You are on page 1of 4

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______


A rambang mata C tajam akal
B otak udang D tanda mata

2 Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
A halwa telinga C hati terbuka
B telinga kuali D lapik perut

3 Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.


A mulut tempayan C banyak mulut
B pembasuh D mulut murai

4 Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berjijrah ke
bandar.
A sampai hati C sagu hati
B makan hati D sakit hati

5 Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.


A bersengkang mata C tebal telinga
B sekangkang kera D berat mata

6 Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
A buah fikiran C gerak hati
b ada bakat D ada angin

7 Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.
A mabuk selasih C ikat perut
B mabuk darah D geli hati

8 Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.


A bauh fikiran C curi tulang
B buah mulut D curi hati

9 “Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang
penyakit,” tegur ibu.
A telinga tempayan C telinga kuali
B buruk selera D buruk siku

10 Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.


A mandi mawar C mandi peluh
B bawah angin D bawa diri

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A berpeluk tubuh C kepala batu
B bertikam lidah D habis jodoh

12 Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A jalan belakang C gigi hutan
B hilang akal D jejak bara

13 Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A mulu tempayan C gigi hutan
B kaki ayam D jejak bara
14 Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang
keburukan orang lain.
A tangan kanan C buta huruf
B bawa mulut D alas perut

15 Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A ambil berat C cari salah
B cari makan D ambil hati

16 Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.
A diam ubi C habis akal
B hilang akal D makan duit

17 Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan tatatertib
telah dilakukan.
A mabuk selasih C makan angin
B mabuk darah D makan duit

18 Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.


A naik darah C kera sumbang
B diam ubi D lipas kudung

19 Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu.
A rambang mata C tebal telinga
B panjang akal D makan hati

20 Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
A jatuh hati C jalan buntu
B jauh hati D berat sebelah

21 Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti ______ yang
penuh dengan angan-angan.
A Abu Nawas C Abu Jahal
B raja sehari D Mat Jenin

22 Masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di kampung itu menjadi _______
penduduk kanpung itu.
A buah mulut C bahasa pasar
B darah daging D cangkul angin

23 Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu
ketinggalan menonton cerita terbaharu.
A kaki wayang C kaki ayam
B kaki bangku D kaki botol

24 Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka
hatinya.
A berat sebelah C ambil angin
B kepala angin D tin kosong

25 Ayah selalu bangun awal pagi dan keluar bekerja sebelum ______
A fajar menyinsing C durian runtuh
B embun jantan D hilang akal

26 Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______


A jalan belakang C jalan damai
B jalan tengah D jalan buntu
27 Dani ______ setelah perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu musnah akibat
sikapnya yang asyik berjudi.
A mabuk darah C mati kutu
B jatuh melarat D jatuh hati

28 Saya kasiha melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.
A kena tangan C mata duitan
B kusut fikiran D kutu embun

29 “Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru ehndak
berubah?” soal Mak Pah.
A kucing bertanduk C telinga kuali
B kambinh hitam D lintah darat

30 Jangan ______ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
A campur tangan C betul bendul
B bongkok sabut D buah fikiran

31 Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan
kemewahannya itu.
A angkat senjata C bekas tangan
B batu loncatan D angkat diri

32 Mila ______ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana tidak
tidur semalaman.
A hilang nyawa C hilang akal
B berat mata D berat hati

33 Hakimi ______ dengan mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal dunia akibat
barah otak.
A gelap mata C ganti tikar
B harga mati D hati batu

34 Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.


A mandi peluh C memerah keringat
B mencuci mata D memeras otak

35 Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan ______


A titik peluh C makan suap
B telinga kuali D minta diri

36 _____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
A Hidung tinggi C Hancur hati
B Iri hati D Besar hati

37 Mariam _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan itu.
A titik peluh C makan diri
B mandi kerbau D hilang akal

38 Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.


A anak tunggal C bulat hati
B anak angkat D ikut jejak

39 Walaupun Jong Ai Berharta, tetapi dia _____ dan tidak mahu menghulurkan bantuan
kewangan kepaa adik-beradiknya yang susah.
A sampah masyarakat C tangkai jering
B senyum kambing D tali barut
40 Izat ______ untuk membantu ibunya mengemas rumah.
A berat tulang C alas perut
B cari jalan D senang hati

41 Basri kecewa kerana tidak dapat mendekati anak Mak Cik Ramlah yang ______ itu.
A jinak-jinak merpati C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D hidung belang

42 Ayah _____ bekerja di sawah demi mencari sesuap nasi.


A membuka jalan C mati katak
B memeras keringat D memeras ugut

43 Sikap Syafiah yang sering berlembut dengan adik-adiknya me______nya apabila dia
dihalau dari rumah.
A makan garam C makan duit
B makan gaji D makan diri

44 Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.
A mencuit hati C mengambil berat
B mencuci mata D mengadu domba

45 Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.
A hidung belang C kaki bangku
B gulung tikar D harga diri

46 Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang


kelapa sawit.
A langkah kanan C mandi peluh
B pekak badak D ketam batu

47 Amira menyediakan bebrapa keping roti untuk anaknya sebagai ______ sebelum ke
sekolah.
A kaki bangku C hisap darah
B kutu embun D lapik perut

48 Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk polis.
A besar kepala C buah pena
B cuci tangan D curi tulang

49 Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.


A naik minyak C untung batu
B patah arang D ubat hati

50 Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.
A mulut tempayan C kaki ayam
B kutu embun D pekak badak

51 Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh dirunding lagi.
A hisap darah C paku belanda
B makan duit D tangkai jering

You might also like