You are on page 1of 18

<KOD KURSUS>

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

<SEMESTER 5 / TAHUN 2017 >

HBEF3503

INCLUSIVE EDUCATION

NO. MATRIKULASI : 851019015065001


NO. KAD PENGNEALAN : 851019015065
NO. TELEFON : 016-7091368
E-MEL : minghua.1019@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR


BAHRU

0
<KOD KURSUS>

1
SENARAI KANDUNGAN
HALAMAN
1.0 Pengenalan 2

2.0 Transkripsi wawancara


2.1 Transkripsi guru 3-5
2.2 Transkripsi pentadbir 6-8

3.0Penjelasan tentang definisi kompetensi dalam pengajaran 9-10


dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan murid kelainan upaya.

4.0 Penjelasan tentang aktiviti PDP di sekolah tersebut menyumbang 11-13


kepada kejayaan dan kualiti pembelajaran murid kelainan upaya.
5.0 Penutup 14-15
6.0 Rujukan 16

2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan hak asasi bagi semua insan .Semua manusia di


dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu .Pelajar
berkeperluan khas juga tidak dikecualikan untuk menikmati pendidikan yang
disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta . Mereka patut diberi peluang
yang sama dengan pelajar normal supaya mereka tidak tersisih daripada arus
pendidikan utama .

Sebenarnya , ada dalam kalangan mereka memiliki kecerdasan


kognitif yang dapat setanding dengan pelajar yang sempurna ,malah ada sesetengah
daripada mereka dapat mencapai keputusan yang lebih cemerlang daripada pelajar
yang normal ( Lokman ,2009.)

Oleh hal yang demikian , negara Malaysia juga tidak terkecuali untuk
memperkenalkan pendidikan inklusif untuk memenuhi keperluan khas yang ada
pada murid tertentu . Murid kumpulan berkenaan perlu dikendalikan oleh guru yang
berkemahiran tinggi dan penyayang supaya matlamat pendidikan inklusif mudah
dicapai

Pelaksanaan kelas inklusif perlu merangkumi peranan yang perlu


dimainkan oleh guru pendidikan khas dan guru perdana .

Guru-guru yang terlibat program inklusif ini akan mendapat tanggapan


yang lebih jelas berkenaan pelajar-pelajar khas . Dengan ini , guru perdana tersebut
lebih faham akan keperluan serta tanggungjawab mereka dalam membantu pelajar-
pelajar khas berkenaan .

Input tersebut diharap akan menjadikan guru ini lebih bersikap terbuka dan
rela hati untuk menerima kehadiran pelajar-pelajar khas di bilik darjah arus perdana
mereka . Hal ini bermakna mereka sanggup mendidik pelajar khas dengan penuh
tanggungjawab dan empati supaya pelajar-pelajar khas dapat mengikuti pengajaran
dan pembelajarannya dengan lebih yakin dan tenang.

Sebagai contoh , ini selari dengan kenyataan Rifhan (2011) yang menyatakan
bahawa pendekatan yang boleh digunakan bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran anak Sindrom Down adalah dengan menggunakan konsep ‘penerimaan’
dan ‘pergaulan’.

Pada masa yang sama , guru arus perdana perlu mengambil tahu cara-cara dan
memiliki kompetensi yang tertentu bagi mengendalikan kelas inklusif tersebut supaya
semua pihak dapat memainkan peranan mereka masing-masing dengan baik .

3
2.0 TRANSKRIPSI WAWANCARA

2.1 Transkripsi guru

Saya telah membuat dua temubual bagi menyiapkan tugasan ini. Nasib baik

mereka memberi kerjasama yang baik kepada saya .Bersyukurlah terhadao perkara

tersebut .

Guru Tony adalah guru yang saya temubual untuk mendapat maklumat

berkenaan tentang pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah saya . Sekolah saya

memang sebuah sekolah arus perdana dan juga merupakan sekolah pendidikan khas yang

merangkumi pendidikan inklusif . Berikut adalah temu bual yang telah dijalankan :

Terlebih dahulu kita saling bersalaman dan selepas itu saya berterus terang terhadap

isu yang sebenar . Guru Tony sudi menerima temubual ini dengan tangan terbuka .

Guru Tony memang seorang reponsden yang baik kerana dia dapat memberi

respon yang bersifat profesional .

Soalan yang pertamakan saya ajukan kepada Cikgu Tony ialah “Apakah
pandangan anda terhadap kerjaya sebagai seorang guru pendidikan Inkulsif? Pada
pandangan beliau , kerjaya ini amat bermakna kepada beliau . Ini adalah kerana melalui
pendidikan inklusif, murid berlainan upaya telah mempunyai peluang untuk bergaul
dengan masyarakat yang bernilai norma. Pada harian ,murid berlainan khas kurang
berpeluang untuk bergaul disebabkan beberapa faktor termasuklah penjaga segan untuk
membawa murid berkelainan upaya ke tempat khalayak ramai berada. Mereka sentiasa
ditempatkan bersama datuk dan nenek dan lain-lain yang dapat menjaga mereka supaya
tidak mengganggu orang lain .

4
Seterusnya ,saya bertanya kepada Cikgu Tony soalan berikut “Kerjaya sebagai

seorang guru Pendidikan Inklusif tidak mudah kerana mereka terpaksa berdepan dengan

pelbagai karenah pelajar pada setiap hari. Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil

terhadap murid-murid yang terlalu hiperaktif supaya tidak mengganggu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?

Beliau mengatakan antara tindakan yang boleh diambil terhadap murid yang
hiperaktif adalah menempatkan seorang Pembantu Pengajar Murid (PPM) atau guru
pendidikan khas yang berpengalaman bersama murid untuk meneman murid ke kelas,
menyampaikan maklumat yang sempurna serta tingkah laku murid kepada guru perdana
yang bakal mengajar murid, menyediakan teknik pengajaran yang bersesuaian untuk guru
perdana.

Selain itu , saya juga bertanyakan Cikgu Tony soalan seperti berikut

“Apakah jenis alat bantu mengajar yang paling berkesan untuk menarik perhatian dan

seterusnya meningkatkan minat murid pendidikan Inklusif dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran?”

Beliau menerangkan bahawa pelbagai jenis jawapan dapat diberikan.


Sebabnya setiap jenis murid berkelainan upaya mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan
teknik pengajaran yang berlainan. Contohnya, murid yang bermasalah pembelajaran
lembam, pengajaran yang dibekalkan haruslah berciri pelbagai sensori, ulangan dan
sebagainya. Murid yang bermasalah pembelajaran autisme pula perlukan seorang untuk
menemaninya dan menyediakan suasana yang tersusun dan senyap.

Di samping itu , soalan seperti berikut juga dikemukakan kepada Cigku


Tony iaitu “ Apakah cara-cara yang boleh diambil oleh seorang guru sekiranya mendapati
seseorang murid sangat lemah dalam keupayaan untuk belajar?

Beliau mengatakan bahawa Ini bukan satu soalan yang dapat


dipertimbangkan. Hal ini demikian kerana murid yang tidak mencapai sesuatu tahap

5
yang tertentu, seperti lulus dalam linus, adalah tidak akan ditempatkan dalam program
inklusif

Saya juga bertanyakan soalan seperti berikut “Bebanan kerja guru pada
hari ini semakin berat dan tidak lagi mudah seperti yang disalahfahamkan oleh orang
ramai. Bagaimanakah anda mengatasi masalah tekanan anda apabila anda berasa
tertekan?

Beliau berkongsi bahawa beliau mengatasi masalah tekanan adalah


membuka minda kendiri. Pada satu tahap, setelah seseorang guru telah dapat menerima
tingkah laku murid berkelainan upaya secara penuh, maka guru tersebut tidak akan rasa
tertekan. Sebagai contohnya, kebanyakan guru pendidikan khas yang baharu ditempatkan
di sekolah tidak dapat menerima dan takut akan murid yang meleleh air liur. Guru yang
membuka minda akan fahamkan situasi murid dan membantu murid untuk belajar
mengelap air liur tanpa kisah kebasahan air liur di sapu tangan atau tisu, sebab murid
tersebut perlukan bantuan tetapi bukan peminggiran dan kekotoran adalah dapat
dibersihkan kemudian.

Akhir sekali , soalan ini saya sangat berminat untuk mendapatkan


jawapannya disebabkan dulu saya pernah menghadapi murid ADHD di kelas biasa
saya .Selepas itu , saya mendesak penjaga tersebut supaya anak itu dapat dimasukkan ke
dalam aliran kelas pendidikan khas .

Soalan adalah “ Apakah yang perlu dilakukan untuk membantu murid yang
mengalami ADHD di kelas inklusif?

Beliau menjelaskan bahawa cara membantu murid ADHD adalah belainan


bergantung kepada individu. Sebagai contoh, murid ADHD yang minat belajar, cara yang
paling mudah adalah menyediakan latihan atau aktiviti yang diminatinya supaya murid
dapat berfokus sementara ini melantik murid tersebut sebagai penolong supaya dia dapat
menyibuk sentiasa. Jika murid ADHD tersebut masih berkeliaran dalam kelas dan
mengacau rakan sekelas, maka dia belum menepati syarat untuk diinklusifkan.

6
Banyak berterima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Tony yang sudi
meluangkan masa beliau untuk menjawab soalan yang dikemukakan sepanjang temubual
ini .
2.2 Transkripsi pentadbir

Terlebih dahulu kita saling bersalaman dan selepas itu saya berterus terang terhadap

isu yang sebenar . Cikgu Lee Cheah Eu sebagai Guru penyelaras atau guru pentadbir

yang sudi menerima temubual ini dengan tangan terbuka .

Cikgu Lee Cheah Eu memang seorang reponsden yang baik kerana dia aktif

dalam memberi respon yang bersifat profesional .

Penyelaras atau pentadbir pendidikan khas(kelas inklusif ) yang saya temubualkan


adalah Cikgu Lee Cheah Eu .Soalan yang pertama adalah berikut ”Apakah pandangan
anda terhadap kerjaya sebagai seorang guru pendidikan Inkulsif?”

Pada pandang beliau , ia merupakan akses pendidikan yang perlu ada bagi murid
berkeperluan khas disebabkan mereka mampu bertanding dengan murid lain malah
melepasi kemampuan murid biasa sedangkan mereka hanya bermasalah dalam emosi dan
tingkah laku sahaja . Beliau juga memberi contoh yang baik iaitu Albert Einstein .
Albert Einstein dipercayai memiliki autism dan ini telah membantu dia dapat
memperkembangkan potensinya sehingga tahap maksimumnya .Kini , beliau seorang
tokoh saintis yang dikagumi dan disegani oleh seluruh dunia

Seterusnya , soalan seperti “ Apakah peranan Guru pentadbir bagi


mengendalikan pendidikan khas atau pendidikan inkusif ini?

Beliau menerangkan tugasnya adalah banyak termasuk menyediakan


takwim PKP ,menyediakan senarai tugas guru sepanjang tahun,menghadiri mesyuarat
pengurusan kurikulum dan kewangan sekolah dan menghadiri mesyuarat diKementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan NGO’s,menetapkan tarikh mesyuarat bersama
Pentadbir,menentukan program dan hala tuju murid Pendidikan Khas dengan

7
perbincangan guru-guru mengenai :Bilangan subjek
Program (Pra/Vokasional/Inklusif)Bilangan kelas dan aktiviti ko-kurikulum

Selain itu , beliau mengatakan beliau perlu memastikan guru menghadiri


kursus yang ditetapkan oleh Jabatan dan Kementerian dan mewujudkan hubungan yang
baik dengan pentadbir dan semua warga sekolah .

Di samping itu , soalan seperti “Berapakah murid berkeperluan khas yang


terlibat dalam Pendidikan Inklusif di sekolah anda? Subjek apakah yang telah
diterlibatkan untuk murid? Apakah kriteria subjek yang dipilih untuk inklufsif?

Beliau mengatakan bahawa di sekolah kami, telah ada 20 orang murid terlibat
dalam pendidikan inklusif. Subjek pendidikan jasmani telah terpilih untuk melibatkan
murid dalam pendidikan inklusif. Selain itu, 8 murid antara 20 murid tersebut telah
terpilih untuk aktiviti inklusif perhimpunan pengakap pada Sabtu. Kriteria untuk
pemilihan subjek atau aktiviti adalah berdasarkan tahap kognitif murid.

Soalan seterusnya ialah “Apakah ciri-ciri pengurusan kelas yang paling


sesuai untuk kelas yang melibatkan murid kelainan upaya?

Beliau menerangkan bahawa salah satu ciri-ciri pengurusan kelas yang


paling sesuai untuk kelas inklusif adalah menempatkan murid di kelas yang bertahap
sesuai dengan murid kelainan upaya. Syarat menempatkan murid inklusif mempunyai
linkungan 2 tahun. Contohnya, murid berumur 10 tahun seharusnya di darjah 4 hanya
boleh ditempatkan dalam kelas darjah 2, darjah 3 dan darjah 4 sahaja. Selain itu, murid
perdana dan guru perdana yang berminda terbuka dan dapat menerima kehadiran murid
berkelainan upaya merupakan faktor yang lebih penting daripada pengurusan kelas.
Murid berkelainan upaya adalah unik dan pengurusan kelas perlu berdasarkan keperluan
murid.

8
Saya juga bertanyakan soalan berikut “ Sebagai seorang pendidik bangsa,
apakah cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap professional sebagai
seorang guru dari semasa ke semasa?

Beliau berpendapat bahawa peningkatan tahap professional adalah sesuatu yang


lebih mencenderungkan kepada individu. Sekiranya guru tidak membuka minda dan
memartabatkan pemikiran diri atau tidak ada kesedaran kendiri, mereka tidak akan dapat
meningkatkan tahap professional. Cara yang paling senang adalah perkongsian
pengalaman guru berpengalaman dan mempunyai kesedaran diri bersama guru lain.

Akhir sekali , saya juga bertanyakan beliau soalan yang paling penting iaitu “
Apakah kompetensi atau kritiria yang perlu ada jika seseorang itu ingin menjadi guru
pendidikan khas atau guru pendidikan inklusif?

Beliau berpendapat bahawa tidak kira guru pendidikan khas atau guru pendidikan
inklusif, sifat yang paling penting adalah hati yang terbuka untuk menerima murid
berkelainan upaya dengan hati sepenuh. Sekiranya anda telah mempunyai sifat ini, minda
anda juga akan berubah dan dapat mengajar murid dengan baik.

Akhirnya , kami pun saling bersalaman untuk berpisah dalam suasana yang
mesra .

9
3.0Penjelasan tentang definisi kompetensi dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang melibatkan murid kelainan upaya.

Guru perdana yang terlibat dalam pendidikan inklusif itu perlulah bersifat minda
terbuka dan cukup beramah mesra untuk menyambut kedatangan murid berkeperluan
khas itu.
Guru pembantu pendidikan khas bolehlah ikut bersama murid tersebut supaya
melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua murid di kelas itu
khususnya murid berkeperluan khas itu .

Guru itu perlu mahir membuat adaptasi dan pengubahsuaian kurikulum bagi
membolehkan semua murid belajar bersama dengan suasana yang ceria dan harmoni .
Pembelajaran yang mendalam diperlukan dan wajib daripada pelan pendidikan .

Guru itu boleh memiliki kompetensi atau kecekapan untuk memperkenalkan aktiviti
khas baharu bagi menyokong bahasa tertentu seperti bahasa isyarat , komunikasi
,sosialisasi , orientasi ruang dan aktiviti integrasi masyarakat . Aktiviti tersebut perlulah
praktikal bagi semua murid tersebut .

Kompetensi guru itu juga termasuklah pandai memilih kandungan daripada


kurikulum umum untuk dilaksanakan kepada muri-murid berkeperluan khas supaya
kandungan mudah difahami oleh mereka di samping kandungan diloah mencapai
kerumitan yang tinggi .

10
Selain itu , guru tersebut perlu tahu bagaimana mempelbagaikan akses kurikulum
murid yang berkelainan khas untuk mencapai pelbagai aktivitit terapeutik orang itu bagi
tujuan pemulihan dan meinggikan penyertaan mereka dalam kegiatan pendidikan .

Di samping itu , guru berkenaan perlu menggunakan kaedah dan prosedur pedagogi
yang sesuai untuk kelas inklusif tersebut . BBM yang sesuai membolehkan MKU peka
terhadap kandungan pengajaran dan mengembangkan kompetensi yang diperlukan .

Seterusnya , guru itu haruslah menggunakan kaedah dan teknik penilaian yang
sesuai untuk mencapai prestasi murid , bukan sahaja dari perspektif intelektual tetapi juga
dari segi kemahiran dan menyelesaikan masalah secara bijak .

Kompetensi yang selanjutnya termasuklah guru tersebut dapat melengkapi diri dengan
mempunyai strategi yang jelas untuk pengurusan kelas . Guru dapat mempamerkan mutu
tinglah laku yang tinggi dan menggalakkan semua murid mencapai standard tersebut .
Contohnya , peraturan sekolah harus diulangi dari semasa ke semasa .
Peraturan kelas sentiasa dipatuhi oleh murid kelas tersebut . Murid di kelas itu
berasa selamat dan selesa .Semua murid berasa dihormati dan diberi peluang yang sama
untuk terlibat dalam proses PnP . Murid perlu diberi tanggungjawab dan merasa
tanggungjawab itu penting .Akhirnya, semua murid ini harus mencapai kejayaan .

Kelas yang disebutkan tadi perlu diwujudkan oleh guru perdana yang
berkompetensi tersebut , barulah sesuai dan bersiap sedia untuk menerima kedatangan
murid berkelainan khas itu .

11
4.0 Penjelasan tentang aktiviti PDP di sekolah tersebut menyumbang kepada
kejayaan dan kualiti pembelajaran murid kelainan upaya.

Aktiviti PDP di sekolah perlulah bermutu tinggi supaya kelas inklusif itu
berjaya dialksanakan .

Aktiviti pdp perlu diadaptasikan dan diubahsuaikan supaya sesuai dengan semua
tahap murid .Pada masa yang sama , latihan yang diberikan perlulah sesuai dengan
kemampuan murid berkelainan khas tersebut .

Bahan pembelajaran konkrit ,berstruktur dan praktikal perlulah disediakan dalam


aktiviti PDP termasukalah kanta pembesar, kalkulator ,perisian bebas kandungan .
BBM yang berbentuk audio visual yang berkaitan dengan tajuk atau isu tersebut perlu
diwujudkan .Misalnya , pita video ,DVD , CD dan lain-lain .
BBM berbentuk visual juga perlu disediakan seperti paparan dinding , carta ,peta dan
graf untuk memudahkan murid memahami pelajaran tersebut .

Bahan konkrit yang berkaitan seperti artifak dan bentuk geometri boleh disediakan
dalam aktiviti pdp. Teks yang jelas dan rapi ditulis di papan hitam dan paparan di dinding
dapat menarik minat murid berkelainan khas itu .
Aktiviti pdp yang berjaya perlulah memastikan objektif pembelajaran yang
lengkap supaya bersesuaian dengan keupayaan murid itu .Aktiviti dan sumber
pembelajaran yang sesuai perlu menepati keadaan MKU sama ada pembelajaran yang
mencabar atau kurang mencabar yang kelak mungkin menghasilkan kejayaan dan
kemajuan .
Aktiviti pdp perlu diubahsuaikan teknik pengajaranya , bolehlah memberi
penekanan kepada perkembangan bahasa lisan .

12
Aktiviti pdp patutlah sesuai dengan kemampuan MKU .Misalnya , topik yang
dipilih harus berdasarkan pengalaman murid dan mereka berpeluang dan mengamalkan
bahan-bahan konkrit dan sturktur pembelajaran .

Aktiviti pdp disediakan berikut adalah mengenai cara-cara untuk mengajar kanak-
kanak disleksia. Tulisan dan gambar yang jelas dapat menarik minat murid disleksia .
Susunan cerita yang jelas dan mudah difahami perlu disediakan seperti gambar rajah di
bawah .

13
Dipetik daripada
(https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/32061690/disleksia_jurnal_1.pdf?
AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1532158513&Signature=
RctIXW%2BP42uM%2Fqevb5bGL28Ru1o%3D&response-content-disposition=inline
%3B%20filename%3DJurnal_Menggunakan_Animasi_di_dalam_Inst.pdf)
Guru itu perlu menyediakan animasi seperti di atas untuk memudahkan pelajar
memahami pelajaran tersebut khususnya bagi MKU .

5.0 Penutup

14
Sebelum kita mengakhiri tugasan ini , kita perlulah memahami sebab
pendidikan inklusif diwujudkan .

Pendidikan inklusif adalah penting disebabkan keperluan sosial yang


perlu diwujudkan bagi menjalinkan hubungan MKU dengan setiap lapisan masyarakat .
Seperti yang kita tahui bahawa reaksi masyarakat yang didedahkan kepada golongan
orang kurang upaya menimbulkan sikap prajudis, takut dan tidak mengendahkan
golongan pendidikan khas. Pendidikan inklusif mengajar kanak-kanak nomal unuk
menerima golongan MKU secara semua jadi.

Kepentingan pendidikan inklusif perlu semua kita tahui disebabkan ia


merupakan keperluan pendidikan berkualiti dan strategi jangka masa panjang bagi
meningktkan taraf pendididkan golongan keperluan khas di negara ini.
Ketidakupayaan tidak boleh menjadi alasan teesisih daripada pendidikan.

Di samping itu , pendidikan inklusif dilaksanakan akan memenuhi


keperluan kesamarataan hak asasi. Setiap orang mempunyai hak mendapat hak sama
rata termasuk pendidikan mengikut keupayaan meliputi golongan orang kurang upaya
kerana kanak-kanak berhak untuk belajar dan didikan di persekitaran yang sama dengan
rakan sebaya.

Seterusnya, Pendidikan inklusif bukan sahaja bertujuan untuk


menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan berkelainan upaya malahan
untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan sesame ahli masyarakat.

Pada masa yang sama, kita wajarlah memastikan tenaga pengajar yang
cukup berkualiti untuk melaksankan program inklusif ini dengan berkesan . Integriti perlu
diutamakan dalam menjalankan tugas sebagai pendidik

15
Guru tersebut perlu gigih berusaha tanpa mudah berputus asa . Hal ini bermakna guru
itu tetap menghasilkan kualiti kerja yang baik walaupun pelajar tidak menunjukkan
minat dalam pelajaran
Akhir sekali , guru itu perlu tetap menyiapkan tugasan kerja sebagai pendidik
walaupun banyak halangan.

Pengajaran dan pembelajaran yang diubahsuai sangat diperlukan untuk memenuhi


keperluan kelas inklusif bagi setiap mata pelajaran .

Kesimpulannya , memang tidak dapat dinafikan pihak kerajaan , komuniti sekolah


,ibu bapa ,masyarakat dan guru tersebut berperanan penting untuk melahirkan pendidikan
inklusif yang berjaya demi pencapaian matlamat berkenaan .

(2640 patah perkataan)

16
6.0 Rujukan

https://gggb3223.wordpress.com/2013/12/24/apa-itu-pendidikan-inklusif-dan-
strateginya/

https://inklusifhbef3053.wordpress.com/2013/05/23/pengenalan-pendidikan-
inklusif/

http://eprints.utm.my/id/eprint/44622/1/MurnieHassanMFP2013.pdf

https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/32061690/disleksia_jurnal_1.p
df?
AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1532022900&Signat
ure=iYadF%2Fg67FPAVuDSHLYKMj7CKLg%3D&response-content-
disposition=inline%3B%20filename
%3DJurnal_Menggunakan_Animasi_di_dalam_Inst.pdf

17

You might also like