You are on page 1of 3

SMK RAJA MUDA MUSA, BESTARI JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/2015

Tarikh : 28 Oktober 2015


Masa : 1.10 tengahari
Tempat : Makmal Biologi

Kehadiran :

1. Pn Norliza bt Fatahur Raji GK Sains dan Matematik


2. Pn Maimunah bt Mohd Zain KP Sains
3. Pn Rizana bt Jamil KP Kimia
4. Pn Mardiana Jamaluddin KP Biologi
5. En R. Sangar KP Fizik
6. Pn Norlaili bt Rabat
7. Pn Salbiyah bt Jaafar
8. Pn Norhidayah bt Othman
9. En K. Selvathurai
10. Pn Siti Zainab bt Saroji

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Ketua Panitia selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan
kehadiran Pn Norliza, GK Sains dan Matematik, guru-guru sains ke mesyuarat Panitia
Sains Bil 3/2015.
Makluman

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


2.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains BIl 1/2015 yang lepas.
En Sangar mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 1/2015 untuk disahkan dan
disokong oleh Pn Mardiana.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Nota Minta dan Perbelanjaan. Semua pembelian mestilah mengikut prosedur yang
betul. Pastikan nota minta disediakan sebelum meminta tandatangan pengetua.
Sebarang kemusykilan tentang perbelanjaan mestilah dirujuk kepada kerani kewangan
dahulu.
Makluman
4.0 Perkara-Perkara Baharu
4.1 Kewangan/Perbelanjaan Peruntukan PCG
4.1.1 Pengerusi membentangkan laporan perbelanjaan Panitia Sains bagi tahun 2015.
Baki perbelanjaan ialah rm86.18. Tiada pembelian yang dibenarkan selepas
bulan september.
Makluman

4.1.2 Pengerusi juga membentangkan perancangan pembelian dan perbelanjaan bagi


tahun 2016. Guru-guru yang merancang untuk membeli bahan bantu mengajar
perlu memaklumkan kepada pengerusi dengan kadar segera untuk dimasukkan
dalam rancangan perbelanjaan tahun hadapan.
Makluman

4.1.3 Pn Norhidayah mencadangkan supaya dibelikan marker whiteboard dan dakwat


untuk kegunaan pdp.
Tindakan: Ketua Panitia

4.2 Program Tahun 2015 dan Perancangan Aktiviti 2016


4.2.1 Pengerusi membentangkan senarai semak program yang telah dilaksanakn pada
tahun 2015. Guru-guru yang mempunyai idea atau cadangan untuk
penambahbaikkan program semasa boleh cadangkan untuk disenaraikan dalam
perancangan program 2016. Sila rujuk Lampiran 1.
Makluman

4.2.2 Puan Mardiana mencadangkan setiap tahun panitia sains akan memfokuskan
satu makmal untuk diceriakan serta diberi nafas baru. Program ini dinamakan “1
Tahun 1 Makmal”. Disokong dan dipersetujui oleh Pn Norliza.
Tindakan: Semua guru

4.3 Senarai semak Penyedia Sukatan Rancangan Mengajar Tahunan.

4.3.1 Sila rujuk lampiran 2


Tindakan: Guru-guru yang terlibat

4.4 Cadangan mata pelajaran dan kelas yang akan diajar untuk tahun 2016

4.4.1 Sila rujuk lampiran 3


Tindakan: Semua guru
5.0 Hal-Hal Lain
5.1 Jadual kelas tambahan sebelum murid menduduki peperiksaan SPM dibincangkan. Sila
rujuk Lampiran 4.
Tindakan: Guru-guru yang terlibat

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Pengerusi mengingatkan bahawa semua guru perlu memberi fokus kepada SPM dan
PT3. Semua Ketua Panitia dan semua guru perlu bersedia dengan Program
Kecemerlangan mengikut mata pelajaran masing-masing untuk mencapai target
seterusnya mencapai matlamat sekolah.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Urus Setia
Setiausaha Panitia Sains

Tarikh:
28 Mei 2015

BORANG MAKLUM BALAS


MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/2015

BIL PERKARA TINDAKAN Catatan

1 Perkara 4.1.3 Pembelian marker whiteboard dan Ketua Panitia


dakwat

2 Perkara 4.2.2 1 Tahun 1 Makmal Semua guru

3 Perkara 4.3.1 Rancangan Pelajaran Tahunan Guru-guru yang


terlibat

4. Perkara 4.4.1 Cadangan mata pelajaran dan kelas Semua guru


2016

5. Perkara 5.1 Jadual Kelas Tambahan Guru-guru yang


terlibat

You might also like