You are on page 1of 7

SMK SULTAN ABDUL SAMAD

JLN 12/13, 46200 PETALING JAYA


SELANGOR

LAPORAN
KEM KEPIMPINAN
KOKURIKULUM 2018

TARIKH:
19 JANUARI 2018 (KHAMIS)
1.00 PETANG – 5.00 PETANG

TEMPAT:
DEWAN BAKTI,
SMK SULTAN ABDUL SAMAD
PETALING JAYA, SELANGOR.
LAPORAN BENGKEL KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2018

BIL KANDUNGAN PERKARA CATATAN

BENGKEL KEM KEPIMPINAN


1. TAJUK/PROGRAM
KOKURIKULUM
19 APRIL 2018 (KHAMIS)
2. TARIKH/MASA
1.00 – 5.00 PETANG

3. TEMPAT DEWAN BAKTI, SMK SAS PJ

1. Peserta mendapat pengetahuan dan pendedahan


asas pengurusan aktiviti kokurikulum.
2. Melahirkan pemimpin murid yang berkualiti dan
4. OBJEKTIF mampu menjalankan tugas dengan berkesan.
3. Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk sesi
Ogos 2017/Ogos 2018.
4. Meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK tertinggi
dalam pengendalian organisasi

PENGISIAN 1. Taklimat dan pengisian esmartko.


5. 2. Pengurusan Kokurikulum
PROGRAM/AKTIVITI
3. Aktiviti KBAT Kokurikulum
65 Pengerusi Unit Kokurikulum
6. BILANGAN PESERTA
65 Setiausaha Unit Kokurikulum

7. AJK PENGELOLA AJK Kokurikulum

Pn Rosalmi Ayu bt Abdul Ghani


PENCERAMAH/
8. KOLABORASI En Muhammad Hayat Hasim
BERSAMA
Pn Siti Sarah bt Mohd Yunoss

JUMLAH RM 700 (Makanan murid)


9.
PERBELANJAAN RM 360 (Bahan Kem)

Maklumat mengenai aktiviti kokurikulum yang


mantap.
10. KEKUATAN PROGRAM
Kerjasama murid yang menunjukkan minat dalam
memimpin ahli yang lain.

Kekangan masa dan bertindan dengan latihan


11. KEKANGAN PROGRAM
untuk MSSD.

CADANGAN
12. Menambah masa untuk program ini.
PENAMBAHBAIKAN
PELAKSANAAN PROGRAM/LAMPIRAN BERGAMBAR
1.00petang Pendaftaran Peserta
1.30petang Makan dan Solat Zohor

Peserta program yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha bagi


setiap Unit Kokurikulum diwajib untuk menghadiri program yang
dirancang.
2.00 petang Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan dari urusetia.
Slot yang pertama diisi dengan tajuk E-smartko: pengurusan fail secara
maya oleh Puan Rosalmi Ayu Abdul Ghani selaku Setiausaha Kokurikulum
dan pengendali utama e-smartko. Topik utama dalam ceramah beliau
adalah berkaitan dengan tatacara pengisian dan kepentingan e-smartko
kepada unit kokurikulum.
Peserta ditunjukkan mengenai bagaimana untuk melengkapkan e-
smartko dengan betul.

3.00 petang Slot kedua adalah mengenai Pengurusan Kokurikulum oleh En


Muhammad Hayat bin Hasim. Pengurusan Kokurikulum ini adalah
mengenai bagaimana seorang pengerusi dan AJK tertinggi memainkan
peranan dalam menjalankan aktiviti kokurikulum. En Muhammad Hayat
menyentuh betapa seorang ketua perlu bijak mempelbagaikan aktiviti
(dengan dibantu oleh guur penasihat) bagi menarik minat ahli lain untuk
menjalankan aktiviti kokurikulum bersama-sama.

4.00 petang Slot seterusnya yang merupakan slot terakhir adalah dari PK
Kokurikulum, Pn Siti Sarah bt Mohd Yunos yang membincangkan
mengenai aktiviti KBAT Kokurikulum dan Sukan. Pn Siti Sarah
menekankan bahawa aktiviti kokurikulum bukan sekadar picisan sahaja
namun ia juga sangat penting bagi seorang murid yang ingin melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti KBAT dalam
kokurikulum dan sukan telah diperkenalkan sejak tahun 2016 bagi
membolehkan semua murid mempraktikkan pemikiran kritis dan kreatif
semasa aktiviti kokurikulum. Pn Siti Sarah memberikan beberapa contoh
aktiviti KBAT yang boleh dilaksanakan. Semua peserta diminta untuk
membincangkan sekurang-kurangnya 4 aktivit KBAT untuk dipraktikkan
semasa aktiviti kokurikulum. Setiap unit juga harus memasukkan 12
aktiviti KBAT dalam rancangan kokurikulum unit masing-masing.
11.30pagi Slot seterusnya merupakan ceramah bertajuk Public Speaking yang
disampaikan oleh Pn. Shalini a/p Ramakrishnan. Beliau memberi
penerangan dan garis panduan tatacara mengendalikan public speaking
yang berkesan. Diakhir ceramah, beliau membahagikan murid kepada 10
kumpulan. Setiap kumpulan diminta membincangkan isi ucapan
berdasarkan tajuk yang diberi. Seorang wakil daripada setiap kumpulan
diminta membuat public speaking tidak kurang daripada lima minit.
5.00 petang Sebelum bersurai pelajar diminta untuk membersihkan kawasan dewan.

10.0 PENUTUP
10.1 Program Kepimpinan Kokurikulum yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan
jayanya pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapakan ribuan terima kasih kepada
warga sekolah SMK Sultan Abdul Samad dan semua yang terlibat diatas kerjasama
yang diberikan bagi menjayakan program tersebut.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

…………………………………………………………….. ………………………………… …

You might also like