You are on page 1of 23

.

1 Zaman Kegemilangan
 Peraanan Tokoh-Tokoh
 Sistem Pentadbiran
 Perdagangan
 Perhubungan Luar
KEGEMILANGAN MELAKA.

PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK.

1. Sistem pentadbiran yang teratur yang dikenali sebagai sistem pembesar empat lipatan telah
di perkenalkan oleh sultan.
2. Sistem ini ialah kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir.

Sistem pembesar empat lipatan.


Raja/sultan.
Pembesar berempat.
Pembesar berlapan.
Pembesar enam belas.
Pembesar tiga puluh dua.

3. Dalam sistem tersebut,sultan mengetuai teraju pemerintahan.


4. Sultan dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai pembesar berempat,yang terdiri
daripada bendahara,penghulu bendahari,Temenggung,dan laksamana.
5. Pembesar berempat dibantu oleh pembesar berlapan,pembesar enam belas,dan pembesar
tiga puluh dua.
6. Setiap pembesar mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Peranan Sultan.

1.Sultan.
(1)menyelaras kegiatan ekonomi.
(2)menjadi lambang perpaduan rakyat.
(3)mengetuai hubungan diplomatik.
(4)menjadi ketua agama islam dan adat istiadat melayu.
(5)mengetuai angkatan tentera.
(6)melantik pembesar negeri.

Peranan Pembesar Berempat Dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan.

1. Bendahara.
(1)penasihat sultan dalam pentadbiran.
(2)menteri utama.
(3)ketua hakim.
(4)Pemangku sultan ketika sultan tiada atau gering.

2. Penghulu bendahari.
(1)pengutip hasil dan ufti.
(2)ketua kepada semua bendahari.
(3)ketua urus setia istana.
(4)ketua kepada semua syahbandar.

3. Temenggung.
(1)ketuaq polis dan penjara.
(2)penguasa bandar dan kota melaka.
(3)ketua protokol istana.
(4)hakim darat.

4. Laksamana.
(1)ketua angkatan laut.
(2)pengawal peribadi sultan.
(3)ketua duta.
(4)mengetuai utusan.

Tanggungjawab Pembesar.

1. Tanggungjawab menegakkan dan mempertahankan kedaulatan sultan dan kerajaan


dilakukan oleh pembesar.
2. Untuk membina kerajaan yang kuat dan maju sokongan dan taat setia pembesar sangat
penting.
3. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah,sungai atau pulau bagi
meningkatkan sokongan tersebut.
4. kawasan pentadbiran pembesar dikenali sebagai kawasan pegangan.

PEMBESAR KAWASAN PEGANGAN


bendahara muar dan bentan
penghulu bendahari sening ujung dan kampar
temenggung tiada kawasan pegangan
laksamana temasik
hulubalang sungai raya dan siantan

5. Di kawasan jajahan dan daerah sultan turut melantik pembesar di kawasan tersebut untuk
memungut cukai.
6. Kawasan memungut cukai dikenali sebagai kawaan pemakanan.

Peranan Syahbandar.

1. Kecekapan dan kebijaksaan syahbandar melaksanakan tugas telah dapat melincinkan urusan
perdagangan.
2. Peranan syahbandar.
(1)menguruskan pasar dan gudang.
(2)menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.
(3)memeriksa alat timbang dan sukat serta mata wang.
(4)menjadi hakim di pelabuhan.
(5)menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
(6)menguruskan cukai.
3. Setiap syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang talah di tetapkan.

Peranan Laksamana dan Orang Laut.

1. Menjaga keselamatan perairan selat melaka ialah tanggungjawab laksamana.


2. Orang laut ditugaskan untuk mengawal.
3. Keamanan dan keselamatan perairan melaka dijamin dengan keberanian orang laut.

PUSAT PERDAGANGAN.

1. Pada pertengahan kurun ke 15 melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.


2. Kegemilangan melaka dalam bidang perdagangan digambarkan dalam buku sejarah melayu
sebagai maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke melaka;terlalu
ramai bandar melaka pada zaman itu.
Kedudukan Geografi.

1. Melaka terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara timur dan barat.


2. Hal ini membolehkan melaka mengawal selat melaka yang menjadi laluan kapal dagang.
3. Pedagang bukan sahaja tinggal di pelabuhan melaka untuk berdagang,tetapi untuk
mendapatkan juga bekalan makanan dan minuman.
4. Muara sungai yang dalam membolehkan kapal dagang mudah berlabuh untuk menurunkan
barangan dagang dan mendapatkan barang keperluan.
5. Banjaran titiwangsa dan pulau sumatera menjadi penghalang tiupan angin monsun dan
membolehkan kapal berlabuh dengan selamat.
6. Para perdagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun.
7. Bentuk muka bumi yang berbukit dijadikan panduan kepada pedagang untuk belayar.
8. Bukit juga dijadikan tempat strategik untuk memerhati dan mengawasi keselamatan selat
melaka.

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka.

1.Pengubalan undang-undang tersebut bertujuan memastikan perdagangan berjalan lancar dan


adil.

2.Undang-undang ini mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga,hukum jenayah di


kapal,cara berjual beli,larangan,dan tanggungjawab anak kapal,kiwi serta nakhoda.

3.Kiwi ialah penyewa ruang perahu dan penumpang yang membawa barang untuk
diperdagangkan.

Kemudahan Di Pelabuhan.

1.Kerajaan melaka membina gudang bertujuan menyimpan barang serta menyediakan tempat
tinggal kepada perdagang sementara menungu pertukaran angin monsun.

2.Terdapat kapal,perahu,jong,lancar,gajah,dan pekerja untuk mengangkut barangan ke


gudang.

3.Melaka juga menyediakan bekalan makanan dan minumam untuk perdagang.

Sistem Cukai Dan Surat Kebenaran Berniaga.

1.Cukai yang dikenakan kepada perdagang adalah berpatutan.

2.Perdagang perlu membayar panduan(cukai rasmi) sebelum berjual beli dan nilainya
bergantung pada tempat asal pedagang.

3.Sistem cukai yang digunakan dikenali sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut
tempat.
(1)enam peratus dikenakan cukai kepada pedagang dari barat.
(2)cukai tiga peratus dikenakan kepada pedagang yang menetap di melaka.
(3)memberi persembahan atau hadiah kepada sultan,temenggung atau syahbandar dikenakan
kepada pedagang dari jepun dan china kerana mereka tidak dikenakan cukai.

4.Surat kebenaran berniaga perlu didapatkan pedagang sebelum berdagang di melaka.

5.Sejumlah bayaran dikenakan untuk mendapat surat kebenaran berniaga,surat ini berfungsi
sebagai lesen untuk berniaga di melaka.

6.Tujuan peraturan tersebut ialah untuk memastikan urusan perdagangan berjalan lancar dan
menjadi sumber pendapatan kerajaan.

Penggunaan Sistem Mata Wang.

1.Dalam urusan perdagangan mata wang logam diperbuat daripada timah yang dipanggil
calains dan wang emas digunakan.

2.Turut digunakan wang emas,perak,dan timah dari gujerat,pedir,pasai,dan kembayat.

3.Penggunaan mata wang dapat memudahkan urusan perdagangan,selain dapat mengalakan


pedagang berdagang di melaka.

Pelabuhan Entrepot.

1.Pelabuhan melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari kepulauan melayu dan
pengedaran dari timur dan barat ke kepulauan melayu.

2.Pelabuhan melaka amat berbeza dengan pelabuhan lain kerana pelabuhan lain hanya
memasarkan hasil tempatan.

Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca.


.
1.Dalam urusan perdagangan bahasa melayu menjadi lingua franca(bahasa penghantar).

2.Pedagang asing menggunakan bahasa melayu semasa berurusan dengan pegawai dan
pedagang di melaka.

5.3 KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR.

5.3.1 Hubungan Serantau.

1.Apabila sultan melaka,Megat Iskandar Shah berkahwin dengan puteri raja pasai,hubungan
diplomatik melaka dengan pasai dianggap setaraf.

2.Hubungan melaka dengan pasai juga terbentuk pertukaran pendapat tentang agama islam.

3.Kerajaan melaka pernah menghantar tentera dan pembesarnya ke pasai untuk menamatkan
huru-hara.

4.Siak,jawa,dan kampar juga menjalinkan hubungan dengan melaka.

5.Beras,bahan makanan,dan rempah dibekalkan oleh jawa kepada melaka.

6.Apabila melaka menakluki kampar dan siak,kedua-duanya telah menjalinkan hubungan


dengan melaka.

7.Ufti dalam bentuk barangan atau wang dihantar oleh kampar dan siak kepada melaka.

8.Apabila berutus surat dengan melaka kampar dan siak menggunakan istilah sembah.

5.3.2 Hubungan Antarabangsa Melaka.

1.Apabila laksamana yin ching datang melawat melaka pada tahun 1404,maka hubungan
melaka dengan china terjalin.

2.Hubungan melaka dengan china telah menguntungkan melaka kerana melaka mendapat
pengiktirafan daripada china.
3.Hubungan melaka dengan siam bermula apabila melaka menghantar utusan
diplomatiknya,tun telanai dan menteri jana putera ke siam.melaka berbaik-baik dengan siam
bagi menjana kepentingan ekonominya.

4.Hubungan melaka dengan ryukyu(Jepun) terjalin dalam bentuk hubungan diplomatik dan
perdagangan.

5.Sultan mansor syah pernah menghantar surat kepada raja ryukyu tentang rakyatnya yang
melanggar undang-undang melaka.

6.hubungan melaka dengan gujerat berbentuk hubungan perdagangan.

5.4 PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM.

1.Kedah dan terengganu merupakan kerajaan awal yang menerima islam di tanah melayu.

2.Penemuan batu nisan di tanjung inggeris kedah telah membuktikan bahawa kedah telah
menerima islam pada abad ke 9 lagi.

3.Penemuan batu nisan di kuala berang terengganu telah membuktikan bahawa


terengganu telah menerima islam sekitar abad ke 13.

4.Agama islam bertapak di melaka apabila megat iskandar shah memeluk islam pada abad ke
15.

5.4.1 Kedatangan Agama Islam Ke Melaka.

1.Agama islam turut di sebarkan di melaka melalui perkahwinan(sultan melaka dengan raja
pasai).

2.Menurut hikayat raja-raja pasai dan bustanus salatin,islam disebarkan di melaka oleh
pendakwah Arab yang bernama syeikh abdul aziz dari mekkah yang mengislamkan raja Sri
maharaja,pembesar,dan rakyat melaka.

3.Pedagang islam dari Arab dan India turut menyebarkan agama islam di melaka melalui
kegiatan dakwah dan perkahwinan dengan penduduk tempatan.

4.Terdapat juga pedagang yang membawa bersama ahli agama untuk membantu menjalankan
dakwah.

5.Sifat islam yang meliputi semua aspek kehidupan turut dikaitkan dengan perkembangannya.

5.4.2 Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam.

1.Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian agama islam serta tempat pertemuan
ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Parsi.

2.Sultan,pembesar dan rakyat melaka diajar oleh ulama,manakala pendakwah menjalankan


kegiatan dakwah di melaka.

3.Faktor islam cepat tersebar di Melaka ialah tindakan raja yang memeluk islam.

4.Sultan mewujudkan beberapa intitusi seperti masjid,madrasah, dan surau untuk mempelajari
agama islam,membaca al-Quran dan selain usaha sultan untuk mengembangkan agama islam.

5.Melaka juga terkenal sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf.


6.Tempat menterjemah,menyadur dan menyimpan kitab-kitab ialah istana.

7.Antara kitab yang diterjemahkan ialah hikayat amir hamzah dan hikayat muhammad ali
hanafiah.

5.4.3 Kegigihan Melaka menyebarkan Agama Islam Ke Asia Tenggara.

1.Pengebaran dilakukan melalaui perdadangan,tentera upahan,penaklukan,peranan ahli


agama,perkahwinan dan peranan pemerintah.

2.Penyebaran ini juga berlaku apabila perdagang di memeluk islam dan menyebarkanya.

3.Tentera upahan dari jawa memeluk islam,menyebarkan agama islam apabila pulang ke jawa.

4.Kebanyakkan negeri taklukan melaka rajanya memeluk islam bagi menjamin keselamatan.

2.1 Zaman Kegemilangan


 Undang-undang
 Perkembangan Agama Islam
 Perluasan Kuasa
UNDANG-UNDANG MELAKA

PENDAHULUAN

Undang-undang Melaka yang lebih dikenali Hukum Kanun Melaka dan risalat hukum
kanun (dalam bahasa Arab) merupakan undang tradisional yang tertua di negara ini. Hukum
Kanun Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis. Menurut pandangan Dr Mohd Yusoff
Hashim, Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan pada masa pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia baru ditulis dan disusun secara teratur
pada pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada tahun (1489M – 1511M). Hukum Kanun Melaka ini
diwujudkan bertujuan untuk melindungi rakyat, kerajaan dan negeri Melaka.

Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang bidang kuasa raja
dan pembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap
kesalahn jenayah awam dan undang-undang Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka juga, sedikit
sebanyak menyentuh tentang hukum hukum Islam seperti Hukum Hudud.

Contoh bahasa yang telah digunakan dalam petikan Hukum Kanun Melaka atau dikenali
Undang Undang Melaka :-

“Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu, melainkan raja yang kerajaan
juga. Pertama-tama 'titah', kedua 'berparik', ketiga 'murka', keempat 'karunia', kelima
'anugerah'. Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang
keluaran berkata demikian itu, digocoh hukumnya”

KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA SEBAGAI PANDUAN YANG LENGKAP DALAM


MENJALANKAN PEMERINTAHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Hukum Kanun Melaka sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan
pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan
keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu,
perilaku jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini
demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh
kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi
peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta
keselamatan rakyat lain terpelihara.

Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi
kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut
undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan
masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang
berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau
undang-undang awam yang menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah,
harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi
perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri,
tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang
lengkap dalam hukum kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna
dalam menjalankan pemerintahan kerajaan.

Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan
pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut,
terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem
pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat
raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan
syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan
urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan
produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan
pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan
sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata.
Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang
diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam
struktur pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam
masyarakat Melayu tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan
golongan rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi
memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan
pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara
pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja sahaja yang
berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat
dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh raja. Walau
bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang
terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan tentang undang-undang perhambaan.
Undang-undang ini memperakukan kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan
seperti barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka
mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan
yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik
melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.
PENGARUH ISLAM DALAM HUKUM KANUN MELAKA

Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka

1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.

2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yang mengambil nyawa (membunuh) orang akan
dibalas bunuh. Orang Islam yang membunuh orang kafir tak dikenakan qisas. Dalam soal
mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama dan setimpal. Hal ini selari
dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 Hukum Kanun Melaka menyatakan
pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda). Hal ini
selari dengan mazhab Shafiee. Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina, Qazaf,
Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sebagai contoh kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi
yang telah berkahwin dan disebat 100 x bagi yang belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah
an-Nur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80 x sebatan. Bagi kesalahan
minum arak akan disebat 40 x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yang tidak dikenakan
hudud dan qisas seperti mencuri tidak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Contoh akan diminta
pulang semula barang yang dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampung sebagai
pengajaran.

Undang-undang Muamalah,

o Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal
30 Hukum Kanun Melaka. Contoh disebut dengan nyata haramnya riba, tidak boleh berniaga
dengan orang gila.

Undang-undang Keluarga

o Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya. Dalam hal ini
semuanya selari dengan hukum Islam.

Undang-undang Keterangan dan Acara

o Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperti mesti Islam, adil,
pengampun, pemurah dan sebagainya. Disini dinyatakan juga hakim/kadi dilarang menerima
hadiah.

Penglibatan Ulamak dalam soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi
terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan.
Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam Hukum Kanun Melaka, masih terdapat banyak
pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.

Undang-undang yang Tidak Selari Dengan Islam :

1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)

2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya Raja Muhammad
telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina
dengan isteri orang.

Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :

o Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina
rumah seperti

Konsep Daulat dan Tulah :

o Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.

Pengaruh adat Temenggung :

o Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan
selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.

RUMUSAN

Kesimpulannya, Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-
undang ini yang awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu, diresapi unsur agama Islam yang
ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya,
undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat
lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-
perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan. Walaupun Hukum Kanun
Melaka diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun
masih ada ruang yang bertentangan dengan syarak. Hal ini, Undang-undang Melaka masih
dipakai oleh undang-undang zaman sekarang.

2.0 Sejarah Kesultanan Melayu


Melaka
2.2 Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka

Faktor Kemerosotan

Kesan Kemerosotan dan Kejatuhan Melaka Kepada Pemerintah

Kesan Kemerosotan dan Kejatuhan Masyarakat Melaka
Kemerosatan Melaka

Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara telah berkembang maju dan
mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah.
Walaubagaimanapun, Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah akibat pelbagai faktor.
Faktor Kemerosatan dan Kejatuhan Melaka :

1) Kelemahan kepimpinan
2) Masalah perpaduan
3) Kelemahan askar Melaka
4) Kedatangan Portugis

Kronologi kelemahan kepimpinan

Selepas kematian Tun Perak -> Jawatan bendahara diganti oleh Tun Mutahir -> Kelemahan
pentadbiran Tun Mutahir -> Bersikap pilih kasih
.
Selepas kematian Tun Perak ,tempatnya telah diganti oleh Tun Mutahir .kelemahan pentadbir
Mutahir ialah pilih kasih semasa menjalankan tugas .beliau bersikap pilih kasih sehingga timbul
perasaan iri hati .beliau telah difitnah cuba mengatasi kekayaan Suitan Melaka iaitu Sultan
mahmud syah.akibat amat murka dengan tampa usul periksa Sultan Mahmud Syah
telahmenjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya.Setelah itu
Sultan Mahmud Syahmelantik Raja Ahmad Syah yang lemah dan tak cekap untuk menjadi Sultan
Melaka. Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih merupakan orang yang uzur dan
tepok. Selain itu, amalan rasuah dan fitnah-memfitnah telah berleluasa. Kadar cukai yang
tinggi pula menyebabkan perdagangan beralih tempat seperti Acheh, Bantam, Patani dan
Brunei untuk berniaga kerana cukainya yang lebih rendah.

Kronologi masalah perpaduan

Persaingan antara orang Melayu dan orang India Muslim untuk mendapatkan pengaruh ->
Perebutan pengaruh antara Laksaman Khoja Hasan dengan Tun Mutahir -> Raja memfitnah Tun
Mutahir kerana cuba mengatasi kekayaan sultan

Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka telah menimbulkan semula persaingan
antara orang Melayu dengan golongan India Muslim. Persaingan ini berpunca dari sikap Tun
Mutahir yang mengamalkan pilih kasih dalam menjalankan tugasnya. Sikap Tun Mutahir yang
mementingkan kaum India Muslim telah menimbulkan huru-hara dalam kalangan rakyat.
Keadaan ini menyebabkan semangat bekerjasama tidak wujud. Perpecahan ini telah
menyumbang kepada kelemahan Kerajaan Melaka dan juga kegiatan perdagangannya.

Kronologi kelemahan askar Melaka

Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap -> Angkatan perang Melaka tidak mempunyai
struktur yang lengkap -> Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri -> Askar Portugis
mendapat sokongan dari pangkalan tentera Goa, India -> Askar Portugis lebih terlatih

Ketika menghadapi serangan Portugis, tentera Melaka menggunakan keris,panah,sumpit


beracun,perisai tombak dan senjata tradisional yang lain. Walaupun tentera Melaka
mempunyai senapang dan meriam, senjata yang digunakan oleh tentera Portugis adalah lebih
baik. Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti angkatan perang
Portugis. Selain itu, askar Portugis lebih terlatih berbanding askar Melaka dan mendapat
sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa,India. Askar-askar upahan Melaka dari Jawa
telah melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka. Ini membawa kepada penawanan
Melaka oleh Portugis.

Senjata yang digunakan oleh Portugis

Senjata yang digunakan oleh Melaka


Kedatangan Portugis

Sebab Kedatangan :

Orang Portugis merupaka bangsa Eropah yang terawal berlayar pada kurun ke-15.
Bartholomeow Diaz telah menemui jalan laut ke timur melalui Tanjung Harapan(Selat Afrika)
pada tahun 1488M. Vasco da Gama sampai ke India pada 1498M dan diikuti Lopez de Sequeira
tiba di Melaka.

1) Penyebaran agama Kristian


- ingin meneruskan Perang Salib,menghapuskan kerajaan Islam di Timur,menyebarkan agama
Kristian

2) Kegiatan perdagangan
-ingin menguasai dalam perdagangan utama iaitu Selat Melaka dan perdagangan rempah

3) Penemuan jalan laut

4) Mendapat galakan daripada Putera Henry berdasarkan slogan Gospel,Gold and


Glorymenyebabkan rakyat berani menjajah ke Timur.

Kedatangan Portugis di Timur dikaitkan dengan keinginan mereka untuk meneruskan Perang
Salib. Mereka berhasrat menghancurkan Kerajaan Islam yang ada di Timur termasuk Kerajaan
Melaka yang merupakan pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam. Di samping itu
juga, Portugis berhasrat membolot kekayaan yang terdapat di Timur. Mereka juga berhasrat
menguasai perdangangan rempah seperti lada hitam kayu manis,bunga cengkih dan buah
palatelah dimonopoli oleh perdagangan Timur Islam. Perdagangan Islam mendapat bekalan
rempah dari pelabuhan Melaka dan menjualnya dengan harga yang tinggi di Eropah ini
mendatangkan keuntungan yang besar kepada perdagangan Islam. Portugis yakin sekiranya
mereka berjaya menguasai Selat Melaka yang menjadi jalan utama pedagang dan memonopoli
perdagangan rempah, sudah pasti mereka memperolehi keuntungan yang lumayan. Rempah
ratus ini sangat diperlukan di Eropah kerana digunakan untuk mengawet makanan, dan juga
menyedapkan makanan seperti daging serta memanaskan badan.

Model kapal Portugis, Caravel.

Portugis menguasai Melaka

Lopez de Sequiera bersama angakatan lautnya tiba di Melaka pada tahun 1509M. Rombongan
ini dihantar oleh Raja Portugal bertujuan menjalani hubungan dengan Kerajaan Melaka. Pada
mulanya,kedatangan mereka ke Melaka telah disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. Mereka
dibenarkan menjalankan perniagaan di Melaka dengan jaminan keselamatan daripada Sultan
Melaka. Perdagangan Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat maklumat bahawa
kedatangan Portugis ke Melaka adalah untuk menguasai perdagangan dan untuk menentang
agama Islam. Mereka telah menyampaikan perkara ini kepada Tun Mutahir. Beliau telah
menasihatkan Sultan Mahmud untuk menangkap orang Portugis termasuk orang kanan Portugis
iaitu Ruy de Araujo. Beliau bersama lebih kurang 20 orang Portugis telah ditangkap dan
dipenjarakan oleh Tun Mutahir. Lopez de Sequiera telah berjaya melarikan diri ke Goa. Pada
tahun 1510M, Alfonso de Albuqueque bersama angkatan lautnya telah diarahkan untuk
menyerang Melaka. Apabila tiba di Melaka, beliau telah menuntut supaya :

a) Tawanan Portugis dibebaskan


b) Meminta ganti rugi daripada Sultan Melaka
c) Mendirikan kubu di Melaka
Alfonso de Albuqueque

Walaubagaimanapun, tuntutan tersebut telah ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Keadaan ini
menyebabkan Alfonso bertindak untuk menyerang Melaka.

PERISTIWA KEDATANGAN PORTUGIS KE MELAKA :

25 Julai 1511
- Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka
- Kejayaan Portugis menguasai jambatan Sungai Melaka ini adalah kerana maklumat kekuatan
pertahanan Melaka telah disampaikan oleh Si Kitol kepada Portugis. Melaka melancarkan
serangan balas yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah dan Portugis terpaksa berundur.

10 Ogos 1511M
- Dalam serangan ini, Portugis berjaya mengalahkan angkatan Melaka.

24 Ogos 1511M
- Portugis berjaya menguasai Melaka. Portugis membina kubu pertahanan A Famosa dan
berjaya mengekalkan kuasa di Melaka selama 180 tahun
3.0 Perkembangan Kerajaan Melayu sebelum
Kedatangan British
 Kerajaan Johor Lama
 Kerajaan Pahang
 Kerajaan Perak
 Kerajaan Selangor
 Kerajaan Kedah
 Kerajaan Kelantan

KEDAH
Dikenali:Cheh Cha ( orang Cina)
:Kataha, Kalagam,Kadaram(India)
:Kalah, Kalah Bar ( Arab )
:Sai ( Siam )
Dibahagikan kepada 3 pusat pentadbiran :
- Kota Palas
- Langkawi
- Kota Ulu
: Kota Setar
Kedudukan yang strategik menarik minat pedagang timur dan barat
Menghantar ‘bunga emas’ kepada Siam sebagai tanda persahabatan serta jaminan
keselamatan
1767 : Menjalin persahabatan dengan Burma apabila Burma menawan Ayuthia
Sultan Kedah meminta pertolongan Inggeris apabila menerima ancaman Siam
1821 : Kedah ditakluki Siam kerana hubungan baiknya dengan Inggeris dan
keengganannya akur kepada Siam
1842 : Berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Siam
Hubungan Kedah –Siam bertambah erat dan Kedah terkenal sebagai pelabuhan
Entrepot
Kedah mengamalkan Undang-undang Laut Melaka, memperkenalkan sistem sukat
dan mata wang
Hasil tempatan yang diperdagangkan ialah emas,bijih timah,lada
hitam,damar,rotan,tanduk dan gading
PERAK
Dikaitkan dengan nama sejenis logam-Perak
➳ Menurut A.Halim Nasir ( Sejarah Perak ) nama sempena sg.Perak yang terdapat
sejenis ikan putih seperti Perak
➳ Sumber Sejarah Perak berdasarkan dua sumber iaitu Sejarah Melayu dan
Salasilah Perak
➳ Kesultanan Perak diasaskan tahun 1528 seyelah Tun Saban mengadap Sultan
Mahmud Shah memohon seorang putera dirajakan di negeri Perak
➳ Raja Muzaffar diperkenankan ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu
Cura Simanjakini
➳ Baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak pertama bergelar Sultan Muzaffar Shah
ibni al Marhum Sultan Mahmud Shah berpusat di Tanah Abang
➳ Perak terkenal dengan perdagangan bijih timah sejak Zaman Kerajaan Beruas
dan manjung
➳ Kekayaan hasil bumi dan kemakmurannya menyebabkan kuasa luar berminat
menguasainya
➳ 1575 : Acheh menawan Perak dan menjadikannya negeri naungan
➳ 1651 : Akibat kesukaran berdagang,Belanda mengepung Perak dan memaksa
Sultan menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Belanda
(VOC).Perjanjian ini ditandatangani oleh Sultan Iskandar Zulkarnain dan Thomas
Acheppers
➳ Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda
➳ Bendahara Megat Terawis telah menentukan sempadan antara Perak dengan
Siam untuk memudahkan pembesar Perak memungut cukai yang diperolehi
daripada lombong bijih timah di Klian Intan yang diusahakan oleh orang Reman dari
Siam
➳ Kekayaan Perak menyebabkan Siam berminat menaklukinya
➳ 1816, 1818 dan 1819 : Perak tewas ditangan Kedah atas arahan Siam dan
dipaksa menghantar bunga emas setiap tahun serta membenarkan orang-orang
Siam membeli bijih timah tanpa membayar cukai
➳ Tindakan Siam ini gagal kerana penglibatan British melalui perjanjian Low di
Perak
PAHANG
-Telah wujud pada akhir abad ke 9 atau awal abad ke 10
-Pahang juga dikenali dengan :
* Phang atau Pahangh (Sumber China)
* Pong Fong ( Chao Ju-Kua )
* Fahan (Orang Arab)
* Pokok Mahang yang tumbang merentangi Sungai Pahang di Kampung Kembahang
(Cerita tradisi Melayu)
* Pura ( Sejarah Melayu )
-1470: Raja Muhamad ditabalkan menjadi Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Muhamad Shah

-Bermula keturunan Melaka menguasai Pahang

-1641-1673 : Pahang diletakkan dibawah Yam Tuan Muda Johor iaitu Raja Bajau.

-Berakhirlah kesultanan Melaka di Pahang

-Pada zaman kemerosotan kerajaan Johor, Pahang diletakkan dibawah kuasa Bendahara Johor
-1882 : Bendahara Wan Ahmad menjadi Sultan selepas merampas kuasa daripada Bendahara
Wan Mutahir

-Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras,bijih timah dan hasil hutan (
kayu kapur,gaharu dan kapur barus )
KELANTAN
-Dikenali sebagai
: Ho-lo-tan ( Sheh-Yau –sejarawan China)

: Gabungan perkataan ‘kolam’ dengan ‘autam’ menjadi kolantam dan akhirnya menjadi
Kelantan

-Diasaskan oleh Long Yunus

-1777: Raja Long Yunus memindahkan ibu kotanya dan Kota Kubang Labu ke Kota Bharu

-Setelah Long Yunus mangkat, Kelantan diserang oleh Terengganu yang dibantu oleh Patani.

-1801: Long Muhamad ( Putera Raja Long Yunus ) berjaya membebaskan Kelantan dari
kekuasaan Terengganu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhamad 1
-Bagi menjaga kemerdekaan Kelantan, baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
Siam dengan menghantar bunga emas setiap tiga tahun.

-Terengganu tidak lagi menunjukkan permusuhan terhadap Kelantan

-Terletak ditengah-tengah laluan dagang timur-barat

-Menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China

-Mengeluarkan wang emas dinar dan wang pitis


-Dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan kembang

3.0 Perkembangan kerajaan Melayu sebelum kedatangan British


1. Kerajaan Perak
2. Kerajaan Selangor
3. Kerajaan Kedah
4. Kerajaan Kelantan
TERENGGANU
-Nama Terengganu disebut sebagai
: Tong Ya Nong dan Teng Ya Nung (Catatan Cina )
: Taring anu dan Anu merujuk kepada harimau
( Sultan Umar, Sultan ke 9 )
-Muncul sekitar tahun 1700 -1703
-Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja ( Keluarga Bendahara Pahang) dilantik menjadi
Sultan dengan gelaran Sultan Zainal Abidin 1
-Pelantikan dibuat oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Johor
-Mencapai zaman kegemilanganya zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah 1 (
Sultan ke 2 )
-Muncul sebagai salah sebuah pelabuhan pedalaman yang terpenting di kepulauan
Melayu
-Sultan Mansor Shah 1 melibatkan diri dalam perdagangan dan melantik wakil-
wakilnya untuk urusan perdagangan
-Antara barang dagangan Terengganu ialah lada hitam,emas dan bijih timah
-Terengganu telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Siam dan Siam
telah meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor 1765
-Sultan Mansor Shah 1 menghantar bunga emas ke Siam tanda persahabatan tetapi
Siam telah menganggap Terengganu telah mengakui ketuanan Siam
-Sultan Umar amat berpegang kuat kepada Islam
-Negeri terawal menerima pengaruh agama Islam
-Buktinya:
☺ Penemuan artifak sebuah tembaga purba yang bertulis ayat Al Quran
bertarikh 652H/1254M
☺ Prasasti Terengganu bertarikh 702H/1303M yang mengandungi hukum
jenayah Islam dan sebagainya

SELANGOR
-Dipercayai asal nama selangor diperoleh sempena nama sungai Selangor
-Muncul pada kurun ke 18
-Sultan Selangor berketurunan Bugis yang menetap di Kuala Selangor dan Kuala
Linggi
-Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,Jeram,Klang,Langat dan Kuala Selangor
berada dibawah jajahan Melaka
-Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dilantik sebagai penghulu
Klang
-Pada kurun ke 17,orang bugis telah mendiami Kuala Selangor dan Klang
-Menjelang kurun ke 18, kedudukan orang bugis semakin kukuh apabila Raja Lumu ditabalkan
sebagai raja Selangor oleh Sultan Muhamad, Perak dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah
-Sultan Ibrahim ( penganti Sultan Salehuddin ) berjaya memajukan Selangor sebagai pengeluar
bijih timah menyebabkan Belanda menyerang Kuala Selangor dan baginda berundur ke Hulu
Selangor,Bernam dan ke Pahang
-1785, dengan bantuan Pahang, Kuala Selangor berjaya ditawan semula
-1786, Belanda mengepung semula Kuala Selangor, Sultan meminta pertolongan Perak
-Setelah Sultan Ibrahim mangkat, Sultan Muhamad Shah dilantik menjadi Sultan Selangor
-Selangor merupakan pengeluar bijih timah yang banyak, pernah bertuankan Kesultanan
Melayu Melaka serta dipengaruhi oleh Bugis

NEGERI SEMBILAN
-Terdiri daripada 9 daerah /luak
* Sungai Ujong
* Rembau
* Jelebu
* Johol
* Ulu Muar
* Inas
* Gunung Pasir
* Terachi
* Jempol
-Kemajuan Melaka telah menarik kedatangan orang Minangkabau dari Sumatera untuk menetap
di Naning, Sungai Ujong dan Rembau
-Mereka ingin menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka yang berasal dari Melayu - Jambi
-Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, kekuatan pengaruh Bugis di Johor dan bermulanya
kesultanan Bugis di Selangor menyebabkan keadaan di Negeri Sembilan tidak aman
-Penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada Sultan Johor untuk mendapatkan
seorang putera raja bagi mentadbir negeri mereka
-Johor tidak dapat membantu dan memberi kuasa kepada mereka untuk mendapatkan seorang
anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar
-Baginda ke Siak dan ke Johor untuk mendapatkan keizinan memerintah Negeri Sembilan dan
ditabalkan sebagai Yamtuan tahun 1773

-Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi
Yamtuan Besar

-Negeri Sembilan menjadi pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan untuk kegiatan
perdaganganya

4.0 Penjajahan kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu


 Konsep Penjajahan- Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme
 Konsep:
 Imperialisme: Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik
dan kedaulatan negara.

Kolonialisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh


terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan
sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

Mekantilisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam


aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah.
Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.
Ciri-ciri:

1.Mencabul kedaulatan negara

2.Memasukkan dan meluaskan unsur pembaratan.

 Mengubah adat, istiadat, agama, serta budaya.


3. Menukarkan sistem politik –pemerintahan dan pentadbiran.

4. Menukarkan sistem dan penguasaan ekonomi.

5. Menghalang masyarakat pribumi daripada mengaut keuntungan.

6. Meletakkan penasihat

7. Kepergantungan terhadap negara penjajah.

4.0 Penjajahan kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu


 Belanda
 British
Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme

Konsep:

Imperialisme: Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan


kedaulatan negara.

Kolonialisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap


negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya
berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

Mekantilisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek
ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan
negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

Ciri-ciri:

1.Mencabul kedaulatan negara

2.Memasukkan dan meluaskan unsur pembaratan.

 Mengubah adat, istiadat, agama, serta budaya.


3. Menukarkan sistem politik –pemerintahan dan pentadbiran.

4. Menukarkan sistem dan penguasaan ekonomi.

5. Menghalang masyarakat pribumi daripada mengaut keuntungan.

6. Meletakkan penasihat

7. Kepergantungan terhadap negara penjajah.

Campur Tangan Inggeris Di Tanah Melayu

Aspek Kajian:
 Sebab campur tangan
 Ciri-ciri campur tangan Inggeris
 Peristiwa peperangan dan kekacauan yang berlaku.
 Penggunaan perjanjian oleh pihak Inggeris.
 Kesan campurtangan Inggeris / Perubahan
Sebab Campur Tangan
A. Faktor Ekonomi:
1. Kehendak dan pemilikan bahan mentah
2. Perkembangan Revolusi Industri di Eropah
3. Pasaran
4. Mencari keuntungan
5. Desakan pemodal
6. Perkembangan teknologi

B.Faktor Politik dan Sosial


1. Persaingan kuasa asing
2. ketidakstabilan politik – perang saudara rebut takhta dan kongsi gelap.
3. Peranan Andrew Clark
4. Aspek kemanusiaan – permohonan Sultan
5. Strategi ketenteraan – letakkan tentera bagi menguatkan pengaruh British
di
rantau ini.
6. Untuk memasukkan unsur peradaban barat / Inggeris di Malaysia . Dasar
Pembaratan.
7. Perubahan Dasar British di London – Pertukaran Kerajaan Koservatif kepada
Buruh.

Ciri-Ciri Campur Tangan

1. Politik yang tidak stabil


a. Berlaku perebutan kuasa politik dan ekonomi
b. Tiada semangat perpaduan – kepentingan diri pembesar.
c. Ancaman dan persaingan kuasa asing selain British.
d. Pembentukan masyarakat majmuk dan kacau bilau kongsi gelap.
2. Penguasaan dan kekayaan ekonomi
a. Kekayaan bahan mentah.
b. Persaingan kuasa untuk dapat keuntungan.
c. Meluaskan pengaruh dan monopoli ekonomi.
d. Tempat untuk melambakkan barangan penjajah – pasaran.
3. Keselamatan
a. Elakkan tergugat pengaruh politik dan ekonomi.
b. Pengawalan jalan laut
c. Tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut – loji ketenteraan.

.0 Penjajahan kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu


 Belanda
 British
Imperialisme, Kolonialisme, dan Mekantilisme

Konsep:

Imperialisme: Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan


kedaulatan negara.

Kolonialisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap


negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya
berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

Mekantilisme: Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek
ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan
negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

Ciri-ciri:

1.Mencabul kedaulatan negara

2.Memasukkan dan meluaskan unsur pembaratan.

Mengubah adat, istiadat, agama, serta budaya.

3. Menukarkan sistem politik –pemerintahan dan pentadbiran.

4. Menukarkan sistem dan penguasaan ekonomi.

5. Menghalang masyarakat pribumi daripada mengaut keuntungan.

6. Meletakkan penasihat

7. Kepergantungan terhadap negara penjajah.

Campur Tangan Inggeris Di Tanah Melayu

Aspek Kajian:

 Sebab campur tangan


 Ciri-ciri campur tangan Inggeris
 Peristiwa peperangan dan kekacauan yang berlaku.
 Penggunaan perjanjian oleh pihak Inggeris.
 Kesan campurtangan Inggeris / Perubahan
Sebab Campur Tangan
A. Faktor Ekonomi:
1. Kehendak dan pemilikan bahan mentah
2. Perkembangan Revolusi Industri di Eropah
3. Pasaran
4. Mencari keuntungan
5. Desakan pemodal
6. Perkembangan teknologi

B.Faktor Politik dan Sosial


1. Persaingan kuasa asing
2. ketidakstabilan politik – perang saudara rebut takhta dan kongsi gelap.
3. Peranan Andrew Clark
4. Aspek kemanusiaan – permohonan Sultan
5. Strategi ketenteraan – letakkan tentera bagi menguatkan pengaruh British
di
rantau ini.
6. Untuk memasukkan unsur peradaban barat / Inggeris di Malaysia . Dasar
Pembaratan.
7. Perubahan Dasar British di London – Pertukaran Kerajaan Koservatif kepada
Buruh.

Ciri-Ciri Campur Tangan

1. Politik yang tidak stabil


a. Berlaku perebutan kuasa politik dan ekonomi
b. Tiada semangat perpaduan – kepentingan diri pembesar.
c. Ancaman dan persaingan kuasa asing selain British.
d. Pembentukan masyarakat majmuk dan kacau bilau kongsi gelap.
2. Penguasaan dan kekayaan ekonomi
a. Kekayaan bahan mentah.
b. Persaingan kuasa untuk dapat keuntungan.
c. Meluaskan pengaruh dan monopoli ekonomi.
d. Tempat untuk melambakkan barangan penjajah – pasaran.
3. Keselamatan
a. Elakkan tergugat pengaruh politik dan ekonomi.
b. Pengawalan jalan laut
c. Tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut – loji ketenteraan.

5.0 Perluasan pengaruh British


1. Perjanjian Pangkor
2. Pembentukan Negeri-negeri Selat
3. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
4. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
British mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu
sehingga tahun 1874. Namun demikian, dasar British terhadap negeri-negeri Melayu telah
berubah menjelang tahun 1874. Oleh itu, British telah berusaha untuk campur tangan secara
langsung di negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19. British menggunakan pelbagai alasan
untuk campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Setelah berjaya menguasai
kerajaan-kerajaan negeri Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai dasar yang bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pengenaan sistem residen merupakan langkah yang
telah digunakan oleh British untuk menstabilkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan British campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri
Melayu

6.0 Tindakbalas masyarakat tempatan terhadap penjajah


1. Perjuangan mengembalikan Kedah
2. Perjuangan Dol Said
3. Perjuangan Dato’ MaharajaLela Perjuangan Tok Janggut
4. Perjuangan Abdul Rahman Limbong
5. Perjuangan Yam Tuan Antah
6. Perjuangan Dato’ Bahaman
7. Perjuangan Tok Gajah dan Mat Kilau
Faktor Penentangan

 British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar


cukai tanah pada tahun 1915.
 Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa
yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta
kerbau.
 Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang
gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang
bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
 Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat
Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut
dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

Tok Janggut Pejuang Jihad

Haji Mat Hassan Bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok janggut merupakan salah
seorang ulama islam yang pertama menentang kuasa asing di Kelantan. Beliau telah
menjalankan perjuangan menentang Inggeris di Kelantan kerana melalui Perjanjian Inggeris –
Siam (Perjanjian Bangkok) Kelantan diserahkan kepada kuasa Siam. Antara perjuangan beliau
ialah menyerang Pasir Puteh yang dikawal oleh seorang pegawai yang bernama Che Abdul
Latif. Perjuangan ini juga dibantu oleh Engku Besar Jeram , Tuan Ahmad , Penghulu Adam ,
Haji Said , Che Ishak. Sebelum melakuan serangan tersebut iaitu pada 29 april 1915, Tok
Janggut bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib
mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir
Puteh. Mereka hanya menduduki di Pasir Puteh selama 3 hari , memusnahkan pejabat kerajaan
, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Dengan strategi ini , mereka berjaya
menguasai Pasir Puteh dan Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja manakala Tok Janggut
dilantik sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah Pasir Puteh.

Perjuangan dan peranan seterusnya yang dilakukan oleh Tok Janggut adalah membunuh Sarjan
Che Wan. Sarjan Che Wan merupakan seorang pagawai British yang sangat berpengaruh. Dia
juga merupakan salah seorang pegawai yang zalim dalam menindas rakyat dan memaksa
mereka membayar cukai. Hal ini demikian menyebabkan , Pegawai Daerah Pasir Puteh , Encik
Latiff mengeluarkan waran untuk menangkap Tok Janggut dan melantik Sarjan Che Wan untuk
menangkap Tok Janggut atas tuduhan enggan membayar cukai dan menbuat mesyuarat sulit
untuk menyerang Pasir Puteh. Dengan ini berlakulah satu pertempuran antara British dan
pasukan Tok Janggut. Dalam pertempuran itu , Tok Janggut berjaya menbunuh Sarjan Che Wan
yang selama ini menindas rakyat tempatan Kelantan. Peristiwa inilah yang memulakan
peperangan sebenar antara Inggeris dan Tok Janggut.

Selain itu , Tok Janggut juga berperanan dalam menghapuskan ideologi yang disebarkan oleh
pegawai British. Hal ini demikian dikenali sebagai perang saraf. Dalam perang ini Pegawai
Daerah Pasir Puteh iaitu Encik Latiff telah menghantar beberapa pegawai untuk memburukan
nama Tok Janggut dan pengikutnya di kalangan rakyat tempatan dengan harapan generasi
semasa dan generasi yang akan datang menganggap lelaki itu dan kumpulanya penderhaka dan
pengkhianat Negara dan bangsa. Walaubagaimanapun , Tok Janggut menganbil tindakan
segera dengan memberikan amaran kepada Encik Latiff atas penbuatan beliau dan menyerang
pegawai- pegawai British yang terlibat dalam perang saraf.

Peranan ketiga Tok Janggut adalah beliau menyedarkan rakyat tempatan supaya menentang
penjajahan kuasa asing. Kesedaran Tok Janggut terhadap agama , bangsa dan tanah air
dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini demikian terbukti apabila beliau belajar ilmu agama di
Makkah. Guru beliau iaitu Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar
membebaskan tanah air yang dikenali sebagai “Serambi Makka”. Beliau menyebarkan ilmu ini
kepada penduduk tempatan dan menjadi pejuang jihad yang terkenal di Tanah Melayu.

Peranan dan perjuangnan terakhir Tok Janggut adalah terlibat dalam misinya
mempertahankan Kelantan dalam serangan Saring. Atas nama Sultan Kelantan , British telah
membawa masuk tentera daripada Negeri – Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S Cadmus
dan memulakan serangan di Saring. British berjaya dalam serangan tersebut dan melumpuhkan
perjuangnan Tok Janggut dan pengikitnya. Peristiwa yang menyedihkan ialah Tok Janggut
terkorban dalam serangan tersebut , mayatnya diarakan ke seluruh Pekan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan songsang. Apa pun peristiwa ini membangkitkan perasaan
menentang British dan perjuangan yang selama ini dilakukan oleh Tok Janggut diteruskan.

You might also like