You are on page 1of 5

( ID MODEL – ARCS MODEL )

I PENGENALAN

Model pembelajaran ARCS (Attention, Relevance, Confidence, dan Satisfaction)


merupakan suatu bentuk pendekatan penyelesaian masalah untuk merancang aspek
motivasi serta lingkungan belajar dalam mendorong dan mempertahankan motivasi
pelajar untuk belajar (Keller, 1987). Model pembelajaran ini berkait rapat dengan
motivasi pelajar terutamanya motivasi untuk memperolehi pengetahuan yang baru.
Motivasi sangat penting dalam proses pembelajaran kerana motivasi dapat mendorong
pelajar menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
tiada motivasi dalam diri setiap pelajar, proses penerimaan maklumat dalam proses
pembelajaran sukar diterima. Sebagai jalan meningkatkan motivasi belajar pelajar,
penerapan model pembelajaran ARCS ini sangat efektif digunakan kerana model ARCS
ini sesuai dengan keperluan dan minat pelajar.

II KOMPONEN-KOMPONEN ARCS

Models ARCS mengenalpasti 4 komponen strategi yang penting untuk memotivasikan


pelajar (Keller, 1983). Berikut merupakan komponen-komponen yang terlibat :-
a) [A]ttention / Perhatian - Strategi untuk merangsang dan mengekalkan rasa
ingin tahu dan minat. Rangsangan terbahagi kepada beberapa faktor, Antaranya
:-
1) Rangsangan Persepsi:
Contoh: Guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang
tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid.
2) Rangsangan Inkuiri:
Contoh: Guru menyampaikan satu senario tentang sesuatu masalah dan
mengarahkan murid melakukan percambahan idea (brainstorm)
penyelesaian yang munasabah berasaskan apa yang telah dipelajari
dalam kelas.
3) Kepelbagaian:
Guru menggunakan pelbagai jenis kaedah dan media untuk memenuhi
keperluan murid yang berbeza-beza.

1
b) [R]elevance / Perkaitan - Strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan
motif pelajar. Komponen yang terlibat adalah seperti berikut :-
1) Orientasi Matlamat:
Menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan kaedah-kaedah
spesifik untuk pencapaian berjaya.
Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan objektif pelajaran.
2) Pemadanan Motif:
Memadankan objektif dengan keperluan dan motif pelajar.
Contoh: Guru membenarkan pelajar menyampaikan hasil projek dalam
bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan keperluan
pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan muridnya.
3) Kebiasaan:
Menyampaikan isi kandungan dengan cara yang mudah difahami dan
berkatian dengan pengalaman dan nilai pelajar.
Contoh: Murid-murid diminta memberi contoh tentang pengalaman diri
sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima dalam kelas.

c) [C]onfidence / Keyakinan - Strategi untuk membantu pelajar membangunkan


jangkaan positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran. Antaranya seperti
berikut :-
1) Prasyarat Pembelajaran:
Memaklumkan pelajar tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi serta
kriteria taksiran.
Contoh: Guru menyediakan pelajar dengan senarai kriteria taksiran
tentang projek penyelidikan yang ditugaskan.
2) Kesempatan Berjaya:
Menyediakan kesempatan mencabar dan bererti untuk pembelajaran
berjaya. Contoh: Sebelum memulakan projek penyelidikan, murid-murid
dibenarkan untuk berlatih mencungkil dan merumuskan maklumat dari
berbagai-bagai sumber. Usaha murid diberi maklumbalas agar murid
berasa yakin tentang tugasan yang akan dilakukannya.

2
3) Tanggungjawapan Kendiri:
Mengaitkan kejayaan pembelajaran kepada usaha dan kebolehan
peribadi pelajar. Contohnya: Guru menulis maklum balas tentang kualiti
prestasi pelajar dan memperakukan dedikasi dan kesungguhan pelajar.

d) [S]atisfaction / Kepuasan - Strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik


dan instrinsik. Komponen ini boleh dibahagikan kepada :-
1) Pengukuhan Intrinsik:
Menyokong dan menggalakkan intrinsik akibat pengalaman
pembelajaran. Contoh: Guru menjemput bekas pelajar untuk memberi
perakuan tentang kepentingan kemahiran belajar dalam kerja rumah dan
projek kelas.
2) Ganjaran Ekstrinsik:
Memberi pengukuhan positif dan maklum balas bermotivasi.
Contoh: Guru menganugerahkan sijil kepada murid apabila murid telah
menguasai satu set kemahiran yang lengkap.
3) Equiti:
Memastikan piawaian dan akibat yang konsisten untuk kejayaan.
Contoh: Selepas tamatnya projek kumpulan, guru memberi maklum balas
berdasarkan kriteria yang telah diedarkan terlebih dahulu.

III KESIMPULAN

ARCS merupakan pendekatan yang mudah untuk meningkatkan tarikan


motivasi para pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran. ARCS menyediakan
kerangka yang kuat untuk meningkatkan mutu motivasi dalam pengajaran di bilik
darjah, penyediaan bahan di internet dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lain
yang membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

3
IV HURAIAN BERGAMBAR

V RUJUKAN

Keller, J. M. (1979). Motivation and instructional design: A theoretical perspective.

Journal of Instructional Development, 2(4), 26 – 34.

You might also like