

Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur.
Lampu gasolin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah, sengaja

INTERNAL
139
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi
lingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat
tidur.

Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap
sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu-talu, saya kira sudah hampir pukul dua pagi.
Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji Azhar berbunyi
dua kali berturut-turut.

Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan
badan, seperti angka lima. Sayup-sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjing
menyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur.

Tiba-tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak
tanah kembali, terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung rumah.

Batang pisang itu seolah-olah baru lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu
menjamah batang pisang tersebut, cepat-cepat Wansi menyepak tangan datuk.

"Jangan dipegang," kata Wansi.

Saya menggeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri
hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinar samar-samar cahaya
lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut tersenyum.

"Kau pergi ke sana," katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya.

Tanpa banyak bicara, saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya lihat
dari batang pisang itu keluar asap berkepul-kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan
dengan bebasnya di anjung rumah, kelawar hitam itu akan kencing, airnya merah macam darah.

Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih
memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk ke dalam
kawasan anjung dan hilang betul-betul di tengah-tengah batang pisang.

Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakan anjing dan suara
jampuk bersahut-sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian anjung rumah terus bersuara,
cukup seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di samping memperlihatkan taringnya.

Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan-syaitan ini akan
meragut nyawa saya? Timbul pertanyaan dalam diri.

INTERNAL
140
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dalam keadaan yang serba gawat itu, saya masih dapat membaca beberapa potong ayat al-Quran
yang saya kira dapat menghalau syaitan-syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang
memandang batang pisang yang berasap itu.

Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang
diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan
atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan
sedikit.

Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean,
selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam anjung rumah.
Wansi sedikit pun tidak bergerak.

Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah. Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana
datangnya berlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja tupai-tupai itu
ghaib, seekor beruk besar muncul di depan datuk dan Wansi.

Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu,
bahawa kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan-syaitan itu.

Datuk berpeluk tubuh. Dia membaca mantera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang
di tengah anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang
dalam gelap.

Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa ke
muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula runduk. Wansi
memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola ping pong.

Bara itu terbang. Berlegar-legar dalam rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya
dan datuk serta Wansi bernaung dulu. Pondok itu terbakar.

"Orang ni benar-benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita,"
kata Wansi sambil melurut lengan kirinya dengan tapak tangan kanan.

Dalam beberapa saat saja, pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola ping pong
menuju ke arah kepala Wansi. Cepat-cepat Wansi mengelakkan diri.

Sementara itu, datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut
kemampuan yang terdaya olehnya.

INTERNAL
141
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bara api sebesar bola ping pong terus berlegar-legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak,
saya lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi membalut
tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati.

Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu
dunianya jika dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.

Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan
darah yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudah
menjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia menumbuk
belakang datuk.

Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu
itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segera pulih.
Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap.

Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ, berlilit dengan kain. Matanya
terkedip-kedip merenung ke muka datuk, bagaikan minta pertolongan.

"Saya kenal dia Wansi," kata datuk.

"Siapa manusia ni?"

"Bomoh orang asli, dari Batu 16, saya pernah bertemu dengannya dua kali," terang datuk dengan
jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang seoah-olah melekap
pada papan lantai itu.

"Kenapa kau buat jahat dengan orang?" tanya Wansi.

"Saya dapat upah encik," jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu.

Matanya terkelip-kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk, biarkan mereka
dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau
sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya.

"Siapa yang mengupah kau?" datuk menyoal.

"Orang kampung ini juga."

"Siapa namanya?"

INTERNAL
142
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya."

"Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain," kian keras nada suara Wansi. Datuk
mula resah. Dia berpusing-pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di lantai.

"Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik-
usik untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak baik menghina
sesama manusia kerana itu saya tolong dia." Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu bercakap,
cukup seksa.

Datuk dan Wansi berbisik. Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak-gerak. Mukanya
berpeluh-peluh. Dua tiga helai rambutnya gugur. Suasana malam yang tadi agak gawat sekarang
sudah cukup tenang.

"Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini," Wansi
mula mengugut. Datuk mengigit bibir.

"Jangan buat jahat dengan orang encik."

"Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu."

"Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?"

"Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?"

"Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam."

"Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja."

"Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik."

"Bila?" potong datuk dengan cepat.

"Dua hari lagi."

Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat
dari kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat kali berturut-
turut.

INTERNAL
143
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam kedinginan yang menggigit tulang itu,
saya terlelap . Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya
di halaman rumah. Murai dan merbah sudah berhenti berkicau.

Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka
merenung ke arah pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi.

Kepala saya terasa pening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri
pondok itu musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang
menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil saya.

"Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar," itulah pertanyaan pertama
pagi itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.

"Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan," balas datuk.

Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun
tidak ada orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian-kejadian itu
sendiri.

Bila datuk melihat saya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa
yang saya lihat itu, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yang
maha besar.

"Allah itu maha pemurah dan penyayang."

"Jadi," tingkah saya.

"Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya samada jahat atau baik."

"Kalau minta jahat bagaimana?"

"Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia, kita diberikan fikiran
untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat."

Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. Dalam masa yang sama, Haji Azhar minta
datuk dan Wansi duduk sebulan di tempatnya.

"Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang
akan datang ke sini?" Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.

INTERNAL
144
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Siapa?" soal Haji Azhar.

"Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi
membuat persiapan untuk......" suara Wansi terhenti. Dia merenung keluar pada pepohon
rambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.

"Nak ke mana selepas mengubat anak saya ni?"

"Saya nak berangkat ke Tanah Suci," jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang
sebelum ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya.

Saya merasa amat kagum dengan datuk dan Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di
alaminya malam tadi pada Haji Azhar. Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah-olah
mereka sepakat merahsiakan perkara itu.

Bagi menanti hari Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan
Cangkat Melintang mencari akar-akar kayu dan pucuk-pucuk hutan. Akar-akar kayu yang dipilih
itu dijadikan minuman menggantikan kopi, sementara pucuk-pucuk kayu dijadikan air pembasuh
muka selepas menunaikan sembahyang subuh.

Menurut Wansi, akar-akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi.
Pucuk-pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengekalkan wajah supaya
kelihatan muda dan merah.

Memang sudah menjadi amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh, dia
akan membaca Quran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah
Yassin.

Kelam-kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagaimana tidak menggelabah bila datuk menyuruh
saya membaca surah Yassin tanpa naskhah Yassin. Bila melihat saya dalam keadaan cemas
begitu, Wansi memberikan naskah Yassin pada saya.

"Kau mesti ikut macam datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku," ujar Wansi.

"Dah diajar, tapi cucu saya ni keras kepala sikit," tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yang
memanjang dari Wansi.

Ketika matahari mula bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang
pemuda berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kaki tangga,
pemuda itu memberi salam. Wansi mempersilakannya naik.

INTERNAL
145
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Jangan mengapakan saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam tebakar hangat
sampai ke pagi," terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut ikal itu
meluahkan rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan.

Badan saya masih terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan keluar
dari bumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasana di Kampung Belanja Kiri pagi itu terasa
cukup tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan ke dahan.

"Apa sebabnya awak datang ke sini?" datuk bersuara parau.

"Sayalah yang mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji
Azhar," sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan silanya.

"Kau harus tahu membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat
mengampunkannya sekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya," terang Wansi.

"Saya tahu, saya bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu."

Sebaik saja pemuda itu selesai bercakap, Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segera
datang. Duduk bersila di antara datuk dan Wansi.

"Inilah orang yang saya tunggu," kata Wansi pada Haji Azhar.

Biji mata Haji Azhar terbeliak. Dia kenal benar dengan pemuda itu, pernah bekerja dengannya
sebagai pemandu bot penambang dari Belanja Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai
Perak.

Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak bebas dalam kawasan rumahnya. Orangnya pendiam
dan bersopan-santun.

"Apa dia keluarga awak?" Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.

"Tidak tuan Haji," pendek jawab Wansi.

"Habis kenapa dia jumpa awak?"

"Usah tanya tentang hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni, jangan
dipukul atau membalas dendam."

"Saya tak faham."

INTERNAL
146
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya boleh beri awak faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu ditegah
oleh agama kita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidup dan
pemuda ini akan tenteram jiwanya."

"Saya berjanji," satu keputusan tegas dari Haji Azhar.

Datuk serta Wansi berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman. Waktu
salam keduanya belum terbuka, datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji Azhar tidak
akan membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat.

Selesai saja ikrar itu dibuat, barulah Wansi menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu
terhadap anaknya. Badan Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah.

Bila semua urusan selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada
keesokan harinya kami bertiga pun berangkat meninggalkan Kampung Belanja Kiri.

Dua bulan lepas itu, saya dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali, untuk
menyaksikan Latifah bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh Haji Azhar.

Dengan pemuda pilihan bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Haji Azhar meninggal
dunia dalam tahun 1980 di Belanja Kiri kerana sakit tua.

Pemuda yang mengupah bomoh orang asli itu meninggalkan Kampung Belanja Kiri sesudah
meminta ampun dan maaf pada Haji Azhar.

Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup meriah tetapi datuk tetap berwajah suram,
kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluarga Haji Azhar tidak dapat datang. Dia meninggal
dunia di Tanah Suci.

INTERNAL
147
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

23. Pada keesokan harinya, saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameron
Highlands. Sampai di Batu 16, datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ.

Dari gigi jalan, kami memasuki satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok-pokok hutan. Di
hujung lorong itu terdapat sebuah perkampungan orang asli. Tidak jauh dari kampung orang asli
pada masa itu, terdapat beberapa buah bangunan pekerja-pekerja yang terlibat dengan
pembinaan projek hidro elektrik.

Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu terutama di bahagian buruh


kasar seperti menebuk terowong dan meratakan batu. Pergerakan pekerja-pekerja itu dapat
dilihat dengan mudah dari perkampungan orang asli yang terletak di kawasan tanah yang tinggi.
Sekarang projek itu sudah siap.

Kedatangan saya disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang.
Namanya Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yang
mendatangkan rasa kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya berkeliaran
dalam rumah.

Hati saya agak terhibur kerana dari radionya terdengar suara Saloma mendendangkan lagu
"Mengapa Dirindu" yang menjadi lagu top ketika itu. Kerana mahu menghormati datuk dan saya
yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami
di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar
sembahyang.

Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang Melayu dan Islam bermalam
bila meminta ubat darinya. Dalam pertemuan itu, Bah Lanjut berkali-kali minta ampun dan maaf
atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada
dirinya untuk datuk.

Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu
tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksa tinggal di
perkampungan orang asli itu selama dua minggu.

Di sini tugas saya bertambah lagi, terpaksa menjadi tukang masak pada datuk di samping berburu
ayam hutan dan pelanduk untuk lauk makan tengahari dan malam. Beras disediakan oleh Bah
Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit.

Di luar hujan turun mencurah-curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yang masuk
ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyi hujan beransur reda,
diganti pula dengan bunyi angin yang cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok hutan.

INTERNAL
148
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Api pelita melintuk-liuk mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita dari padam,
Bah Lanjut segera menaruh daun bertam muda di sekeliling badan pelita. Beberapa bahagian
daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan cahaya dari pelita
tersebut.

Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekeras tadi merempuh reranting dan
dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali-sekala terdengar lolongan anjing
hutan sayup-sayup. Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang
bertali tembaga di hujung lututnya.

Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya, saya dengar raungan harimau cukup nyaring
bersama tempikan gajah. Tanpa diminta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya dengan pemuda
yang membalas dendam pada anak Haji Azhar.

Menurut Bah Lanjut, seorang asli membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa
yang dialami oleh pemuda itu hingga timbul rasa belas di hatinya.

"Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina," nada suara Bah Lanjut penuh kesal. Datuk
tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa tersebut.

"Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain," ujar datuk sambil melagakan gigi bawah.

Bah Lanjut melunjurkan kedua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengan dinding
pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.

"Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang," keluh Bah Lanjut.

"Ilmu kita pun begitu juga," tingkah datuk.

Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengan
kedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yang berterbangan itu
menuju ke arahnya. Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk-nyamuk
jatuh atas tapak tangannya.

"Pulanglah, jangan kacau kami," kata Bah Lanjut. Nyamuk di tapak tangan segera terbang menuju
ke arah tepi dinding dan terus keluar.

Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya
menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.

INTERNAL
149
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Mahu awak menuntut ilmu pengasih?" kelopak mata saya terasa ringan, mata saya bersinar
merenung ke arah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya, kepala lutut saya dengan kepala
lutut Bah Lanjut berlaga.

"Caranya?" soal datuk.

Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada
datuk dan sekaligus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik
untuk saya.

Bila saya sudah ada ilmu pengasih, saya boleh memilih bakal isteri dari anak dara yang wajahnya
cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya dipanggil untuk temuduga sebarang
pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya. Orang menemuduga saya akan kasih pada saya,
lalu memberikan pekerjaan, walaupun tidak ada kelulusan, fikir saya dalam hati.

Bah Lanjut mengunyah sesuatu di dalam mulut. Saya tidak tahu apa yang dikunyahnya.

"Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu-ilmu lain," ujar datuk secara tidak langsung membunuh
harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya mengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah
saya, bagaikan dia tahu, apa yang bergolak dalam dada saya.

"Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak," Bah Lanjut mengemukakan cadangan. Lagi
sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.

"Jodoh, pertemuan dan rezeki ditentukan oleh Allah yang maha besar," datuk menepis cakap Bah
Lanjut.

"Kita disuruh berusaha."

"Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk baiknya, terutama
kalau terlepas ke tangan orang muda."

"Tujuannya baik."

"Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan yang jahat yang banyak
di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya."

"Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu, boleh saya bawa naik bukit dan mencari ibu
minyaknya."

"Terima kasih sajalah tok batin," suara datuk merendah.

INTERNAL
150
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan jampuk bersahut-
sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orang berjalan di bawah pondok.

Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia
undur ke belakang. Muka datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya. Saya juga menerkam
ke muka pintu.

Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di muka pintu, tercegat satu lembaga berbulu hitam tebal.
Dahi lembaga itu berbulu, lubang hidungnya cukup luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai,
bagaikan mahu menelan kami. Saya amati lembaga itu lama-lama. Bentuknya macam seekor
monyet besar.

Tiba-tiba, Bah Lanjut bergolek di atas lantai menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam, lalu
membakar kain pelikat datuk yang tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak saja, api marak
dalam pondok kami. Dan lembaga yang berdiri di kaki tangga bersuara, bagaikan suara beruang
jantan tercium buah kelubi.

Lembaga itu menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian lengannya yang
berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itu menjerit dengan sekuat hatinya,
lalu menendang dinding dekat pintu. Dinding yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah.

Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah. Lembaga itu pun
hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu. Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang
tengah pondok, sesudah api yang membakar kain pelikat datuk dipadamkan.

"Apa bendanya tu tok batin?" soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam. Dia merenung liar
ke kiri dan ke kanan.

"lnilah masalah yang kami hadapi sekarang," bisik Bah Lanjut pada datuk. Datuk angguk kepala,
macam itik angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri. Bimbang benar hati saya, kalau lembaga
hitam itu datang lagi.

"Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?" Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.
Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut nampak resah. Sesekali dia
membetulkan parang yang tersangkut di pinggangnya.

"Benda tu, cuma takut pada api saja," sambung Bah Lanjut dengan rasa kesal. Dan barulah saya
faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang
dilonggokkan di sekeliling rumah mereka. Api dibiarkan menyala hingga ke subuh.

INTERNAL
151
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalam ruang pondok. Berhenti dekat bendul pemisah, antara
ruang tengah dengan dapur. Dia duduk dekat bendul sambil menakik-nakik kayu bendul dengan
parang kontotnya.

Datuk hanya memerhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut. Dari gerak-geri itu, datuk dapat
meramalkan, bahawa penghulu orang asli itu diamuk rasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut
merenung ke arah Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan mereka bertembung.

"Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak-anak dara," Bah
Lanjut mengeluh.

"Sebab?"

"Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di kampung bukit sebelah
mati kerananya."

"Dahsyat tu."

"Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun saya handal tetapi
dalam hal ni, saya mengaku kalah," Bah Lanjut mengakui kelemahan yang terdapat pada dirinya.
Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buluh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari
dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya.

"Selimut badan kau, sejuk ni," ujarnya sambil ketawa kecil.

Bah Lanjut terus mendekati datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu dapat
ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya pejam rapat.

Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu menari-nari dalam
kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu datang, lalu membawa saya ke
tempatnya? Barangkali lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging peha saya akan
dibahamnya?

Semuanya berlegar-Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan Bah Lanjut. Saya
pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetap berbunyi kiuk-kiuk. Bila bunyi
itu terdengar berturut-turut, saya terasa seronok, macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa
penciptanya.

Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk ke dalam
perkampungannya. Malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkas lembaga hitam

INTERNAL
152
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

itu dengan mengepungnya, lembaga itu berjaya menghilangkan diri dengan berpaut pada dahan
meranti condong.

Menurut Bah Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi burung hantu
atau salakan anjing hutan.

"Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya," datuk memberi satu keputusan yang muktamad.
Dan Bah Lanjut setuju dengan cadangan datuk.

"Sampai ke mana?" soal Bah Lanjut.

"Sehingga mana yang boleh kita cari," balas datuk. Bah Lanjut anggukkan kepala. Mereka terus
bercakap.

Gegendang telinga saya sudah tidak mampu mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah
Lanjut. Saya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.
Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur. Saya kira
dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali.

Pagi itu, lepas sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya mandi air embun. Pagi di
perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit di puncak banjaran
gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit, kicau burung hutan dan ayam
hutan bersahut-sahutan.

Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila matahari sudah
meninggi, sayup-sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerja hidro elektrik, dituruti dengan
bunyi ledakan yang cukup kuat.

"Apa benda tu tok?" tanya saya.

"Dia orang tebuk bukit buat terowong air," begitulah datuk memberi penjelasan. Saya melihat ke
arah bunyi ledakan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke udara.

Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Dia mengajak datuk
mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondok malam tadi.

"Boleh, nanti saya tukar pakaian," jawab datuk.

Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakai seluar pendek
kuning, berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya
tersandang di belakang.

INTERNAL
153
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok. Saya terjumpa
kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah, mempunyai empat jari. Saya segera
memberitahu datuk dan Bah Lanjut.

"Memang inilah tapak kakinya," kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di kelilingi tapak kaki itu.
Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu dari muka tanah.

"Inilah bulunya," pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.

Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah
Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena sinar
matahari, warnanya menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Bah Lanjut
memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya.

Berpandukan kepada kesan tapak kaki itu, kami bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan
Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan
terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang di sebuah lurah menghala ke sebuah anak
bukit yang dipisahkan oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli.

Matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak
dapat dikesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusan pulang saja ke pondok. Datuk
memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak
buahnya. Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap
atau mengusir lembaga hitam itu.

Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu depan
belakang, seakan-akan bentuk topi keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama sendiri.

"Apa halnya ni?" tanya Bah Lanjut.

Kelima-lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah
seorang daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.

"Awak orang asli atau orang Melayu?" tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum.
Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan saya dan datuk dengan orang asli.

"Saya orang Melayu," jawab saya.

"Itu datuk saya," muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah. Dia hulurkan tangan,
bersalam dengan saya dan datuk.

INTERNAL
154
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya Zamri," katanya pada datuk.

"Awak orang mana?"

"Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini." Mendengar cakap pemuda
itu, datuk angguk kepala dan tersenyum.

Datuk lalu mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut
berdiri di depan kumpulan pemuda tersebut. Saya terus duduk di sisi salah seorang anak muda
yang berkulit hitam, berhidung mancung.

Tanpa diminta, anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk
Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik di situ.

"Apa halnya?" tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba-raba batang hidungnya.

"Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas," katanya.

Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja-pekerja di situ memang selalu
menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.

"Kenapa tak bawa jumpa doktor?" datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut
menggosok-gosok ulu parang kontotnya.

"Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah,
tetapi kami terpaksa tunggu kereta."

"Dia mana kawan awak tu?" saya pula bertanya.

"Ada dekat stor, menanti kereta."

Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima-lima
pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu.

Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, datuk dan Bah Lanjut
sampai ke belakang stor. Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki
berbangsa Jerman berdiri di sisinya.

Pangkal peha pemuda yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan kain
kuat-kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian bawah peha yang sudah

INTERNAL
155
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

diikat itu. Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak
matanya rapat.

Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris.
Dua tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap, akhirnya orang Jerman
menghampiri datuk.

"Migiteis," ujar lelaki itu. Datuk angguk kepala.

Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk. Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidak
mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yang diucapkan oleh
orang Jerman itu terlalu asing buatnya.

"Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu,
mengikut cara kampung, sementara menanti kereta yang akan membawanya ke rumah sakit
Tapah," Zamri menjadi jurubahasa pada datuk dan Bah Lanjut.

Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman itu
meninggalkan bahagian belakang stor dan menuju ke pejabat kecilnya iaitu bengkel membaiki
lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan-kawannya mencari batang tepus dan
pokok pisang karok (pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.

Tidak sampai dua puluh minit, barang-barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi.
Pemuda malang di atas pangkin dibawa ke satu tempat lapang berdekatan dengan pokok
jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan barang-barang yang dikehendaki di sekeliling
pangkin.

"Pukul berapa?" tanya saya pada Zamri.

"Dekat pukul dua petang," jawabnya, tiba-tiba datuk menepuk bahu saya, menyuruh saya diam.

Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke tanah
tujuh kali. Manakala pucuk daun langkap dikoyak-koyak, separuh dibuang ke dalam hutan,
separuh lagi dikunyahnya.

Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya
dan datuk serta kawan-kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan
pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan ditegur. Kami
beredar.

INTERNAL
156
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Muka Zamri dan kawan-kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau-kalau yang kena patuk
ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditetapkan. Kereta dari Batu 32 akan datang dan ketua
mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah.

Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin. Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam
kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia mengambil sehelai daun berhampiran tempat
tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga
saya dibuatnya.

Bah Lanjut terus meniupnya tanpa henti. Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba-tiba
saya melihat beberapa ekor ular keluar dari hutan kecil di belakang kami, semuanya meluru ke
arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik ke dalam hutan.

Bah Lanjut terus meniup daun tanpa henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda malang itu,
sudah pun dipenuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat
belakang Bah Lanjut yang meniup daun.

Saya berasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan beraneka rupa dan
bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di situ.

Dada saya berdebar. Tanpa mempedulikan kami, ular-ular terus berkeliaran keluar dan masuk ke
dalam hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar-benar jadi tunggul buruk. Saya jeling ke
muka datuk. Saya lihat wajahnya tetap tenang.

Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah
lapang beransur kurang. Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang
matahari yang keras. Dalam beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya.

Bah Lanjut duduk kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam,
sebesar lengan kanan saya merayap keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas
menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul-betul di depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan
kepala di depan muka Bah Lanjut.

Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular hitam yang nampak berkilat
di sinar matahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika, kemudian panggung kepala lagi.
Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali berturut-turut.

Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada
irama yang agak sayu sedikit. Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin,
bergerak dengan bebasnya di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti
betul-betul di bahagian dada kawan Zamri yang malang.

INTERNAL
157
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular
hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.

Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri, lama juga ular
itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah Lanjut
bertambah perlahan.

Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan
sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak
bergerak Iagi.

Bah Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang dibuat serunai
dikelapkan bahagian betis kawan Zamri yang dipatuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan
Zamri. Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami
datang ke arahnya.

"Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya," kata Bah Lanjut,
kawan Zamri yang malang pun bangun.

Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua pun sampai dan
orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami, mukanya bengis, dia memaki
Zamri dan kawan-kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat lain
tanpa memberitahunya.

Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri
serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan Bah
Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan
pekerjanya.

"Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi," kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah Lanjut
mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher.

"Buat apa?" tanya duduk penuh ragu.

"Mesti ditanam," jawabnya. Datuk dan saya berpandangan.

"Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak," datuk menyatakan hasratnya.

"Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu."

INTERNAL
158
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya cuba tok batin."

Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik dan menuju ke arah perkampungan
orang asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan
pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya.

INTERNAL
159
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

24. Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih, saya tertidur.
Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya
segera mendapatkan mereka.

"Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat Kampung
Raja di Tanah Rata," datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.

"Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam," Bah Lanjut
menerangkan kepada saya.

"Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang," terang Bah
Lanjut. Saya angguk kepala.

Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah-Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut
dan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan.

Saya terus mencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok.
Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin yang menyelimut tubuh saya.

Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh angin malam, lalu
melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.

"Sudah dinihari," keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya merenung tajam ke arah hutan
tebal di sebelah kanan pondok.

Saya terus mencampakkan puntung-puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada
di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke udara. Saya kira sudah
pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup-sayup di kaki bukit.

Saya lihat datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir
sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak mempedulikan mereka. Tiba-tiba saya terasa
kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku.

Bila saya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung
dan datuk pula bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa.
Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma.

"Dia bagaikan tahu kita menantinya," kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh
bangun di kaki langit.

"Dia takut agaknya," sahut Bah Lanjut.

INTERNAL
160
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Boleh jadi juga," balas datuk dan Bah Lanjut kecewa.

Bah Lanjut meminta diri pulang ke rumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah
anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah.

Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, dia terserempak dengan tapak kaki binatang,
sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai
empat jari. Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu.

Datuk membuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak
kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca
sesuatu di situ.

"Supaya jangan hilang bila dicari," datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil
angguk kepala dua tiga kali.

Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk ke halaman
pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.

"Kita kena bertolak pergi ke sana," katanya. "Jalan kaki," sahut Bah Lanjut.

"Susah tu," celah saya.

"Tak susah sebelum matahari condong, sampailah kita ke sana." Bah Lanjut memberikan satu
keyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling
halaman pondok. Berhenti betul-betul di depan kaki tangga pondok.

"Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian."

"Nanti sesat, susah."

"Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan itu dengan kain
merah," datuk mengemukakan cadangan.

"Cara?"

"Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang."

"Baiklah." Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok-pokok
hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk.

INTERNAL
161
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya
kecuali melihat pokok-pokok yang bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat
mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungan dari datuk.

Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar-
ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa
kali.

"Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?" tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat
sebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut.

Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk-nakuk pangkal pokok jelutung
dengan golok peraknya. Datuk menyuruh saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuh
dengannya. Saya sudah pun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering. Saya
tempatkan di bawah pokok.

"Bila kita nak pergi?" tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan
mukanya.

"Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak, kau tunggu di sana," nada suara datuk
membayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah
dengan tangan kiri sebanyak tiga kali.

Matahari terus memancar. Bunyi burung terus bersahut-sahutan. Saya duduk termenung di
bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu.

Datuk berubah tempat duduk, bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya
diletakkan atas kepala lutut. Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba-tiba saya lihat beberapa
ekor monyet melompat atas dahan sambil menjerit, monyet-monyet itu terus melompat dari
dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar sesuatu.

Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang berbadan besar.
Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah seekor daripada harimau itu
ternyata mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.

Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung. Lebih kurang lima minit lamanya,
salah seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk
dengan ekornya. Datuk membiarkan harimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah
penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk.

INTERNAL
162
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya
yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk yang lembut.
Datuk menepuk-nepuk pangkal leher harimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum
kecil. Datuk memeluk leher harimau itu dengan penuh rasa kasih sayang.

"Kau rindukan aku?" terdengar suara datuk. Harimau menggerak-gerakkan ekomya. Manakala
harimau yang lagi seekor berguling-guling di atas tanah sambil keempat-empat kakinya menghala
ke langit.

"Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini," selesai saja datuk
bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Harimau kaki untut sebelah kanan, yang
tidak untut di sebelah kiri.

"Pulanglah," tambah datuk lagi sambil menepuk-nepuk belakang harimau. Kedua ekor harimau
itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal.

Datuk merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa
dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan. Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan
saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan memasak nasi.

Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan. Datuk
mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api. Semuanya berjalan
dengan baik. Bila matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala, saya dan datuk terus
makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.

"Sudah masuk sekarang," pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, bahawa datuk menyuruh
saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai
sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ
saya sendiri pun tidak tahu.

"Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju," datuk memberitahu saya.

Datuk terus naik ke pondok. Ambil pakaian dan barang-barang keperluan. Saya juga berbuat
begitu. Datuk menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di
kaki tangga. Saya akur dengan perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan
saya ke hadapan.

Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat-jilat
kedua belah lengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan
harimau.

INTERNAL
163
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kau tunggang dia sendirian," kata datuk.

"Aku naik belakang si untut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kau ingkar, kau tak akan
melihat dunia lagi," sambung datuk, ada nada mengugut perasaan hati saya.

"Saya faham tok."

"Faham saja tak mahu, tapi mesti taat!" tengking datuk.

"Saya taat datuk."

"Humm... bagus."

Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan-lahan, kemudian laju dan terus
laju. Saya terasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana disentuh angin. Saya tidak
pasti samada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya berfikir-
fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke
dua belah mata saya.

"Bagus, kau dah berani sekarang," serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang
saya dua tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.

"Kau dah berani sekarang," ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya.

Bertih itu ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya. Sesudah
memakan bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang-goyang ekornya. Datuk tepuk
kepala harimau dan ia pun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.

"Di mana kita sekarang ni tok?"

"Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik."

Datuk dan saya pun melangkah serentak meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup-sayup
terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan anjing. Saya yakin,
bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli.

Matahari bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya
bertambah sejuk. Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul
dari puncak sebuah bukit kecil.

INTERNAL
164
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Berhenti," datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah
kiri. Saya lihat pokok-pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki
muncul di situ.

"Bagaimana cepat awak sampai?" kata Bah Lanjut kehairanan.

"Kita belum lagi memacak kain," tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab
pertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di
Kampung Raja.

"Mari," ajak Bah Lanjut.

Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimya kami sampai ke sebuah
kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di tepi pokok
meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu.

Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan saya,
tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ. Tuan rumah itu sanggup
menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut.

Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anak sungai.
Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan
barang-barang yang dibawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula-
mula di temui. Bah Lanjut sudah menanti di situ.

Bah Lanjut bercakap dalam bahasa ibundanya dengan tuan rumah itu. Kemudian, Bah Lanjut
membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang asli terbaring di
situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak beberapa naskhah majalah filem. Di
hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu.

Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum
tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah
menengah di Tapah. Dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya
bercucuk-tanam. Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah ditangkap oleh satu lembaga hitam,
ketika dia menanam padi di lereng bukit.

Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhirnya orang bertemu Kuntum duduk menangis di pangkal
pokok bertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung-raung tidak
tentu arah. Kuntum terpaksa diikat.

INTERNAL
165
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik. Anehnya pula, Kuntum tidak dapat
bergerak ke mana-mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas.

Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang tidak terkena apa-apa. Dia boleh memasak,
membaca dan menyanyi. Kadang-kadang turun ke tengah halaman menari dengan iringan bunyi
suara buluh yang dihentakkan ke bumi.

Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku Kuntum untuk dibawa ke
dalam hutan. Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit, lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.

Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untuk
kami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat
memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh
gadis orang asli itu. Datuk sekadar menyatakannya.

Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan dengan
kain merah selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya
memakai baju Melayu putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya
berdebar, belum pernah datuk menyuruh.

"Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang-orang di sini menyerang lembaga hitam itu,
tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami," beritahu Bah Lanjut pada
datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit bibir.

"Jadi sekarang bagaimana?" tanya datuk.

"Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada
lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini," secara jujur
Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.

Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji
punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk
terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap.

Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan
janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua jam
kerjanya tidak akan selesai.

"Bangun," sergah datuk pada saya. Kelam-kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu
bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa
yang diperintahnya.

INTERNAL
166
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Bawa damar," ujar datuk.

Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk
turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat
cahaya api yang berkelip-kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil
menarik tangan saya.

"Datuk," jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya.

Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat-cepat datuk meraba mancis api di dalam saku
seluarnya. Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari
kertas yang dibakar, menerangi kawasan sekitar.

Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh
badannya berbulu. Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu
sambil membuka silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang
datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk.

Api yang membakar kertas padam. Datuk terus bersilat. Suara lembaga hitam itu mengaum
sambil mematahkan pokok-pokok kecil di sekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan
serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke
rumah, lalu membawa pelita minyak tanah ke muka pintu. Cahaya dari pelita minyak tanah itu,
dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk.

Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling. Lembaga hitam menjerit
dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul semuanya mahu
menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya
harus bertindak.

Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat
halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam
itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan diikuti oleh lembaga
hitam yang lain.

Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak-ombak menahan penat. Dengan mendadak saja
saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk. Hati saya segera bertanya sendirian,
apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut? Apakah lembaga hitam itu
jelmaan dari Bah Lanjut? Semuanya bersarang dalam kepala saya.

INTERNAL
167
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk. Tanpa diduga, datuk terus
menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi
dia tidak berani bertanya kenapa datuk melakukan hal itu pada saya.

Dengan cara penuh diplomasi, datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah
orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu. Bila Bah Lanjut sudah agak jauh
dari kami, barulah datuk dan saya memulakan perjalanan ke rumah orang tua Kuntum. Datuk
memilih jalan belakang.

Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak
diketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana
lembaga hitam itu masuk ke rumah Kuntum.

"Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka," suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul
tiba-tiba di hadapan saya dan datuk.

Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam-macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul
di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah.

Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk mencangkung
dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang
kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah.

Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun
lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus
memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan.

Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak
datuk. Perbuatannya itu segera ditahan oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan
padanya kenapa datuk berbuat demikian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.

Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar
rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak. Beberapa ekor
kelawar liar berterbangan.

Tiba-tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala
terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga
dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit, mereka berdengkur.

INTERNAL
168
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Berikan aku damar," datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk
segera memecahkan damar itu dengan hati-hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi
diambilnya.

Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar, mata saya kembali
segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura-pura tidur dan berdengkur. Datuk juga berbuat
begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura-pura
berdengkur.

Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam
beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya
yang dempak dan keras itu ditekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara, "Heh... heh
heh... heh... hum".

Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya.
Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ke tempat tidur. Saya dan datuk menggolek-
golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur.

Lembaga hitam meletakkan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi-tubi.
Kuntum mengerang kepuasan. Datuk menarik kaki saya lalu merapatkan bibirnya ke telinga saya.

"Kau pergi ke sana, jangan lihat," ujar datuk. Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat saya
segera diganti oleh datuk. Walaupun begitu, telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum
yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu.

Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura-pura tidur lagi.
Saya buka mata. Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai.
Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah.

Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua
Kuntum. Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing-masing terkejut melihat datuk
berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruang
menjadi terang benderang.

Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenarnya ialah sejenis monyet besar dan
mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mempertahankan diri dari serangan
lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam.

Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian
menghempaskan badannya di dinding rumah yang diperbuat dari kulit kayu. Dinding rumah
pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat.

INTERNAL
169
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tanpa membuang masa lagi, datuk terus rapat kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan
kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.

Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kuntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia
bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya
menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.

Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat-kuat. Saya lihat dari celah-celah jari datuk keluar
asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk
melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.

Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air.
Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk
satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung.

Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu. Asap
berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang-layang di
dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.

Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk
lembaga. Datuk menghembus ke arah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke
arah pintu lalu keluar.

"Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum," kata datuk. Bah Lanjut
terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk serta saya
kembali ke rumah khas.

Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung
Batu Enam Belas. Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk
mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari.

Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi
mukanya kelihatan pucat. Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit,
kami pun mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu.

Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas. Kami terus
berjalan sambil memotong anak-anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami lalui.
Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh.

INTERNAL
170
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum
sampai. Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul-
betul di hadapan sebuah gua.

INTERNAL
171
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

25. Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli. Bah Lanjut tidak
membantah dengan keputusan yang dibuat oleh datuk.

Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah
berada di pucuk tualang bercabang lima.

Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat
ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk
itu.

Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk yang baunya cukup
wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan
dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.

Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia
memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga, makhluk ganjil berbulu
tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya.

Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan
sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

"Itu kebetulan saja tok batin," kata datuk.

"Kita tak percaya, awak memang handal."

"Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.

Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri
saya.

"Ke mana?" balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup
tajam.

Datuk ambil kain selempang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan.
Akhirnya, saya juga melompat turun ke halaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan
pertanyan.

"Biarkan dia, kalau dia nak ikut, siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah
Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya.

INTERNAL
172
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu. Sebelum panas
terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat
makhluk ganjil menghilangkan diri.

Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh
di muka dengan tapak tangan.

Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudah pun duduk bersila sambil membentangkan
kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di
depan pintu gua tiga kali.

"Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak
cemas.

"Ini kerja mati," datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu
menjentik telinga saya.

"Kau jangan banyak kerenah," cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya,
tetapi mempunyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.

"Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada
saya.

Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar
berjalan dalam gua yang agak gelap itu.

Akhirnya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan kawasan itu berdinding batu pejal. Di
sudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.

"Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut
angguk kepala.

Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti
basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk, keadaan seperti itu memang terdapat
dalam kebanyakan gua di Malaysia.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam
menyusur perlahan-Iahan di akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus
bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

"Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah.

INTERNAL
173
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Serentak dengan itu, kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk
menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu makin lama makin jelas, akhirnya
terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.

Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang dibawanya. Gerak-geri
makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, samada cara dia duduk dan mematah
dahan-dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki.

Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan.
Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga makhluk ganjil itu terus baring di kawasan lapang.

Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah
Lanjut.

Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan
Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu.

Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu
besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat-cepat datuk mengelak.

"lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang
secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

"Apa yang harus kita buat?" datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

"Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut.

Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya
laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan
yang berbulu tebal.

Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk
ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas, terdapat berpuluh-puluh ekor
monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.

"Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat
sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.

"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membalas dendam," sambung datuk
sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.

INTERNAL
174
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sejak dari peristiwa itu, kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja, Cameron Highlands
tidak lagi diganggu makhluk tersebut.

Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama
Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh, selalu membaca ayat-ayat
al Quran.

Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui
penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Islam Perak. Seminggu kemudian,
Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya menganut agama Islam.

Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah didatangi
oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang.

Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui tapak kaki binatang yang
menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.

Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan
hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak
kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

"Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-orang di sini mesti
berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia boleh membawa anak dara lari ke
hutan," begitulah datuk memberitahu beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan
tentang makhluk ganjil itu.

Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana
kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin.

Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan
kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat ke dalam
hutan besar di Pahang.

Dari Lanchang, datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk
menginap di rumah Dukun Nong.

Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Cameron Highlands lagi sekali
untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika dan didapati
hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglo.

INTERNAL
175
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan. Seluruh hutan di puncak
Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui.

Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tempat
menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.

Di situ datuk hanya menemui beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain
yang dipercayai kepunyaan saudagar tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh
makhluk ganjil tersebut.

Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha
selanjutnya. Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil.

Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu.
Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda tanya hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam
tahun 60-an.

Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan
pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan
pendapat datuk.

Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai
membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.

Dalam pertemuan itu, Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran
dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang paling disukainya ialah di sekitar kawasan
sejuk.

Tetapi Dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari
bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan. Dengan Dukun Nong, datuk
mendalami ilmu-ilmu kebatinan.

Walau bagaimanapun, sejak kehilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika
itu, cerita mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.

Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi


bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang
mendengar keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki suaminya.

Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang daripada cucunya mengikut jejak
langkah suaminya. Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan

INTERNAL
176
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba
maju ini.

"Kau jangan ikut macam datuk kau," kata nenek di kepala tangga sambil merenung wajah datuk
yang duduk di sisinya.

Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke
arah pintu jalan.

"Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun.

Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata, "Kenapa cucu kita tak
boleh ikut macam kita?"

"Sudah."

"Sudah bagaimana?" balas datuk lagi.

"Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah. Mesti menjauhkan diri dari semua
perbuatan yang dilarang oleh agama."

"Jadi, awak fikir cucu kita tak boleh buat semuanya tu?"

"Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya. Tak boleh menipu, berjudi, berjahat dengan
perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini. Mana ada anak cucu kita bila sudah ke
bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka
tunaikan dengan sempurna," begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.

INTERNAL
177
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

26. Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah halaman.
Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya
kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.

Dia adalah anggota pengawal kampung yang dikenali pada masa itu dengan nama AP kemudian
ditukar menjadi Home Guard atau HG. Dia sudah membunuh lima anggota komunis di Tanah
Empat Ratus yang sekarang telah dijadikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8
km dari Pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit.

Mat Pie adalah kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas
komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping.

"Apa hajatnya?" tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk.
Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahaan lombong bijih di
tempatnya. Orang itu namanya Kulub Maidin dan lebih di kenali dengan nama Din Kerani di
tempatnya.

Datuk pun mempersilakan kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Tidak sampai lima minit
bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka. Saya pun
tumpang sama.

Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk
mencegah kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan
pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah.

"Perkara yang benar-benar saya kesalkan, kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang
kita yang susah", Din Kerani memberitahu datuk.

Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah dimasuki oleh pencuri dengan
menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya
tidak sama.

"Habis, apa yang patut saya buat?" soal datuk.

"Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalau dapat pihak awak menghalang
kejadian itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup."

"Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai seminggu berada
di rumah."

INTERNAL
178
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dia minta tolong, tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie. Saya lihat muka datuk tidak
begitu gembira. Dia termenung panjang.

"Begini saja, awak balik dulu. Esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat
keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi
keledek rebus.

"Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera
mengeluarkan pensel dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas.

Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah
kau, jadi senang dia mencarinya."

"Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensel dari Mat Pie. Dia melukiskan rajah masuk ke
rumahnya.

Bila selesai, kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia
menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan
Din Kerani dengan tenang.

"Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?" soal datuk.

"Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu
ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani memberikan penerangan.

Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk
mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya. Masa perjalanan itu, Mat Pie tolak motosikal dan
Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiri pun tidak
tahu.

Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah
sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia
menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur
dengan permintaannya.

"Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh. Kalau pergi
Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil memberi petua
bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan.

Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara
atas tempat bara. Barang yang diminta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap

INTERNAL
179
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ke tepi. Dia sandarkan badan
ke dinding.

"Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk.
Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.

"Kenapa pula?"

"Saya sudah malas dengan kerja ini."

"Orang minta tolong, mestilah ditolong."

"Saya faham, tapi....." datuk tidak meneruskan kata-kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang
tengah.

Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu
dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya. Kenapa datuk mesti
menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain. Timbul pertanyaan dalam diri saya.
Anehnya, pertanyaan itu tidak saya kemukakan pada datuk. Saya takut menerima akibat darinya.

Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah, duduk
kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.

"Kenapa tok?" tanya saya. Datuk renung muka saya.

"Perkara ini berat," jawabnya.

"Sebab?"

"Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja
pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.

"Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan
sambil mengepalkan penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.

Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia
menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti dilakukannya.
Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.

Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi
embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah dilawannya bercakap ketika

INTERNAL
180
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

berjemaah di surau. Menurut datuk, hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang
ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi.

Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah dipukau. Habis
harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk
hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang
seri rumah. Datuk ambil daun itu.

Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya. Alasan datuk memerlukan
pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian
pukau. Permintaan datuk ditunaikan. Dengan kerjasama orang kampung, sebuah pondok
didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.

"Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin," kata datuk pada
Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum
kumpulan itu dihancurkan.

Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia. Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan
bertanjak hitam dengan kain selempang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk
bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadap sehelai kain putih
yang diletakkan ke dinding.

Datuk menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya.
Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan,
macam bau bangkai.

"Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati dibunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan
ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa," datuk memberitahu saya. Saya angguk kepala.

Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ. Saya perhatikan
kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek
mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti
orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima
kaki.

"Sudah, jangan lihat!" jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya
lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.

"Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson. Dulu menjadi SC," ujar
datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu dilipatkannya.
Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.

INTERNAL
181
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah
ketua kampung," tambah datuk.

Datuk duduk di sisi saya sambil memetik ibu jarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa
bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kumpulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau
silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk
terpaksa menghubungi isterinya, orang bunian dengan perantaraan kuasa ghaib.

Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekelip mata, saya lihat di tapak
tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.

"Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya.
Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok.

"Ketua pukau ini memang handal orangnya. Di Slim River, dia meletakkan satu keluarga di tengah
padang dan tidak mengambil barang-barang yang di rumah," tambah datuk lagi.

"Kenapa jadi begitu tok?"

"Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan
rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada
kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji."

"Siapa yang handaI dalam hal ni tok?"

"Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu." Penerangan
datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.

Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat
sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju ke rumah ketua
kampung.

Jam ketika itu sudah pukul dua pagi. Saya dengan datuk memerhatikan gerak-geri manusia
bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu
mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali.

Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil di pangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus
itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna kehitam-hitaman.
Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.

INTERNAL
182
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak. Serentak dengan itu,
seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.

"Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka
saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar-samar itu,
saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga
mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan asap.

Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, ketika hujan panas.
Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira,
samada orang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati
dibunuh itu, harus melalui beberapa ujian yang tertentu.

Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak
yang sudah dipisahkan dengan badan itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti
dibawa pulang dengan mengandarnya. Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya
dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum subuh.

Tengkorak itu akan disalai sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang-orang yang tahu dengan
kerja-kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan
syarat, bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianiayai, kecuali tuan rumah itu
bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak
tersebut.

"Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam-macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak
cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu-ilmu pukau yang lain", begitulah yang
dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas.

"Lihat, mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah," kata datuk dengan nada suara
yang cukup perlahan.

Memang benar cakap datuk, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga.
Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati-hati.

Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat
dan mempersilakan kaki-kaki pukau memijak lantai rumahnya.

"Kau tidurlah, kami tak ganggu kau", cukup lantang suara ketua pukau. Tuan rumah angguk
kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.

INTERNAL
183
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Bukan di situ, tempat kau di bilik", mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun
dan menuju ke bilik tidur.

Ketua pukau mengambil tengkorak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri.
Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk dinding rumah
tiga kali berturut sambil berkata, "Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan
ganggu anak isteri tuan rumah."

Habis saja ketua pukau berkata-kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua
pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang-barang berharga. Lebih dari setengah jam
mereka menjalankan kerja tersebut.

Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang-barang itu diserahkan
pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang-barang kemas dalam beg kulit hitam,
kemudian menghitung wang yang dicuri.

"Dah selesai?" tanyanya pada anak buah.

"Ambil daun tujuh helai dan ranting berkepit dua," ketua pukau memberitahu anak buahnya.

Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di
bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu
di situ.

"Apakah yang mesti kita buat sekarang tok?" saya menyoal datuk bila melihat ketua pukau dan
anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang dicuri.

"Biarlah mereka pergi," pendek saja datuk memberikan jawapan.

Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah
dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun mengambil ranting berkepit dua dan
sehelai daun di bawah rumah. Semua benda-benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya.

Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api
di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkepit dua
dipatah-patahkan lalu ditaruh ke dalam tempat bara api.

Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung
di depan bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke dalamnya.

INTERNAL
184
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Aku harap orang-orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok," kata datuk
dengan nada suara yang tenang.

Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk. Lepas itu saya tidak tahu apa yang
datuk buat tetapi saya dikejutkan oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung.

Pagi itu Din Kerani menemui datuk dan menceritakan pada datuk apa yang berlaku di rumah
ketua kampung. Datuk juga diberitahu, barang-barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu
ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri
ketua kampung di Rendang Sawa, dekat Batu Gajah.

Secara terang-terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan
kejadian pukau itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta kata putus dari datuk samada dia
sanggup menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup, Din Kerani mahu mencari orang
lain.

"Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?" tanya datuk pada
Din Kerani sambil membeliakkan biji mata.

"Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk
mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu."

"Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?"

Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung panjang. Dia bimbang benar
kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok
hingga pukul empat petang.

"Buat apa?"

"Untuk melihat ketua pukau."

Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya
dengan apa yang dicakapkan oleh datuk. Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri kalau tidak
ditangkap, fikir Din Kerani.

"Benar atau berjenaka?" Din Kerani meminta kepastian.

"Benar", jawab datuk dengan tegas.

INTERNAL
185
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam lima petang ketua
pukau yang diharapkan itu tidak datang. Satu tamparan yang cukup hebat dalam tugas datuk.
Belum pernah dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani
tidak mahu bercakap walau sepatah pun dengan datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu
pertanyaan.

"Orang ini benar-benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa," keluh datuk sambil
merenung kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang lalu menunaikan fardu asar.

Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk
depan tikar sembahyang sambil membuka beberapa buah kitab. Habis membaca kitab, datuk
membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu setelah masuk waktu Maghrib. Saya
dan datuk sembahyang di pondok. Bila masuk Isyak, saya dan datuk berjemaah bersama-sama
orang kampung di surau.

Di surau orang-orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung.


Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga
2.00 pagi.

Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah
lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau
setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak.

Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang-orang kampung pada datuk. Mereka buat
tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula-mula datuk datang dulu. Barangkali mereka mula
sedar, bahawa datuk tidak mampu bertindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau.

Meskipun begitu, datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang-orang kampung dengan
baik dan peramah. Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung.
Sebelum pulang, datuk bercakap dengan Din Kerani, dan datuk minta Din Kerani datang ke
pondoknya kira-kira pukul satu malam.

Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap
ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan meneruskan kerja yang boleh
menyusahkan orang ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki
yang halal.

Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di
tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan di bucu kain hitam sebelah kanan. Bucu
sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut.

INTERNAL
186
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk berdiri tegak menghadapi benda-benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju
hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri
sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al-Iqra' hingga tamat. Lepas itu dia membaca
Al-Fatihah.

Sebaik saja datuk selesai membaca, dengan tiba-tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan
meletup, air melimpah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak
sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus muncul
dengan tiba-tiba di dahi luasnya.

"Orang ini mencabar aku", kata datuk pada saya.

Cepat-cepat datuk membuka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia
mengeluarkan sebilah keris pendek berhulu gading. Mata keris itu kelihatan berkarat.

Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang dibawanya dari Jambi,
Indonesia. ltulah satu-satunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah
digunakan, ketika menentang Belanda di Acheh.

"Besinya dikutip dari besi-besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu
sudah ditaruh racun getah ipoh", kata datuk pada saya satu masa dahulu.

Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus-ratus tentera Belanda. Keris
itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu
diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau
mahu keris itu menyimpan bisa dan kuasanya. Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris
tersebut. Datuk terlalu merahsiakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya.

Datuk melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah-merahan. Di
mata keris tersebut timbul huruf-huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris
kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.

"Kau memang mahu menghancurkan aku," tiba-tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan.
Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak
tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

"Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada
aku", lelaki itu bersuara lemah. Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan
yang tidak tentu arah.

INTERNAL
187
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak
tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah
kenalannya yang sama-sama datang dari Jambi.

Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di
Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu
di musim tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan datuk itu saya
patuhi.

"Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau," kata datuk sambil membaca
sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit.

"Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah", beritahu lelaki itu. Saya terkejut, kerana lelaki itu dapat
menyebut nama datuk dengan tepat.

Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan datuk
namanya tercatat sebagai, Kulub Mohd Diah. Dan orang-orang kampung, anak cucunya juga tahu
itulah nama datuk yang sebenar. Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama
sebenarnya yang diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama
keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.

"Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku."

"Maksud kau?"

"Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku
memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak aman."

"Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?"

"Itulah silapnya aku."

"Kau tahu hukumnya menyeksa mayat? Berdosa besar."

"Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah-
rumah orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya."

"Apa pun niat kau, tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam
menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran. Kenapa kau menyempitkan ajaran
Islam?"

INTERNAL
188
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Aku tahu..." belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya.
Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka
pintu. Dengan tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekorinya dari belakang.

"Ke mana tok?"

"Ke surau."

Sebaik saja saya dan datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya
kenal lelaki yang berbaju putih dengan badik di tangan itu ialah ketua pukau.

"Hei kalau kau benar-benar handal, tunjukkan. Apa hak kau menghalang kerja kami?" cukup keras
suara ketua pukau.

Salah seorang dari rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur.
Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar-samar cahaya bulan malam itu.

"Aku gunikan awak dengan anak awak, kami nak campak ke dalam Sungai Kinta," ketua pukau
terus mengugut.

Datuk berdiri tegak di hadapan ketiga-tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak-gerak.
Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke
dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam.

"Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?" datuk terus menyergah ketua
pukau.

Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima penghinaan itu. Dia lalu mengangkat golok
perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan ke
bumi. Saya lihat seakan-akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk.

Ketua pukau angkat senjata, tiba-tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci.
Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke
depan. Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak.

Dengan tiba-tiba golok perak itu patah dua. Bahagian atas yang patah jatuh betul-betul di hujung
sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya ke atas tanah sekuat hati. Golok perak yang
tinggal separuh di tangan ketua pukau terlepas.

INTERNAL
189
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat, bersekutu dengan syaitan tidak
akan boleh ke mana-mana. Belajarlah hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal," datuk
memberitahu ketua pukau.

Dengan mendadak saja ketiga-tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk
menolak ketiga-tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri.

"Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam
tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada
Allah yang Maha Besar, meminta ampun dan bertaubat", kata datuk.

"Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta bendanya. Jangan hukum kami."

"Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah
terletak hukuman yang adil."

"Kami bertaubat."

"Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku," datuk
mengemukakan permintaan secara jujur.

Belum pun sempat ketua pukau melakukan apa yang diperintahkan datuk, Din Kerani pun datang.
Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang dicari ada di hadapan. Din Kerani mahu
bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh
datuk.

"Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan
kesempatan yang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang
sebenamya," itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.

Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk tengkorak
kecut yang digunakan ketika mencuri.

Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku. Saya dan datuk
terus duduk di Kampung Tanjung Tualang selama tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk,
sesudah dia mendapatkan tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia pulang ke kampung.

INTERNAL
190
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

27. Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat melakukan
kegiatan memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal kerana membebaskan mereka
tempoh hari. Sedarlah datuk, sekali syaitan menguasai hati manusia memang sukar untuk
membuangnya.

Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi berita itu
didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau. Datuk pun mengambil keputusan
untuk pulang ke kampung dan dia akan cuba menghancurkan kumpulan pukau itu dengan
caranya yang tersendiri.

Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di Teluk Intan. Kami
tinggal di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur
datuk memberitahu ustaz tersebut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang
agak jauh dengan nenek. Tujuannya datang untuk ke situ untuk memberkas kumpulan pukau.

Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali namanya, orang
Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti kegiatan kumpulan pukau tersebut.

Mat Jali memang mengharapkan dengan adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu
akan segera dapat ditumpaskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat diberkas,
datuk tidak akan memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Suatu petang, Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di halaman rumah
hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat Jali datang menemui datuk. Saya
tidak mahu ambil tahu dengan apa yang mereka bicarakan. Perkara yang nyata ialah, sambil
datuk bercakap, Mat Jali mencatatkan sesuatu di kertas kecil.

Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, datuk terus berpesan padanya, "Saya yakin, mereka akan
di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, firasat saya ini betul,
dan awak akan berjaya"

"Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini."

"Sama-samalah kita berdoa," sahut datuk dari muka pintu.

Datuk masuk ke rumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah bersama saya
dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan
pukau itu kecundang. Pertama, ketuanya mungkir janji dan kedua, gurunya sendiri tidak merestui
kerja tersebut.

INTERNAL
191
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kerja dia orang licin," kata ustaz.

"Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak aman."

"Macam mana Wak tahu hal itu?"

"Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak mahu buat saja.
Setiap kerja yang kita lakukan, kita harus memikirkan apakah kerja tu diberkati oleh Allah atau
tidak."

"Saya paham."

Cuma setakat itu saya dengar kata-kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing-masing masuk bilik.
Lebih kurang pukul dua pagi, rumah ustaz diketuk orang bertalu-talu. Datuk buka pintu. Muka
Mat Jali tersembul.

"Apa halnya?" soal datuk.

"Semuanya dapat kami tangkap."

''Di mana?''

"Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk di Bidor."

"Sekarang dia orang di mana?" tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.

"Di Balai Polis Langkap."

"Kenapa di Langkap, tidak dibawa ke Kampar?" celah ustaz yang berbadan besar, ada janggut
sejemput di dagu, memakai kaca mata putih.

"Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru dibawa ke Kampar."

"Begitu," suara datuk lemah.

Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai Polis Langkap.
Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui ketua pukau bersama kawannya di
dalam lokap.

"Kenapa kamu tak insaf?" soal datuk pada ketua pukau.

INTERNAL
192
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Pertanyaan datuk itu tidak mendapat jawapan. Ketiga-tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari
Mat Jali, datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman tetapi lebih dikenali
dengan panggilan Hitam.

Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa
itu dibela oleh abangnya.

Datuk terus meminta tengkorak kering dari ketua pukau. Datuk memberitahu tengkorak kering
itu harus dipulangkan kepada tuannya secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu,
bahawa guru mereka Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka.

"Dia sudah mati," meletus jawapan dari ketua pukau.

"Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada yang berhak,
baru dia aman. Aku tahu, dia kawan aku."

Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk tidak memperolehi
apa-apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya
kalau mencari di badannya, kecuali menggunakan beberapa petua yang tertentu.

Tengkorak itu boleh disembunyikan di celah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan
nampak.

Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut jeep untuk di bawa
ke Balai Polis Kampar. Sebelum bertolak, datuk mengingatkan polis yang mengawalnya supaya
berhati-hati dengan ketua pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua
pukau itu juga mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan.

Bagi menjamin ketua pukau itu tidak boleh melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk
mengikuti jeep itu pergi ke Kampar. Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai
Polis Langkap. Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar
dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang.

Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan berlaku dalam
perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa semuanya berjalan dengan baik, malah
dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya melepaskan diri.

Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya mula didatangi
oleh peluh-peluh halus. Saya tahu, bila datuk melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik
sesuatu yang jauh darinya.

INTERNAL
193
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dia berjaya membuka garinya," tiba-tiba datuk bersuara agak keras.

Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di Sungai Air
Kuning, dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya, satu
jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).

"Dia akan terjun ke dalam sungai," kata datuk lagi.

Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun ke atas jalan
raya, kemudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada di sisinya terpaku.

Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali
menghentikan keretanya ke tepi. Datuk keluar dari perut kereta.

"Dia agak handal orangnya," ujar datuk sambil merenung ke dalam sungai yang berbuih. Polis
angkat rifle dan menjunamkan muncung ke arah perut sungai.

"Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahan air," kata datuk.

Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak juga muncul. Air
tempat dia terjun tetap berbuih. Datuk memberitahu Mat Jali, dia boleh memberkas ketua pukau
itu, tetapi memakan masa sedikit.

Datuk meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep
pun bergerak.

Datuk berdiri di tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu dilambung
ke atas. Sebelum air itu jatuh ke tanah, datuk menyambut dengan mulutnya, kemudian air itu
disemburkan ke dalam perut sungai.

Saya lihat air sungai bagaikan mengelegak dan berbuih-buih, kemudian tempat ketua pukau
terjun itu berpusing-pusing menjadi semacam lubuk. Dengan mendadak sahaja air sungai itu
menjulang badan ketua pukau lalu mencampakkannya ke tepi tebing.

Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah dagunya keluar satu benda putih. Benda itu berbuih dan
akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun mengambil tengkorak tersebut.

Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di sisinya, dan
bagaikan kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu melepaskan tembakan ke arah datuk.

INTERNAL
194
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk cepat-cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau terjatuh di kaki,
dan secara mendadak saja pistol itu meletup dan pelurunya mengenai perut kedua pukau.

Sebelum ketua pukau rebah ke bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja
datuk muntah darah. Seluruh badan datuk menjadi biru.

Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri
ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah kental.

Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti.
Datuk membuka tangannya perlahan-Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam
arang dan akhirnya bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang dibuang.

"Campakkan ke air," kata datuk.

Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa
panas. Cepat-cepat saya humbankan ke dalam air sungai.

Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi
tulang di kepala lututnya sudah hancur. Saya jadi kelam-kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa
tubuh badan ketua pukau.

Kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding,
pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar.

"Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah
ambulan untuk datuk saya."

"Saya cuba," itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar.

Saya merawat datuk mengikut arahan-arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang
lalu Ialang di jalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka, saya dan datuk
pencari rotan yang sedang melepaskan penat di situ.

"Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun-
daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku," perintah datuk yang terpaksa saya
lakukan.

Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari datuk,
saya lihat dia boleh bangun.

INTERNAL
195
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan
lebam macam dipukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya
melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada
sebatang pokok dekat situ.

"Badan aku terasa bisa-bisa, kepala terasa kosong," datuk mengadu pada saya sambil meraba
batang pokok di belakangnya.

"Apa yang mesti saya buat tok?"

"Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah."

"Tapi kita harus berikhtiar."

"Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini."

"Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?" Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas
bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk.

"Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau
dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya
dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah."

Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk. Saya perhatikan
dalam saat-saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan
perasaan saya.

Sedang saya diamuk keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut
kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.

Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa
diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya. Menurut datuk, suntikan itu akan
memberikan kesan yang kurang baik dalam tubuhnya.

Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya
memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.

"Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk," kata saya.

"Maksudnya?"

INTERNAL
196
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga," tambah saya sambiI merenung muka
Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu.

Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya
terkejut bila seorang jururawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah
ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan kerjanya.

"Apa yang mesti saya buat?" tanya saya pada jururawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat
Jali yang duduk di sebelah saya.

"Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?" Mat Jali mengajukan pertanyaan. Jururawat yang
berketurunan Pakistan tersenyum.

"Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya"

"Sebab?"

"Doktor nak tanya sikit," beritahu jururawat.

Saya dan Mat Jali masuk ke dalam bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan
saya dan Mat Jali duduk.

"Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan
keyakinan saya pada ilmu batin", ujar doktor itu sambil menggigit bibir.

Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat,
Johor. Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar,
Kedah.

"Saya kurang faham dengan cakap tuan," suara Mat Jali tenang.

"Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang
Melayu tulen. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa kita.
Kerana itu saya panggil awak."

"Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besi. Suruh dia buka," doktor itu merenung muka saya.
Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya.

Saya pun rapat kepada datuk. Saya membisikkan ke telinganya, "Bukalah datuk, untuk faedah diri
datuk."

INTERNAL
197
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Buka apa?" sergah datuk pada saya.

"Tahan besi."

"Tahan besi?" ulang datuk.

"Ya tok."

Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah-olah dari sinar
matanya terucap perkataan ini,

"Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja."

Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu.


Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibu jari sebelah kiri.

Kuku yang sudah dipotong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang
dilakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah
selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.

"Sudah," pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan
suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna.

Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta
keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar.

Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia
mengenali datuk kira-kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit
lumpuh berubat dengan datuk.

Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak
bertahun-tahun itu disembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah
angkatnya.

Di Batu Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan
mandi air dari gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya.
Seminggu kemudian datuk beransur pulih dan sihat.

INTERNAL
198
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

28. Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu
yang juga menjadi orang yang bergelar yang dilantik oleh Sultan Perak pada masa itu.

Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan
Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia
lebih suka berhubung dengan Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya.

Salah sebuah rumah batunya terletak di kawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi dari arwah
ayahnya. Besar tersergam, ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama isteri
dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu
sendiri.

Salah seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di
Singapura, dalam jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan
itu juga mempunyai dua orang isteri. Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd
Zain.

Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas
baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan rumahnya,
supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk bersedia menolongnya.

"Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus?" jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat datuk
tersenyum dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat
berubah sedikit.

"Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau
sekadar untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal," jawab datuk pada pertanyaan jutawan itu,
yang merupakan satu sindiran yang tajam. Jutawan itu tunduk.

"Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja," nada
suara jutawan itu mula menurun.

"Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim," tingkah datuk. Jutawan itu anggukkan kepala.

"Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?" Mohd Zain memotong percakapan. Datuk
urut pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.

"Saya terpaksa pergi ke sana. Setidak-tidaknya tiga senja saya mesti ke sana."

"Kalau begitu duduk saja di rumah saya."

INTERNAL
199
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya ke rumah Tok Kaya."

"Terpulang, ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya," kata Tok Kaya sambil
tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu
hingga ke keretanya di tepi jalan besar.

Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung
yang terletak di bahagian tepi kawasan Pekan Kampar.

"Buat apa ke sana pak?" tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti.

"Nak cari buluh tumpat."

"Buat apa?" sahut Mohd Zain.

"Untuk menolong Tok Kaya," jawab datuk.

Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor
kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar.

Dari situ, saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami kembali
ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh
tumpat itu sepanjang satu kaki.

Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah. Tidak
ada kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk
diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk.

Selepas sembahyang Isyak, Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain
meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi
kasih padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak dengannya.

Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut
datuk, kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya dia akan
disayangi orang.

"Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik," itulah
yang dapat ditangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya tidak dengar apa yang mereka perkatakan.
Saya terlena.

INTERNAL
200
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda-tanda yang menunjukkan datuk
akan melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di
ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik khas.

Dugaan saya itu memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak
terganggu oleh dengkur saya.

"Kau sudah mula mengenali perangai aku," katanya menyindir ketika saya mengambil air
sembahyang bersamanya.

"Belajar dari pengalaman," balas saya.

"Petang esok kita pergi ke Sungai Raya," datuk memberitahu saya lagi.

Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit,
datuk akan mengajak saya mandi embun. Saya sudah pandai memilih jenis daun yang baik
diambil airnya untuk membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya beberapa
potong ayat suci yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.

Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengannya, muka kelihatan bersih
dan tidak dimamah usia. Menyapu atau menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai.
Mesti ikut urutan. Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung
atau darah tinggi.

Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd
Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke
selatan.

Kami disambut oleh Pak Ayub Naim, penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang
bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap
sesuatu dengan Pak Ayub Naim.

"Saya balik dulu pak," Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan kereta dan keluar dari
kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja.

Rumah batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan
seni bina tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk yang
tersendiri, bersama cat kuning air yang lembut.

Berceritalah Pak Ayub Naim, orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami.
Menurutnya, rumah batu itu sudah lebih dari seratus tahun usianya.

INTERNAL
201
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh
atau keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para pewarisnya
untuk mengubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian
yang tertentu saja.

Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan
dan keunggulannya semakin nampak. Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang
boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja.

Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut
meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim
yang sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja.

Saya dan datuk ditempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu
cukup luas dengan empat tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan
pucuk rebung.

Bila saya berdiri di situ, saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah-olah
berada jauh dari dunia nyata. Seakan-akan terlambung ke satu alam lain yang sukar saya
nyatakan. Saya laporkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan
sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu.

Ketika bunga senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu
tujuh kali. Setiap kali sampai ke bahagian bucu rumah, datuk berhenti dan membaca sesuatu.

"Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan," beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala dan
ikut perintahnya.

"Berhenti di sini," mendengar perintah itu, langkah saya mati. Datuk menandakan tempat itu
dengan kayu.

"Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan
macam tadi juga."

Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah
dengan golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah.

"Cukuplah tu, agak-agak satu jengkal ke bumi. Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan
ni berpagar," datuk bercakap seorang diri. Saya tersenyum.

INTERNAL
202
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar
dari perut kereta Chevrolet besar.

"Macam mana, sudah selesai?" itu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk.

"Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum ditaruh," balas datuk.

Tok Kaya Sendi Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan dihantar
sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari seorang jutawan
pada orang biasa.

Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil
air sembahyang. Lepas sembahyang, datuk meneruskan zikirnya. Saya keluar dari bilik mundar-
mandir ruang tengah.

Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar seorang
gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya
terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwarna kuning. Saya terus lari
masuk bilik.

"Kenapa? Macam kena kejar syaitan."

"Ada puteri raja di sini tok."

"Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai mampus,"
datuk memberi amaran dengan nada suara yang marah. Saya diam dan terus membaca surah
Yassin.

Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di
atas katil kuno. Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di
belakangnya.

Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu, memakai tanjak dan ada bintang
kebesaran di tengah tanjak, serta pedang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa
detik saja di hadapan kami.

Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barangkali Pak Ayub Naim boleh
memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah
menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.

INTERNAL
203
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan
selamat datang," katanya dengan berketawa pada datuk.

"Orang lelaki itu siapa?" soal saya.

"Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak
akan mengganggu," jawabnya.

Temyata datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan
sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan, kami
sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur.

Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah ditanam dengan buluh tumpat. Dengan
pertolongan Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja,
datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi di rumah itu.

Tok Kaya Sendi Diraja mahu datuk memulih semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia
selalu bimbang dan berhadapan dengan perkara-perkara aneh bila dia membuat kira-kira
perniagaan di bilik khasnya.

Kadang-kadang dia terasa ada mahkluk lain di rumahnya. Pernah satu ketika dia tertidur di meja
tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah berada di atas katil di samping isterinya.
Pakaiannya ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.

"Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan," adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di
ruang tamu bawah.

"Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga," tambahnya sambil menyatakan keyakinan
bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain
kepadanya.

"Saya cuma boleh menolong saja," kata datuk merendah diri. Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum.

Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua-dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula
meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin
yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang
menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas.

Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian
doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi

INTERNAL
204
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai rumah dua tingkat itu
yang datang dari bahagian atas.

"Itu jeritan Norlin," kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

Kami pun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya
Sendi Diraja segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti
dari universiti. Norlin terduduk di pinggir tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat
benar.

"Ada apa Norlin?" tanya Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di
dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu.

"Ada apa nak?" soal isterinya pula.

Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk ke dalam ruang rumah. Langsir
bergerak-gerak dengan hebatnya.

"Ada apa Norlin? Cakaplah," pujuk Tok Kaya Sendi Diraja.

Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu-mahunya.
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

"Kau nampak manusia di sini?" Pak Ayub Naim bertanya dengan nada suara yang cukup lembut
pada Norlin yang hanya mengangkat bahu saja.

Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya
Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A
hingga Z.

Kira-kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil
kuno. Saya tidak berani bertanya apa yang diperkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya
biarkan datuk mengelamun sendirian.

Angin malam berhempas pulas di luar. Dahan-dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan
pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing berdiri di
hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.

Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku di luar rumah seperti bunyi dahan kayu
dipatah orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma saya tegak berdiri.

INTERNAL
205
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar-
samar masuk ke dalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik
hujan.

Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh. Kepala saya bagaikan dijamah orang. Ada benda
sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati.

Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba-tiba pintu bilik
diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.

"Anak saya Norlin," ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.

"Kenapa?" soal datuk.

"Berjalan dan menari sendirian."

"Allah," keluh datuk.

Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian
klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke
atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin dibaringkan, jam kuno di
tengah rumah berbunyi dua belas kali.

Hujan kian menjadi-jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk
asing beratus-ratus orang mengisi dalam ruang bilik.

Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ
memang ada. Buku-buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensel
dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak disedari oleh Tok Kaya Sendi
Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.

Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh-peluh halus membintit di kening. Seolah-olah
Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas.
Sesekali dia tersenyum.

"Norlin, Norlin emak ada di sini," kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan
Norlin yang matanya terbeliak.

"Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.

INTERNAL
206
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Siapa dia nak? Cakap dengan saya," rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan
ke kanan. Tidak ada sesiapa pun di situ.

Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan cemas itu.
Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.

"Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini," ulang datuk dengan nada suara
yang cukup lembut.

"Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa..." dan Norlin terus menghentak-hentakkan kaki
ke lantai sambil meronta-ronta. Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam,
tidak tahu apa yang harus dibuatnya.

Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang tidur di bilik bawah.
Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu
peluh yang tumbuh di dahi Norlin.

Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya, "Apa yang dah jadi Norlin?"

"Saya takut makcik," suara Norlin terketar-ketar.

Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu
di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat-ayat suci, tiba-tiba dia mendapati
Norlin jatuh pengsan.

"Badannya terus jadi panas makcik," ujar Norbaya.

Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada suaminya, "Apa yang harus kita buat?"

Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing-pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu
berhenti di hadapan datuk.

"Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa
lagi terhadap keluarga Tok Kaya," tutur Pak Ayub Naim. Mukanya merenung muka datuk dan Tok
Kaya Sendi Diraja.

Pak Ayub terus menyambung, "Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam
perkenalan."

Isteri Pak Ayub Naim secara tiba-tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin.

INTERNAL
207
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Samada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti, dia jadi
korban," nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu
berpandangan sesama sendiri.

"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban," kata isteri Tok Kaya
Sendi Diraja.

"Siapa orangnya boleh menolong kita?" sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak
mendapat jawapan.

Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja
pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.

"Baik," tiba-tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.

Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk
putih.

"Berikan padanya," ujar Tok Kaya Sendi Diraja.

Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk memasukkan
separuh jari hantunya ke dalam mangkuk putih.

"Ambil air ini dan sapukan ke mukanya," beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
Perintah datuk segera dilakukan.

Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah
dan terus terlena. Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan ditemani oleh ibunya.

Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya
dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang. Datuk dengan rasa rendah hati ingin
membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.

"Saya sekadar mencuba. Samada jadi atau tidak, terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah
memberkati, kita akan berjaya", ujar datuk.

"Saya faham," sahut Tok Kaya Sendi Diraja.

"Mencuba apa salahnya," celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah.

INTERNAL
208
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

29. Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak
melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin. Menurut datuk, Norlin
demam kerana lemah semangat.

Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat beberapa
persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke bilik
Norlin.

"Silakan, emaknya ada di dalam," kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya
Sendi Diraja.

"Jangan tegur apa yang saya lakukan," dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok
Kaya Sendi Diraja.

Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul-betul di tengah pintu bilik. Dia memusingkan
badannya dari kiri ke kanan. Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke
ruang tengah rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya
menghampiri Norlin.

Tiba-tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas. Dia merasakan datuk mahu
mengganggunya. Namun begitu dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk
memegang urat nadi di tangan kanan Norlin.

Mulut datuk terus terkumat-kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk
memerhatikan wajah Norlin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk
dengan deras ke dalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu.

Meskipun di luar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi di ruang itu tetap kelihatan muram, malah
ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar matahari.

Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya
dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu
bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu
merapatinya, datuk segera menahan.

"Jangan!"

"Kenapa?"

INTERNAL
209
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Barangkali dia mahu menguji kita."

"Apa yang patut kita lakukan?"

"Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan," datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di
Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua tiga kali.

Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk
bersimpuh, pintu bilik berbunyi dengan kuat macam dihempas oleh tangan manusia. Gegarannya
menjatuhkan botol-botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin. Bulu roma saya mula tegak.
Datuk masih lagi tenang.

Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua-dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin tidak tahu
apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah-olah berada di dunia lain. Datuk memberi isyarat
kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.

"Bagaimana?" soal Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk.

Datuk pun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik, "Memang ada
yang mengacaunya."

"Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah, puterikah atau apa?"

Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang rumit
itu. Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, diganggu
dengan beberapa soalan atau pertanyaan. Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran
pada kerja yang dilakukan.

"Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri."

"Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?"

"Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini."

Mendengar jawapan dari datuk itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya. Mereka
nampak cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu
pada lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya menghampirinya.

"Ada apa tok?"

INTERNAL
210
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kau duduk dekat aku," suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor mata
datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain-lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis," beritahu
datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba.

Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga
tanjung. Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang dikehendaki oleh datuk tersedia di
hadapannya.

Tiga kuntum bunga yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam
tua di tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi.
Keadaan dalam rumah bertambah suram.

Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat. Datuk menyuruh
kami menghadapi keadaan itu dengan tenang. Datuk memperkemaskan silanya. Datuk
memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat-kamit
membaca sesuatu. Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut.

Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut-turut. Wajahnya kelihatan beransur
tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun membuka matanya dengan perlahan-
lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung
dengan tajam oleh datuk.

"'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita," kata datuk.

"Bila?" soal saya tidak sabar.

"Malam ini, kira-kira pukul sembilan," jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di
hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan.

"Di mana?"

"Di ruang rumah ini," jawab datuk dengan nada suara yang agak keras.

Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan tiba-tiba.
Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk.

"Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi," datuk memberitahu
isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya
turun dari bilik Norlin.

INTERNAL
211
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut," beritahu datuk
pada Tok Kaya Sendi Diraja.

"Silakan."

"Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga."

"Mesti," datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.

Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai. Pak
Ayub Naim membawa kami ke satu kawasan di kaki gunung. Menurut Pak Ayub Naim, semua
jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik.

"Tak payah minta kebenaran dari tuannya?" tanya datuk penuh keraguan. Pak Ayub Naim
tersenyum.

"Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."

"Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya, senanglah kita
berunding," datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil.

Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah
batu. Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu di situ.

Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang membiru. Terdapat
beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu.

Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut.
Sesekali bila angin datang, saya dapat menghidu bau yang cukup wangi.

Datuk sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas
khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau
dengan tumbuh-tumbuhan bertukar menjadi hitam sekata.

"Siapa yang tanam pokok-pokok bunga di sini?" soal datuk pada Pak Ayub Naim. Lelaki tua yang
sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.

"Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat, waktu bulan
penuh."

INTERNAL
212
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Buat apa dia ke sini?"

"Itu saya kurang periksa pula."

Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak
Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri saya.

Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing?
Apakah pokok-pokok bunga yang ditanam di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang
tertentu? Cukup sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri
saya.

Kami meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim
melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil
yang terletak di tepi sungai.

Datuk memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat Pulai. Selepas
menunaikan fardhu Maghrib, kami meneruskan pejalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja.

Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang dikayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik
basikal yang dibawa oleh Pak Ayub Naim.

"Kenapa?"

"Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim."

"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami, Ayub?"

"Boleh, apa salahnya."

Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus
bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah
Tok Kaya Sendi Diraja pernah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang
sumbing mulutnya.

Tempayan itu tidak dibawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air
bunga-bungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak bertemu tempayan itu, perniagaannya
bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor.

Bila ayah Tok Kaya Sendi Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke
mana.

INTERNAL
213
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, Tok Kaya
Sendi Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh semangat untuk menghadapi sebarang
kemungkinan.

Begitu juga dengan Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas
tikar mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening.

Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk, hanya tiga
batang liIin sahaja yang dipasang menjadikan suasana agak samar-samar. Datuk pun duduk lurus-
Iurus.

Mulut datuk terkumat-kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah perkuburan di waktu
petang. Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang kedengaran. Entah dari mana, tiba-tiba terdengar
sayup-sayup suara lolongan anjing.

Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara anjing. Udara
mendadak sahaja menjadi sejuk. Terdengar suara orang mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba-
tiba bangun lalu memandang wajah ibunya.

"Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang," ujar datuk perlahan-lahan tetapi cukup tegas.

Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di hadapan, secara perlahan-lahan muncul
semacam gumpalan kabus, bergulung-gulung dan kemudian menipis pula secara perlahan-Iahan.

Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah menjadi pucat, begitu
juga dengan Norlin. Ada lembaga berbentuk bayi terapung-apung tanpa seurat benang. Matanya
yang bercahaya itu memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ, beralih pula ke
muka Norlin.

"Siapa namamu anak yang baik?" tanya datuk.

"Saya belum ada nama," jawab bayi itu.

Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut, tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema.
Datuk terus merenung ke arah bayi itu.

"Apakah kau yang punya rumah ini?" tanya datuk. Badan datuk saya lihat mula menggigil
bagaikan digoncang oleh sesuatu.

"Kau tinggal menetap di sini?" soal datuk lagi.

INTERNAL
214
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Tidak," terdengar suara gema yang agak jauh.

"Kenapa kau ganggu Norlin?"

"Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja."

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula menggelabah, kemudian terpekik tertahan-tahan. Datuk
memberi isyarat pada semua yang ada di situ supaya bertenang. Tetapi perubahan wajah jelas
kelihatan pada Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.

"Apa pasal kau mahu menemui ibumu?"

"Saya minta dipertanggungjawabkan."

"Maksud mu aku faham."

"Kenapa saya dibunuh?"

"Jadi ibu mu telah membunuhmu?"

"Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya dikeluarkan dari
rahim secara paksa."

Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu terdengar sayup-
sayup dan amat memilukan. Datuk meletakkan kedua belah tangannya atas tempurung lutut.
Salah satu daripada api lilin di hadapannya dipadamkan.

"Kau mahu membalas dendam datang ke sini?"

"Bukan itu maksud saya."

"Jadi apa tujuan mu yang sebenar?"

"Saya memerlukan nama dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum keluarga."

"Baiklah, selain dari aku dan cucu ku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau. Mereka sudah
mengakui kau sebagai keluarga mereka," ujar datuk sambil merenung muka Tok Kaya Sendi
Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri serta-merta anggukkan kepala.

INTERNAL
215
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk mengigit bibir lalu bertanya, "Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang
pernah ditemui oleh cucuku dan orang lain itu?"

Bayi itu kelihatan berpusing-pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan-akan ketawa
menghadapi ke arah kami. Terdengar bunyi angin yang cukup kuat. Semua yang ada di ruang
rumah berterbangan. Walaupun begitu, api lilin yang menyala tidak jadi padam.

"Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenek ku, merekalah yang memberi jalan
kemewahan pada keturunan ayah dan ibu ku. Dan merekalah yang mendesak aku supaya
menemui ibuku yang sebenar." Terdengar gema suara dari arah kiri datuk.

"Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan mereka. Pulanglah,
jangan ganggu kakak mu Norlin," datuk terus bersuara.

"Aku mahu bersalam dengan mereka," minta bayi itu.

"Silakan."

Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak bersalaman dengan
bayi itu. Mereka hanya macam terasa angin yang tenang mengenai jari-jemari mereka. Seperti
waktu mula muncul, bayi itu terus berubah menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis,
dan akhirnya terus menghilang.

Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu. Dengan nada
suara yang parau dan mengandungi maksud tertentu, datuk bersuara,

"Bangunlah wahai hati nurani yang tidak dikuasai oleh nafsu. Bangun dan temuilah kami."

Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok Kaya Sendi Diraja
yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

"Saya tak tahu masa bila dia pengsan," kata Tok Kaya Sendi Diraja.

"Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik," balas datuk lalu menepuk tikar mengkuang
panjang dua belas.

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang matanya
merenung mata datuk.

"Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak dikuasai oleh nafsu?" tanya datuk
pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk. Wajahnya resah tidak menentu.

INTERNAL
216
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kau menggugur anak mu waktu berusia tujuh bulan?" Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.

"Kenapa kau berlaku sekejam itu?"

"Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya. Kemudian
terjadi perkara yang tidak baik, saya terus diam di bahagian atas rumah ini. Apabila genap tujuh
bulan, saya dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini dengan seorang
doktor swasta di Kuala Kangsar."

Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya mengakui apa yang
dikatakan oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Awak berdua sudah melakukan dosa," ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang semua peristiwa buruk itu sudah tidak
menjadi rahsia lagi buat keluarga Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan
mukanya dan dia baru sedar, bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan
terkutuknya.

"Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha Besar lagi
Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kamu
berdua," tambah datuk.

Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya dari belakang.
Saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan. Selepas bercakap, datuk pun mengajak saya ke
biliknya.

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, wajah lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam bilik.
Datuk berhenti di hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.

"Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap," kata datuk pada lembaga itu yang
bergerak ke kanan sambil tersenyum dan terus hilang.

INTERNAL
217
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

30. Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun
menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak diduganya. Kalaulah dia tahu
kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk ke
rumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini
dengan rela hati.

"lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya
kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakan-Nya di muka
dunia tanpa menunggu kita menemui ajal."

Apa yang diperkatakan oleh datuk itu diakui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok
Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci
Mekah.

Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang
hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak
resah.

"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi," tahan Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk
tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah-merahan dari anjung rumah.

"Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu ditengok Tok Kaya."

"Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya."

"Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur, jadi tak boleh tunggu sehari dua."

Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak
tangannya menekan jenang tingkap.

"Saya masih mengharap pertolongan awak. Barangkali inilah pertolongan akhir saya minta," kata
Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk. Tok Kaya Sendi
Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.

"Apa lagi yang mahu saya tolong?"

"Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain."

"Maksud Tok Kaya?"

"Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya."

INTERNAL
218
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok-pokok pisang di dada jalanraya
Ipoh-Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan. Ada sesuatu yang datuk fikir.

Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah
bosan saya tinggal di rumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.

"Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"

"Menghalau penunggu rumah ini."

"Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian, senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi
penunggu turun temurun, memang payah."

"Sebabnya?"

"Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya."

Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada Tok Kaya Sendi Diraja.
Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang
bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja.

Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan
yang diminta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya
dalam hati.

"Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba," datuk memberi harapan. Segaris senyum senang
berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja.

Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan
ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok
Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang urat. Nasibnya cukup baik, dengan
pertolongan Pak Ayub Naim, kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua
diserahkan pada datuk.

Datuk pun melihat ke langit lagi sekali. Dia melihat awan putih yang bergerak lembut ke arah
matahari. Bila sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun
melompat dan bersuara,

"Bawa perasap itu ke tengah ruang."

INTERNAL
219
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan
meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ke tempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap
dengan Tok Kaya Sendi Diraja.

"Di mana kau letakkan benda tu?" tanya datuk.

"Di tengah rumah."

Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata
datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja.

Secara mendadak, saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka
mata dan memandang tepat ke arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil
berkata,

"Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya."

Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru-
biruan.

"Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah," jelas datuk.

"Saya tak tahu."

"Sekarang Tok Kaya dah tahu," ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya Sendi Diraja pun
tersengeh.

Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi.
Bila saya mahu melangkah merapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudah
pun berada dekat saya.

"Duduk," kata datuk.

Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi
Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan
kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah.

Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana
dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada di satu tempat
yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir.

INTERNAL
220
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dari tiang seri rumah terhidu bau yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah
tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun
menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata,

"Ada tanda kejayaannya."

Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat
berbicara dengan penunggu itu dengan perasaan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar
menemui datuk pada tengah malam nanti.

Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu
upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah
dilaksanakan.

Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan
anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu.

"Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini," ujar datuk
dengan tenang.

"Maksud awak?"

"Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal-usulnya dan petua
bagaimana mahu menghalaunya."

"Saya mahu tengok."

"Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu,
dan begitulah sebaliknya."

Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya
Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang.

"Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja," jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.

Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih di bucu katil. Cadar katil
yang berwarna kuning dibentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang-
barang di atas katil. Sekali pandang bagaikan singgahsana raja-raja zaman silam, seperti yang
selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan.

INTERNAL
221
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah
keris tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya disuruh oleh datuk
duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang
berlaku dalam bilik.

Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram.
Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar
bilik.

Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang
sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri.

Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada
kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan
memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu.

Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di
dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil.
Kerana gelap, saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu.

Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap
bertukar menjadi samar-samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu dipanggil
celah-celah tanah.

Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata
kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan
bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah
lutut kanan tersimpuh seorang puteri.

"Apa hajat?" terdengar suara parau.

"Minta tuan hamba keluar dari sini," balas datuk.

"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita
dengan tuan punya rumah asal."

"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf, kami sekadar meminta."

"Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat
baik?"

INTERNAL
222
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Maksud tuan hamba?"

"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami
hidup di sini, sama-sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk."

ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari
katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu.

Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan dipukau kerana secara mendadak saya
terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.

Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat.
Saya membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi
mengisi masa lapang.

Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya. Tetapi datuk tidak
berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab-
kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum-hukum agama Islam.

Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah. Apa
yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya
Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut.

Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ
sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan
tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan ke laut.

Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu-kayu itu dari
sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu-kayu itu dibawa dengan sebuah tongkang dan
mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.

Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal
dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu-kayu itu untuk membuat rumah di Papan
dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan.

Sekitar tahun 70-an, istana papan itu masih wujud lagi dan dijaga oleh anak buah kawan moyang
Tok Kaya Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan
itu telah ditinggalkan untuk kerja-kerja melombong bijih timah.

"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan ke laut?"
tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

INTERNAL
223
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sayang, itu rumah pusaka."

"Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati-hati, jangan membuat kerja yang tak
baik. Tiap-tiap malam Jumaat panggil orang-orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah
bimbang, dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya."

"Apa boleh buat, saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini," keluh Tok Kaya Sendi Diraja
sambil tersenyum.

Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal
dengan peristiwa yang terjadi. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh
datuk.

Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi Selasa, Tok
Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya, pemberian itu ditolak
oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai
sepuluh ringgit.

Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah ke rumah baru, di Jalan
Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang ditinggalkan itu telah disewa oleh Jabatan Pelajaran
Negeri Perak.

Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih perempuan yang gagaI ke Maktab
Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu dikenali oleh masyarakat
setempat sebagai pusat latihan guru-guru normal.

Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu
rumah besar itu kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang.

Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut.
Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru-guru pelatih perempuan yang
tinggal di situ. Bila arahan itu dipatuhi, kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi.

Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus.
Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri
menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke
London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang
Kuala Lumpur.

INTERNAL
224
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya, Norlin menamatkan
pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira-kira
60 km dari London. Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja.

Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang
anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah
perkuburan orang Islam Gurap berhampiran jalan besar Ipoh-Kuala Kangsar.

Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada
nenek yang dirinya kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk
berhari-hari di atas katil.

Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih
banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam
hutan dilupakannya sama sekali.

Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan
membawa ubat-ubat dari akar kayu, ternyata ubat-ubat itu tidak memberikan sebarang kesan
pada datuk.

Saya dan cucu-cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan
dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui, sakit datuk itu
adalah sakit biasa yang akan dialami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat
puluh tahun.

"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana ke mari, dah tua penyakit pula
hinggap," keluh datuk pada suatu petang.

"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.

Datuk ketawa terkekeh. Secara terang-terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu
pertanyaan yang bodoh.

"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak
sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita," jawab datuk.

Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu
dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya
ketawa berdekah-dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya. Bila duduk
berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya.

INTERNAL
225
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang
Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi.
Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara-cara sembahyang
tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan
sembahyang fardhu.

"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap-tiap malam
Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin," datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga
kini masih terpahat dalam hati kecil saya.

INTERNAL
226
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

31. Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul sembilan dia
mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi.

Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan
yang besar. Kedua, suasana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.

"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air
Tawar," begitu datuk menyatakan tujuan utamanya dia mahu pergi ke situ.

"Sekarang kita pergi tok?"

"Tentulah, pergi bersiap," ujarnya.

Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga.
Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas.

Kira-kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju.
Setelah mundar-mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak
banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja.

Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.
Datuk menolak dengan alasan kalau sekadar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau
bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu.

Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing
itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.

"Kau bina rumah di tempat lain, habis cerita," kata datuk.

"Malas nak pindah."

"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh," datuk memberi nasihat.

Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka berdua.
Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegang serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-
dua biji mata kawannya lama-lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.

"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung," cukup bersahaja tekanan
nada suara datuk.

INTERNAL
227
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kawannya tersengeh dan wajahnya bertukar kemerah-merahan menahan rasa malu. Kawan
datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku," sambung datuk lagi.
Kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu ke wajah
kawan datuk.

"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolong, kau dah benci dengan kerja-kerja
menolong orang bukan?"

"Aku tidak pernah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak."

"Salah dugaan aku," keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.

Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah
warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalan raya
menuju ke Lumut.

Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang
bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung.

Akibat kegagalan itu, tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya
selalu diganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan
diri sampai beberapa jam.

"Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?" tanya datuk dengan nada suara menurun. Wajah
kawannya itu direnungnya tepat-tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi di hadapannya.

"Kau aku harapkan menolong dalam hal ini."

"Susah menyambung kerja yang terbengkalai," keluh datuk sambil merenung kosong ke depan
pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi
dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.

"Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku," beritahu datuk pada
kawannya. Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan
sebagai tanda perpisahan.

Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang
mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan, nanti penduduk di

INTERNAL
228
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja-kerja yang
bertentangan hukum agama.

"Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat," pendek saja datuk
memberitahu saya.

Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah
perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja-kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.

"Orang perempuan atau lelaki tok?"

"Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan derhaka pada suaminya
sendiri," beritahu datuk lagi pada saya.

Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak
terlaksana. Bagi datuk, mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.

"Kau ikut aku ke sana." Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.

Suasana di pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. Lopak-lopak
yang terdapat berhampiran bangunan-bangunan kedai di situ ditakungi air akibat hujan yang
memanjang pada sebelah malamnya.

Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung.
Di perhentian bas terdapat kira-kira 10 hingga 15 anak-anak muda menanti bas. Mereka mahu
ke bandar Taiping menonton filem Melayu.

Datuk mula resah, Air kopi sudah habis di cawan. Uda Lodin (kawan datuk) belum juga tiba. Jam
di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu
milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.

"Agaknya, ada aral di jalan," keluh datuk. Saya renung wajah datuk dengan senyuman. Orang silih
berganti keluar dan masuk ke warung. Tiba-tiba datuk menekan pangkal ketiak kanan dengan
tangan kiri.

"Alamat kurang baik," ujar datuk tenang.

"Maksud tok, apa dia?"

"Kalau dia datang, kita tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih tempat. Kalau
pergi juga, susah diri kita."

INTERNAL
229
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Jadi apa yang patut kita buat tok?"

"Tunggu sampai Uda Lodin tiba."

Saya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun sampai dengan
teksi sapu Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin meminta maaf. Menurutnya, dia singgah di
pejabat pos Pantai Remis menemui menantunya yang bertugas di situ.

Dari Pantai Remis, dia naik teksi sapu dan berhenti di pekan Panchur membeli buah kelapa dan
nangka sebagai buah tangan kepada keluarga rumah yang akan ditemuinya.

"Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kira-kira pukul lima petang ni kau tunggu aku di situ
dan kita pergi bersama," kata datuk kepada Uda Lodin.

"Sebabnya?"

"Kau jangan tanya, itu hal aku."

"Di mana kau nak duduk sementara menanti pukul lima?"

Datuk terus membayar harga minuman. Dia merenung muka saya sambil tersenyum. Kemudian,
kami bertiga keluar dari perut warung menuju ke jalan besar.

"Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku datang. Kau nanti
aku di sini."

"Baiklah."

"Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang berbunga sulung serta
tujuh helai daun sirih yang bertemu urat."

"Lagi?"

"Tak ada apa-apa. Kalau kau tak tunggu, aku terus balik."

"Mesti, saya tunggu." Uda Lodin ketawa kecil.

Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air Kuning. Rumah yang kami tuju adalah
sebuah rumah berbumbung limas yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Pendekar Meor
Abdul Rahman, seorang guru seni silat gayung yang terkenal.

INTERNAL
230
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan lamanya. Kami jadi hampa, bila mendapati pintu
dan tingkap rumah itu tertutup rapat. Seorang jiran memberitahu bahawa tuan rumah dan
keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor kerana urusan nikah kahwin anaknya.

Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lalang di Padang Rengas. Tetapi keputusan
itu segera ditukar oleh datuk dengan alasan terlalu jauh. Lantas dia membuat keputusan baru
untuk pergi ke Batu 10 Terung.

Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya tidak membantah. Elok pada
datuk, eloklah pada diri saya, Datuk terus mencari teksi sapu di Pekan Cangkat Jering. Akhirnya,
kami naik teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki India.

Tidak sampai setengah jam, kami sudah berada di rumah Shamsuddin, orang Batu Bara. Dari
percakapan antara Shamsuddin dan datuk, tahulah saya bahawa datuk memang kenalan rapat
pada ayah Shamsuddin dengan menyebut 'Ayah Tandang'.

Sebelum saya bertanya maksud perkataan itu, datuk telah menerangkan 'Ayah Tandang'
merupakan suatu perkataan yang berunsurkan penghormatan tinggi pada orang tua di kalangan
keturunan orang Batu Bara.

Lama juga datuk bercakap dengan Shamsuddin, termasuklah kisah-kisah pengalaman datuk
bersama arwah ayah Shamsuddin. Belayar dari Sumatera membelah Selat Melaka menuju ke
Pengkalan Baharu waktu mula-mula dulu.

"Walaupun datuk kau dan ayah saya datang dari daerah berlainan di Sumatera, tetapi mereka
berkawan baik berdasarkan semangat Bahasa Melayu yang tidak mengenal batas keturunan dan
suku," ujar Tandang Shamsuddin sambil mengerling tajam kepada saya.

Datuk tersenyum sambil berkata, "Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran,
keras kepala dan berani. Saya puji dengan sifat tegasnya."

"Agaknya, memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau," celah Shamsuddin sambil
menyatakan keturunan orang Batu Bara tidak banyak terdapat di Malaysia kecuali di beberapa
kampung di sekitar daerah Dinding (sekarang Manjung) iaitu di Kampung Empat Puluh Pantai dan
Kampung Bharu, Lumut.

Salah seorang daripada orang Batu Bara itu telah meneroka bandar Lumut serta Teluk Rubiah
dan pernah berperang dengan angkatan tentera Siam serta Belanda di Pulau Pangkor.

INTERNAL
231
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Lebih kurang pukul tiga petang, saya dan datuk meninggalkan rumah Ayah Tandang Shamsuddin
dan terus naik bas menuju ke Pekan Terung.

Uda Lodin tidak mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan. Pukul lima setengah
petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala Terung, saya dan datuk pun sampai
ke tempat yang dituju.

Kami menginap di sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan Pengkalan Nelayan. Perkara
pertama yang dilakukan oleh datuk ialah pergi melawat ke tanah perkuburan. Ada beberapa
perkara yang perlu datuk lakukan di situ.

Datuk hampir mahu membatalkan kerja-kerjanya bila diberitahu bahawa kubur orang yang
disyaki dengan kejadian itu dikebumikan di Kampung Terung dan bukan di Kuala Terung.

"Bagaimana?" tanya Uda Lodin.

"Mana dia rumah yang selalu didatanginya?" tanya datuk.

Uda Lodin menunjukkan sebuah rumah yang letaknya tidak jauh daripada tempat saya dan datuk
menginap. Bentuk rumah itu agak sederhana dengan atap rumbia dan berdindingkan papan
lidah. Kedudukannya agak terpencil dengan rumah-rumah yang lain di dalam kampung tersebut.

Saya, Uda Lodin dan datuk terus menuju ke rumah tersebut. Uda Lodin memperkenalkan datuk
kepada tuan rumah yang berkulit hitam manis, berdahi luas dan rambutnya kerinting. Setelah
bercakap beberapa patah perkataan, lelaki itu mempersilakan kami naik ke rumah.

Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki tua yang menjangkau usia 50-an itu ialah;

"Seminggu berapa kali dia datang?"

"Boleh dikatakan pada setiap malam."

"Apa yang dibuatnya?"

"Makan sisa makanan yang lebih di dapur."

"Sejak awak berikhtiar menghalaunya, apa pulak yang awak dapat?"

Lelaki itu terdiam, biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia berkisar duduk sambil memicit dagu
tirusnya berkali-kali. Datuk kerutkan dahi dan Uda Lodin meraba misai tebalnya.

INTERNAL
232
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu," ujar lelaki itu dengan tenang sambil
memberitahu, empat orang anak yang tinggal bersamanya sudah berpindah ke rumah lain.

"Awak kenapa tak pindah?" soal datuk lagi.

"Buat apa menyusahkan orang," sahutnya dengan jujur.

"Apa rancangan awak?" Tanya datuk lagi. Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga bergaris empat.

"Tak ada apa-apa rancangan. Saya bimbang benda ganjil itu sudah mula mengacau orang lain.
Saya takut rumah saya akan dibakar oleh orang yang tidak dapat mengawal perasaan."

"Sebab?"

"Mereka yakin hantu itu adalah isteri saya."

"Kau percaya dengan mereka?" tanya datuk lagi. Lelaki itu nampak resah dan gelisah.

Tanpa ditanya oleh datuk, lelaki itu memberitahu dia juga yakin bahawa hantu yang selalu
mengganggunya itu adalah hantu isterinya kerana setiap kali hantu itu datang, dia pasti
memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara isterinya.

Adakalanya, semua barang-barang di dapur seperti bawang dan cabai berubah tempat, satu
kegemaran yang biasa dilakukan isterinya sebelum meninggal dunia.

"Saya mahu berikhtiar menghalaunya," nada suara lelaki itu lembut tetapi mengandungi harapan
yang besar. Dia nampak resah dan sepasang matanya tertumpu ke wajah datuk dan Uda Lodin.

"Saya bawakan orang yang boleh menolong awak." Kata Uda Lodin sambil menepuk dua kali bahu
datuk yang berada di sebelahnya. Datuk tersenyum.

Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang, lelaki itu menganggukkan
kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin.

"Barang yang aku minta, sudah kau sediakan?" Tanya datuk pada Uda Lodin. Saya lihat Uda Lodin
anggukkan kepala, macam ayam jantan jumpa ayam betina.

"Aku mahu tidur di sini dan kau bawakan barang-barang itu ke sini," beritahu datuk pada Uda
Lodin.

"Rumah yang saya sediakan itu, tak sesuaikah?"

INTERNAL
233
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sesuai. Aku kira di sini lebih baik lagi," jawab datuk dan Uda Lodin pun terdiam.

Uda Lodin pun meninggalkan kami di situ. Uda Lodin pergi mengambil barang-barang yang
disediakannya untuk dibawa ke rumah lelaki itu.

Bila barang-barang tersebut diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju
ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah sembahyang Isyak.

Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak
benar pertanyaan yang diajukan datuk kepada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah
isterinya.

"Saya selalu ke laut. Banyak hal yang berhubung dengan dirinya yang saya tak tahu," kata lelaki
itu jujur. Datuk terdiam dan mati akal.

Kerana setiap kali pertanyaan yang berhubung dengan isterinya disoal, itulah jawapan yang
diberikan oleh lelaki itu kepada datuk.

Akhirnya, datuk membuat kesimpulan bahawa perhubungan lelaki itu dengan isterinya agak
terhad dan penuh rahsia. Ada rahsia-rahsia rumahtangga yang dilindungi oleh si isteri dari
pengetahuan suaminya.

"Tak apalah awak tak tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi masalah ini," datuk memberikan janji
itu kepada lelaki tersebut.

"Memang itulah yang saya harapkan."

"Awak pernah berkelahi dengannya?" tanya datuk lagi.

"Dulu, saya ni memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati tu adalah isteri yang
kelima." Lelaki itu mebuka rahsia.

Datuk menggigit bibir. Secara tidak langsung, dia sudah dapat mengetahui rahsia diri lelaki yang
nampak cemas itu.

"Isteri yang lain tu, ke mana perginya?"

"Semua saya ceraikan. Tetapi dengan isteri yang mati ini saya tak sanggup berbuat begitu."

"Kenapa?"

INTERNAL
234
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya tak tahu. Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya. Ada kalanya, saya jadi bodoh
bila berhadapan dengannya."

"Begitu." Suara datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang pertanyaan terhadap lelaki
itu.

Kerana waktu Maghrib sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air sembahyang di perigi.
Saya lantas memberitahu datuk yang saya lebih senang mengambil air sembahyang bersamanya.

"Kenapa?" tanya datuk.

"Periginya jauh tuk. Saya rasa seram."

"Pergi! Tidak ada benda yang mesti kau takutkan!" Nada suara datuk yang keras sungguh
menghampakan.

Saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila memijak bumi di
tengah cahaya yang sama-samar itu. Lebih menggerunkan, sepanjang jalan menuju ke perigi,
terdapat beberapa pohon jejawi yang besar dan akar berjuntaian.

Angin pun ketika itu tidak bertiup. Beberapa ekor burung gagak liar terbang rendah pulang ke
sarang sambil berbunyi. Bunyi gagak itu saya amat-amati macam bunyi orang mencarik kain
kapan. Saya tahu, kalau saya berpatah balik, tentu datuk naik darah.

INTERNAL
235
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

32. Saya terus melangkah. Langkah saya mati bila seekor kucing hutan melompat di hadapan
saya. Sebelum kucing hutan itu melompat ke dalam hutan, kucing itu merenung saya sambil
membuka mulutnya dengan lebar bersama suara yang nyaring dan kuat.

Hari bertambah gelap. Pondok perigi nampak berbalam-balam di hadapan. Saya berlari dan terus
masuk ke dalam pondok perigi yang berdindingkan tepus tanpa atap. Pepohon rumbia yang
berdiri berdekatan pondok perigi kelihatan kaku dan menakutkan.

Saya terus membaca niat dan membasuh muka. Dengan tiba-tiba saya terhidu bau busuk yang
amat sangat. Serentak dengan itu saya terasa dinding pondok perigi diraba orang dari luar. Saya
resah tidak menentu.

Kemudian saya terasa ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba menjeling kerana keadaan
bertambah kabur, saya tidak dapat memastikan dengan tepat siapakah yang berdiri di belakang
saya. Perasaan saya cukup cemas.

"Orang baru, mahu ambil air sembahyang?" Lubang telinga saya diasak dengan suara orang
perempuan.

Saya terus menoleh ke belakang. Tidak ada apa yang saya lihat kecuali bau busuk yang cukup
hebat. Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari dengan sekuat hati menuju
ke rumah.

"Kenapa?" tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi.

"Ada suara orang perempuan dan bau busuk."

"Tak apa, itu perkara biasa," balas datuk sambil menjeling ke wajah tuan rumah yang berdiri di
sebelahnya. Tuan rumah saya lihat resah tidak menentu.

"Itulah dia!" Tiba-tiba terkeluar dari mulut tuan rumah. Tanpa berlengah-lengah lagi, datuk
mengajak tuan rumah pergi mengambil air sembahyang di perigi.

Saya terpaksa tinggal sendirian di rumah. Bagi menghilangkan rasa takut, saya duduk di atas anak
tangga bongsu sambil menyanyikan lagu "Tudung Periuk". Saya pasti benar rangkap lagu yang
saya sebut lintang pukang. Nada atau iramanya tetap sumbang. Bagi menghiburkan hati yang
takut, saya menyanyi terus.

Saya terdengar ayam di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu. Kucing kepunyaan
tuan rumah lari tidak menentu macam dikejar sesuatu. Suara ayam kian keras dan kemudiannya
hilang.

INTERNAL
236
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya mula tercium bau busuk. Macam ada kelibat manusia melintas di depan saya. Dan saya lihat
lampu minyak tanah terpasang dengan sendirinya di ruang tengah. Daun tingkap tertutup dengan
sendirinya.

"Awak siapa? Apa hajat? Aku rasa, adik beradik aku dan suami aku, tak mempunyai saudara mara
macam muka kamu." Saya terdengar suara orang perempuan dalam rumah.

Saya terdiam. Kemudian saya terdengar bunyi pinggan mangkuk dan periuk berlaga sesama
sendiri di bahagian dapur, macam orang mencari sesuatu. Saya juga terdengar suara perempuan
merungut sesuatu. Bau busuk bertambah hebat.

Hari bertambah gelap. Saya tidak sedar bila datuk dan tuan rumah berada di depan saya.

"Nak, mari kita sembahyang," kata datuk. Saya memberitahu datuk tentang bau busuk dan
peristiwa yang saya alami. Datuk tidak peduli.

Saya dan tuan rumah terus sembahyang maghrib berimamkan datuk. Aneh, setelah memberi
salam terkahir, bau busuk sudah tiada lagi. Datuk menyuruh tuan rumah turun ke dapur melihat
periuk dan pinggan mangkuk. Tuan rumah patuh dengan perintah datuk.

"Baki nasi saya habis dimakannya, dia membasuh pinggan mangkuk yang kotor," dengan wajah
yang tenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah memeriksa barang-barang di dapurnya.

"Kalau begitu, kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus ini ke dalamnya,"
ujar datuk sambil memberi batang tepus yang sudah dipotong sedikit.

Tuan rumah terus memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila semuanya sudah siap, saya
dan tuan rumah makan. Atas permintaan datuk, nasi di bahagian atas ditinggalkan dalam periuk.

Lebih kurang pukul dua pagi, datuk pun mengejutkan saya dari tidur. Datuk menyalakan api pada
sebatang lilin. Uda Lodin yang datang ke rumah itu lepas waktu Isyak juga dibangunkan oleh
datuk dari tidurnya.

Tuan rumah yang tidur dekat tiang seri, tidak dikejutkan oleh datuk. Dengkur tuan rumah cukup
keras. Datuk terus bertafakur setelah mengenakan baju hitam, seluar hitam ke badan serta
melilitkan kepalanya dengan kain merah sebesar dua jari.

Kemudian dia menyuruh saya mengatur tujuh helai daun sirih di muka pintu. Dia juga menyuruh
Uda Lodin meletakkan batang tepus dalam keadaan selang seli di pintu dapur. Datuk pun
menepuk dahi tuan rumah sebanyak tiga kali dan meraba urat lehernya.

INTERNAL
237
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Apa yang awak buat padanya?" Soal Uda Lodin pada datuk.

"Saya pukau dia supaya tidur terus," jawab datuk pendek sambil memperkemaskan silanya.

Datuk menyuruh kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan mengambil periuk yang berisi
nasi lalu meletakkannya di tiang seri.

Suasana malam itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa menyentuh kulit muka dan badan. Sekali sekala
angin bertiup dengan kuatnya di luar menggugurkan dahan-dahan pokok yang mati. Suara
jampok tidak kedengaran, suara burung hantu juga begitu, kecuali suara itik dan ayam di reban,
macam melihat sesuatu.

Bau busuk mula menusuk ke lubang hidung. Datuk terus membuka pintu. Dalam jarak tiga atau
empat kaki dari muka pintu, datuk membentang kain hitam yang berbucu tiga.

Datuk duduk bersila di situ. Sebatang lagi lilin datuk nyalakan. Lilin yang baru dibakar sumbunya
itu datuk letakkan betul-betul di tengah pintu.

Datuk terus bertafakur. Dia membaca sesuatu. Secara mendadak, api lilin di tengah pintu padam.
Bunyi tapak kaki orang melangkah jelas kedengaran. Datuk bangun sambil memeluk tubuh.

"Siapa?" Terdengar suara perempuan.

"Tetamu suami kamu." Jawab datuk.

"Apa halnya?"

"Saja datang."

"Aku nak masuk ke rumah. Lalu kau dari situ."

"Masuklah, ini rumah kamu, tapi nyalakan api lilin yang padam." Selesai sahaja datuk bercakap,
Api lilin yang padam terus menyala.

Bau busuk bertambah kuat. Muka saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan cium. Ternyata
muka saya dilekati lumpur dari kubur. Baunya juga cukup busuk.

Bunyi tapak kaki orang melangkah kian kuat. Dengan pertolongan cahaya lilin, saya melihat satu
lembaga memakai kain putih yang sudah koyak dan penuh lumpur.

INTERNAL
238
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kain kapan," kata hati saya. Lembaga itu bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Lalu
secebis kain kapan yang busuk dicampakkan kepada saya. Bentuk mukanya tidak dapat saya lihat
dengan jelas.

"Aku lapar," saya terdengar lagi suara perempuan.

"Makanlah," sahut datuk.

Saya lihat periuk nasi bergerak dan saya terdengar suara orang mengunyah sesuatu. Saya
menggigit bibir. Uda Lodin menekup lubang hidungnya dengan tangan.

Dalam cahaya yang samar-samar itu juga, saya melihat lembaga yang berkain kapan kotor
menghampiri suaminya. Duduk mencangkung di situ sambil meraba-raba pipi dan rambut
suaminya. Perempuan itu menangis tersedu-sedu.

Darah saya tersirap kerana jari jemari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi. Hanya tulang
jari dengan kuku yang panjang jelas kelihatan berlari-lari atas pipi dan tengkuk suaminya.
Beberapa daging lengan dan pahanya yang sudah reput jatuh ke lantai.

Datuk terus melompat dan memukul belakang perempuan itu dengan batang tepus tujuh kali.
Datuk juga menyuruh Uda Lodin memasang api pada pelita minyak tanah.

Bila pelita sudah dipasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya sudah berlubang,
daging pipinya jatuh satu persatu ke lantai, macam habuk kayu yang baru diketam. Giginya masih
kuat dan kelihatan putih bersih. Saya tidak sanggup memandang wajah yang amat menakutkan
itu.

"Apa yang kau lakukan pada suamimu?" tanya datuk.

Perempuan itu tidak menjawab. Dia berjalan ke arah periuk nasi. Kedua belah kakinya
dikangkangkan dan periuk nasi itu betul-betul berada di celah kangkangnya. Beberapa ketul
daging yang buruk di bahagian punggung jatuh ke dalam periuk tersebut.

Dengan beberapa saat, periuk itu diberikan kepada suaminya. Macam ada suatu kuasa yang luar
biasa, suaminya bangun lalu memakan nasi itu dengan lahapnya, kemudian suaminya tidur
kembali.

"Kau berikan suamimu nasi tangas?" Tanya datuk.

"Ya, saya sayangkan dia, saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak mencari betina lain."

INTERNAL
239
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Perbuatan ini dikutuk tuhan dan berdosa besar!"

Perempuan itu tidak menjawab. Dia terus duduk merenung wajah suaminya sambil memukul-
mukul dadanya.

"Dari siapa kau dapat ilmu ini?" Soal datuk.

Perempuan itu tetap membisu. Datuk pukul lagi hingga perempuan itu mengakui bahawa dia
menuntut ilmu dari seorang perempuan tua yang memang menaruh dendam pada lelaki.

Menurutnya, perempuan itu memang seorang perempuan yang baik. Tetapi lakinya yang kuat
berjudi itu selalu memukulnya bila kalah main judi dan kemudian dia dimadukan oleh lakinya
dengan seorang perempuan.

Mulai dari hari itulah dia mencari ilmu nasi tangas untuk dikenakan pada suaminya. Hingga
suaminya jadi bodoh dan tidak boleh membilang hingga ke sepuluh kecuali ditunjuk atau diajar
olehnya sendiri.

Datuk terdiam. Saya dan Uda Lodin berpandangan sesama sendiri. Saya lihat datuk membuka
kain yang melilit kepalanya. Datuk membuka bajunya dan menyarungkan ke tubuhnya dalam
keadaan terbalik.

"Kau tahu, perbuatan mu salah dengan ajaran agama, dan kau tidak diterima bumi. Roh kau
ditolak ke dunia merayau-rayau selama empat puluh hari sebelum dihumban ke neraka."

"Saya tidak tahu."

"Suami kau seorang lelaki yang baik. Kenapa kau buat perkara ini?" Soal datuk lagi.

Perempuan itu diam. Dia cuba bangun dan mahu menerkam ke arah datuk. Cepat-cepat datuk
memukul badannya dengan batang tepus. Ternyata pukulan itu tidak mendatangkan kesan.

Dia membuka kain kapannya lalu melemparkannya kepada datuk. Datuk menahan dengan kedua
belah tangannya hingga kain kapan itu berbalik semula kepadanya.

Datuk kemudian membaca beberapa potong ayat suci sehingga perempuan yang sudah tinggal
rangka itu terperosok ke tepi dinding sambil menutup mukanya. Dia kelihatan takut dan cemas
sekali.

"Roh engkau tidak akan diterima Allah selagi kau tak minta ampun dan maaf pada suamimu."

INTERNAL
240
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Engkau siapa yang menyuruh aku berbuat begitu?" Balas perempuan itu dengan kuat. Datuk lalu
mengambil sebatang lagi tepus lalu menekan ke dada perempuan itu.

"Engkau syaitan, engkau syaitan!" Ujar datuk sambil membaca beberapa ayat suci lagi. Ternyata
hantu perempuan itu tidak mahu mengaku kalah.

Barangkali, rasa sabar datuk telah hilang. Datuk terus menepuk kedua belah tangannya.
Perempuan itu menjerit macam kena sesuatu yang panas terus bersuara minta ampun dari
suaminya.

Bila suara jeritan perempuan itu hilang, Semua pelita dalam rumah padam. Bila dinyalakan
semula, perempuan itu sudah hilang. Datuk menepuk dahi suaminya tiga kali sambil mengurut
lehernya. Suaminya tersedar dari tidur.

Dengan nada suara yang keras, datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita yang padam.
Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding rumah. Saya lihat Uda Lodin
membongkokkan badannya sambiI menekan perut.

"Kau sedar apa yang berlaku?" tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari tidur.

Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua yang terjadi pada
lelaki tersebut. Lelaki itu mengeluh panjang.

"Masa isteri kamu mahu mati, apakah perkara ganjil yang kau nampak yang terjadi padanya?"
datuk mengajukan pertanyaan. Lelaki itu terdiam memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum
sambil merenung tajam ke arah datuk.

"Tak ada yang ganjil cuma..." lelaki itu berhenti bercakap. Dia menelan air liur. Saya dan datuk
berpandangan dan lelaki itu menyambung kata-katanya,

"Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat."

"Siapa yang cakap?" tanya datuk.

"Anak-anak saya."

Datuk tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda Lodin. Datuk pun
segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam keadaan cemas.

Perkara pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah memegang buah betis kakinya dan
mengurut-urut dengan perlahan-lahan. Usaha datuk tidak mendatangkan sebarang kesan.

INTERNAL
241
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ambilkan aku sehelai sirih," datuk mengeluarkan perintah.

Barang yang datuk mahu, saya adakan. Datuk melipat daun sirih menjadi tujuh bucu dan
diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu bagaikan kena bahang panas.
Dari celah-celah jari datuk keluar asap menipis naik bersama bau kemenyan.

Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta
merta hilang. Daun sirih yang dilekapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus
meramas-ramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiri, daun sirih masih lagi elok dan segar.

"Kau kena badi hantu perempuan," datuk memberitahu Uda Lodin yang pucat lesi itu.

Datuk mengurut-urut bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali merah. Datuk
menyuruh Uda Lodin melakukan senaman kucing mencangkung.

"Bagaimana rasanya?" tanya saya pada Uda Lodin.

"Baru terasa segar sedikit."

"Kau baca ayat ini," datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf jawi pada Uda Lodin.
Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki itu masih terpaku duduk di sudut dinding.
Barangkali dia memikirkan sesuatu.

"Ada berapa anak kau?" dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan. Saya segera duduk di
sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu.

"Empat orang, semuanya lelaki."

"Ada di mana?" saya gatal mulut bertanya.

"Semua dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk menyewa di
Kampung Pandan," terang lelaki itu dengan jujur.

Datuk segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya saya berhenti dari
mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu. Uda Lodin terus menggeliat.

Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam yang bertiup di luar melanggar dedahan pokok
getah yang melahirkan bermacam-macam bunyi. Saya menguap dan mata terasa cukup
mengantuk.

INTERNAL
242
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Masih dinihari lagi. Baiklah kita tidur," kata datuk.

Dan saya secara tiba-tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus merebahkan badan dengan
harapan saya akan terlena dan akan membuang air kecil pada waktu subuh.

Ternyata rancangan saya tidak berjaya. Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Seluruh pangkal
pinggang saya terasa sakit. Saya mencapai pelita dan terus ke bahagian dapur untuk buang air
kecil.

Selesai buang air kecil, saya melangkah untuk masuk ke ruang tengah. Kaki kanan saya tersepak
sesuatu. Pelita pun saya rendahkan. Dengan pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat
seketul tanah merah bersama secarik kain putih yang ada kesan darah kering.

Bila kain dan tanah itu saya dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan. Cukup
busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkuk saya mula meremang.

Saya meletakkan pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk. Tetapi,saya
tidak dapat tidur. Macam-macam bunyi saya dengar di Iuar. Macam ada bunyi tapak kaki orang
melangkah dan memijak sesuatu di bawah rumah.

Saya juga terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan kuatnya. Saya cuba bangun
untuk melihat dari tingkap. Datuk segera memegang dan menekan bahu kanan saya. Dia
memaksa saya tidur.

"Orang curi ayam tok."

"Bukan."

"Kalau bukan, kenapa ayam di reban berbunyi?"

"Kau tidurlah, jangan banyak cakap."

Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena. Sedang asyik dibuai
mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang subuh. Uda Lodin terus jadi imam
sembahyang subuh.

Bila matahari terbit di kaki langit, saya dan datuk pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak
saya pergi ke reban ayam kepunyaan lelaki tuan rumah itu.

Saya terkejut besar bila terpandangkan beberapa ekor ayam mati dengan tali perutnya berjela-
jela keluar. Saya Iihat bahagian perut ditebuk dengan kuku.

INTERNAL
243
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila datuk memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui beberapa cebisan kain putih
yang ada kesan darah kering dan tanah merah. Sedang datuk asyik membelek-belek ketul tanah
dan kain putih itu, lelaki tuan rumah menghampiri datuk.

"Setiap kali benda tu datang, habis perut ayam di makannya," ujar lelaki itu dan datuk angguk
kepala.

Datuk meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung panjang. Datuk
mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua kuali, periuk dan nasi berselerak.

Lebih kurang pukul sepuluh pagi, beberapa orang penduduk setempat datang menemui datuk.
Mereka bercerita pada datuk, sejak berlakunya peristiwa aneh di kampung tersebut, banyak
ayam peliharaan mereka mati akibat ditebuk perutnya oleh makhluk aneh itu.

Manakala bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena geledah. Nasi yang tinggal
di periuk habis dimakan oleh makhluk ganjil itu. Biasanya periuk yang sudah disentuh oleh
makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan lagi. Meninggalkan bau yang cukup busuk.

Macam selalu, datuk memberikan janji untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut.
Datuk juga meminta mereka supaya jangan melakukan sesuatu terhadap lelaki yang isterinya
menjadi makhluk ganjil.

"Semuanya terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain yang membuat salah
dan orang lain pula yang menerima hukuman," kata datuk memberitahu mereka.

Ternyata keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan mereka pun pulang.

Selepas sembahyang Zohor, datuk dan saya dengan ditemani oleh Uda Lodin terus menemui Ahli
Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Mengadakan mesyuarat kecil di dewan orang ramai.

Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung bersetuju menyerahkan pada datuk untuk
mengatasi masalah yang menimpa kampung. Mereka berjanji akan memberi sebarang
pertolongan sekiranya datuk memerlukan pertolongan.

INTERNAL
244
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

33. Bila mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan kampung
sembahyang Asar di surau. Datuk jadi imamnya. Dari surau kecil, kami pun menuju ke tanah
perkuburan. Lelaki malang itu terus menunjukkan kepada datuk, kubur isterinya.

Seluruh kawasan kubur isteri lelaki itu diperiksa. Tidak terdapat sebarang keganjilan. Nisan yang
dibuat dari kayu teras berbentuk bunga rebung tetap utuh di bahagian kepala dan kaki. Pokok
puding tetap hidup subur.

Uda Lodin terus menguis-nguis dedaun getah kering yang menumpuk tanah perkuburan itu
dengan ranting getah. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan kampung meminta diri
untuk pulang kerana urusan masing-masing.

Matahari petang kian menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa sunyi. Dua kali saya
mengajak datuk pulang, datuk tak mahu pulang. Dia masih mahu mencari sesuatu di situ.

Uda Lodin terus membersihkan kubur dan lelaki yang kematian isteri itu termenung di pangkal
getah.

"Pukul berapa sekarang?" tanya Uda Lodin pada datuk.

Cepat-cepat datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung muka Uda Lodin.

"Lebih kurang pukul empat setengah," kata datuk pendek.

Lelaki yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju ke bahagian batu nisan di
bahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun kering yang terdapat di situ.

"Lubang," katanya.

Saya segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu kaki bulat. Bila saya
mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan menolak saya ke tepi.

Kerana hari sudah beransur gelap, saya tidak dapat mengagak berapa dalam lubang itu. Datuk
mahu menimbus lubang, namun hasrat datuk tidak terlaksana kerana kami tidak membawa
cangkul. Uda Iodin menutup lobang itu dengan daun-daun kayu kering.

"Dah berapa lama isteri kamu meninggal?" mendadak saja datuk menyoal lelaki itu.

Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan pepohon keduduk
dan anak-anak getah yang terpegun dalam kesamaran senja yang kian gelap.

INTERNAL
245
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut. Saya takut melihat batu-batu nisan yang terpacak.

"Hari ini genaplah 44 hari," jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya terdengar pokok-pokok kecil
di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang.

Saya menoleh ke arah bunyi itu. Disebabkan suasana bertambah gelap, saya tidak nampak
samada pokok-pokok di situ bergoyang atau tidak.

Saya juga mula terdengar bunyi orang mencarik-carik kain dan bunyi papan kena ketuk.
Semuanya datang dari arah hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila bunyi itu hilang, saya
terdengar bunyi suara orang perempuan menangis.

Pada mulanya saya mengira semuanya berpunca dari perasaan saya yang takut. Bila Uda Iodin
sendiri memberitahu saya bahawa dia juga mendengar seperti apa yang saya dengar, ternyata
saya tidak berkhayal. Satu kenyataan yang berlaku di depan mata yang tidak boleh dilihat.

"Ada macam-macam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya," lelaki kematian isteri
menyatakan pada datuk dan saya.

Datuk diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat datuk. Kemudian datuk
pun mengajak kami pulang.

Sepanjang jalan pulang, kami terdengar bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila
direnung ke belakang, tidak ada apa-apa yang kelihatan.

Kami berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke rumah tempat dia
menginap. Kami meneruskan perjalanan.

Datuk bagaikan tahu yang langkah kami diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat
dilihat. Datuk menyuruh kami berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat pokok besar, datuk
suruh kami bersembunyi di balik pokok itu.

"Dah dekat waktu Maghrib ni," kata datuk yang juga bersembunyi di balik pokok besar.

Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati pangkal. Daun itu datuk genggam sambil
membaca sesuatu. Datuk pun memberikan daun itu kepada kami.

"Kalau kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu. Kemudian kamu gigit
pangkalnya dan renung ke depan."

INTERNAL
246
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Arahan yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang saya lihat amat
menakutkan. Saya nampak satu lembaga berjalan terloncat-loncat. Bahagian bawah lembaga itu
tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan meloncat di atas awang-awangan.

Bahagian atas atau kepala lembaga itu menajam ke atas. Kain putih yang membalut tubuh
lembaga itu sudah koyak, penuh dengan darah kering dan selut tanah merah. Lembaga itu
menoleh ke arah kami. Bahagian mukanya sudah hancur.

Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal kelihatan menggerutu
macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke depan. Hidungnya sudah tiada tetapi giginya
masih kukuh dengan rambut hitam terurai atas bahu.

Lembaga itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis dan sekejap macam
suara orang mengeluh. Serentak dengan itu, terdengar bunyi suara gagak dan burung tukang
sayup-sayup bertingkah dengan bunyi suara burung puyuh jantan. Suasana terasa amat
menyeramkan.

Lembaga itu terus meloncat ke depan tanpa menoleh ke arah kami lagi. Datuk pun meminta daun
serunai laut dari kami. Daun itu datuk genggam dan terus ditanam ke dalam tanah. Dua kali datuk
melangkah kawasan yang sudah ditanam dengan daun serunai laut tersebut.

"Itulah isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia tidak akan aman. Tetap
berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat," beritahu datuk pada lelaki itu.

Saya menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya nampak berubah
mengundang rasa kesal yang amat sangat. Belum pun sempat lelaki itu memberi sebarang
jawapan, datuk terus mengajak kami pulang.

Datuk mengajak lelaki itu bersembahyang Maghrib di surau. Lelaki itu menolak dengan alasan
kepalanya terasa pening. Jadi, saya dengan datuk terus ke surau. Sesudah mengambil air
sembahyang di kolah, saya terserempak dengan Uda Lodin di kaki tangga surau.

Atas permintaan orang-orang kampung, datuk terus jadi imam untuk sembahyang Maghrib, jadi
tugas datuk bersambung lagi. Waktu sembahyang Isyak, mereka juga minta datuk jadi imam.
Permintaan itu tidak datuk hampakan.

Selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk bercakap sesuatu dengan ketua kampung. Entah
apa yang mereka cakapkan saya tidak tahu. Tetapi selesai bercakap, ketua kampung terus bangun
dan bercakap dengan lantang.

INTERNAL
247
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya minta orang yang ada di sini mengikut saya ke rumah orang yang mati isteri bersama orang
tua ini," ujar ketua kampung sambil menuding jari kelingkingnya ke arah datuk.

Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang
yang diperintah itu segera keluar dari perut surau. Beberapa saat kemudian, orang yang
diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam
surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga surau.

Angin malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di tengah surau lalu dibawa
turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun.

"Kita ke sana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu saya minta orang yang ada
ini membaca surah Al-fatihah dan Qulya di dalam hati. Jika ada sesuatu yang ganjil, jangan tegur
atau direnung."

Tiba-tiba semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin padam dengan
sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam gelap malam mengenai tubuh badan
orang yang berkumpul. Suasana menjadi gawat.

Datuk pun menekup kedua belah telinganya dengan tapak tangan. Bila datuk menjatuhkan kedua
belah tangannya seperti sediakala, bau busuk mula menerpa ke dalam lubang hidung orang ramai
bersama dengan bunyi suara orang ketawa yang amat memanjang. Bunyi bergegar, bagaikan
digoyang oleh satu tenaga yang amat kuat.

Lampu gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelip-kelip datang menuju ke
arah kami. Cahaya yang keluar dari punggung kelip-kelip itu menerangkan sebahagian daripada
halaman surau. Datuk membuka kain ikat kepalanya lalu mengibas ke arah kelip-kelip itu hingga
kumpulan kelip-kelip itu berpecah dan hilang.

Beberapa orang yang berkumpul di halaman surau terus menghilangkan diri. Kumpulan yang
berjumlah lebih dari dua puluh orang itu menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kira-kira lima orang.

Datuk tersenyum, dia tahu kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Tidak
sanggup berhadapan dengan percubaan dari syaitan.

"Kita bergerak sekarang," kata datuk.

Kumpulan yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya berjalan dengan
tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain.

INTERNAL
248
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Lebih kurang setengah rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang dari kumpulan
itu melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar setinggi pokok kelapa berdiri di
halaman rumah lelaki itu.

"Begini, saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak sanggup bersama
saya, sila beritahu saya," kata datuk.

Uda Lodin muncul di depan datuk bersama ketua kampung. Mereka menyatakan tidak sanggup
untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk membenarkan mereka pergi. Tinggallah saya
bersama datuk dan seorang penduduk kampung yang bernama Kamal.

Kami meneruskan perjalanan dan masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu. Sebaik saja berada
di depan tangga rumah lelaki itu, Kamal terus jatuh pengsan sesudah dia melihat wajah seorang
perempuan yang amat hodoh memangku kepala lelaki di muka pintu.

Datuk terpaksa mengeluarkan sehelai daun sirih dari saku baju sebelah kiri. Daun sirih itu
dikunyah-kunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan daun sirih itu ke muka Kamal
sehingga Kamal sedar dari pengsannya.

"Kau makan daun sirih ini," datuk menghulurkan secebis daun sirih lain kepada Kamal. Kamal
terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah.

"Apa rasa kau, ada rasa takut?" soal datuk lagi.

"Tak ada," jawab Kamal. Serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di muka pintu terus ghaib.

Hanya yang tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian pipi dan pangkal
leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu, datuk segera melarangnya.

"Jangan disentuh, nanti kau kena badinya," kata datuk.

Saya terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Lelaki yang kelihatan lesu
itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke tanah. Datuk membiarkan lelaki itu terkapar di
halaman.

Dengan pertolongan sinar gasolin, saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi dia tidak berdaya.
Datuk dan saya serta Kamal terus masuk ke bawah rumah. Dalam beberapa saat, lembaga
perempuan itu muncul dan cuba menghampiri lelaki yang terkapar di halaman.

Lelaki itu cuba menjerit. Suaranya tidak keluar. Lelaki itu cuba bangun tapi ternyata dia tidak
berdaya. Datuk menepuk bumi dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali. Lembaga dengan wajah

INTERNAL
249
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

yang amat menakutkan itu merenung ke arah kami. Saya dan Kamal tidak sanggup
memandangnya, segera merenung ke arah lain.

Datuk bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu berhadapan antara satu
sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk berkumat-kamit membaca sesuatu.

Lembaga itu bagaikan ditekan oleh sesuatu kuasa segera sujud di kaki datuk. Datuk tidak ambil
kisah lalu mengambil tanah dan dikepal-kepalnya tanah itu dengan tangan.

"Dari tanah asal mu, ke tanahlah kembali mu," suara datuk cukup lantang.

Tanah yang dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu jeritan yang amat
menakutkan berlaku di malam yang sepi. Lembaga itu hilang dan tempatnya segera digantikan
dengan beribu-ribu kelip-kelip sambil mengeluarkan cahaya yang amat terang.

Kelip-kelip itu berkumpul dan memanjang naik ke udara. Datuk segera menyuruh Kamal
mengambil cangkul dan kami bertiga meredah malam menuju ke tanah perkuburan.

Saya membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan yang kami temui siang
tadi. Datuk tanpa membuang masa terus merebut cangkul dari tangan Kamal. Lubang yang
terpelohong segera datuk timbus.

Sebaik saja lubang ditimbus, terdengar suara ribut yang amat kuat, dahan-dahan kering
berjatuhan. Batu nisan di perkuburan saya lihat bagaikan bergerak-gerak.

Bila suara ribut hilang, tanah perkuburan kelihatan terang dari cahaya kelip-kelip yang datang
beribu-ribu banyaknya. Saya terdengar suara orang menangis.

"Kita pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat," kata datuk dan kami
pun terus pulang.

Waktu kami sampai di rumah lelaki itu, hari sudah subuh. Lelaki malang itu masih terkapar atas
tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih.

"Kau ampunkanlah dosa isteri mu," bisik datuk pada lelaki itu.

"Saya bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya," terang
lelaki itu dengan jujur.

Hari beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki itu ke perigi lalu
memandikannya.

INTERNAL
250
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk membasuh kepala dan muka lelaki itu dengan air daun pisang dara. Datuk juga
membasuhkan seluruh tubuh lelaki itu dengan air bunga tujuh jenis dan tujuh warna. Kedua belah
tapak kaki dan tangan lelaki itu dibasuh oleh datuk dengan air tanah liat.

Akhirnya, datuk menjiruskan air penawar dari kepala ke kaki lelaki itu, datuk merimbaskan badan
lelaki itu dengan kain hitam sebanyak tiga kali. Dengan penuh teliti, datuk menyarungkan kain
pelikat ke badan lelaki malang itu dalam keadaan terbalik. Cara menyarungnya juga agak ganjil
iaitu, dari kepala ke kaki.

Datuk membawa lelaki tersebut pulang ke rumahnya. Datuk minta lelaki itu baring di muka pintu
dan datuk meletakkan batang tepus atas dada lelaki itu. Datuk berdiri di anak tangga terakhir
sambil matanya menatap wajah lelaki itu.

"Kau sekarang bangun perlahan dengan tangan kiri kau menolak batang tepus hingga ke hujung
kaki," kata datuk dan lelaki itu patuh dengan apa yang dikatakan oleh datuk.

"Sekarang, tak ada suatu apa pun yang mesti kau takutkan. Tugas aku sudah selesai," beritahu
datuk pada lelaki itu sambil melangkah ke dalam perut rumah.

Datuk duduk di tiang seri, menyandarkan badannya. Saya bersandar dekat dinding. Matahari pagi
kian meninggi, sudah masuk pukul sepuluh pagi.

Saya kira bila kerja datuk sudah selesai tentu dia akan pulang. Paling lewat tiga atau empat petang
kami akan meninggalkan Kuala Terung, fikir saya dalam hati.

Lelaki yang sudah diubati oleh datuk terus menghidangkan kopi pada saya dan datuk. Lelaki itu
sendiri menuangkan air kopi ke dalam cawan.

"Minumlah. Pisang goreng belum masak," ujar lelaki itu.

Datuk senyum. Saya terus menghirup kopi. Tiba-tiba saya tersedak. Air kopi bersembur ke atas
lantai.

"Kenapa?" suara datuk keras.

Biji matanya terbeliak merenung wajah saya. Hati saya jadi kecut bila datuk memandang
demikian.

"Kopi ni panas tok," ujar saya.

INTERNAL
251
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kalau dah tahu panas, kenapa kau telan. Apa kau tak boleh tunggu sampai air itu sejuk?" tekanan
suara datuk cukup keras dan meninggi.

Wajahnya masam. Saya tahu, datuk memang tidak senang dengan perangai gelojoh saya itu.
Datuk mahu saya menjadi manusia yang penuh sopan santun, bila menghadapi hidangan
terutama sekali bila berada di rumah orang.

"Tak apalah tu. Tapi Kamal mana dia?" tanya lelaki itu sambil menyapu air kopi yang tumpah di
lantai dengan kain buruk.

"Dia terus balik," jawab saya.

"Oh begitu, saya tak sedar. Uda Lodin juga tak nampak batang hidungnya," tingkah lelaki itu lagi.

"Uda Lodin tu penat," datuk bersuara tenang.

Lelaki itu tersenyum. Tanpa memberitahu saya dan datuk, lelaki itu terus ke dapur. Datang
semula sambil membawa sepiring pisang goreng. Kami pun makan bersama. Memang sedap
makan pisang goreng panas bersama air kopi.

Bila sarapan pagi sudah selesai, datuk menghampiri lelaki yang isterinya menjadi hantu itu sambil
berkata,

"Kau ampunkan dosa isterimu?"

"Saya ampunkan."

"Kalau begitu, malam ini kita adakan majlis tahlil."

"Saya tak ada wang."

"Aku beri kau wang," nada suara datuk cukup tegas.

Datuk seluk saku dan mengeluarkan wang. Dengan wajah yang agak cemas, lelaki itu menerima
wang pemberian datuk. Saya juga hairan dari mana datuk memperolehi wang. Setahu saya
sewaktu datang dulu, datuk tidak banyak membawa wang.

Saya segera menghampiri datuk dan terus bertanya dari mana dia dapat wang. Datuk
menerangkan pada saya, bahawa wang yang diberikan pada lelaki itu adalah daun-daun kering.
Dalam tempoh tertentu, wang itu akan jadi daun kembali.

INTERNAL
252
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kenapa tok buat begitu?"

"Untuk menolong orang susah."

"Rugilah orang yang menjual barang padanya."

"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang bunian isteri aku
akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual barang tersebut."

Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk bagaikan
berahsia dengan saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada dirinya. Dia hanya menunjukkan
kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa diduga atau dijangka oleh sesiapa. Berdasarkan
pada itulah saya lebih senang mengikutinya walau ke mana-mana.

Majlis tahlil pun berlangsung di rumah lelaki itu. Lima belas orang telah hadir. Datuk sendiri jadi
tukang masak dan membacakan doa. Bila acara majlis itu selesai, datuk memberitahu pada orang
yang datang itu bahawa apa yang berlaku itu adalah petunjuk dari Allah untuk renungan manusia
yang masih hidup.

"Jadikanlah ini sebagai contoh dan tauladan. Allah dapat menunjukan kebesaran dan kekuasaan-
Nya pada bila-bila masa," nada suara datuk menurun.

Orang yang berada dalam rumah terpegun. Tumpukan perhatian pada cakap datuk.

"Jika kamu sayangkan isteri kamu, cuba elakkan atau kawal diri mereka dari jadi penderhaka pada
kamu. Isteri yang derhaka pada suami, tidak akan mencium bau syurga."

"Tetapi, suami akan berdosa besar, kalau menggunakan taat setia seorang isteri untuk mencari
kesempatan," datuk mengakhiri cakapnya.

Bila semua tetamu malam itu pulang, saya dan datuk mengambil tempat di ruang hadapan untuk
tidur. Lelaki itu tidur dalam bilik, manakala Uda Lodin tidur di rumah lain.

Uda Lodin bimbang kalau dia tidur di situ, pengalaman ngeri yang dilalui akan terulang lagi. Lebih
kurang pukul dua belas malam, lelaki itu mengejutkan datuk. Saya secepat kilat bangkit dari
baring.

"Ada apa?" tanya datuk.

"Bagaimana cara saya nak ampunkan isteri saya?"

INTERNAL
253
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Humm..." datuk garu pangkal kening.

"Saya termimpikan dia menangis di atas tanah lapang," ujar lelaki itu lagi.

Saya sandarkan badan ke tepi dinding. Datuk pun menyoal lelaki itu waktu bila dia mengalami
mimpi itu. Apakah masa dia mahu tidur tadi badannya bersih dan ada membaca ayat-ayat suci.

"Masa saya masuk tidur, saya ada air sembahyang. Sebelum tidur saya membaca ayat Kursi," jelas
lelaki itu.

"Isteri kau mengharapkan keampunan dari kau?"

"Apa yang mesti saya buat?" tanyanya lagi.

Datuk bangkit dari tidur. Datuk berjalan di kawasan ruang itu dua tiga kali. Suasana malam cukup
sepi.

"Kau pergi ke kubur isteri mu tujuh pagi. Bacakan surah Yassin. Setiap kali kau sembahyang
subuh, berdoalah pada Allah minta dosa isteri kau diampunkan," itu nasihat datuk pada lelaki
malang itu.

"Saya buat. Saya mahu rohnya tenang dan damai. Saya ampunkan dosanya," kata lelaki itu. Dia
pun meninggalkan saya dan datuk di ruang hadapan.

Malam itu tidur saya cukup nyenyak. Bila bangun pagi, badan terasa segar lebih-lebih lagi bila
mandi embun bersama datuk. Kulit badan terasa sejuk dan kelihatan kemerah-merahan.

Pagi itu saya bersama datuk meninggalkan Kuala Terung dan menuju ke Pekan Terung. Datuk
terus menemui Uda Lodin yang memang menanti kedatangannya.

"Kita balik berasinganlah," beritahu datuk pada Uda Lodin.

"Sebab?"

"Aku nak pergi ke pekan minggu di Changkat Jering. Aku nak beli parang."

"Bagaimana bayaran ubat menolong orang tu? Saya dah minta pada orang kampung tiga ratus
ringgit. Mereka setuju bayar."

Dahi datuk bergerak-gerak. Biji matanya macam berputar-putar merenung muka Uda Lodin.
Datuk terus memegang batang leher Uda Lodin.

INTERNAL
254
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kenapa ni?" Uda Lodin terkejut.

"Ingat, aku bukan cari makan dengan cara ini. Aku menolong orang kerana Allah, bukan niat aku
nak buat harta dengan ilmu yang ada pada aku ni. Ilmu ini pemberian Allah untuk menolong
orang. Aku nak hidup, mesti berusaha cara lain. Lagi sekali kau cakap macam itu, aku patahkan
batang leher kau," cukup keras suara datuk.

Dua tiga orang yang lalu di situ berhenti. Mereka mendekati datuk dan Uda Lodin. Salah seorang
daripada mereka menyangka datuk dan Uda Lodin bergaduh, lalu menasihati datuk dan Uda
Lodin supaya berdamai.

"Jangan campur, ini urusan kami," ujar datuk pada orang itu.

Dengan wajah yang tersipu-sipu, orang itu menjauhkan diri dari datuk dan Uda Lodin.

"Kau pergi beritahu pada orang yang kau cakapkan mahu wang, katakan apa yang aku buat itu
semuanya percuma. Tak kena bayar satu sen pun," datuk mengeluarkan perintah pada Uda Lodin.

Tanpa banyak cakap, Uda Lodin terus naik bas yang memang menanti penumpang untuk pergi ke
Kuala Terung. Datuk terasa lega.

"Kawan ni ada kalanya jadi racun," rungut datuk sebaik saja bas bergerak menuju ke Kuala
Terung.

Datuk yakin Uda Lodin akan memberitahu pada orang tertentu dengan apa yang dikatakan oleh
datuk padanya. Saya dan datuk terus menahan teksi yang dipandu oleh pemuda berbangsa Cina
menuju ke pekan minggu Changkat Jering.

Memang, tujuan utama datuk ke situ untuk membeli sebilah parang panjang. Setelah membayar
harga teksi tersebut, saya dan datuk terus masuk ke dalam gerai menjual buah-buahan kampung
hingga ke gerai makanan, saya dengan datuk berjalan dalam suasana tenang.

INTERNAL
255
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

34. Akhirnya, kami pun sampai ke gerai yang menjual golok serta parang kepunyaan Usman
Rumba dari Sayong, Kuala Kangsar. Di samping menjual golok dan parang, Usman Rumba juga
menjual labu sayung atau labu air yang terkenal itu.

Datuk membeli sebilah parang panjang berhulukan tanduk kerbau serta tiga biji labu air. Setelah
membayar harga barang yang kami beli, datuk pun mengajak saya pergi ke gerai kopi yang
berhampiran dengan balai polis di situ.

Waktu mahu masuk ke gerai tersebut, seorang anggota polis lengkap dengan pakaian seragam
dengan pistol terselit di pinggang, berlari ke arah datuk. Polis itu menepuk bahu datuk dari
belakang.

Darah saya tersirap. Apakah salah yang telah datuk lakukan? Kenapa datuk mesti ditangkap?
Persoalan itu timbul dalam kepala saya.

"Kau Atan!" ujar datuk sebaik saja matanya tertumpu ke wajah anggota polis yang berusia kira-
kira 40 tahun itu.

Anggota polis itu menyatakan rasa kagumnya kerana datuk masih dapat mengingatinya,
walaupun sudah hampir 20 tahun tidak bertemu.

Anggota polis itu berasal dari Johor dan pernah bertugas di Balai Polis Pekan Bruas sekitar tahun
1943-1945. Awal tahun 1946, dia ditukarkan ke Balai Polis Umbai, Melaka. Sejak itu hubungannya
dengan datuk putus sama sekali.

"Ini siapa?" tanya anggota polis itu pada datuk sambil merenung muka saya.

"Tamar, cucu aku," jawab datuk.

Anggota polis tersenyum. Dia memberitahu datuk bahawa anak sulungnya yang sebaya dengan
saya sudah bekerja sebagai anggota polis dan ditempatkan di Kuala Terung juga.

Kemudian Atan (anggota polis) mengajak saya dan datuk ke rumahnya. Barangkali ada tujuan
yang tertentu. Paling kurang, dia mahu menuntut ilmu dari datuk, fikir saya.

Memang tepat apa yang saya duga. Dia memang sudah lama mencari datuk untuk diajak ke Batu
Pahat. Dia menyatakan hanya datuk seorang saja yang boleh menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pihak keluarganya.

Sudah banyak pawang dan dukun terkenal dipanggil ke tempatnya. Tetapi, mereka tidak berjaya
mengatasi masalah yang menimpa keluarga anggota polis itu.

INTERNAL
256
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Apa masalahnya?" soal datuk.

"Kubur anak saudara saya berasap."

"Kuburnya berasap?" datuk terkejut.

"Biasanya kubur itu berasap pada sebelah pagi dan senja. Serentak dengan itu, orang yang dekat
dengan tanah kubur terdengar suara orang menjerit minta tolong," terang anggota polis itu.

Datuk terdiam. Datuk tidak jadi minum kopi yang dihidang oleh isteri anggota polis itu. Saya kira
datuk terkejut dengan apa yang didengarnya itu.

Lama juga datuk termenung. Dahinya berkerut. Belum pernah dia mendengar dan berhadapan
dengan peristiwa macam itu.

"Ada gambar anak saudara awak tu di sini Atan?" datuk renung muka anggota polis itu.

"Ada, nanti saya ambilkan," anggota polis masuk ke dalam bilik dan keluar dengan sekeping
gambar poskad di tangan. Gambar itu diserahkan pada datuk.

Lama juga datuk merenung wajah anak saudara anggota polis tesebut. Tanpa mengucapkan
sesuatu, datuk memulangkan gambar tersebut pada anggota polis yang berasal dari Johor itu.

"Saya boleh cuba," pendek datuk memberikan jawapan.

"Terima kasih," wajah anggota polis itu saya lihat berseri-seri. Senyumnya tidak putus-putus
bermain di bibir.

"Bila kita akan pergi?" tanpa sabar-sabar anggota polis itu mendesak. Datuk menggigit bibir
sambil merenung ke wajah saya.

"Minggu depan, kita bertolak petang."

"Eloklah tu, saya boleh minta cuti."

"Cara nak pergi macam mana? Pergi bersama atau berasingan?" datuk mengajukan pertanyaan.

"Kita pergi dengan kereta saya," lega hati saya mendengar pengakuan dari anggota polis itu.

INTERNAL
257
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya tahu, kalau berasingan, datuk akan menunggang harimau peliharaannya waktu malam. Satu
cara yang amat tidak saya sukai. Seram sejuk badan saya memaut batang leher harimau,
meskipun harimau itu jinak dan boleh diurut ekor dan kepalanya.

Datuk terus memberi alasan kenapa dia terpaksa pergi ke Batu Pahat minggu depan. Pertama,
dia mahu menemui isteri mudanya (orang bunian) sebelum berjalan jauh.

Kedua, dia perlu menghubungi harimau belaannya untuk jadi pengiring ketika dia berada di sana.
Dan ketiga, datuk perlu membuat persiapan-persiapan yang tertentu.

Sementara menanti minggu depan, saya dan datuk pulang ke kampung. Semasa berada di
kampung, boleh dikatakan setiap malam datuk memanggil harimau belaannya datang ke
halaman rumah.

Datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih dan menyediakan air dalam bekas buluh
gading. Datuk bermain-main dengan harimau di bawah cahaya bulan yang sedang mengambang
dan datuk memberitahu pada harimau belaannya itu supaya pergi ke arah selatan tanah air.

Kadang-kadang saya lihat datuk duduk atas belakang harimau dengan isterinya orang bunian
menuju ke arah Bukit Kota. Anehnya, bila saya bangun dari tidur pada esok harinya, saya dapati
datuk berada di rumah. Waktu bila dia pulang saya sendiri tidak tahu.

Pagi Selasa itu, sebuah kereta Austin 1100 bercat merah yang dipandu oleh Atan datang ke rumah
datuk. Mana barang yang difikirkan perlu, dimasukkan ke dalam bahagian belakang kereta itu.

Tepat pukul sepuluh kami pun bertolak. Lebih kurang pukul empat petang, kami pun sampai di
Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur.

Kami singgah di rumah Kadir Khan, pangkat abang ipar kepada Atan (Kadir Khan baru saja
ditauliahkan menjadi sarjan di balai polis tersebut). Balai polis Cheras kami tinggalkan setelah
menunaikan sembahyang Maghrib.

Sepanjang perjalanan, datuk tidak putus-putus bercerita dengan Atan. Ternyata banyak yang
datuk tahu tentang keluarga dan sanak-saudara Atan.

Perjalanan yang amat membosankan itu saya isikan dengan tidur. Bila terjaga, saya akan melihat
keluar. Pemandangan malam memang tidak menyenangkan hati saya.

Saya juga tidak pernah bertanya pada datuk, bandar atau pekan yang dilintasi oleh kereta yang
saya naik itu. Buat apa bertanya, buat penat mulut saja. Tidak banyak kenderaan yang kami temui
atau berselisih dengan kami sepanjang perjalanan.

INTERNAL
258
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Badan terasa cukup sejuk. Bila saya melihat keluar, saya terasa takut melihat hutan dan bukit
yang terpegun di kiri kanan jalan. Tiba-tiba saya terasa Atan memperlahankan laju keretanya.

"Pukul berapa?" saya terdengar suara datuk.

Atan tidak tidak menjawab pertanyaan itu. Kereta bagaikan ditarik sesuatu dari belakang.

"Pukul dua."

"Kita dekat mana ni Atan?"

"Dekat Sungai Rambai, dah dekat sempadan Johor."

Saya terasa cukup resah. Saya yakin kereta yang saya naiki itu tidak bergerak. Walaupun Atan
menekan minyak dan memutar stereng.

Saya panjangkan leher ke depan. Kepala saya hampir saja mahu menyentuh kepala Atan. Saya
terkejut besar. Saya lihat muka Atan pucat. Matanya tajam merenung ke depan. Ada sesuatu
yang tidak kena terjadi pada kami.

"Tok," saya mencuit bahu datuk.

"Kereta kita tidak berjalan tok," tambah saya lagi.

Datuk anggukkan kepala. Secara mengejutkan saja, datuk menampar dahi Atan. Saya lihat Atan
terpinga-pinga macam orang bangun tidur. Dia menyebutkan sesuatu mengenai kereta yang
dipandunya tidak bergerak. Empat tayar kereta bagaikan terlekat pada sesuatu.

Tidak ada sebuah pun kereta yang lalu untuk diminta pertolongan. Suasana cukup gelap. Datuk
membaca sesuatu dan menghembus pangkal telinga Atan.

"Mengucap Atan," kata datuk.

Atan pun mengucap dan datuk tahu bahawa Atan sudah pulih dari keadaan khayalan. Bila datuk
bertanya pada Atan kenapa dia jadi demikian, Atan menyatakan yang dirinya berada di satu
tempat lain yang indah, diapit oleh wanita sambil mendayung sampan.

"Kau diresapi syaitan penunggu," bisik datuk ke telinga Atan.

INTERNAL
259
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dengan pertolongan lampu kereta, saya melihat tubuh manusia tanpa kepala sedang
menunggang basikal. Saya segera memberitahu pada datuk dan Atan. Rupanya mereka melihat
apa yang saya lihat.

Tubuh manusia tanpa kepala yang naik basikal itu kian hampir pada kami dan berhenti betul-
betul di hadapan kereta yang dipandu oleh Atan. Enjin kereta serta-merta mati.

Datuk buka pintu kereta, saya dan Atan pun keluar sama. Dada saya berdebar. Jalan raya itu
terasa kosong benar. Tidak ada kenderaan yang lalu, tidak ada manusia yang berjalan.

Dari hutan kecil di kiri kanan jalan raya, terdengar bermacam-macam bunyi. Ada bunyi air terjun,
ada bunyi suara orang menyanyi.

Hati saya jadi kecut, lembaga tanpa kepala itu turun dari basikal. Saya lihat batang lehernya
berlubang, penuh dengan urat-urat yang berjuntai atas dada. Darahnya meleleh di seluruh
badan.

"Syaitan!" jerit datuk.

Mulutnya membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu lalu dilemparkannya ke arah
lembaga tanpa kepala. Lembaga itu menjerit dan terus melompat ke atas basikal.

Kami segera masuk kereta. Datuk menyuruh Atan mengekori lembaga itu. Bila sampai ke kawasan
Sungai Kesang, lembaga tanpa kepala itu terus hilang.

Sampai ke Batu Pahat, hal itu diceritakan oleh Atan pada kawan-kawannya. Menurut kawan-
kawan Atan, tubuh tanpa kepala itu memang selalu mengacau pemandu kenderaan.

Menurut mereka, tubuh tanpa kepala itu berasal dari tentera Gurkha yang dipancung oleh
tentera Jepun dalam perang dunia yang kedua dulu.

Lebih kurang pukul 9 pagi pada hari Isnin, kami pun sampai ke Kampung Jorak Ilahi. Atan
memperkenalkan datuk dengan ayah saudaranya iaitu, Omari berusia lebih kurang 60 tahun, ada
ladang kelapa dan kopi.

Pada mulanya, datuk membuat keputusan untuk menginap di masjid berhampiran tanah
perkuburan itu.

"Tidur di rumah saya. Masjid itu dikawal jin," Omari memberitahu datuk.

INTERNAL
260
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kemudian Omari pun bercerita tentang beberapa keanehan yang terjadi pada masjid itu. Datuk
tidak begitu tertarik dengan cerita tersebut. Datuk hanya tertarik tentang kubur anak Omari yang
berasap dan menjerit waktu senja dan pagi.

Setelah berbincang dengan Omari dan Atan, datuk bersetuju melihat kawasan kubur yang
dikatakan itu.

Bila bunga senja mula jatuh di seluruh Kampung Jorak Ilahi, datuk pun memakai seluar hitam dan
baju hitam. Datuk ikat kepala dengan kain merah.

"Biar saya tinjau dulu dengan cucu saya," beritahu datuk pada Omari dan Atan.

Kedua-duanya anggukkan kepala tanda setuju. Omari menyerahkan pada datuk sebatang anak
kopi berdaun tiga. Memang, datuk menyuruh Omari menyediakannya untuk tangkal.

Waktu saya dan datuk sampai di pinggir jalan kawasan perkuburan, tengkuk saya terasa seram.
Ada bunyi suara burung murai batu dan puyuh tanah.

Suasana sekeliling kelam dan samar-samar. Datuk dan saya berdiri tenang menghadapi batu-batu
nisan yang memenuhi tanah perkuburan.

Angin yang bertiup menolak dedaun di tanah perkuburan. Dedaun itu berlaga sesama sendiri dan
melahirkan bunyi air ombak diselang-seli dengan bunyi orang ketawa. Terdengar bunyi suara
jampok dan burung hantu kubur mengkais-kais tanah.

Secara mendadak saja saya memeluk tubuh datuk, bila saya terdengar bunyi suara orang menjerit
dan minta tolong di tanah perkuburan dalam suasana senja yang bertambah gelap.

Tanpa banyak bercakap, datuk mengheret saya ke tengah kawasan perkuburan. Langkah kami
mati bila berhadapan dengan sebuah kuburan yang mengeluarkan asap nipis dari rekahan tanah
antara dua batang nisan.

Datuk pun membakar liIin. Asap itu jelas kelihatan macam wap yang keluar dari ketul ais. Suara
orang minta tolong dan ampun menendang gegendang telinga saya. Suasana di kawasan
perkuburan itu amat menakutkan saya.

Saya masih dapat mengawal perasaan. Datuk pun memadamkan api yang membakar sumbu lilin.
Nyamuk mula menggigit cuping telinga dan muka. Dalam samar-samar senja itu, datuk
memandang wajah saya tepat-tepat.

"Kita balik saja," kata datuk.

INTERNAL
261
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kenapa?"

"Jangan banyak soalan, ikut cakap aku."

"Tapi tok..."

"Jalan!" pekik datuk.

Saya lihat wajah datuk lain macam. Langkah datuk cukup cepat. Saya lihat tapak kakinya bagaikan
tidak menyentuh bumi. Supaya tidak ketinggalan jauh darinya, saya terpaksa berlari tanpa
memandang ke kiri dan ke kanan.

Kemudian saya terdengar bunyi yang ganjil dari arah belakang, macam bunyi tapak kaki orang
memburu saya. Bila ditoleh ke belakang, tidak ada suatu pun yang saya nampak kecuali dedaun
rumput menutup bumi yang runduk kena pijak.

Saya terdengar bunyi suara reriang rimba yang bertali-temali. Bunyinya berubah dari satu pokok
ke satu pokok. Bunyinya cukup nyaring dan memanjang pula.

Kata nenek, kalau reriang rimba berbunyi dalam bunga senja dan bunyinya tidak putus,
membawa alamat ada penghuni kampung yang akan meninggalkan kampung dan tidak akan
kembali hingga hari kiamat.

"Siapakah yang akan mati?" timbul pertanyaan dalam hati kecil saya.

Tentu saja pertanyaan itu tidak akan menerima jawapan dari sesiapa. Barangkali, kalau
pertanyaan yang sama diajukan pada datuk, kemungkinan menerima jawapannya cukup cerah.
Sayang, saya tidak berani bertanya padanya.

Datuk terus melangkah. Saya renung ke kiri. Pokok getah berdaun lebat terpegun kaku. Saya toleh
ke kanan, pohon-pohon koko yang berbuah rapat-rapat tidak bergerak.

"Tok," mendadak saya memanggil datuk dalam warna senja yang kian gelap itu.

Datuk berhenti. Entah macam mana sepasang mata saya tertumpu pada sepasang kakinya yang
tidak memijak bumi. Saya kedutkan kening dan dahi.

Belum pernah saya melihat datuk dalam keadaan demikian. Hati saya mula ragu-ragu. Apakah
saya berhadapan dengan datuk atau dengan satu makhluk asing yang menyerupai datuk?

INTERNAL
262
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bagi membuktikan apakah datuk yang wujud di hadapan saya itu datuk yang sebenar atau
sebaliknya, saya segera menarik hujung bajunya dengan sekuat hati.

Badan saya bagaikan ditarik oleh satu kuasa menyebabkan saya terdorong ke depan. Bahu
sebelah kanan saya menyondol pangkal belikat datuk. Kemudian saya terasa satu hentakan yang
amat kuat mengenai pangkal telinga kanan saya.

Seluruh badan terasa lemah. Saya tidak mendengar apa-apa. Semuanya terasa sunyi dan sepi.
Saya tidak tahu, berapa lama saya berkeadaan demikian.

Saya tersedar apabila badan saya digoyang oleh datuk beberapa kali. Telinga saya diasak dengan
bacaan ayat-ayat suci. Bila saya membuka mata, saya lihat datuk tersenyum.

"Saya lihat datuk ber..."

"Aku faham," datuk memotong cakap saya dan menyuruh saya bangun.

Suasana sekeliling bertambah kelam. Bunyi suara burung kuang-kuik cukup jelas kedengaran.
Kata orang tua-tua, burung itu berbunyi dari atas kepala harimau.

Ada juga yang mengatakan burung itu jadi kepala jalan kepada hantu dan syaitan. Sering berbunyi
waktu senja begini dan tengah malam menjelang subuh.

Saya tidak boleh bangun. Kedua belah sendi lutut saya terasa longgar, tidak mampu menahan
badan saya agak gemuk ini. Bunyi suara burung kuang-kuik semakin dekat. Saya cemas dan saya
faham, kalau tidak kena caranya, saya dan datuk akan jadi korban harimau.

"Kita dalam bahaya tok. Rumah Omari agak jauh tok."

"Tak apa. Sepatutnya kau tidak boleh menegur aku bila melihat aku dalam keadaan yang ganjil."

"Kenapa tok tak cakap tadi?"

"Aku terlupa," kata datuk dengan wajah yang kesal.

Tanpa diminta, datuk menerangkan pada saya bahawa dia terpaksa berjalan atas angin untuk
menghindarkan sebarang kejadian buruk. Menurut datuk, jarak tapak kakinya dengan bumi lebih
kurang satu kaki setengah.

Ruang yang kosong antara tapak kaki dengan bumi akan dilalui oleh angin yang boleh
memisahkan kuasa jahat dari meresap ke dalam tubuhnya.

INTERNAL
263
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Apa dia kuasa jahat tu tok?" tanya saya.

"Jin tanah atau jembalang tanah."

"Ganjil benar bunyinya. Ini dah tahyul tok," kata saya sambil tersenyum.

Belum pun datuk memberikan jawapan pada pertanyaan itu, saya tercium satu bau yang agak
ganjil. Suara burung kuang-kuik terdengar dari dahan pokok atas kepala.

Datuk masih juga bertenang. Dia suruh saya berdiri tetapi saya tidak berdaya.

"Kalau aku berjalan memijak bumi tadi, tentu saja aku lumpuh semua badan. Tempat ini agak
keras," dengan mendadak saja datuk memberitahu saya.

Datuk juga menyatakan, sekiranya saya tidak menarik bajunya, perkara itu tidak berlaku pada diri
saya. Sebabnya, ketika dia berjalan tadi, semangat dan perasaannya sudah disatukan dengan
semangat saya.

Datuk pun memicit buku lali kanan saya. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Hari
bertambah gelap. Bunyi reriang rimba tidak kedengaran lagi.

Ternyata usaha yang datuk lakukan tidak dapat memberikan kejayaan. Saya tidak mampu berdiri
dan saya rasa tempurung lutut sudah tidak wujud pada tempatnya.

"Kau tahu Tamar kenapa aku berjalan atas angin?"

"Tak tahu."

"Kau perlu belajar dan mengenal adat budaya dan kepercayaan nenek moyang mu yang tidak lari
dari asas agama Islam."

"Maksud tok?"

"Manusia tidak dapat melarikan diri dari empat unsur ini iaitu tanah, air, api dan angin. Begitulah
yang dikatakan oleh guru ku."

"Sebab apa begitu tok?"

"Kalau tidak ada benda-benda ini, manusia tidak akan dapat bergerak atas alam ini."

INTERNAL
264
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Maksud tok memang saya tak faham."

"Mudah saja. Manusia berasal dari tanah akan kembali ke tanah. Air pula mesti ada dalam tubuh
manusia. Api yang bermaksud darah mesti ada dalam diri manusia. Begitu juga dengan angin, jika
tidak ada angin, manusia tidak akan boleh bernafas."

Saya terdiam mendengar keterangan dari datuk itu. Lalu dia menyatakan makhluk lain sama ada
dari jin dan sebagainya juga bergantung pada perkara-perkara yang disebutkan itu.

"Pada zahirnya, engkau nampak kaki ku tidak memijak bumi. Tetapi dari segi kebatinannya, aku
tidak terpisah dengan bumi, seluruh pancaindera bertaut rapat dengannya. Kerana itu aku tidak
boleh bercakap atau mengerakkan tubuhku. Bila bergerak, kuasa jahat akan meresap ke
tubuhku," datuk pun memberikan penjelasan.

Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan sendirinya sudah
terjawab. Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan tajam sekali. Dari sinar matanya itu,
datuk seolah-olah berkata begini,

"Jangan kau tanya lagi hai cucu ku, Tamar Jalis..."

INTERNAL
265
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

35. Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya bergerak-gerak
dan dalam samar-samar senja itu sinar matanya seakan-akan bercahaya.

"Kau datang sayang," kata datuk.

Harimau bergerak menghampiri datuk. Dengan tenang datuk menghulurkan lengan tangan
kanannya pada harimau itu. Lidah harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan
kanan, merebahkan bulu-bulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat.

Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk meraba-raba misai harimau dan harimau besar itu
menguap panjang. Taringnya yang tajam berwarna putih jelas kelihatan.

"Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya," ujar datuk lagi.

Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak ke kanan sambiI menggerak-
gerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun mengurut-urut badan harimau itu berkali-kali.

"Cucu ku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya."

Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu menggeliat dengan kedua
belah kaki depannya mencengkam bumi.

Manakala kedua belah kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan bahagian belakang
badannya meninggi dan bahagian kepalanya rendah separas bumi. Harimau itu mengaum kecil
sambil membetulkan kedudukan badannya seperti asal.

"Kau harus membuat senaman macam harimau ini untuk menguatkan pinggang, urat-urat kaki
dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh. Jadikan amalan setiap pagi dan petang," kata
datuk pada saya sambil menyuruh saya melihat gerak-geri harimau
tersebut.

Harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk pada saya, lalu mengulangi
perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut-turut. Dengan tenang harimau itu membuka
mulutnya luas-Iuas lalu menjulurkan lidahnya hingga ke pangkal leher.

Dengan tenang harimau itu menghampiri saya. Apa yang saya rasai ialah geli dan sejuk di
bahagian kepala lutut, bila lihat harimau itu menjilat kulit saya dari kepala lutut hingga ke buku
lali.

Sesekali saya terasa gigi harimau yang tajam itu berlari-lari lembut atas tempurung lutut. Saya
kira lebih kurang tiga minit harimau itu menjilat dari tempurung lutut hingga ke buku lali.

INTERNAL
266
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip mata. Burung Kuang-
kuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun.

Memang menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya boleh melangkah
dengan penuh tenaga dan kekuatan.

"Bagaimana? Kau kuat sekarang?"

"Ya tok, saya kuat."

Tiba-tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri
betul-betul di sebelah kanannya. Datuk pun meletakkan tangan ke atas bahu saya.

"Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan," ujar datuk.

Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan rasa melayang. Bunyi
angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya bagaikan terkhayal sejenak.

"Sedia."

Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki saya memijak bumi.
Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun berada di kaki tangga rumah Omari.

Dengan wajah yang tenang, Omari menjemput kami naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib
hampir tiba, saya dan datuk tergesa-gesa mandi dan mengambil air sembahyang.

Datuk dan Omari berbual-bual di ruang tengah sementara menanti waktu Isyak.

Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan untuk makan malam
sekadar yang termampu olehnya.

Malam itu kami makan nasi beras bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng
serta sambal belacan. Makanan yang disediakan amat menyelerakan.

Untungnya, kami makan sesudah menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak sudah pasti saya
rasa tidak selesa untuk rukuk dan sujud.

Lebih kurang pukul 10 malam, saya dan datuk meninggalkan rumah Omari dan menuju ke masjid.
Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya berhati-hati bila tidur dalam masjid tersebut.

INTERNAL
267
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Menurutnya, sudah banyak orang dicampak keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh
dan ikut suka hati. Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam.

Berdasarkan dari keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang
ganjil kalau masjid itu dipanggil 'masjid jin'. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati saya ialah
untuk sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah perkuburan yang amat luas.

Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn tanpa membawa
pelita minyak tanah atau lampu suluh.

Sedang kami berjalan, tiba-tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia bergerak
dalam gelap di celah-celah batu nisan yang terpacak kejap di situ.

"Datanglah. Aku kenal awak. Sama-sama anak Adam," nada suara datuk cukup keras.

Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher. Saya segera merapatinya.

"Keluarlah," ujar datuk lagi.

Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap oleh datuk. Saya dan
datuk terus tegak kaku di situ.

Dalam gelap itu saya rasa ada orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan
mendadak kira-kira dalam jarak 6 kaki tingginya. Bila datuk berdiri semula di tempat asalnya, dia
sudah pun memegang pergelangan tangan seorang lelaki tua.

"Nyalakan lampu minyak tanah kau."

Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu, jelas kelihatan wajah
lelaki dalam usia 50-an. Wajahnya pucat sungguh.

"Dari mana kau?" soal datuk.

"Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit."

"Kubur siapa?"

"Anak Omari."

"Kau siapa?"

INTERNAL
268
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini dan saya tinggal di
pondok belakang masjid."

Bagi memastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk lain yang menjelma
sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah. Tanah itu datuk gosokkan ke lengan lelaki
itu.

Datuk senyum, Mohammad Tammat memang manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan
ke lengannya melekat di kulit. Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu ditekan ke dalam
uratnya.

Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati Mohammad Tammat
sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam masjid tersebut.

Bila semua urusannya selesai, Mohammad Tammat pun pulang ke pondoknya. Memang ada
terasa seram sejuk bila berada dalam masjid tersebut. Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid
berhampiran dengan tingkap dan pintu.

Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang, datuk terus membaca al-Quran. Saya
akhirnya terlelap.

Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut memakai serban
dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada cahaya ketenangan di wajahnya.

"Kau tidur di sana nak," katanya tenang.

"Terima kasih." Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditunjukkannya.

Datuk terus membaca al-Quran. Saya lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang lelaki
memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar datuk membaca ayat-ayat
suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau silap segera ditegur.

Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada lampu letrik. Saya terus tidur dan bangun
bila terdengar suara azan subuh memukul gegendang telinga.

Saya segera mengambil air sembahyang. Dalam sekelip mata saja, saya dapati masjid itu sudah
dipenuhi dengan manusia untuk sembahyang subuh.

Sebelum memulakan sembahyang, saya bersalam dengan seorang imam. Tidak banyak perkataan
yang diucapkan ketika saya berjabat salam dengannya. Dia lebih banyak berkata Allahu Akbar.

INTERNAL
269
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk saya lihat cukup tenang berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali itu. Saya
sembahyang agak jauh dengan datuk.

Lepas sembahyang orang-orang itu bersalaman antara satu sama lain. Akhirnya
bersalaman dengan saya sebelum meninggalkan masjid.

Pak imam yang berbadan tegap adalah orang yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai di
halaman masjid, dia berpatah balik mendapatkan datuk.

"Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?" soalnya.

"Memang, ada hajat besar."

"Apa hajatnya?"

"Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur."

"Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu."

"Maksud pak imam?"

"Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang yang menyiramnya tu,
tidak berapa sempurna."

"Saya kurang faham."

"Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam, ada tempat ibadat, memang elok
sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan semangat persaudaraan sesama
Islam. Sembahyang seorang dengan sembahyang jemaah berbeza pahalanya," kata pak imam itu
dengan senyum.

Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik datuk itu akan berjaya.

"Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala kejadian yang
berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di dunia," itulah kata-katanya yang
diucapkan pada datuk dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya.

Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di halaman masjid. Batang
tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik sampai ke arah sebatang pokok. Bila saya menoleh
ke dalam masjid, saya lihat datuk terus membaca ayat-ayat suci al-Quran.

INTERNAL
270
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Suasana subuh yang amat menyejukkan itu membuatkan saya dua tiga kali menguap panjang.
Sesekali menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badan.

"Kau ambil yassin dan baca," perintah datuk.

Saya pun terus membaca yassin dengan perlahan-lahan, pembacaan saya sering terganggu dan
tidak selancar pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang berdekatan datang
sembahyang subuh di masjid tersebut.

Mereka merasa agak pelik kenapa saya dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah bersama
mereka. Dari gerakan dan kerdipan mata mereka membayangkan kesangsian.

Agaknya, mereka mengira saya dan datuk berlainan mazhab atau menerima ajaran agama yang
silap. Bila mereka selesai sembahyang, Mohammad Tammat menghampiri datuk.

"Kenapa tak berjemaah sekali?" tanya Mohammad Tammat.

"Kami sudah sembahyang jemaah."

"Dengan siapa?"

"Tadi ramai orang datang penuh satu masjid."

"Haa.."

"Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum dengan bilal muda."

Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak. Cepat-cepat dia menuju
ke sudut masjid sebelah kanan dan mengambil sebotol air jernih. Dia datang pada datuk semula.

"Awak bermimpi agaknya?"

"Saya bercakap benar, air dalam botol yang awak ambil tu pemberian pak imam."

"Pelik."

Saya lihat muka Mohammad Tammat berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat hati hingga
menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah.

"Awak berjemaah dengan jin."

INTERNAL
271
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah," datuk pun menadahkan kedua belah
tangannya.

Orang-orang kampung pun mula meninggalkan masjid, begitu juga dengan Mohammad Tammat.
Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk pun keluar untuk mandi embun.

Memang di luar dugaan, dalam langkah yang punya matIamat itu kami sampai ke bahagian
belakang masjid yang berhampiran dengan kawasan perkuburan.

Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan menangis. Saya dan
datuk menuju ke arah bunyi suara itu.

Matahari pagi mula memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang terkena
sinaran matahari nampak bermanik-manik. Burung-burung mula melompat dari dahan ke dahan
sambil berkicau riang.

Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad Tammat terbongkok-
bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas tanah kubur. Saya dan datuk terus
menghampiri Mohammad Tammat. Dia tidak mempedulikan kedatangan kami.

Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air yang disiram oleh
Mohammad Tammat habis satu botol.

Mohammad Tammat pun meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut, botol
kosong itu bergerak-gerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya botol itu hilang.

"Perkara itu satu perkara biasa," kata Mohammad Tammat memberitahu saya yang kehairanan.

Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar dengan jelas apa yang
terkeluar dari dalam perut bumi itu.

"Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya," itulah yang dapat ditangkap oleh
gegendang telinga saya di pagi yang hening itu.

Datuk masih membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur cukup
keras, walaupun hari masih pagi benar.

Saya perhatikan dengan penuh teliti, memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah
kubur. Di bahagian kaki yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ bagaikan
retak-retak kecil.

INTERNAL
272
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk menyuruh saya diam.
Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ.

Datuk terus membaca ayat-ayat suci. Saya tetap berada di samping datuk. Bila datuk selesai
membaca ayat-ayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati pak imam yang berjubah hijau berdiri
di sisinya. Pak imam bersalam dengan datuk sambil berkata,

"Dia anak derhaka."

Pak imam itu hilang. Suasana di tanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau burung tidak
kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok saya meremang tidak menentu.
Suara dari dalam kubur terus hilang.

Saya dan datuk pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari, datuk duduk di ruang tengah
memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk merenung ke arah matahari
terbit.

Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah kiri lututnya
terletak mangkuk putih tanpa air.

Datuk bertafakur kira-kira sepuluh minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari
dan saya penuh teliti.

Datuk memejamkan matanya rapat-rapat. Saya terdengar suara orang batuk. Entah dari mana
datangnya saya tidak tahu.

"Kau benar-benar mahu menolongnya?" terdengar suara ghaib.

"Ya, pak imam."

"Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang melahirkannya."

"Lagi pak imam?"

"Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya."

Sebaik saja suara itu hilang, datuk membuka matanya. Di tangan kanan datuk tergenggam sehelai
kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke lehernya. Datuk merenung ke wajah Omari tepat-
tepat.

"Kau sayangkan anakmu?" tanya datuk.

INTERNAL
273
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Tentu."

Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan memaki ibunya sesuka
hati. Malah pernah melukakan perasaan ibunya yang melarang dia bercampur gaul dengan
budak-budak nakal. Larangan itu tidak dipedulikan oleh anaknya.

Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan penghisap ganja dan jadi peminat ekor tiga nombor
(masa itu judi empat nombor masih belum ada).

"Anak saya itu membuat kerja-kerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur lama menurun
nombor ekor," kata Omari dengan wajah yang amat muram.

Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya menentang perbuatan itu
hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat mengawal perasaan lalu memaki ibunya
sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa itu, Omari bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi.

"Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya merawatnya. Masa
merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan kayu hingga dahinya luka, isteri muda
saya meninggalkan saya."

"Lepas itu apa yang terjadi?" tanya datuk.

"Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal dunia."

"Awak terlalu manjakan anak," cungkil datuk lagi.

"Memang. Dialah satu-satunya anak saya," suara Omari tersekat-sekat dan menangis.

Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari isteri tuanya. Akhirnya
isteri tua Omari ditemui di Pontian, sudah menikah dengan saudara berketurunan Pakistan.

Datuk membawa isteri tua ke rumah Omari. Isteri muda tidak dapat ditemui. Menurut beberapa
orang kampung di situ, isteri muda Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai,
Indonesia.

Semua peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada isteri tua Omari. Perempuan itu
menangis tersedu-sedu. Hatinya terasa pilu atas perbuatan bekas suaminya yang tidak
memberitahu tentang kematian anaknya.

INTERNAL
274
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Malam itu, saya dan datuk tidur di masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang ke masjid agak lewat.
Kira-kira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami disambut oleh pak imam berjubah hijau di
muka pintu masjid.

"Kau sudah jumpa emaknya?" tanya imam itu.

"Ya, pak imam."

"Mana dia?"

"Dia ada di rumah adik Omari."

"Kita ke sana," jawab pak imam berjubah hijau.

Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara saya dengan datuk.
Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak dapat memandang tubuh pak imam.
Mereka hanya mendengar suaranya saja, sedangkan saya dan datuk dapat melihat
gerak-geri pak imam.

Pak imam melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian dia mengajak
datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum matahari terbit, pak imam itu
memberi sebotol air jernih kepada datuk.

"Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas tanah kubur itu dan
suruh dia baca ayat ini," pak imam beritahu pada datuk sambil menyerahkan sehelai kertas yang
bertulis jawi.

"Lagi pak imam?"

"Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang tahajud tengah malam
minta Allah mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia terlebih dulu dengan hati yang suci mesti
mengampunkan perbuatan anaknya itu terhadapnya."

Janda Omari dan iparnya termanggu-manggu mendengar suara ghaib itu. Mereka hanya nampak
sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah hijau waktu berdiri di muka tangga
sebelum menghilangkan diri dari kami semua.

Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari dengan
sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut, kecuali menemani janda
Omari pergi ke kubur selama lapan pagi berturut-turut.

INTERNAL
275
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Masuk hari yang ke-14, suara tangisan dari kubur sudah tidak kedengaran lagi. Dan janda Omari
pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk pulang ke Pontian.

"Tangguhkanlah dulu," kata Omari pada jandanya.

"Kenapa?"

"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku minta pada kau
demi kasih sayang kita pada anak," Omari menyatakan hasratnya.

Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir. Kalau dia memenuhi
permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di Kampung Jorak Ilahi.

"Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat baik tu," jawab janda
Omari.

Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.

"Bila suami awak datang?" datuk menyoal perempuan yang berwajah lembut.

Kedua-dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis
mengenangkan perbuatan bekas suaminya.

"Tengahari ini," jawabnya pendek.

"Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini," celah datuk.

Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk.
Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah
oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.

"Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya. Tugas isteri
membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan sebarang perbuatan yang tidak
disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya," ujar perempuan itu dengan tenang.

Datuk tersenyum, dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan dengan syaitan
dengan gagah dan berani. Tetapi, datuk terpaksa tunduk dengan perempuan yang kuat iman dan
mengikut perintah Allah.

"Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk syaitan dan nafsu,"
suara datuk lemah.

INTERNAL
276
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk di muka pintu
menanti kedatangan suaminya.

Lepas kurang pukul sebelas pagi, suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui
suami perempuan itu. Bercakap sesuatu dengannya.

"Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan," balas suami perempuan itu.

Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta teksi itu datang
menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya.

Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk bercakap dengan
Omari sebentar. Tanpa memberitahu saya, datuk pun menghilangkan diri.

Bila tetamu sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang
kampung bersama seorang lelaki berjubah hijau.

Lelaki itu saya lihat tidak banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang.
Kemudian duduk tunduk membilang tasbih.

Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang ramai menjamah
hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus membilang tasbih.

Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang, orang berjubah hijau terus
bangun dan dan berjabat salam. Tidak ada orang yang berani bertanya tentang dirinya samada
pada datuk atau pada Omari. Mulut orang ramai bagaikan terkunci.

Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung
ke arah lelaki berjubah hijau.

"Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua pengetahuan
dan petunjuk yang baik," ujar orang yang berjubah hijau itu. Kemudian dia bagaikan kilat hilang
dari penglihatan kami.

Kerana semuanya sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk
menolak pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit.

"Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah semata-mata. Bersyukurlah pada Allah atas
limpahan kurnia-Nya yang kita terima," kata datuk.

INTERNAL
277
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang yang berjaya
macam awak ni sudah jadi perkara biasa."

"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim."

"Maafkan saya", ujar Omari.

~sbdj~35. Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya
bergerak-gerak dan dalam samar-samar senja itu sinar matanya seakan-akan bercahaya.

"Kau datang sayang," kata datuk.

Harimau bergerak menghampiri datuk. Dengan tenang datuk menghulurkan lengan tangan
kanannya pada harimau itu. Lidah harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan
kanan, merebahkan bulu-bulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat.

Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk meraba-raba misai harimau dan harimau besar itu
menguap panjang. Taringnya yang tajam berwarna putih jelas kelihatan.

"Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya," ujar datuk lagi.

Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak ke kanan sambiI menggerak-
gerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun mengurut-urut badan harimau itu berkali-kali.

"Cucu ku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya."

Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu menggeliat dengan kedua
belah kaki depannya mencengkam bumi.

Manakala kedua belah kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan bahagian belakang
badannya meninggi dan bahagian kepalanya rendah separas bumi. Harimau itu mengaum kecil
sambil membetulkan kedudukan badannya seperti asal.

"Kau harus membuat senaman macam harimau ini untuk menguatkan pinggang, urat-urat kaki
dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh. Jadikan amalan setiap pagi dan petang," kata
datuk pada saya sambil menyuruh saya melihat gerak-geri harimau
tersebut.

Harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk pada saya, lalu mengulangi
perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut-turut. Dengan tenang harimau itu membuka
mulutnya luas-Iuas lalu menjulurkan lidahnya hingga ke pangkal leher.

INTERNAL
278
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dengan tenang harimau itu menghampiri saya. Apa yang saya rasai ialah geli dan sejuk di
bahagian kepala lutut, bila lihat harimau itu menjilat kulit saya dari kepala lutut hingga ke buku
lali.

Sesekali saya terasa gigi harimau yang tajam itu berlari-lari lembut atas tempurung lutut. Saya
kira lebih kurang tiga minit harimau itu menjilat dari tempurung lutut hingga ke buku lali.

Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip mata. Burung Kuang-
kuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun.

Memang menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya boleh melangkah
dengan penuh tenaga dan kekuatan.

"Bagaimana? Kau kuat sekarang?"

"Ya tok, saya kuat."

Tiba-tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri
betul-betul di sebelah kanannya. Datuk pun meletakkan tangan ke atas bahu saya.

"Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan," ujar datuk.

Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan rasa melayang. Bunyi
angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya bagaikan terkhayal sejenak.

"Sedia."

Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki saya memijak bumi.
Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun berada di kaki tangga rumah Omari.

Dengan wajah yang tenang, Omari menjemput kami naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib
hampir tiba, saya dan datuk tergesa-gesa mandi dan mengambil air sembahyang.

Datuk dan Omari berbual-bual di ruang tengah sementara menanti waktu Isyak.

Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan untuk makan malam
sekadar yang termampu olehnya.

Malam itu kami makan nasi beras bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng
serta sambal belacan. Makanan yang disediakan amat menyelerakan.

INTERNAL
279
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Untungnya, kami makan sesudah menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak sudah pasti saya
rasa tidak selesa untuk rukuk dan sujud.

Lebih kurang pukul 10 malam, saya dan datuk meninggalkan rumah Omari dan menuju ke masjid.
Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya berhati-hati bila tidur dalam masjid tersebut.

Menurutnya, sudah banyak orang dicampak keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh
dan ikut suka hati. Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam.

Berdasarkan dari keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang
ganjil kalau masjid itu dipanggil 'masjid jin'. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati saya ialah
untuk sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah perkuburan yang amat luas.

Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn tanpa membawa
pelita minyak tanah atau lampu suluh.

Sedang kami berjalan, tiba-tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia bergerak
dalam gelap di celah-celah batu nisan yang terpacak kejap di situ.

"Datanglah. Aku kenal awak. Sama-sama anak Adam," nada suara datuk cukup keras.

Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher. Saya segera merapatinya.

"Keluarlah," ujar datuk lagi.

Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap oleh datuk. Saya dan
datuk terus tegak kaku di situ.

Dalam gelap itu saya rasa ada orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan
mendadak kira-kira dalam jarak 6 kaki tingginya. Bila datuk berdiri semula di tempat asalnya, dia
sudah pun memegang pergelangan tangan seorang lelaki tua.

"Nyalakan lampu minyak tanah kau."

Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu, jelas kelihatan wajah
lelaki dalam usia 50-an. Wajahnya pucat sungguh.

"Dari mana kau?" soal datuk.

"Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit."

INTERNAL
280
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kubur siapa?"

"Anak Omari."

"Kau siapa?"

"Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini dan saya tinggal di
pondok belakang masjid."

Bagi memastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk lain yang menjelma
sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah. Tanah itu datuk gosokkan ke lengan lelaki
itu.

Datuk senyum, Mohammad Tammat memang manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan
ke lengannya melekat di kulit. Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu ditekan ke dalam
uratnya.

Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati Mohammad Tammat
sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam masjid tersebut.

Bila semua urusannya selesai, Mohammad Tammat pun pulang ke pondoknya. Memang ada
terasa seram sejuk bila berada dalam masjid tersebut. Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid
berhampiran dengan tingkap dan pintu.

Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang, datuk terus membaca al-Quran. Saya
akhirnya terlelap.

Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut memakai serban
dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada cahaya ketenangan di wajahnya.

"Kau tidur di sana nak," katanya tenang.

"Terima kasih." Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditunjukkannya.

Datuk terus membaca al-Quran. Saya lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang lelaki
memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar datuk membaca ayat-ayat
suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau silap segera ditegur.

Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada lampu letrik. Saya terus tidur dan bangun
bila terdengar suara azan subuh memukul gegendang telinga.

INTERNAL
281
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya segera mengambil air sembahyang. Dalam sekelip mata saja, saya dapati masjid itu sudah
dipenuhi dengan manusia untuk sembahyang subuh.

Sebelum memulakan sembahyang, saya bersalam dengan seorang imam. Tidak banyak perkataan
yang diucapkan ketika saya berjabat salam dengannya. Dia lebih banyak berkata Allahu Akbar.

Datuk saya lihat cukup tenang berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali itu. Saya
sembahyang agak jauh dengan datuk.

Lepas sembahyang orang-orang itu bersalaman antara satu sama lain. Akhirnya
bersalaman dengan saya sebelum meninggalkan masjid.

Pak imam yang berbadan tegap adalah orang yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai di
halaman masjid, dia berpatah balik mendapatkan datuk.

"Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?" soalnya.

"Memang, ada hajat besar."

"Apa hajatnya?"

"Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur."

"Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu."

"Maksud pak imam?"

"Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang yang menyiramnya tu,
tidak berapa sempurna."

"Saya kurang faham."

"Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam, ada tempat ibadat, memang elok
sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan semangat persaudaraan sesama
Islam. Sembahyang seorang dengan sembahyang jemaah berbeza pahalanya," kata pak imam itu
dengan senyum.

Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik datuk itu akan berjaya.

INTERNAL
282
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala kejadian yang
berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di dunia," itulah kata-katanya yang
diucapkan pada datuk dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya.

Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di halaman masjid. Batang
tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik sampai ke arah sebatang pokok. Bila saya menoleh
ke dalam masjid, saya lihat datuk terus membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Suasana subuh yang amat menyejukkan itu membuatkan saya dua tiga kali menguap panjang.
Sesekali menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badan.

"Kau ambil yassin dan baca," perintah datuk.

Saya pun terus membaca yassin dengan perlahan-lahan, pembacaan saya sering terganggu dan
tidak selancar pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang berdekatan datang
sembahyang subuh di masjid tersebut.

Mereka merasa agak pelik kenapa saya dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah bersama
mereka. Dari gerakan dan kerdipan mata mereka membayangkan kesangsian.

Agaknya, mereka mengira saya dan datuk berlainan mazhab atau menerima ajaran agama yang
silap. Bila mereka selesai sembahyang, Mohammad Tammat menghampiri datuk.

"Kenapa tak berjemaah sekali?" tanya Mohammad Tammat.

"Kami sudah sembahyang jemaah."

"Dengan siapa?"

"Tadi ramai orang datang penuh satu masjid."

"Haa.."

"Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum dengan bilal muda."

Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak. Cepat-cepat dia menuju
ke sudut masjid sebelah kanan dan mengambil sebotol air jernih. Dia datang pada datuk semula.

"Awak bermimpi agaknya?"

"Saya bercakap benar, air dalam botol yang awak ambil tu pemberian pak imam."

INTERNAL
283
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Pelik."

Saya lihat muka Mohammad Tammat berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat hati hingga
menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah.

"Awak berjemaah dengan jin."

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah," datuk pun menadahkan kedua belah
tangannya.

Orang-orang kampung pun mula meninggalkan masjid, begitu juga dengan Mohammad Tammat.
Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk pun keluar untuk mandi embun.

Memang di luar dugaan, dalam langkah yang punya matIamat itu kami sampai ke bahagian
belakang masjid yang berhampiran dengan kawasan perkuburan.

Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan menangis. Saya dan
datuk menuju ke arah bunyi suara itu.

Matahari pagi mula memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang terkena
sinaran matahari nampak bermanik-manik. Burung-burung mula melompat dari dahan ke dahan
sambil berkicau riang.

Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad Tammat terbongkok-
bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas tanah kubur. Saya dan datuk terus
menghampiri Mohammad Tammat. Dia tidak mempedulikan kedatangan kami.

Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air yang disiram oleh
Mohammad Tammat habis satu botol.

Mohammad Tammat pun meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut, botol
kosong itu bergerak-gerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya botol itu hilang.

"Perkara itu satu perkara biasa," kata Mohammad Tammat memberitahu saya yang kehairanan.

Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar dengan jelas apa yang
terkeluar dari dalam perut bumi itu.

"Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya," itulah yang dapat ditangkap oleh
gegendang telinga saya di pagi yang hening itu.

INTERNAL
284
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk masih membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur cukup
keras, walaupun hari masih pagi benar.

Saya perhatikan dengan penuh teliti, memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah
kubur. Di bahagian kaki yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ bagaikan
retak-retak kecil.

Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk menyuruh saya diam.
Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ.

Datuk terus membaca ayat-ayat suci. Saya tetap berada di samping datuk. Bila datuk selesai
membaca ayat-ayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati pak imam yang berjubah hijau berdiri
di sisinya. Pak imam bersalam dengan datuk sambil berkata,

"Dia anak derhaka."

Pak imam itu hilang. Suasana di tanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau burung tidak
kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok saya meremang tidak menentu.
Suara dari dalam kubur terus hilang.

Saya dan datuk pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari, datuk duduk di ruang tengah
memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk merenung ke arah matahari
terbit.

Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah kiri lututnya
terletak mangkuk putih tanpa air.

Datuk bertafakur kira-kira sepuluh minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari
dan saya penuh teliti.

Datuk memejamkan matanya rapat-rapat. Saya terdengar suara orang batuk. Entah dari mana
datangnya saya tidak tahu.

"Kau benar-benar mahu menolongnya?" terdengar suara ghaib.

"Ya, pak imam."

"Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang melahirkannya."

"Lagi pak imam?"

INTERNAL
285
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya."

Sebaik saja suara itu hilang, datuk membuka matanya. Di tangan kanan datuk tergenggam sehelai
kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke lehernya. Datuk merenung ke wajah Omari tepat-
tepat.

"Kau sayangkan anakmu?" tanya datuk.

"Tentu."

Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan memaki ibunya sesuka
hati. Malah pernah melukakan perasaan ibunya yang melarang dia bercampur gaul dengan
budak-budak nakal. Larangan itu tidak dipedulikan oleh anaknya.

Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan penghisap ganja dan jadi peminat ekor tiga nombor
(masa itu judi empat nombor masih belum ada).

"Anak saya itu membuat kerja-kerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur lama menurun
nombor ekor," kata Omari dengan wajah yang amat muram.

Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya menentang perbuatan itu
hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat mengawal perasaan lalu memaki ibunya
sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa itu, Omari bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi.

"Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya merawatnya. Masa
merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan kayu hingga dahinya luka, isteri muda
saya meninggalkan saya."

"Lepas itu apa yang terjadi?" tanya datuk.

"Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal dunia."

"Awak terlalu manjakan anak," cungkil datuk lagi.

"Memang. Dialah satu-satunya anak saya," suara Omari tersekat-sekat dan menangis.

Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari isteri tuanya. Akhirnya
isteri tua Omari ditemui di Pontian, sudah menikah dengan saudara berketurunan Pakistan.

INTERNAL
286
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk membawa isteri tua ke rumah Omari. Isteri muda tidak dapat ditemui. Menurut beberapa
orang kampung di situ, isteri muda Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai,
Indonesia.

Semua peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada isteri tua Omari. Perempuan itu
menangis tersedu-sedu. Hatinya terasa pilu atas perbuatan bekas suaminya yang tidak
memberitahu tentang kematian anaknya.

Malam itu, saya dan datuk tidur di masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang ke masjid agak lewat.
Kira-kira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami disambut oleh pak imam berjubah hijau di
muka pintu masjid.

"Kau sudah jumpa emaknya?" tanya imam itu.

"Ya, pak imam."

"Mana dia?"

"Dia ada di rumah adik Omari."

"Kita ke sana," jawab pak imam berjubah hijau.

Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara saya dengan datuk.
Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak dapat memandang tubuh pak imam.
Mereka hanya mendengar suaranya saja, sedangkan saya dan datuk dapat melihat
gerak-geri pak imam.

Pak imam melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian dia mengajak
datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum matahari terbit, pak imam itu
memberi sebotol air jernih kepada datuk.

"Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas tanah kubur itu dan
suruh dia baca ayat ini," pak imam beritahu pada datuk sambil menyerahkan sehelai kertas yang
bertulis jawi.

"Lagi pak imam?"

"Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang tahajud tengah malam
minta Allah mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia terlebih dulu dengan hati yang suci mesti
mengampunkan perbuatan anaknya itu terhadapnya."

INTERNAL
287
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Janda Omari dan iparnya termanggu-manggu mendengar suara ghaib itu. Mereka hanya nampak
sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah hijau waktu berdiri di muka tangga
sebelum menghilangkan diri dari kami semua.

Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari dengan
sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut, kecuali menemani janda
Omari pergi ke kubur selama lapan pagi berturut-turut.

Masuk hari yang ke-14, suara tangisan dari kubur sudah tidak kedengaran lagi. Dan janda Omari
pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk pulang ke Pontian.

"Tangguhkanlah dulu," kata Omari pada jandanya.

"Kenapa?"

"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku minta pada kau
demi kasih sayang kita pada anak," Omari menyatakan hasratnya.

Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir. Kalau dia memenuhi
permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di Kampung Jorak Ilahi.

"Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat baik tu," jawab janda
Omari.

Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.

"Bila suami awak datang?" datuk menyoal perempuan yang berwajah lembut.

Kedua-dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis
mengenangkan perbuatan bekas suaminya.

"Tengahari ini," jawabnya pendek.

"Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini," celah datuk.

Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk.
Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah
oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.

INTERNAL
288
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya. Tugas isteri
membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan sebarang perbuatan yang tidak
disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya," ujar perempuan itu dengan tenang.

Datuk tersenyum, dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan dengan syaitan
dengan gagah dan berani. Tetapi, datuk terpaksa tunduk dengan perempuan yang kuat iman dan
mengikut perintah Allah.

"Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk syaitan dan nafsu,"
suara datuk lemah.

Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk di muka pintu
menanti kedatangan suaminya.

Lepas kurang pukul sebelas pagi, suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui
suami perempuan itu. Bercakap sesuatu dengannya.

"Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan," balas suami perempuan itu.

Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta teksi itu datang
menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya.

Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk bercakap dengan
Omari sebentar. Tanpa memberitahu saya, datuk pun menghilangkan diri.

Bila tetamu sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang
kampung bersama seorang lelaki berjubah hijau.

Lelaki itu saya lihat tidak banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang.
Kemudian duduk tunduk membilang tasbih.

Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang ramai menjamah
hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus membilang tasbih.

Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang, orang berjubah hijau terus
bangun dan dan berjabat salam. Tidak ada orang yang berani bertanya tentang dirinya samada
pada datuk atau pada Omari. Mulut orang ramai bagaikan terkunci.

Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung
ke arah lelaki berjubah hijau.

INTERNAL
289
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua pengetahuan
dan petunjuk yang baik," ujar orang yang berjubah hijau itu. Kemudian dia bagaikan kilat hilang
dari penglihatan kami.

Kerana semuanya sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk
menolak pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit.

"Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah semata-mata. Bersyukurlah pada Allah atas
limpahan kurnia-Nya yang kita terima," kata datuk.

"Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang yang berjaya
macam awak ni sudah jadi perkara biasa."

"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim."

"Maafkan saya", ujar Omari.

INTERNAL
290
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

36. Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba-tiba teringatkan anak saudaranya. Anehnya, bila saya
mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar, datuk
menolak.

"Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki," kata datuk.

"Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"

"Ikhtiar dengan bertanya pada orang."

Tidak kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya datuk
dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu.

Tidak lama saya dan datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi membekalkan saya
satu pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf namanya. Menyewa sebuah rumah yang
berhampiran dengan tanah kubur.

Lebih kurang pukul 12 malam, saya terdengar pintu rumah Yusuf diketuk orang bertalu-talu. Bila
saya mahu membukanya, Yusuf menahan.

"Kenapa?" tanya saya.

"Syaitan," jawab Yusuf.

Mendengar cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat wajah Yusuf kelihatan
pucat. Anak dan isterinya tidak dikejutkannya.

"Syaitan macam mana?" datuk minta kepastian.

"Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat perempuan
berambut panjang tidak bermata," Yusuf memberikan penjelasan.

Sebaik saja Yusuf habis bercakap, datuk terus membuka pintu. Apa yang dikatakan Yusuf memang
benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan berambut panjang dengan wajah yang pucat.
Dengan sekilas datuk sudah tahu, perempuan yang dilihatnya itu bukan hantu.

"Apa hal?" tanya datuk.

"Saya lapar."

"Masuk," perempuan itu pun masuk.

INTERNAL
291
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Perbuatan datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan itu makan.

Bagi menguji samada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau tidak, datuk mencampakkan kain
hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu. Tidak ada tindakbalas dari perempuan tersebut.

Setelah datuk mengadakan temubual dengan perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat
orang salah, ternyata perempuan itu gila dan disingkirkan oleh keluarganya.

Terpaksa tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang-orang yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu bukan manusia tetapi hantu perempuan
berambut panjang.

Malam itu juga datuk cuba memberi rawatan segera pada perempuan itu. Datuk juga menyuruh
perempuan itu bermalam di rumah Yusuf. Akibat dari perbuatan datuk itu, tersebarlah berita
kononnya Yusuf menyimpan hantu berambut panjang.

"Aku terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik," kata datuk saya dan Yusuf.

Yusuf tidak dapat berkata apa-apa. Samada dia rela atau tidak, dia harus patuh dengan
permintaan datuk yang suci itu.

Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan
memandikan seluruh tubuhnya dengan 7 biji air kelapa muda selama tiga pagi.

Pada sebelah petangnya, selama tiga petang datuk menanam separuh badan perempuan ke
dalam tanah di bawah sinaran matahari selama tiga jam. Kepala perempuan itu dilumurkan
dengan asam jawa.

Setelah itu, datuk memaksa perempuan berambut panjang mandi di sungai hingga menggigil
kesejukan.

Hari terakhir, datuk pun memanggil semua jiran-jiran Yusuf berkumpul di halaman rumah kira-
kira pukul empat petang.

Datuk menyuruh perempuan itu duduk di atas bangku khas. Di bawah bangku itu pula datuk
letakkan sabut kelapa.

Supaya perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan diikatkan pada bangku. Ketika itu
datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam, kepalanya diikat dengan kain merah.

INTERNAL
292
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk memerintahkan saya mencurah minyak api lalu membakar sabut. Datuk berpeluk tubuh,
mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu.

Perempuan yang berambut panjang terus menjerit sekuat hati. Tiba-tiba datuk menepukkan
kedua belah tangannya. Api yang marak segera padam, diganti oleh asap tebal.

Perempuan itu terbatuk-batuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai melihat tulang-
tulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita tersebut. Datuk menyuruh saya
menyiram air atas sabut yang dibakar.

Perempuan yang berambut panjang terkulai atas bangku. Datuk lalu mengumpulkan serpihan
kaca dan tulang lalu dimasukkan ke dalam uncang kecil.

Datuk menepuk bumi, perempuan itu tersedar, wajahnya berseri-seri. Boleh bercakap dengan
baik dan teratur.

"Dia sebenarnya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya ditolak kaum
keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah perempuan ini lepas ke tangan
orang lain. Orang yang meminangnya dulu berdendam lalu mengenakan ilmu sihir padanya," kata
datuk.

Bila datuk mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk ke dalam rumah, seorang lelaki
segera menerkam kepadanya dan mengaku pada datuk bahawa dia adalah ayah saudara pada
perempuan itu.

Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada perempuan yang malang itu. Datuk
menasihatkan lelaki itu supaya membela anak saudaranya dengan sebaik mungkin.

Dengan rasa rendah diri, lelaki itu menyesal atas perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara
anak saudaranya seperti anaknya sendiri.

"Awak salah," kata datuk.

"Apa salah saya?"

"Sebagai seorang Islam, awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya terhadap anak saudara
awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu perbuatan yang tidak terpuji mengikut ajaran
Islam," jelas datuk lalu membawa anak saudaranya pulang.

Pagi esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf dan menuju ke utara dengan
sebuah teksi. Kami sampai ke Ipoh lebih kurang pukul 7 petang.

INTERNAL
293
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kami bermalam di rumah kenalan datuk di Kampung Pengkalan Peguh yang letaknya beberapa
batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya, kenalan datuk sendiri menghantar kami ke kampung.

Dua bulan kemudian, datuk menerima surat dari Yusuf yang mengatakan perempuan yang
berambut panjang telah menemui jodoh dengan seorang pemuda dari Masjid Tanah, Melaka.

Pemuda itu ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah ibunya. Pemuda itu
berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di bahagian R.A.S.C (Royal Army Service
Corps) bertempat di Kem Seletar.

Seminggu selepas kahwin, dia membawa isterinya ke tempat bertugas, demikianlah Yusuf
menulis dalam suratnya.

Cukup gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga berdoa supaya jodoh
perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan berkekalan hingga ke anak cucu.

Sejak datuk pulang dari Batu Pahat, kesihatannya tidak begitu baik. Dia selalu diserang batuk
mulai pukul 12 malam hingga menjelang waktu subuh.

Bila saya menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu. Dia mengatakan
pada saya, sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri.

Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti datuk. Boleh
menolong orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan sedalam-dalamnya, memang saya
tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk.

Datuk cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan saya. Datuk
bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalahgunakan.

Dia hanya menurunkan ilmu-ilmu yang mudah pada saya seperti mengurut tangan orang yang
tersilap urat serta beberapa petua dan doa untuk diri saya sendiri yang tidak boleh digunakan
untuk orang lain, walaupun untuk anak isteri.

Dari sinilah mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan pelajaran yang terkandas.
Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah malam di kampung saya.

Datuk tidak tahu, bahawa saya akan menyambung alam baktinya dengan cara yang tersendiri.
Saya berazam untuk menjadi seorang doktor. Dengan itu saya akan boleh menolong orang.

INTERNAL
294
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Datuk kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi pantang larangnya terlalu
ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek ni, kalau tak sabar-sabar, dah lama tinggalkan
dia," kata nenek pada saya, setelah saya nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu
petang.

Tanpa diduga perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera mendekati kami.
Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang tersirat dalam dada saya.

"Aku boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal itu tidak dapat aku
berikan pada nenek mu. Kalau dia menuduh aku sebagai lelaki tidak bertanggungjawab, aku tidak
marah. Apa yang dikatakannya itu memang benar," kata datuk dari kepala tangga. Nenek
merenung muka saya.

"Memang begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri
dan kaum keluarga, kalau tidak ilmu ku tidak menjadi. Tuhan telah memberi aku seorang isteri
yang setia dan sabar. Inilah nikmat dari Allah yang aku terima," sambung datuk lagi.

Matanya merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum cukup manis. Belum
pernah saya menikmati senyuman nenek semanis itu. Agaknya, dia megah kerana
pengorbanannya selama ini disanjung oleh datuk.

Barangkali sikap bertolak ansur, timbang rasa dan saling memahami tugas masing-masing
membuatkan rumahtangga datuk dan nenek kukuh hingga ke anak cucu, fikir saya dalam hati.

Meskipun rumahtangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta, mereka mengambil langkah
nikah dulu kemudian bercinta. Ternyata kebahagiaannya lebih panjang, kemesraannya terlalu
padat. Susah mahu diresapi pertingkahan, fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala.

"Nenekmu seorang wanita yang baik," tambah datuk lagi.

Datuk terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan nenek dengan
kerjanya mengupas buah kelapa.

INTERNAL
295
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

37. Bagi mengisi masa lapang petang itu, saya berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawan-
kawan yang sebaya bermain gasing. Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah, saya
ambil. Cita-cita saya mahu memangkah dua tiga biji buah gasing kawan-kawan hingga terbelah.

Secara mendadak saja saya teringatkan batang pancing yang tersandar di pangkal pokok
mempelam. Gasing dan tali saya tinggalkan. Batang pancing saya ambil.

"Nak ke mana dah petang begini?" tanya nenek.

"Nak memancing ikan di sawah."

"Usahlah, dah petang," tahan nenek.

"Kejap aja nek," jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju ke sawah yang
terbentang luas.

Matahari sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu sudah pukul lima lebih.
Memang tidak wajar saya turun ke sawah memancing.

Saya terus meniti atas batas bendang menuju ke sebuah kolam kecil yang terletak di bawah
sebatang pokok tualang besar dan tinggi. Kiri kanan pokok itu ditumbuhi oleh pokok-pokok buluh.

Akar-akar jejawi berjuntai di dahan tualang, sebahagian darinya mencecah bumi. Beberapa akar
itu saya potong separas dada.

Sebelum saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan bermain angin. Memang
menyeronokkan.

Kemudian saya memancing dengan umpan cacing yang saya korek di tanah pangkal pokok
tualang. Nasib saya memang baik petang itu, pancing saya selalu saja mengena.

Tidak sampai satu jam saya sudah dapat berkati-kati ikan keli, haruan dan puyu. Ikan-ikan itu saya
letakkan dalam raga. Azam saya mahu menangkap separuh dari ikan-ikan yang terdapat dalam
kolam tersebut.

Hati saya berdebar dengan tiba-tiba. Daun telinga kanan saya bergerak-gerak dan terasa angin
lembut menyentuhnya.

Saya mula rasa ragu-ragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang bertiup. Saya segera
menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikan-ikan hasil dari pancing saya. Saya dapati ikan-ikan

INTERNAL
296
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

di situ semuanya hilang, kecuali seekor ikan haruan kecil sebesar ibu jari terlompat-Iompat dalam
raga.

Saya renung ke langit, matahari sudah pun runduk di kaki langit. Keadaan sekeliling sawah sudah
tidak secerah tadi. Hati saya bagaikan dipengaruhi oleh suatu kuasa untuk terus memancing,
ikan-ikan saya lihat bagaikan melompat-Iompat di permukaan kolam.

Saya membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja memancing ikan di
kolam. Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur gelap. Senja kala sudah datang.

Saya bagaikan terdengar suara datuk memanggil-manggil nama saya. Saya bersedia untuk pulang
dan rapat ke pangkal pokok tualang untuk mengambil raga yang berisi ikan.

Lagi sekali saya terkejut, tidak ada seekor ikan pun di situ, kecuali anak haruan kecil sebesar ibu
jari terlompat-Iompat dalam raga. Saya menarik nafas panjang.

Saya jadi bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang datuk berikan pada
saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali, saya perlu mencubanya samada jadi atau
tidak, fikir saya.

Dengan tenang, saya menjamah bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca
sepotong ayat dari surah al-Falak iaitu 'Qul a'uzubirabbilfalaq' hingga akhir. Saya terasa diri saya
bagaikan mendapat sesuatu kekuatan ghaib.

Saya jadi berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis saya tekan ke bumi.
Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi sekali semangat saya tergugat.

Di sebelah kanan saya terlihat sepasang kaki macam kaki itik yang cukup besar, berbulu roma
tebal hingga ke buah betis. Saya dongakkan kepala. Saya berhadapan dengan satu lembaga putih
yang cukup tinggi. Lebih tinggi dari pokok tualang.

Hari sudah beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup hebat, bagaikan ribut
besar sedang berlaku di sekeliling saya.

Saya terdengar pokok tualang digoncang bertalu-talu. Saya nampak dengan jelas dengan dedaun
tualang jatuh ke bumi.

Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu pun hilang. Suasana terasa terlalu sepi. Saya
campakkan batang pancing dan raga ke dalam kolam.

INTERNAL
297
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan dengan satu lembaga
yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih kurang sama tinggi dengan bentuk tubuh
datuk.

Kepala lembaga itu tidak berapa jelas. Tetapi, dari bahagian leher hingga ke paras pinggang
ditumbuhi bulu. Kedua belah tangannya berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang hingga
ke kaki serupa dengan bentuk tubuh manusia biasa.

Dalam saat-saat cemas begitu, saya terdengar nama saya dipanggil sayup-sayup dari arah
kampung.

Saya kenal benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan itu, tetapi tidak
berdaya. Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang menahan pangkal kerongkong saya.

Saya renung ke arah lembaga itu kembali. Kini saya sudah pasti benar bahawa, lembaga itu
memang aneh, kepalanya juga berbentuk burung ada paruh dan muncung. Kedudukan matanya
macam kedudukan mata manusia.

Sinar matanya tajam tidak berkelip-kelip memandang ke arah saya. Suara datuk, makin lama
makin dekat kedengaran. Dalam saat-saat begitu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya hanya
berserah pada Allah yang Maha Besar.

Saya cuba membaca beberapa potong ayat al-Quran, tapi banyak yang silap dan lintang-pukang.
Perkara yang patut didahulukan, dibaca kemudian, begitulah sebaliknya. Saya jadi tidak tentu
arah.

Suara datuk kian dekat. Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Memang saya lihat datuk
ke arah saya dengan membawa sepotong kayu.

Saya cuba melambaikan tangan ke arah datuk. Lambaian saya itu seolah-olah tidak dapat dilihat
oleh datuk dalam suasana yang agak samar-samar itu. Lembaga ganjil itu terus melihat gerak-geri
saya.

Dalam warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak saya dengan datuk
lebih kurang antara 10 hingga 15 kaki. Tetapi, datuk tidak dapat melihat saya. Suara datuk cukup
jelas saya dengar. Sayangnya, saya tidak dapat menjawab suaranya itu.

"Tak mahu dengar cakap orang, inilah padahnya, aku yang susah," keluh datuk.

INTERNAL
298
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya lihat dia berdiri betul-betul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus memacakkan kayu
yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat lembaga ganjil membuka kedua belah
sayapnya lalu terbang ke arah dahan tualang.

Secara mendadak saja saya boleh bersuara dengan selantang-Iantangnya. Datuk terkejut bila dia
mendapati dirinya berhadapan dengan saya. Tanpa banyak cakap, datuk terus menyapu wajah
saya dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali.

"Kau masuk salah tempat," kata datuk dan terus membawa saya pulang.

Sampai di jalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampir-hampir saja dia mahu menampar muka saya.
Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang sedang naik itu.

Apa yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk akal. Kalau diceritakan pada sesiapa,
saya pasti dituduh gila atau berkhayal, paling tidak dianggap suka mengada-adakan cerita yang
tidak munasabah.

Tetapi, lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin apa yang terjadi
pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan dengan makhluk Allah yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar.

Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya.

"Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku patah-patahkan leher
kamu," begitulah datuk, dalam perintah yang lembut terselit satu ugutan yang amat menakutkan.

"Faham?" sergahnya.

"Faham tok!"

Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak putus-putus
menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu. Tetapi, nenek tetap
memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara tidak sengaja.

"Barangkali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut," datuk mengeluh
sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan malam.

"Usah ingatkan kisah tu," ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada saya. Nasi pun
saya masukkan ke dalam pinggan.

INTERNAL
299
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Nenek hulur pula mangkuk nasi pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding.
Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur.

Datuk mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun
serunai laut dan kapur di ruang tengah.

Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan kapur. Ketiga-tiga
benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya direndamkan dalam cawan beberapa
saat.

Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan
mengunakan penapis yang halus. Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.

"Ini ubat yang baik," katanya sambil merebahkan badan atas lantai.

Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua tentang
perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi.

Ada beberapa perkataan Jawi Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan
dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham.

Memang, ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur
kurang.

Menjelang pukul 12 malam, batuk datuk tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi
dengkurnya tidak putus-putus.

INTERNAL
300
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

38. Saya terdengar kokok ayam bertalu-talu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa mengantuk.
Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca.

Badan mula terasa sejuk. Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan daun
tingkap bilik terbuka dengan sendirinya.

Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya
terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan. Saya cuba
mencarinya tetapi belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras.

Angin dinihari yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya,
saya sendiri pun tidak tahu. Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik.

Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu. Saya terasa
angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok-pokok di luar macam digoncang manusia.

Saya juga terdengar sekawan burung berak-berak terbang tinggi sambil berbunyi dengan
rancaknya. Burung-burung itu berpusing-pusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa,
saya pun dongakkan kepala ke langit.

Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertali tali) dari bahagian bawah lembaga yang terbang di
angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara.

Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalu-talu dari dahan pokok
kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap malam yang memanjang itu, saya bagaikan
terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya.

Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik ke arah tingkap, saya dapati
tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas bertalu-talu dengan kuatnya.
Semua rumah bergegar. Datuk terjaga dari tidurnya.

Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk menyuruh saya beredar dari situ dan
mengambil alih tempat saya. Dia berdiri di muka tingkap dan burung berek-berek berlegar-legar
atas bumbung rumah semula.

Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam menembusi
malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah daun tingkap lalu
menguncinya.

INTERNAL
301
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk
mahu merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk
segera berubah jadi lebam kebiru-biruan. Datuk jatuh ke atas lantai.

Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya lihat datuk
berguling-guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan datuk berdarah kena cakar kaki
burung.

Saya jadi kelam-kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala manusia yang berbulu
burung.

Dalam saat-saat yang cemas itu, datuk membuka kain. Saya tersipu-sipu melihatnya berbogel di
depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir.

Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki. Semua perbuatan
datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.

"Ambilkan aku segenggam beras!" jerit datuk sekuat hati.

Nenek tergesa-gesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras erat-erat dan
memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke arah lembaga
bermata merah.

Satu jeritan terdengar di tengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu
bersahut-sahutan. Lembaga bermata merah hilang di muka jendela.

Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka datuk pucat. Darah
yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental. Baunya cukup busuk macam bau
bangkai.

"Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda. Dan kau jangan
terkena air kotor ini, pergilah cepat-cepat. Aku nak basuh muka. Aku tak tahan lagi rasanya
menahan panas ni. Daging pipi aku macam kena api," datuk berkata dengan tenang pada nenek.

Nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis rendah di belakang
rumah. Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh datuk.

Sambil membaca beberapa ayat-ayat al-Quran, datuk membasuh mukanya dengan air kelapa
pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan segar. Air yang jatuh atas lantai, datuk sapu
dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke dalam satu baldi kecil.

INTERNAL
302
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Esok kena tanam," kata datuk.

Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya tidak tahu apa
yang dibuatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah datuk beredar dari muka tingkap
dan mengajak saya mengambil air sembahyang.

Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca al-Quran. Saya
mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah (homework) seperti yang
disuruh oleh Mr. Ismail.

Mr. Ismail lulusan Kolej Kirkby mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian
berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah. Mr. Ismail akhirnya bertukar
mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi.

Dalam pilihanraya tahun 70-an, Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah di tangan
calon Barisan Nasional bagi kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak
saya dengar lagi.

Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke pekan kecil. Kami
naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh basikal.

Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis, dalam waktu satu jam
kami pun pulang. Sementara menanti waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang
buluh untuk buat raga dan lukah (bubu).

Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih walau sedikit pun.
Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting buluh dari batangnya dan membelah buluh
yang sudah dipotong oleh datuk.

Buluh yang sudah dibelah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya matahari. Dengan itu,
buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya.

Kerja kami berhenti bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan saya makan.

"Jarang-jarang kita dapat makan bersama," kata saya.

"Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja," celah nenek.

"Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni."

"Kenapa pula?" tanya saya pada datuk.

INTERNAL
303
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ada alamat aku akan dipanggil orang."

"Apa alamatnya tok?"

"Masa aku tebang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin."

"Humm... baru saya tahu," saya meningkah cakap datuk. Disambut dengan ketawa oleh nenek.

Memang tepat cakap datuk. Lebih kurang pukul 3 petang, seorang anak muda berdahi luas tiba
di kaki tangga. Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek
dan memakai selipar Jepun.

"Saya tahu tujuan awak datang," kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut. Datuk
mengajak anak muda itu naik.

"Tempat awak dikacau syaitan?" tambah datuk lagi.

Anak muda yang termanggu-manggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek
terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu.

Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan
di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka
menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.

"Semuanya menolak tidak sanggup," kata anak muda itu.

"Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan bomoh."

"Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik."

"Siapa?"

"Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis."

"Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang
menentukan kejayaannya, Allah yang Maha Besar."

"Saya faham pakcik," nada suara anak muda itu merendah.

INTERNAL
304
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sebelum memulakan sebarang perjalanan, datuk menghitung dan mengira apakah perjalanannya
membawa tuah atau celaka.

Setelah bertafakur berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai
melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak
membantah permintaan datuk.

Di luar, sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman rumah. Kicau
burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama hembusan bayu yang lembut
dan nyaman.

Kepala saya digayuti persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang
yang memerlukan pertolongannya?

Apakah datuk mahu mencari dan menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang
dituntutnya?

Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala
saya.

"Kenapa kau yang sibuk-sibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ mencari aku?"
datuk menyoal anak muda itu.

"Tidak."

"Kalau tidak, kenapa kau mesti bersusah payah?"

"Ada hubungan dengan ayah saya."

"Ayah kau? Siapa dia ayah kau?" datuk agak terkejut.

Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerak-gerinya, ternyata anak muda itu
kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya dari datuk.

"Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang, akan memudahkan kerja-
kerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk kejahatan," datuk cuba membunuh
rasa resah dalam diri anak muda itu. Anak muda itu tundukkan kepala merenung lantai rumah.

"Ayah saya, Haji Saad Talu," dengan nada suara yang lemah anak muda itu menyatakan pada
datuk.

INTERNAL
305
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung keluar.
Melihat dedaun rambutan dan manggis yang ditolak angin. Bergerak-gerak penuh malas.

"Pernahkah pakcik dengar nama tu?"

"Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja mengekalkan
nama tempat lahir di hujung namanya."

"Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu."

Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan pangkal belikatnya
dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk.

"Ayahmu sakit?" soal datuk lagi.

"Tidak."

"Jadi untuk apa kau datang ke mari?"

"Ayah saya sudah meninggal dunia."

Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat bergerak-gerak.
Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya.

Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi. Datuk letakkan kain hitam itu di
hujung lutut kanan anak muda tersebut. Kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan
bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya.

Datuk melihat urat-urat yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu
memegang pangkal siku anak muda tersebut.

Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya berkerut menahan
kesakitan yang amat sangat.

Saya lihat datuk tidak memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit
tangan dengan kulit di bahagian siku anak muda itu, bagaikan terkunci.

Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga ke pangkal dagu. Air liur itu
kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang menyenangkan.

INTERNAL
306
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda itu nampak termengah-mengah
macam berlari berbelas batu dalam panas yang terik. Bahagian belakang baju putihnya basah
oleh peluh, macam baru kena hujan.

"Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?" soal datuk sebaik saja anak muda itu menyandarkan
badannya ke dinding.

Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu batin antara anak
muda itu dengan datuk.

Cukup susah saya mahu menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata, urat-urat
dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah.

"Berterus-terang dengan aku. Jangan uji aku, nanti kau binasa!" pekik datuk sekuat hati. Serentak
dengan itu dia menampar lantai.

Papan lantai yang ditampar oleh datuk, saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi
papan yang berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi
hitam macam arang.

"Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak mahu. Dia paksa
juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik," anak muda itu mula menangis.

Datuk terdiam. Dari gerak-gerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah berlaku. Tanpa
segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.

"Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterus-terang saja dengan
aku."

"Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan digerak oleh sesuatu untuk berbuat
begitu."

"Aku faham, semuanya terjadi di luar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan yang arwah ayah
kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya."

Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara terbuka, anak muda
itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu kebatinan yang diamalkan oleh arwah
ayahnya yang bertentangan dengan akidah Islam.

"Banyak perkara yang meragukan saya pakcik," ujar anak muda itu.

INTERNAL
307
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia.

"Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri di Timur Tengah
semasa dia menjadi kelasi dulu."

"Lagi?"

"Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti memuja bulan,
matahari dan laut. Adakalanya benda-benda yang dipuja itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang
menjadikan alam ini."

"Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?"

"Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke Mekah. Tetapi,
menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang. Ayah saya tidak pernah
sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat
amalan secara rahsia."

"Apa tindakan orang-orang kampung tempat kamu?"

"Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adik-adik yang lain membawa diri ke tempat
lain."

Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang arwah ayahnya.
Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya
berhempas pulas menendang dinding dan lantai.

Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih, barulah roh ayahnya bercerai dengan jasad.
Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku antara orang kampung.

Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Mereka mahu
menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain. Alasan mereka kenapa hal itu patut
dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya bukan seorang Islam.

Manakala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan di tanah perkuburan
Islam. Alasan mereka, arwah Haji Saad memang seorang Islam. Surat lahir dan kad pengenalan
membuktikan yang arwah itu memang Islam.

Pihak itu juga menyatakan, menentukan samada seseorang itu Islam atau tidak, bukanlah
terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan
Agama, Mufti dan lain-lain lagi.

INTERNAL
308
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Hanya Allah sahajalah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau sebaliknya," kata datuk.

Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak. Dari kerdipan
matanya yang lembut, saya membuat kesimpulan anak muda itu setuju dengan apa yang
dikatakan oleh datuk.

"Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam di tanah
perkuburan orang-orang Islam," anak muda itu menyambung perbualan yang terputus.

Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram. Menurutnya,
waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang kampung yang meletakkan
tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.

"Apa yang ganjilnya tu?" saya pula menyoal.

"Mukanya ditumbuhi bulu macam burung," jawabnya.

"Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan.

"Mereka tanya saya samada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada pilihan melainkan
menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah."

Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah datuk masih dalam
keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya. Suasana dalam ruang rumah terasa
sepi buat beberapa minit.

Kami termenung panjang. Masing-masing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri
setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu.

Anak muda itu bangun dan berdiri dekat pintu. Merenung ke arah pokok-pokok mempelam dan
manggis yang disinari matahari petang. Lama juga dia termenung di situ.

"Selepas orang-orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah bertukar hitam.
Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan
turun dengan lebatnya. Hujan itu berhenti bila masuk waktu subuh," tanpa diduga datuk terus
berkata demikian. Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.

"Mana pakcik tahu?" anak muda terkejut besar.

INTERNAL
309
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu serba sedikit
tentang ilmu itu," terang datuk dengan jujur padanya.

Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu itu dikenali dengan
nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh kelasi-kelasi kapal bila kapal
mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman dahulu.

Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia,
beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak
musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu.

Orang yang mahu memperoleh ilmu itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh
badan dalam tahi kelawar.

Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul, Pulau Jawa.
Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan pada sekeping papan yang
sudah berusia beribu-ribu tahun.

Papan yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu
menuntut ilmu. Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang mahu
memperhambakan diri.

Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang
paling berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu.
Dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.

Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya memakan
kepak kelawar selama 44 hari.

Bila amalannya sudah genap 100 hari, tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga
ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia.

Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya. Setiap malam,
dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan di bawah pokok
nibung. Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya.

"Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya.

"Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh menjadikan diri
macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu perbuatan laknat," kata datuk
lagi.

INTERNAL
310
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa arwah ayahnya
masih hidup, selalu mengasingkan diri dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak pernah
berada di rumah kecuali waktu menjelang subuh.

Lebih kurang pukul 4 petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke sebuah kampung kecil
di pinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung (dulu Daerah Dinding).

Masa yang kami ambil untuk sampai ke situ lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi.
Anak muda itu terus menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan
rumah lain di kampung tersebut.

"Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia berkepala burung
dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di situ. Sejak rumah ditinggalkan,
kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu," anak muda itu
menceritakan tentang rumah papan yang kami lihat dari jauh.

"Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk.

"Sejak akhir-akhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain pula," tambah anak
muda itu.

Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin petang yang bertiup
kencang mengugurkan dedaun getah tua yang memagari pinggir kampung.

Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah
bertutup rapat. Di kaki tangga ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok
mempelam telur yang sedang berbunga lebat.

"Apa yang kau nampak?" tanya datuk pada saya.

"Tak ada apa-apa tuk."

"Baguslah," balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah. Anak muda yang sejak tadi berdiri
di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu nampak cemas.

"Nama kamu siapa?"

Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak muda itu. Agaknya
datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.

INTERNAL
311
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Nama saya?" ulang anak muda itu.

"Ya, nama kau."

"Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad pengenalan dan surat
beranak, Osman."

"Pasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?" datuk mencungkil rahsia.

Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang kian redup. Beberapa
ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia.

Gagak-gagak itu berbaris menghala ke arah matahari sambiI berbunyi. Suara gagak itu parau dan
kalau diteliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan.

"Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama sebilah beliung kecil,"
Osman membuka kisah dirinya.

"Mana kau tahu?" tanya datuk lagi.

"Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata ayah, kalau saya tidak
disambut dengan beliung kecil itu, saya tidak akan lahir dan ibu akan mengandung sampai mati.
Beliung itu ayah yang berikan pada bidan."

Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang bumbung rumah papan
beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan perhatian ke arah rumah tersebut,
sebahagian daripada rumah itu tidak kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar.

Tiba-tiba sahaja badan saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila saya tidak
melihat ke arah rumah itu, rasa seram tidak saya rasai.

"Beliung itu ada pada kau?" saya terdengar datuk menyoal Osman.

"Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang tujuh warna."

"Apa warnanya?"

"Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain."

INTERNAL
312
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap menggaru pangkal
kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang datuk lakukan serba tak kena. Dalam
keadaan datuk yang tidak menentu itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia.

Saya lihat bahagian tingkap yang tidak kena sinar matahari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat
manusia berdiri di situ.

Saya memberanikan diri untuk melihatnya, tiba-tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun
yang dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening.

Saya segera merenung ke arah lain. Pendengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening
terus hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi.

"Kau simpan beliung tu di mana?"

Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habis-habis menyoal Osman dan tidak merasa bosan
macam saya.

Osman menjawab dengan jelas apa yang disoal oleh datuk. Osman terus memberitahu datuk
bahawa beliung itu disimpan di rumahnya yang terletak berhampiran jalan raya.

Osman juga memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih.
Tiga ekar lagi dijadikan dusun.

"Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun," kata Osman tanpa memandang ke arah
rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut memandang rumah pusaka itu. Matahari kian
condong ke barat.

INTERNAL
313
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

39. Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Bila
datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara
terus terang Osman menerangkan bahawa dia pernah mendirikan rumah di atas tanah pusaka
peninggalan ayahnya.

Malah, dia sendiri sudah pun mencari seorang gadis sebagai calon isterinya. Dia mahu
menjadikan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya. Tetapi hasratnya tidak terlaksana bila
rumah sudah didirikan dan dia tinggal di situ.

Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam
dia diganggu oleh makhluk ganjil yang dapat dilihatnya.

"Setiap malam badan saya dan pakaian saya dilumuri dengan najis manusia dan binatang. Tiang
rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya pindah," beritahu Osman pada datuk.

Osman juga memberitahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun getahnya kerana setiap
orang yang cuba menoreh akan diserang oleh beribu kelawar dan gagak.

Akibatnya, orang yang kena serang kelawar, badannya akan gatal dan bengkak. Manakala orang
yang diserang burung gagak, badannya kemerah-merahan akibat dicakar oleh burung tersebut.

"Kebun getah tu, sudah jadi hutan," keluh Osman.

Hati saya cukup hiba bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk meninggalkan kampung buat
selama-lamanya.

"Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang-orang kampung mula mencurigai saya. Tidak ada
gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila
pakcik sudah berjaya, semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak
ada, biarkan jadi hutan," wajah Osman muram sungguh.

Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung cita-cita Osman di samping memberi
satu harapan baru pada dirinya.

"Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup mesti berusaha," bisik
datuk ke telinga Osman.

Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali berturut-turut. Osman pun
melihat jam tangan.

"Dah pukul 6 pakcik," ujarnya.

INTERNAL
314
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya renung wajah datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam mencari sesuatu.

"Mari kita masuk ke rumah tu," suara datuk separuh keras.

Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat menduga apa yang
bergolak dalam hati kecil Osman.

"Mari," ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.

Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah, mukanya kelihatan
pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan. Wajah datuk ditatapnya sejenak.

"Kita menempah bahaya pakcik," katanya.

"Macam mana kau kata bahaya, kita belum pun sampai."

"Saya terasa seram sejuk pakcik."

"Usah takut, aku ada dekat kau."

Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi. Saya dan Osman terus
mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya mencari makanan.

Bunyi suara gagak kian gamat seolah-olah tidak merestui atas kedatangan kami bertiga. Beberapa
ekor burung gagak terbang rendah ke arah kami. Berlegar-Iegar atas kepala kami sebelum
hinggap di dahan pokok kiri kanan kami.

Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot tajam ke arah burung-burung gagak itu.
Memang bentuk burung gagak itu agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat.

Bahagian kepalanya botak hingga ke leher. Di bawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang
tetapi panjang macam janggut manusia.

"Jangan tengok burung tu," kata datuk pada saya sambil memusingkan leher saya hingga
tertumpu ke hadapan. Memang, terasa sakit leher bila datuk berbuat demikian pada saya.

"Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat suka-suka tau," tambah
datuk.

INTERNAL
315
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit kelihatan cerah bersama
kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari sudah pukul 6 lebih.

Kami terus melangkah mengikut langkah datuk yang teratur. Dada saya terus berdebar. Lebih
kurang dalam jarak 20 kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia, secara
mendadak sahaja datuk berhenti melangkah.

Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia meminta kami melangkah
serentak mengikut langkahnya.

Langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah, tumit tidak boleh
menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai sepatu. Semua sepatu
diletakkan di satu tempat khas.

Datuk juga mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang ganjil. Semua
perintah datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki tangga rumah tersebut.

Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang
Sawa. Kepala tiang itu terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni.

Lama juga datuk meletakan tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan bergoyang-
goyang hingga urat-uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan tangan datuk.
Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi datuk nampak cukup tegang.

"Allahu Akbar!" pekik datuk sekuat hati.

Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga. Datuk undur dua
tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong ayat al-Quran.

"Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang," kata datuk sambil merenung wajah saya
dan Osman. Burung gagak terus berbunyi.

Tiba-tiba datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu."

Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun
melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah.

Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke
tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang
tidak berkunci.

INTERNAL
316
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi," katanya dengan lantang.

Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berada di dalam perut
rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai tiga bilik. Salah satu daripada bilik itu
berkunci.

Menurut Osman, bilik itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk ke
dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu.

Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah dari anjung
hingga ke dapur.

Ketika berada di ruang tengah, datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa
ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu
bertaburan di situ.

Waktu datuk mahu menjamah tulang-tulang kelawar itu, kami terdengar bunyi deru angin yang
cukup kuat. Serentak dengan itu seluruh ruang dipenuhi dengan beribu-ribu ekor kelawar yang
bersedia untuk menyerang kami.

Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga menjadi bulat. Mulutnya
terkumat-kamit membaca sesuatu. Saya dan Osman terus resah. Tidak tahu apa yang mahu
dilakukan ketika itu.

Datuk melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan serta-merta kelawar yang beribu-ribu itu
hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus menyarungkan kembali ke badannya.

Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri, datuk memegang ibu kunci
erat-erat. Mukanya merah padam. Saya lihat datuk meramas-ramas ibu kunci hingga hancur. Besi
dari ibu kunci bertaburan atas lantai.

Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada mulanya Osman enggan, namun
setelah didesak barulah Osman melangkah dengan diikuti oleh datuk dan saya.

Dalam bilik itu datuk menjumpai satu rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain
kuning. Tengkorak dari rangka itu terletak di atas sebatang kayu pulai kering.

"Kita balik," kata datuk.

Tanpa banyak bicara, kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah beransur gelap. Dengan
langkah yang cepat, kami menuju rumah Osman di tepi jalan raya.

INTERNAL
317
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman
hingga pulih.

Tidak jauh dari tempat Osman jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang
berwarna merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya.

Malam itu selepas menunaikan sebahyang Isyak, datuk minta Osman mengeluarkan beliung kecil
yang disimpannya. Tanpa berlengah-Iengah lagi Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam
kotak kecil yang diletakkan di bawah katil.

Lama juga datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang
disimpannya itu bukanlah beliung yang dibuat daripada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia.
Selagi beliung itu disimpannya, ada satu kuasa yang mendampingi dirinya.

Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya di samping
memelihara hantu kelawar peninggalan ayahnya.

"Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu selama-Iamanya didampingi oleh syaitan. Bila
sampai masanya, kau akan memberikan dia makan dengan darah mu sendiri, kalau tidak dia akan
menjahanamkan orang lain," kata datuk pada Osman.

"Saya tak tahu pakcik," balas Osman jujur.

Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu memang benar. Bagi
menghilangkan keresahan di hati Osman, datuk terus berjanji padanya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh Osman.

"Minta pakcik al-Quran," ujar datuk pada Osman lagi.

"Saya tak ada menyimpannya pakcik."

"Surah yasin?"

"Pun tak ada."

"Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan al-Quran di rumah atau Surah Yasin. Bukan tujuan
untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan membacanya. Paling kurang setahun
sekali kau harus membaca al-Quran selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin
pula dibaca pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?"

INTERNAL
318
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Boleh pakcik."

"Bagus. Paling akhir kau membaca al-Quran bila?"

"Paling akhir sekali kira-kira 5 tahun yang lalu waktu saya tamat belajar dengan Haji Mat Zain."

"Lepas itu?"

"Tak pernah."

Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman itu. Menurut datuk,
orang muda sekarang kian jauh dari al-Quran walaupun mereka tahu dan boleh membaca al-
Quran.

Perbuatan membaca al-Quran itu diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca
al-Quran akan terpisah dari diri mereka.

"Ada yang memikirkan membaca al-Quran sebagai satu sikap menunjukkan diri sebagai orang
kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih senang membaca buku komik atau kartun
yang tidak mendatangkan faedah," datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah
panjang.

Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru al-Quran kampung tersebut)
meminjam kitab suci al-Quran. Bila al-Quran berada di hadapan datuk, dia terus membacanya
hingga ke subuh.

Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok Osman. Tetapi, bila saya
mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh di seberang anak sungai yang letaknya tidak
berapa jauh dari rumah Osman, datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri.

Kerana hari gelap, datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu
mengenai perut datuk.

"Jangan kacau aku!" pekik datuk.

Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok-pokok
berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan badan.

Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam dan bersedia mahu mengambil
air sembahyang.

INTERNAL
319
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dalam samar-samar subuh itu, saya dan datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar.
Datuk terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan bunyi suara
burung hantu dan gagak.

Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai di
rumah, ternyata Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba-tiba.

"Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!" pekik datuk sambil menyepak
punggung Osman.

Tergesa-gesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk membaca doa qunut,
saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus menyelesaikan sembahyang subuhnya.

Masa datuk memberi salam akhir, satu tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya
bagaikan ditampar oleh orang. Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan besar pula.

Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap meneruskan kerjanya membaca doa.
Rumah terasa bergoncang lagi.

Satu lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di situ, warnanya
segera bertukar dari hitam menjadi seakan-akan kuning, kemudian menjadi putih.

Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat, penuh
dengan bulu tebal.

Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga itu. Di luar
rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara burung hantu. Sesekali terdengar
suara orang menangis dan meratap dalam bahasa yang tidak saya fahami.

Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan
damai itu tidak saya nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau sepatah apa pun.
Mukanya pucat lesi.

"Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang. Apa yang kau
mahu?" datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.

Datuk berdiri dengan kaki kanannya ke hadapan dalam jarak satu kaki dengan kaki kiri. Datuk
terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu.

INTERNAL
320
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak tubuh badan
manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain kapan itu terikat kemas. Begitu
juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu bergerak dengan meloncat-Ioncat.

Datuk menjatuhkan kedua belah tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk
menepuk tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.

"Ayah!" jerit Osman.

Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman terus pengsan.

"Biarkan dia di situ, kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat akan meresap ke
tubuhnya," demikian datuk memberitahu saya.

Sekarang lembaga itu membuka kedua belah tangannya dan bersedia mahu menyerang. Datuk
dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu memukul ke arah lembaga itu.

Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar
hingga sampai ke bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu manusia
berkepala burung.

"Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh terkena cahaya
matahari. Aku tahu itu sumpah kamu."

Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula
menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya.

Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang. Datuk basuh beliung kecil itu dengan tujuh
jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit.

Kemudian datuk merendamkannya ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah cukup
keras bersinar, datuk letakkan beliung tulang yang direndam itu di tengah halaman.

Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk di sisi datuk menjadi
merah macam udang kena bakar. Tiba-tiba beliung itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman
kembali macam sediakala.

Bekas merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi jalan raya.
(Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat dipanah petir.)

INTERNAL
321
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi ke rumah papan beratap rumbia. Lagi sekali bila
terlihat rumah itu kami gelisah.

Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah
bertimbun-timbun bulu gagak dan bangkai kelawar.

Bila kami masuk ke bilik tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi.
Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu.

Sebelum datuk meninggalkan kawasan rumah itu, datuk menanamkan empat batang buluh
sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga, datuk tanam pula
paku karat yang berbalut kain kuning.

"Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk ke rumah ini lagi," bisik datuk pada Osman dan
saya.

Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan pagi, dengan ditemani
oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung.

"Memang kami tunggu kedatangan awak," kata ketua kampung yang berkulit hitam manis,
memakai songkok hitam. Usianya dalam lingkungan 60-an. Dia mempersilakan kami duduk.

"Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak menduga yang dia tu ada
memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni. Dia tidak tahu apa-apa dan jadi mangsa orang
kampung," beliau menyatakan pada datuk.

Secara diam-diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia berhasrat mahu
menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut ketua kampung, hanya dengan cara itu
sahaja boleh mengembalikan kepercayaan orang kampung terhadap Osman.

Kalau boleh biar semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak
buahnya hidup menderita.

"Sikap tuk ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang-orang Islam wajib membantu
sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun yang tujuannya untuk kebaikan. Ini
merupakan satu ibadah."

Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.

"Bagaimana, ada harapan perkara ni akan berakhir?" tanya ketua kampung.

INTERNAL
322
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dengan izin Allah akan berjaya."

"Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama 44 hari, nampaknya tidak berkesan," tambah
ketua kampung lagi.

"Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surah Yasin tidak semestinya permintaan
kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya kita mesti
terlebih dahulu mendekatikan diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya.
Cara kita meminta itu harus dengan ikhlas dan tidak memaksa. Jangan bila sudah terdesak baru
ingatkan Allah. Di samping itu kita harus berikhtiar," lagi sekali datuk memberikan kuliahnya di
hadapan ketua kampung.

Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup menemani datuk
berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada sebelah malamnya.

Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar mengkuang di halaman
rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila mahu menjalankan tugas-tugas yang berat,
datuk akan memakai seluar hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah.

Lebih kurang pukul 12 malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi yang amat
mengerikan, macam suara gajah. Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang benderang.
Saya terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri di hadapan kami.

Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi lemah dan dia
juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi di sekitar kawasan itu dan menutup badan
ketua kampung dan Osman.

Saya mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan beratap rumbia.
Saya tidak tahu macam mana anjing-anjing liar berada di situ. Suara burung jampuk dan burung
hantu bertalu-talu dan kedengaran suara orang bergendang dan adakalanya macam suara orang
menangis dan merayu.

Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri di hadapan datuk. Matanya bersinar-sinar
bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang sama, saya melihat berpuluh-puluh mayat
yang sudah dikapan dengan kain putih terbujur di hadapan datuk. Mayat-mayat itu bagaikan
bergerak dalam kain putih.

Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah di hadapannya. Tanah itu
dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk menggenggam tanah itu kejap-kejap. Dari celah-
celah jari datuk keluar asap. Bila tangannya dibuka, tanah itu menjadi merah menyala.

INTERNAL
323
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung. Bila tanah
itu terkena pada lembaga itu, serta-merta lembaga itu ghaib.

Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah ditajamkan hujungnya kira-
kira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.

"Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa mu," jerit datuk lalu
menikam ke kiri dan ke kanan.

Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah tujuh kali datuk
menikam, tidak ada apa-apa yang aneh terjadi di hadapan saya. Bila datuk menikam ke kiri untuk
kali yang kesembilan, saya terdengar suara jeritan yang cukup kuat.

Suara jeritan itu bergema ke seluruh kampung melesapi puncak Gunung Tungga. Datuk terus
mencacakkan buluh runcing ke dada bumi dan melipatkan kaki seluar sebelah kiri separas lutut.

Datuk duduk mencangkung dengan tapak tangan kirinya terletak pada bahagian atas buluh
runcing. Mulutnya terus bergerak, membaca sesuatu.

Ketua kampung masih belum sedarkan diri. Saya lihat kaki kanan Osman bergerak-gerak lemah.
Kedua belah tangannya menguakkan dahan dan dedaun yang menutupi tubuhnya.

"Bangun," bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya jangan bertanya.

Osman patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucat-Iesi. Waktu saya menoleh
ke kanan kembali, saya lihat datuk sudah berdiri dengan kedua belah tangannya lurus mengarah
ke rumah papan beratap rumbia. Mukanya nampak berpeluh.

Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya, saya terdengar satu letupan, macam orang
memukul bumi dengan pelepah pisang. Serentak dengan itu, saya lihat api mula berbunga di
tulang bumbung rumah. Api itu terus marak dengan hebatnya. Bahang dari api itu terasa panas
memukul wajah saya. Kulit muka rasanya bagaikan terbakar.

Cahaya api dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami berteduh. Api terus
menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi letupan keciI yang sambung-menyambung.
Tidak sampai dua jam, rumah papan beratap rumbia itu terus menjadi abu. Ketua kampung pun
tersedar dari pengsan.

"Kenapa panas sangat ni?" tanya ketua kampung.

INTERNAL
324
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Itu," saya menunjukkan ke arah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari telunjuk. Biji mata
ketua kampung terbeliak.

"Siapa yang bakar?" tanyanya lagi.

"Terbakar sendiri!"

Ketua kampung mengerutkan dahi sambil menggaru batang leher. Datuk pun mencabut buluh
runcing yang ditanam ke bumi. Datuk melihat bahagian bawah buluh yang sudah ditajamkan itu.
Memang terdapat kesan-kesan darah pada buluh itu.

Datuk menghilangkan kesan darah pada hujung buluh dengan menikamkan buluh itu pada
batang pisang emas yang baru tumbuh jantung. Bila datuk mahu mencabut buluh dari batang
pisang, saya dan Osman serta ketua kampung disimbah dengan air dari arah belakang.

Saya tidak dapat memastikan dari mana arah air itu datang, samada dari sebelah kanan atau kiri
kerana malam terlalu gelap. Di langit kelihatan bintang-bintang bertaburan di mana-mana. Angin
malam yang bertiup agak keras membuat badan saya menggeletar kesejukan.

Saya tidak dapat mengagak dengan tepat pukul berapa ketika itu. Tetapi berdasarkan arah tiupan
angin dan gerak awan bersisik ikan di langit, saya agak waktu itu sudah pukul empat pagi. Suara
pungguk dan lolongan anjing liar sudah tidak kedengaran lagi.

Dari longgokan bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut menjulang ke udara yang
kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk menghampiri saya.

"Kau kena simbah air Tamar?"

"Ya tok."

"Cuba kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak?"

Saya pun ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya tetapi, ketua kampung
dan Osman turut bersama mencium lengan kiri masing-masing.

"Busuk, macam bau bangkai," jawab mereka serentak dan saya anggukkan kepala. Setuju dengan
apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman.

Datuk menyuruh kami bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru tumbuh jantung.
Kami disuruh berdiri dengan menemukan bahu masing-masing.

INTERNAL
325
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Sesudah itu, datuk menyuruh saya melihat ke arah utara, ketua kampung ke arah selatan dan
Osman ke arah barat. Dengan keadaan itu, kami tidak dapat memandang wajah antara satu sama
lain.

Datuk terus menggoncangkan perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung dengan sekuat hati.
Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan kami.

"Sekarang cium lengan kiri kamu semua," ujar datuk dengan tenang sambil menekan pangkal
dagunya dengan ibu jari kiri.

"Tak ada baunya lagi," jawab saya.

"Dah hilang busuknya," tingkah Osman.

"Ya, dah hilang," sahut ketua kampung bersama senyum.

Datuk menyuruh kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk membuka lipatan kaki
seluar sebelah kiri. Angin sudah tidak sekuat tadi bertiup, menandakan waktu subuh hampir.
Langit kelihatan cerah dan bintang-bintang beransur kurang.

Bara api masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah, bunga-bunga api kelihatan
menjulang pendek di udara sebelum padam. Datuk memperkemaskan silanya dan terus
menekapkan kedua belah tangannya ke dada.

Embun subuh sudah terasa menitik ke ubun-ubun kepala. Rasa sejuk kian terasa. Saya tidak tahu
apakah yang dilakukan oleh datuk ketika itu.

Biji mata saya terbeliak bila saya terpandang dari atas bara api keluar benda putih dan bulat,
sebesar buluh lemang yang panjangnya kira-kira dua kaki, terapung-apung di udara macam
ditarik oleh sesuatu dari atas. Benda putih itu terus naik setinggi pokok kelapa dara. Berhenti di
situ sebentar.

Kemudian benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami. Datuk menyuruh kami
meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala. Tetapi angin dari benda bulat itu berjaya
menerbangkan songkok ketua kampung dan cuping telinga saya bagaikan mahu tercabut rasanya
dirempuh oleh angin dari benda bulat itu.

Ketika itu juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara katak betung bersahut-
sahutan yang diselang-seli dengan bunyi suara orang bersorak dan ketawa yang amat
menyeramkan. Embun subuh kian rancak menimpa kulit kepala. Terdengar kokok ayam hutan
bertali-temali dari kaki Gunung Tunggal.

INTERNAL
326
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya tidak dapat menahan rasa sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya kerutkan. Dagu saya
menggeletar yang mengakibatkan gigi atas dan bawah saya berlaga dan mengeluarkan bunyi
kerup-kerup yang tidak tentu panjang pendeknya.

Suara lolong anjing liar mula kedengaran sayup-sayup dan memanjang macam orang menangis
dan meratap sesuatu. Benda putih itu terus berlegar-Iegar di atas ruang kepala kami. Hari masih
lagi gelap.

Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk berguling-guling atas tanah menuju ke
pangkal pisang yang baru tumbuh jantung. Datuk duduk sambil menyandarkan badannya pada
perdu pisang itu.

Datuk merasa selamat kerana benda putih yang bergerak di awang-awangan itu tidak
memburunya. Datuk segera berdiri sambil menekapkan ke dua belah tapak tangannya ke cuping
telinga kiri dan kanan, macam orang yang mahu melaungkan azan.

Lebih kurang dua tiga minit datuk berkeadaan demikian. Akhirnya dia datang ke kawasan lapang.
Benda putih itu mula meluru ke arahnya. Datuk tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah
di situ. Kedua-dua belah tumit kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya dibengkokkan
sedikit.

Bila benda putih itu berada betul-betul di ubun kepalanya, dengan segera datuk membuka kain
merah yang melilit kepalanya. Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan datuk sambil
mengeluarkan suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena jolok.

Kerana terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi tubuh datuk, saya tidak
dapat melihat datuk dengan jelas. Dalam sekelip mata saja saya lihat datuk terhuyung-hayang
macam ditolak sesuatu.

Hati saya mengelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang sesuatu. Ada niat
menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak. Tempurung lutut dan sendi-sendi kaki saya
terasa bagaikan longgar sekali.

Ketika itu, ada cahaya terang mula bangkit di kaki langit, keadaan hari mula beransur cerah. Datuk
masih lagi terhuyung-hayang tidak tentu arah. Tetapi di tangannya masih terlekat kain merah.

Datuk bertempik dengan sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga kaki. Ketika datuk
melompat itu, dia memukul benda putih itu dengan ikat kepalanya. Dua kali lompat, dua kali
pukul tidak mendatangkan sebarang kesan pada benda putih itu. Datuk kelihatan letih dan tidak
bermaya. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil terbatuk-batuk. Mukanya pucat.

INTERNAL
327
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam kucing yang
bersedia untuk menerkam tikus. Kemudian datuk melompat untuk kali yang ketiga dan terus
memukul benda putih itu dengan kain ikat kepalanya sekuat hati.

Hari mula beransur samar-samar, di kaki langit cahaya putih mula kelihatan dengan jelas. Datuk
kali ini saya lihat terhumban berhampiran dengan bara api yang sedang marak memamah kayu-
kayu rumah yang punah.

Belum pun sempat badannya menjamah bumi, datuk sudah meletakkan badannya dalam
keadaan tegak. Ketika itu juga bara api bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari
bara api itu mengeluarkan api. Saya terasa desiran angin di permukaan bumi.

Saya lihat tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas angin sambil memeluk
tubuhnya erat-erat. Dan benda putih di awang-awangan tidak bergerak tetapi mengeluarkan
asap nipis. Bila asap nipis itu hilang, terdengar letupan seperti letupan mercun kecil.

Benda putih itu terus hilang dan masa itu juga beberapa bilah buluh kering bertaburan atas tanah.
Datuk segera menghampiri kami. Kali ini saya lihat wajahnya berseri dan kedua kelopak matanya
lembam sedikit kerana kurang tidur.

"Kita balik, sembahyang subuh," kata datuk.

"Dah selesai ke semuanya pakcik?" tanya Osman.

"Dah. Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui, nampaknya kita berjaya."

"Dia tak ganggu kita lagi?" ketua kampung pula bertanya.

"Nampaknya begitulah."

Kami terus pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh. Ketua kampung
mempersilakan kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga menyatakan pada saya, ada
sesuatu yang mahu dibincangkannya dengan datuk.

"Saya rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya," ulang ketua kampung dengan senyum.
Osman merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung kosong ke depan.

"Begini saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu," nada suara datuk lembut sambil
bangun.

INTERNAL
328
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kenapa begitu?"

"Saya ada hal sedikit."

"Apa halnya?"

"Saya nak bersenam kemudian nak mandi air embun, itu saja. Lepas semua kerja tu saya buat,
saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak, hari pun cerah dan kopi sudah tersedia."

"Haa tak apalah," balas ketua kampung.

Datuk dan ketua kampung ketawa besar. Ketua kampung dan Osman meninggalkan saya dan
datuk di pondok. Saya diminta oleh datuk supaya bersenam gerak kucing dan harimau bangun
tidur. Tujuan senaman cara lama itu dilakukan untuk menghindarkan dari mengalami sakit
pinggang dan lenguh-lenguh sendi.

Satu senaman baru yang diajarkan oleh datuk pada saya ialah senaman ular salin kulit. Senaman
jenis ini lebih banyak memberatkan tentang menarik dan melepaskan nafas, serta pergerakan
sendi-sendi urat.

Tujuan utama senaman ini ialah memelihara kulit badan dan muka. Kulit badan tidak mudah
kendur dan muka kelihatan muda atau tidak dimakan tua.

Senaman jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan senaman ini ditegah
memakan makanan yang banyak mengandungi zat asam selama tiga hari tetapi digalakkan
memakan daun hijau yang boleh dibuat ulam seperti daun pegaga, daun ulam raja, daun saderi
dan daun kesum serta pucuk manggis muda.

Selesai melakukan semua jenis senaman itu, saya dan datuk terus merayau-rayau ke seluruh
kawasan kecil berhampiran pondok Osman untuk mandi embun.

Akhirnya datuk mengajak saya pergi ke bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang
mahu datuk cari di situ. Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara api sudah banyak
yang padam, kayu-kayu alang rumah semuanya sudah rentung menjadi arang.

"Mari kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi," saya terkejut dengan ungkapan dari datuk
itu. Bulu tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar.

"Mari," datuk terus menarik tangan saya.

INTERNAL
329
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Memang saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami berlegar-legar di kawasan
yang kami jangkakan tempat bilah-bilah buluh itu jatuh. Apa yang kami temui di situ ialah bilah-
bilah buluh yang sudah rentung. Datuk menguis-nguiskannya dengan hujung kaki.

"Memang buluh sumpahnya," keluh datuk sambil menggigit bibir.

"Saya tak faham cakap tok ni."

"Hanya dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang menuntut ilmu itu.
Aku harap malapetaka yang menimpa orang-orang di sini akan tamat," tambah datuk lagi, lalu
mengajak saya ke rumah ketua kampung.

Sarapan pagi di rumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan dengan kopi panas dan
pulut berlaukkan ikan gelama goreng. Anehnya datuk tidak menjamah pulut itu. Dia hanya
minum kopi panas sahaja. Ketua kampung tidak puas hati dengan sikap datuk.

"Kenapa tak makan pulut?" tanya ketua kampung.

"Minta maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni."

"Kami tak tahu, apa sebabnya? Ada pantang larang ya?"

"Saya ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok makan pulut, kerana pulut ni
cukup bisa bagi orang yang mengidap sakit itu. Kalau sudah sembuh pun akan sakit semula jika
makan pulut."

Ketua kampung puas hati dengan penerangan datuk itu. Ketua kampung merasa bersalah kalau
datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia menyuruh anaknya membeli kuih di kedai.

"Jangan, ini sudah cukup untuk saya," beritahu datuk pada ketua kampung.

"Saya tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja, tengahari ni, makan di sini,"
ketua kampung membuat tawaran lagi.

Tawarannya itu diterima oleh datuk dengan senang hati. Sementara menanti tengah hari, datuk
kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama.

Sampai saja di pondok, Osman ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air perigi. Air itu datuk
campurkan dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis bunga. Kemudian datuk memerintahkan
Osman memakai kain basahan dan disuruh duduk di bawah tangga.

INTERNAL
330
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Nak buat apa ni?" bisik saya ke telinga datuk.

"Nak buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya," balas datuk.

Bila Osman duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ke tubuh Osman dalam tiga
peringkat. Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada Osman tujuh kali. Bila sudah selesai,
barulah Osman disuruh oleh datuk memakai pakaian semula.

"Aku harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah hancur. Kau boleh
hidup aman di atas tanah miliknya," jelas datuk pada Osman.

Ketua kampung hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh datuk itu dengan tenang.

"Memanglah, syaitan tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat manusia," datuk tersenyum
mendengar cakap ketua kampung itu.

"ltu memang kerjanya. Dalam Surah An-Nisa telah menjelaskan kerja-kerja syaitan yang berbunyi,
Dan kehendak syaitan itu ialah menyesatkan kamu satu kesesatan yang jauh," ujar datuk lagi.
Ketua kampung angguk kepala.

INTERNAL
331
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

40. Perbualan datuk dengan kedua kampung cukup rancak sekali. Banyak benar kisah yang datuk
dengar dari ketua kampung. Malah datuk sendiri tidak merasa segan dan silu mencari
pengalaman-pengalamannya di masa lalu.

Perbualan mereka terganggu bila anak gadis tok ketua yang dikiranya mengganggu perbualan
antaranya dengan datuk.

"Apa halnya?" kata ketua kampung.

Osman segera bangun dan merenung tajam ke wajah anak gadis ketua kampung yang berambut
panjang, berkulit putih. Mukanya bujur sirih. Tinggi lampai dan berleher jinjang.

Saya memang tertarik dengan gadis desa berwajah ayu itu. Bila saya lihat wajah Osman, rasa
tertarik yang mula berputik di hati segera saya padamkan.

"Ada orang datang ayah."

"Siapa?"

"Pak Mardan bomoh hujan."

"Humm... sekejap lagi aku balik."

Anak gadis ketua kampung meninggalkan kawasan pondok Osman. Kerana waktu makan
tengahari sudah hampir, ketua kampung mengajak kami pergi bersamanya sekali.

"Eloklah tu, saya ingin juga berkenalan dengan bomoh hujan tu, kalau dia baik hati dapat saya
menuntut ilmu darinya," datuk segera bangun.

"Dia tu bukan orang lain dengan saya, kami satu pupu," tingkah ketua kampung dengan tenang.

Ada rasa megah dalam dirinya kerana datuk mahu menuntut sesuatu dari sepupunya. Lepas
makan tengahari, datuk dapat bercakap panjang dengan Pak Mardan yang sudah berusia hampir
50 tahun.

Orangnya tegap. Memelihara misai, janggut dan jambang. Dia tinggal di Kampung Kota yang
terletak lebih kurang dua batu dari pekan kecil Bruas dalam daerah Manjung.

Menurut Pak Mardan, dia kenal baik dengan bomoh patah yang tinggal sekampung dengannya
iaitu Bedul Hasyim. Datuk minta Pak Mardan menyampaikan salamnya pada Bedul Hasyim bila
dia pulang ke kampungnya kelak.

INTERNAL
332
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dengan izin Allah akan saya sampaikan," katanya.

"Saya dah lama tidak jumpa dia."

"Dia masih sihat lagi," balas Pak Mardan.

Menurut Pak Mardan, dia dalam perjalanan ke Sungai Tinggi (sebuah kampung yang terletak
dalam daerah Matang, lebih kurang dua puluh batu dari bandar Taiping). Dia diundang oleh anak
saudaranya kerana anak saudaranya mahu menikahkan anak perempuannya dengan orang dari
Gunung Semanggul.

"Tujuan mengundang kita tu ada tujuan yang tertentu," keluh Pak Mardan sambil merenung
muka ketua kampung.

"Apa tujuannya?" soal Osman.

"Tenaga aku ni diperlukan anak buah, bila mahu menghalau hujan," Pak Mardan melahirkan rasa
hampanya, disambut oleh ketua kampung dengan ketawa memanjang.

Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi, datuk menolak dengan alasan dia tidak
dijemput ke majlis nikah kahwin.

Tetapi bila Pak Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa untuk
menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk menerimanya dengan senang hati.

Saya mengerti, tujuan utama datuk menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi
minyak. Tetapi dia mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan.

Esoknya saya, Pak Mardan dan datuk terus pergi ke Sungai Tinggi. Kami bertolak dengan bas dari
Segari pada sebelah pagi dengan bas.

Ketua kampung dan keluarganya bertolak lebih lewat daripada kami. Kedatangan kami disambut
dengan ramah oleh anak saudara Pak Mardan.

Kami sempat menyaksikan acara akad nikah yang diadakan pada sebelah pagi, lebih kurang di
antara pukul sepuluh hingga sebelas. Acara naik pelamin diadakan kira-kira pukul empat petang
setelah tetamu yang dijemput selesai makan.

INTERNAL
333
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Pak Mardan merasa senang kerana tidak ada tanda-tanda hari akan hujan. Beberapa orang anak
muda di situ melancarkan kutipan memungut wang secara kilat bagi mengundang pancaragam
dari bandar Taiping pada sebelah malamnya.

Kutipan itu, ternyata tidak cukup dan nasib baik pihak tuan rumah sanggup menambahkan
bahagian yang tidak cukup itu.

Majlis perkahwinan itu bertambah rancak dengan kehadiran pancaragam dari Taiping itu yang
membawakan lagu-lagu rancak dan irama Melayu asli yang disampaikan para penyanyi dari
pancaragam tersebut, antara penyanyinya ialah Kamal Harun, Aida Suhana dan Zainal Udah.

Walaupun begitu rancak pancaragam dari Taiping mempersembahkan permainannya, saya lihat
Pak Mardan tetap gelisah, begitu juga dengan datuk.

Bagi menghilangkan rasa resah itu, Pak Mardan terpaksa menghisap rokok tembak berbelas-
belas batang. Pak Mardan menarik tangan datuk untuk pergi ke satu sudut.

"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena malam ni," Pak Mardan menyatakan pada datuk.

Datuk termenung panjang mendengar cakap Pak Mardan itu. Dia meraba pangkal kening kanan
tujuh kali, meraba telinga kiri lima kali.

"Usah bimbang, kalau ada yang perlu saya tolong, tetap saya tolong," kata datuk. Walaupun
begitu, wajahnya saya lihat agak sugul sedikit.

"Malam ini ada majlis bersanding?" datuk menyoal Pak Mardan.

"Ada. Sekejap lagi pengantin lelaki datang."

"Kalau begitu eloklah kita beringat-ingat, manalah tahu kalau ada hal buruk terjadi."

"Saya faham tu."

Pak Mardan dan datuk duduk kembali di tempat asal. Bila orang ramai mula datang mahu melihat
pengantin naik pelamin, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah bersama dentuman petir dan
guruh.

Muka Pak Mardan kelihatan pucat, dia lalu membisikkan pada datuk bahawa hujan yang turun
malam itu, bukan sebarang hujan. Pak Mardan yakin hujan itu dibuat oleh manusia dengan kuasa
ilmu halus yang tujuannya tidak baik.

INTERNAL
334
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Hujan jenis ini amat berbahaya buat manusia, sebabnya di dalam air hujan itu terkandung
berbagai-bagai kekotoran buatan manusia, begitulah Pak Mardan memberitahu datuk.

"Kau tunggu di sini Mardan," kata datuk, sebaik sahaja ungkapan itu berakhir, saya dapati datuk
ghaib dari penglihatan saya.

Pak Mardan terpinga-pinga. Lebih kurang lima minit datuk menghilangkan diri. Dia muncul
kembali di hadapan saya dan Pak Mardan.

"Aku setuju dengan kau Mardan, kita hadapi semuanya ini!" tekanan suara datuk mula meninggi.

Lalu datuk minta Pak Mardan mencari baldi plastik untuk menadah air yang turun dari corong
(hujung) atap. Bila air sudah penuh satu baldi, datuk merendamkan tangan kirinya ke dalam baldi
itu.

Pak Mardan dan saya jadi terkejut bila melihat tangan datuk hitam dan air dalam baldi bergolak.
Muka datuk merah padam, mulutnya membaca sesuatu, tiba-tiba baldi plastik itu pecah.

"Aku rasa kau saja selesaikan semua urusan ini. Kau sudah tahu hujan itu buatan manusia jahat,"
datuk memberikan amanat pada Pak Mardan. Dengan senang hati Pak Mardan menerimanya dan
meminta saya membantunya.

"Bantulah dia Tamar. Aku ada, bukan apa-apa kau hanya melihat saja," datuk memberikan
keizinan pada saya. Dia juga memberikan saya beberapa butir batu gunung yang putih untuk
ditaruh dalam kocek baju.

"Mardan, dalam dugaan aku, orang ini mengirimkan guna-guna melalui hujan buatannya pada
pengantin perempuan," pesan datuk pada Pak Mardan.

Saya lihat Pak Mardan anggukkan kepala lalu meminta baldi plastik yang baru dari tuan rumah.
Dia menadah air hujan hingga penuh satu baldi. Kemudian Pak Mardan mengajak saya masuk ke
rumah dan terus ke bilik pengantin.

"Usah bimbang, aku ni pangkat datuk pada kau," Pak Mardan memberitahu pada pengantin
perempuan yang duduk terseliput di hadapan katil.

Kemudian Pak Mardan meminta pada pengiring pengantin supaya membawa pengantin itu ke
bilik lain. Permintaan Pak Mardan dituruti. Tinggallah saya dan Pak Mardan dalam bilik itu.

Pak Mardan terus membasuh seluruh mukanya dengan air hujan di dalam baldi. Dia kemudiannya
memusatkan seluruh pancaindera dan membaca mantera yang dipelajari dari gurunya.

INTERNAL
335
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya lihat mulut Pak Mardan bergerak sebanyak 29 kali. Bila mulutnya bergerak untuk kali yang
ketiga puluh, saya terdengar bisik-bisik halus dari jauh yang tidak menentu. Tetapi akhirnya saya
dengar nama Halimah disebut-sebut.

"Apa yang kau dengar?" Pak Mardan menyoal saya.

"Orang memanggil nama Halimah."

"Halimah tu nama pengantin tadi, kita masih ada masa untuk berusaha."

"Kau tunggu di sini."

Pak Mardan terus keluar. Saya mula terasa khayal tidak menentu, bermacam-macam bunyi yang
saya dengar. Rasa khayal itu segera hilang bila Pak Mardan menepuk bahu kiri saya. Bila saya
menoleh ke belakang, pengantin perempuan sudah ada dalam bilik.

Pak Mardan menyuruh pengantin perempuan itu duduk di tepi katil. Dia juga menyuruh tuan
punya rumah memberitahu orang ramai dan pihak pengantin lelaki acara bersanding terpaksa
ditangguh dengan alasan Halimah sakit.

Pak Mardan menyuruh Halimah memegang besi kuning yang diberikan oleh Pak Mardan
padanya.

"Kau pegang besi kuning tu kuat-kuat, jangan kau lepaskan walau apa yang terjadi. Kau jangan
menjerit," itulah pesan Pak Mardan pada Halimah.

Saya lihat Halimah anggukkan kepala. Kemudian saya dan Pak Mardan keluar dari bilik pengantin.
Pak Mardan membimbit baldi. Hujan dan petir terus menjadi-jadi.

"Ke mana Pak Mardan?"

"Ke bahagian belakang rumah."

Saya dan Pak Mardan memijak anak tangga dengan teliti. Bila sampai di hadapan datuk, Pak
Mardan tersenyum.

"Buatlah apa yang patut. Aku menanti di sini. Kerana perbuatan jahat dibuat melalui air hujan,
eloklah kau saja yang selesaikan. Kau lebih arif dari aku," cukup tenang datuk bercakap dan Pak
Mardan menerimanya dengan rasa yang tenang.

INTERNAL
336
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Pak Mardan dan saya terus ke bahagian belakang rumah. Lama juga Pak Mardan berlegar-legar
di situ. Hujan terus turun mencurah-curah. Petir dan kilat sabung-menyabung di malam yang
pekat.

Saya dan Pak Mardan naik ke bilik pengantin. Halimah masih memegang besi kuning erat-erat.
Pak Mardan meletakkan baldi di sudut bilik dan terus duduk di situ.

"Kau Tamar, duduk dekat lutut aku ni," Pak Mardan memerintah dan saya patuh pada
perintahnya.

Pak Mardan merenung ke muka Halimah yang sudah kelihatan cemas. Saya lihat mulut Pak
Mardan bergerak-gerak. Saya tidak tahu apa yang dibacanya.

"Kau jangan tegur apa yang kami buat Halimah. Aku tahu sebahagian dari anak rambut kamu
sudah terkena tempias air hujan," suara Pak Mardan parau.

Matanya mula bersinar garang. Pak Mardan terus bersemadi di depan baldi plastik berwarna
merah. Dalam masa itu Pak Mardan menumpukan seluruh perhatian pada ilmu yang dituntut dari
gurunya, saya lihat air dalam baldi plastik merah bergerak macam air sedang mendidih.

Di luar hujan terus mencurah-curah, cahaya petir jelas kelihatan menyelinap ke dalam bilik
pengantin. Kerana saya ada mendapat petua sedikit dari datuk bagaimana mahu menumpukan
seluruh pancaindera pada alam lain, saya segera melakukannya. Memang saya terasa yang diri
saya terpisah dari keadaan keliling.

Saya berhadapan dengan satu alam yang sunyi dan tenang. Lebih kurang setengah jam kemudian,
saya terdengar sayup-sayup bunyi berdesing. Makin lama, makin jelas bunyi itu seperti benda
yang sedang terbang menuju ke arah bilik pengantin.

Tidak lama kemudian terdengar bunyi ledakan yang cukup kuat di atas bumbung rumah,
bunyinya macam letupan meriam buluh. Serentak dengan ledakan itu, saya terdengar bunyi besi-
besi kecil berlaga sesama sendiri. Saya juga terdengar bunyi logam berjatuhan dari tulang
bumbung berhampiran dengan hujung kaki Halimah.

Bila saya membuka mata, saya dapati Halimah tidak sedarkan diri. Di hujung kakinya terdapat
berpuluh-puluh batang paku, kaca dan jarum karat berserakan. Pak Mardan segera menghampiri
saya.

"Kalaulah kita terlewat Tamar, aku tidak dapat membayangkan apa yang terjadi," ujar Pak
Mardan pada saya sambiI meraba pangkal kening sebelah kiri.

INTERNAL
337
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bunyi suara hujan di luar mula berkurangan. Tiba-tiba terdengar bunyi letupan kecil betul-betul
di hujung kepala lutut Pak Mardan.

Saya lihat Pak Mardan rebah atas lantai, mukanya segera bertukar menjadi kehitam-hitaman.
Saya menggelabah, paku dan besi buruk serta jarum karat bagaikan bergerak-gerak ke arah saya
dan Pak Mardan.

"Datukkkk tolongggg!!!" pekik saya dengan sekuat hati.

Ketika itu saya rasa batang leher saya cukup panas, bila menelan air liur terasa pedih. Punggung
saya bagaikan berada di atas bara api. Dalam keadaan yang gawat itu, saya dapati datuk sudah
pun berdiri di ambang pintu.

"Bertenang," kata datuk lalu melemparkan kain hitam yang terselempang di dada ke atas lantai.

Pak Mardan boleh bergerak dan duduk semula seperti biasa. Leher saya tidak terasa panas lagi,
punggung saya kembali berada di atas papan lantai.

"Kau saja selesaikan perkara ini Mardan," kata datuk.

Pak Mardan anggukkan kepala. Datuk terus duduk bersila di tengah pintu. Halimah masih lagi
terkapar di kaki katil macam mayat. Tetapi besi kuning masih berada dalam genggamannya.

"Bantu saya kalau saya tewas," beritahu Pak Mardan pada datuk.

"Saya akan bantu mana yang patut, Allah bersama kita," balas datuk.

Pak Mardan pejamkan mata, saya juga begitu. Tidak ada sesuatu yang aneh berlaku. Pak Mardan
menampar paha kanan saya sekuat hati.

"Begini saja. Kau dan aku sama-sama melihat air dalam baldi," bisik Pak Mardan sambil merenung
ke wajah datuk.

Datuk bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Pak Mardan pada saya. Datuk
anggukkan kepala kepada saya dengan maksud supaya mematuhi apa yang diperintahkan Pak
Mardan.

Saya pun merenung ke arah air di dalam baldi, saya lihat air di dalam baldi bergerak macam air
sedang mendidih, mengeluarkan asap tebal macam asap rokok, berlegar-Iegar di permukanan
baldi, asap itu naik meninggi dan akhirnya terus hilang. Saya mula terhidu bau hamis, seperti bau
darah seekor ayam yang baru disembelih.

INTERNAL
338
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kepala saya terasa pening tetapi saya masih lagi dapat mendengar bunyi hujan yang kian
berkurangan di luar. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Dalam samar-samar itu, saya lihat
bayangan wajah seorang lelaki yang tidak saya kenali.

Dalam keadaan saya terkhayal itu, saya lihat Pak Mardan menepuk air di dalam bilik. Kemudian
Pak Mardan menutup permukaan baldi dengan kain putih. Datuk melihat saja dengan apa yang
dilakukan oleh Pak Mardan. Halimah mula bergerak dan melepaskan besi kuning yang
digenggamnya.

"Kau terlepas dari bahaya Halimah," kata Pak Mardan dan menyuruh Halimah beredar dari situ.

Hujan berhenti terus. Orang ramai mula membetulkan kain-kain khemah yang jatuh dirempuh
angin. Pancaragam dari Taiping diminta meneruskan permainannya kembali. Pak Mardan terus
menemui ayah Halimah dan minta meneruskan acara yang telah ditetapkan.

Walaupun acara bersanding agak lewat diadakan dari masa yang ditetapkan, orang ramai tidak
merasa kecewa malah memuji pihak tuan rumah yang sanggup mengadakan majlis tersebut.
Upacara bersanding berjalan dengan penuh kemeriahan.

"Semuanya sudah selamat," kata datuk pada Pak Mardan yang ketawa kecil melihat pengantin
perempuan dan lelaki di atas pelamin.

Bila upacara bersanding selesai, Pak Mardan terus menerpa ke bilik Halimah untuk mengutip
paku dan besi yang berserakan.

Malam itu, saya dan datuk serta Pak Mardan tidur di masjid. Pada mulanya pihak tuan rumah
melarang kami tidur di masjid. Setelah diberitahu oleh Pak Mardan bahawa tindakan itu bukanlah
berniat mahu memalukan tuan rumah, tetapi bertujuan menghindarkan sesuatu yang buruk
terjadi kalau Pak Mardan masih ada di situ, orang yang berniat jahat terhadap Halimah akan
mengulangi perbuatan terkutuknya. Alasan itu dapat diterima oleh pihak tuan rumah dengan
baik.

Banyak perkara yang ditanya oleh datuk pada Pak Mardan berhubung dengan ilmu menahan
hujan. Saya lihat datuk cukup berminat belajar sesuatu dari Pak Mardan.

Rasa meluat mula datang dalam hati saya terhadap sikap datuk itu. Apa perlunya datuk mencari
ilmu lagi? Apakah dia tidak terfikir usianya sudah lanjut? Apakah ilmunya yang ada tidak
mencukupi? Tanya saya dalam hati sambil menyandarkan badan pada tiang seri masjid.

INTERNAL
339
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya bukan apa-apa, sekadar mahu tahu saja. Bukankah belajar dan menambahkan ilmu
pengetahuan itu memang dituntut oleh agama Islam," saya terdengar suara datuk agak meninggi.

"Memang," sahut Pak Mardan.

"Saya teringat tentang Surah Ar-Rahman ayat 33 yang bermaksud lebih kurang begini, Wahai
para jin dan manusia! Kalau kamu sanggup menembus sempadan langit dan bumi, maka
tembuslah. Kau tak akan sanggup melintasi melainkan dengan kekuatan," ujar datuk dengan
tenang.

Pak Mardan tersenyum seraya berkata, "Maksud kekuatan dari ayat itu ialah ilmu pengetahuan."

"Betul. Tepat sekali cakap awak tu," sahut datuk.

Kedua-duanya saling tepuk menepuk antara satu sama lain. Melihat dari cara mereka bercakap
itu, saya segera membuat kesimpulan antara datuk dan Pak Mardan memang terdapat rasa
persefahaman.

Tetapi secara tidak langsung antara mereka masih mahu menunjukkan yang diri masing-masing
sama-sama tahu. Dan saya kira kalau datuk masih meneruskan sikapnya itu, Pak Mardan tidak
begitu mudah mahu melahirkan sesuatu yang dia tahu pada datuk.

Suasana di luar masjid cukup gelap. Suara cengkerik dan katak bersahut-sahutan. Saya merasa
kedinginan dan kelopak mata mula rasa agak berat. Dua kali saya menguap panjang.

Barangkali datuk mula sedar bahawa Pak Mardan tergolong dalam golongan orang yang agak
sombong dan membanggakan diri, yang mengakui dirinya tidak begitu pandai tentang hal-hal
ilmu dunia.

"Saya ni baru sangat dalam hal ini. Ilmu dunia tidak sebanyak mana, ilmu akhirat lagi kurang, saya
masih belajar," begitu lemah nada suara datuk.

Ekor matanya menjeling ke arah saya dalam sinaran lampu gasolin yang sekejap terang dan
sekejap gelap. Mendengar kata-kata datuk itu, Pak Mardan termenung panjang. Dia kerutkan
kedua belah keningnya, macam memikirkan sesuatu.

"Saya tidak ada kuasa untuk menahan hujan," katanya lemah.

"Jadi apa yang awak buat?" sanggah datuk.

INTERNAL
340
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Awak ini macam tak tahu pula, bukankah AIlah berkuasa atas segala-galanya. Saya mohon doa
pada Allah minta hujan jangan turun di suatu kawasan."

"Lagi apa yang awak buat?"

"Mengamalkan beberapa petua dari nenek moyang, itu saja. Setakat ini permohonan saya
diberkati, itu saja yang saya buat."

Datuk anggukkan kepala mendengar keterangan dari Pak Mardan. Tetapi datuk merasakan Pak
Mardan menyembunyikan sesuatu darinya. Kerana itu datuk agak keberatan bila Pak Mardan
menyuruh dia baring di atas lantai masjid.

Datuk terus melawan dia bercakap hingga Pak Mardan memberitahu datuk yang dia memang
menuntut ilmu menahan hujan dari seorang bomoh hujan yang berasal dari Selatan Siam, iaitu
di negeri Patani.

"Tiga tahun aku tinggal di sana," Pak Mardan memberi keterangannya pada datuk.

Menurut Pak Mardan, ayahnya dulu salah seorang pendekar yang terkenal di Perak. Berjaya
memotong leher pihak lawan dalam Perang Larut. Ayahnya telah diberikan 50 ekar tanah sawah
oleh Sultan Perak masa itu, sebagai mengenangkan jasanya. Tanah itu dikecualikan dari sebarang
cukai.

Bila tanah itu bertukar pada dirinya, Pak Mardan menjualkan tanah itu pada seorang jutawan
Melayu dari Kuala Kangsar. Hasil wang dari jualan tanah itu, Pak Mardan membeli tanah lain di
Kampung Kota.

Saya tidak tahu bagaimana datuk memujuk Pak Mardan hingga dia sanggup memberikan pada
datuk beberapa petua dan amalan yang mesti dilakukan untuk menahan hujan. Pak Mardan juga
memberitahu datuk yang dirinya ada menyimpan ilmu melompat yang dituntutnya dari arwah
ayahnya dulu.

"Ilmu tu dinamakan lompat sekayu kain. Masa Perang Larut dulu, ilmu itu telah digunakan oleh
ayah saya bagi menewaskan pihak lawan," Pak Mardan tersenyum bangga menceritakan tentang
keperwiraan ayahnya.

Datuk mengurut-urut dada. Kemudian dia tersenyum sinis. Pak Mardan kurang senang dengan
sikap datuk itu, lalu dia menentang biji mata datuk lama-lama. Datuk juga berbuat demikian.

INTERNAL
341
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dari gerakan dan kelipan mata Pak Mardan, datuk dapat membaca pembawa atau peribadi Pak
Mardan. Datuk tahu Pak Mardan orangnya pantang dicabar. Kesempatan itu datuk gunakan
untuk menguji sejauh mana kebenaran kata-kata Pak Mardan.

"Aku tak yakin kau ada ilmu melompat sekayu kain," amat lantang suara datuk.

Tiba-tiba saja Pak Mardan bangun. Dia beliakkan mata ke arah datuk.

"Awak mahu saya buktikan?"

"Itulah yang sebaiknya."

"Mari keluar."

Pak Mardan keluar dari masjid. Datuk pun begitu. Saya jadi serba salah. Dalam samar-samar
lampu gasolin saya lihat jam tua yang tersangkut di tiang seri. Jarum pendek dan panjang
menunjukan ke angka dua belas.

Rasa dingin cukup hebat menggigit kulit badan saya. Bibir saya menggeletar. Suara katak dan
cengkerik kian bertambah hebat. Datuk menghampiri Pak Mardan dengan tenang.

"Begini saja, sekarang pukul dua belas tepat. Pesan guru saya, tidak baik melakukan sesuatu tepat
jam dua belas malam atau siang, banyak buruk dari baiknya," beritahu datuk pada Pak Mardan.

Nampaknya Pak Mardan tidak membuat sebarang bantahan pada datuk. Sementara menanti
jarum jam berganjak dari pukul 12.00 ke pukul 12.02 minit, datuk duduk di kaki tangga masjid.

Pak Mardan berdiri di halaman masjid. Dia sudah pun memakai baju hitam dan seluar serta
berselempang kain kuning. Dia membelakangi datuk.

"Datuk mahu bergaduh?" tanya saya pada datuk.

"Tidak. Sekedar mahu menguji. Setahu aku, seorang pendekar atau pahlawan tidak akan
menunjukkan kebolehannya di khalayak ramai. Pahlawan selalu bersikap macam harimau
menyimpan kuku," kata datuk.

Cakap datuk itu memang benar. Sudah setengah jam masa berlalu, Pak Mardan tidak juga
menunjukkan kebolehan dan kemampuannya.

Datuk pun mula bertindak. Dia mencabar Pak Mardan dengan membalingkan sebilah sundang ke
arah belakang Pak Mardan. Dalam gelap itu Pak Mardan berjaya menyambar sundang dengan

INTERNAL
342
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

tangan kanannya lalu membalingkan ke arah datuk kembali dan datuk bagaikan kilat menangkap
hulu sundang lalu ditikamkan ke batang pisang. Sundang terus melekat di situ.

Saya segera masuk ke masjid dan membawa lampu gasolin keluar. Saya letakkan di atas simen
kolah tempat orang mengambil air sembahyang. Cahaya dari gasolin itu menerangi sebahagian
daripada halaman masjid.

Datuk terus menyerang Pak Mardan. Tujuan datuk berbuat demikian supaya Pak Mardan naik
semangat. Tujuan datuk memang berjaya. Pak Mardan lalu membuat serangan balas yang cukup
hebat, buah silat yang dilepaskan pada datuk cukup tajam dan cepat.

Datuk terus mengelak dan menepis hingga buah-buah silat yang ditujukan padanya tidak
menjamah badan. Datuk lalu mencabut sundang dari batang pisang, menerkam ke arah Pak
Mardan.

Cepat-cepat Pak Mardan melompat separas kepala datuk lalu menyepak pergelangan tangan
datuk dari udara. Pak Mardan tidak berjaya, saya lihat dia bagaikan terapung-apung di udara
membuka silat baru, kemudian kakinya menjamah kaki bumi.

Saya lihat datuk melepaskan sesuatu macam bola api ke arah kaki kiri Pak Mardan. Dia menjerit
lalu melompat melepasi bumbung masjid. Pak Mardan bagaikan terbang di udara.

Tubuhnya nampak bulat macam seketul kayu itu menuju ke arah pokok pisang tempat sundang
terletak tadi. Lebih kurang dalam jarak empat kaki mahu sampai ke perdu pokok pisang, Pak
Mardan hulurkan kaki kanannya.

Dari kaki kanannya itu saya lihat keluar cahaya bulat dan memanjang, macam api andang. Saya
dengar pekikan dari Pak Mardan cukup lantang, serentak dengan itu terdengar satu letupan kecil.

Saya lihat pokok pisang rebah ke bumi dan terbakar. Dalam beberapa saat saja saya lihat Pak
Mardan dan datuk berdakap-dakapan di halaman masjid.

"Jangan menguji saya sampai macam itu. Nasib baik saya dapat arahkan pada perdu pokok
pisang, kalau pada awak, sudah lain jadinya," ucap Pak Mardan sambiI menukar baju hitam
kepada baju kemeja putih.

"Saya tahu. Saya cuma menguji bukan bergaduh," balas datuk, "awak bukan calang-calang
orang."

INTERNAL
343
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ah, tiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Macam kau dengan aku ni ada kelebihan
dan ada kekurangannya. Yang sempurna dan gagah hanya Allah yang Maha Besar," sebaik saja
mengakhiri cakap itu, lagi sekali Pak Mardan memeluk tubuh datuk.

Kami masuk ke masjid. Ketika saya mahu merebahkan badan di sisi datuk. Pak Mardan
menghampiri saya, muka saya direnungnya lama-lama.

"Belajarlah sesuatu dari datuk kamu."

"Datuk kedekut dengan ilmu."

"Betulkah cakap cucu awak ini? Tak patut buat begini," Pak Mardan mengajukan pertanyaan pada
datuk. Saya lihat datuk tersenyum.

"Tak betul tu. Ada saya curahkan ilmu penjaga diri dan beberapa petua untuknya. Saya rasa itu
sudah cukup, yang lain tak mustahak. Saya dah pesan gunakan ilmu itu bila ada musuh atau masa
terdesak, tidak boleh digunakan sebarangan," ternyata penjelasan datuk itu memuaskan hati Pak
Mardan.

"Zaman kami muda-muda dulu, kalau tak cukup syarat dengan ilmu di dada, kami tidak merantau.
Tetapi, anak -anak muda sekarang ini lain pula. Adat budaya dan cakap orang tua-tua dilupakan,
sudah mahu merantau. Baru ada ilmu tak sampai sebuku sudah tunjuk pandai," Pak Mardan
macam merungut.

Datuk anggukkan kepala mengiakan cakapnya. Saya menguap lagi, kelopak mata terasa cukup
berat. Suara datuk dan Pak Mardan yang sedang bercakap saya dengar kian lama, kian jauh dan
akhirnya saya tidak terdengar apa-apa lagi.

INTERNAL
344
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

41. "Bangun, bangun!" saya dengar suara datuk meninggi dan badan saya digoncang oleh Pak
Mardan.

Saya membuka mata dalam gelap. Lampu gasolin tu sudah lama padam. Rasa marah mula datang
dalam hati, bagaimana saya tidak marah, kalau tengah sedap tidur terpaksa bangun.

"Kenapa tok?"

"Bangun, jangan banyak cakap."

Hasrat saya untuk mengajukan pertanyaan mati bila terdengar nada suara datuk begitu keras.

Datuk menyuruh saya dan Pak Mardan berpisah. Saya disuruh merangkak ke arah utara masjid,
Pak Mardan ke selatan dan datuk sendiri merangkak ke arah pintu masjid.

Suara katak dan cengkerik di luar masjid bertambah hebat. Saya mula terdengar deru angin
melanggar ranting dan dahan kayu. Dengan tiba-tiba bulu roma saya tegak.

Dari tingkap masjid yang terbuka ditolak oleh angin, saya lihat ada api bergerak dalam gelap
mengelilingi masjid. Tiba-tiba pintu masjid terbuka dengan lebarnya kemudian terkatup dengan
sendirinya, macam ada tenaga manusia menolaknya dari luar.

"Apa hajat?" teriak datuk sekuat hati.

Api yang bergerak mengelilingi masjid terus padam.

"Apa hajat?" ulang datuk lagi.

Saya lihat cahaya api itu datang kembali, berada betul-betul di luar pintu masjid. Teriakan datuk
tidak mendapat jawapan.

Pak Mardan tanpa disuruh terus menghidupkan lampu gasolin. Lampu itu dibawa ke pintu masjid.
Bila melihat cahaya lampu gasolin itu, hati saya mula rasa tenteram. Kerana Pak Mardan sudah
berdiri di samping datuk, saya segera menghampiri mereka.

"Kau nampak apa tu?" Pak Mardan menepuk bahu saya.

Dengan pertolongan cahaya lampu gasolin, saya dapat melihat dengan jelas sebatang kayu
terpacak di halaman masjid, di hujung kayu bahagian atas terletak tengkorak manusia.

INTERNAL
345
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya pandang wajah datuk. Dia nampak serius, saya pandang wajah Pak Mardan, ada tanda-tanda
keresahan di mukanya.

"Datanglah, apa hajat kamu?" pekik datuk lagi dan lampu gasolin terus malap.

Kayu di tengah halaman masjid mengeluarkan cahaya api. Bunyi tapak kaki manusia memijak
dahan dan ranting-ranting kering mula kedengaran dari setiap penjuru masjid, saya terasa
bagaikan ada beribu manusia yang bergerak di sekeliling masjid.

Datuk terus bertafakur lebih kurang lima minit. Bila dia membuka mata, lampu gasolin yang
malap bersinar terang. Di halaman masjid terdapat seorang manusia berdiri di sisi kayu yang ada
tengkorak.

"lnilah orang yang saya lihat dalam baldi di rumah pengantin tadi," bisik Pak Mardan pada datuk.

Dengan tenang datuk anggukkan kepala lalu keluar dari masjid. Datuk berdiri berhadapan dengan
orang itu.

Suara katak dan cengkerik kian hebat. Angin juga mula bertiup agak ganas. Bila angin berhenti
bertiup, hujan pun turun menambahkan rasa sejuk pada diri saya.

Titik hujan yang halus itu terus menjadi kasar. Pak Mardan segera menarik tangan datuk. Orang
yang berdiri dengan kayu itu terus memeluk tubuhnya. Titik-titik hujan tidak mengenai tubuhnya.

"Masuk, orang ini mahu membalas dendam," beritahu Pak Mardan pada datuk.

Saya lihat datuk termenung sejenak. Dengan tenang datuk memegang kain hitam di kepala. Kain
hitam itu dibukanya. Datuk simpulkan kain hitam itu hingga menjadi seketul, macam buku
benang.

"Kalau niat kau baik, engkau tidak apa-apa. Tetapi kalau niat kau buruk, kau akan binasa," ujar
datuk pada lelaki di tengah halaman dari muka pintu masjid.

Datuk lemparkan kain itu ke arah lelaki tersebut. Bila kain itu jatuh di hujung kaki lelaki itu,
kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara.

Batang tubuh lelaki itu hilang dalam kepulan asap. Pak Mardan terus duduk lalu membaca
beberapa mantera hingga hujan yang mula teduh berhenti sama sekali.

INTERNAL
346
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Bila kepulan asap itu hilang, tengkorak yang yang berada di hujung kayu jatuh ke atas tanah.
Batang tubuh lelaki itu segera bertukar menjadi hitam. Lidah lelaki itu terjulur keluar macam lidah
anjing yang kehausan, biji matanya mula merah.

Datuk menepuk tangan kanannya tiga kali ke bendul masjid. Orang lelaki di tengah halaman mula
batuk dan muntah darah dua kali. Pak Mardan segera mengambil air dari dalam kolah satu
gayung dan menyerahkan pada datuk.

"Tawarkan dia," Pak Mardan menyarankan dan datuk terus menunaikannya.

Setelah datuk membaca sesuatu pada air di dalam gayung, saya pula ditugaskan menyimbah air
ke badan lelaki itu. Bila air dalam gayung terkena badan lelaki itu, kulitnya yang hitam segera
bertukar macam biasa, dia sudah tidak muntah lagi.

Pak Mardan menghampiri lelaki itu. Sebelum berdiri di hadapan lelaki tersebut, Pak Mardan
terlebih dahulu membaca beberapa mantera. Dia menguncikan semua pancaindera lelaki itu.

Saya merasa terkejut, bila secara tiba-tiba Pak Mardan mendapatkan datuk semula.

"Awak tengok apa kerja maksiatnya selama ini," suara Pak Mardan lemah.

Datuk terdiam, dia terus bertafakur lagi. Bila semuanya selesai, datuk terus memberitahu Pak
Mardan bahawa lelaki itu pernah meminang Halimah untuk dijadikan isteri mudanya.

Pinangan itu ditolak oleh ayah Halimah kerana lelaki itu sudah beristeri sepuluh kali. Enam
isterinya sudah diceraikan, empat masih dipakainya lagi. Dia hanya mengharapkan hasil dari titik
peluh isterinya untuk menyarai dirinya.

Dia tidak pernah mahu melakukan sebarang pekerjaan. Dia lebih senang duduk di rumah atau
berjalan ke sana ke mari dengan pakaian yang kemas. Walaupun usia sudah hampir 50 tahun,
tetapi dia kelihatan muda, macam anak teruna yang berusia 20-an. Gagah dan tampan.

Datuk juga memberitahu Pak Mardan, lelaki itu tidak pernah mandi, kecuali kalau dia bertemu
danau di tengah hutan yang ada teras kayu terendam di dalamnya. Kalau dia mandi, hanya
memadai dengan sekali selam tanpa memakai kain basahan.

Bila air di badannya kering dengan sendiri, barulah dia memakai baju dan seluar. Lepas itu, dia
akan mengurungkan diri dalam bilik selama satu minggu.

INTERNAL
347
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Masa dia mengurungkan diri dalam bilik itu, dia akan melumurkan seluruh kulitnya dengan
najisnya sendiri. Bila Pak Mardan dapat penjelasan itu dari datuk, dia segera berdiri di hadapan
lelaki itu.

"Kenapa kau berbuat begitu pada Halimah?" pertanyaan dari Pak Mardan itu dijawab oleh lelaki
itu dalam bahasa yang tidak dapat saya dan datuk faham.

Pak Mardan segera memberitahu datuk yang lelaki itu bercakap dalam bahasa Siam. Kerana Pak
Mardan boleh bercakap Siam, lelaki itu terus dilawan bercakap dalam bahasa itu.

Perbuatan itu tidak menyenangkan hati datuk. Datuk membuka tapak tangan kirinya dan terus
membaca sesuatu.

"Orang ini menuntut ilmu bomoh Siam. Biar saya kembalikan hati dan perasaannya kepada
bangsanya sendiri," rungut datuk lalu melangkah ke arah lelaki itu.

Sebaik saja datuk sampai di hadapan lelaki itu, dia terus menampar perut lelaki itu dengan tapak
kanannya. Lelaki itu menjerit lalu membongkok sambil memegang perutnya.

Ketika itu juga lelaki tersebut muntah, dari mulutnya terkeluar segumpal kain kuning yang penuh
dengan ulat, sebesar ulat nangka, bau kain kuning itu macam bau bangkai. Datuk menekan kain
kuning itu dengan jari telunjuk kirinya hingga kain itu pecah.

Bila kain itu pecah, bertaburan kaca, batu dan ketul-ketul daging jatuh ke atas tanah. Ular hidup
berserakan atas kawasan muntah orang lelaki itu.

Pak Mardan mencari daun kayu lalu memukul tubuh lelaki itu dengan sekuat hati. Wajah lelaki
yang tampan berubah menjadi kendur dan bergaris-garis macam orang lelaki yang berumur 50
tahun.

Lelaki itu rebah ke tanah. Datuk segera menghentakkan pangkal siku kirinya ke belakang lelaki itu
dengan sekuat hati. Lelaki itu dengan tiba-tiba bangun.

"Kau orang Islam?" tanya datuk.

"Ya, saya orang Islam."

"Rukun Islam berapa perkara?"

"Lima perkara."

INTERNAL
348
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Pertama apa dia?"

"Mengucap dua kalimah syahadah."

"Cuba kau mengucap dua kalimah syahadah."

Ternyata orang itu tidak dapat menunaikan permintaan datuk. Mata orang itu terkebil. Toleh kiri,
toleh kanan macam orang ketakutan. Pak Mardan mengheret lelaki itu ke tepi kolah.

"Kita mandikan dia sekarang," kata Pak Mardan.

"Aku setuju," balas datuk.

Saya pun menjiruskan air ke tubuh lelaki itu dengan gayung. Lelaki itu menggeletar. Dalam
kedinginan dinihari, bibirnya kelihatan biru. Lututnya berlaga sama sendiri.

Datuk membuka seluar yang dipakai oleh lelaki itu, digantikan dengan kain dan baju Melayu
kepunyaan Pak Mardan. Bila lelaki itu disuruh masuk ke masjid, dia enggan. Perbuatan itu
membuat datuk naik darah.

"Kenapa?" tanya datuk.

"Saya sudah bersumpah dengan guru saya. Tidak akan masuk masjid atau membaca Al-Quran."

"Awak mengarut," datuk mendorong lelaki ke pintu masjid.

Bila lelaki itu melangkah bendul, dia jatuh dan dari tubuhnya keluar kepulan asap nipis. Serentak
dengan itu terdengar deru angin yang amat kuat di luar masjid. Deru angin itu makin kurang dan
akhirnya terus hilang.

Datuk terus mengajar lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan meminta dia bertaubat.
Cukup sukar untuk menyuruh lelaki itu bertaubat, dia begitu fanatik dengan ajaran gurunya.

Sesudah berbagai pandangan diberikan padanya oleh Pak Mardan, barulah dia mahu bertaubat.

"Awak tidak akan membalas dendam pada saya?" tanyanya pada Pak Mardan.

"Tidak. Aku mahu kau bertaubat dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan yang lalu."

INTERNAL
349
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Mendengar cakap Pak Mardan, lelaki itu terdiam. Walau bagaimanapun, datuk memberi
kesempatan pada lelaki itu membuat keputusan sendiri. Datuk tidak mahu memaksa dia. Datuk
mahu dia kembali ke pangkal jalan dengan penuh keinsafan dan kesedaran.

Saya lihat lelaki itu duduk di atas anak tangga sambil tunduk memicit pangkal keningnya. Pak
Mardan dan datuk hanya memperhatikan saja telatah lelaki itu dalam kedinginan malam yang
mula merangkak ke subuh.

Di langit, bintang timur mula bangkit bersama kokok ayam yang bertalu-talu dari kampung
berdekatan. Datuk menggeliat, dia tahu sebentar lagi orang-orang kampung akan datang
berjemaah di masjid.

Kalau boleh, datuk dan Pak Mardan tidak mahu orang-orang kampung tahu tentang perbuatan
lelaki itu. Kalau orang-orang kampung tahu bahawa angkara yang terjadi di malam pengantin
berpunca dari lelaki itu, tentu sahaja lelaki itu akan menerima akibat yang buruk.

Datuk dan Pak Mardan mahu menghindarkan kejadian itu dari berlaku dalam kawasan masjid.

"Bagaimana? Apakah lafaz taubat yang kau ucapkan tadi benar-benar ikhlas atau ditekan oleh
rasa terdesak?" soal Pak Mardan. Lelaki itu tidak menjawab.

"BertaubatIah dengan hati yang jujur. Janganlah kamu ulangi perbuatan yang terkutuk ini. Ilmu
dunia tidak ada yang kekal, tidak ada siapa yang gagah dan berkuasa selain daripada Allah," ujar
datuk dengan nada suara yang lembut. Sinar mata datuk redup memandang wajah lelaki itu
penuh simpati.

"Kalau kau dah sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Allah amat mencintai pada
makhluk-Nya yang insaf," Pak Mardan terus memberi nasihat.

Lelaki itu tidak menjawab. Dia tetap tunduk sambil memicit pangkal kening. Datuk sudah tidak
boleh bersabar dengan perangai lelaki itu, waktu subuh sudah hampir. Dalam beberapa minit
orang-orang kampung akan sampai.

Datuk tahu kalau dia tidak bertindak, bererti dia mendedahkan diri lelaki itu pada kecelakaan.
Datuk lagi sekali menghampiri lelaki itu.

Angin subuh yang bertiup memberi kesejukan pada diri saya. Kokok ayam terus juga bersahut-
sahutan. Bintang timur di kaki langit kian mengecil.

INTERNAL
350
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tiba-tiba saya lihat datuk menekan tulang bahu lelaki itu dengan tangan kanannya sekuat hati.
Lelaki itu rebah perlahan-lahan, badannya kelihatan semacam lembik. Datuk pun berhenti
menekan bahu lelaki itu.

"Pulanglah sebelum orang-orang kampung datang. Kalau mereka datang, kamu akan menerima
padah yang buruk," ujar datuk sambil menampar belakang lelaki itu dengan tapak tangan kirinya.

Lelaki itu bagaikan tersedar dari tidur. Toleh kanan dan mula mahu menyembah kaki datuk. Datuk
terus menolak lelaki itu hingga tersungkur ke belakang.

"Jangan perlakukan aku macam itu, antara kita tidak ada siapa yang besar dan harus disembah.
Menyembah manusia dan patung perbuatan yang salah dari segi hukum Islam," kata datuk dalam
dingin subuh itu.

Lelaki itu bangun, matanya merenung wajah datuk. Dahinya masih berkerut. Dia membuka mulut
sambil berkata, "Jika aku bertaubat, kau tidak akan melakukan sesuatu pada aku?"

"Jangan bertaubat kerana takutkan manusia, bertaubatlah kerana insaf dan cinta kau pada
Allah," balas datuk.

Lelaki itu menarik nafas panjang. Matanya masih merenung wajah datuk meminta simpati. Datuk
bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dirinya. Datuk meminta dia bercerita bagaimana
puncanya dia boleh menuntut ilmu yang bertentangan dengan agama Islam yang suci.

Menurutnya, dia terdorong menuntut ilmu salah itu berpunca dari masyarakat di kampungnya
yang tidak mahu memaafkan atas perbuatan yang dilakukannya. Meskipun dia mengakui pada
mereka, perbuatan itu terpaksa dilakukan kerana terdesak.

"Apa yang kau buat?" tanya Pak Mardan.

"Saya mencuri dua kepul besar padi untuk anak saya yang sakit."

"Bila kau lakukan perkara itu?" datuk pula menyoal.

"Masa mula-mula Jepun datang ke Malaya. Mereka adukan perbuatan saya itu pada Jepun. Saya
diseksa meskipun saya menyembah kaki orang yang punya beras itu untuk meminta maaf."

"Lagi?" tanya datuk lagi.

INTERNAL
351
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya merasa malu, anak isteri saya merasa malu. Akhirnya saya lari ke Selatan Siam dan
menuntut ilmu ini dengan harapan saya akan dihormati dan dikagumi," jelas lelaki itu dengan
jujur.

Datuk dan Pak Mardan berpandangan.

"Tetapi bila sudah ada ilmu, kau jadi manusia yang takbur dan mahu tunjuk kuasa lalu memeras
orang lain untuk hidup," ujar datuk lagi.

Lelaki itu terdiam dan termenung panjang. Datuk dan Pak Mardan tidak tahu apa yang bermain
dalam tempurung kepalanya.

"Jangan takut dan merasa malu sesama manusia, tetapi takut dan malulah pada Allah yang
memberikan kau nyawa, tubuh badan dan pancaindera yang tidak ternilai harganya buat kau,
bersyukurlah pada kuasaNya dengan mengikut segala suruhanNya dan menjauhi dari perbuatan
yang ditegahNya," datuk terus memberikan penerangan.

Lelaki itu kelihatan resah. Dia mundar-mandir di halaman masjid. Duduk di anak tangga masjid
kembali. Tiba-tiba dia batuk bertalu-talu. Dia mengurut-urut dadanya dengan tangan. Nafasnya
kelihatan sesak. Bibirnya kelihatan kehitam-hitaman.

Saya mula tercium bau kapur barus, bau sintuk dan limau yang selalu digunakan untuk memandi
mayat. Datuk menghampiri lelaki itu yang mahu merebahkan badannya atas tanah.

Datuk berdiri lutut, kepala lelaki itu diletakkannya atas peha kanan. Pak Mardan dan saya
berpandangan. Subuh sudah pun tiba, sebentar lagi masjid itu akan didatangi oleh orang-orang
kampung.

Kokok ayam juga sudah mula berkurangan, tidak serancak tadi. Tetapi rasa sejuk terus menggigit
kulit badan bersama hembusan bayu subuh yang tenang.

Langit biru kelihatan bersih, bersama kepulan awan yang berbagai bentuk. Sesekali saya
terdengar bunyi ranting getah dan cempedak yang reput jatuh ke bumi.

Saya menoleh ke arah tanah kubur yang terletak di sebelah kanan masjid. Samar-samar saya lihat
batu nisan terpacak kaku.

"Badannya dah lemah, gerak nadinya juga lemah," beritahu datuk pada Pak Mardan.

Mata lelaki itu tegak memandang langit, mata hitamnya sudah tidak bercahaya lagi. Datuk rasa
cuping lelaki itu.

INTERNAL
352
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dia ni dah parah macam terkena bisa," tambah datuk sambil meraba seluruh kulit lelaki itu.

Tiba-tiba datuk meletakkan tapak tangan kirinya ke atas ubun-ubun kepala. Mulutnya bergerak-
gerak membaca beberapa ayat dari Surah Yasin.

"Ilmu yang dituntutnya memakan dirinya sendiri," keluh datuk dan dahi datuk kelihatan
berpeluh.

Pak Mardan menekan bibir bawahnya dengan gigi atas. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya
lihat lelaki itu menarik nafas panjang dan terus mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar
dan jelas.

Sebaik saja dia selesai mengucap, nafasnya terus terhenti dan datuk merapatkan kelopak
matanya dengan menggosokkan ibu jari kiri pada kulit matanya.

"Allah sayangkan dirinya dan dia mati sebagai seorang Islam. Pada zahirnya kita lihat dia sesat
dan jauh terpesong dari ajaran agama. Tetapi dengan kuasa Allah dia sempat mengucapkan dua
kalimah syahadah," keluh Pak Mardan.

Datuk pun mengangkat mayat lelaki itu ke dalam masjid.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan kita sebagai manusia tidak berhak menjatuhkan
hukuman pada seseorang itu sebagai murtad atau kafir. Yang berhak menentukan semuanya ini
adalah Allah. Dan Allah akan menghitung amalan dan kejahatan seseorang," kata datuk pula.

Orang-orang kampung yang ke masjid subuh itu terkejut melihat mayat dalam masjid. Datuk lalu
memberitahu orang kampung apa yang terjadi. Akibatnya, timbul perbalahan kecil kerana ada
orang-orang kampung yang tidak mahu menanamkan jenazah lelaki itu.

"Kamu harus ingat, tanggungjawab orang yang hidup ialah menguruskan mayat ini dengan
sempurna, kalau tidak ada seorang pun yang mahu menyempurnakannya, seluruh penduduk
kampung ini menanggung dosa. Ini fardhu kifayah. Soal dia membuat dosa itu ialah urusan dia
dengan Allah," suara datuk lantang.

Orang kampung yang baru selesai sembahyang subuh berpandangan sesama sendiri. Dan
perbalahan yang terjadi terus hilang. Semuanya bersetuju menguruskan mayat lelaki itu.

Akhirnya Pak Mardan dapat juga mengetahui asal-usul lelaki itu. Dia berasal dari satu kawasan di
Perlis yang letaknya berhampiran dengan sempadan Siam.

INTERNAL
353
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dia datang ke situ kira-kira 10 tahun yang lalu, membeli sekeping tanah yang letaknya agak
terpencil dari kawasan rumah orang-orang kampung di situ.

Setelah urusan mengkebumikan jenazah selesai, Pak Mardan, saya dan datuk bersiap-siap untuk
meninggalkan daerah kampung Sungai Tinggi.

Sebaik saja kami melangkah keluar dari masjid, beberapa orang kampung datang menemui datuk.
Mereka minta datuk dan Pak Mardan tinggal beberapa hari lagi di situ.

"Kenapa?" cukup lembut Pak Mardan bertanya pada mereka.

"Kami bimbang kalau ada sesuatu yang buruk terjadi," balas orang kampung.

Datuk garu pangkal kening kiri dua kali. Datuk renung ke langit melihat awan putih yang berarak
tenang. Datuk renung muka orang kampung.

"Kenapa kita mesti takut pada cerita yang belum terjadi? Kenapa kita tidak takut pada Allah?
Kenapa kita tidak memohon perlindungan dariNya, Allah yang berkuasa. Penuhkan masjid dan
surau bila sampai waktu sembahyang, bacalah Surah Yasin dengan betul pada setiap malam
daripada menghabiskan masa dengan bersembang tidak tentu arah," terang datuk sambil
memasukkan kad pengenalannya ke dalam saku baju.

"Kalau ada awak lagi baik," balas orang kampung.

"Saya pun memohon dan minta pada Allah. Ingatlah, Allah sayangkan orang yang mencintai
diriNya. Biarlah kami pulang, saya akan menolong awak jika difikirkan perlu," datuk pun menarik
tangan saya, meninggalkan kawasan masjid dengan diikuti oleh Pak Mardan.

Orang-orang kampung hanya memandang langkah kami yang telah menuju ke tepi jalan raya.

Kerana hari masih awal baru jam dua petang, Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Taiping untuk
membeli beberapa helai kain pelekat cap siput. Datuk pun memenuhi permintaan Pak Mardan,
cara kebetulan pula datuk mahu membeIi beberapa butir kemenyan putih serta pulut hitam.

Sementara menanti bas dari Pantai Remis ke Taiping, datuk dan Pak Mardan terus bercakap-
cakap.

"Aneh juga manusia yang meninggal tu," Pak Mardan memulai bicara.

Datuk tersengeh sambil menekan daun rumput dengan hujung kasut capal buatan orang Minang.
Saya sudah di atas batu tanda jalan.

INTERNAL
354
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Usahlah dikenang dan disebut orang yang dah mati," balas datuk.

"Kenapa awak tak berusaha mengubatinya?" Pak Mardan bertanya.

"Bila ajal seseorang itu sudah sampai, tidak ada siapa yang boleh menahannya."

"Kita boleh berikhtiar."

"Menurut cakap guru aku, seorang dukun atau pawang hanya boleh mengubati dan
menyembuhkan penyakit setakat 99 jenis penyakit saja dengan izin Allah," balas datuk.

Pak Mardan menggosok-gosok batang hidungnya dengan ibu jari kanan. Kerana terlalu lama
digosok, batang hidungnya yang dempak itu menjadi merah dan berkilat bila dipanah sinar
matahari.

"Penyakit ini ada berapa jenis?" soal Pak Mardan sambil berhenti menggosok batang hidung.
Matanya tajam merenung wajah datuk.

"Kata guru aku yang diketahui ada 100 jenis, manusia cuma boleh berikhtiar dan berusaha
mengubatinya setakat 99 saja, yang satu lagi tetap menjadi hak Allah. Di sinilah letaknya timbang
rasa dan kasihnya Allah pada manusia, dia cuma mengambil satu saja. Manusia sudah merasa
berat, sedangkan yang 99 itu dia suruh manusia berikhtar mencari ubatnya sesuai dengan
peredaran masa dan zaman," datuk bagaikan berkuliah di hadapan Pak Mardan.

Bas yang dinanti pun tiba. Kami pun naik, lebih kurang 45 minit berada dalam perut bas, kami
pun sampai di perhentian bas bandar Taiping yang tidak mempunyai bangunan.

Dari situ kami bergerak menuju ke bangunan kedai batu sederet yang terletak di jalan besar.
Masuk ke kedai menjual kain pelekat kepunyaan India Muslim.

Setelah berlaku tawar menawar antara Pak Mardan dengan penjual kain pelekat, Pak Mardan
setuju membeli sehelai kain pelekat cap siput yang bercorak besar.

"Untuk dipakai ke masjid," kata Pak Mardan pada saya.

"Cukup cantik warnanya," balas saya.

"Warna tak penting, yang penting berapa lama kain ini boleh digunakan," sahut datuk lalu saya
dan Pak Mardan ketawa.

INTERNAL
355
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tuan punya kedai tersenyum dan memasukkan wang yang diambil dari Pak Mardan ke dalam laci
yang bermeja panjang.

Dari kedai itu, kami menuju ke pasar besar Taiping untuk membeli kemenyan putih dan pulut
hitam dari pekedai Melayu.

Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, lebih suka membeli barang di kedai Melayu. Kalau tidak
ada, baru dia pergi ke kedai India Muslim.

Saya kira datuk menyimpan sedikit rasa perkauman. Tetapi, bila hal itu diajukan padanya, datuk
menafikan dengan alasan dia berbuat begitu bukan kerana sikap perkauman. Dia mahu
menolong bangsanya yang agak mundur dalam bidang perniagaan.

"Kalau aku tidak tolong bangsa aku, siapa lagi?" katanya.

Memang ada lojiknya cakap datuk itu. Ketika datuk memilih-milih kemenyan putih yang baik, dia
bertemu dengan seorang kenalannya dari Gunung Semanggul, seorang ulama terkenaI di Perak
dan pengasas sekolah Al-Ehya Al-Shariff, iaitu Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

Datuk memperkenalkan kawannya itu dengan Pak Mardan. Setelah bertanya khabar tentang
anak isteri, datuk terus bercerita pada kawannya itu yang memakan masa lebih kurang sepuluh
minit. Mereka bersalam dan berpisah.

Dari pasar, kami bergerak menuju ke sebuah kedai buku. Di kedai buku itu datuk membeli
beberapa buah kitab yang bertulis jawi.

"Saya balik dulu," tiba-tiba Pak Mardan memberitahu datuk dalam perjalanan menuju ke masjid
bandar Taiping untuk menunaikan sembahyang Asar.

Datuk tidak menjawab kecuali tersenyum sambiI meneruskan perjalanan ke masjid. Bila selesai
sembahyang dan berdoa, datuk segera menghampiri Pak Mardan dan berkata,

"Adat orang berkawan, kalau datang berdua pulang pun berdua, mesti sabar dan setia serta
bertimbang rasa."

"Saya ada hal," balas Pak Mardan.

"Pelik juga, tiba-tiba saja ada hal. Kita balik bas pukul tujuh sesudah sembahyang Maghrib di sini."

"Saya tak mahu. Saya nak pulang sekarang," saya lihat muka Pak Mardan berubah. Matanya
kelihatan bercahaya. Datuk termenung panjang.

INTERNAL
356
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Terpulanglah pada awak. Cuma yang dikesalkan, permintaan awak saya penuhi. Tetapi
permintaan saya, awak hampakan. Langkah dan rentak awak tak sama dengan saya," datuk
meluahkan perasaannya.

Pak Mardan diam. Tangan kanannya menekan jenang pintu. Dia merenung ke arah datuk macam
orang mahu bergaduh.

"Saya tak merasa rugi kalau tak berkawan dengan awak," memang di luar dugaan saya Pak
Mardan mahu berkata begitu pada datuk.

Darah saya naik dengan tiba-tiba. Malu rasanya diri, bila datuk diperlakukan demikian. Saya
bangun. Tiba-tiba datuk memegang kaki kanan saya.

"Jangan ikut darah muda. Ilmu kau tidak sebanyak mana, jangan cuba nak berlagak. Inilah salah
satu sebabnya aku tidak mahu menurunkan ilmu aku pada kau. Kau terlalu pemanas," kata datuk.
Saya duduk kembali.

"Tak apalah Mardan. Pulanglah, semoga Allah memberkati perjalananmu, terhindarlah kau dari
sebarang kecelakaan dalam perjalananmu Mardan. Maafkan aku," cukup lembut suara datuk
dalam ruang lingkup masjid Taiping yang sejuk dan nyaman itu.

Pak Mardan tidak membalas cakap datuk itu, sebaliknya dia menghempaskan daun pintu masjid
dengan sekuat hati. Dia melangkah meninggalkan masjid.

Datuk termenung panjang, dia memerah otaknya memikirkan sikap Pak Mardan yang tiba-tiba
menjadi marah tanpa sebab.

Akhirnya, datuk membuat kesimpulan apa yang dialaminya sebentar tadi sebagai satu
pengalaman baru yang aneh dalam hidupnya.

"Ini satu ujian atau sememangnya dia mahu mencabar aku. Kerana dia tahu aku dengannya tidak
seguru, bukan sikap aku membeli tidak bertempat," keluh datuk dalam perut masjid sambil
memandang kipas angin yang berputar.

Saya hanya memicit pangkal kening sambil merenung keluar menerusi tingkap masjid yang
terdedah. Kenderaan dan manusia yang berjalan di jalan jelas kelihatan dalam sinar-sinar
matahari petang yang kian redup.

INTERNAL
357
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Sabar itu kunci kebaikan dan marah itu punca kecelakaan. Itu pesan guru aku dulu dan pesan itu
aku sampaikan pada kau Tamar untuk jadi pelita hidup kamu. Dunia ini penuh dengan misteri,"
kata datuk merenung muka saya.

Datuk juga memberitahu saya sebab dia mengambil keputusan untuk pulang lewat kerana
menurut gerak rasa pancainderanya, perjalanan yang dibuat sebelum matahari terbenam akan
berhalangan besar.

INTERNAL
358
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

42. Sementara menanti matahari terbenam, datuk menghabiskan masanya dengan membaca Al-
Quran.

Saya pun keluar dari perut masjid menuju ke sebuah kedai yang berdekatan. Saya membeli buku
tulisan yang setebal 20 muka dan sebatang pensel yang sudah siap diasah.

Bila buku dan pensel berada di tangan, saya terasa lapang. Ada sesuatu yang mesti saya kerjakan
sementara menanti datuk berhenti membaca Al-Quran.

Dengan menjadikan mata tangga masjid sebagai meja, saya terus menulis beberapa rangkap
pantun orang tua-tua yang saya minati dalam tulisan jawi yang tidak berapa cantik.

Kebanyakan daripada rangkap pantun itu saya perolehi daripada nenek. Semuanya berunsurkan
nasihat dan tunjuk ajar yang baik.

Bila ada masa terluang, pantun yang saya tulis itu saya bacakan pada nenek, suka benar hatinya.
Ini salah satu sebab yang mendorong saya untuk menulis pantun.

"Kenapa duduk menulis di sini, kamu anak siapa? Anak peminta sedekah mana pula yang mahu
menumpang di sini? Di sini bukan tempat peminta sedekah. Masjid bukan rumah kebajikan,"
berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu yang keluar daripada mulut seorang lelaki 50-an.

Orangnya kurus dan badannya agak bongkok bila berjalan, memakai kain pelekat dan baju
Melayu, misainya tebal tidak padan dengan bentuk wajahnya yang kecil dan kering. Dia memakai
songkok putih yang sudah bertahi lalat.

"Saya tunggu datuk saya."

"Mana datuk kamu?"

"Dalam masjid baca Al-Quran."

Lelaki itu diam. Dia terus ke dalam masjid, ambil penyapu lalu membersihkan kesan-kesan pasir
yang terdapat di tangga masjid dan ruang hadapan. Tahulah saya bahawa lelaki itu menjadi siak
masjid tersebut.

Datuk selesai membaca Al-Quran. Datuk menghampiri saya dan matanya memerhati dengan
tajam ke arah Tuk Siak yang menyapu bahagian kiri masjid. Lama juga datuk tenung Tuk Siak yang
berbadan melengkung.

"Tamar masuk ke dalam baca kitab atau Surah Yasin dari membuang masa di situ!"

INTERNAL
359
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Suara datuk yang agak tinggi dan keras itu membuat Tuk Siak berpaling ke arahnya. Tuk Siak
datang mendekati datuk sambil membawa menyapu.

"Awak Mail. Dah lama kerja di sini?"

"Dah lama. Sejak bercerai dengan isteri, saya tinggalkan Kampung Paya Takung dan menetap di
sini."

"Baguslah," balas datuk dan mereka pun bersalaman.

Datuk menyatakan pada Mail (Tuk Siak) yang saya ini adalah satu-satunya cucu yang paling
disayangi dan selalu dibawa ke mana-mana sebagai teman.

Mail agak terkejut kerana dia memang tidak pernah mengenali saya. Cucu datuk yang lain-lain
dikenalinya. Saya memang jarang merayau dalam kampung walaupun jarak kampung saya
dengan Paya Takung tidaklah begitu jauh, lebih kurang sebatu saja.

"Semalam saya ke rumah. Orang rumah kata awak dah keluar dan belum tentu bila baliknya,"
kata Mail.

"Apa halnya?"

"Nak minta awak tolong ikhtiarkan tentang anak saya."

"Apa kenanya?"

"Dah berbulan-bulan terbaring dalam bilik. Kadang-kadang menjerit-jerit dan terpaksa diikat. Dua
tiga orang tak boleh terpegang."

"Kita bukan pawang, kita bukan bomoh tapi kalau nak mencuba bolehlah. Kita berikhtiar, yang
menentukan Allah."

Mail terdiam. Kerutkan mukanya sambil menggigit bibir. Dari gerak matanya, saya kira ada rasa
kesangsian bermain dalam hatinya tentang kemampuan datuk.

Sudah berbelas dukun dan pawang yang handal dipanggil, tetapi semuanya gagal. Semua doktor
yang ditemui mengatakan anaknya tidak mengalami apa-apa penyakit.

Matahari yang tersangkut di langit bandar Taiping kian menurun, sinarnya bertambah redup. Di
kemuncak Bukit Maxwell (sekarang Bukit Larut) kelihatan kabus tebal.

INTERNAL
360
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kita berikhtiar, itu pun kalau kau mahu," datuk bersuara membuat Mail yang termenung itu
terkejut.

Dia anggukkan kepala tanda setuju. Mail memberitahu pada datuk, jika anaknya itu diletakkan di
bawah pokok asam kumbang besar di belakang rumah, dia akan segar dan berkeadaan seperti
orang biasa.

"Begini saja. Lepas sembahyang Isyak aku ikut kau ke rumah melihat dulu keadaannya," beritahu
datuk pada Mail.

"Saya ingat kita pergi sekarang."

"Boleh juga, di mana rumah kau?"

"Di Kampung Pinang. Saya beli tanah di situ dan buat rumah. Saya dah kahwin dengan orang
Kulim."

"Baguslah," datuk senyum dan Mail menyatakan pada datuk, bahawa nenek saya yang
ditemuinya semalam tetap sihat.

Untuk pergi ke rumah Mail, saya dan datuk terpaksa naik lanca (beca roda tiga) yang dikayuh oleh
seorang lelaki bangsa India, sedangkan Mail mengekorinya dengan basikal.

Waktu membelok di satu selekoh, beca yang kami naiki berlaga dengan sebuah kereta. Badan
datuk tercampak dari beca menghentak dinding kereta Morris Minor kepunyaan guru besar
Sekolah Melayu Selama yang baru dua hari lulus ujian memandu.

Dalam perlanggaran itu, saya tidak apa-apa. Tetapi, tayar beca sebelah kanan jadi macam angka
lapan. Dinding kereta Morris Minor remuk dan pintunya tidak boleh dibuka, melihat keadaan
kereta itu, hati saya berdebar. Tentu datuk mengalami kecederaan yang parah.

Saya tersentak bila melihat datuk boleh bangun sambil mengibas-ngibas kesan batu-batu kecil
yang terlekat di pakaiannya. Dia tidak luka dan tidak pula bengkak.

Guru besar segera keluar dari perut kereta dengan wajah yang masam dan mula menyalahkan
penarik beca. Pertengkaran pun berlaku, masing-masing tidak mahu mengaku salah.

Penarik beca kepal buku lima. Guru besar lipat lengan baju. Mereka mahu beradu kekuatan.
Orang ramai mula berkumpul.

INTERNAL
361
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Mana yang rosak biar saya baiki," ujar datuk lalu memukul dinding kereta dengan tapak tangan
kiri. Bahagian dinding yang remuk elok kembali.

Kemudian datuk memegang tayar beca yang jadi angka lapan. Dia urut tiga kali macam urut
tangan yang bengkak. Tayar beca itu kembali elok macam asal.

Dalam keadaan orang ramai kelam-kabut, datuk menarik tangan saya meninggalkan kawasan
kejadian sesudah memberi wang pada pemandu beca itu.

Akhirnya kami sampai juga ke rumah Mail dengan beca lain. Di rumah, barulah saya mendapat
tahu dengan jelas tentang Mail.

Di samping menjadi siak, dia juga menguruskan pengebumian jenazah orang yang mati di penjara
Taiping kerana hukuman gantung (jika tidak dituntut oleh pihak waris).

Setelah bercerai dengan isterinya yang dulu, dia membawa anak sulungnya tinggal bersamanya.
Setelah anaknya tamat sekolah, melalui jasa orang besar Jajahan Larut yang bergelar Tengku
Menteri (kalau tak silap saya), anaknya itu dapat bekerja sebagai budak pejabat di Jabatan Ukur.

Sejak bekerja, anaknya tidak tinggal bersamanya lagi. Tinggal bersama-sama kawan-kawan
dengan menyewa rumah di pinggir bandar Taiping, tidak jauh dari kawasan perumahan sesak di
Tupai.

"Naik," kata Mail.

Saya dan datuk pun ikut perintahnya. Kami terus masuk ke bilik anaknya terlantar, tidak bergerak
kelihatan macam mayat. Badan kurus dengan pipi yang cekung.

"Siapa namanya Mail?"

"Razman, orang panggil Man."

"Jadi nama panggilan sehari-hari Man ya. Emaknya siapa nama?"

"Munah."

"Umurnya?"

"Umur siapa emak atau anak?"

"Anak."

INTERNAL
362
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dua puluh tiga tahun."

Datuk rapatkan mulut ke telinga Razman dan membisikkan sesuatu. Tiba-tiba Razman membuka
mata dan bangun. Dia kelihatan gagah berdiri sambil bertempik dan melompat. Tali belati yang
mengikat kakinya terputus.

Razman melompat ikut tingkap dan terus lari ke bawah pokok asam kumbang. Duduk bersila di
situ, dengan kedua belah tangannya terletak atas kedua tempurung lutut, macam pelajar silat
menerima amanat dari guru silat.

"Anak awak ni dah silap langkah," beritahu datuk pada Mail sambil turun dari rumah menuju ke
bawah pokok asam kumbang.

Beberapa ela lagi mahu sampai ke bawah pokok tersebut, datuk mencabut sebatang pokok kecil.
Dengan pokok itu datuk membelasah belakang Razman hingga lembik. Kemudian datuk dukung
Razman pulang.

Di rumah, datuk menggosok belakang Razman dengan pucuk pisang nangka hingga kesan
berbalar kena pukul itu hilang. Datuk letakkan Razman betul-betul di bawah tulang bumbung
rumah.

"Jangan diubah-ubah hingga saya datang pada sebelah malam nanti," pesan datuk pada Mail.

"Mahu ke mana pula?"

"Ke masjid tadi, saya nak membuat amalan sedikit. Mudah-mudahan dengan izin Allah sakit anak
awak akan pulih."

"Baiklah," sahut Mail.

Saya dan datuk kembali ke masjid semula. Selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk terus
membaca Al-Quran. Kira-kira pukul tiga pagi sesudah datuk melakukan sembahyang tahajjud dua
rakaat, barulah saya dan datuk pergi ke rumah Mail.

Perjalanan pada sebelah malam itu agak berbeza dengan perjalanan waktu siang. Sebelum keluar
masjid, datuk suruh saya ikat mata dengan kain. Bila kain dibuka, saya sudah berada di kaki
tangga rumah Mail.

INTERNAL
363
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Perkara pertama yang datuk lakukan bila duduk di hadapan Razman ialah meminta segelas air
sejuk. Setelah air itu ditawar jampi, datuk basuh muka Razman dengan air itu. Datuk pegang dan
tekan tulang rusuk sebelah kanan Razman dengan jari hantu.

"Man, dari mana kau dapat semuanya ni?" datuk menyoal.

Razman membuka mata. Terkelip-kelip macam mata katak puru kena sembur air. Mulutnya
terkumat-kamit tanpa suara. Kemudian Razman rapatkan matanya kembali. Kaku.

Datuk mengulangi perbuatannya itu selama tiga kali berturut-turut. Semuanya gagal. Datuk lalu
meminta Mail mencari seekor ayam jantan putih. Permintaan itu Mail tunaikan.

Bila ayam jantan putih berada dalam tangan datuk, dia segera meninggalkan ruang rumah, masuk
ke bawah rumah.

Datuk sembelih ayam itu betul-betul di bawah lantai tempat Razman baring. Darah ayam itu
datuk isikan dalam cawan putih. Datuk juga memberitahu Mail apa yang dilakukannya terhadap
Razman jangan ditegur, walaupun perbuatan itu nampak kejam dan tidak bertimbang rasa.

Datuk bawa darah ayam dalam cawan putih ke atas rumah. Datuk dekatkan cawan yang berisi
darah itu ke hidung Razman. Bila tercium bau darah ayam, Razman segera bangun macam orang
sihat mahu meminum darah. Datuk tampar muka Razman dengan sekuat hatinya hingga Razman
rebah atas tempat tidurnya kembali.

"Setakat ini sahaja. Esok aku ikhtiarkan lagi," beritahu datuk pada Mail.

Mail anggukkan kepala dan terus masuk ke bilik tidur. Saya dan datuk pergi ke anjung rumah dan
tidur di situ. Malam itu saya tidak mengalami sebarang mimpi yang aneh. Tetapi diri datuk saya
tidak tahu.

Subuh itu, sesudah menunaikan sembahyang subuh dan mandi air embun, datuk terus
mendukung Razman ke bawah pokok asam kumbang.

Kaki Razman diikat dengan tali sabut ke sebatang anak pokok. Datuk membiarkan sinar matahari
pagi yang cemerlang menikam kulit badan Razman.

"Mail, biarlah aku dengan ditemani oleh Tamar selesaikan kerja ni. Kau tak usah tengok, nanti
kau takut. Aku minta kau pergi ke masjid dan baca Al-Quran di samping berdoa pada Allah supaya
sakit anak kau sembuh."

"Baiklah, tapi awak tak minum lagi?"

INTERNAL
364
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Aku terpaksa berpuasa waktu menjalankan kerja ini. Tamar juga begitu."

"Pelik juga sakit anak saya ni."

"Inilah dunia. Banyak manusia jadi korban syaitan dan iblis semata-mata kerana nafsu jahat. Anak
kau salah seorang daripadanya."

Saya lihat mulut Mail yang berbadan melengkung itu terlopong. Tanpa banyak bicara dia
meninggalkan kami.

Datuk sudah pun mengenakan pakaian serba hitam. Dia duduk bersila tidak jauh dari tempat
Razman terbaring. Datuk minta saya menumpahkan darah ayam dalam cawan di hujung lututnya.
Saya lakukan. Datuk pun mula bertafakur. Matanya terpejam rapat.

Kedua belah tangannya memeluk dada erat-erat. Matahari pagi memancar dengan cantik sekali.
Tiba-tiba Razman mengeliat macam orang baru bangun tidur. Dia tersenyum dan duduk bersila
macam datuk.

Datuk petik ibu jari kaki kiri tiga kali berturut-turut. Saya terus membaca beberapa potong ayat
Al-Quran dan Surah An-Nisa'. ltu pesan datuk yang saya mesti patuhi.

Tiba-tiba dari tompokan darah ayam di hujung lutut datuk menjelma seekor ayam jantan putih.
Terus berkokok dengan nyaring. Ayam jantan itu segera menuju kepada Razman.

Razman membelai-belai badan ayam sambil memerintahkan ayam jantan itu berjalan ke sana ke
sini. Apa yang dikatakan oleh Razman, diikuti oleh ayam itu.

Datuk meluruskan tangan kirinya ke depan. Manakala tapak tangan kanannya melurut lengan
kirinya dari pangkal hingga ke hujung perlahan-lahan. Bila urutan itu sampai ke hujung jari, ayam
jantan yang mengikut perintah Razman hilang.

Razman melompat-Iompat dan menjerit. Dia marah kerana datuk menghilangkan ayam jantan
putihnya. Mujurlah tali sabut yang mengikat kakinya kuat.

Ikatan yang datuk lakukan ini bukan sebarang ikatan. Ikat bersyarat dan berpetua. Kalau tidak,
pasti putus kerana tenaga Razman ketika itu cukup luar biasa. Semua anak-anak pokok getah,
halba dan pokok janggut keli sekitarnya dicabut dengan mudah.

Perkara yang nyata memang ada perlawanan kebatinan antara datuk dengan kuasa tertentu yang
melindungi Razman.

INTERNAL
365
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Buktinya, muka datuk berpeluh. Urat-urat tangannya timbul, kedua belah bahunya bergerak
macam menarik sesuatu dari direbut oleh pihak lain. Akhirnya Razman lemah sendiri. Terbaring
atas tanah. Datuk bertafakur lagi.

Dalam sinar matahari yang mula keras itu, tiba-tiba menjelma bapak kambing hitam meluru ke
arah Razman. Kambing jantan mencium dahi Razman dan Razman pun bangun lalu menepuk-
nepuk belakang kambing hitam. Melihat keadaan yang ganjil itu, datuk jadi resah.

Datuk menggenggam kedua belah tangannya dan dilapis dua. Genggam tangan kiri sebelah atas,
genggam tangan kanan sebelah bawah, macam budak-budak main 'tum tum bak'.

Datuk rapatkan mata. Dia bangun perlahan-lahan dan berdiri sebelah kaki. Kaki kanannya
dibengkokkan. Bila kaki kanannya diluruskan dan dihentakkan ke bumi sekuat hati, kambing
jantan yang menjelma secara tiba-tiba mengembek sekuat hati, macam kena curahan air panas
dan terus hilang. Razman rebah kembali.

Matahari kian meninggi. Datuk merenung ke perdu pokok asam kumbang yang berdaun lebat.
Badan saya mula berpeluh terutama di pangkal kedua belah ketiak. Perut mula terasa dimasuki
angin, akibatnya saya sendawa bertalu-talu.

Panas pagi itu memang lain macam rasanya, kulit muka terasa cukup pedih. Datuk mengalih
pandangannya dari perdu pokok asam kumbang ke arah rumpun lalang di sebelah barat daya
secara perlahan-Iahan.

Tapak tangan kirinya menekan pangkal dada kiri dan melurut ke bawah perlahan-Iahan. Bila
pandangannya sampai kepada matlamat, tangan kirinya lurus ke bawah. Tetapi, jari telunjuknya
menekan pangkal belikat. Mulutnya saya lihat bergerak-gerak, macam membaca sesuatu. Lama
juga datuk merenung perdu lalang yang tumbuh liar itu.

"Kita bawa Razman segera balik," kata datuk.

Bila datuk memegang pangkal tangannya, Razman segera mengelupur, menendang dan
menumbuk datuk. Datuk menepis dengan cepat. Tetapi tendangan Razman dari sebelah kiri tidak
dapat dielakkan. Datuk tersungkur. Mukanya tersembam ke bumi.

Saya lihat kekuatan Razman memang luar biasa. Pergerakannya cukup tangkas macam orang
sihat. Razman mula menerkam dan mahu memijak belakang datuk. Cepat-cepat datuk melarikan
badannya ke kiri hingga keluar dari bawah bayang-bayang pohon asam kumbang.

INTERNAL
366
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Razman tidak dapat melepasi bayang-bayang pokok asam kumbang. Bila dia terkeluar dari
kawasan bayang-bayang itu, tenaganya jadi lemah. Datuk menyedari tentang hal itu.

"Carikan aku batang tepus!" pekik datuk pada saya. Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan. Batang
tepus tidak juga saya nampak.

"Cari sebelah matahari jatuh. Tak jauh dari pokok talang!" suara datuk cukup lantang.

Perintahnya saya akur. Memang betul cakap datuk. Batang tepus saya temui berdekatan dengan
pokok talang berbatang licin. Saya cabut sebatang dan berlari ke arah datuk lalu menyerahkan
batang itu padanya. Datuk mara lalu memukul bertalu-talu pada badan Razman.

Saya lihat Razman menjerit dan terlompat-Iompat bila batang tepus menjamah tubuhnya.
Akhirnya, datuk hentak pangkal sikunya dengan sekuat hati ke pangkal bahu Razman. Razman
melayang rebah ke bumi. Saya kira tulang bahunya pasti patah dua. Razman tergolek macam
ayam kena langgar lori tentera.

Datuk gosok bahagian bahu Razman yang dihentakkan dengan pangkal sikunya. Kemudian datuk
gerakkan tangan Razman berkali-kali. Urut lagi dua kali dan gerakkan ke kiri dan ke kanan. Datuk
tepuk bumi dan dada Razman. Saya lihat Razman bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk
menghampiri saya.

"Tangannya yang patah sudah aku betulkan atas izin Allah. Sekarang kita bawa dia pulang," kata
datuk.

Dia pun memikul batang tubuh Razman. Saya mengekor dari belakang dan saya terasa macam
ada bayang-bayang orang memburu saya. Rumput kiri kanan saya lihat macam dipijak orang
dalam sinar matahari yang keras. Anehnya, saya tidak nampak apa-apa.

Tiba-tiba saya rasa bahu kanan bagaikan ditampar orang. Pedihnya bukan kepalang. Saya terus
melangkah, peluh terus meleleh di dahi dan mengalir ke pangkal dagu. Kulit muka terasa pedih
dan gatal-gatal. Dalam hati saya terus membaca Surah An-Nas dengan tenang. Gangguan itu tidak
berlaku lagi pada diri saya.

Bila sampai di rumah, datuk pun meletakkan Razman di tempatnya. Saya lihat jam di dinding
rumah sudah pukul sebelas pagi. Dari tingkap rumah Mail, saya melihat kemuncak Bukit Larut
yang berkabus tebal. Datuk bersandar pada tiang seri.

Lima belas minit kemudian Mail pun pulang. Tidak banyak yang ditanya oleh Mail terhadap kerja-
kerja yang dilakukan oleh datuk. Mail terus masuk ke biliknya untuk menghisap rokok. Dia tahu

INTERNAL
367
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

datuk berpuasa hari itu. Mail tahu, tidak manis menghisap atau makan di depan orang yang
berpuasa. Mail keluar, duduk bersila di depan datuk.

Datuk masih lagi termenung panjang. Perhatiannya tidak tertumpu apa yang berlaku di
depannya. Datuk bagaikan berada di dunia lain.

Saya tahu bagaimana mahu menyedarkan datuk supaya kembali dalam keadaan biasa. Saya pun
melipat bucu tikar mengkuang dan menindihkannya dengan lutut. Saya gigit kuku jari kanan
sekuat hati sambil pura-pura batuk.

Apa yang saya lakukan berhasil menyedarkan datuk. Petua yang saya jalankan itu saya peroleh
dari datuk juga. Harus digunakan dalam keadaan yang tertentu mengikut hari dan bulan Islam di
samping memperhitungkan masa.

"Mail," datuk bersuara sambil merenung wajah Mail.

"Ada tak kejadian-kejadian aneh berlaku di pokok asam kumbang tempat anak kau suka pergi
tu?" tambah datuk.

Mail luruskan kaki kanan. Datuk tarik nafas panjang. Mata saya terus merenung apa yang ada
dalam ruang rumah. Rasa panas bertambah kurang kerana angin yang bertiup di luar masuk ke
ruang rumah menerusi tingkap dan pintu yang terdedah.

"Ada," jawab Mail.

"Apa dia?"

"Di bawah pokok asam kumbang itu dulu tempat orang mati bertembak."

"Siapa menembaknya Mail?"

"Penjahat itu berbalas tembak dengan pihak polis."

"Siapa namanya Mail?"

"Din Taiwan."

"Waktu matinya petang atau tengah malam?"

"Tengahari, kata orang waktu rembang lebih kurang pukul 12 tengahari."

INTERNAL
368
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk menggigit lidah mendengar keterangan dari Mail itu. Mail memberitahu datuk bahawa Din
Taiwan masa hidupnya memang terkenal sebagai kaki rompak yang handal. Namanya amat
ditakuti oleh penduduk sekitar Daerah Larut. Sikapnya tidak ubah macam kata orang tua-tua,
beraja di mata, bersultan di hati.

"Kaki botol, kaki rogol. Dia memang pelesit," keluh Mail.

Datuk tersenyum. Saya memperkemaskan sila. Mail merenung wajah datuk yang kelihatan
tenang. Perut saya mula terasa pedih dan lapar. Bau sambal tumis petai membuat saya
bertambah lapar lagi.

Dalam kepala saya membayangkan betapa enaknya keluarga Mail makan tengahari nanti.
Kalaulah saya tidak berpuasa, dua pinggan nasi tentu habis saya telan.

"Kata orang dia banyak ilmu," tambah Mail.

"Ilmu untuk dunia tanpa ilmu akhirat selalunya membuat manusia sesat."

"Betul. Cuma yang anehnya bila dia dibawa ke hospital dan pada sebelah petangnya saya pergi
ke tempat itu, saya lihat kesan-kesan darah Din Taiwan di tanah hilang, macam ada orang yang
mengambilnya."

Datuk terkejut mendengar cerita dari Mail. Muka Mail saya renung. Datuk bangun, berdiri di
muka tingkap merenung ke luar. Dia tidak berkata walau sepatah pun. Datuk macam memikirkan
sesuatu. Datuk terus melangkah ke anjung rumah dan tidur.

Datuk bangun bila waktu Zohor tiba dan terus sembahyang. Sementara menanti masuk waktu
Asar, datuk terus membaca Al-Quran. Lepas sembahyang Asar, datuk dan saya pergi lagi ke
bawah pokok asam kumbang.

Dalam jarak dua puluh kaki dari pokok itu, datuk membentangkan sehelai kain pelikat dan kami
duduk di atasnya. Matahari sudah condong, sinarnya tidak sekeras tadi.

"Jangan tegur apa yang kau lihat," bisik datuk kepada saya sambil menyelitkan sehelai daun lalang
ke telinga kiri saya.

Datuk juga menyelitkan daun lalang ke telinganya. Saya terasa keadaan keliling terlalu sepi. Dunia
bagaikan tidak ada penghuninya.

"Tumpukan seluruh pancaindera kamu Tamar pada alam lain," saya terdengar sayup-sayup suara
datuk.

INTERNAL
369
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dan saya terasa badan bagaikan berada di awang-awangan sebentar. Hujung baju datuk saya
pegang erat-erat.

"Buka mata kamu Tamar," datuk memerintah.

Cakapnya saya patuhi. Mata saya tertumpu pada pangkal pokok asam kumbang. Saya terlihat
seorang lelaki jatuh berlumuran darah. Lelaki itu hilang dan saya lihat batang tubuh datuk
terbongkok-bongkok mengambil tanah yang ada kesan darah dari lelaki itu. Datuk juga turut
hilang.

Dalam keadaan separuh sedar itu, saya terasa peha saya ditampar oleh datuk. Saya toleh ke
arahnya. Datuk tersenyum, daun lalang yang berada di celah telinga saya sudah pun berada di
tangan datuk.

"Sekarang sudah tahu puncanya, dengan izin Allah sakit Razman boleh diubati tetapi dia harus
memulangkan barang yang diambilnya kepada orang yang berhak," beritahu datuk pada saya.

Matahari kian condong. Datuk masih lagi belum mahu bergerak dari tempat duduknya. Dia
memberitahu saya, bahawa saya dan dirinya harus berada di situ hingga remang-remang senja.

Menurut datuk, diri saya dan dirinya tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Bagi datuk, duduk di situ
tidak menimbulkan sebarang masalah kerana ada saja kerja yang dibuatnya. Mulutnya sentiasa
terkumat-kamit dan anggota badannya yang lain juga selalu bergerak-gerak.

Bila hari sudah remang-remang senja, datuk pun menghentakkan kakinya ke bumi. Seluruh
kawasan itu berbau harum. Saya terpandangkan bayang orang perempuan yang tidak begitu jelas
duduk bersimpuh di hadapan datuk. Tetapi melihat gaya perempuan itu duduk dan cara dia
bertudung, saya yakin perempuan itu adalah isteri muda datuk iaitu, orang bunian.

Perempuan itu bercakap dengan datuk. Saya tidak dapat menangkap dengan jelas apa yang
diperkatakan oleh datuk dengan perempuan itu. Dengan sekelip mata perempuan itu hilang.
Bekas tempat perempuan itu duduk terdapat tiga longgok tanah yang berdarah. Datuk terus
berpeluk tubuh. Matanya merenung lurus ke depan. Dia menarik nafas.

Datuk hulurkan kaki kiri ke arah ketiga-tiga longgok tanah yang berdarah. Bila kakinya dilipatkan
kembali seperti asal, saya lihat dari tanah longgok pertama keluar ayam jantan putih. Dari
longgok kedua keluar kambing dan dari longgok ketiga terdampar mayat lelaki. Kerana longgok
tanah yang berdarah sederet, semua jenis makhluk yang keluar darinya beratur sederet.

INTERNAL
370
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Remang-remang senja bertambah hitam. Angin mula menampar-nampar dedaun asam


kumbang. Bunyi desiran angin itu cukup kuat bersama titik gerimis yang sambung menyambung.

Saya terasa cukup seram. Ada bermacam-macam bunyi yang saya dengar. Ada suara orang minta
tolong. Ada suara ayam berkokok, ada suara kambing mengembek. Akhir sekali saya terdengar
suara orang lelaki memuja sesuatu, suara itu macam suara Razman.

Datuk menamparkan tapak tangan kanan ke tapak tangan kiri, serentak dengan itu, saya lihat
batang tubuh Razman berdiri bagaikan bayang-bayang dalam warna senja yang kian beransur
gelap. Ketiga-tiga makhluk yang terdampar di hadapan datuk bergerak dan menuju ke arah
Razman lalu hilang meresap ke dalam tubuhnya.

Bayang-bayang Razman hilang lalu diganti dengan suara perempuan mengilai di atas pucuk pokok
asam kumbang. Suara perempuan mengilai itu cukup nyaring dan akhirnya, pokok asam kumbang
bergegar macam digoncang oleh sesuatu. Buah-buah asam kumbang yang muda berguguran atas
bumi.

Suasana menjadi seram. Angin terus bertiup dan suara gagak mula kedengaran. Macam-macam
lembaga yang amat menakutkan wujud di hadapan saya dan datuk. Tetapi datuk tidak
menampakkan rasa takut atau bimbang. Dia bagaikan yakin apa yang dikerjakannya akan berjaya.

Datuk terus membaca Surah Al-Kursi dengan tenang dan teratur. Bila semuanya sudah selesai
dibaca, datuk bangun lalu menghentakkan tumit kaki kirinya ke bumi. Semua yang ada di hadapan
hilang terus.

"Syaitan", kata datuk lalu mengajak saya pulang.

INTERNAL
371
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

43. Dalam perjalanan pulang itu, datuk memberitahu saya bahawa Razman telah memuja darah
orang mati dibunuh untuk sesuatu maksud yang jahat.

Tetapi dia tidak dapat menunaikan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syaitan untuk
dilaksanakannya. Akibatnya dia jatuh sakit dan ilmu salah yang dituntutnya itu memakan dirinya
sendiri.

Razman menguji ilmunya dengan darah ayam dan kambing. Ternyata ilmunya itu berjaya. Ayam
dan kambing jelmaan yang didampingi oleh syaitan akan mengikut semua perintahnya.

Kemudian Razman mengambil darah orang mati dibunuh di bawah pokok asam kumbang. Darah
orang mati dibunuh itu dipuja dengan menggunakan beberapa kelengkapan tertentu di bawah
pokok tersebut.

"Darah orang mati dibunuh tu dipuja waktu bunga senja," ujar datuk pada saya dengan tenang.

Saya anggukkan kepala dalam langkah senja yang kian gelap. Tetapi langit kelihatan bersih dan
cerah.

"Darah tu dipuja tujuh Jumaat. Orang yang melakukan pemujaan tu bersemadi menghadapi arah
matahari naik dan arah angin tanpa memakai pakaian kecuali cawat untuk menutup bahagian
kemaluan," beritahu datuk lagi.

Saya mula terasa cemas tidak tentu pasal. Langkah saya percepatkan. Datuk terus juga bercakap
menerangkan apa yang dia tahu pada saya. Datuk yakin yang Razman berguru pada orang yang
tahu tentang kerja-kerja maksiat ini. Dan orang tempat dia berguru itu belajar separuh jalan saja.

"Sayang, orang tempat dia berguru itu hanya mencari yang jahat untuk tujuan yang jahat," keluh
datuk.

"Maksud datuk?" saya memotong cakapnya.

"Dia menuntut untuk niat jahat, bagi merosakkan sesama manusia. Kerana itu dia tidak menuntut
bagaimana mahu menghancurkan perbuatan sendiri," jelas datuk lagi.

Saya diam dan tidak mahu menyoal datuk lagi. Akhirnya, kami sampai ke kaki tangga rumah Mail.
Ketika datuk selesai membasuh kaki dan memijak anak tangga pertama, suara azan mula
kedengaran. Saya cukup gembira kerana tempoh menahan lapar dan dahaga sudah berakhir.

Bila berada dalam rumah, hati saya bertambah lapang. Sudah ada makanan yang tersedia untuk
saya dan datuk. Mail lalu mempersilakan kami menjamah hidangan.

INTERNAL
372
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk hanya minum segelas air sejuk dan sebiji pisang. Lepas itu dia terus sembahyang. Saya juga
berbuat demikian dengan harapan selesai datuk sembahyang, dia akan makan kembali.

Harapan saya tidak dipenuhi. Lepas sembahyang, datuk terus berwirid panjang dan membaca
Surah Yasin tujuh kali hingga masuk ke waktu Isyak. Bila datuk selesai sembahyang Isyak, barulah
dia menghadapi hidangan.

Datuk cuma makan tujuh jemput nasi dan minum separuh air sejuk. Tetapi, saya terus makan
dengan semahu-mahunya. Datuk tidak menegur perbuatan saya itu.

Kerana saya makan terlalu banyak, saya merasa agak sukar mahu bernafas dan bergerak. Saya
tersandar di dinding dan perut kelihatan agak buncit, macam perut bantal. Datuk menghampiri
saya.

"Makan terlalu berlebihan tidak elok. Makan cara itu berkawan dengan iblis kerana terlalu
mengikut nafsu," bisik datuk ke telinga saya. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya cuma
tersenyum sinis.

"Cuba jangan malukan aku," tambahnya.

Datuk terus menuju ke tempat Razman. Datuk duduk bersimpuh di hadapan Razman. Datuk
serkup muka Razman dengan kain hitam.

Dengan hati-hati datuk menekan buku lali kaki Razman sebelah kiri. Badan Razman bergerak dan
datuk memanggil Mail supaya duduk dekatnya. Mail datang.

Datuk mengeluarkan sebatang rotan seni dari bawah pehanya. Saya tidak tahu dari mana datuk
memperolehi rotan tersebut. Datuk urut batang rotan itu tujuh kali ke atas dan tujuh kali ke
bawah.

Razman secara mendadak bangun dan datuk dengan cepatnya pula meletakkan hujung rotan itu
ke atas kain hitam.

Saya lihat Razman tidak mampu bangun. Hujung rotan itu bagaikan ada batu besar yang tidak
terdaya ditolak oleh Razman, sedangkan datuk memegang pangkal rotan itu dengan dua jari saja.

Dalam sekelip mata saja warna rotan bertukar menjadi hitam. Muka datuk berpeluh. Datuk tarik
rotan itu dan letakkan kembali di bawah pehanya.

INTERNAL
373
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Anak kamu Mail sudah teruk benar. Susah nak menghilangkan ilmu yang sudah sebati satu
badan."

"Saya minta tolong ikhtiarkan. Dialah satu-satunya anak jantan saya."

"Saya boleh cuba."

Muka Mail kelihatan tenang mendengar janji datuk itu. Datuk meninggalkan Razman di
tempatnya. Datuk ajak Mail pergi ke anjung rumah. Mereka duduk di situ.

Saya malas mahu mengikut mereka. Saya rasa lebih selasa duduk bersandar di dinding. Saya terus
terlelap dan terjaga bila terasa bahu sebelah kanan ditendang orang.

Saya buka mata, saya lihat ada lelaki berbaju dan berseluar hitam berdiri di hujung kaki Razman.
Dada saya berdebar, bila saya lihat Razman duduk bersila macam orang sihat dan lelaki yang
berdiri itu terus sujud di kaki Razman.

"Sudah kau jalankan perintah aku?" saya terdengar suara Razman.

"Belum," jawab lelaki itu tunduk.

"Kenapa kau tak ikut perintah aku?"

"Upahnya belum saya dapat."

"Kerana itu kau seksa aku begini?"

"Bila saya dapat minum darah perempuan beranak sulung malam Jumaat, semuanya akan
selesai, saya tidak akan menghisap darah awak lagi."

"Aku dalam bahaya. Ada orang yang mahu memisahkan kau dengan aku. Tahu?"

"Darah dan roh awak sudah sebati dengan saya. Awak yang memuja saya, tidak ada orang yang
boleh menewaskan saya. Saya dahaga, saya mahu minum."

Sebaik saja lelaki itu berhenti bercakap, saya lihat dia memegang pergelangan kaki kanan
Razman. Dia terus menggigit ibu jari kaki Razman. Suara Razman bergema menguasai ruang
rumah sambil melompat.

Datuk segera datang kepada Razman, batang tubuh lelaki itu hilang. Cuma yang kelihatan kepulan
asap nipis masuk ke lubang hidung Razman bila dia menarik nafas.

INTERNAL
374
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Semua yang saya lihat, saya ceritakan pada datuk. Tanpa membuang masa lagi, datuk pun
membuka bajunya lalu diserkupkan ke bahagian dada Razman. Muka Razman datuk serkup
dengan kain merah. Rotan seni datuk letakkan melintang di atas dada Razman.

"Biarkan barang-barang itu di situ. Kau tunggu di sini, kalau ada apa-apa, beritahu aku di anjung,"
datuk meninggalkan satu pesan yang amat berat buat saya.

Sebelum datuk beredar, dia menyuruh saya membaca Surah Al-ikhlas seberapa banyak yang
boleh hingga saya terlelap.

Mail masuk ke dalam bilik tidur. Selama berada di rumahnya, saya cukup sukar mahu melihat
wajah isterinya. Suara isterinya juga jarang kedengaran memarahi anak-anaknya yang nakal. Saya
terlelap dan datuk tidur di anjung rumah.

Lebih kurang pukul tiga pagi, saya tersedar dari tidur. Saya lihat datuk sedang melakukan
sembahyang Tahajud. Kemudian dia melakukan pula sembahyang Istikharah. Datuk tidur
kembali.

Saya merasa senang hati kerana tidak ada kejadian aneh yang berlaku di hadapan saya. Dengan
dada yang lapang, saya menyambung kembali tidur yang terputus.

Setelah menunaikan sembahyang subuh bersama datuk dan Mail, saya terus berubah tempat.
Duduk di anjung rumah dekat kepala lutut datuk yang sedang membaca Surah Yasin.

"Aku rasa dengan izin Allah aku dapat melawan perbuatan jahat itu. Aku mesti menjalankannya
dengan sebaik-baiknya. Niat aku bukan apa-apa, aku mahu mengembalikan budak itu ke jalan
benar," demikan datuk memberitahu saya.

Datuk juga sudah menyiapkan beberapa rancangan yang akan dilakukannya selepas dia mandi
embun.

Ketika matahari pagi berada di paras pucuk kelapa dara, datuk sudah pun selesai mandi embun.
Dia kembali mengadap Razman, semua perkakas yang diletakkan atas tubuh Razman diambilnya.

Datuk meneliti rotan seni yang panjang dua kaki itu dengan rapi sekali. Tidak ada sebarang
perubahan pada rotan tersebut. Datuk ambil air dari tempayan dapur lalu membasuh muka
Razman.

"Razman bangun nak, bangun," suara datuk tenang di hadapan saya dan Mail.

INTERNAL
375
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Rotan seni di tangan terus datuk bengkokkan. Bila rotan itu diluruskan, Razman pun bangun dan
duduk, macam orang sihat dan terus minta makanan.

Datuk berbisik dengan Mail. Dua tiga kali Mail anggukkan kepala, kemudian terus ke bahagian
dapur. Mail datang kembali membawa secawan kopi dan dua ketul lepat pisang.

Barang-barang itu datuk ambil. Air kopi datuk campurkan dengan air dari tempayan. Lepat pisang
datuk tikam dengan hujung rotan. Kemudian barang-barang itu datuk serahkan pada Razman.

Bila Razman mahu menghirup air kopi, cawan yang dipegangnya pecah. Bila dia mahu makan
lepat pisang, lepat pisang itu terbang macam ada orang yang menyentapnya. Datuk terus
bertafakur.

Tanpa saya duga, secara mendadak Razman bangun dan menendang ke arah badan datuk. Dua
tiga kali dia menendang tetapi badan datuk tidak bergerak. Datuk membengkokkan jari
telunjuknya. Razman rebah.

Datuk saya lihat menginsut ke depan lalu membaca Surah Yasin dengan nyaring. Bacaan itu diikuti
oleh Razman, tetapi bila sampai pada ayat-ayat terakhir, suara Razman tidak kedengaran.

Razman terus rebah. Datuk bangun dan membiarkan Razman terkapar di situ. Datuk lalu minta
Mail mengorek lubang separas dada dekat pokok asam kumbang. Permintaan itu dilaksanakan
oleh Mail.

Bila lubang itu sudah dikorek, datuk terus masuk ke dalamnya. Dia minta Mail pulang ke rumah.
Tinggallah saya dengan datuk dan datuk minta saya menimbus separuh badannya dengan tanah.

Datuk minta saya mencarikan beberapa helai daun lalang kering. Daun lalang kering yang sudah
saya peroleh itu, saya letakkan di hadapannya.

Kerana pancaran matahari cukup terik, membuatkan separuh badan datuk yang tidak ditimbus
oleh tanah berpeluh.

"Bakar lalang tu," perintah datuk.

Saya terus patuh. Bila api membakar lalang kering, saya terasa cukup panas. Angin yang bertiup
membawa lalang yang terbakar ke arah datuk.

Dalam sekelip mata saja saya tidak dapat melihat separuh daripada badan datuk, hilang dalam
kemarakan api. Saya lihat rambut dan muka datuk terbakar. Saya kira ini satu kerja gila.

INTERNAL
376
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kenapa datuk mesti melakukan kerja yang tidak akan dilakukan oleh manusia yang berfikiran
waras? Apakah datuk juga mendampingi dirinya dengan syaitan?

Ini kerja mengarut, fikir saya sambil menutup kedua belah mata dengan tapak tangan. Tidak
sanggup saya melihat datuk dalam keadaan demikian.

"Aku tidak berdampingan dengan syaitan Tamar, apa yang aku lakukan ini adalah sebahagian dari
kerja aku yang aku warisi dari guruku yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini
sebenarnya sebahagian dari ujian dan ketahanan diri, demi keyakinan aku yang bersandarkan
pada kuasa Allah," tiba-tiba saya mendengar suara datuk.

Dia berdiri di kanan saya. Baju dan anggota badannya tidak pun rosak. Paling melucukan, datuk
sendiri melihat tempat dia kena timbus tadi penuh dengan api.

Datuk meminta saya menyimpan rahsia aneh itu dari pengetahuan Mail dan orang lain. Segala
apa yang terjadi tadi adalah untuk diri saya dan dirinya saja.

Kami kembali ke rumah Mail. Datuk membuat beberapa persiapan terakhir. Dia mencari sendiri
beberapa jenis akar kayu, daun dan beberapa ketul batu hitam yang diambil dari bekas lombong.
Semua barang-barang itu datuk kumpulkan dalam kain hitamnya.

Dari waktu Zohor membawa ke waktu Isyak, datuk terus membaca Al-Quran. Dia berhenti bila
sampai waktu sembahyang. Walau macam mana susahnya, datuk tetap meneruskan puasanya.
Dia berbuka puasa dengan segelas air saja.

Saya juga diperintahkan mengikut apa yang dilakukannya. Kerana saya suka dengan tugas datuk
yang mencabar itu, pahit maung dan susah saya harungi dengan harapan perkara-perkara aneh
itu akan menjadi khazanah pengalaman yang berharga pada diri saya.

Lebih kurang pukul dua pagi, datuk dan saya memikul batang tubuh Razman keluar dari rumah
tanpa diketahui oleh keluarga Razman.

Tempat yang kami tuju ialah ke perdu pokok asam kumbang. Datuk masukkan separuh badan
Razman ke dalam lubang tempat datuk membakar diri pada sebelah siang tadi.

Badan Razman kami timbus dengan tanah. Datuk pun membakar semua barang-barang yang
dibungkusnya dalam kain hitam.

Api menyala dengan garangnya, memakan barang-barang itu. Api menjulang ke atas, macam
disimbah dengan minyak petrol.

INTERNAL
377
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Razman menjerit dengan sekuat hati. Datuk memadamkan api itu dengan sekali hembus. Bila api
padam, semua barang-barang dalam kain hitam tidak terjejas.

Datuk mengambil seketul batu hitam lalu ditanamkan ke dalam tanah dengan ibu jari kakinya.
Dalam masa itu juga bermacam binatang buas muncul di hadapan datuk dan saya. Ada harimau,
ada ular dan macam-macam lagi. Semua binatang buas itu hilang bila datuk menepuk tangannya.

Akhirnya, muncul seorang lelaki dari sebelah kiri Razman, bentuknya macam bayang-bayang lalu
bersatu dengan diri Razman. Dengan menggunakan jari kaki juga, datuk cungkil batu hitam yang
tertanam.

Batu itu datuk ambil lalu digenggamnya erat-erat. Dari celah-celah lurah jarinya keluar asap.
Datuk buka tangannya sebentar. Batu hitam sudah menjadi bara yang merah saga. Datuk
genggam kembali. Datuk mencampakkan kain hitamnya pada saya.

"Bakar," katanya.

Saya pun bakar kain hitam. Cahaya api dari kain hitam itu menerangi seluruh kawasan yang gelap.
Sebenarnya kain hitam tidak terbakar, sekadar mengeluarkan cahaya seperti lilin yang terbakar.
Saya lihat muka datuk bersih benar malam itu. Dia duduk bersimpuh merenung muka Razman.

"Kau siapa?" tanya datuk.

"Din Taiwan."

"Kenapa kau mengacau orang lain?"

"Dia memuja aku untuk tujuan tertentu."

"Sebab?"

"Dia suruh aku bawa gadis bernama Mariam padanya."

"Sudah kau buat?"

"Belum lagi."

"Sebab?"

"Dia belum beri aku darah perempuan beranak sulung."

INTERNAL
378
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Percakapan yang terjadi antara datuk dengan Razman berhenti. Datuk lalu melontar dua urat
akar kayu ke arah Razman. Razman menjerit dan meminta datuk jangan mengulangi
perbuatannya itu. Datuk setuju dengan syarat, Razman harus bercerita asal-usulnya.

Permintaan itu dipersetujui oleh Razman. Sebenarnya bukan Razman yang bercakap ketika itu,
orang yang dilawan oleh datuk bercakap itu ialah Din Taiwan.

Din Taiwan memberitahu datuk dengan ilmunya, dia telah merogol lebih dari seratus orang
wanita yang terdiri dari anak dara, janda dan isteri orang. Dia telah menggunakan ilmunya itu
untuk merompak dan membunuh orang. Akhirnya ditembak menggunakan peluru emas.

Memang pada awalnya, dia menuntut ilmu itu untuk melindungi dirinya dari perbuatan orang,
tetapi bila separuh menuntut, dia sudah terpengaruh dengan syaitan untuk merosakkan orang
lain demi kebahagiaannya.

Dia meninggalkan gurunya lalu menjadi orang jahat. Masa dia membuat kerja-kerja maksiat
itulah dia selalu mempengaruhi anak-anak muda lain untuk menganggotai kumpulannya.

Dia mengakui, dialah yang memberi beberapa ajaran pada Razman yang patah cinta, kerana
pinangannya ditolak oleh kedua orang tua Mariam. Dia mengajarkan Razman supaya melarikan
Mariam untuk dijadikan perempuan simpanan.

"Kau memang jahat," kata datuk secara mendadak.

"Siapa guru kamu?"

"Aku menuntut pada mulanya dengan orang asli di hutan Sabah, kemudian aku terus memuja-
memuja roh dan pangkal-pangkal kayu."

"Syaitan!" jerit datuk lalu membaca Surah Al-Kursi, kemudian datuk melemparkan batu yang
digenggamnya ke arah Razman (Din Taiwan).

Api menjulang bersama jeritan yang amat kuat. Bila api padam di kawasan tempat tubuh Razman
ditanam, terdapat timbunan abu.

Abu itu berkumpul di dalam lubang. Datuk timbus abu itu dengan tanah. Kami meninggalkan
kawasan itu bila fajar timbul di kaki langit.

"Kita harus berada di rumah sebelum azan," beritahu datuk pada saya.

INTERNAL
379
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kami melangkah dengan cepat menuju ke rumah Mail. Tetapi, hati saya sungguh kesal, secara
tidak langsung datuk telah membunuh Razman, anak kesayangan Mail. Apakah yang akan
dijawab oleh datuk pada Mail dalam hal ini?

Datuk sudah menambahkan musuh dalam hidupnya. Saya merasa menyesal dan menganggap
datuk seorang pembunuh. Bagi menjimatkan masa, kami tidak terus ke rumah Mail.

Kami singgah di perigi mengambil air sembahyang. Kemudian ke rumah Mail, terus duduk di
anjung. Beberapa minit kemudian kami terdengar suara azan.

Ketika datuk mahu memulakan sembahyang, Mail datang dan datuk menjadi imam pagi itu.
Setelah selesai sembahyang, datuk tergesa-gesa masuk ke ruang rumah.

Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati Razman terbaring di tempatnya. Saya jadi bodoh
dengan kejadian itu. Siapakah yang didukung dan dibakar oleh datuk tadi?

Dalam keadaan yang serba salah itu, saya lihat datuk berdiri di hujung kepala Razman. Datuk
minta semangkuk air dari Mail. Datuk masukkan tangan ke dalam mangkuk itu.

Air melekat di hujung jari itu datuk titiskan ke muka Razman. Razman mengeluh. Serentak dengan
itu, saya lihat macam kabus nipis keluar dari hujung kaki Razman. Kabus nipis itu terus berkumpul
dan akhirnya wujudlah batang tubuh seorang lelaki iaitu, Din Taiwan.

"Pulanglah syaitan, jangan kau kacau anak cucu adam ini", kata datuk.

Kabus itu ghaib. Mail terkejut, dia tidak tahu dengan siapa datuk bercakap. Dia tidak nampak
seperti apa yang saya lihat. Saya juga hairan macam mana benda-benda ganjil itu boleh saya lihat.
Bila saya menoleh ke kiri merenung wajah datuk tersenyum.

"Pulangkan kain hitam aku," minta datuk, barulah saya sedar yang kain hitam itu membuat saya
melihat kejadian aneh sebentar tadi.

Kain hitam dalam saku saya serahkan pada datuk. Datuk terus lipatkan kain hitam hingga jadi tiga
segi. Kemudian, datuk sumbatkan kain itu ke dalam saku seluarnya.

Perlahan-lahan datuk membuka sila. Datuk lunjurkan kaki kirinya dan kaki kanannya dilipatkan.
Saya lihat datuk menggigit ibu jari kirinya dua kali. Kemudian dia menyusun jari sepuluh dan
hujung jarinya itu bertemu dengan bibir atas, macam pendekar zaman silam mengadap sultan.

INTERNAL
380
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya terkejut bila datuk terbatuk, bagaikan ada sesuatu yang tersangkut di kerongkongnya. Datuk
senyum pada saya, selalunya bila datuk berbuat begitu, membawa tanda ada sesuatu yang belum
pernah saya lihat akan dilakukannya. Ramalan saya itu memang tepat.

Datuk sudah pun membetulkan silanya dengan kedua belah tapak tangannya menekan kepala
lutut. Datuk mengalihkan pandangannya ke mangkuk putih, matanya kelihatan bersinar tidak
berkedip merenung ke arah bibir mangkuk putih yang terletak dekat tubuh Razman.

Urat-urat merah mula timbul di bahagian mata putihnya. Pangkal urat-urat yang merah itu
bagaikan berakar dari keliling bahagian anak mata hitamnya. Dan air dalam mangkuk putih
berkocak sendiri, bagaikan ada tenaga ghaib yang menggerakkan badan mangkuk tersebut.

Saya tersentak bila mangkuk itu terbelah dua dan airnya melimpah atas tikar mengkuang yang
dianyam rapat-rapat. Air yang melimpah itu kelihatan berkilau-kilau dipanah oleh sinar matahari
pagi yang memancar masuk ikut tingkap rumah yang terbuka lebar.

Datuk segera membongkok sambil mengenakan hujung jari hantunya pada air yang melimpah
atas tikar. Sebaik sahaja jari hantu terkena air tersebut, air yang melimpah terus hilang. Mangkuk
putih yang terbelah dua tercantum kembali seperti asal tanpa air di dalamnya.

Mail yang melihat kejadian-kejadian yang berlaku di depan matanya diam tidak berkata. Dahinya
nampak berkerut, sesekali wajahnya kelihatan cemas.

"Bangun anakku," suara datuk parau.

Serentak dengan itu Razman yang terbaring kaku segera bangun. Dia nampak terkejut sambil
merenung ke kiri dan ke kanan. Datuk merenung biji mata Razman.

"Bersila di situ," kata datuk. Razman akur dengan perintah datuk itu macam orang kena pukau.

Datuk lalu memerintahkan Mail mencari pucuk pisang nangka, pucuk palas dan air satu buyung.
Mail mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengadakan barang-barang tersebut.

Sementara menanti barang itu berada di depan datuk, datuk menyuruh saya melipatkan setiap
bucu tikar yang terdapat di ruang rumah tersebut. Saya laksanakan tugas itu hingga selesai.

Bila tugas itu selesai, saya kembali duduk di sisi datuk. Razman masih duduk terpaku atas tikar
macam patung.

INTERNAL
381
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk buka baju yang dipakainya. Letak di hujung lutut sebelah kanan dengan ibu jari tangan
sebelah kiri datuk tekan tepi baju. Datuk merenung ke arah tingkap yang terdedah. Dia melihat
sinar matahari pagi yang cukup cerah.

Saya terasa pangkal kening sebelah kiri saya gatal. Saya terus menggarunya beberapa kali. Bila
saya selesai menggaru, saya dapati muka Razman sudah pun ditutup oleh datuk dengan bajunya.

Datuk ambil kembali baju yang menutup muka Razman dengan jari kelingking kiri. Baju itu datuk
sarungkan ke tubuhnya kembali.

Saya lihat muka Razman merah, tidak pucat macam orang sakit. Razman mula tersenyum. Tetapi
dia tidak terdaya mahu bangun, macam ada sesuatu benda yang berat melekat di bawah
punggungnya.

Mail sudah pun meletakkan sebuyung air di hadapan datuk berserta dengan pucuk pisang nangka
dan daun palas ke dalam buyung. Dan mulut buyung datuk tutup dengan kain pelikat yang selalu
dipakai oleh Razman. Kain pelikat itu terbakar dan mengeluarkan asap nipis.

Bila kain pelikat itu menjadi abu, datuk tekankan ke dalam mulut buyung. Dengan hati-hati datuk
goncang buyung, air di dalamnya berkocak dan berasap. Datuk terus membaca sesuatu.

Datuk merenung ke arah mangkuk itu dan saya lihat terus jadi retak seribu dan hancur berderai.
Serbuk dari mangkuk putih itu datuk ambil dan masukkan ke dalam buyung.

"Rapatlah pada aku dan duduklah di hujung lutut ku ini, hai anakku," kata datuk. Razman terus
bangun dan duduk di hujung lutut datuk.

"Yang jahat akan pergi dan yang baik tinggal pada kau," datuk bersuara sambil mengangkat
buyung lalu meletakkan ke atas kepala Razman.

Buyung yang tidak bocor itu mengeluarkan air lalu membasahi seluruh tubuh Razman. Saya lihat
Razman mula menggigil kesejukan. Datuk ambil buyung dari atas kepala Razman.

"Buyung dan semua barang-barang yang ada di dalamnya, kau hanyutkan ke laut," kata datuk
pada Mail.

"Bila?"

"Hari ini sebelum matahari terbenam."

"Kalau begitu terpaksa pergi ke Port Weld untuk membuang benda ni," suara Mail menurun.

INTERNAL
382
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk anggukkan kepala. Saya lihat Mail berbisik dengan datuk. Kemudian Mail ambil buyung lalu
keluar. Kira-kira sepuluh minit kemudian Mail kembali. Dia tersenyum di ambang pintu.
Melangkah dan terus duduk di samping datuk.

"Cepat," kata datuk.

"Saya suruh adik saya uruskan, secara kebetulan pula dia mahu turun ke laut memancing ikan."

"Kau percaya dengannya?"

"Percaya. Dia adik saya, banyak menolong saya untuk berusaha mengubat sakit Razman."

"Tak apalah kalau dah begitu."

Datuk puas hati dengan keterangan Mail. Razman sudah tidak menggigil lagi. Datuk suruh Mail
menggantikan pakaian Razman. Cepat-cepat Mail bawa Razman ke dalam bilik.

Saya terkejut, bila melihat Razman keluar dari bilik memakai seluar putih, baju baru lengan
panjang. Rambutnya disikat rapi dan ada jambul di bahagian depan, macam jambul seniman P.
Ramlee dalam filem Hujan Panas.

Melihat keadaannya itu, saya kira Razman terjumlah dalam kategori anak muda yang kacak juga.
Tingginya kira-kira lima kaki, lima inci.

"Siapa yang siapkan dirinya Mail?"

"Emak tirinya."

"Begitulah, jiwa orang perempuan ni halus. Penuh simpati dan rasa kasih sayang yang tidak
mengenal batas sempadan, hanya orang yang nakal saja mengatakan ibu tiri kejam," ujar datuk
lagi.

Razman dan Mail duduk di hadapan datuk. Dengan menggunakan kebijaksanaannya, datuk
mencungkil rahsia dari Razman. Apa yang menjadi misteri dalam diri Razman terbuka.

Dia memberikan pengakuan yang jujur pada datuk. Razman terus memberitahu yang dirinya
mencintai seorang gadis. Gadis yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerja Raya itu tidak
menolak cintanya. Dalam perkataan lain, mereka saling cinta mencintai. Razman pun membuat
persiapan dengan mengumpulkan wang untuk meminang gadis tersebut.

INTERNAL
383
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Malangnya orang tua gadis itu tidak merestui cinta mereka dan gadis itu terus ditunangkan
dengan seorang pemuda yang menjadi pegawai di sebuah kilang perusahaan di Kamunting.

Bertolak dari peristiwa yang tidak pernah diduga oleh Razman itu, menyebabkan dia menjadi
manusia separuh gila. Bagi menghilangkan rasa sepinya, dia mula mencari ganja dan terjumpa
Din Taiwan.

Din Taiwan lah yang menggalakkan dirinya supaya membalas dendam. Setidak-tidaknya
mencederakan muka kekasihnya atau muka tunang kekasihnya.

"Saya terpengaruh dan menuntut ilmu jahat darinya," kata Razman dengan wajah yang tenang.
Mail gelengkan kepalanya. Ada rasa kesal bermain di wajahnya.

"Sepanjang kau terbaring di sini apa yang kamu rasakan?" tanya datuk.

"Saya sebenarnya tidak sakit. Saya berjalan ke mana-mana. Saya makan dan minum."

"Itu hanya perasaan yang kau sangka. Kau sudah jauh dikuasai oleh syaitan," datuk merenung
muka Razman.

Mail tunduk merenung lantai. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala Mail. Angin yang
bertiup di luar, masuk ke dalam ruang tempat kami duduk. Razman menguap panjang.

"Mail, dalam hal begini saya tidak salahkan anak awak seratus peratus. Awak siang malam duduk
di masjid tetapi awak tidak pernah ambil tahu tentang diri anak awak. Apakah dia sudah belajar
rukun iman, rukun Islam dan sembahyang. Segala-galanya awak serahkan pada dirinya untuk
mengetahui semuanya tanpa perhatian dari awak," ujar datuk.

"Inilah silapnya saya. Saya fikirkan bila dia dah besar dan bekerja, dia tahu mencari yang baik."

"Itu satu pendapat yang silap."

"Saya berjanji hal macam ni tak akan berlaku lagi."

Datuk senang sekali mendengar janji dari Mail. Kemudian saya dan datuk pergi ke anjung rurnah.
Tidak lama kemudian Razman turut serta.

Datuk memberitahu Razman banyak perkara yang harus dilakukan supaya kekuatan semangat
dalam diri Razman dapat dipulihkan seperti sediakala.

INTERNAL
384
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Semuanya bergantung pada diri kamu. Samada kau setuju atau tidak," beritahu datuk pada
Razman.

Datuk lihat Razman termenung panjang. Sebentar dia gigit bibir dan sebentar pula raba pangkal
dagu. Dia bagaikan berada dalam keadaan serba salah.

"Kalau boleh saya mahu membebaskan diri dari belenggu syaitan," Razman bersuara.

"Atas kerelaan hatimu sendiri?"

"Ya. Atas kerelaan saya sendiri."

Mendengar cakap Razman itu, datuk segera bangun. Dari ruang depan datuk memanggil Mail.
Bagaikan kilat Mail datang menemui datuk.

"Biar aku pulihkan semangat anak kamu Mail."

"Memang itulah yang saya harapkan."

"Aku terpaksa tinggal di sini selama tiga hari."

"Lebih dari itu pun tak apa," balas Mail dengan ketawa kecil.

Selama tiga hari tinggal di rumah Mail, datuk menumpukan seluruh perhatian pada diri Razman.
Setiap subuh datuk membangunkan Razman, mengajak sembahyang bersamanya. Datuk juga
memberikan beberapa ayat untuk Razman baca selepas menunaikan sembahyang subuh selama
44 subuh.

Pada setiap petang pula, dari pukul lima ke pukul enam. Datuk mengajak Razman berlari berbatu-
batu. Sepanjang masa berlari itu, Razman tidak dibenarkan minum kecuali memakan pucuk
jambu batu bila terasa letih.

Pada sebelah malamnya, datuk mengajak Razman membaca Surah Yasin hingga jam dua belas
malam. Kemudian barulah Razman disuruh tidur di anjung rumah tanpa menggunakan bantal dan
gebar.

Pukul tiga pagi, datuk akan mengejutkan Razman dari tidurnya dan menyuruh Razman mandi.
Sesudah mandi, Razman disuruh minum air sejuk sebanyak lima gelas besar.

INTERNAL
385
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Waktu makan tengah hari, Razman hanya dibenarkan makan nasi tujuh suap, minum air setengah
cawan dan memakan ulam-ulam yang datuk buat dari dedaun kayu. Memang, Razman terasa
cukup seksa menjalani rawatan yang datuk lakukan.

Bila saya tanyakan pada datuk, kenapa dia lakukan hal seperti itu pada Razman yang baru sembuh
dari sakit, datuk menjelaskan tujuan dia berbuat demikian untuk mengembalikan tenaga pada
diri Razman di samping menguatkan semangatnya serta memulihkan rasa yakin pada dirinya
sendiri.

"Ubat yang aku berikan padanya untuk memulihkan perjalanan darah dalam urat-uratnya. Dia
terlalu lama baring, banyak urat-urat sendinya jadi tegang dan kaku," demikian datuk
menjelaskan pada saya.

Selepas tiga hari Razman menjalani rawatan dari datuk, dia kelihatan segar. Tidak banyak
mengelamun atau mudah terkejut. Dia nampak bertambah yakin pada dirinya sendiri.

Dan dia mula sedar bahawa yang dirinya adalah hamba Allah yang harus ada kekuatan dalam
hidup. Dan sendi kekuatan setiap orang dalam hidup ini ialah berlandaskan pada ajaran agama
Islam yang dianutinya.

Bersandarkan pada itu, Razman merasakan dirinya berada dalam dunia baru yang serba segar.
Dia merasakan dirinya cukup tenang bila sembahyang. Jiwanya terasa bersih dan murni setiap
kali dia membaca Surah Yasin. Dalam dunia ini dia merasakan tidak ada yang perlu ditakutkan
kecuali Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui.

"Bagaimana kau sekarang?" tanya datuk pada Razman ketika mahu meninggalkan rumahnya.

Razman yang petang itu memakai baju Melayu dan kain pelikat tersenyum.

"Saya rasa diri saya cukup aman, tidak ada rasa takut atau bimbang."

"Baguslah, jangan lupakan sembahyang lima waktu. Jauhkan diri kau dari kerja-kerja yang tidak
baik. Berusahalah untuk jadi orang yang berguna pada bangsa dan agama."

"Saya faham. Saya mahu bina hidup baru."

"Itu yang baiknya," datuk terus menepuk belakang Razman beberapa kali.

Satu peristiwa yang mengejutkan petang itu ialah bila ayah Razman (Mail) memulangkan Razman
pada datuk.

INTERNAL
386
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya mahu menyerahkan Razman pada awak. Kerana awak, dia baik dari sakit dan insaf."

"Jangan kata begitu. Bukan kerana saya dia baik. Semuanya kerana Allah, saya cuma berikhtiar,"
datuk tepuk meja. Mail terkejut dan dia mula sedar tentang kesilapan yang dilakukannya.

"Maafkan saya. Saya berhasrat dan memang niat dari mula lagi, kalau sakitnya baik, saya mahu
memulangkan pada awak," sambung Mail teratur tetapi wajahnya nampak pucat sedikit. Datuk
tersenyum.

"Tak apalah, saya terima hajat awak tu, mulai hari ini, Razman jadi anak angkat saya," cukup
gembira datuk berkata.

Datuk lalu mengeluarkan benang hitam dari sakunya. Benang itu dipintalnya menjadi tali yang
kecil. Datuk keluar wang syiling dua puluh sen. Datuk tebuk lubang wang tersebut. Datuk
sarungkan benang hitam bersama wang ke leher Razman macam menyarungkan kalung ke leher.

"Inilah tandanya kau jadi anak angkat aku Razman, jangan dicabut kecuali dia putus," pesan
datuk.

"Saya berjanji," jawab Razman.

Petang itu juga kami meninggalkan Kampung Pinang, pulang ke tempat asal. Seminggu kemudian
Razman menemui datuk menceritakan yang dirinya telah diberhentikan dari Jabatan Ukur.
Razman juga menyatakan yang dia berhasrat untuk menjadi Askar Melayu dan meminta
pertolongan dari datuk untuk memenuhi cita-citanya.

Kerana Razman bersungguh mahu menjadi Askar Melayu, datuk pun membawa Razman
menemui seorang pegawai Askar Melayu yang tinggal di Kampung Simee, Ipoh. Pegawai Askar
Melayu itu berpangkat Mejar dan berasal dari Negeri Sembilan.

Pegawai itu bernama Abdul Muluk (kalau tak silap) pernah menemui datuk untuk mendapatkan
beberapa petua serta amalan untuk pelindung diri ketika berada di hutan memburu pengganas
komunis.

Secara kebetulan pula, pegawai itu memang orang yang bertanggungjawab memilih anggota
Askar Melayu yang baru. Syarat yang dikenakan pada setiap orang yang mahu menjadi anggota
Askar Melayu ada pada diri Razman.

Mejar Abdul Muluk terus membawa Razman menemui pegawai atasnya. Usaha itu berjaya dan
Razman pun mengikuti latihan menjadi Askar Melayu.

INTERNAL
387
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Malangnya, semasa menjalankan tugas, Razman terkorban apabila ditembak pengganas


komunis. Jenazah Razman pulang ke kampungnya dan datuk turut serta mengebumikan jenazah
anak angkatnya.

Sejak kematian anak angkatnya itu, datuk lebih banyak menghabiskan masanya di tanah
perkuburan Razman. Kadang-kadang bila bertemu dengan kawan-kawan rapatnya, datuk
melahirkan rasa bangganya atas kematian anak angkatnya yang berjuang mempertahan tanahair
dari ancaman pihak komunis.

INTERNAL
388
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

44. Pagi itu, matahari bersinar dengan terang. Saya sudah mengorek lebih kurang dua puluh
lubang untuk menanam anak-anak pisang emas walaupun baru pukul sebelas pagi. Kerja saya
terganggu bila saya terdengar suara datuk memanggil nama saya dari tepi sempadan.

Saya berlari ke arah datuk. Terasa juga penatnya berlari di atas tanah seluas dua ekar itu.
Terpaksa berlari dengan hati-hati, kalau tersepak tunggul getah pasti tersembam ke bumi. Kalau
tidak kena caranya, dahi boleh berdarah. Tanah milik datuk terletak dalam mukim Buruk Bakal.

Jaraknya dari jalan raya Kuala Kangsar-Simpang Tiga, kira-kira satu batu. Kira-kira setengah batu
dari tanah datuk ialah kaki gunung yang bersambung dengan banjaran Titiwangsa. Menurut kata
datuk, banjaran gunung itu memisahkan sempadan Perak dengan negeri Pahang.

"Aku rasa ada orang yang mahu datang ke sini. Kita bersembunyi, mana tahu kalau yang datang
orang komunis," kata datuk sambil membawa saya dekatnya.

Datuk ketika itu masih lagi memegang hujung kayu yang dicacakkan ke tanah. Dengan
perantaraan kayu yang tercacak itu, datuk dapat mengetahui samada manusia atau binatang
buas akan datang ke kawasan tanahnya.

"Petuanya mudah saja, kau cari pokok kayu sebesar ibu kaki yang daunnya lebat ke arah matahari
terbit dan pucuknya pula menghala ke arah matahari jatuh, kau potong dan tanamkan ke bumi
arah mata angin yang datang. Tanam kira-kira setengah kaki, kau lekapkan telinga kau pada
batangnya, nanti kau akan dengar tapak kaki binatang. Kalau manusia kau akan dengar
suaranya," datuk mencurahkan petua orang tua-tua pada saya.

Tanah milik datuk itu pada mulanya ditanam dengan pokok-pokok getah. Kerana pokok getah
sudah tua dan tidak dapat mengeluarkan susu yang banyak, datuk tebang dengan tujuan untuk
ditanam pokok pisang.

Peluh terus membasahi badan datuk dan badan saya. Angin yang bertiup tidak dapat
menghilangkan rasa panas di badan kami.

"Mari," kata datuk dan terus menarik tangan saya.

Kami terus bersembunyi di bawah rimbunan pokok serunai laut. Waktu saya mahu bersila di situ,
tiba-tiba seekor ular tedung panggukkan kepala. Saya jadi cemas.

"Jangan bergerak," bisik datuk pada saya.

INTERNAL
389
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya lihat datuk mengambil daun serunai laut lalu diramasnya hingga hancur. Datuk tepuk tanah,
serentak dengan itu ular tedung terus meluru ke arahnya. Cepat-cepat datuk membalingkan daun
serunai laut yang diramasnya ke arah ular tedung tersebut. Ular itu bagaikan terpukau di situ.

Datuk terus mengarahkan kedua biji matanya ke mata ular tedung. Datuk pukau ular tedung yang
berbisa itu dengan kuasa matanya dan badannya di atas tanah.

"Bergerak," ujar datuk, ular itu bergerak dan terus merebahkan badannya atas tanah.

"Bangun," perintah datuk. Ular itu bangun.

"Jangan kacau kami. Kami mahu menumpang sebentar, tidak mahu membinasakan kamu."

Saya lihat ular itu bagaikan faham dengan apa yang datuk katakan. Datuk menyuruh ular itu pergi
ke bawah rimbunan pokok serunai laut. Ular itu patuh dengan arahan datuk, menyusur perlahan-
Iahan arah ke selatan hingga hilang dari pandangan saya dan datuk.

"Meniarap," kata datuk pada saya.

Saya pun rebahkan badan dan datuk juga berbuat demikian. Saya lihat beberapa ekor semut api
dan belalang merayap atas daun serunai laut. Bunyi deru angin jelas kedengaran bersama dengan
bunyi ranting-ranting kering jatuh ke bumi.

Matahari terus memancar. Sesekali terdengar suara burung tekukur dan merbuk tingkah
meningkah di dahan kayu. Beberapa monyet liar berlompatan dari dahan ke dahan. Lama juga
kami meniarap, saya sudah merasa bosan dan lemas. Maklumlah mencium bau daun dan tanah.

"Mereka sudah hampir," kata datuk.

Saya angkat kepala, toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada batang tubuh manusia yang dilihat. Saya
lihat muka datuk. Dia senyum dan dia bagaikan tahu apa yang bergolak dalam diri saya.

"Cuba renung ke depan," bisik datuk.

Saya pun renung ke depan. Dari celah-celah daun serunai laut itu, saya lihat tiga manusia datang
ke arah kami. Dua daripadanya membawa senapang kampung laras dua. Seorang lagi membawa
kayu bulat kira-kira enam kaki panjangnya. Sambil melangkah mereka merenung ke kiri dan ke
kanan macam mencari sesuatu. Akhirnya, mereka terus duduk atas tanah datuk.

"Keluar," kata datuk.

INTERNAL
390
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ke mana?" tanya saya.

"Rapat pada mereka."

"Merbahaya tu tok."

"Kau ni suka sangat bantah cakap orang, ikut saja sudahlah," datuk mula marah dan menarik saya
keluar dari bawah rimbunan daun serunai laut.

Datuk suruh saya berdiri sambiI meletakkan tapak tangan kanan atas bahagian punggung.

"Jatuhkan tangan itu dan melangkah perlahan-Iahan," perintah datuk saya patuhi.

Kerana kami melangkah begitu hati-hati dan datang pula dari arah belakang, ketiga-tiga manusia
yang duduk itu tidak sedar kami sudah menghampiri mereka.

Datuk pura-pura batuk. Ketiga-tiga manusia itu melompat dan terkejut besar. Salah seorang
daripada mereka menghalakan muncung senapang itu.

"Kerana awak berniat mahu menembak, lepaskan tembakan itu," kata datuk.

Orang itu tergamam melihat wajah datuk yang dibasahi peluh. Senapangnya terlepas dari tangan,
datuk terus menyambarnya. Melihat senapang sudah berada di tangan datuk, kawannya yang
seorang lagi jadi cemas.

Kawannya itu merasakan keselamatan dua orang kawannya dalam bahaya dan tanpa berfikir
panjang orang itu menghalakan hujung senapangnya ke arah datuk lalu menarik pemetik
senapang. Senapang itu tidak berbunyi dan mengeluarkan peluru walaupun pemetiknya ditarik
berkali-kali. Melihat keadaan yang ganjil itu, orang itu jadi cemas. Mukanya pucat.

"Saya tidak berniat jahat pada awak semua. Kenapa mahu menembak kami? Awak bertiga masuk
ke tanah saya," beritahu datuk pada orang ketiga.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Datuk memulangkan senapang di tangannya kepada


orang yang berhak.

"Saya bukan musuh. Saya bukan komunis yang mesti awak takutkan," tambah datuk lagi.

Saya lihat mereka bertiga menarik nafas panjang. Mereka bersalam dengan datuk minta maaf.
Datuk pula minta mereka melepaskan tembakan ke udara kerana menurut datuk, peluru

INTERNAL
391
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

senapang itu harus dikeluarkan kerana itu adalah merupakan niat dari tuan punya senapang.
Kalau tidak dilepaskan, senjata itu akan memakan tuannya sendiri.

Berpandukan pada petua datuk itu, kedua lelaki yang memiliki senapang berlaras dua
melepaskan tembakan. Gema dari tembakan itu menguasai seluruh kawasan di pinggir banjaran
gunung Titiwangsa yang mengakibatkan monyet-monyet liar bertempiaran lari, melompat dari
dahan ke dahan. Dedaun getah muda dan tua berguguran. Suasana di kawasan tersebut jadi
huru-hara.

Bila suasana sudah tenang, datuk pun mengajak ketiga-tiga orang itu bersila di atas tanah. Kerana
kami ada membawa air kopi dan goreng pisang, datuk pun menjamu mereka. Rasa kemesraan
terjalin antara kami dengan orang bertiga.

Saya merenung ke arah lelaki yang berbadan tegap, berambut panjang dengan parut besar
melintang atas dahinya. Dia kelihatan resah tidak menentu macam ada sesuatu yang
dibimbangkannya. Tetapi, dua orang lagi kawannya tidak begitu resah atau bimbang.

"Ceritakan pada saya," datuk mengajukan pertanyaan pada orang yang berbadan tegap itu.

Orang itu kerutkan dahinya lalu memandang kepada dua orang kawannya. Dan kawannya
memberikan isyarat supaya menjawab apa yang disoal datuk.

"Kami mencari kawan kami yang ghaib tiba-tiba waktu menembak burung belibis," lelaki
berbadan tegap membuka rahsia.

Datuk anggukkan kepala sambil melihat langit yang cerah dan bersih.

"Di mana?"

"Di kolam dekat kaki gunung, waktu senja."

"Bila hilangnya?"

"Kira-kira dua hari yang lalu."

"Awak semua ni dari mana?"

"Kami dari Talang, Kuala Kangsar."

"Jauhnya mencari burung belibis."

INTERNAL
392
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ada orang yang beritahu kami di situ tempat burung belibis mandi senja."

Datuk menarik nafas panjang. Datuk menikam-nikam tanah dengan ranting getah. Orang bertiga
itu melihat sahaja telatah datuk.

Wajah orang bertiga itu jadi pucat bila datuk memberitahu mereka, sejak lepas perang Jepun,
sudah tujuh orang ghaib di kaki gunung itu kerana menembak burung belibis. Kehilangannya
tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.

"Masuk kawan awak ini, sudah jadi lapan orang," ujar datuk sambil menyapu peluh yang
berkumpul di pangkal dagu dengan tapak tangan kiri. Orang bertiga berpandangan sesama
sendiri. Saya melihat ke arah lubang yang baru saya korek.

"Kalau kami tak jumpa, kami nak buat sembahyang ghaib," mendadak sahaja orang berbadan
tegap bersuara sambil menggosok laras senapangnya.

Saya tahu bila datuk merenung awan berarak, ertinya dia mencari ke arah mana tiupan angin itu
menuju. Datuk tersenyum, dia sudah menemui apa yang dicarinya.

"Awak semua berhajat benar nak menemui kawan awak yang hilang tu?" tanya datuk minta
kepastian.

"Memang berhajat. Kami mahu mencari mayatnya untuk disempurnakan pengebumiannya


sebagai seorang Islam. Pihak warisnya berharap benar pada kami mencarinya," jawab orang
berbadan tegap.

Belibis ialah sejenis burung yang bentuk badannya hampir serupa dengan itik biasa. Tetapi
ukurannya lebih kecil. Biasanya terbang berkawan dan mencari makan di bekas-bekas lombong
dan paya yang terpencil. Dagingnya boleh dimakan oleh orang Islam dan rasanya lebih kurang
macam daging ayam hitam.

Datuk terus berpeluk tubuh. Rapatkan kedua belah matanya dan mulutnya membaca sesuatu.
Datuk bertafakur lebih kurang dua minit. Dia buka mata kembali, renung wajah orang bertiga
dengan tenang.

"Sebenarnya kau orang masuk kawasan orang lain. Kawan yang hilang tu namanya Usman, ada
isteri dan anak. Satu anaknya bekerja sebagai kerani Jabatan Parit dan Tali air di Kuala Kangsar,
umurnya baru 32 tahun," demikian datuk memberi keterangan tentang orang yang hilang. Orang
bertiga mengakui apa yang datuk katakan itu memang benar.

"Apa dia ditawan oleh komunis?" tanya orang berbadan tegap.

INTERNAL
393
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Tidak, ada di kawasan kolam tinggal tu."

"Masih hidup lagi ke?"

"Susah nak cakap," balas datuk sambil tersenyum.

Datuk dan orang bertiga mengadakan perundingan dan datuk pula bersedia memberikan
khidmatnya untuk membantu mereka. Supaya kerja yang akan dilakukan berjalan lancar, datuk
mengajak mereka tinggal di rumah datuk. Tawaran datuk itu mereka terima.

Datuk pun mengadakan rundingan kilat dengan orang bertiga. Datuk bersedia memberikan
khidmatnya bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Tawaran dari datuk yang tidak pernah
mereka duga itu amat menggembirakan mereka.

"Kita akan mencari orang yang ghaib tu dua hari lagi. Kita mulakan pada sebelah petang dan kita
mesti berada di tepi kolam tempat belibis turun sebelum waktu senja," datuk meluahkan
rancangan pada orang yang tergonggok di hadapannya.

Ada beberapa persediaan yang perlu datuk adakan. Orang bertiga itu perlu dibekalkan dengan
beberapa tangkal tertentu bagi menghindarkan diri mereka dari diresapi semangat penunggu
kolam.

Lebih kurang pukul satu petang, kami pun sampai di rumah. Datuk menyuruh orang bertiga mandi
di sungai. Saya terus memberitahu nenek supaya memasak nasi dan sayur lebih dari biasa. Ada
tetamu baru yang harus dijamu makan sampai kenyang.

Bila selesai sembahyang Zohor, kami pun terus makan. Memang enak makan pucuk ubi bersama
gulai lemak pucuk labu dan nasi dari padi huma. Lepas makan, saya terus tersandar di dinding
rumah.

Datuk menyuruh salah seorang dari orang bertiga itu pulang ke tempatnya untuk memberitahu
pada orang-orang di tempatnya yang diri mereka berada dalam keadaan selamat.

"Biarlah saya saja yang pergi," orang yang berbadan tegap itu menawarkan diri.

Tidak ada bantahan dari kawan-kawannya yang lain. Orang itu pun segera berangkat dengan janji
dia akan sampai ke rumah datuk sebelum tengah hari keesokannya. Lepas sembahyang Asar,
datuk terus mengajak kenalan barunya berborak di bawah pokok manggis.

INTERNAL
394
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Suasana petang itu cukup damai. Langit cerah dan angin bertiup lemah tetapi, mampu
menggugurkan daun-daun manggis yang tua. Datuk mengajak dua orang kenalannya itu pergi
menjala ikan di sungai untuk dibuat lauk makan malam. Kenalannya itu setuju.

Saya dengan nenek pula pergi ke sawah melihat dan memetik buah terung dan mentimun yang
ditanam atas batas bendang. Sebelum menjelang waktu Maghrib, kami berkumpul kembali di
rumah.

Pada sebelah malam membawa ke waktu subuh, datuk menghabiskan masanya dengan
membaca Al-Quran. Pada sebelah paginya, datuk mengajar kedua kenalannya cara membaling
buluh runcing supaya tepat pada sasarannya. Menurut datuk, perkara itu perlu untuk mereka bila
masuk ke dalam hutan kelak. Datuk tidak mahu mereka menggunakan besi jika berhadapan
dengan binatang buas.

Masa yang ditetapkan pun tiba. Datuk sudah pun mengikat benang hitam bercampur putih pada
pergelangan tangan kiri kedua orang kenalannya, manakala kenalan yang berbadan tegap pula
datuk gantungkan benang hitam bercampur putih di lehernya.

"Kau aku jadikan harapan," kata datuk pada lelaki yang berbadan tegap itu.

Datuk menyerahkan pada mereka buluh kuning sepanjang tiga kaki, tiap seorang. Datuk melihat
matahari di langit. Dia membaca sesuatu dan melangkah tiga tapak ke depan lalu memacakkan
buluh kuning yang dibawanya ke situ.

Datuk pun menyukat bayang buluh itu dengan tapak kaki kanannya. Dia merenung wajah saya
dan orang bertiga dengan tersenyum.

"Dah pukul lima lebih, eloklah kita pergi, semua barang-barang dah siap?" datuk mengajukan
pertanyaan pada lelaki yang berbadan tegap.

"Dah," jawab lelaki itu.

"Periksa lagi sekali. Kita terpaksa bermalam dalam hutan, kalau tak kena caranya, kita pula yang
sesat."

"Ah, seram juga dengarnya. Biarlah saya periksa."

Lelaki berbadan tegap itu terus memeriksa barang-barang yang akan dibawa sekali lagi. Dia yakin,
semua barang yang diperlukan oleh datuk sudah ada. Tetapi datuk tidak puas hati, dia sendiri
memeriksa barang-barang itu bagi kali terakhir.

INTERNAL
395
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Saya puas hati," katanya pada kami.

Tanpa banyak bicara datuk meninggalkan pesan pada nenek, kalau dia tidak pulang dalam masa
tiga hari, dia minta nenek memberitahu orang-orang kampung supaya mencarinya.

Nenek berjanji akan melaksanakan semua pesan datuk, dan nenek memberikan doa selamat atas
keberangkatan rombongan kami pada petang itu.

Bila sampai ke gigi hutan, datuk menyuruh lelaki berbadan tegap dan berambut panjang jadi
kepala jalan. Pada mulanya lelaki berbadan tegap itu enggan memenuhi permintaan datuk
dengan memberi berbagai-bagai alasan.

"Jangan takut, aku tak membiarkan kamu susah, aku ada bersama kamu. Aku ingat, kamu ikut
saja cakap aku ni. Kamu sudah biasa datang ke sini, ini lebih memudahkan kita, cepat sampai ke
tempat yang dituju," suara datuk mula keras.

"Saya ..... saya..."

"Usah berdalih lagi. Jalan saja. Kalau aku jadi kepala jalan, lambat sampai nanti. Semua kerja kita
tak menjadi."

"Baiklah."

Lelaki berbadan tegap yang berambut panjang itu membawa kami masuk ke kawasan hutan
sebelah kanan. Saya mula terasa sukar untuk melangkah. Kaki saya selalu sahaja tersepak akar-
akar kayu.

Pokok-pokok besar yang terdapat di situ semuanya dililit oleh akar yang berjuntaian, sesekali saya
melihat ular daun memanjat akar menuju ke dahan pokok besar.

Nyamuk mula terasa menggigit muka dan telinga, manakala pacat hutan berkeliaran di daun-
daun kayu dan cuba memanjat tubuh kami.

Bunyi burung-burung hutan yang bersahutan membuat bulu tengkuk saya meremang. Beberapa
ekor pelanduk melompat-Iompat di celah-celah perdu pokok besar.

"Jangan aniayakan binatang itu, dia mahu hidup," pesan datuk bila dia melihat lelaki berbadan
tegap mahu melontarkan buluh runcing ke arah binatang tersebut.

INTERNAL
396
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Lelaki berbadan tegap itu segera minta maaf pada datuk. Matahari bertambah condong.
Perjalanan menjadi bertambah sukar. Lelaki berbadan tegap dua tiga kali tersungkur akibat
tersepak akar kayu.

"Jauh lagi ke?" tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.

"Tak jauh lagi, lebih kurang lima rantai dari sini."

"Tak apalah," balas datuk sambil meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba lelaki berbadan tegap itu berhenti melangkah. Mukanya pucat dan undur mendapatkan
datuk. Keadaan jadi kelam kabut sebentar. Seekor harimau duduk mencangkung di hadapan
kawasan yang akan kami lalui.

Datuk tersenyum dan memaksa lelaki berbadan tegap itu mara. Ternyata lelaki berbadan tegap
itu tidak berdaya melangkah. Dia jatuh terjelupuk.

Kedua orang kawannya bersedia untuk lari tetapi dihalang oleh datuk. Perbuatan datuk itu
menimbulkan kemarahan pada mereka dan mereka menghalakan buluh runcing ke arah datuk.

"Awak berdua jangan nak buat kurang ajar dengan saya," datuk mula marah.

Saya menggigit bibir dan terus duduk di pangkal pokok besar sambil memerhati dengan teliti ke
arah harimau. Saya lihat harimau itu menjelirkan lidahnya dan terus menguap.

"Awak nak aniayakan kami!" jawab salah seorang dari mereka.

"Aniaya apa, saya nak tolong awak."

"Harimau ada di depan, awak suruh pergi."

"Apa salahnya?"

"Awak nak suruh kami mampus!" pekik orang itu lalu merodokkan buluh runcing ke perut datuk.

Buluh runcing itu tidak dapat menembusi perut datuk. Orang itu jadi serba salah. Bila orang itu
mencuba merodok perut datuk untuk kali yang kedua, harimau yang ada di hadapan melompat
dan terus merebahkan orang itu ke bumi.

"Jangan!" pekik datuk.

INTERNAL
397
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Harimau itu tidak jadi mencakar muka orang itu dengan kukunya. Datuk menepuk kepala harimau
itu dua tiga kali. Saya lihat harimau itu dengan penuh manja menjilat lengan datuk.

"Kau tahu aku ke sini," kata datuk.

Harimau itu goyangkan ekornya sambil mengesel-geselkan badannya pada kaki datuk.

"Merbahayakah aku ikut sini?" tanya datuk pada harimau.

Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk. Dia mengaum dengan
perlahan lalu memusingkan kepalanya dari arah matahari terbit ke arah matahari jatuh.

"Kita ikut arah yang ditunjukkannya," kata datuk pada saya.

Datuk menyuruh lelaki yang mahu menikamnya dengan buluh runcing bangun. Begitu juga
dengan lelaki yang berbadan tegap.

Kali ini saya lihat gerak-geri lelaki bertiga itu kian bersopan dan menghormati datuk. Mereka tidak
berani memandang wajah datuk. Saya tidak tahu apakah perbuatan itu kerana malu atau kerana
mereka takut pada datuk.

"Biar aku jadi kepala jalan, kalau ada di antara kita berniat jahat, jangan marahkan saya bila
menerima padahnya," datuk mengingatkan lelaki bertiga. Mereka diam dan tunduk.

"Untut, kau jaga kami dan bawa kami ikut jalan selamat," kata datuk.

Harimau yang berada beberapa ela di hadapan datuk segera menghampiri datuk dari rusuk
sebelah kiri. Harimau itu mencium badan datuk dan menjilat tangan kiri datuk sebelum berlari ke
depan semula.

Kami terus mengekori harimau itu. Sebaik sahaja sampai ke satu kawasan lapang, harimau itu
terus ghaib.

Datuk berdiri di kawasan lapang itu sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Kiri kanan kawasan
lapang itu ditumbuhi oleh pokok-pokok buluh.

"Kita dah sampai," secara mendadak sahaja lelaki berbadan tegap bersuara.

INTERNAL
398
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

45. "Kita dah sampai," secara mendadak sahaja lelaki berbadan tegap bersuara.

Dia terus berdiri dekat datuk. Tiba-tiba kami terdengar kokok ayam hutan bertalu-talu. Daun-
daun buluh yang tua berguguran meskipun angin tidak bertiup ketika itu.

Saya merenung di bahagian kawasan lapang yang ditumbuhi pokok-pokok buluh. Ternyata
pokok-pokok buluh itu bersambung dengan kawasan hutan yang tebal hingga ke kaki Gunung
Titiwangsa.

"Mana kolamnya?" datuk menyoal lelaki berbadan tegap.

"Mari kita ke hadapan lagi," jawabnya.

Datuk pun mengikutinya. Saya mula terasa sakit pada pergelangan kaki. Badan mula terasa letih
tetapi saya paksakan juga melangkah menuju ke tempat yang dicari.

"Di sini!" jerit lelaki berbadan tegap.

Saya melihat sebuah kolam terbentang di hadapan mata dengan airnya yang cukup jernih. Di
permukaaan kolam terdapat pokok teratai dan kiambang terapung-apung. Anak-anak ikan yang
melompat mencipta alun kecil yang menghempas pada batang teratai.

Suasana terasa nyaman dan sunyi sekali. Datuk segera memerintahkan kami mencari tempat
yang sesuai untuk tempat duduk. Datuk dan lelaki berbadan tegap itu terus mengelilingi kolam
tersebut.

Sesekali saya terdengar suara harimau mengaum yang memberikan keyakinan pada saya bahawa
kami berada dalam keadaan yang selamat.

Saya lihat langit yang terbentang. Awan berselisih bersama pancaran matahari yang
membekalkan keadaan yang samar-samar di sekitar kawasan kolam.

"Pukul berapa?" tanya saya pada salah seorang kenalan datuk yang duduk dekat saya. Orang itu
segera melihat jam tangannya.

"Lagi lima minit pukul enam setengah," katanya.

"Kalau di luar keadaan tak macam ini."

"Tentulah, kita sekarang berada di tengah hutan, pokok-pokok besar ini melindungi sinar
matahari."

INTERNAL
399
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Betul cakap awak tu," tingkah saya.

Kami berbalas senyum. Kawannya yang seorang lagi membakar ranting-ranting kayu untuk dibuat
unggun. Asap yang datang dari unggun itu menghalau nyamuk dari menggigit kami.

Datuk dan lelaki tegap tu masih lagi mengelilingi kolam. Saya terus duduk mencangkung macam
Cina kalah judi. Saya masih memikirkan bagaimanakah rupa dan bentuk burung belibis itu.

Tanpa saya sedari, datuk dan lelaki berbadan tegap itu sudah berdiri di belakang saya. Datuk
merenung ke tengah kolam macam mencari sesuatu. Semua orang yang berada di situ diam tidak
berkata melihat keadaan datuk.

"Di mana hilangnya?" tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.

"Di situ," lelaki berbadan tegap itu menunjuk ke arah sebuah busut jantan yang tidak jauh
letaknya dari perdu buluh.

Datuk anggukkan kepala. Datuk mengeliat dan menguap panjang, kemudian terus duduk dekat
perdu buluh. Datuk termenung panjang di situ.

Suasana yang tenang dan damai itu dipecahkan oleh bunyi suara azan. Kami berpandangan
sesama sendiri. Kami tidak tahu dari arah mana suara azan itu datang.

Bila suara azan itu ghaib, datuk segera bangun menuju ke bibir kolam. Datuk benamkan tangan
kirinya ke dalam air kolam kira-kira dua tiga minit. Datuk buat tidak kisah tentang suara azan yang
didengarinya itu.

"Kalau siapa nak mandi boleh mandi, tapi jangan pergi jauh," ujar datuk pada kami.

Dia terus memacakkan buluh kuning yang dibawanya dalam kolam. Datuk terus basuh muka
sambiI mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu.

Keadaan di sekitar kawasan kolam bertukar dari samar-samar menjadi gelap. Bunyi burung-
burung hutan mula kedengaran tingkah meningkah antara satu sama lain. Datuk terus
memandang ke arah saya dan kawan-kawannya.

"Siapa yang mahu mandi, silalah turun," suara datuk lembut.

Tidak ada seorang pun yang mahu memberi jawapan atas pertanyaan datuk itu, masing-masing
membatu dengan wajah cemas. Datuk pun beredar dari bibir kolam, berdiri dekat unggun api.

INTERNAL
400
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kalau mahu mandi, jangan lepas dari kawasan buluh yang aku pacakkan tu," tambah datuk
sambil membuka baju.

"Saya tak mahu mandi," tiba-tiba lelaki berbadan tegap bersuara. Dua orang lagi rakannya juga
memberikan jawapan yang sama.

Datuk tersenyum sambiI membuka seluar dan membelitkan kain basahan ke pinggangnya. Datuk
terus terjun ke dalam kolam.

Setelah selesai mandi dan menyarungkan kain serta baju ke tubuhnya, datuk terus ambil air
sembahyang. Bila melihat datuk berbuat demikian, kami terus ambil air sembahyang.

Kami pun sembahyang Maghrib dan datuk jadi imamnya. Tidak ada sesuatu pun yang mengacau
kami ketika itu.

Bila selesai memberi salam, saya lihat ada harimau duduk tertungguk berhampiran perdu buluh.
Bila datuk selesai membaca doa, harimau tersebut terus ghaib.

Datuk tukar pakaian. Dia menyarungkan seluar dan baju hitam ke tubuhnya. Datuk lilit kepalanya
dengan kain merah dan mendongakkan kepalanya ke langit, melihat langit dan awan kira-kira
dua tiga saat.

"Kau yakin tempat ini belibis turun?" soal datuk pada lelaki berbadan tegap.

Lelaki itu anggukkan kepalanya. Datuk kerutkan kening, dia terasa sudah cukup lama menanti,
sedangkan belibis tidak juga turun bermain dalam kolam. Datuk terus berpeluk tubuh sebentar.
Sepasang matanya tertumpu kepada air kolam yang tenang itu.

"Baiklah, kita mulakan sekarang. Jangan ada di antara kamu menegur apa yang aku buat," datuk
mengeluarkan perintah dan dia terus duduk bersila.

Kami pun segera mencari tempat duduk yang sesuai. Datuk terus menekan bumi dengan ibu jari
kiri. Tiga kali berturut-turut dia melakukan perkara itu.

Kemudian datuk pun meletakkan kedua lengannya atas kepala lutut kiri dan kanan. Mulutnya
membaca sesuatu dan kedua belah matanya dirapatkan. Datuk menumpukan seluruh
pancainderanya ke alam ghaib.

Anehnya, saya lihat datuk berkali-kali menggelengkan kepalanya dan berusaha dengan sedaya
upayanya menyatukan seluruh perasaannya dengan alam ghaib. Wajah datuk terus berpeluh.

INTERNAL
401
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Suara burung hantu mula kedengaran. Pokok-pokok buluh bergoyang dengan sendirinya macam
dilanda ribut besar.

Bermacam jenis suara mula kedengaran. Ada suara orang bertempik, ada suara orang membaca
syair bersama paluan gendang.

Bila suara itu hilang, seekor ular sawa sebesar batang kelapa merayap di hadapan kami. Ular sawa
itu menuju ke arah datuk lalu membuka mulutnya di belakang datuk. Badan datuk bagaikan
berada dalam rahang ular itu.

Manakala bahagian badan ular pula melingkari kawasan datuk duduk, tetapi datuk tidak
menghiraukan semuanya.

Kenalan datuk yang bertiga tidak dapat berkata apa-apa, wajah mereka pucat. Beberapa saat
kemudian ular itu ghaib. Air dalam kolam pula berkocak. Kemudian berhenti, suasana kembali
aman. Tidak ada sebarang keganjilan berlaku. Semuanya seperti keadaan biasa.

Datuk berhenti dari tugasnya. Datuk nampak resah sekali, wajahnya yang dimandi peluh nampak
merah. Saya terus menyuruh lelaki berbadan tegap menyalakan lampu gasolin.

Tergesa-gesa dia membuka bungkusan yang dibawanya. Dia keluarkan lampu gasolin dan minyak
tanah lalu memasangnya. Cahaya gasolin menerangi seluruh kawasan tanah lapang.

Datuk menggaru pangkal kening kirinya berkali-kali. Sesekali dia merenung ke arah busut jantan.

"Susah. Dia sudah tidak bernyawa lagi," keluh datuk.

"Dapat mayatnya pun jadilah," sahut lelaki berbadan tegap.

Datuk angguk kepala dan tersenyum dalam cahaya gasolin yang memancar garang.

"Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu," nada suara datuk cukup lembut. Dia menyuruh saya
memadamkan lampu gasolin.

"Memadailah dengan cahaya unggun saja," bisiknya pada saya.

Datuk bangun dan terus menghentak tumitnya ke bumi berkali-kali. Datuk menggigit bibirnya
sambil melangkah tiga tapak ke depan dan undur tiga tapak. Kemudian berdiri macam patung
dengan kedua belah tangannya terletak atas dada.

INTERNAL
402
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ada kamu dengar sesuatu?" datuk bertanya pada kami.

"Tak ada," jawab kami serentak.

Datuk menggigit jari. Saya lihat apa yang datuk lakukan semuanya tidak kena. Macam ada sesuatu
yang menghalangnya. Datuk terus bertafakur beberapa saat.

Akhirnya, datuk membongkok dan menumbuk bumi sebanyak tiga kali berturut-turut. Bunyi
bumi yang ditumbuk oleh datuk jelas kedengaran. Lepas itu tidak ada apa yang kedengaran lagi.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara burung. Saya terus toleh kiri dan kanan. Bila saya melihat ke
arah kolam, dada saya berdebar-debar. Seluruh kolam itu sudah dipenuhi dengan burung belibis.
Burung-burung itu mandi sambil membelai bulunya dengan asyik.

Datuk masih bertafakur. Mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Suara orang
mengilai kedengaran lagi. Pokok-pokok sekitar kolam mula bergoyang dirempuh angin.

Serentak dengan itu terdengar suara gadis membaca ayat-ayat suci. Bila suara gadis itu hilang,
seekor burung belibis hitam terbang di permukaan air dan akhirnya hinggap di atas dahan pokok
yang menjulur ke atas kolam.

Angin pun berhenti bertiup. Mata burung belibis yang bertenggek atas dahan itu bagaikan
merenung ke arah kami.

Dari atas dahan itu burung belibis hitam terbang ke arah busut jantan dan hinggap di situ. Datuk
masih lagi membaca sesuatu. Seluruh badannya dibasahi peluh.

Saya terus menahan nafas, saya tidak mahu bunyi tarikan nafas saya akan mengganggu datuk
yang sedang menjalankan tugasnya.

Malam pekat terus menguasai sekitar kawasan kolam. Burung belibis yang hinggap di busut
jantan terus hilang dari pandangan mata saya.

Bunyi bising mula kedengaran bercampur dengan suara petir, bumi bagaikan bergegar. Saya
terus berdoa semoga jangan terjadi gempa bumi atau puting beliung.

Saya lihat datuk mula bergerak ke arah busut jantan. Kami bergerak mengikut datuk dengan hati-
hati. Kami menarik nafas panjang.

INTERNAL
403
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Di atas busut jantan tertonggok satu lembaga yang besar. Duduk bersila dengan kedua belah
tangannya mendakap dada. Lembaga yang berkulit hitam tanpa baju itu bagaikan sedang
menghening cipta atau bertafakur.

Datuk terus mara ke arahnya. Lebih kurang dalam jarak lima kaki darinya, datuk terus berhenti.
Kami jadi resah. Tetapi, tidak seorang pun yang berani menyatakan keresahan masing-masing.

"Pergilah ke kolam itu semula, tepuk airnya tujuh kali kemudian sapukan ke muka, dengan
berbuat begitu saja mayat orang yang hilang itu akan timbul," kami terdengar suara lelaki.

Suara itu parau dan bernada keras. Saya yakin suara itu keluar dari mulut datuk. Rasa ragu yang
timbul di hati saya itu segera hilang. Suara itu adalah suara lembaga yang duduk atas busut jantan
tetapi telah dipindahkan ke dalam diri datuk.

Ertinya datuk sudah berjaya mempersatukan perasaannya dengan alam ghaib. Seterusnya kami
dapat mendengar percakapan yang terjadi antara datuk dengan lembaga itu seperti berikut.

"Ada lagi yang mahu aku pinta pada mu."

"Apa dia, cakaplah sekarang."

"Kami mohon keselamatan diri orang-orang yang datang ke sini. Janganlah diri mereka dianiaya."

"Boleh. Dengan syarat jangan menembak atau membunuh rakyat aku. Kalau mahu, minta cara
baik."

"Bagaimana caranya?"

"Sebelum menembak atau menangkap rakyat aku, sembelih kambing dan darahnya buang ke
dalam kolam."

"Baik."

Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah kanan tiga kali. Lembaga
di atas busut jantan terus hilang dari pandangan kami.

Datuk tergesa-gesa meraba kedua belah kelopak matanya, bagaikan orang yang baru sedar dari
tidur.

"Kita turut saja apa yang diperintah oleh orang di sini," kata datuk kepada kami.

INTERNAL
404
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk menyuruh saya menghidupkan lampu gasolin. Perintahnya itu saya ikut. Bila lampu gasolin
sudah menyala, seluruh kawasan itu terang benderang.

Burung-burung belibis yang tadinya penuh satu kolam sudah tidak kelihatan lagi. Air kolam
nampak tenang dengan pokok-pokok teratai dan kiambang di permukaannya. Kerana waktu Isyak
masih ada, kami terus menunaikan sembahyang Isyak dan imamnya tetap juga datuk.

Lepas sembahyang, kami merebahkan badan dan terus tidur. Datuk menghabiskan masa malam
dengan membuat amalannya. Dia berdoa dan membaca Surah Yasin.

Selepas menunaikan sembahyang subuh, datuk terus melakukan senaman. Bila matahari mula
terbit di kaki langit, kami sudah pun berkumpul di bibir kolam. Datuk akan melakukan upacara
menepuk air kolam tersebut.

"Bersedialah. Kalau buruk yang datang kita tentang, kalau baik yang datang kita tatang," ujar
datuk sambil duduk mencangkung di bibir kolam. Rasa sejuk menguasai seluruh badan kami.

Dengan hati-hati datuk pun menepuk air di kolam. Tepukan itu menimbulkan gelombang di
permukaan kolam, pokok-pokok teratai dan kiambang bergerak ke sana ke mari, bersama
hembusan angin yang cukup kuat.

Bila datuk menyapukan air kolam ke mukanya, gelombang dan angin yang bergemuruh itu terus
berhenti. Kemudian datuk menyuruh kami menepuk air di kolam dan menyapu ke muka masing-
masing.

Bila upacara itu selesai, datuk terus duduk di tepi kolam sambil mulutnya berkumat-kamit
membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit datuk berbuat demikian, tiba-tiba mengapung
tubuh manusia di permukaan kolam.

"Usman, mayat Usman!" pekik lelaki berbadan tegap.

Dia segera mahu masuk ke dalam kolam. Datuk segera menahan dengan menolaknya ke
belakang. Lelaki berbadan tegap itu jatuh ke atas bumi.

Muka datuk jadi merah. Marah benar dia dengan perbuatan lelaki itu, memang pantang tujuh
keturunan pada datuk jika ada orang lain mahu mendahului kerja-kerjanya.

"Kalau aku yang memulakannya, biarlah aku yang menyelesaikan semuanya," nada suara datuk
cukup keras.

INTERNAL
405
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dia pun menyingsing lengan dan melipatkan kaki seluarnya. Mata datuk tertumpu pada mayat
yang terapung atas permukaan kolam.

Datuk segera membuka kain yang mengikat kepalanya. Kain itu diletakkannya atas bahu kanan.
Dengan tenang datuk turun ke dalam kolam. Air dalam kolam mula bergelombang.

Pancaran matahari pagi yang menikam permukaan kolam menimbulkan cahaya kilau-kemilau
pada gelombang air yang membentuk bulatan kecil. Datuk terus berenang mendapatkan mayat
yang terapung.

Lelaki gagah yang jatuh ditolak oleh datuk tadi segera bangun, dia mengarahkan kawan-
kawannya supaya membuat pengusung. Saya tidak mahu membantu mereka. Saya lebih senang
melihat tindak-tanduk datuk yang berada dalam perut kolam.

Datuk terus menarik mayat Usman ke tepi kolam. Dengan bantuan orang bertiga, mayat Usman
diletakkan di atas pengusung. Untuk mengusung mayat ke tepi jalan raya bukanlah satu perkara
yang mudah.

"Begini saja, biarkan mayat itu di situ, kita pulang sekarang," datuk mengeluarkan perintah yang
ganjil.

Muka orang bertiga nampak cemas. Tetapi, mereka tidak berani bertanya kenapa datuk berbuat
demikian. Datuk menyuruh kami keluar dari kawasan kolam itu dahulu. Kami patuh pada
perintahnya.

Ketika kami melintasi pokok besar di tengah kawasan hutan, kami bertemu dengan seekor
harimau yang melangkah gagah, tanpa merenung ke arah kami. Harimau itu menuju ke kawasan
kolam.

Bila kami sampai ke tepi jalan raya, mayat Usman sudah berada di situ. Datuk berdiri tidak jauh
dari mayat tersebut, bercakap dengan beberapa orang anggota Pasukan Polis Hutan.

Bila saya memeriksa kawasan tempat mayat Usman diletakkan, saya tersua dengan tapak kaki
harimau. Saya senyum sendirian. Datuk meminta pertolongan dari rakan karibnya bagi mengatasi
masalah yang dihadapinya.

Datuk menghampiri kami. Datuk terus memberitahu kami, Pasukan Polis Hutan itu mahu masuk
ke dalam hutan untuk melancarkan gerakan mencari Usman yang hilang.

Salah seorang adik Usman yang bertugas sebagai guru sekolah di Kuala Kangsar telah mengadu
kepada polis atas kehilangan abangnya itu.

INTERNAL
406
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Salah seorang pegawai Pasukan Polis Hutan menemui datuk. Mereka berjabat salam dan
mempamerkan senyum masing-masing di bawah sinaran matahari pagi yang cerah.

Datuk dan ASP Mualim Hamid terus menemui kawan-kawan Allahyarham Usman. Datuk dan ASP
Mualim Hamid bercakap-cakap dengan mereka. Kemudian ASP Mualim Hamid menghubungi
pegawai Polis Daerah Dinding (sekarang Manjung) di Lumut.

"Sekejap lagi mayat ini akan dihantar ke tempatnya dengan kereta polis," beritahu ASP Mualim
Hamid kepada datuk.

ASP Mualim Hamid terus memerintahkan anak buahnya masuk ke dalam dua buah trak yang
berhenti di situ. Datuk pun menghantar ASP Mualim Hamid ke jipnya.

Ketiga-tiga buah kenderaan yang membawa anggota Pasukan Polis Hutan terus bergerak. ASP
Mualim Hamid dan anak buahnya melambai-Iambaikan tangan kepada kami. Kami membalasnya
dengan rasa bangga.

Datuk menghampiri mayat Usman. Kemudian datuk menyuruh orang yang berbadan tegap dan
kawannya mengangkat mayat Usman untuk diletakkan di tempat yang redup.

Lebih kurang pukul sepuluh pagi, sebuah jip polis tiba. Dua orang polis meluru keluar. Mereka
terus menuju ke tempat mayat Usman.

Datuk terus menghampiri pemandu jip. Datuk bercakap dengannya sebentar. Datuk menarik
pengusung dari belakang jip dengan dibantu oleh pemandu jip yang berkulit agak cerah.
Tingginya lebih kurang sama dengan tinggi datuk.

Datuk dan pemandu jip membawa alat pengusung ke tempat mayat Usman. Mayat Usman pun
diletakkan atas pengusung dan dibawa ke dalam perut jip.

"Awak tak pergi sama?" tanya pemandu jip pada datuk.

"Tidak. Kawan-kawannya boleh tunjukkan tempatnya," balas datuk sambil menepuk bahu
pemandu jip itu.

Dua tahun kemudian saya mendapat tahu nama anggota polis yang menjadi pemandu jip itu ialah
Meor Hassan. Ayah kepada kartunis dan novel Mishar dan penyanyi terkenal Sohaimi Meor
Hassan.

"Saya doakan selamat sampai," ujar datuk lagi.

INTERNAL
407
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Pemandu jip itu tersenyum dan terus menghidupkan enjin jipnya. Beberapa saat kemudian jip itu
meninggalkan kami.

Suasana di situ terasa sunyi, tidak banyak kenderaan yang lalu di situ. Saya dan datuk terus
pulang.

INTERNAL
408
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

46. Sampai di rumah, nenek menyambut kami di kepala tangga dengan wajah yang agak sugul.
Datuk tidak bertanya pada nenek kenapa dia berkeadaan demikian. Datuk terus pergi ke sungai.

Datuk mandi dan membersihkan badannya. Lepas menunaikan sembahyang Zohor, datuk dan
saya terus makan. Selesai sahaja makan, datuk terus berehat di anjung rumah sambil membuka
beberapa buah kitab agama.

Saya terus baring di ruang tengah rumah membilang atap serta melihat beberapa ekor kupu-
kupu sesat yang masuk ke rumah. Kupu-kupu itu berlegar-Iegar di situ mencari jalan keluar.

Nenek terus mendekati datuk. Duduk berhadapan dengan datuk. Tergesa-gesa datuk menutup
kitab yang dibacanya.

"Apa yang awak susahkan ni?" datuk mengajukan pertanyaan sambil meraba pangkal kening
kirinya beberapa kali.

Nenek menarik nafas panjang. Wajah datuk direnungnya lama-lama.

"Apa yang awak risaukan? Cakaplah dengan saya," soal datuk lagi.

Nenek garu pangkal lehernya berkali-kali. Kerongkongnya bagaikan tersekat untuk


memperkatakan sesuatu kepada datuk. Saya bangun terus menghampiri datuk dan nenek. Wajah
mereka saya tatap. Ternyata mereka dalam keresahan.

"Semalam ada orang datang mengugut kita semua. Kalau awak campur dalam urusan mereka,"
nenek bersuara lemah.

"Siapa orangnya?"

"Saya tak kenal, mereka datang berdua. Badan mereka tegap-tegap belaka."

"Apa katanya?"

"Kalau awak menolong Kiai Muslih, mereka nak bunuh kita semua. Mereka nak bakar kita hidup-
hidup."

Datuk menarik nafas panjang setelah mendengar keterangan dari nenek. Datuk sandarkan badan
pada dinding. Datuk merenung keluar, melihat pangkal pokok mempelam di halaman rumah yang
dipanah matahari petang.

INTERNAL
409
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya lihat datuk kerutkan keningnya macam mengingati sesuatu. Datuk cuba mengingati orang-
orang dimusuhinya. Datuk gelengkan kepala, sepanjang ingatannya tiada orang yang
dimusuhinya.

"Siapa mereka?" tanya datuk pada nenek.

"Saya tak kenaI."

"Lupakan saja. Tidak ada manusia yang mati kerana sumpah dan ugutan."

"Tapi kita kena berjaga-jaga."

"Saya faham," datuk bersuara lemah.

Datuk bangun dan terus turun dari rumah. Saya mengikuti datuk yang duduk di bangku panjang
di bawah pokok manggis. Datuk termenung panjang di situ.

Datuk menekan-nekan bumi dengan ibu jari kaki kirinya. Tiba-tiba datuk menepuk pangkal paha
kirinya tiga kali berturut-turut.

"Aku tahu dan aku ingat siapa Kiai Muslih!" kata datuk dengan tekanan suara yang meninggi.

Dia terus berdiri dan memeluk tubuhnya erat-erat. Sepasang mata datuk merenung tajam ke
hadapan. Datuk merapatkan kelopak matanya perlahan-Iahan sambil menarik nafas.

Dadanya nampak berombak dan kedua belah bahu dan kedua belah cuping telinganya bergerak-
gerak sendiri. Datuk membuka matanya. Muka datuk saya lihat berpeluh.

"Siapa Kiai Muslih, tuk?" tanya saya.

"Dia kawan aku satu masa dulu. Orangnya baik dan kuat beribadat. Pelik kenapa orang
memusuhinya," keluh datuk sambil menggosok pangkal hidungnya hingga merah.

Datuk terus mengelilingi pokok manggis dua tiga kali, macam mencari sesuatu. Dahinya masih
berkerut. Saya hanya melihat sahaja telatah datuk. Kemudian datuk mencari arah angin datang.

"Mari," datuk menarik tangan saya.

Pada mulanya saya menduga datuk akan mengajak saya pergi ke kawasan tanah yang agak tinggi.
Dugaan saya tidak tepat. Datuk mengajak saya masuk ke rumah.

INTERNAL
410
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk kembali membaca kitab-kitab agama hingga menjelang waktu Asar. Lepas sembahyang
Asar, datuk kelihatan resah tidak menentu.

Keresahan itu berlanjutan hingga waktu Maghrib dan Isyak. Semua yang dibuatnya serba tidak
kena. Macam ada sesuatu yang besar mengganggu dirinya.

"Kiai Muslih baik orangnya," keluh datuk sambil menggigit ibu jari kanannya. Waktu itu sudah
pukul 11 malam.

"Tamar."

"Kenapa tuk?"

"Kau tidur dekat tuk malam ini."

"Baik tuk."

Saya pun membentangkan tikar mengkuang di anjung rumah. Kemudian nenek memberikan saya
sebiji bantal. Saya terus merebahkan badan. Datuk terus membaca Quran. Tiba-tiba datuk
berhenti membaca Quran. Dia merenung ke arah saya.

"Ingat, bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas dan mengucap dua kalimah syahadah dan
hadapkan badan kamu ke kiblat, barulah kau tidur."

"Baik tuk," saya pun patuh dengan apa yang diperintahnya.

Dalam beberapa detik saya terus terlena. Lebih kurang pukul 3 pagi datuk kejutkan saya. Bila saya
buka mata, saya lihat datuk sudah memakai baju hitam dan seluar hitam. Kepalanya sudah pun
dililit dengan kain merah sebesar dua jari.

"Ke mana tuk?"

"Jangan banyak cakap, ikut sahaja cakap aku."

"Tuk marahkan saya?"

"Aku tak marah, cuma menegur aja," balas datuk dengan ketawa kecil.

Saya senang hati kerana berjaya mengusik datuk. Wajahnya yang kelihatan serius sudah berubah.
Wajah datuk nampak manis bila ketawa, meskipun kulit pipinya sudah berkedut.

INTERNAL
411
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Dengan langkah yang tenang, saya ikut datuk keluar dari rumah. Suasana terasa amat sepi sekali.
Badan terasa cukup dingin.

Dalam keadaaan subuh yang damai itu, saya dan datuk menuju ke kawasan tanah lapang yang
agak tinggi kedudukannya dari tanah sekelilingnya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah itu.
Saya duduk sebelah kanannya.

Datuk lekapkan tapak tangan kanan ke dada sebelah kiri. Mulutnya terkumat-kamit membaca
sesuatu. Datuk terus bangun dan berdiri tegak menghadap ke arah barat daya.

Suasana cukup sepi. Tetapi langit kelihatan begitu cerah. Saya lihat kabus mula bangkit di
kawasan yang agak rendah. Kedua belah cuping telinga saya terasa sejuk disentuh angin.

"Kiai Muslih, Kiai Muslih," datuk bersuara.

Tidak ada apa-apa yang kedengaran kecuali bunyi deru angin yang datang dari arah barat daya.
Datuk tarik nafas panjang.

"Kiai Muslih, Kiai Muslih," ulang datuk lagi.

"Ya, kenapa?" saya terdengar suara.

Saya tidak dapat memastikan dari arah mana suara itu datang. Saya renung kiri kanan, hadapan
belakang kalau kalau ada manusia yang muncul di situ. Tidak ada orang lain selain daripada kami.

"Kau sihat sekarang Muslih?"

"Sihat."

"Keadaan kampung kamu bagaimana?"

"Kemarau panjang."

"Boleh aku datang ke sana?"

"Memang itu yang aku harapkan. Sudah dua kali aku menghubungi kau dengan angin, tapi tak
berjaya."

"Macam mana kau tahu aku ada di sini?"

INTERNAL
412
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Tiba-tiba saja hati aku tergerak dan ada alamat yang menunjukkan kau mahu bercakap dengan
aku, kerana itu aku cari tempat yang sesuai untuk bercakap dengan kau."

"Hajat kita sudah ditunaikan oleh Allah."

"Syukurlah pada-Nya."

"Baiklah Kiai Muslih, esok aku datang."

Saya terpegun melihat keadaan yang serba aneh itu. Memang ganjil dua manusia yang duduk
berjauhan boleh bercakap dengan perantaraan angin.

"Balik," saya terkejut.

Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya hilang. Saya tergesa-gesa bangun dan melangkah
mengikut langkah datuk yang begitu cepat. Tetapi, saya tetap berazam mahu bertanya pada
datuk berhubung dengan peristiwa yang berlaku itu. Hati saya cukup gembira.

Tanpa diduga sesudah sembahyang subuh dan mandi embun, datuk menceritakan pada saya apa
yang dilakukannya itu adalah jalan terakhir dalam usahanya untuk membantu seorang kawan.

"Bercakap dengan perantaraan angin tak boleh dilakukan selalu, kecuali sudah terdesak terutama
waktu darurat," kata datuk.

"Kenapa begitu tuk?"

"Banyak amalan yang mesti dibuat sebelum melakukannya dan orang yang kita lawan bercakap
pula mestilah tahu petua dan syarat. Orangnya mesti warak, jiwanya mesti bersih."

"Saya faham tuk."

Pagi itu, nenek melepaskan kami dengan iringan air mata. Nenek bimbang kalau langkah kami
pagi itu, merupakan langkah terakhir.

Nenek tidak mahu datuk menemui ajal di tempat orang. Kalau boleh biarlah datuk
menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.

"Usah bimbang, kita pergi bukan mencari lawan, niat kita baik. Kalau sudah ajal itu lainlah," datuk
memujuk nenek.

"Tapi, orang tu dah beri amaran."

INTERNAL
413
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Ajal maut bukan di tangan manusia. Kau harus tahu Allah yang lebih berhak dan berkuasa."

"Entahlah," suara nenek cukup lemah.

Tetapi hatinya terus berdoa pada Allah semoga kami selamat pergi dan selamat pulang. Kami
sampai di kampung Kiai Muslih yang terletak di daerah Sungai Manik kira-kira pukul 5 petang.

Kiai Muslih yang berasal dari Pakalungan, Jawa Tengah menyambut kedatangan kami dengan
tangan terbuka. Menurut datuk, Kiai Muslih datang ke Tanah Semenanjung sekitar tahun 30-an.
Sebelum menetap di daerah Sungai Manik, dia pernah tinggal di Johor.

"Bagaimana sekarang Kiai?"

"Alhamdulillah, saya setakat ini masih sihat."

"Cucu perempuan awak dah besar sekarang?"

"Dah jadi anak dara. Sudah bertunang dengan orang di Langkap."

"Siapa namanya?"

"Suariati."

"Tunangnya orang Jawa juga ke?"

"Tidak, dengan orang Banjar."

"Ingat dulu, nak dijodohkan dengan cucu saya."

"Tak ada jodoh, carilah cucu saya yang lain."

Sebaik sahaja Kiai Muslih selesai bercakap, datuk terus ketawa sambil menjeling ke arah saya.
Petang itu juga Kiai Muslih membawa datuk dan saya melawat ke kawasan sekitar kampungnya.

Saya dapati parit dan sungai semuanya kering kontang, tanah sawah kelihatan gersang dan
merekah. Menurut Kiai Muslih, sudah tiga bulan hujan tidak turun.

Tetapi penduduk-penduduk di situ tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan air minum
kerana pihak Jabatan Kerja Raya yang berpusat di Teluk Intan membekalkan air sehari dua kali
iaitu pada sebelah petang dan pagi.

INTERNAL
414
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Air yang dikhaskan untuk diminum itu juga digunakan untuk membasuh dan mandi. Masalah
besar yang dihadapi oleh para penduduk ialah tanah sawah yang menjadi punca rezeki mereka
tidak dapat diusahakan.

Saya dan datuk hanya dapat menyatakan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa
penduduk di situ. Datuk juga berjanji pada Kiai Muslih untuk berikhtiar bagi mengatasi masalah
tersebut.

Pada sebelah malamnya, datuk dan Kiai mengadakan perundingan untuk mengajak para
penduduk mengadakan sembahyang hajat. Belum pun Kiai Muslih memberi kata putus mengenai
cadangan datuk itu, seorang penduduk mengetuk pintu rumah Kiai Muslih. Cepat-cepat Kiai
Muslih membuka pintu.

"Kenapa?" tanya Kiai Muslih pada orang yang datang.

"Ketua kampung suruh berkumpul di dewan, ada mesyuarat."

"Dah malam baru mengadakan mesyuarat, kenapa tak buat pada sebelah siang?"

"Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap," balas orang yang datang
lalu menghilangkan diri.

Datuk dapat mempengaruhi Kiai Muslih untuk patuh dengan arahan ketua kampung itu. Tanpa
membuang masa lagi, kami terus menuju ke dewan.

Waktu kami sampai di dewan, orang sudah ramai berkumpul di bawah sinaran tiga buah lampu
gasolin. Tidak sampai dua minit kami duduk di dalam dewan, ketua kampung pun tiba dan terus
memberikan ucapan.

Ketua kampung meminta orang yang hadir memberikan pandangan untuk mengatasi masalah
kemarau panjang yang melanda kampung mereka. Sebaik sahaja ketua kampung berhenti
bercakap, Kiai Muslih terus bangun dan berkata,

"Masalah hujan sebenarnya adalah kekuasaan Allah. Tetapi Allah juga telah memberikan fikiran
dan akal pada manusia untuk berikhtiar supaya tidak menyerah diri begitu saja pada alam."

Kiai Muslih berhenti bercakap. Dia merenung setiap wajah yang ada di dalam dewan.

INTERNAL
415
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Kita sebagai manusia wajib berikhtiar dan berusaha untuk menguasai alam demi untuk
meneruskan hidup kita, berjaya atau tidak, terletak pada kuasa Allah. Anehnya, bila saya
mengajak tuan-tuan berusaha semuanya tidak mahu," Kiai Muslih menambah.

Tiba-tiba perhatian orang yang ada di dalam dewan tertumpu ke arah seorang anak muda yang
secara mendadak menumbuk dinding dewan. Anak muda itu meluru ke tengah dewan. Berdiri di
situ.

"Orang tua ini menyuruh kita berdoa. Dari dulu lagi dia suruh kita berbuat demikian. Apa dengan
berdoa hujan boleh turun dari langit?" kata anak muda dengan suara yang cukup lantang.

Orang yang berada dalam dewan berpandangan sama sendiri. Tetapi ketua kampung anggukkan
kepala seolah-olah bersetuju dengan pendapat anak muda itu. Kiai Muslih kelihatan tenang
sambil meraba-raba janggutnya.

"Allah Maha Pemurah," balas Kiai Muslih dengan penuh keyakinan.

"Allah selalu memperhatikan doa orang yang takwa serta beriman," tambah Kiai Muslih.

Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?"

Belum pun sempat Kiai Muslih memberikan jawapan, datuk segera berkata,

"Bagi mereka yang percaya dan yakin, marilah kita melakukan sembahyang Istisqa untuk
memohon pada Allah supaya segera diturunkan hujan rahmat, hujan yang memberikan air
kehidupan pada manusia, in shaa Allah permintaan kita akan dikabulkan."

Anak muda yang menumbuk dinding segera merenung ke wajah datuk.

"Awak siapa?"

"Saya kawan Kiai Muslih."

"Awak tahu ini bukan urusan awak."

"Saya tahu, apa awak tidak sedar sesuatu yang baik memang dituntut oleh Allah untuk dilakukan
oleh hamba-Nya?"

Anak muda itu terdiam mendengar kata-kata dari datuk. Ketua kampung segera menyuruh anak
muda itu duduk. Setelah diadakan perbincangan selanjutnya, mesyuarat pun ditamatkan dengan
dua kumpulan.

INTERNAL
416
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kumpulan pertama, orang yang mahu melakukan sembahyang Istisqa. Kumpulan kedua, orang
yang tidak mahu melakukannya yang terdiri dari orang yang tidak ada pendirian dan jarang
melakukan ibadah.

Kumpulan kedua ini diketuai oleh anak muda dan ketua kampung yang menganjurkan pada
orang-orang kampung supaya menggali telaga dan kolam sebanyak-banyaknya untuk mengatasi
masalah kemarau.

Pada waktu yang dijanjikan, kedua kelompok ini menjalankan rancangan masing-masing.

Sembahyang memohon hujan turun dilakukan di halaman surau kampung tersebut. Yang
bertindak selaku imam ialah Kiai Muslih sendiri.

Manakala kelompok anak muda membawa cangkul ke tengah sawah menggali kolam darurat.

Beberapa hari kemudian, terdapat tanda-tanda hari akan hujan. Langit kelihatan mendung dan
gerimis mula turun yang diikuti kemudiannya dengan hujan yang amat lebat.

Semua penduduk merasa gembira menyambut kedatangan hujan terutama mereka yang
melakukan sembahyang tempoh hari.

Selama satu minggu saya dan datuk berada di kampung Kiai Muslih, boleh dikatakan hari-hari
hujan turun. Kalau tidak sebelah pagi, sebelah petang pasti hujan. Orang-orang mula
mengerjakan sawah masing-masing.

Walaupun masalah kemarau yang melanda kampung itu sudah berakhir, Kiai Muslih meminta
datuk tinggal di situ untuk beberapa bulan lagi.

Kiai Muslih menjadikan datuk teman rapatnya untuk mengajar agama di beberapa buah kampung
sekitar daerahnya.

"Kenapa datuk terima permintaannya?" saya menyoal datuk pada suatu pagi.

Datuk tersenyum dan memberitahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana dia merasakan
keselamatan diri Kiai Muslih tidak terjamin. Tetapi, datuk sendiri tidak dapat mencari siapakah
orang yang mahu menjahanamkan diri Kiai Muslih.

"Alamat dan petua yang aku pakai bagaikan memberitahu sesuatu yang tidak baik. Apa salahnya
kita tengok dan lihat dulu Tamar. Lagipun Kiai Muslih tu orang berilmu, banyak yang boleh aku

INTERNAL
417
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

belajar darinya," demikian datuk memberitahu saya. Saya tidak membantah apa juga kemahuan
datuk.

Sepanjang masa saya dan datuk tinggal di rumah Kiai Muslih, ternyata rumahnya tidak putus-
putus dikunjungi oleh para penduduk.

Mereka datang menemui Kiai Muslih dengan berbagai-bagai maksud. Kebanyakan yang datang
itu adalah orang-orang sakit dan sudah puas menemui doktor tetapi sakit yang ditanggung tidak
juga mahu sembuh. Bila mereka menemui Kiai Muslih, dengan izin Allah penyakit yang dirawat
itu terus sembuh.

Biasanya, Kiai Muslih akan memberikan orang yang sakit itu minum air sejuk yang sudah
dijampinya terlebih dahulu. Kemudian tangannya bergerak sendiri mencari bahagian-bahagian
yang sakit.

Bila sudah bertemu, disempurnakan dengan membaca ayat suci dari Al-Quran. Kemudian pesakit
itu akan diubat dengan ramuan tradisional.

Perbuatannya itu seperti tidak masuk akal. Tetapi anehnya, kebanyakan pesakit yang dirawatnya
sembuh atau bertambah kurang penyakitnya.

Kerana kebolehannya yang luar biasa itu, Kiai Muslih amat dihormati oleh para penduduk di situ,
dia dianggap sebagai orang tua yang berilmu tinggi.

Saya amat kagum dengan sikap Kiai Muslih yang tidak pernah membesarkan diri. Dia amat
menghormati datuk. Melihat keadaan itu, mustahil ada orang lain yang mahu memusuhi dirinya.

"Aku gagal mengubat dan memulih semangat seorang lelaki di Tanjung Malim," Kiai Muslih
mengadu pada datuk.

"Apa sakitnya?"

"Bila bulan terang, dia akan menjerit, penyakitnya cukup ganjil. Aku yakin dia dirasuk syaitan.
Rumahnya besar dan pada setiap malam, dia tidur dengan perempuan cantik. Aku harap kau
dapat menolong aku."

"Tengoklah dulu."

"Aku harap benar-benar pertolongan kau."

"Begini saja, minggu depan kita ke sana," datuk memberikan jawapan.

INTERNAL
418
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kiai Muslih cukup gembira sambil memandang ke halaman rumahnya. Datuk menggeliat lemah
dan saya melihat jam di tangan. Sudah pukul 3 petang.

Kerana keadaan cuaca agak baik, Kiai Muslih mengajak datuk melihat tanah sawahnya. Datuk
memenuhi permintaan itu.

Ketika berjalan di tepi sawah itu, anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih muncul di
hadapan kami. Anak muda itu terus menahan perjalanan kami. Dia rapat pada Kiai Muslih.

"Pinangan saya ditolak, apa kurangnya saya dengan anak muda dari Langkap tu?" nada suara
anak muda itu keras.

"Suriati yang tidak mahu. Lagi pun jodoh kau dengannya tak ada."

"Suadahlah, muka sial!" anak muda itu terus meninggalkan kami. Kiai Muslih masih tersenyum
menghadapi peristiwa itu.

Dua hari kemudian sesudah peristiwa di tepi sawah itu terjadi, penduduk-penduduk kampung
Kiai Muslih jadi gempar. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an ditemui mati di pinggir
sawah.

Seluruh badannya hitam. Perempuan malang itu ialah sepupu dengan anak muda yang
mempersendakan Kiai Muslih di dewan dulu.

Serentak dengan itu tercetus khabar-khabar angin yang mengatakan perbuatan itu dilakukan
oleh Kiai Muslih. Orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita itu mengatakan, Kiai
Muslih memelihara syaitan dan perbuatannya itu dilakukan sebagai membalas dendam pada
anak muda yang menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai.

Golongan yang tidak bertanggungjawab itu lalu mengapi-apikan anak muda yang sememangnya
memusuhi Kiai Muslih, supaya melakukan sesuatu. Anak muda yang sudah hilang perhitungan itu
lalu bertindak liar.

Anak muda itu terus mendatangi rumah Kiai Muslih. Kerana Kiai Muslih tidak ada di rumah, anak
muda itu terus memukul isteri Kiai Muslih kemudian menikam cucu Kiai Muslih iaitu Suriati hingga
mati.

Anak muda itu terus mencari Kiai Muslih yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari
kedai. Anak muda itu tanpa berkata sepatah apa pun, terus menikam Kiai Muslih. Kiai Muslih
rebah ke bumi.

INTERNAL
419
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Saya dan datuk secara kebetulan pula tidak pulang bersama Kiai Muslih dari kedai petang itu. Bila
kami sampai ke tempat kejadian itu, Kiai Muslih masih bernyawa. Kami segera membawanya ke
rumah.

Sampai di rumah, Kiai Muslih mendapati cucunya sudah tidak bernyawa lagi dan kepala isterinya
berdarah. Datuk terus merawat Kiai Muslih.

Datuk juga menasihatkan Kiai Muslih supaya bersabar. Saya disuruh oleh datuk supaya tinggal di
rumah Kiai Muslih kerana datuk mahu melaporkan kejadian itu pada pihak berkuasa.

Saya terus duduk di sisi Kiai Muslih yang terbaring di dalam rumahnya. Tiba-tiba saya terkejut,
Kiai Muslih bangun. Mukanya merah. Dia boleh berjalan macam orang sihat.

"Kau uruskan bersama datuk mu jenazah cucu aku," katanya pada saya.

"Mahu ke mana?" tanya saya.

Kiai Muslih tidak menjawab dan terus keluar rumah. Kehilangan Kiai Muslih merunsingkan hati
datuk. Walaupun isterinya sudah dihantar ke Hospital Teluk Intan dan jenazah cucunya sudah
dikuburkan, Kiai Muslih tidak juga muncul-muncul.

Kesempatan itu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pihak yang menyebarkan fitnah.
Kononnya Kiai Muslih melarikan diri kerana tidak sanggup menghadapi kemarahan orang
kampung terhadap perbuatannya.

Datuk menafikan semua tuduhan itu, akibatnya datuk dituduh bersuhabat sama dalam kerja
terkutuk itu. Datuk diberi kata dua untuk membuktikan kebenaran cakapnya itu dalam tempoh
dua hari oleh ketua kampung.

Jika datuk gagal, ketua kampung minta datuk dengan hormatnya keluar dari kampung tersebut.

"Tamar, inilah ujian yang berat buat aku, kita harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik-
baiknya Tamar," kata datuk pada saya, sebaik sahaja dia pulang dari menemui ketua kampung
kira-kira pukul dua petang.

Selepas sembahyang Zohor di kampung tersebut, datuk terus menuju ke rumah Kiai Muslih. Dia
terus duduk bersila di anjung rumah tersebut. Kedua belah tapak tangannya terlekap atas
tempurung lututnya. Datuk bertafakur.

INTERNAL
420
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Keimanan Kiai Muslih tercabar, sabarnya sudah hilang. Dia mahu membalas dendam yang
sepatutnya tidak boleh dilakukan olehnya, kemarahan yang dipengaruhi syaitan sudah
menguasai dirinya," dengan mendadak datuk bersuara, wajahnya kelihatan muram.

Datuk mengajak saya pergi ke arah kawasan bukit yang terdapat di situ. Cuaca yang tadi terang
mula muram dengan awan hitam di langit.

Datuk dan saya terus meredah hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di satu kawasan lapang. Di
atas batu besar kelihatan Kiai Muslih duduk bersila bertafakur.

"Mantera hitam, mantera putih bersatulah," kedengaran suara Kiai Muslih.

Kemudian Kiai Muslih menumpukan kekuatan batinnya, menyatukan rasa dengan alam. Dari
mulutnya terkeluar bermacam-macam mantera yang kian lama kian keras diucapkannya.

"Kiai, berhentikan perbuatan itu, kau sudah dipengaruhi syaitan!" jerit datuk berkali-kali.

Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca manteranya. Awan hitam di
langit semakin menebal dan guruh mula bersahut-sahutan.

Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk menghubungi Kiai Muslih. Saya lihat dahi datuk
berpeluh dan mukanya merah, macam udang kena bakar. Tiba-tiba datuk tersungkur atas bumi
macam dihentak sesuatu. Saya mula resah tidak menentu.

Dalam keadaan yang cemas itu, hujan pun turun bersama dengan petir. Hujan bagaikan dicurah-
curah lakunya, cukup lebat bersama dengan angin dan petir.

Datuk saya lihat bergerak dan merangkak ke perdu pokok besar. Saya mengikutinya berteduh di
situ.

Datuk menangis tersedu-sedu. Dia tidak putus-putus menyatakan rasa kesalnya terhadap
tindakan Kiai Muslih yang terburu-buru itu.

"Semuanya sudah menjadi bubur Tamar, aku tidak berdaya menahan kemarahan orang yang
paling sabar," ujar datuk dalam sedu sedan yang memanjang.

Hujan lebat terus mencurah-curah, beberapa kawasan rendah mula dinaiki air. Menjelang waktu
Maghrib seluruh kampung dilanda banjir besar. Gelombang banjir yang besar itu menghancurkan
apa saja yang merintanginya.

INTERNAL
421
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kiai Muslih terus membaca manteranya tanpa mempedulikan hujan dan petir yang meledak di
atas kepalanya. Datuk masih juga berusaha untuk memulihkan semangat Kiai Muslih ke alam
nyata.

Datuk menggunakan segala kepandaian yang ada pada dirinya. Usahanya gagal. Saya sudah
menggigil, kulit badan terasa kecut tetapi datuk saya lihat tidak mengalami apa yang saya alami.
Badannya sentiasa panas dan nampak berasap.

"Kiai, kau sudah sesat!" pekik datuk dengan sekuat hati. Serentak dengan itu Kiai Muslih menoleh
ke arah datuk.

Tiba-tiba kilat menyambar dengan kuatnya di kepala Kiai Muslih. Lidah petir yang tajam
menyambar ke arah Kiai Muslih. Terdengar satu gegaran yang amat kuat, seluruh kawasan itu
dijilat api. Seluruh tubuh Kiai hangus terbakar. Saya terus pengsan.

Bila saya sedar dari pengsan, saya dapati datuk duduk bertafakur atas batu di tempat Kiai Muslih
duduk. Datuk membaca ayat-ayat Quran dengan nyaring dan kuat, hujan beransur-ansur teduh
dan akhirnya berhenti terus.

"Allah yang Maha Besar telah menunjukkan pada kita bahawa perbuatan membalas dendam
sesama manusia tidak diperkenankan. Dalam membalas dendam, orang yang tidak berdosa akan
terkorban," kata datuk pada saya, kemudian datuk melihat mayat Kiai Muslih yang hangus.

Esoknya, bila banjir beransur surut, datuk pun menemui ketua kampung dan menceritakan
perkara yang telah berlaku. Ketua kampung mula sedar dan insaf.

Ketua kampung mengakui yang dirinya telah banyak membuat kesilapan dan percaya pada
khabar-khabar angin, akibatnya banyak anak buahnya yang tidak berdosa menjadi korban.

Ketua kampung juga memberitahu datuk, anak muda yang menjadi musuh Kiai Muslih hilang
dibawa air yang melanda kampung tersebut. Walaupun begitu, datuk tetap menasihatkan ketua
kampung supaya bersabar.

Ketika saya dan datuk meninggalkan kampung tersebut menuju ke Tanjung Malim, kami
mendapat khabar yang ketua kampung juga menemui ajalnya secara ngeri.

Ketua kampung mati ditimpa pokok kelapa ketika membersihkan kawasan rumahnya dari
sampah sarap yang dibawa oleh air ketika banjir.

Datuk hanya terdiam mendengar berita itu dan terus menghadiahkan Al-Fatihah pada roh ketua
kampung.

INTERNAL
422
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

47. Saya tahu, datuk pergi ke Tanjung Malim untuk menunaikan permintaan arwah Kiai Muslih
untuk mengubati penyakit ganjil yang dihadapi seorang lelaki di tempat tersebut. Kerana kami
sampai ke pekan Tanjung Malim pada waktu senja, kami terus menuju ke masjid.

Setelah menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Tanjung Malim, kami terus pergi
ke sebuah kedai makan di pekan tersebut. Datuk terus bertanya pada tuan punya kedai tentang
seorang lelaki yang tinggal di rumah besar dan mengidap penyakit ganjil.

Tuan punya kedai itu memberikan jawapan yang menghampakan tetapi dia berjanji pada datuk
untuk menemukan datuk dengan penghulu.

"Barangkali penghulu tahu, kalau dia tidak tahu saya akan membantu encik," ujar tuan punya
kedai.

Setelah membayar harga makanan dan minuman, datuk dan saya pun segera beredar dari kedai
tersebut. Saya kira datuk akan menginap di hotel malam itu. Kiraan saya itu tidak tepat. Datuk
mengambil keputusan untuk tidur di masjid sahaja.

"Kita tidur di masjid saja, buat amalan sikit. Sementara kita masih hidup ni buatlah mana patut
untuk bekalan hari akhirat," kata datuk pada saya.

Ketika itu kami sedang melintasi landasan keretapi yang dibina atas dada jalan raya. Beberapa
buah lori dan kereta membunyikan hon menyuruh kami berjalan ke tepi.

Hati saya tiba-tiba jadi marah dengan sikap pemandu kenderaan itu. Mereka memandu agak laju
sambiI memasang lampu besar, tanpa memikirkan keselamatan orang-orang yang berjalan kaki.

Pemandu-pemandu kenderaan itu merasakan jalan raya tersebut adalah hak mereka saja.
Mereka seolah-olah berlumba di jalan raya samada mereka datang dari arah Kuala Lumpur atau
arah lpoh (masa itu lebuhraya Slim River-Tanjung Malim masih belum ada), masing-masing mahu
sampai segera ke tempat yang dituju.

Mata saya dan datuk jadi silau akibat suluhan lampu kenderaan.

"Kadang-kadang manusia ni, bila dapat kemudahan, tidak pernah bersyukur pada Allah dan tidak
pula mahu memikirkan tentang orang lain yang tidak ada kemudahan," rungut datuk.

Saya menggigit bibir sambiI memijak rerumput di tepi jalan. Sesekali saya merenung ke arah tiang
dan lampu jalan yang setia memancarkan cahaya.

INTERNAL
423
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Waktu saya dan datuk masuk ke kawasan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki berumur
sekitar 70-an memakai kain dan baju Melayu serta memakai serban hijau.

Orang tua yang kelihatan gagah itu memberi salam. Datuk membalas salamnya dan terus
berjabat tangan.

"Ke mana?" tanya orang tua itu pada datuk.

"Cadang tu nak bermalam di masjid ni."

"Memang baguslah tu, berlindung di rumah Allah nanti awak dapat syafaatnya. Tetapi sebelum
tu eloklah awak merepotkan diri ke balai polis dan nyatakan awak nak bermalam di masjid."

"Apakah ini undang-undang?"

Orang tua yang berserban hijau itu terdiam sejenak dan memalingkan mukanya ke arah pekan
Tanjung Malim. Saya tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana cahaya dari lampu jalan
tidak berapa kuat menyinari kawasan masjid.

"Bukan udang-undang, tapi untuk keselamatan diri awak. Bukan awak tak tahu kawasan sekitar
Tanjung Malim belum jadi kawasan putih, sekarang zaman darurat, musim orang komunis
mengamuk," jelas orang tua itu tanpa memandang wajah datuk.

"Saya faham sekarang. Terima kasihlah atas nasihat awak."

"Sama-sama, nama saya Haji Ramli, saya nak balik sekarang."

Sebaik saja dia mengakhiri kata-kata itu, dia terus berjalan menuju ke arah jalan raya. Datuk
terpinga-pinga, ada semacam kekesalan terbayang di wajah datuk kerana tidak sempat
memperkenalkan dirinya pada orang tua itu.

Tetapi, datuk mematuhi nasihatnya. Kami terus menuju ke balai polis. Salah seorang anggota
polis yang bertugas pada malam itu menyambut kedatangan kami dengan ramah.

Saya melihat jam yang tersangkut di dinding balai polis sudah hampir pukul 12 tengah malam.

"Apa halnya pakcik?"

"Saya dan cucu saya ni nak repot diri, kami nak tidur di masjid," kata datuk.

INTERNAL
424
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"lnilah yang sebaiknya untuk faedah bersama. Waktu darurat begini kadang-kadang ada
pemeriksaan mengejut waktu malam yang masanya tidak menentu. Siapa yang suruh pakcik ke
mari?"

"Haji Ramli."

"Haji Ramli?" anggota polis itu nampak resah sambil mengerutkan dahinya. Anggota polis itu
merenung wajah datuk penuh keraguan.

"Kenapa encik?"

"Haji Ramli tu sebenarnya sudah mati kira-kira enam bulan yang lalu dalam serangan hendap
komunis di Behrang."

"Siapa dia Haji Ramli yang sebenarnya encik?"

"Dia sebenarnya sarjan di balai polis ni. Dia orang Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Agaknya
pakcik ni silap orang. Pakcik dah mengantuk agaknya," anggota polis yang bercakap dalam loghat
Kedah itu mengetawakan datuk.

Sesungguhnya datuk tidak tersinggung dengan sikap anggota polis itu. Dan datuk tidak mahu
mempertahankan kenyataan yang dilihatnya. Barangkali datuk memikirkan perbuatan itu satu
perbuatan yang sia-sia. Cukup sukar menerangkan sesuatu tanpa bersandarkan pada kenyataan
yang logik.

"Barangkali cakap encik betul," kata datuk sebaik saja anggota polis itu berhenti ketawa.

Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan lama yang bentuknya kembar dua dari
kertas biasa, ukuran gambarnya besar sedikit dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang).

Anggota polis itu menatap gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu di kertas. Kad
pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang.

"Pakcik ni mahu ke mana sebenarnya?" soal anggota polis itu lagi.

"Saya datang kemari, nak menolong orang sakit, saya cuma menunaikan amanat seorang kawan."

"Pakcik ni Tuk Pawanglah?"

"Tidak."

INTERNAL
425
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Dukun?"

"Tidak."

"Bomoh?"

"Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia."

"Pakcik ni ganjil orangnya."

"Dalam dunia ni tak ada manusia yang ganjil, semuanya sama belaka."

Anggota polis itu tersenyum sinis. Kemudian dia menyerahkan sekeping kertas kuning yang
tercatat nama datuk dan nombor repot. Kertas itu datuk masukkan ke dalam saku bajunya.

"Terima kasih encik."

"Sama-sama. Bila pakcik mahu meninggalkan masjid untuk pergi ke mana-mana sila laporkan
diri."

"Baik encik."

Datuk dan saya pun meninggalkan balai polis menuju ke masjid. Bila berada dalam perut masjid,
datuk terus membaca Al-Quran dan saya pun mencari tempat yang sesuai untuk merebahkan
badan. Tempat yang sesuai saya temui, badan pun saya rebahkan. Dalam beberapa saat saja saya
sudah tidak dapat mendengar suara datuk.

Rasa marah dan geram mula menguasai diri saya. Kerana terlalu geram, saya genggam penumbuk
lalu menekan penumbuk ke dinding masjid, hingga buku lima saya terasa sejuk menyentuh simen
dinding. Siapa tidak meradang, sedang nyenyak tidur dipaksa bangun.

"Sial!" pekik saya.

"Jangan biadab!" balas datuk, serentak dengan itu tangan kanan datuk menekan rahang mulut
saya.

Lepas itu, datuk menekan pangkal pelipat kaki kanan saya beberapa minit, hingga muka dan
badan saya berpeluh. Badan terasa segar dan bertenaga, rasa mengantuk dan malas terus hilang.

Datuk terus menarik tangan saya menuju ke pintu masjid. Di situ sudah sedia menanti dua orang
lelaki. Mereka tersenyum merenung pada kami.

INTERNAL
426
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Salah seorang dari lelaki itu saya kenali, iaitu anggota polis yang kami temui di balai polis. Dan
seorang lagi tidak saya kenali. Orangnya kurus memakai baju kemeja putih dan berseluar kuning.
Wajahnya nampak muram.

"Ada apa encik? Encik nak periksa kami?" tanya saya.

"Tidak."

"Jadi kenapa encik datang kemari?" datuk menyoal pada anggota polis.

Saya lihat anggota polis yang menyandang senjata api di bahunya tersenyum.

"Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia nak minta tolong
tengokkan anaknya tidak berhenti-henti menjerit," anggota polis itu menjelaskan tujuannya yang
sebenar.

Datuk termenung sejenak. Ada rasa kurang senang hati terpamer di wajahnya. Memang, datuk
tidak berapa suka orang lain tahu tentang kebolehannya. Datuk gigit bibir.

"Saya minta Tuk Pawang tengokkan saja," rayu lelaki yang memakai baju putih sambil merenung
wajah datuk. Anggota polis di sebelahnya tidak berkata apa-apa.

"Saya bukan pawang, saya bukan bomoh," kata datuk serius. Wajah lelaki yang berbaju putih itu
segera berubah.

"Kami minta tolong pakcik," anggota polis pula merayu. Lagi sekali datuk termenung panjang.

"Saya bukan bomoh dan bukan pawang , saya cuma boleh berikhtiar saja. Allah yang
menentukan," nada suara datuk lemah.

"Kami faham dan apa yang kami buat ni adalah ikhtiar kami," sahut anggota polis.

Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut-turut, datuk memberi persetujuan
untuk memenuhi permintaan mereka. Kami pun meninggalkan kawasan masjid.

Dalam jangkaan saya, waktu itu sudah pukul tiga pagi kerana bintang-bintang di langit sudah
berkurangan, angin pula tidak sekuat tadi bertiup.

Akhirnya, saya dan datuk sampai ke rumah yang dituju. Anggota polis tidak turut sama, dia
kembali ke balai menyambung tugasnya.

INTERNAL
427
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Masa berada di rumah itu, kami terdengar bunyi tembakan yang bertalu-talu dari arah barat laut.
Lelaki yang berbaju putih itu memberitahu datuk ada pertempuran di hutan antara pasukan
keselamatan dengan pihak komunis. Datuk hanya anggukkan kepala mendengar penjelasan itu.

Tetapi saya bagaikan terasa ada sesuatu yang ganjil, lalu saya membuat kesimpulan bahawa diri
saya dan datuk sudah dipermainkan. Saya membuat kesimpulan itu, kerana saya tidak terdengar
suara orang menangis.

Suasana dalam rumah itu terasa tenang dan damai sekali, lampu letrik bersinar dengan
terangnya. Saya dan datuk duduk bersila dekat pintu sementara lelaki berbaju putih duduk tidak
jauh dari datuk membelakangi ruang rumah.

"Mana dia anak awak?" tanya datuk.

"Begitulah keadaannya, ada masa dia diam, ada masa dia menangis."

"Bawa dia ke mari."

Lelaki berbaju putih itu terus memerintahkan isteri membawa anaknya ke ruang tamu. Isteri
lelaki berbaju putih itu dalam lingkungan usia 30-an, berkulit cerah dan tinggi lampai orangnya.
Kelopak matanya kelihatan bengkak, barangkali terlalu lama menangis. Dia pun meletakkan anak
yang dipangku di hadapan datuk. Anak itu cukup nyenyak tidur.

Tiba-tiba anak itu menangis dengan sekuat hati. Matanya terbeliak macam melihat sesuatu yang
amat menakutkan, sedangkan kaki dan tangannya bergerak-gerak macam orang menari
mengikuti irama gendang yang dipalu.

Datuk tidak melakukan sesuatu terhadap anak perempuan itu. Budak perempuan itu cukup
comel rupa parasnya, berusia kira-kira 10 tahun, berambut ikal yang dipotong separas bahu.
Kulitnya cerah macam ibunya juga.

Dia kelihatan menarik dengan pakaian baju kebaya merah dan berkain hijau. Budak comel itu
terus menjerit dan menangis hingga wajahnya kelihatan agak kebiru-biruan.

Datuk membaca sesuatu lalu memegang tumit kaki gadis comel. Tangisan dan jeritan budak
comel itu terhenti. Dia kembali tidur. Datuk terus diberi penjelasan oleh lelaki yang berbaju putih.

Menurut lelaki itu, anaknya sudah dua hari dua malam berkeadaan demikian. Sudah dibawa ke
klinik swasta dan doktor mengesahkan anaknya tetap normal.

INTERNAL
428
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Beberapa orang dukun tempatan pula mengatakan anaknya itu terkena sampuk ketika melintasi
sebuah busut jantan sekembalinya dari sekolah. Dukun-dukun itu cuma mengubatinya.
Semuanya tidak berjaya, keadaan anaknya tetap macam itu.

"Tolong saya tuan. Anak saya cuma dua orang saja, dialah yang tua. Seorang lagi lelaki. Apa yang
tuan syaratkan saya tunai, ambillah emas di badan saya ini sebagai cagaran," isteri lelaki berbaju
putih merayu datuk sambil menangis.

Keadaan dalam rumah sudah jadi haru biru, beberapa orang jiran kiri kanan bangunan sederet
itu terjaga. Mereka lalu datang ke tempat kami.

"Begini saja. Saya minta awak membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Iklas seberapa banyak boleh.
Jangan menangis dan meratap. Perbuatan itu tidak baik, memberi peluang syaitan menguasai
hati awak," kata datuk dengan tenang. Isteri lelaki berbaju putih itu terdiam.

Kemudian datuk meminta jiran-jiran tetangga yang datang supaya pulang ke rumah masing-
masing. Datuk memberitahu mereka selagi mereka berada di situ, datuk tidak dapat melakukan
sesuatu. Permintaan itu dipatuhi oleh jiran-jiran yang datang. Suasana dalam rumah kembali
tenang.

Datuk terus menepuk lantai rumah tiga kali. Mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu,
kemudian datuk meletakkan ibu jarinya atas dahi gadis comel. Ditekannya dahi anak comel itu
hingga berbekas.

"Saya minta maaf. Anak awak ni suka sangat melihat kera berjoget," kata datuk sambil
memandang wajah lelaki yang berbaju putih dan isterinya.

Mereka kelihatan tercengang. Datuk tersenyum lalu meminta isteri lelaki berbaju putih itu
membangunkan anak lelakinya yang berusia 8 tahun. Permintaan itu ditunaikan.

Bila budak lelaki yang berusia 8 tahun itu berada di depan datuk, wajahnya kelihatan cemas.
Datuk pun memegang tapak tangan kanannya sebentar.

"Jangan takut. Cakap perkara yang betul dengan tuk," kata datuk sambil melepaskan tangan
budak lelaki yang dipegangnya. Budak lelaki itu anggukkan kepala.

"Cucu sama kakak ada tengok tarian kera?"

"Ada"

"Seronok tak?"

INTERNAL
429
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

"Seronok. Kera tu menari joget ikut gendang. Dia menari dekat kakak sambil memeluk pinggang
kakak."

Datuk puas hati dengan penjelasan budak lelaki itu. Datuk menyuruh isteri lelaki berbaju putih
membawa anaknya ke kamar tidur semula. Bila isteri lelaki yang berbaju putih datang semula dan
duduk di sisi suaminya, datuk pun memperkemaskan silanya.

Datuk pun mengedutkan dahinya hingga pangkal kedua keningnya seakan-akan bertemu. Mata
datuk saya lihat kian mengecil.

"Mengapa dibiarkan anak perempuan awak dipegang oleh kera yang menari?" pertanyaan itu
datuk ajukan pada lelaki yang berbaju putih.

Lelaki itu kelihatan resah, kemudian secara terus terang dia memberitahu datuk bahawa perkara
yang terjadi itu di luar pengetahuan isteri dan dirinya.

Datuk lalu menggesa lelaki berbaju putih mencari kera dan tuannya. Lagi sekali wajah lelaki itu
cemas, bukanlah mudah untuk mencari kera dan tuannya waktu begini.

"Saya tak kenaI dengan tuannya?"

"Begini. Aku rasa kera dan tuannya tu bermalam di kaki lima kedai, cubalah pergi ke sana. Tetapi
ingat, jangan kau apa-apakan dia, bawa dia ke mari," beritahu datuk.

Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis. Dengan ditemani oleh
anggota polis yang bertugas di situ, dia pergi ke tempat tersebut.

Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus merawat gadis comel secara kebatinan.
Datuk tidak menyentuh kulit gadis comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan
jari kelingking.

Setiap kali hujung baju itu dipusingkan, gadis comel itu akan menjegilkan biji matanya, macam
orang ketakutan.

Saya hanya melihat saja apa yang berlaku di hadapan mata. Sementara dalam kepala saya
tergambar permainan tarian kera yang pernah saya lihat.

Tarian kera ini selalunya dipertunjukkan di kawasan yang menjadi tempat lalu lintas orang ramai.

INTERNAL
430
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kera yang menari itu dikenakan baju cantik, macam baju orang perempuan serta diberi kipas
yang dibuat dari bilah buluh. Tuan punya kera akan memukul gendang dan kera itu akan menari
mengikut rentak dan irama gendang yang dipalu.

Setelah selesai menari, kera itu akan membawa tempurung menemui orang yang melihatnya.
Orang ramai akan mencampakkan wang ke dalam tempurung.

Bila bertemu dengan budak perempuan yang comel, kera itu akan menarik baju atau memeluk
pinggang gadis comel sebagai tanda persahabatan. Tarian kera ini pada mulanya diperkenalkan
oleh orang-orang India yang datang dari Madras.

Orang Melayu juga ada menjalankan pertunjukan ini dengan tujuan mencari wang. Kalau kera itu
bertuankan orang-orang India, tarian yang dipersembahkan tetap berunsurkan tarian India. Kalau
orang Melayu yang jadi tuannya, kera itu pandai menari joget atau inang.

Kalau kera betina akan dinamakan Minah dan kera jantan dinamakan Mulung atau Meletik. Kata
orang, tarian kera ini ada unsur-unsur sihir yang dapat menarik perhatian orang ramai serta rasa
simpati untuk menghulurkan bantuan, sejauh manakah kebenaran kata-kata itu tidak dapat
dipastikan oleh sesiapa pun.

Akhirnya, lelaki berbaju putih itu pun pulang. Rambutnya kelihatan kusut masai dan matanya
merah serta berair. Isterinya terus bertanya,

"Mana keranya bang?"

"Ada di luar"

"Bawa masuk," tingkah datuk sambil bangun.

Beberapa saat kemudian kera dan tuannya muncul di muka pintu. Datuk mempersilakan tuan
punya kera duduk di sisinya. Setelah bercakap sebentar dengannya, datuk sudah dapat
mengetahui serba sedikit tentang latar belakang tuan punya kera itu.

"Saya nak ambil sehelai bulu tengkuk kera ini," ujar datuk.

Saya jadi hairan mendengar cakap datuk itu. Kalau hanya memerlukan sehelai bulu tengkuk kera,
tidak wajar tuan punya kera itu dibawa bersama. Suruh saja lelaki berbaju putih itu mencabut
sehelai saja bulu kera tersebut. Ini lebih mudah dan tidak menyusahkan tuan punya kera. Kadang-
kadang saya jadi bodoh dengan sikap datuk.

INTERNAL
431
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Tuan punya kera tidak membantah dengan hasrat yang disuarakan oleh datuk. Dia pun menolak
kera ke depan datuk. Dengan tenang datuk mencabut bulu kera tersebut . Isteri lelaki berbaju
putih nampak resah.

"Bulu kera ini saya rendam dalam gelas kira-kira setengah jam, kemudian air diminumkan pada
anak awak, dengan izin Allah setelah air diminum, anak awak akan sembuh. Saya yakin anak awak
ni kena sihir bulu kera dan inilah ubatnya."

Lelaki berbaju putih dan isterinya mendengar cakap datuk dengan teliti. Tuan punya kera yang
berbadan tegap itu terus melurut-Iurut badan keranya. Dia macam buat tidak kisah dengan apa
yang terjadi di depan matanya. Dia sanggup menanti di situ hingga ke pagi asalkan diberi wang.

Masa terus berlalu, semuanya menanti waktu yang dijanjikan dengan dada yang berdebar. Gadis
comel itu sudah dua kali menjerit sekuat hati.

Datuk masih lagi bertahan, dia tidak akan melakukan sesuatu selagi belum sampai waktu
setengah jam. Saya melihat ke gelas, tempat merendam bulu kera.

Sementara itu, tuan punya kera terus bercerita tentang pengalaman manis dan pahit sepanjang
waktu dia menjaja tarian kera, merantau dari satu tempat ke satu tempat.

Dia berasal dari Burma dan menetap bertahun-tahun di India sebelum datang ke Tanah Melayu.
Dia tidak menganut sebarang fahaman agama. Namanya juga sering berubah-ubah mengikut
keadaan.

"Bila masuk ke pekan yang banyak orang Melayu, saya jadi Melayu, kalau masuk estet saya jadi
India, kalau pergi ke tempat Cina saya jadi Cina, nama saya ada tiga, saya tidur tidak kira di mana-
mana, kadang-kadang di masjid, kadang-kadang di kuil atau tokong Cina," demikian tuan punya
kera menceritakan perihal dirinya penuh bangga dalam bahasa Melayu pasar yang tunggang
langgang tapi boleh difahami.

"Sekarang sudah sampai masanya," tekanan suara nada datuk penuh yakin.

Dia lalu mengambil gelas yang berisi air dan bulu kera. Dengan sedikit paksaan, datuk berjaya
memaksa gadis comel itu minum air bulu kera.

"Kita tunggu setengah jam lagi, kalau dia tidak menjerit bererti anak encik sudah sembuh. Tetapi,
kalau dia tidak sembuh atau akan maut kerana sakitnya ini, kera ini terpaksa disembelih,
darahnya diberi pada anak encik untuk diminum," semua yang ada di situ bertambah kecut
mendengar penjelasan datuk.

INTERNAL
432
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Lebih-Iebih tuan punya kera. Lelaki berbaju putih dan isterinya mula didatangi butir-butir peluh
di dahi, mereka sering kali melihat jam di dinding. Gadis comel terbujur di atas lantai, pucat lesi.
Masa terus berlalu, kedinginan kian kuat terasa menyapa tubuh badan saya.

"Limat minit lagi," kata datuk.

Isteri lelaki berbaju putih anggukkan kepala. Empat minit, tiga minit, dua minit dan akhirnya tepat
setengah jam. Gadis comel itu tidak menjerit, dia bangun dari tempat baringnya.

Datuk menyuruh gadis comel itu membaca Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah.
Gadis itu dapat melakukan segala-galanya dengan lancar dan teratur.

Datuk gembira. Tetapi, kegembiraan hanya berlaku sebentar saja. Lelaki berbaju putih dan tuan
punya kera bertengkar. Tuan punya kera itu tidak patuh dengan janjinya.

"Waktu saya ajak datang tadi, dia mengenakan bayaran sepuluh ringgit, sekarang dia mahu dua
puluh ringgit," keluh lelaki berbaju putih.

Isterinya pula mula membuka gelang dan kalung di leher untuk diserahkan pada tuan punya kera.
Perbuatan itu segera ditegah oleh datuk.

Cepat-cepat datuk menepuk bahu tuan punya kera dan terus mengambil wang sepuluh ringgit
dari lelaki berbaju putih, lalu diserahkan pada tuan punya kera yang bagaikan terkena pukau,
menerima dan mendengar cakap datuk.

Datuk, saya dan tuan punya kera meninggalkan rumah lelaki berbaju putih. Bila sampai di luar
kawasan balai polis, datuk terus memegang bahu tuan punya kera.

Tiba-tiba kera yang didukung oleh tuannya menyerang datuk dengan menggigit lengan datuk.
Ternyata gigi kera yang tajam itu tidak mampu menembus kulit lengan datuk.

Dalam malam yang dingin itu, saya lihat muka tuan punya kera berubah, dari wajah seorang yang
agak bodoh dan tolol menjadi bengis dan garang. Dia mengarahkan keranya menyerang di mana-
mana bahagian tubuh datuk.

Datuk terus bertahan. Tiba-tiba badan saya menggeletar, bukan kerana rasa sejuk yang dibawa
oleh angin subuh, tetapi kerana kera yang saya lihat kecil itu berubah jadi besar. Lebih tinggi dari
datuk, kera itu membuka mulutnya dengan luas, kedua-dua taring yang panjang dan tajam itu
menyeringai.

INTERNAL
433
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Datuk masih bertenang, dia mengelak bila kera itu menyerang. Tuan punya kera terus
mengeluarkan arahan.

Tiba-tiba datuk berjaya menangkap ekor kera itu. Dalam beberapa saat saja kera itu kembali
kepada keadaan asalnya.

Tuan punya kera pula mula menyerang dari sebelah kanan. Datuk mengelak setapak, kemudian
memukul pangkal leher tuan punya kera hingga tersungkur.

Ketika itu, beberapa orang anggota polis yang dapat melihat keadaan di luar balai segera keluar.
Masa anggota polis itu sampai ke situ, datuk sudah membangunkan tuan punya kera.

Dengan nada suara yang merayu-rayu, tuan punya kera minta datuk jangan mengapa-apakan
dirinya.

"Awak jahat. Awak sengaja menggunakan ilmu halus awak untuk memperdayakan orang. Saya
tahu, awak sengaja kenakan pada budak perempuan itu. Bila dia sakit, awak tahu menawarnya
dan awak kenakan bayaran yang tinggi, ini kerja awak!" kata datuk sambil memulas tangan tuan
punya kera.

"Saya cari makan tuan"

"Bukan cara ini awak cari makan, lagi sekali awak buat kerja ni, awak mati tahu?" ugut datuk
sambiI memeriksa badan tuan punya kera.

Datuk menemui sekeping kulit kera yang sudah kering yang dibalut dengan beberapa rajah serta
tulisan Burma. Datuk bakar kulit keras dan pembalutnya, datuk tidak peduli dengan rayuan dari
tuan punya yang menyembah-nyembah kakinya.

"Awak balik," kata datuk.

Tanpa banyak cakap, tuan punya kera beredar dari situ dengan wajah yang muram. Pada anggota
polis yang berada di tempat tersebut, datuk menasihatkan mereka supaya jangan membenarkan
anak-anak perempuan mereka melihat tarian kera dalam jarak dekat, apa lagi membiarkan kera
memanjat atau memeluk badan anak-anak mereka.

"Tarian tu selalu digunakan oleh tuan punya menyerapkan semangat kera. Tetapi, tidak semua
pula tuan punya tarian kera berperangai begitu. Kita harus berjaga-jaga. Tarian itu ada unsur-
unsur pemujaan roh ghaib," datuk membuka rahsia di sebalik tarian kera.

INTERNAL
434
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

Kemudian kami terus ke masjid. Tidak lama lepas itu waktu subuh sudah tiba, kami pun
bersembahyang subuh dengan orang-orang yang datang ke masjid tersebut.

Kerana memikirkan saya dan datuk orang musafir yang menumpang tidur di masjid, tidak banyak
yang mahu bercakap dengan kami, walaupun kami bersikap ramah pada mereka.

Mereka datang ke masjid hanya untuk sembahyang saja dan melupakan ajaran agama yang
menyuruh pengikutnya menjalin persahabatan dan kemesraan dengan orang yang seagama
dengan mereka.

INTERNAL
435
SIRI BERCAKAP DGN JIN – TAMAR JALIS

INTERNAL
436

You might also like