You are on page 1of 182

CINTA

&
KEHIDUPAN
Penyunting:

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin


Fazilah Idris
Aminudin Basir

PUSAT PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2013

ii
Cetakan Pertama / First Printing 2013
Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini


boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat
juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat
Pengajian Umum terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be


reproduced or transmitted in any form or by any means,
electronic or mechanical, including photocopy, recording, or
any information storage and retrieval system, without permission
in writing from Pusat Pengajian Umum.

Reka Bentuk Kulit oleh / Cover Design by


Nor Afian Hj. Yusof

Atur Huruf oleh / Typesetter by


Nor Afian Hj. Yusof, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin &
Hanisah Osman

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


PUSAT PENGAJIAN UMUM
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor D.E Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


PUSAT PENERBITAN DAN PERCETAKAN
43600 UKM Bangi, Selangor D.E Malaysia
ISBN 978-983-9122-24-4

iii
KANDUNGAN

Prakata ii
Pendahuluan iv

BAB 1 Cinta dalam Perspektif Aqidah Islam 1


Aminudin Basir

BAB 2 Ayat-ayat Cinta 18


Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Hanisah Osman

BAB 3 Hadith-hadith Cinta 35


Syaidatun Nazirah Abu Zahrin & Hanisah Osman

BAB 4 Pengaruh Cinta ke atas Psikologi Manusia 55


Rozmi Ismail

BAB 5 Cinta dan Personaliti 75


Hanisah Osman, Fazilah Idris, &
Khairul Anwar Mastor

BAB 6 Etika Percintaan dalam Rumah tangga Muslim 96


Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Hj. Abu Zahrin
al-Qadiri & Maznah Hj. Ibrahim

BAB 7 Cinta dalam Kehidupan Berkeluarga sebagai 116


Pemacu Kecemerlangan Hidup
Jamiah Manap

BAB 8 Cinta Dan Kaitan Dengan Hubungan Etnik 127


Membawa Kepada Perpaduan
Fazilah Idris

BAB 9 Psikologi Cinta dalam Pendidikan Islam 145


Terjemahan Jurnal Prof. Dr. Ghulam Saqeb Nabi,
yang bertajuk “The Psychology of Love in
Muslim Education”.

i
PRAKATA

Bismillahirrahmaanirrahim & Assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Segala penghormatan dan puji hanya untuk Allah SWT dan


selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,
keluarga dan para sahabat baginda. Sukacita saya merakamkan
ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Penyelidik
GUP KHAS UKM 364 dari PPU dan juga beberapa penulis dari
FSSK kerana telah berjaya menghasilkan buku yang bertajuk
“Cinta dan Kehidupan”. Saya mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada pengarang buku ini kerana sudi memberi ruang
kepada saya untuk memberi kata-kata aluan.
Saya dimaklumkan bahawa buku ini dihasilkan melalui
penyelidikan mengenai kepentingan dan peranan cinta dalam
membina individu, keluarga dan masyarakat yang bahagia dan
sejahtera. Isu dan permasalahan sekitar cinta dalam individu,
keluarga dan masyarakat sebenarnya mempunyai impak yang
signifikan dalam kehidupan manusia. Manusia boleh bahagia
dengan cinta dan sebaliknya, manusia juga boleh derita dengan
sebab cinta – dalam konteks individu, keluarga dan masyarakat
sehingga dalam konteks cinta manusia dengan Allah SWT.
Kupasan konsep dan amalan cinta dari pelbagai perspektif akan
dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada setiap individu
hari ini bagi menangani masalah perpecahan dalam keluarga,
keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda, ketandusan
kasih sayang dan cinta dalam pelbagai konteks termasuklah
dalam rumah tangga, tempat kerja, komuniti, masyarakat dan
Negara.
Justeru, kajian yang menggarap kepentingan dan peranan
cinta yang luas terutamanya dari sumber-sumber wahyu dari
Qur'an dan Hadith yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik ini
adalah bertepatan sebagai salah satu usaha bagi menyediakan
pendekatan yang berkesan kepada permasalahan manusia pada
hari ini.
Semoga usaha ini dapat disebar luaskan demi
kemaslahatan Ummah. Dengan memahami hakikat cinta secara

ii
universal dan komprehensif, saya yakin, insyaAllah, buku ini
akan dapat menjadi sumber rujukan bagi memandu kehidupan
kita ke arah kefahaman dan amalan yang betul mengenai cinta
dan kaitannya dengan kehidupan di dunia dan di akhirat. Sekian.

Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor


Pengarah
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia

iii
PENDAHULUAN

Kepentingan kajian cinta di sudut Islam dan psikologi dilihat


sebagai satu usaha yang penting untuk memahami hakikat cinta
dalam kehidupan manusia. Bab Satu bagi buku ini ialah
"Cinta Dalam Perspektif Aqidah Islam ". Ia
mengandungi perbahasan mengenai pengertian cinta, tahap-
tahap cinta atau hub, cinta dan akidah, bahagian-bahagian cinta,
cinta dan iman, golongan-golongan yang dikasihi Allah.
Seterusnya Bab Dua Iaitu “Ayat-Ayat Cinta”
menyenaraikan ayat-ayat cinta kepada Allah SWT, ayat-ayat
cinta kepada Rasulullah SAW, ayat-ayat cinta kepada diri
sendiri, ayat-ayat cinta kepada ibu bapa, ayat-ayat cinta kepada
makhluk, ayat-ayat cinta kepada ilmu, ayat-ayat cinta kepada
kebaikan. Ini disusuli dengan Bab Tiga iaitu “Hadith-Hadith
Cinta” yang mengandungi ayat-ayat cinta Allah SWT, cinta
Rasulullah SAW, cinta kepada diri sendiri, cinta kepada ibu
bapa, cinta kepada makhluk, cinta kepada ilmu, cinta kepada
kebaikan.
“Cinta Menurut Perspektif Psikologi ”
menghuraikan mengenai perhubungan romantik dan cinta,
faktor yang mempengaruhi tarikan dan kewujudan perasaan
cinta, cinta dan jenis-jenisnya, pemilihan pasangan, kegagalan
hubungan romantik, dan kesan terputusnya hubungan rapat.
Kajian cinta dari sudut psikologi ini disusuli pula oleh Bab Lima
Iaitu “Cinta Dan Personaliti” yang mengandungi takrif
cinta dan personaliti, personaliti dari perspektif islam, ciri-
ciri personaliti muslim, personaliti jiwa manusia menurut
Imam al-Ghazali, pembangunan insan, Model Lima Faktor
Personaliti (The Five Factor Model Of Personality),
hubungkait cinta dan personaliti, kepentingan cinta dan
personaliti, implikasi cinta dan personaliti dalam
kehidupan.
Kepentingan cinta dalam rumahtangga telah dihuraikan
dalam Bab Enam Iaitu “Etika Percintaan Dalam Rumahtangga
Muslim” yang mengandungi definisi etika, definisi cinta, etika
percintaan di antara sepasang kekasih, etika percintaan di antara

iv
suami isteri, etika percintaan dalam rumahtangga poligami,
hukum berpoligami, etika percintaan di antara ibu bapa dan
anak-anak, etika percintaan di antara hamba dan Tuhan. Selain
itu, cinta dalam keluarga dapat diperkasakan dengan menghayati
Bab Tujuh iaitu “Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai
Pemacu Kecemerlangan Hidup” mengandungi manifestasi cinta,
amar makruf nahyu munkar, matlamat cinta dalam kehidupan
berkeluarga, keluarga yang dicintai Allah sebagai pemacu
kecemerlangan ummah, dan strategi pengukuhan cinta dalam
keluarga.
Bab Lapan dalam buku ini ialah “Cinta dan Kaitan
dengan Hubungan Etnik Membawa kepada Perpaduan ”
yang bertujuan untuk menerangkan tentang sejauhmanakah cinta
ada kaitan dengan hubungan etnik dan seterusnya membawa ke
arah perpaduan. Definisi cinta, definisi hubungan etnik dan
definisi perpaduan dikaji mengikut kajian-kajian yang lepas dan
berdasarkan tiga perspektif yang lebih releven iaitu perspektif
barat, perspektif timur dan perspektif ISLAM. Penulisan konsep
ini juga membahaskan tentang kepentingan cinta di dalam
kehidupan manusia amnya, hubungkait antara cinta dan
hubungan etnik membawa perpaduan disamping impak atau
kesannya ke arah perpaduan sejagat.
Akhir sekali iaitu Bab Sembilan yang bertajuk
“Psikologi Cinta Dalam Pendidikan Islam ” adalah jurnal
terjemahan yang ditulis oleh sarjana pendidikan Islam, Prof. Dr.
Ghulam Saqeb Nabi, membahaskan secara terperinci mengenai
peranan Psikologi Cinta dalam kehidupan Muslim. Ia
mengandungi cinta fitrah daripada Allah SWT cinta yang
ditiupkan ke roh manusia, cinta yang dikhianati oleh manusia,
Nabi Muhammad SAW - pemulih terakhir cinta Allah, cinta
sebagai asas kepada masyarakat Islam di Madinah, pengertian
dan dimensi cinta sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah
SAW, cinta yang tertanam melalui Pendidikan Islam, cinta
Rasulullah kepada kanak-kanak dan golongan muda, Negara
Islam: kerajaan yang berlandaskan cinta, Negara Islam diganti
oleh kerajaan dinasti, cinta bertukar menjadi takut dalam
Pendidikan Islam, rejim penjajah menyuntik rasa rendah diri di
kalangan umat Islam, dan bagaimana untuk menukar haluan dan
mewujudkan kembali psikologi cinta dalam Pendidikan Islam.

v
Besarlah harapan kami agar penyelidikan dan penulisan
ini dapat memainkan peranan yang penting di dalam
menyebarluaskan ilmu cinta dari sudut Islam dan psikologi.
Wallahua’lam.

Penyunting:

Pn. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin


Prof. Madya Dr. Aminudin Basir
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris

16 Mei 2013
Pusat Pengajian Umum , UKM Bangi.

vi
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

BAB 1 | CINTA DALAM PERSPEKTIF


AQIDAH ISLAM
AMINUDIN BASIR

PENGENALAN

Cinta merupakan salah satu dari amalan hati yang dirasai oleh
semua manusia. Ia merupakan perasaan dalaman manusia yang
wujud secara fitrah. Namun demikian, seandainya manusia
dibiarkan mengurus perasaan cinta tanpa bimbingan, dibimbangi
cinta tersebut akan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan.
Akibatnya cinta tersebut akan membawa pemiliknya ke arah
kesengsaraan hidup. Justeru di sinilah letaknya kepentingan
akidah untuk membimbing perasaan cinta tersebut agar menepati
kehendak Allah SWT selaku Pencipta. Topik ini akan
membicangkan aspek cinta dari perspektif akidah.

PENGERTIAN CINTA

Dari sudut Bahasa Arab kalimah cinta berasal dari kata ‘hub’.
Terdapat beberapa pandangan dalam melihat asal usul maksud
cinta. Terdapat pandangan yang menyatakan cinta itu bermaksud
suci yang merujuk kepada pengertian 'al-Safa’ (Mohd Ratib
2012). Cinta juga dilihat bermaksud tetap utuh dan teguh atau
disebut al-Thabat wa al-Iztizam (Mohd Ratib 2012). Cinta juga
dilihat sebagai intipati dan asal usul sesuatu perkara. Dalam
hubungan ini cinta itu dilihat datang dari dalam lubuk hati
manusia. Ini memperlihatkan bahawa cinta itu bersifat suci,
mendalam serta melahirkan sikap komitmen yang tinggi
terhadap sesuatu perkara. Kesucian cinta itu menggambarkan
keikhlasan perasaan individu.
Dari sudut istilah, cinta dapat diertikan sebagai
kecenderungan hati seseorang terhadap individu atau sesuatu
perkara disertai dengan pengorbanan bagi menunaikan tuntutan
dan kehendak individu atau perkara yang dikasihi tersebut.
Ini menunjukkan cinta itu terbit dari lubuk hati manusia
yang mencetuskan pengorbanan seseorang individu. Cinta akan
memberi rangsangan kepada seseorang untuk bertindak bagi

1
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

menunaikan apa sahaja kehendak individu yang dicintai itu.


Dapat juga dikatakan di sini bahawa tahap pengorbanan
seseorang itu bergantung kepada tahap kecintaan yang wujud
dalam dirinya.

TAHAP-TAHAP CINTA

Menurut Ibn Taymiyah (1978) cinta mempunyai tahap-tahap


tertentu. Tahap paling awal disebut sebagai al-‘Alaaqah,
kemudian diikuti oleh al-Sababah, al-Gharam, al-‘Isyq dan yang
tertinggi adalah al-Tatayyum. Al-‘Alaaqah merujuk kepada
hubungan hati terhadap perkara yang dikasihi. Sementara al-
Sababah pula berkaitan dengan perasaan halus yang cenderung
kepada sesuatu perkara itu. Manakala al-Gharam pula
bermaksud cinta yang berterusan terhadap sesuatu. Al-‘Isyq pula
adalah kebergantungan hati terhadap sesuatu yang dicintai.
Peringkat yang tertinggi iaitu al-Tatayyum pula bermakna
menghambakan diri sepenuhnya terhadap sesuatu yang dikasihi
itu (Ibn Taymiyyah 1978).
Dalam konteks ini al-Tatayyum adalah sama erti dengan
istilah al-Ta’abbud (Ibn Abi al-Izz 1987). Selain dari itu terdapat
juga istilah-istilah lain yang dikaitkan dengan cinta. Antaranya
adalah seperti istilah al-Syaghaf (Ibn Abi al-Izz 1987). Ia
merupakan perasaan cinta yang sampai ke penutup pintu hati.
Maksud ini disebut oleh Allah di dalam surah Yusuf, ayat 30
yang bermaksud:

“Sesungguhnya cintanya terhadap anak muda itu


(nabi Yusuf a.s) adalah sangat mendalam”.

Menurut al-Suddiy dalam mentafsirkan ayat berkenaan


bahawa cintanya itu menyusuk masuk ke dalam hati menembusi
penutup hati (al-Baghawiy 222). Al-Wud adalah antara istilah
yang dikaitkan dengan cinta. Dalam hubungan ini al-wud
mempunyai tiga pengertian iaitu bercita-cita mengharapkan
sesuatu kebaikan. Sepertimana dalam firman Allah di dalam
surah al-Hijr, ayat 2 yang bermaksud:

2
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

“Orang-orang yang kafir itu seringkali (nanti di


akhirat) menginginkan sekiranya mereka dahulu
(di dunia) menjadi orang-orang Islam”.

Al-wud juga bermaksud kasih sayang. Perkara ini ditegaskan


oleh Allah di dalam surah Maryam, ayat 96 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan


beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah
akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih
sayang”.

Cinta juga adalah termasuk dalam pengertian al-wud. Hal ini


dinyatakan oleh Allah SWT di dalam surah al-Syura, ayat 23
yang bermaksud:

“Aku tidak meminta dari kamu sesuatu upah pun


atas seruanku kecuali kasih sayang
kekeluargaan” (al-Kabisiy 2010).

Al-khullah juga termasuk dalam tahap-tahap yang wujud


dalam cinta. Al-khullah bermaksud cinta yang sempurna,
sehingga tidak ada ruang melainkan dipenuhi dengan cinta
terhadap sesuatu itu (Ibn Taymiyyah 1997). Dalam konteks ini
al-khullah itu hanyalah milik Allah terhadap hambanya. Al-
khullah ini bukan dicapai melalui amalan, bahkan ia adalah satu
pilihan yang khusus dari Allah terhadap hambanya (al-Kabisiy
2010). Sepertimana Allah SWT. telah memilih Rasulullah SAW.
dan nabi Ibrahim A.S. sebagai khalilNya. Dalam hubungan ini
Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Nisa’ ayat 125
yang bermaksud:

“ Allah telah mengambil Ibrahim menjadi


kesayanganNya”

Dalam hadith dari riwayat Jundub r.a, Rasulullah SAW bersabda


yang bermaksud:

3
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

“Sesungguhnya Allah telah mengambilku


menjadi khalilNya sepertimana Allah telah
mengambil Ibrahim sebagainya khalilNya”
(Muslim 2000).

Kesabaran nabi Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah


untuk menyembelih anaknya amat wajar melayakkan baginda
dipilih Allah untuk menjadi khalilNya (Ibn Abi al-Izz 1997).
Kepatuhan tersebut menunjukkan tahap kecintaan baginda yang
amat tinggi terhadap Allah SWT mengatasi cintanya terhadap
perkara yang lain.
Dalam hadith Ibn Abbas r.huma pula baginda bersabda
yang bermaksud:

“ Jika aku dibolehkan mengambil seorang Khalil


pastinya aku akan mengambil Abu Bakr, tetapi
beliau adalah saudara dan sahabatku”
(al-Bukhariy 1997).

Menurut Ibn Abi al-Izz (1987), hadith tersebut


menjelaskan bahawa baginda tidak wajar untuk memilih dari
kalangan manusia ini seorang Khalil. Jika ini dibenarkan pasti
baginda akan menjadikan Abu Bakr al-Siddiq sebagai khalilnya,
sedangkan baginda Rasulullah SAW sangat mengasihi beliau.

CINTA DAN AKIDAH

Jika dilihat dari perspektif akidah Islam, cinta adalah termasuk


dalam perkara ibadah. Ia tergolong dalam ketegori ibadah hati
yang juga disebutkan sebagai amalan hati. Selain cinta, sabar,
tawakkal, benci juga tergolong dalam amalan tersebut. Dalam
hal ini, cinta dapat menyumbang kepada balasan pahala dan juga
balasan dosa. Terdapat cinta yang hak dan juga cinta yang batil.
Walaupun diakui bahawa cinta itu telah wujud dalam diri
manusia sejak diciptakan, namun manusia tidak berupaya untuk
mengetahui cinta yang hak dan cinta yang batil dengan benar
tanpa bimbingan wahyu.
Dari perspektif akidah, cinta itu perlu diasaskan atas
keimanan kepada Allah SWT yang menghasilkan sifat ikhlas

4
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

dalam diri manusia. Tanpa cinta terhadap Allah tidak mungkin


akan wujud sifat ikhlas yang sebenarnya dalam ibadah. Lantaran
itu para sarjana Islam melihat bahawa cinta kepada Allah SWT
merupakan salah satu rukun penting dalam perlaksanaan ibadah
di samping rukun yang lain iaitu tunduk dan patuh (Ismail Omar
2006). Justeru itu perasaan cinta adalah sebagai kriteria
kemanisan iman. Hal ini disebut oleh Rasulullah SAW. dalam
sabdanya yang bermaksud:

“Tiga perkara barangsiapa merasainya maka dia


mendapat kemanisan iman dalam hatinya; Dia
mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari selain
keduanya” (al-Bukhari 1997).

Maka kecintaan terhadap Allah ini akan membawa


manusia untuk mentauhidkanNya dalam ibadah. Sebaliknya,
apabila cinta itu diasaskan atas perkara yang lain dari Allah
maka ia akan membawa manusia mensyirikkan Allah SWT.
Lantaran itu di dalam al-Qur’an dijelaskan berkenaan kedudukan
dua jenis cinta ini, iaitu manusia yang mencintai Allah dan
manusia yang mencintai selainNya. Penjelasan ini disebut di
dalam surah al-Baqarah ayat 165-167 yang bermaksud:

“Ada juga di antara manusia yang mengambil


selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu
(Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai
Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih
cinta kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang
yang melakukan kezaliman (syirik) itu
mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari
akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan
dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah,
dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat
azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan
kezaliman itu)” (165).
“(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan
itu berlepas diri dari orang-orang yang
mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat

5
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika)


terputusnya segala hubungan di antara mereka”
(166)

“Dan (pada masa yang mengecewakan itu)


berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut:
"Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan
semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami
berlepas diri daripada mereka sebagaimana
mereka berlepas diri daripada kami (pada saat
ini)!" Demikianlah Allah memperlihatkan kepada
mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang
mendatangkan) penyesalan yang amat sangat
kepada mereka, dan mereka pula tidak akan
dapat keluar dari neraka.”(167)

Ayat-ayat di atas menjelaskan situasi dua cinta iaitu


cinta kepada Allah yang membawa kepada tauhid dan cinta
kepada berhala dan sembahan selain dari Allah yang membawa
kepada syirik. Golongan yang mencintai Allah akhirnya akan
mendapat balasan syurga, sementara golongan yang mencintai
selain Allah akan dihumbankan ke dalam neraka dan kekal di
dalamnya.
Hal ini menunjukkan bahawa cinta itu bukan sahaja
memberi impak kepada kehidupan manusia di dunia, bahkan
cinta turut memberi kesan kepada seseorang apabila berada di
akhirat kelak.

BAHAGIAN-BAHAGIAN CINTA

Secara umum terdapat dua jenis cinta, iaitu cinta mutlaq dan
cinta muqayyad. Cinta mutlaq bererti sesuatu yang wajib dicintai
tanpa sebarang ikatan atau syarat tertentu. Cinta ini merujuk
kepada kecintaan terhadap Allah dan Rasul. Cinta terhadap
keduanya dibuktikan melalui ketaatan terhadap perintahnya.
Cinta terhadap Allah dibuktikan menerusi perlaksanaan ibadah
dan ketaatan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah

6
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

SAW, perkara ini disebut oleh Allah di dalam surah ali Imran
ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar


kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Tiada beriman seseorang kamu sehingga aku


dikasihinya melebihi dari kasihnya terhadap
ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”
(al-Bukhariy 1997; Muslim 2000)

Maka Rasululullah SAW hanya menyampaikan dan


memerintahkan kepada manusia untuk melakukan perkara-
perkara yang dicintai Allah SWT semata-mata (Ibn Taymiyyah
1978). Konsep perlaksanaan ibadah tersebut perlu menepati dua
syarat utama, iaitu ikhlas dan menepati sunnah Rasulullah SAW
(Al-Hakamiy 2000). Tanpa kedua-dua syarat tersebut seseorang
masih belum dapat menyempurnakan cintanya terhadap Allah
dan Rasul.
Berkaitan dengan cinta muqayyad pula ia merujuk
kepada cinta yang mempunyai syarat tertentu atau ikatan
tertentu. Dalam hal ini terdapat dua syarat utama yang perlu
diberi perhatian. Pertama, cinta tersebut perlu didasarkan kepada
cinta terhadap Allah. Kedua, cinta tersebut tidak boleh
menyalahi syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
Justeru, manusia diberi kebebasan untuk mencintai sesuatu di
dalam kehidupannya, kerana cinta tersebut memang telah
tersedia dalam dirinya sejak diciptakan. Cinta fitrah ini
dijelaskan oleh Allah di dalam surah ali Imran ayat 13 yang
bermaksud:

7
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada


manusia: kecintaan kepada benda-benda yang
diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan
anak-pinak harta benda yang banyak berpikul-
pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang
bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang
ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu
ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah)
pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-
baiknya (iaitu Syurga).”

Walaupun manusia mempunyai perasaan cinta terhadap


perkara-perkara tersebut namun manusia diingatkan tentang
tempat kembali yang lebih baik iaitu syurga. Hal ini disebutkan
oleh Allah SWT di dalam ayat yang berikutnya yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah


supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang
lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi
orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi
Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir
di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di
dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan
isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredhaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah
sentiasa melihat akan hamba-hambaNya”

Ini bermaksud manusia perlu memastikan bahawa


kecintaan mereka terhadap semua perkara di dunia ini perlulah
mengikut kehendak cinta terhadap Allah SWT Penjelasan ini
disokong oleh firman Allah di dalam surah al-Taubah, ayat 24
yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-


bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-
saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-
suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan
harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,

8
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu


sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-
perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah
dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya)
kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk
kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.

Ayat tersebut menegaskan Allah SWT menjanjikan


balasan azab yang pedih bagi sesiapa yang mengasihi kaum
keluarga dan harta benda mengatasi kecintaan mereka terhadap
Allah, Rasul serta berjihad di jalanNya bagi menegakkan agama
(Ibn Taymiyyah 1987). Ini bukan bermakna manusia dilarang
mencintai keluarga dan harta benda, tetapi apabila wujud
kepentingan agama seperti keperluan untuk berjihad apabila
cukup syarat-syaratnya, maka perintah jihad perlu diberi
keutamaan walaupun mendapat tentangan dari keluarga atau
menjejaskan sesuatu perniagaan.
Sememangnya wujud pertentangan antara kepentingan
peribadi dengan perkara-perkara yang lain dalam kehidupan, di
sinilah letaknya kepentingan akidah dalam memandu manusia
untuk menilai perkara-perkara atau amalan-amalan yang utama
dan besar ganjarannya di sisi Allah. Justeru, syariat berperanan
menjelaskan cara bagaimana manusia itu perlu mencintai
sesuatu, cinta kepada siapa yang patut diutamakan dan apakah
implikasi cinta terhadap sesuatu perkara tersebut.
Oleh kerana cinta itu menuntut pengorbanan sebagai
bukti terhadap sesuatu yang dicintai, maka berjihad di jalan
Allah dengan mengorbankan harta benda bahkan nyawa adalah
sebagai bukti yang besar. Allah SWT menghargai setiap
pengorbanan dan Dia akan memberi ganjaran yang setimpal
dengan pengorbanan yang dilakukan. Perkara ini dinyatakan oleh
Allah di dalam surah al-Bara’ah, ayat 20-22:

“Sesunguhnya orang-orang yang beriman dan


berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan
harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar
dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada

9
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

orang-orang yang hanya memberi minum orang-


orang mengerjakan Haji dan orang yang
memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah
orang-orang yang berjaya”.

Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan


pemberian rahmat daripadaNya dan keredhaan serta syurga
mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang
kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

CINTA DAN IMAN

Dalam konteks akidah, cinta mempunyai hubungkait dengan


iman seseorang. Cinta tersebut terserlah melalui penghayatan
dan amalan seseorang individu dalam kehidupan sehariannya
sama ada melalui amalan zahir mahupun amalan batin.
Hubungkait antara cinta dan iman dapat dilihat dalam beberapa
kenyataan dari Rasulullah SAW.

1. Mengasihi saudara yang lain:


Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu


sehinggalah dia mengasihi saudaranya
sepertimana dia mengasihi dirinya”
(al-Bukhariy, 2000).

2. Mengasihi para sahabat Rasulullah SAW.:


Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

“Tanda iman itu mengasihi golongan Ansar dan


tanda-tanda nifaq pula adalah memarahi
golongan Ansar”
(al-Bukhariy, 2000).

3. Mengasihi Rasulullah SAW. lebih dari diri sendiri:


Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

10
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

“Demi diriku ditangannya tidak beriman


seseorang kamu itu sehinggalah diriku lebih
dikasihinya dari kedua ibu bapa dan anaknya”
(al-Bukhariy, 2000).

Daripada hadith di atas jelas menunjukkan bahawa cinta


dan iman itu sangat berkait rapat. Justeru, cinta tersebut dilihat
sebagai manifestasi iman itu sendiri. Ini bermakna jika perasaan
cinta terhadap perkara-perkara tersebut berkurangan, ia
menandakan kekurangan iman seseorang itu.

GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH

Terdapat beberapa golongan yang dikasihi Allah SWT. Mereka


terdiri dari golongan yang sentiasa bertaubat, memelihara
kesucian zahir dan batin, melakukan kebaikan, bertaqwa,
golongan yang bersabar, golongan yang bertawakal, golongan
yang adil dan golongan yang berjihad di jalan Allah SWT (Umar
Syakir, 2010).

1. Berkaitan golongan yang bertaubat, Allah SWT


berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 222;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang


yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-
orang yang sentiasa mensucikan diri”.

Menurut Ibn Kathir (1999) bahawa bertaubat di sini


merujuk kepada taubat dari segala dosa dan syirik.

2. Golongan yang memelihara kesucian zahir dan batin.

Kesucian zahir merujuk kepada kesucian tubuh badan,


termasuk berwudhu. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT
di dalam surah al-Taubah, ayat 108:

11
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

‫وم‬ ٍ ِ ِ ِّ ‫لَّ َم ْس ِج ٌد أ‬
َ ‫َح ُّق أَن تَ ُق‬ َ ‫س َعلَى التَّ ْق َوى م ْن أ ََّول يَ ْوم أ‬ َ ‫ُس‬
َ ‫ب اْل ُمطَّ ِّه ِر‬
‫ين‬ ٌ ‫فِ ِيه فِ ِيه ِر َج‬
ُّ ‫ال ُُِيبُّو َن أَن يَتَطَ َّه ُرواْ َواللّهُ ُُِي‬
“Sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina
wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas
dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah
sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di
dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang
suka (mengambil berat) membersihkan
(mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi
orang-orang yang membersihkan diri mereka
(zahir dan batin)”.

Kesucian kedua merujuk kepada kesucian dari dosa dan


kufur. Perkara ini disebut oleh Allah di dalam surah al-
Tawbah, ayat 28:

ْ‫س فَلَ يَ ْقَربُوا‬ ِ َِّ َ ‫يَا أَيُّ َها الَّ ِذين‬


ٌ َ‫آمنُواْ إَّنَا الْ ُم ْشرُكو َن ََن‬ َ
ِ ِ ْ ‫الْ َم ْس ِج َد‬
‫اْلََر َام بَ ْع َد َعام ِه ْم َه َذا َوإِ ْن خ ْفتُ ْم َعْي لَة‬
ِ ِ ِ ِ ِ ْ َ‫ف ي ْغنِي ُكم اللّهُ ِمن ف‬
ٌ ‫ضله إن َشاء إ َّن اللّهَ َعل‬
‫يم‬ ُ ُ َ ‫فَ َس ْو‬
‫يم‬ ِ
ٌ ‫َحك‬
“Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir
musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka
menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun
ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka
Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari
limpah kurniaNya, jika dia kehendaki.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana”.

12
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

Perkataan najis di dalam ayat di ini merujuk kepada


maksud kufur, bukannya bermaksud najis tubuh badan.

3. Golongan yang melakukan kebaikan.

Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan


perkara ini, antaranya adalah firman Allah di dalam
surah al-Baqarah, ayat 195:

‫َّهلُ َك ِة‬ ِ ِ ِ
ْ ‫َوأَنف ُقواْ ِف َسبِ ِيل اللّه َولَ تُْل ُقواْ بِأَيْدي ُك ْم إِ َل الت‬
‫ي‬ ِِ ُّ ‫َح ِسنُ َواْ إِ َّن اللّهَ ُُِي‬
َ ‫ب الْ ُم ْحسن‬ ْ ‫َوأ‬
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu)
kerana (menegakkan) ugama Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri
kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan
bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-
baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu;
kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah mengasihi


individu yang melakukan kebaikan.

4. Golongan yang bertakwa.

Berkaitan dengan golongan bertakwa pula Allah SWT


menjelaskan di dalam surah ali Imran, ayat 76:

‫َّقي‬ ُّ ‫هدهِ َواتَّقى فَِإ َّن اللَّهَ ُُِي‬


َ ‫ب املُت‬
ِ ‫بلى من أَوف بِع‬
َ َ َ
Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang,
kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya
(mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertaqwa.

13
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

Ayat di atas menerangkan antara ciri individu bertakwa


adalah mereka menunaikan janji. Lantaran dengan sifat
tersebut menjadikan mereka sebagai individu yang
bertakwa.

5. Golongan yang sabar

Al-Qur’an juga banyak menyebut tentang golongan yang


sabar. Antaranya adalah firman Allah di dalam surah ali
Imran, ayat 146:

‫ب ق تَ َل َم َعهُ ِربِّيّو َن َكثيٌ فَما َوَهنوا لِما‬ ِ


‫َوَكأَيِّن من نَِ ى‬
ِ ِ ‫أَصاب هم ف س‬
ُ‫ض ُعفوا َوَما استَكانوا ۗ َواللَّه‬
َ ‫بيل اللَّه َوما‬ َ َُ
‫ين‬ ِّ ‫ب‬
َ ‫الصِب‬ ُّ ‫ُُِي‬
Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah
berperang dengan disertai oleh ramai orang-
orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak
merasa lemah semangat akan apa yang telah
menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan
mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula
mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah),
Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang
sabar.

Menurut ahli tafsir, kesabaran dalam ayat ini merujuk


dalam aspek jihad, iaitu individu berkenaan sabar
menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan dalam
berjihad di jalan Allah SWT.

6. Golongan yang bertawakal.

Antara ayat yang menyebut tentang perkara ini adalah


firman Allah SWT di dalam surah ali-Imran, ayat 159:

14
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

ُّ ‫مت فَتَ َوَّكل َعلَى اللَّ ِه ۚ إِ َّن اللَّهَ ُُِي‬


َ ‫ب املُتَ َوِّك‬
‫لي‬ َ ‫فَِإذا َعَز‬
“Kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu)
maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya”.

Bertawakal bermaksud kekukuhan hati yang disandarkan


kepada Allah dalam menghasil sesuatu yang
mendatangkan manfaat serta menolak sebarang
kemudharatan. Juteru individu yang bertawakkal adalah
individu yang mempunyai nilai keyakinan yang tinggi
terhadap ketentuan Allah SWT

7. Golongan yang adil.

Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-


Hujurat, ayat 9:

“Serta berlaku adillah kamu (dalam segala


perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang berlaku adil”.

Adil di dalam ayat ini merujuk kepada aspek meletakkan


sesuatu itu menurut kehendanya pada masa myang
ditetapkan.

8. Golongan yang berjihad.

Jihad di jalan Allah SWT adalah tanda kemuncak


kecintaan seseorang kepada Allah SWT. Ia sebagai tanda
kesanggupan untuk mengorbankan diri dan harta demi
kecintaan terhadap Allah. Firman Allah di dalam surah
al-Saf, ayat 4:

15
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

ِِ ِ ِ َّ ُّ ‫إِ َّن اللَّه ُُِي‬


‫َّهم‬ َ ‫ين يُ َقاتلُو َن ِف َسبِيله‬
ُ ‫ص ّفا َكأَن‬ َ ‫ب الذ‬ َ
‫وص‬
ٌ ‫ص‬ ُ ‫بُنيَا ٌن َّم ْر‬
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berperang untuk membela ugamaNya,
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

KESIMPULAN

Hubungan cinta demgan akidah ialah membentuk halatuju cinta


manusia ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT Tanpa
akidah manusia akan terumbang ambing tanpa arah dalam
membawa cintanya. Terdapat cinta yang berasaskan tauhid iaitu
cinta kepada Allah serta cinta yang berasaskan syirik, iaitu
merujuk kepada penyembahan perkara selain Allah SWT Cinta
dari perspektif akidah juga dilihat sebagai manfestasi iman itu
sendiri yang mempunyai pelbagai tanda.

16
Ci nta D al am Pe rspek ti f Aqi da h Isl am

RUJUKAN

al-Bukhariy, Muhammad Ibn Ismail. 2000. Sahih al-Bukhari.


Riyad: Dar al-Salam.
Al-Baghawiy, Masud Abi Muhammad al-Farra. 2011. Tafsir al-
Baghawiy. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Al-Hakamiy, Hafiz Ibn Ahmad. 2007. Ma’arij al-Qabul.
Dammam: Dar Ibn al-Jawziy.
Ibn Abi al-Iz. 1987. Syarh al-Akidah al-Thahawiyyah. Beirut:
Muassasah al-Risalah.
Ibn Taymiyyah, Muhammad Ibn Abdul Halim. 1997. Majmu’u
Fatawa. Beirut: Muasasah al-Risalah.
Ismail Omar. 2006. Manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kajang: Percetakan Hiza.
Ibn Kathir, Ismail Ibn Omar. 1999. Tafsir al-Qur’an al-Azim.
Riyad: Dar al-Tayyibah.
_____________. 1986. Al-Ubudiyyah. Jedah: Dar al-Madaniy.
Muslim, Muhammad Ibn al-Hajaj. 2000. Sahih Muslim. Riyad:
Dar al-Salam.
Mohd Ratib. 2012. Al-Hub.
www.nabulsi.com/blue/ar/print.phpart=253.
Umar Syakir al-Kubaysiy. 2010. Al-Hub. Beirut: Muassasah al-
Rayyan.

17
Ayat- Ayat Ci nta

BAB 2 | AYAT-AYAT CINTA


SYAIDATUN NAZIRAH ABU ZAHRIN
& HANISAH OSMAN

PENGENALAN

Allah SWT telah menciptakan keindahan cinta dalam setiap satu


ciptaan-Nya dengan penuh ketelitian dan makna yang mendalam.
Cinta sebagai satu perasaan yang kaya dengan rasa, penuh
makna dan pelbagai kuasa dan impaknya datang dalam pelbagai
versi, tahap dan dimensi. Bagi topik ini, tujuh dimensi cinta yang
sangat relevan dengan kehidupan Muslim akan diberi tumpuan
iaitu cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, diri sendiri, ibu
bapa, makhluk, ilmu dan kebaikan. Perbincangan ini akan
dikupas berasaskan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang
berkaitan dengan cinta dalam aspek tersebut.

AYAT-AYAT CINTA KEPADA ALLAH SWT

Cinta kepada Allah dibuktikan dengan ketaatan dan kesyukuran


kepada-Nya pada tiap masa dan ketika. Orang-orang yang taat
kepada Allah akan ditempatkan bersama –sama orang yang
dikurnia nikmat oleh Allah. Umat Islam perlu mengetahui
bahawa Allah SWT itu sentiasa dekat dengan hambanya dan
segala amalan yang dilaksanakan hanyalah kerana Allah SWT
sahaja dan perlu mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa akan
memperkenankan doa yang dipohon oleh hambanya kepadanya.
Seseorang hamba perlu menerima segala ujian yang ditimpa ke
atasnya dengan redha dan tabah. Ini kerana segala ujian yang
tertimpa ke atasnya merupakan ujian yang tertulis untuknya dan
mereka sebenarnya berupaya untuk mengatasinya dengan sabar
dan tabah.

18
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

ِ َّ ِ َ ‫الرس‬ ِ
ُ‫ين أَنْـ َع َم اللّه‬
َ ‫ك َم َع الذ‬ َ ‫ول فَأ ُْولَـئ‬ ُ َّ ‫َوَمن يُط ِع اللّهَ َو‬
‫ني‬ ِِ َّ ‫ِّيقني والشُّه َداء و‬ ِ ِّ ‫علَي ِهم ِّمن النَّبِيِّني و‬
َ ‫الصاِل‬ َ َ َ َ ‫الصد‬ ََ َ َْ
‫ك َرفِيقا‬ ِ
َ ‫َو َح ُس َن أُولَـئ‬
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan
RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di
syurga) bersama-sama orang-orang yang telah
dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,
iaitu Nabi-nabi, dan para Siddiqiin, dan para
Syuhada, serta para solihin. Dan amatlah
eloknya mereka itu menjadi teman rakan
(kepada orang-orang yang taat)”
(Surah al-Nisa’: 69).

Firman Allah SWT:

‫ني‬ ِ ِّ ‫قُل إِ َّن صالَِِت ونُس ِكي وََْمياي وَمََ ِاِت لِلّ ِه ر‬
َ ‫ب الْ َعالَم‬َ ََ َ َ ُ َ َ ْ
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan
ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk
Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam”
(Surah al-An’am:162).

Firman Allah SWT:

‫َّاع‬
ِ ‫يب َد ْع َوَة الد‬ ِ ‫وإِ َذا سأَلَك ِعب ِادي ع ِِّّن فَِإ ِِّّن قَ ِر‬
ُ ‫يب أُج‬ ٌ َ َ َ َ َ
‫ان فَـ ْليَ ْستَ ِجيبُواْ ِِل َولْيُـ ْؤِمنُواْ ِِب لَ َعلَّ ُه ْم يَـ ْر ُش ُدو َن‬
ِ ‫إِ َذا دع‬
ََ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya
kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa
hampir (kepada mereka); Aku perkenankan

19
Ayat- Ayat Ci nta

permohonan orang yang berdoa apabila ia


berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi
perintahKu), dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu supaya mereka beroleh petunjuk serta
betul”
(Surah al-Baqarah: 186).

Firman Allah SWT:

‫ب اللّهُ لَنَا ُه َو َم ْوالَنَا َو َعلَى اللّ ِه‬ ِ ِ َّ


َ َ‫قُل لن يُصيبَـنَا إالَّ َما َكت‬
‫فَـ ْليَتَـ َوَّك ِل الْ ُم ْؤِمنُو َن‬
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Tidak sekali-
kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan
apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia
lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan
kepada Allah jualah hendaknya orang-orang
yang beriman bertawakal’"
(Surah at-Taubah: 51).

AYAT-AYAT CINTA KEPADA RASUL SAW

Cinta kepada Allah SWT adalah tuntutan yang paling asas dalam
Islam, dan tuntutan itu tidak akan sempurna sehinggalah jejak
langkah Rasulullah SAW dituruti sebagaimana yang termaktub
dalam al-Quran. Al-Qur’an juga telah menyingkap tentang
tujuan perutusan Rasulullah SAW dan kebangkitannya
merupakan suatu rahmah kepada seluruh alam. Rasulullah
merupakan utusan Allah dan bersamanya wahyu untuk
membawa manusia ke jalan yang benar yang sentiasa
menginginkan kebaikan kepada umatnya dan sentiasa
menyayangi orang-orang yang beriman. Dan termaktub di dalam
al-Quran bahawa Rasulullah itu merupakan contoh telada yang
baik bagi seluruh umatnya

Firman Allah SWT:

20
Ayat- Ayat Ci nta

‫قُ ْل إِن ُكنتُ ْم ُُِتبُّو َن اللّهَ فَاتَّبِ ُعوِِّن ُُْيبِْب ُك ُم اللّهُ َويـَ ْغ ِف ْر‬
‫يم‬ ِ ‫لَ ُكم ذُنُوب ُكم واللّه َغ ُف‬
ٌ ‫ور َّرح‬ ٌ ُ َْ َ ْ
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar
kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani”
(Surah ali Imran: 31)

Firman Allah SWT:

ِ
َ ‫اك إَِّال َر ْْحَة لِّْل َعالَم‬
‫ني‬ َ َ‫َوَما أ َْر َس ْلن‬
“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau
(Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam”
(Surah al-Anbia’ 21: 107).

Firman Allah SWT:

‫يما َش َجَر بَـْيـنَـ ُه ْم‬ ِ َ ‫فَالَ وربِّك الَ يـؤِمنو َن ح ََّّت ُُي ِّكم‬
َ ‫وك ف‬ ُ َ َ َ ُ ُْ َ ََ
ِ
‫ت‬ َ َ‫ُُثَّ الَ ََِي ُدواْ ِف أَن ُفس ِه ْم َحَرجا َِّمَّا ق‬
َ ‫ضْي‬
‫َويُ َسلِّ ُمواْ تَ ْسلِيما‬
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)!
Mereka tidak beriman sehingga mereka
menjadikan engkau hakim dalam perselisihan
yang timbul di antara mereka, kemudian mereka
tidak pula merasa keberatan dari apa yang telah
engkau putuskan, dan mereka menerima
keputusan itu sepenuhnya”
(Surah al-Nisa’: 65.)

21
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

ِ ِ ِ
ْ ‫ول ِّم ْن أَن ُفس ُك ْم َع ِز ٌيز َعلَْيه َما َعنت‬
‫ُّم‬ ٌ ‫لَ َق ْد َجاء ُك ْم َر ُس‬
‫يم‬ ِ ٌ ‫ح ِريص علَي ُكم بِالْم ْؤِمنِني رؤ‬
ٌ ‫وف َّرح‬ َُ َ ُ َْ ٌ َ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu
seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu
Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat
berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan
kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih
sayangnya kepada orang-orang yang beriman”
(Surah at-Taubah: 128).

Firman Allah SWT :

ِ ِ
ْ ‫لَ َق ْد َكا َن لَ ُك ْم ِف َر ُسول اللَّه أ‬
‫ُس َوةٌ َح َسنَةٌ لِّ َمن َكا َن‬
‫يَـ ْر ُجو اللَّهَ َوالْيَـ ْوَم ْاْل ِخَر َوذَ َكَر اللَّهَ َكثِريا‬
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada
diri Rasulullah itu ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya”
(Surah al-Ahzab: 21).

AYAT-AYAT CINTA KEPADA DIRI SENDIRI

Bagi orang yang mencintai dirinya, mereka tidak akan


mencampakkan dirinya dalam bahaya dan kebinasaan
dengan mencederakan diri sendiri dalam apa keadaan

22
Ayat- Ayat Ci nta

sekalipun. Malah, adalah dituntut untuk sentiasa melakukan


kebaikan, kerana ini adalah tingkah laku yang dicintai
Allah. Selain dari itu, orang yang mencintai diri akan
sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan
mengerjakan sunah Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

‫اب أَن‬ ِ ‫ما َكا َن ِِل َْه ِل الْم ِدينَ ِة ومن حوََلُم ِّمن اِل َْعر‬
َ َ ْ َ ْ ََ َ َ
‫ول اللّهِ َوالَ يَـ ْر َغبُواْ بِأَن ُف ِس ِه ْم َعن نـَّ ْف ِس ِه‬
ِ ‫يـتَخلَّ ُفواْ َعن َّرس‬
ُ َ َ
‫صةٌ ِف‬ ِ ِ َ ِ‫ذَل‬
َ ‫ب َوالَ َمَْ َم‬ ٌ‫ص‬ َ َ‫َّه ْم الَ يُصيبُـ ُه ْم ظَ َمأٌ َوالَ ن‬ ُ ‫ك بأَنـ‬
‫َّار َوالَ يَـنَالُو َن‬
َ ‫ظ الْ ُكف‬ ُ ‫َسبِ ِيل اللّ ِه َوالَ يَطَُؤو َن َم ْو ِطئا يَغِي‬
َ‫صالِ ٌح إِ َّن اللّهَ ال‬ ِِ
َ ‫ب ََلُم به َع َم ٌل‬
ِ ِ ِ
َ ‫م ْن َع ُد ٍّو نـَّْيال إالَّ ُكت‬
‫ني‬ ِِ ِ
َ ‫َجَر الْ ُم ْحسن‬ ْ ‫يع أ‬ُ ‫يُض‬
“Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan
orang-orang yang di sekeliling mereka dari
orang-orang pedalaman ketinggalan daripada
(turut berperang bersama) Rasulullah; dan
tidaklah patut mereka mengutamakan diri
mereka sendiri dengan tidak menghiraukan
Rasulullah. Yang demikian kerana
sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai
dahaga, penat, dan juga merasai lapar (dalam
perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap
kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang
menimbulkan kemarahan orang-orang kafir;
dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita
dengan sesuatu kecederaan dari pihak musuh -
melainkan semuanya itu ditulis untuk mereka
sebagai amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak

23
Ayat- Ayat Ci nta

mensia-siakan pahala orang-orang yang


melakukan kebaikan amalannya”
(Surah at-Taubah: 120).

Firman Allah SWT:

ِ ِ
ُ‫ل َكْي َال تَأْ َس ْوا َعلَى َما فَاتَ ُك ْم َوَال تَـ ْفَر ُحوا ِبَا آتَا ُك ْم َواللَّه‬
‫ب ُك َّل َمُْتَال فَ ُخور‬ ُّ ‫َال ُُِي‬
“(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu
tidak bersedih hati akan apa yang telah luput
daripada kamu, dan tidak pula bergembira
(secara sombong dan bangga) dengan apa yang
diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah
tidak menyukai kepada setiap orang yang
sombong, lagi membanggakan diri”
(Surah al-Hadid: 23).

AYAT-AYAT CINTA KEPADA IBU BAPA

Penetapan ayat yang mulia ini adalah kewajiban berbuat


baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan menjaga hak
kedua-duanya kerana ibu bapanya telah bersusah payah
menanggung dalam tempoh untuk melahirkannya dan
selepas melahirkannya. Sebagai seorang anak,
diwajibkan ke atasnya untuk berbuat baik terhadap
keduanya dan melaksanakan segala arahannya selagi
tidak bercanggah dengan Islam. Di samping itu,
termaktub di dalam al-Quran berkaitan tanggungjawab
anak terhadap keduanya. Di mana hendaklah
merendahkan diri terhadap keduanya kerana kasih
sayang dan sentiasa mendoakan mereka.

24
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

‫نسا َن بَِوالِ َديْ ِه إِ ْح َسانا َْحَلَْتهُ أ ُُّمهُ ُك ْرها‬ ِ َّ ‫َوَو‬


َ ‫صْيـنَا ْاْل‬
‫صالُهُ ثََالثُو َن َش ْهرا َح ََّّت إِذَا بَـلَ َغ‬ ِ
َ ‫ض َعْتهُ ُك ْرها َوْحَْلُهُ َوف‬ َ ‫َوَو‬
‫ب أ َْوِز ْع ِِّن أَ ْن أَ ْش ُكَر‬ ِّ ‫ال َر‬ َ َ‫ني َسنَة ق‬ ِ
َ ‫َشدَّهُ َوبَـلَ َغ أ َْربَع‬
ُ‫أ‬
‫ي َوأَ ْن أ َْع َم َل‬ َّ ‫ت َعلَ َّي َو َعلَى َوالِ َد‬ َ ‫ك الَِِّت أَنْـ َع ْم‬
ِ
َ َ‫ن ْع َمت‬
‫ك َوإِ ِِّّن‬ ِ ‫اِلا تَـرضاه وأ‬ ِ
َ ‫ت إِلَْي‬ ُ ‫َصل ْح ِِل ِف ذُِّريَِِّت إِ ِِّّن تـُْب‬ ْ ََُْ ‫ص‬ َ
‫ني‬ ِِ ِ
َ ‫م َن الْ ُم ْسلم‬
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya juga dengan
menanggung kepayahan. sedang tempoh
mengandungnya beserta tempoh menceraikan
susunya adalah dalam masa tiga puluh bulan.
setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa
yang sempurna kekuatanNya dan mencecah
usia umur empat puluh tahun, berdoalah dia
dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah
daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu
Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada
ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan
amal soleh yang Engkau redai; dan
perelokkanlah bagiku akan zuriatku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan
Sesungguhnya aku dari orang-orang yang
tunduk dan patuh”
(al-ahqaf 46: 15)

25
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

‫اه َد َاك لِتُ ْش ِرَك ِِب‬ ِ ِ


َ ‫نسا َن بَِوال َديْه ُح ْسنا َوإِن َج‬ ِ َّ ‫َوَو‬
َ ‫صْيـنَا ْاْل‬
‫ِل َم ْرِج ُع ُك ْم فَأُنـَبِّئُ ُكم‬
ََّ ِ‫ك بِِه ِع ْل ٌم فَ َال تُ ِط ْع ُه َما إ‬َ َ‫س ل‬
َ ‫َما لَْي‬
‫ِِبَا ُكنتُ ْم تَـ ْع َملُو َن‬
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka
berdua mendesakmu supaya engkau
mempersekutukan Daku dengan sesuatu yang
engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya, maka janganlah engkau taat
kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali
kamu, kemudian Aku akan menerangkan kepada
kamu segala yang kamu telah kerjakan”
(Surah al-Ankabut 29: 8).

Firman Allah SWT:

‫ك أَالَّ تَـ ْعبُ ُدواْ إِالَّ إِيَّاهُ َوبِالْ َوالِ َديْ ِن إِ ْح َسانا إِ َّما‬ َ ُّ‫ضى َرب‬
َ َ‫َوق‬
‫َح ُد ُُهَا أ َْو كِالَ ُُهَا فَالَ تَـ ُقل ََّلَُما‬ ِ ِ
َ ‫يَـْبـلُغَ َّن ع َند َك الْكبَـَر أ‬
‫ُف َوالَ تَـْنـ َه ْرُُهَا َوقُل ََّلَُما قَـ ْوال َك ِرميا‬ ٍّ ‫أ‬
“Dan Tuhanmu telah mewajibkan, supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat
baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "uf", dan janganlah engkau
mengherdik mereka, tetapi katakanlah kepada

26
Ayat- Ayat Ci nta

mereka perkataan yang mulia (yang bersopan


santun)”
(Surah al-Isra: 23).

ِّ ‫الر ْْحَِة َوقُل َّر‬


‫ب ْارْحَْ ُه َما‬ َّ ‫الذ ِّل ِم َن‬ُّ ‫اح‬ ِ ‫و‬
َ َ‫ض ََلَُما َجن‬
ْ ‫اخف‬
َْ
‫صغِريا‬ َ ‫َك َما َربَّـيَ ِاِّن‬
“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada
keduanya kerana kasih sayangmu, dan
doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
‘Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada
mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil.’"
(Surah al-Isra: 24).

AYAT-AYAT CINTA KEPADA MAKHLUK

Cinta kepada makhluk merangkumi aspek yang luas. Ia


termasuklah cinta di antara lelaki dan perempuan, suami isteri,
sahabat, anak-anak dan kanak-kanak, tumbuhan, haiwan, dan
sesama umat Islam. Tuntutan di dalam memelihara hubungan
silaturahim sesama manusia ini seperti bertolong-tolongan di
dalam membuat kebajikan perlu kerana dari situ timbulnya rasa
cinta dan kasih sayang. Di samping itu, amalan ibadat kepada
Allah juga perlu dan jangan sesekali menyekutukannya dengan
sesuatu apa pun. Di mana Allah SWT akan menyuburkan sifat
kasih sayang di dalam hati orang-orang yang beriman.

27
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

‫َّاس اتَّـ ُقواْ َربَّ ُك ُم الَّ ِذي َخلَ َق ُكم ِّمن نـَّ ْفس‬ُ ‫يَا أَيـُّ َها الن‬
‫ث ِمْنـ ُه َما ِر َجاال َكثِريا‬ َّ َ‫اح َدة َو َخلَ َق ِمْنـ َها َزْو َج َها َوب‬
ِ‫و‬
َ
ِ ِ ِ
َ‫َون َساء َواتَّـ ُقواْ اللّهَ الَّذي تَ َساءلُو َن بِه َواِل َْر َح َام إِ َّن اللّه‬
‫َكا َن َعلَْي ُك ْم َرقِيبا‬
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari
diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya -
Hawa), dan juga yang membiakkan dari
keduanya – zuriat - lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut
namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu”
(Surah al-Nisa’: 1).

Firman Allah SWT:

‫َو ْاعبُ ُدواْ اللّهَ َوالَ تُ ْش ِرُكواْ بِِه َشْيئا َوبِالْ َوالِ َديْ ِن إِ ْح َسانا‬
‫ني َوا ْْلَا ِر ِذي الْ ُق ْرََب‬ ِ ِ‫وبِ ِذي الْ ُقرََب والْيَتَ َامى والْمساك‬
ََ َ َ ْ َ
‫السبِ ِيل َوَما‬
َّ ‫نب َوابْ ِن‬ ِ َ‫ب بِاْل‬ ِ ‫الص‬
ِ ‫اح‬ َّ ‫ب َو‬ ِ ُ‫اْلُن‬
ْ ‫اْلَا ِر‬ْ ‫َو‬
‫خورا‬ ُ َ‫ب َمن َكا َن َُْمتَاال ف‬ ُّ ‫ت أَْميَانُ ُك ْم إِ َّن اللّهَ الَ ُُِي‬
ْ ‫َملَ َك‬
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah
dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat

28
Ayat- Ayat Ci nta

baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat,


anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran
tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh,
rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan
juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong dan membangga diri”
(Surah al-Nisa’: 36).

Firman Allah SWT

‫ص ُدوِرِهم ِّم ْن غِ ٍّل إِ ْخ َوانا َعلَى‬ ُ ‫َونَـَز ْعنَا َما ِف‬


ِ
َ ‫ُس ُرر ُّمتَـ َقابِل‬
‫ني‬
“Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati
mereka dari perasaan hasad dengki sehingga
menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana
kasih mesra), serta mereka duduk saling
berhadapan di atas pelamin masing-masing”
(Surah al-Hijr: 47).

Firman Allah SWT

ِ َّ ‫إِ َّن الَّ ِذين آمنوا وع ِملُوا‬


ِ ‫اِل‬
‫ات َسيَ ْج َع ُل ََلُ ُم‬َ ‫الص‬ َ َ َُ َ
‫الر ْْحَ ُن ُوّدا‬
َّ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, Allah yang maha pengasih akan
menyemai dalam hati mereka dalam perasaan
kasih sayang”
(Surah Maryam: 96).

29
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

‫َوتَـ َع َاونُواْ َعلَى الْربِّ َوالتَّـ ْق َوى َوالَ تَـ َع َاونُواْ َعلَى ا ِْل ُِْث‬
ُ ‫َوالْ ُع ْد َو ِان َواتَّـ ُقواْ اللّهَ إِ َّن اللّهَ َش ِد‬
ِ ‫يد الْعِ َق‬
‫اب‬
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya
(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”
(Surah al-Maidah: 2)

AYAT-AYAT CINTA KEPADA ILMU

Keperluan kepada ilmu adalah kelaziman bagi manusia dan ilmu


adalah asas kepada pembangunan dan kemajuan. Adapun
tertegaknya agama Islam yang agung itu juga adalah berasaskan
ilmu (al-Zuhailyy 2005). Di dalam al-Quran juga banyak
menyatakan tentang kepentingan dan galakan di dalam menuntut
ilmu. Dengan adanya ilmu, ketaatan kepada Allah dan Rasul itu
menjadi suatu kewajipan di dalam beragama. Di samping
mengetahui bahawa rasul bertanggungjawab terhadap tugas yang
diberikan kepadanya dan manusia pula bertanggungjawab
terhadap apa yang diperintahkan dan di bawa oleh Rasulullah.
Adapun Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi hidayah
kepada sesiapa yang dikehendaki, itulah sifat dan kuasa Allah
SWT yang mengatasi segala-galanya.

Firman Allah SWT:

ِ ‫ئ الْ ُقرآ ُن فَاستَ ِمعواْ لَه وأ‬


‫َنصتُواْ لَ َعلَّ ُك ْم تُـ ْر َْحُو َن‬ ِ
َُ ُ ْ ْ َ ‫َوإذَا قُ ِر‬

30
Ayat- Ayat Ci nta

“Dan apabila Al-Qur’an itu dibacakan, maka


dengarlah akan dia serta diamlah, supaya kamu
beroleh rahmat”
(Surah al-A’raaf: 204).

Firman Allah SWT:

‫آن ِمن قَـْب ِل أَن‬ ِ ‫اِل ُّق وَال تَـعجل بِالْ ُقر‬ ِ
ْ ْ َ ْ َ َْ ‫ك‬ ُ ‫اَل اللَّهُ الْ َمل‬
َ ‫فَـتَـ َع‬
‫ب ِزْدِِّن عِ ْلما‬ َ ‫ضى إِلَْي‬
ِّ ‫ك َو ْحيُهُ َوقُل َّر‬ َ ‫يـُ ْق‬
“Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai
seluruh alam, lagi Yang Benar. Dan janganlah
engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa
membaca Al-Qur’an sebelum selesai dibacakan
oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan
berkata: ‘Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku’.”
(Surah Taha: 114).

Firman Allah SWT:

‫ول فَِإن تَـ َولَّوا فَِإََّّنَا َعلَْي ِه َما‬


َ ‫الر ُس‬ ِ ‫َطيعوا اللَّه وأ‬
َّ ‫َط ُيعوا‬ ِ
َ َ ُ ‫قُ ْل أ‬
‫ُْحِّ َل َو َعلَْي ُكم َّما ُْحِّْلتُ ْم َوإِن تُ ِط ُيعوهُ تَـ ْهتَ ُدوا َوَما َعلَى‬
ِ ‫الرس‬
ُ ِ‫ول إَِّال الْبَ َالغُ الْ ُمب‬
‫ني‬ ُ َّ
“Katakanlah lagi (kepada mereka): ‘Taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul
Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul
Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang
ditugaskan kepadanya, dan kamu pula
bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan
kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya
nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan
(sebenarnya) Rasul Allah hanyalah

31
Ayat- Ayat Ci nta

bertanggungjawab menyampaikan perintah-


perintah Allah dengan penjelasan yang terang
lagi nyata’.”
(Surah al-Nur: 54).

Firman Allah SWT:

ِ َّ ِ ِ
ُ‫ت َولَك َّن اللهَ يَـ ْهدي َمن يَ َشاء‬ َ ‫َحبَْب‬ َ ‫إِن‬
ْ ‫َّك َال تَـ ْهدي َم ْن أ‬
‫ين‬ ِ ِ
َ ‫َوُه َو أ َْعلَ ُم بالْ ُم ْهتَد‬
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
tidak berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa
yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang
berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang (ada
persediaan untuk) mendapat hidayah
(Surah al-Qasas: 56)

AYAT-AYAT CINTA KEPADA KEBAIKAN

Cinta kebaikan adalah sifat semulajadi manusia.


Kebanyakan manusia sukakan perkara yang baik untuk
dirinya dan juga orang lain. Allah mencintai orang-orang
yang melakukan kebaikan, malah ia menjadi satu
tuntutan untuk melakukan kebaikan dalam kehidupan.
Seperti orang yang mendermakan hartanya pada waktu
senang atau susah, memaafkan kesalahan orang lain
serta menahan kemarahan kepada seseorang. Justeru,
kebajikan yang sebenar ialah apabila seseorang itu
mendermakan sesuatu yang sangat disayangi olehnya.

32
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

ِ ِ َّ ْ‫وأ ََّما الَّ ِذين آمنُوا وع ِملُوا‬


‫ورُه ْم‬ ُ ‫الصاِلَات فَـيُـ َوفِّي ِه ْم أ‬
َ ‫ُج‬ ََ َ َ َ
ِِ ُّ ‫َواللّهُ الَ ُُِي‬
َ ‫ب الظَّالم‬
‫ني‬
Terjemahannya: Adapun orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal-amal soleh,
maka Allah akan menyempurnakan pahala
mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada
orang-orang yang zalim.
(Surah ali Imran: 57)

Firman Allah SWT:

‫ني الْغَْي َظ‬ ِِ َّ ‫ين يُ ِنف ُقو َن ِف‬


َ ‫السَّراء َوالضََّّراء َوالْ َكاظم‬
ِ َّ
َ ‫الذ‬
‫ني‬ ِِ ُّ ‫َّاس َواللّهُ ُُِي‬
ِ ‫ني َع ِن الن‬ ِ
َ ‫ب الْ ُم ْحسن‬ َ ‫َوالْ َعاف‬
“Iaitu orang-orang yang mendermakan
hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan
orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Dan (ingatlah), Allah menyintai orang-orang
yang berbuat perkara-perkara yang baik”

(Surah ali Imran: 134).

Firman Allah SWT:

‫إِن تُـْب ُدواْ َخ ْريا أ َْو ُُتْ ُفوهُ أ َْو تَـ ْع ُفواْ َعن ُس َوء فَِإ َّن اللّهَ َكا َن‬
‫َع ُف ّوا قَ ِديرا‬
“Jika kamu menzahirkan sesuatu kebaikan, atau
menyembunyikannya, atau kamu memaafkan
kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu),
maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf
lagi Maha Kuasa”
(Surah al-Nisa’: 149).

33
Ayat- Ayat Ci nta

Firman Allah SWT:

‫لَن تَـنَالُواْ الِْ َّرب َح ََّّت تُ ِنف ُقواْ َِمَّا ُُِتبُّو َن َوَما تُ ِنف ُقواْ ِمن َش ْيء‬
ِ ِِ ِ
ٌ ‫فَإ َّن اللّهَ به َعل‬
‫يم‬
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai
(hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa
jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya
Allah mengetahuinya”
(Surah ali Imran: 92).

KESIMPULAN

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Mahmud (2000),


terdapat lebih dari 60 ayat-ayat Qur’an yang menyatakan
mengenai soal cinta dan benci. Ayat–ayat Qur’an di atas adalah
sebahagian ayat-ayat yang berkaitan dengan soal cinta dalam
aspek-aspek yang dinyatakan. Pada hakikatnya masih terdapat
banyak ayat-ayat Qur’an yang menyentuh perkara berkenaan.

RUJUKAN

Al-Zuhailiyy, Wahbah. 2005. Fiqh Islami wa cAdillatuhu.


Jakarta: Gema Ilmu.
Mahmud As-Syarif. 2000. Nilai Cinta Menurut al-Qur’an. Terj.
As’ad Yasin. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian al-Qur'an. 30 Juz.
t.t. Diterjemah serta diberi penjelasan oleh Sheikh
Abdullah Basmeih, disemak dan disahkan oleh
Muhammad Noor bin Haji Ibrahim. Kuala Lumpur:
Darul Fikir Sdn. Bhd.

34
H adi th -H adi th Ci nt a

BAB 3 | HADITH-HADITH CINTA


SYAIDATUN NAZIRAH ABU ZAHRIN
& HANISAH OSMAN

PENGENALAN

Cinta dalam Islam berakar umbi dari cinta kepada Allah dan
cinta kerana Allah. Justeru, insan mukmin mencintai Allah
kerana Dia telah mencipta manusia, melakarkan segala
keindahan, kecantikan dan kerapian alam ciptaan-Nya, dan
kerana Dia mengurniakan segala kebaikan dan kemudahan hidup
di dunia dan akhirat (al-Qaradhawi 2000). Ajaran cinta yang
telah lama wujud dalam Islam, turut didapati dalam hadith-
hadith Rasulullah SAW. Baginda adalah pemimpin yang mulia
dan agung, adalah seorang yang sangat prihatin kepada hal ehwal
insan dan mempromosikan kehidupan bermasyarakat yang penuh
dengan cinta dan kasih sayang. Bagi bab ini, penulis telah
menghimpunkan hadith-hadith cinta dalam tujuh tema utama
iaitu cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, diri sendiri, ibu
bapa, makhluk, ilmu dan kebaikan.

CINTA KEPADA ALLAH SWT

Kecintaan kepada Allah SWT yang sebenar-benarnya begitu


memberi kesan kepada diri seseorang. Ini kerana, kecintaan
tersebut menjadikan seseorang itu hamba Allah yang sangat
dekat kepada Sang Pencipta. Kekuatan iman seseorang itu pula
dapat dilihat apabila seseorang itu melakukan apa sahaja kerana
Allah SWT iaitu ikhlas kerana Allah SWT sehinggakan sukanya
kepada sesuatu kerana Allah dan bencinya juga kerana Allah
SWT, dan bagi sesiapa yang suka untuk bertemu dengan Allah
maka Allah juga suka untuk bertemu denganya, sebaliknya bagi
sesiapa yang benci untuk bertemu dengan Allah maka Allah juga
benci untuk bertemu denganya.

35
H adi th -H adi th Ci nt a

Riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah RA


menyebut bahawa:

‫ال َم ْن‬ َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم إِ َّن اللَّهَ ق‬ ِ ُ ‫ال رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ َ‫ق‬
‫ِل َعْب ِدي‬ ََّ ِ‫ب إ‬ ِ ْ ِ‫َع َادى ِِل ولِيًّا فَ َق ْد آ َذنْتُهُ ب‬
َ ‫اْلَْرب َوَما تَ َقَّر‬ َ
ِ ِ ِ ٍ ِ
‫ت َعلَْيه َوَما يََز ُال َعْبدي‬ ُ‫ض‬ ََّ ِ‫ب إ‬
ْ ‫ِل ِمَّا ْاف تَ َر‬ َّ ‫َح‬
َ ‫ب َش ْيء أ‬
ِ ِ ‫ِل بِالن‬
ُ‫ت َسَْ َعه‬ ُ ‫َحبَْبتُهُ ُكْن‬ ْ ‫َّواف ِل َح ََّّت أُحبَّهُ فَِإ َذا أ‬ َ ََّ ‫ب إ‬
ِ ُ ‫ي تَ َقَّر‬
َ
ِ ِ
‫صَرهُ الَّذي يُْبص ُر بِه َويَ َدهُ الَِِّت‬ِ ِ ِ ِ
َ َ‫الَّذي يَ ْس َم ُع به َوب‬
ِ ِ ِ ِ ‫ي ب ِط‬
ُ‫ش ِبَا َوِر ْجلَهُ الَِِّت يَْشي ِبَا َوإِ ْن َسأَلَِِن ََل ُْعطيَ نَّه‬ ُ َْ
ِ ِ
ُ‫استَ َعا َذِِن ََلُعي َذنَّه‬ ْ ‫َولَئ ْن‬
“Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT
berfirman: “Barang siapa yang memusuhi wali-
Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya.
Tidaklah seseorang hamba mendekatkan diri
kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan
yang lebih aku sukai selain daripada apa yang
telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah
seseorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri
kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan
sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku
telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya
yang dia mendengar dengannya, penglihatannya
yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia
mengambil sesuatu tindakan dengannya, dan
kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia
memohon sesuatu daripada-Ku, Aku pasti akan
memberinya. Jika dia memohon perlindungan
daripada-Ku, maka Aku pasti akan
melindunginya”. (Sahih Bukhari. Bab Tawadu’
20/158 6021. (‫))التواضع‬.

36
H adi th -H adi th Ci nt a

Riwayat Ahmad1 yang menyebut bahawa:

ِ‫ب ِِف اللَّ ِه وتُبغِض ِِف اللَّه‬


َّ ‫ان أ َْن ُُِت‬
ِ َ‫اْلي‬
ِْ ‫إِ َّن أ َْو َس َط ُعرى‬
َ َْ َ
“Sesungguhnya kekuatan tali iman ialah cinta
kerana Allah dan membenci kerana Allah.”

Hadith Riwayat Bukhari dari Anas RA berkata, Nabi


SAW bersabda:

ِ ِْ ‫ث من ُك َّن فِ ِيه وج َد ح ََلوَة‬


ُ‫اْليَان أَ ْن يَ ُكو َن اللَّه‬ َ َ ََ ْ َ ٌ ‫ثَََل‬
‫ب الْ َم ْرءَ ََل ُُِيبُّه‬
َّ ‫اُهَا َوأَ ْن ُُِي‬ُ ‫ب إِلَْي ِه ِِمَّا ِس َو‬
َّ ‫َح‬
َ ‫َوَر ُسولُهُ أ‬
ِِ
‫ود ِِف الْ ُك ْف ِر َك َما يَكَْرهُ أَ ْن‬ َ ‫إََِّل للَّه َوأَ ْن يَكَْرَه أَ ْن يَ ُع‬
‫ف ِِف النَّا ِر‬َ ‫يُ ْق َذ‬
“Tiga perkara barang siapa memilikinya, dia
telah mendapat kemanisan iman. Hendaklah
Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya
melebihi dari cintanya kepada selain kedua-
duanya. Dia mencintai seseorang, tidak
mencintainya melainkan kerana Allah. Dia benci
untuk kembali kepada kekufuran, setelah Allah
menyelamatkannya dari kekufuran itu, seperti
benci jika dicampakkan ke dalam neraka”
(Shahih Bukhari. Bab halawat al-Iman. 1/26. No.
15)

1
Musnad Imam Ahmad. Hadith Hasan. Bab Hadith al-Bara’ bin ‘azab
Radiallahu anhu. 37/480. No. 17793. ( ‫حديث البراء بن عازب رضى اهلل تعالى‬
‫ )عنه‬.

37
H adi th -H adi th Ci nt a

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim:

‫ك‬ َ ‫ال ََل إِلَهَ إََِّل اللَّهُ َو ْح َدهُ ََل َش ِر‬


ُ ‫يك لَهُ لَهُ الْ ُم ْل‬ َ َ‫من ق‬
ٍ‫اْلَ ْم ُد وُهو َعلَى ُك ِّل َشي ٍء قَ ِدير ِِف يَوٍم ِمائَةَ َمَّرة‬
ْ ٌ ْ َ َ ْ ُ‫َولَه‬
‫ت لَهُ ِمائَةُ َح َسنَ ٍة‬ ِ ٍ َ‫َكانَت لَه ع ْد َل ع ْش ِر ِرق‬
ْ َ‫اب َوُكتب‬ َ َُ ْ
‫ان‬ِ َ‫ت لَه ِحرًزا ِمن الشَّيط‬ ٍ ِ ِ
ْ ْ ْ ُ ْ َ‫ت َعْنهُ مائَةُ َسيِّئَة َوَكان‬ ْ َ‫َوُُمي‬
‫ض َل ِِمَّا َجاءَ بِِه‬ َ ‫َح ٌد أَْف‬
ِ ِ
َ ‫ك َح ََّّت يُْسي َوََلْ يَأْت أ‬
ِ
َ ‫يَ ْوَمهُ َذل‬
‫ال ُسْب َحا َن اللَّ ِه‬ ِ ِ
َ َ‫ك َوَم ْن ق‬ َ ‫َح ٌد َع ِم َل أَ ْكثَ َر م ْن َذل‬ ِ
َ ‫إََّل أ‬
ٍِ ِِ ِ
‫ت‬ ْ َ‫ت َخطَايَاهُ َولَ ْو َكان‬ ْ َّ‫َوِبَ ْمده ِِف يَ ْوم مائَةَ َمَّرةٍ ُحط‬
‫ِمثْ َل َزبَ ِد الْبَ ْح ِر‬
“Barangsiapa mengucapkan; ‘Laa ilaaha illallah
wahdahu la syarikalah lahul mulk wa lahul Hamd
wahua 'ala kulli syaiin qadir’ 100 kali dalam
sehari, maka baginya seperti memerdekakan 10
hamba, dan dicatat baginya 100 kebaikan, dan
dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini
menjadi perisai baginya dari syaitan pada hari
itu sampai petang. Dan tak seorangpun yang
mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang
melakukannya lebih banyak darinya”. Dan
Baginda SAW bersabda: “Barangsiapa
mengucapkan; ‘Subhanallah wa bihamdih’ 100
kali dalam sehari, maka dihapuskan dosa-
dosanya sekalipun seperti buih di lautan”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

38
H adi th -H adi th Ci nt a

Hadith Riwayat Muslim menyebut bahawa Rasulullah


SAW bersabda yang bermaksud:

‫ب اللَّهُ لَِقاءَهُ َوَم ْن َك ِرَه لَِقاءَ اللَّ ِه‬ َّ ‫َح‬ ِ ِ َّ ‫من أَح‬
َ ‫ب ل َقاءَ اللَّه أ‬ َ َْ
ِ
ُ‫َك ِرَه اللَّهُ ل َقاءَه‬
“Barangsiapa suka bertemu dengan Allah, maka
Allah juga senang berjumpa dengannya dan
barangsiapa yang benci berjumpa dengan Allah,
maka Allah juga benci berjumpa dengannya.”
(Hadith riwayat Muslim, Kitab Dzikir, Doa,
Taubat dan Istighfar)

CINTA KEPADA RASULULLAH SAW

Cinta kepada pesuruh Allah SWT adalah tanda wujudnya cinta


kepada Allah SWT. Tanda seseorang itu beriman dengan Allah
dan rasulnya ialah cintanya kepada Rasul itu mengatasi segala-
galanya. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah juga akan
menjadikan seseorang itu begitu bersedia untuk menghadapi hari
kiamat dan pada hari akhirat nanti umat manusia akan bersama
dengan orang yang dicintainya. Begitu juga, tidak sempurna
iman seseorang itu jika cintanya terhadap sesuatu mengatasi
cintanya terhadap Allah dan Rasulullah.

Riwayat Imam Muslim2 dari Anas bin Malik RA


menyebut bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ب إِلَْي ِه ِم ْن أ َْهلِ ِه َوَمالِِه‬َّ ‫َح‬ ِ


َ ‫ََل يُ ْؤم ُن َعْب ٌد َح ََّّت أَ ُكو َن أ‬
‫ي‬ ِ ْ ‫َّاس أ‬
ِ ‫َوالن‬
َ ‫َْجَع‬
2
Shahih Muslim. Bab wujub Mahabbah Rasulullah SAW ‫(وجوب محبة‬
.) ‫ رسول اهلل عليه وسلم‬1/24 no. 14.

39
H adi th -H adi th Ci nt a

“Tidak beriman seseorang hamba sehingga aku


lebih dicintai olehnya daripada keluarganya,
hartanya dan manusia seluruhnya.”

Riwayat Imam Muslim3 dari Umar bin al-Khattab RA


bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW.:

‫ِل ِم ْن ُك ِّل َش ْي ٍء إََِّل ِم ْن‬ََّ ِ‫ب إ‬ ُّ ‫َح‬


َ‫تأ‬
ِ َ ‫يا رس‬
َ ْ‫ول اللَّه ََلَن‬ َُ َ
ِ ِ
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ََل َوالَّذي‬ َ ‫نَ ْف ِسي فَ َق‬
ُّ ِ‫ال الن‬
َ ‫َِّب‬
‫ال‬
َ ‫ك فَ َق‬ ِ ِ ‫ب إِلَي‬ ِِ ِ ِ
َ ‫ك م ْن نَ ْفس‬ َ ْ َّ ‫َح‬ َ ‫نَ ْفسي بيَده َح ََّّت أَ ُكو َن أ‬
‫ِل ِم ْن نَ ْف ِسي‬ ََّ ِ‫ب إ‬
ُّ ‫َح‬َ‫تأ‬
ِ
َ ْ‫لَهُ ُع َم ُر فَِإنَّهُ ْاْل َن َواللَّه ََلَن‬
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ْاْل َن يَا ُع َم ُر‬َ ‫َِّب‬ ُّ ِ‫ال الن‬
َ ‫فَ َق‬
“Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai
daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang
ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah SAW
berkata:” Tidak, dan demi diriku ditanganNya.
Sehinggalah aku lebih dikasihi dari dirimu. Umar
pun berkata:” Demi Tuhan yang telah
menurunkan al-Kitab kepada engkau,
sesungguhnya sekarang, demi Allah engkau lebih
aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata
kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah
sempurna wahai Umar!”

3
Kitab Sahih Bukhari, Bab Kaifa Kanat yaminu al-Nabi SAW. 20/314.
No. 6142.)‫(كيف كانت يمين النبى ص‬

40
H adi th -H adi th Ci nt a

Hadith Sahih Muslim menyebut bahawa:

‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َم ََّت‬ ِ ِ ِ َ َ‫أ ََّن أ َْعرابِيًّا ق‬


َ ‫ال لَر ُسول اللَّه‬ َ
‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َما‬ ِ ُ ‫ال لَه رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ ُ َ َ‫اعةُ ق‬ َ ‫الس‬َّ
‫ت َم َع َم ْن‬ َ ْ‫ال أَن‬ َ َ‫ب اللَّ ِه َوَر ُسولِِه ق‬
َّ ‫ال ُح‬َ َ‫ت ََلَا ق‬
َ ‫أ َْع َد ْد‬
‫ت‬ َ ‫َحبَْب‬ْ‫أ‬
“Sesungguhnya seorang dari pedalaman telah
berkata kepada Rasulullah SAW.: " Bilakah hari
kiamat?. “Nabi pun berkata kepadanya: Apakah
persediaanmu menghadapinya? Orang
pedalaman itu menjawab: Kecintaan Allah dan
RasulNya. Rasulullah pun berkata: Kamu akan
bersama-sama dengan sesiapa yang engkau
cintai" (HR Muslim, no 4775. 13/91).

Hadith Bukhari yang diriwayatkan dari Anas RA


menyebut bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

ِ‫ب إِلَي ِه ِمن والِ ِده‬ ِ


َ ْ ْ َّ ‫َح‬ َ ‫َح ُد ُك ْم َح ََّّت أَ ُكو َن أ‬
َ ‫ََل يُ ْؤم ُن أ‬
‫ي‬
َ ‫َْجَع‬ ِ ‫َوَولَ ِدهِ َوالن‬
ِ ْ ‫َّاس أ‬

“Tidak sempurna keimanan seseorang kamu


sehingga menjadikan aku lebih dicintai daripada
kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia
semuanya” (HR imam Bukhari, no. 14. 1/24).

Hadith Muslim yang diriwayatkan dari Abu


Hurairah RA menyebut bahawa Nabi SAW.
bersabda:

41
H adi th -H adi th Ci nt a

‫ِب َد ْع َوتَهُ َوإِ ِِّن‬ ِ


ٍّ َِ‫ِب َد ْع َوةٌ ُم ْستَ َجابَةٌ فَتَ َع َّج َل ُك ُّل ن‬
ٍّ َِ‫ل ُك ِّل ن‬
ِ‫اختبأْت د ْعوِِت َش َفاعةً َِل َُّم ِِت ي وم اْل ِقيامة‬
َ َ َ َْ َ َ َ ُ ََ ْ
“Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab.
Maka setiap nabi bersegera memanfaatkan doa
itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai
penolong untuk umatku pada Hari Kiamat” (HR
Muslim, no. 296. 1/459).

CINTA KEPADA DIRI SENDIRI

Cintanya seseorang terhadap diri sendiri tidak akan sesekali


mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tanda seseorang itu
mencintai dirinya sendiri, ia akan menjadikan dirinya kuat dari
segi fizikal dan mental untuk agama, serta tidak akan masuk
syurga bagi sesiapa yang tidak beriman sehinggalah ia beriman
dan saling cinta mencintai kerana Allah SWT. Salah satu cara
untuk menjalinkan kasih sayang dan cinta adalah dengan
menyebarkan salam di antara umat Islam. Barangsiapa yang
memiliki sifat merendah diri hanya kerana Allah SWT ini
ketahuilah bahawa akan mengangkat darjatnya, kerana Allah itu
bersifat pemurah lagi Maha Mengetahui.

Riwayat Imam Muslim4 yang diriwayatkan dari Abu


Hurairah RA menyebut bahawa:

‫ب إِ ََل اللَّ ِه ِم ْن‬


ُّ ‫َح‬
َ ‫ي َخْي ٌر َوأ‬ُّ ‫الْ ُم ْؤِم ُن الْ َق ِو‬
ِ ِ‫الْم ْؤِم ِن الضَّع‬
‫يف‬ ُ

4
Shahih Muslim. Bab Fi Al-Amr bilkuwwah waTarak al-a’jazwa al-
istia’nah. 13/142 no. 4816.
) ‫( فى األمر بالقوة وترك العجز واالستعانة‬

42
H adi th -H adi th Ci nt a

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih


dicintai Allah daripada orang mukmin yang
lemah.

Riwayat Muslim menyebut bahawa:

ْ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ََل تَ ْد ُخلُو َن‬


َ‫اْلَنَّة‬ ِ ُ ‫ال رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ َ‫ق‬
‫َح ََّّت تُ ْؤِمنُوا َوََل تُ ْؤِمنُوا َح ََّّت َُتَابُّوا أ ََوََل أ َُدلُّ ُك ْم َعلَى‬
َّ ‫َش ْي ٍء إِ َذا فَ َع ْلتُ ُموهُ َُتَابَْبتُ ْم أَْف ُشوا‬
‫الس ََل َم بَْي نَ ُك ْم‬
“Kalian tidak akan masuk syurga sehingga
kalian beriman. Tidak sempurna keimanan
kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah
kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana
jika kalian melakukannya nescaya kalian akan
saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara
kalian!.”

Hadith riwayat Imam Ahmad menyebut:

‫اض َع لِلَّ ِه َد َر َجةً َرفَ َعهُ اللَّهُ َد َر َجةً َح ََّّت ََْي َعلَهُ ِِف‬
َ ‫َم ْن تَ َو‬
‫ض َعهُ اللَّهُ َد َر َجةً َح ََّّت‬ ِ ِ
َ ‫ي َوَم ْن تَ َكبَّ َر َعلَى اللَّه َد َر َجةً َو‬ َ ِّ‫علِّي‬
‫ي‬ ِِ َّ ‫ََيعلَه ِِف س َف ِل‬
َ ‫السافل‬ ْ ُ َْ
“Barangsiapa berendah diri kerana Allah, maka
Allah mengangkat darjatnya, dan barangsiapa
sombong maka Allah akan menjatuhkannya.”
(HR imam Ahmad, no 11724. 18/250)

43
H adi th -H adi th Ci nt a

CINTA KEPADA IBU BAPA

Amalan yang paling baik ialah mentaati dan berbuat baik kepada
ibu bapa selagi mereka masih hidup. Ketahuilah bahawa
tanggungjawab anak terhadap ibu bapa di dalam membuat
kebaktian kepadanya tidak akan habis kerana tanggungjawab
masih ada walaupun mereka sudah meninggalkan dunia. Di
samping, kelebihan doa anak yang soleh dan solehah adalah
doanya terhadap kedua ibu bapanya menyebabkan amalan kedua
ibu bapanya tidak akan terputus selagi dia terus berdoa untuk ibu
dan bapanya dan berbuat baik kepada ibu bapa itu penting kerana
redha Allah terletak pada redha keduanya.

Hadith Sahih riwayat Bukhari5& Muslim menyebut


bahawa:

ُّ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم أ‬


‫َي ْاَل َْع َم ِال‬ َّ ِ‫أ ََّن َر ُج ًَل َسأ ََل الن‬
َ ‫َِّب‬
‫اد ِِف‬ ِْ َّ‫الص ََلةُ لِوقْتِها وبُِّر الْوالِ َدي ِن ُُث‬
ُ ‫اْل َه‬ ْ َ َ َ َ َّ ‫ال‬ َ َ‫ض ُل ق‬
َ ْ‫أَف‬
ِ‫سبِ ِيل اللَّه‬
َ
“Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW.
Apakah amal yang paling baik? Beliau
menjawab: Solat pada waktunya. Berbuat baik
kepada kedua orang tua kemudian berjihad
(berjuang) di jalan Allah”.

5
Shahih Bukhari. Bab wa sumiya nabi sallahu alaihi wasallam al-solah.
23/66. No. 6980. (‫)وسمى النبى صلى اهلل عليه وسلم الصالة‬.

44
H adi th -H adi th Ci nt a

Riwayat Abi Daud6 menyebut bahawa:

‫ول اللَّ ِه َه ْل بَِق َي‬ َ ‫ال يَا َر ُس‬ َ ‫َجاءَهُ َر ُج ٌل ِم ْن بَِِن َسلَ َمةَ فَ َق‬
َ َ‫ي َش ْيءٌ أَبَُّرُُهَا بِِه بَ ْع َد َم ْوِتِِ َما ق‬
‫ال نَ َع ْم‬ َّ ‫ِم ْن بِِّر أَبَ َو‬
‫الص ََلةُ َعلَْي ِه َما َو ِاَل ْستِغْ َف ُار ََلَُما َوإِنْ َفاذُ َع ْه ِد ُِهَا ِم ْن‬ َّ
‫وص ُل إََِّل ِبِِ َما َوإِ ْكَر ُام‬ ِ َّ ُ‫ب ع ِد ُِها و ِصلَة‬
َ ُ‫الرح ِم الَِِّت ََل ت‬ َ َ َْ
‫ص ِد ِيق ِه َما‬
َ
“Telah datang seorang lelaki daripada bani
Salamah dan bertanya kepada Rasulullah SAW.:
wahai Rasulullah, apakah masih ada kewajipan
atas saya padahal kedua orang tua saya sudah
meninggal ? Rasulullah SAW. menjawab: ya,
masih ada kewajipan atasmu, iaitu kau harus
mendoakannya, memohonkan ampun atas dosa-
dosa keduanya, menunaikan janji keduanya,
menyambung kekerabatan yang tidak tersambung
tanpa kedua-duanya dan memuliakan teman-
teman keduanya”.

Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

‫اْلنْ َسا ُن انْ َقطَ َع َعْنهُ َع َملُهُ إََِّل ِم ْن ثَََلثٍَة إََِّل‬ َ ‫إِ َذا َم‬
ِْ ‫ات‬
‫صالِ ٍح‬ ٍ ِِ ِ ٍ ٍ ‫ِمن‬
َ ‫ص َدقَة َجا ِريَة أ َْو علْ ٍم يُْنتَ َف ُع به أ َْو َولَد‬ َ ْ
ُ‫يَ ْد ُعو لَه‬
“Apabila meninggal seseorang itu, maka
terputuslah segala amalannya,melainkan tiga
6
Kitab Sunan Abi Daud. Bab fi al-Bir al-Walidain. 13/353. No.4476. ( ‫فى‬
‫)البر الوالدين‬

45
H adi th -H adi th Ci nt a

perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang


dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh
yang sentiasa mendoakannya” (Hadith riwayat
Muslim).

Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda:

‫ وسخط اهلل ِف‬، ‫رضاء اهلل ِف رضاء الوالد‬


‫سخط الوالد‬
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu
bapa, dan murka Allah bergantung pada murka
kedua-dua ibu bapa” (Shahih Ibn Hibban. Bab
Hak al-walidain. 2/348. no.430).

CINTA KEPADA MAKHLUK

Cinta ini dianugerahkan oleh Allah SWT bukan hanya terhadap


sesama manusia sahaja tetapi juga kepada makhluk yang lain
seperti haiwan, harta benda dan sebagainya. Segala kebaikan
yang dilakukan hanya kerana Allah SWT, seseorang itu akan
dibalas ganjaran yang tidak terhingga di sisiNya. Tetapi
seseorang itu tidak akan merasai iman selagi cintanya terhadap
harta benda dan selainnya mengatasi cintanya terhadap Allah
SWT.

Riwayat Sahih Imam Bukhari7 menyebut bahawa:

ٍ ٍ ِ
ْ ‫ال ِِف ُك ِّل َكبِد َرطْبَة أ‬
‫َجٌر‬ ْ ‫ِِف اْلبَ َهائ ِم أ‬
َ َ‫َجًرا ق‬

7
Shahih Bukhari. Bab Fadhal suqiya al-ma a. 8/182.No. 2190.( ‫فضل سقي‬
‫)الماء‬.

46
H adi th -H adi th Ci nt a

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah


(haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik
kepadanya).”

Riwayat Imam Bukhari8 menyebut bahawa:

َّ ‫ان َح ََّّت ُُِي‬


َ‫ب اْل َم ْرء‬
ِ َ‫اْلي‬ ِْ ‫َح ٌد َح ََل َوَة‬ ِ
َ ‫ََل ََي ُد أ‬
‫ََل ُُِيبُّهُ إََِّل لِلَّ ِه‬
“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya
iman hingga ia mencintai seseorang hanya
kerana Allah.”

Riwayatkan dari Abu Hurairah RA menyebut


bahawa Baginda SAW. bersabda:

‫ش إِ ْذ َرأَتْهُ بَغِ ٌّي‬ ٍ ِ ِ ‫ب ي نَما َك ْلب ي ِط‬


ُ َ‫يف بَركيَّة َك َاد يَ ْقتُ لُهُ الْ َعط‬
ُ ُ ٌ َ َْ
ِ‫ِمن ب غَايا ب ِِن إِسرائِيل فَنَ زعت موقَها فَس َقْته فَ غُ ِفر ََلا بِه‬
َ َ ُ َ َ ُ ْ ََ َ َْ َ َ َ ْ
“Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi
sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga,
seorang pelacur daripada suku Bani Israil
melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan
memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka
Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya
itu” (Shahih Bukhari. Bab Hadith al-Ghar.
11/286. No. 3208).

8
Shahih Bukhari. Bab al-Hubb Fill Allah. 18/470. No. 5581. ( ‫)الحب فى اهلل‬.

47
H adi th -H adi th Ci nt a

Ibnu Umar RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah


bersabda:

‫َخو الْ ُم ْسلِ ِم ََل يَظْلِ ُمهُ َوََل يُ ْسلِ ُمهُ َوَم ْن َكا َن‬ ِ
ُ ‫الْ ُم ْسل ُم أ‬
‫اجتِ ِه َوَم ْن فَ َّر َج َع ْن‬ ِ ِ ِ ‫ِِف ح‬
َ ‫اجة أَخيه َكا َن اللَّهُ ِِف َح‬ َ َ
‫ات يَ ْوِم الْ ِقيَ َام ِة‬
ِ ‫مسلِ ٍم ُكربةً فَ َّرج اللَّه عْنه ُكربةً ِمن ُكرب‬
َُ ْ َ ْ ُ َ ُ َ َ ْ ْ ُ
ِ‫ومن ست ر مسلِما ست ره اللَّه ي وم الْ ِقيامة‬
َ َ َ ْ َ ُ َُ َ َ ً ْ ُ َ َ َ ْ َ َ
“Seorang muslim itu adalah bersaudara dengan
muslim yang lain, dilarang saling menganiaya
dan saling memukul. Barang siapa menunaikan
keperluan saudaranya, maka Allah akan
menunaikan segala keperluannya. Dan barang
siapa melepaskan bebanan penderitaan orang
muslim di dunia, maka Allah akan meringankan
beban penderitaannya di hari Kiamat kelak” (HR
Bukhari. No 2262.8/309).

CINTA KEPADA ILMU

Menuntut ilmu itu difardukan bagi setiap manusia. Dengan


adanya ilmu seseorang itu dapat membezakan yang mana baik
dan buruk. Dengan ilmu juga, manusia dapat mengetahui
kebesaran Allah dan kebenaran risalah yang dibawa oleh
pesuruhNya. Di samping kelebihan yang diberikan oleh Allah
terhadap orang yang menuntut ilmu iaitu memperoleh
kedudukan yang tinggi serta keistimewaan orang yang
mengajarkan ilmunya pula ialah akan didoakan oleh makhluk
langit dan bumi untuknya.

48
H adi th -H adi th Ci nt a

Riwayat Muslim menyebut bahawa:

ِ ِ ِ ‫ومن سلَك طَ ِري ًقا ي ْلت ِم‬


ُ‫س فيه ع ْل ًما َس َّه َل اللَّهُ لَه‬ ُ ََ َ َ ْ ََ
‫اْلَن َِّة‬
ْ ‫بِِه طَ ِري ًقا إِ ََل‬
“Barang siapa yang menempuh suatu jalan
untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan
baginya jalan menuju ke syurga.” (Shahih
Muslim. Bab fadhal al-ijtima’ ‘ala Tilawah al-
Qur’an wa ‘ala. 13/212. No. 4867)

Riwayat Abu Daud9 menyebut bahawa:

‫ك اللَّهُ بِِه طَ ِري ًقا‬ ِ ِ ِ ُ‫من سلَك طَ ِري ًقا يطْل‬


َ َ‫ب فيه ع ْل ًما َسل‬ ُ َ َ َ َْ
ِ ‫اْلن َِّة وإِ َّن اْلم ََلئِ َكةَ لَتضع أ‬ ِ ِ
‫ضا‬ ً ‫َجن َحتَ َها ِر‬ ْ َُ َ َ َ َْ ‫م ْن طُُرق‬
ِ ‫السمو‬ ِ ِ ِ ِ ِِ ِِ ِ
‫ات‬ َ َ َّ ‫لطَالب اْلع ْلم َوإ َّن اْل َعاَلَ لَيَ ْستَ ْغف ُر لَهُ َم ْن ِف‬
‫ف اْل َم ِاء‬ ِ ‫اْلِيتا ُن ِِف جو‬
َْ َ ْ ‫ض َو‬ِ ‫َوَم ْن ِِف ْاَل َْر‬

“Sesiapa yang mencari jalan untuk menuntut ilmu


atas jalan itu, ilmu, maka Allah akan membuka
baginya jalan dari jalan-jalan syurga, dan
sesungguhnya malaikat akan menghamparkan
sayapnya kepada penuntut ilmu kerana redha
dengannya, dan para malaikat serta ikan-ikan di
lautan mendoakan untuknya.”

9
Musnad Abi Daud. Bab al-Hathu ‘ala Talab al-Ilm. 10/49. No. 3157.
(‫ )الحث على طلب العلم‬.Darjat Hasan dengan syawahid. Al- targhib wa al-
Tarhib oleh al-Mundhiriy. Bab Ilmu.

49
H adi th -H adi th Ci nt a

Riwayat At-Tarmizi10 menyebut bahawa:

‫ي َح ََّّت‬ ِ ِ َّ ‫إِ َّن اللَّه وم ََلئِ َكته وأَهل‬


َ ‫الس َم َوات َو ْاَل ََرض‬ َ ْ َ َُ ََ َ
‫صلُّو َن َعلَى ُم َعلِّ ِم‬َ ُ‫وت لَي‬
َ ُ‫اْل‬ ْ ‫الن َّْملَةَ ِِف ُج ْح ِرَها َو َح ََّّت‬
‫اْلَْي َر‬ ِ ‫الن‬
ْ ‫َّاس‬
“Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit
dan bumi, hinggakan semut di dalam lubangnya
dan hidupan dalam laut, semuanya mendoakan
orang yang mengajarkan kebaikan kepada
manusia.”

Tuntutan dalam membaca al-Qur’an berdasarkan dari


riwayat Muslim yang menyebut bahawa:

ِ‫اقْ رءوا الْ ُقرآ َن فَِإنَّه يأِِْت ي وم الْ ِقيام ِة َش ِفيعا َِلَصحابِه‬
َْ ً َ َ َ َْ َ ُ ْ َُ
“Bacalah olehmu akan Al-Qur’an, sesungguhnya
dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi
syafaat kepada tuannya” (HR Muslim, no 1337.
4/231).

Daripada Abu Musa Al-Asy`ari RA, Rasulullah SAW


bersabda:

‫َمثَ ُل الْ ُم ْؤِم ِن الَّ ِذي يَ ْقَرأُ الْ ُق ْرآ َن َك َمثَ ِل ْاَلُتْ ُر َّج ِة ِرُيُ َها‬
ُ‫ب َوَمثَ ُل الْ ُم ْؤِم ِن الَّ ِذي ََل يَ ْقَرأ‬ ٌ ِّ‫ب َوطَ ْع ُم َها طَي‬ ٌ ِّ‫طَي‬
ِ ِ
‫يح ََلَا َوطَ ْع ُم َها ُح ْل ٌو َوَمثَ ُل‬ َ ‫الْ ُق ْرآ َن َك َمثَ ِل الت َّْمَرة ََل ر‬

10
Kitab Sunan Tarmizi, Bab Ma Jaa fi Fadhal al-Fiqh ‘ala al-Ibadat.
9/299. No. 2609 . Darjat Hasan Gharib. ) ‫(ما جاء فى فضل الفقه على العبادة‬

50
H adi th -H adi th Ci nt a

‫ب‬ ِ َّ ‫اْلمنَافِ ِق الَّ ِذي ي ْقرأُ اْل ُقرآ َن مثل‬


ٌ ِّ‫الرُْيَانَة ُيُ َها طَي‬ ُ ََ ْ َ َ ُ
ِ ِ
‫َوطَ ْع ُم َها ُمٌّر َوَمثَ ُل اْل ُمنَاف ِق الَّذي ََل يَ ْقَرأُ اْل ُق ْرآ َن َك َمثَ ِل‬
ِ ْ
‫يح َوطَ ْع ُم َها ُمٌّر‬ٌ ‫س ََلَا ِر‬َ ‫اْلَْنظَلَة لَْي‬
“Perumpamaan orang mukmin yang membaca
Alqur’an adalah seperti perumpamaan buah
utrujah, baunya harum dan rasanya enak.
Perumpamaan orang mukmin yang tidak
membaca Alqur’an adalah seperti buah kurma,
tidak ada baunya sama sekali namun rasanya
manis. Perumpamaan orang munafik yang
membaca Alqur’an adalah seperti buah raihanah,
baunya harum namun rasanya pahit. Sedangkan
perumpamaan orang munafik yang tidak
membaca Alqur’an adalah seperti buah peria,
tidak ada baunya sama sekali dan rasanya pahit”
(Hadith Sahih Muslim: no.1328.4/217).

CINTA KEPADA KEBAIKAN

Cinta kebaikan adalah sifat semulajadi manusia. Allah mencintai


orang-orang yang melakukan kebaikan, malah ia menjadi satu
tuntutan untuk melakukan kebaikan dalam kehidupan walaupun
amalan yang dilakukan itu sedikit dan berterusan. Ganjaran
digandakan oleh Allah SWT bagi hambanya yang berniat untuk
melakukan kebaikan dan perbuatan melakukannya dan kebaikan
serta kebajikan yang paling utama di dalam Islam ialah
menghubungkan silaturahim sesama Muslimin.

Riwayat Imam Bukhari11 yang menyebut bahawa:

11
Shahih Bukhari. Bab al-qasdu wa al-Mudawamah ‘ala al-Amal.
20/101. No. 5984. (‫)القصد والمداومة على العمل‬.

51
H adi th -H adi th Ci nt a

‫ال‬ َ َ‫ب إِ ََل اللَّ ِه ق‬


َ َ‫ال أ َْد َوُم َها َوإِ ْن قَ َّل َوق‬ ُّ ‫َح‬ ِ
َ ‫ْاَل َْع َمال أ‬
‫ا ْكلَ ُفوا ِم ْن ْاَل َْع َم ِال َما تُ ِطي ُقو َن‬
“Amalan yang disukai oleh Allah SWT ialah
amalan yang dilakukan berterusan walaupun ia
sedikit, lakukan apa yang mampu kamu lakukan.”

Hadith riwayat Bukhari12 & Muslim yang diriwayatkan


dari Abu Hurairah RA menyebut bahawa Rasulullah
SAW. bersabda:

‫ك فَ َم ْن‬ ِ َّ ‫ات ُُثَّ ب‬ ِ ‫السيِّئ‬ ِ ْ ‫إِ َّن اللَّه َكتب‬


َ ‫ي َذل‬ ََ َ َّ ‫اْلَ َسنَات َو‬ ََ َ
ً‫َه َّم ِِبَ َسنَ ٍة فَ لَ ْم يَ ْع َملْ َها َكتَبَ َها اللَّهُ لَهُ ِعْن َدهُ َح َسنَةً َك ِاملَة‬
‫فَِإ ْن ُه َو َه َّم ِِبَا فَ َع ِملَ َها َكتَبَ َها اللَّهُ لَهُ ِعْن َدهُ َع ْشَر‬
ِ‫ات إِ ََل سب ِع ِمائَة‬ ٍ َ‫حسن‬
َْ ََ
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan-
kebaikan dan kejahatan-kejahatan. Kemudian
dijelaskan maka sesiapa yang berniat untuk
melakukan kebaikan tetapi dia tidak
melakukannya Allah mencatatkan baginya satu
kebaikan yang sempurna di sisinya. Maka jika dia
berniat dan melaksanakannya maka Allah
mencatatkannya baginya di sisinya 10 kebaikan
hingga sampai 700 kebaikan.”

Tuntutan untuk sentiasa mengubah diri untuk menjadi


lebih baik adalah berdasarkan dari Hadith Sahih riwayat
Muslim RA menyebut bahawa:

12
Kitab Sohih Bukhari, Bab Man Hum bi hasanah aw bi Saiyyiah.
20/140. No. 6010.)‫(من هم بحسنة أو بسيئة‬

52
H adi th -H adi th Ci nt a

َ ‫ص ْد ِرَك َوَك ِرْه‬


‫ت أَ ْن‬ َ ‫اك ِِف‬ ْ ‫اْلِ ُِّب ُح ْس ُن‬
ِْ ‫اْلُلُ ِق َو‬
َ ‫اْل ُْثُ َما َح‬
‫َّاس‬ ِ َِّ
ُ ‫يَطل َع َعلَْيه الن‬
"Kebajikan ialah akhlak yang baik dan dosa ialah
sesuatu yang menyesak dalam dadamu dan kamu
tidak suka untuk diketahui oleh orang lain” (HR
Muslim, no 4632. 12/403).

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW. bersabda:

‫ُجوِر َم ْن‬ ِ ‫من دعا إِ ََل ه ًدى َكا َن لَه ِمن ْاَل‬
ُ ‫َج ِر مثْ ُل أ‬ْ ْ ُ ُ ََ َْ
‫ُجوِرِه ْم َشْيئًا َوَم ْن َد َعا إِ ََل‬ ِ ِ‫تَبِعه ََل ي ْن ُقص َذل‬
ُ ‫ك م ْن أ‬ َ ُ َ َُ
ِ ِ ِْ ‫ض ََللَ ٍة َكا َن علَي ِه ِمن‬
ُ ‫اْل ُِْث مثْ ُل آثَام َم ْن تَبِ َعهُ ََل يَْن ُق‬
‫ص‬ ْ َْ َ
‫ك ِم ْن آثَ ِام ِه ْم َش ْي‬ ِ
َ ‫َذل‬
“Siapa mengajak ke jalan kebenaran maka dia
beroleh pahala sebanyak pahala yang diterima
oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak
kurang sedikit jua pun. Dan siapa mengajak ke
jalan ke sesatan, maka dia beroleh dosa sama
banyak dengan dosa orang-orang yang
mengikutinya, tidak kurang sedikit jua pun”
(Hadith Sahih Muslim. No.4831.13/164).

Hadith Riwayat Imam Muslim mengenai kebajikan iaitu:

‫الر ُج ُل ُوَّد أَبِ ِيه‬ ِ ‫أَب ُّر الِْ ِِّب أَ ْن ي‬


َّ ‫ص َل‬ َ َ
“Kebajikan yang paling utama ialah seseorang
itu menghubungkan silaturrahim terhadap
mereka yang dicintai oleh ayahnya”
(Riwayat Imam Muslim. No.4630.12/400).

53
H adi th -H adi th Ci nt a

PENUTUP

Hadith-hadith cinta yang dipersembahkan dalam bab ini adalah


sebahagian kecil dari ratusan hadith yang menyebut soal cinta
dalam kehidupan manusia, dan hubungannya dengan Allah taala.
Khazanah hadith cinta ini perlulah diselidiki dan dikongsi
bersama serta diamalkan dengan penuh penghayatan supaya
sunnah Rasulullah SAW dapat dimanifestasikan dalam erti kata
yang sebenar.

RUJUKAN

Al-Qaradhawi, Yusof. 2000. Kemanisan Iman (Terj. Mahmud


Ahmad). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Sahih Bukhari. Bab Tawadu.’Maktabah Syaamilah.
Shahih Bukhari. Bab al-qasdu wa al-Mudawamah ‘ala al-Amal.
’Maktabah Syaamilah.
Shahih Bukhari. Bab al-Hubb Fill Allah. ’Maktabah Syaamilah.
Shahih Bukhari. Bab Fadhal suqiya al-ma a. ’Maktabah
Syaamilah.
Kitab Sohih Bukhari, Bab Man Hum bi hasanah aw bi Saiyyiah.
’Maktabah Syaamilah.
Kitab Sunan Tarmizi, Bab Ma Jaa fi Fadhal al-Fiqh ‘ala al-
Ibadat. ’Maktabah Syaamilah.
Musnad Abi Daud. Bab al-Hathu ‘ala Talab al-Ilm. ’Maktabah
Syaamilah.
Musnad Imam Ahmad. Hadith Hasan. Bab Hadith al-Bara’ bin
‘azab Radiallahu anhu. ’Maktabah Syaamilah.

54
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

BAB 4 | CINTA MENURUT


PERSPEKTIF PSIKOLOGI
ROZMI ISMAIL

PENGENALAN

Secara psikologinya keinginan untuk berhubung, bersama dan


berdamping dengan orang lain merupakan sebahagian daripada
keperluan benda hidup seperti binatang dan manusia. Dalam
konteks manusia keinginan untuk berhubung atau berkawan
adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia. Keinginan
kepada orang lain bermula dengan mengenali, mempunyai
persamaan dan akhirnya memulakan perkenalan dan menjalinkan
hubungan. Agama Islam tidak menafikan keperluan asas ini
namun keperluan ini perlu dibimbing dan dikawal supaya ia
tidak tersasar dari ketetapan Allah SWT. Bab ini akan mengupas
apa yang memotivasikan seseorang untuk berhubung khususnya
berhubung rapat dan apakah yang diingini oleh seseorang itu dari
perhubungan. Seterusnya bab ini akan menghuraikan konsep
hubungan cinta dan kesan terputusnya hubungan itu kepada
individu.
Hubungan rapat juga dikenali sebagai hubungan mesra
(intimate relationship). Hubungan ini boleh diperhati
berdasarkan kepada tiga sifat berikut iaitu sama ada wujudnya
kerapatan emosi, memenuhi keperluan (sama ada fizikal,
psikologikal atau seksual) dan kebergantungan antara satu sama
lain. Hubungan rapat terbahagi kepada beberapa kategori iaitu
persahabatan yang sangat rapat, hubungan antara ahli keluarga,
hubungan antara teman sekerja dan hubungan romantik dan
seksual. Contohnya kita menjadi rapat kerana keluarga. Menurut
teori evolusi, keperluan kepada hubungan rapat adalah untuk
tujuan penerusan survival gen.

55
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

PERHUBUNGAN ROMANTIK DAN CINTA

Hubungan romantik adalah hubungan yang lebih dari


persahabatan. Ciri utama perhubungan romantik ialah tarikan
seksual dan darjah intimasi fizikal. Misalnya pasangan yang baru
berkahwin dilihat sentiasa romantik seperti sering berpegangan
tangan dan berpelukan. Perhubungan rapat dan perhubungan
romantik mempunyai persamaan dan perbezaan. Dari aspek
persamaan tarikan romantik sama seperti tarikan interpersonal
iaitu ia bermula dengan kerapatan, kebangkitan motivasi untuk
mengadakan perhubungan dan kepercayaan. Misalnya individu
yang tidak kenal antara satu sama lain kemudian bekerja dalam
satu kumpulan mula rapat dan kadang-kadang mula
menunjukkan tarikan seksual.
Manakala hubungan romantik berbeza dari hubungan
kawan dan jiran tetangga. Hubungan antara kawan perlu ada
perasaan saling faham-memahami sedangkan hubungan
romantik lebih dari itu ia merangkumi semua sifat hubungan
seperti mahukan hubungan yang sepenuhnya. Terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi kewujudan perasaan cinta terhadap
individu berlainan jantina iaitu kerapatan dari segi fizikal,
tarikan fizikal, pendedahan berterusan dan menyedari tentang
kewujudan persamaan sikap.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TARIKAN DAN


KEWUJUDAN PERASAAN CINTA

Terdapat beberapa faktor mempengaruhi hubungan rapat


khususnya cinta.

1. Kedekatan fizikal

Kedekatan merujuk kepada jarak fizikal seperti jarak di antara


rumah individu A dengan rumah individu B. Kedekatan akan
membawa kepada hubungan yang lebih cepat terjalin. Salah satu
kuasa kedekatan ialah akan membentuk hubungan yang tidak
dirancang dan akhirnya menghasilkan tarikan interpersonal.
Kedekatan merupakan salah satu jalan di mana orang yang

56
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

sebelum ini dianggap asing akan bertukar menjadi kenalan baru


ataupun sahabat. Perkara ini sering berlaku di sekolah, kawasan
perumahan, tempat kerja atau di mana sahaja individu itu
berada. Asas kedekatan ini akan berlangsung secara semulajadi
di mana individu akan sentiasa berhubung dan berhadapan
dengan individu tersebut dari semasa ke semasa. Kedekatan
akan mendorong kepada pendedahan yang berulangan (repeated
exposure). Pendedahan secara berulang-ulang ini akan
menyebabkan saling mengenali dan sekaligus meningkatkan
penilaian positif dan akhirnya akan terjalin hubungan
persahabatan dengan mereka.
Lazimnya semakin kerap terdedah kepada orang-orang
yang pada mulanya tidak dikenali maka semakin positif dan
bergerak balas terhadap orang tersebut. Ini membawa maksud
bahawa kebiasaan membawa kepada tarikan. Apabila kerap
berjumpa dan berinteraksi dengan orang yang berada di
sekeliling maka akan menjadi semakin rapat dan semakin erat.
Pola kerapatan antara manusia banyak dipengaruhi oleh faktor
lokasi rumah, bilik asrama, tempat kerja, kedudukan tempat
duduk dalam dewan kuliah dan sebagainya. Kedekatan
persekitaran fizikal menambahkan lagi darjah kerapatan
khususnya melalui kontak tidak sengaja antara mereka. Apabila
kontak sedemikian semakin kerap ini akan diikuti dengan
perasaan suka dan rapat antara satu sama lain. Unsur-unsur
kedekatan fizikal ialah kedudukan geografi. Kedudukan geografi
telah terbukti sebagai salah satu faktor utama dalam pemilihan
teman hidup. Wujud kecenderungan seseorang lelaki dan
perempuan untuk memilih pasangannya yang berada tidak terlalu
jauh dari mereka. Ini kerana kedudukan yang dekat mendorong
pertemuan yang kerap dan akhirnya akan membentuk hubungan
antara individu disebabkan oleh pendedahan yang berterusan.

2. Pendedahan Berterusan (repeated exposure)

Pendedahan berterusan (repeated exposure) dikatakan akan


membentuk hubungan yang lebih rapat. Bagaimanapun
pendedahan yang berterusan tidak semestinya akan melahirkan
perasaan positif. Reaksi awal terhadap rangsangan mestilah
dalam bentuk neutral atau positif agar sesuatu tarikan dapat

57
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

terbentuk. Sekiranya reaksi awal terhadap seseorang adalah


negatif maka pendedahan yang berulangan akan menimbulkan
perasaan benci.
Biasanya jarak yang dekat di antara dua individu akan
menyebabkan lebih kerap bertemu sama ada secara tidak sengaja
atau sengaja. Pendedahan berulang akan menimbulkan
rangsangan sama ada positif, negatif dan neutral (semulajadi).
Pendedahan yang sederhana akan meningkatkan penilaian positif
terhadap sesuatu rangsangan tersebut. Pendedahan berulang ini
biasanya berhubung dengan rangsangan, sebagai contoh apabila
pertama kali masuk ke universiti, individu akan berhubung
dengan kebanyakan orang yang tidak dikenali terutama sekali
apabila berada di dalam kelas, perpustakaan, kafeteria dan di
tempat-tempat yang lain. Pada tahap awal mula merasa keliru
terutama apabila perlu berhubung dengan individu yang tidak
dikenali, sebagai contoh pensyarah yang akan mengajar. Tetapi
apabila sering berjumpa akhirnya mula mengenali individu yang
dahulunya tidak kenali dengan lebih rapat lagi terutama apabila
kerap berjumpa di dalam kelas dan sebagainya. Akhirnya
hubungan yang terjalin akan menjadi erat dan mereka mula
merasa selesa apabila sering berjumpa dengan individu yang
sama setiap hari.
Banyak kajian yang telah dijalankan untuk melihat kesan
kedekatan dan pendedahan berulang di dalam keadaan
semulajadi. Antaranya Maisomeuve, Palmade dan Fourment
(1952) dan Segal (1974) masing-masing menjalankan kajian di
Amerika Syarikat dan Eropah mendapati bahawa pelajar akan
mudah untuk berkenalan apabila mereka duduk bersebelahan
ketika berada di dalam kelas. Ini kerana pendedahan yang
berulang akan meningkatkan daya tarikan ketika di dalam kelas.
Fakta ini disokong oleh kajian Moreland dan Beach
(1992) yang mendapati pendedahan berulang akan meningkatkan
daya tarikan semasa berada di dalam kelas. Kajian ini dilakukan
ke atas 4 orang pembantu yang berpura-pura bertindak sebagai
pelajar dalam satu semester di sebuah kolej. Pembantu pertama
tidak menghadiri kelas sepanjang semester berlangsung,
pembantu kedua menghadiri kelas sebanyak lima kali sepanjang
semester, pembantu ketiga menghadiri kelas sebanyak sepuluh
kali manakala pambantu keempat menghadiri kelas sebanyak

58
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

lima belas kali sepanjang semester. Di akhir semester pelajar-


pelajar di dalam kelas tersebut telah ditunjukkan dengan gambar
keempat-empat pembantu yang menghadiri kelas mereka
sepanjang semester. Keputusan yang diperoleh mendapati
pelajar lebih mengenali gambar orang yang kerap mereka lihat di
dalam kelas. Ini jelas menunjukkan apabila lebih banyak masa
didedahkan kepada pelajar di dalam kelas berkenaan, maka
semakin tinggi jugalah daya tarikan yang dipamerkan oleh
mereka.

3. Menyedari Kewujudan Persamaan Sikap

Kebiasaan dan persamaan adalah perlu untuk membentuk


perhubungan intim. Misalnya sepasang suami isteri pada asalnya
adalah pelajar satu sekolah, kemudiannya sama-sama belajar di
universiti, lepas itu bercinta, bertunang, bekerja dan akhirnya
berkahwin. Apabila wujud persamaan antara individu maka ini
akan menyokong sikap untuk meneruskan perhubungan. Antara
persamaan yang dikongsi bersama ialah sikap, kepercayaan,
pandangan, penilaian peribadi dan minat. Biasanya individu akan
suka kepada orang yang bersetuju dengan sikap atau
berpandangan yang sama. Banyak kajian mendapati bahawa
semakin tinggi persamaan sikap maka semakin puas
perkahwinan pasangan tersebut dan sebaliknya. Bagaimanapun
tidak dapat dinafikan bahawa jika terlalu banyak persamaan
antara pasangan suasana akan menjadi hambar dan menjemukan
untuk jangka masa panjang.

4. Keinginan membentuk hubungan (berdamping)

Satu sifat yang jelas ada pada manusia ialah keinginan untuk
bersama dengan orang lain. Keinginan ini adalah satu keperluan
psikologi yang utama. Menurut Schachter (1959; dalam Baron &
Byrne 2004), perasaan stres dan takut merupakan pendorong
utama mengapa manusia ingin berdamping dengan orang lain.
Apabila dapat berdamping ini memberi peluang kepada mereka
untuk terlibat dalam kumpulan dan serba sedikit dapat
mengurangkan perasaan takut. Ini dibuktikan dalam kajian
Schachter (1959; dalam Baron & Byrne 2004) iaitu apabila

59
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

subjek diberitahu bahawa mereka akan menerima kejutan eletrik


dalam kajian, mereka lebih cenderung untuk menunggu bersama
subjek lain daripada bersendirian menunggu giliran. Sebaliknya
jika subjek tahu bahawa mereka dijangka akan terlibat dalam
eksperimen yang memalukan diri mereka cenderung akan
bersendirian. Ini menunjukkan bahawa manusia perlu bersama
orang lain untuk menghilangkan rasa takut, sebab apabila
bersama orang lain mereka boleh berkomunikasi dan meluahkan
perasaan bersama. Selain itu mereka dapat bertukar-tukar
maklumat dan mendapat maklumat baru.
Alasan lain mengapa seseorang itu ingin berdamping ialah
kerana kesunyian. Kesunyian merujuk kepada perasaan tidak
berpuashati mengenai kuantiti dan kualiti perhubungan. Orang
jarang mengalami masalah kuantiti sebaliknya masalah kualiti. Ia
wujud apabila terdapat perbezaan pola perhubungan sosial iaitu
apa yang diingini tidak sama sebagaimana apa yang dialami.
Kesunyian sosial wujud apabila seseorang itu mempunyai
kuantiti perhubungan sosial yang terbatas jadi ia perlu kepada
lebih ramai orang atau menambahkan lebih ramai kawan.
Sementara kesunyian emosi ialah apabila seseorang masih
merasa sunyi walaupun ramai kawan, mungkin corak
perhubungannya kurang intim.Sesuatu yang baik dalam hidup
setiap manusia ialah meluangkan masa berinteraksi dengan
orang lain dan ia adalah kecenderungan untuk berhubung dilihat
sebagai asas neurobiologikal (Rowe 1996). Keperluan untuk
berhubung (afiliasi) dan diterima oleh orang lain adalah
keperluan asas psikologikal sepertimana lapar dan dahaga yang
dirasai oleh fizikal manusia (Baumeister & Leary 1995). Faktor
utama yang membezakan tahap keinginan afiliasi dan tarikan
antara individu ialah faktor tarikan. Tarikan antara personal
banyak dipengaruhi ciri fizikal seperti kecantikan rupa paras
(kejelitaan atau kacak). Kajian menunjukkan banyak budaya
mengutamakan kecantikan rupa paras sebagai asas utama dalam
pembinaan atribusi terhadap lelaki dan perempuan, sedangkan
fakta menunjukkan pertimbangan berasaskan kecantikan fizikal
biasanya tidak tepat.

60
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

5. Tarikan Fizikal

Daya tarikan fizikal merujuk kepada ciri-ciri fizikal seseorang


seperti paras rupa dan bentuk tubuh badan yang menarik
perhatian orang lain. Kedua-dua ciri ini mempengaruhi
pembentukan perhubungan yang melibatkan daya tarikan antara
jantina.Piawaian kebanyakan budaya menunjukkan daya tarikan
fizikal seperti cantik dan menarik lebih disukai orang
ramai.Namun tidak terdapat piawaian yang tetap untuk
mengukur dan menentukan kecantikan.Takrifan dan pengukuran
kecantikan berbeza mengikut budaya kerana ada budaya menilai
kecantikan seseorang berdasarkan saiz iaitu semakin besar saiz
(gemuk) seseorang itu sebagai cantik dan subur.Ada kajian
mendapati bahawa wujud perbezaan persepsi tentang penampilan
fizikal di kalangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti
iaitu wanita didapati lebih mengambil berat mengenai daya
tarikan berbanding lelaki (Baron & Byrne 2004). Ada juga kajian
mendapati seseorang yang lebih menarik dari segi fizikal akan
menerima layanan positif berbanding dengan mereka yang
kurang menarik.
Tarikan fizikal seperti rupa paras yang cantik melahirkan
perasaan tertarik bagi sesiapa yang melihatnya khususnya
individu yang berlainan jantina. Apabila muncul perasaan
tertarik (positif) maka akan wujud reaksi fisiologi yang ingin
mendampingi individu berkenaan. Perasaan suka atau benci
kepada sesuatu sebenarnya berlandaskan kepada emosi. Individu
biasanya menyukai sesuatu apabila emosi positif dan tidak
menyukai apabila emosi negatif.
Semua faktor yang mempengaruhi tarikan seperti yang
dibincangkan di atas akan mempengaruhi tahap kesukaan dan
tertarik kepada seseorang terutamanya berlainan jantina. Oleh itu
tidak hairanlah banyak terdapat kisah percintaan dengan rakan
sepejabat, hubungan cinta antara bos dengan setiausaha dan
pekerja bawahan, skandal dan bermacam kes yang melibatkan
perasaan tarikan kejantinaan di tempat kerja.Tidak kurang juga
ramai orang bertemu jodoh setelah mereka bekerja.

61
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

CINTA DAN JENIS-JENISNYA

Cinta adalah suatu tema yang tidak asing bagi individu. Ia sering
wujud dalam senikata lagu, filem, drama dan mungkin sedang
atau pernah dialami oleh setiap individu. Hubungan cinta atau
hubungan romantik diertikan sebagai satu hubungan yang lebih
rapat dari persahabatan (Santrock 2002). Menurut Hatfield &
Rapson (1993) cinta adalah perhubungan yang lebih rapat
daripada romantik dan mempunyai minat seks. Manakala
menurut al-Ghazali dalam bukunya Kimia As-Saa’dah
menyifatkan cinta sebagai kecenderungan yang membawa
kepada perasaan yang menyenangkan. Secara umumnya cinta
merujuk kepada perasaan beremosi seperti berahi, asyik, kasih
sayang malah merangkumi semua perasaan seperti marah,
gembira, sedih dan takut. Cinta adalah reaksi emosi dan jelmaan
kasih sayang yang teragung. Menurut Sternberg (1997) cinta
adalah kombinasi beberapa komponen iaitu emosi, kognisi dan
tingkah laku yang akhirnya melibatkan hubungan intim antara
individu.
Sternberg terkenal dengan teorinya tentang “Segitiga
Cinta” itu mengandung tiga komponen:

Pertama: Keintiman (Intimacy), keintiman adalah


elemen emosi, yang di dalamnya terdapat kehangatan,
kepercayaan (trust), dan keinginan untuk membina hubungan.
Antara ciri-cirinya ialah seseorang akan merasa dekat dengan
seseorang, senang bercakap-cakap dengannya sampai waktu
yang lama, merasa rindu bila lama tidak bertemu.

Kedua: Ghairah (Passion),Ghairah adalah elemen


motivasi yang didasari oleh dorongan dari dalam diri yang
bersifat seksual.

Ketiga: Komitmen (commitment), Komitmen adalah


elemen kognitif, berupa keputusan untuk secara sinambung dan
tetap menjalankan suatu kehidupan bersama.

Menurut Sternberg (1997), darjat setiap komponen itu


pada tiap-tiap orang berbeza darjatnya. Ada yang hanya tinggi

62
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

pada ghairah, tapi rendah pada komitmen. Sedangkan cinta yang


ideal adalah apabila ketiga komitmen itu berada dalam proporsi
yang sesuai pada suatu waktu tertentu. Misalnya, pada tahap
awal hubungan, yang paling besar adalah komponen keintiman.
Setelah keintiman berlanjut pada ghairah yang lebih besar
(dalam beberapa budaya), ia harus disertai dengan komitmen
yang lebih besar misalnya melalui perkahwinan.
Seperti telah dihuraikan sebelumnya, hubungan cinta
seseorang sangat ditentukan oleh pengalamannya sendiri mulai
dari masa kanak-kanak. Bagaimana orang tuanya saling
mengekspresikan perasaan cinta mereka, akan mempengaruhi
hubungan anak-anak mereka. Hubungan awal dengan teman-
teman dekat, kisah-kisah romantis sehingga kisah yang
menakutkan, akan membekas dan mempengaruhi seseorang
dalam berhubungan. Maka setiap orang disarankan untuk
menyedari kisah cinta yang ditulis untuk dirinya sendiri.
Kajian Aron, Paris dan Aron (1995) mendapati tindakan
jatuh cinta atau bercinta dapat meningkatkan keyakinan diri
seseorang individu.
Bagaimanapun makna cinta yang spesifik berbeza dari
satu budaya dengan budaya yang lain. Perasaan cinta umumnya
terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:

1. Cinta Berahi (Passionate love atau cinta eros)

Cinta berahi adalah sejenis perasaan cinta yang wujud dengan


cepat atau secara tiba-tiba. Biasa juga disebut ‘mabuk cinta’. Ia
wujud hasil dari pandangan pertama dan kewujudan perasaan itu
biasanya sukar dikawal, tidak rasional dan sentiasa mempunyai
perasaan membuak-buak terhadap seseorang. Cinta jenis ini juga
dinamakan cinta eros bagi menggambarkanperasaan yang tidak
realistik terhadap seseorang. Ia juga dipanggil cinta Romeo dan
Juliet atau seperti Uda dan Dara. Asas cinta ini biasanya kepada
tarikan fizikal dan keinginan nafsu berahi yang tinggi. Kadang-
kadang perasaan itu sukar untuk dipendamkan khususnya setelah
kedua-dua berjumpa dan masing-masing merindui antara satu
sama lain. Orang yang bercinta jenis ini sentiasa mempunyai
perasaan bercampur-aduk antara tarikan seksual, bangkitan

63
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

fisiologi, ingin sentiasa rapat dan bersama dan ingin dicintai


sebanyak mungkin.
Averill & Boothroyd (1977) telah melakukan satu
eksperimen untuk menguji kewujudan cinta jenis ini. Beliau
mengkaji dua orang subjek berlainan jantina yang tidak
mengenali antara satu sama lain sebelumnya. Mereka
dikehendaki merenung antara satu sama lain selama dua minit.
Hasilnya subjek tersebut saling jatuh cinta walaupun tidak
pernah kenal.
Cinta jenis ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya ialah sering terdedah dengan suasana romantik
misalnya melalui filem atau kisah cinta dan impian untuk
bercinta dan bahagia bersama pasangan. Selain itu kedua-dua
pasangan juga mempunyai konsep cinta yang dianggap sesuai
seperti dari segi tarikan fizikal. Percintaan jenis ini juga wujud
kerana dapat membangkitkan perasaan sama ada gembira, hampa
atau marah, cemburu akibat perasaan cinta.

2. Cinta Tak Berbalas (Unrequited Love)

Perasaan cinta ini hanya dirasai oleh seorang sahaja sedangkan


orang yang digilai itu tidak tahu atau tidak mempunyai perasaan
cinta terhadapnya. Cinta tidak berbalas ini biasa dialami oleh
orang lelaki dan jarang berlaku kepada wanita.

3. Cinta Persahabatan (Companionate love or friendship)

Percintaan jenis ini wujud hasil dari persahabatan yang rapat dan
lama. Biasanya percintaan jenis ini akan kekal lama hasil dari
persefahaman yang sedia wujud. Pasangan jenis ini biasanya
juga mempunyai pandangan yang sama, saling mencintai, dan
sering bertukar-tukar pendapat di samping boleh menasihati
antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing sudah tahu
perangai dan mengenali lama pasangan mereka.

4. Cinta Cemburu (Possessive love)

Cinta jenis ini dikuasai oleh sifat irihati dan cemburu yang kuat.
Pasangan yang memiliki cinta ini cenderung mempunyai nafsu

64
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

memiliki yang tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai


perasaan cinta ini akan mengalami ketakutan kehilangan
pasangannya. Fikirannya sering tertumpu kepada pasangannya,
cuba mengawal pasangan, sentiasa gelisah, tidak tenteram,
sentiasa mengesyaki dan tidak mempercayai pasangannya.
Contohnya apabila melihat pasangan bercakap dengan orang lain
atau bersama dengan orang lain dia mula tidak senang duduk.
Keadaan ini menyebabkan pasangannya menjadi bosan dan tidak
memiliki kawan ramai terutamanya yang berlainan jantina
kerana merasa bimbang pasangannya akan cemburu.

5. Cinta Logik (Logical Love)

Cinta ini biasanya wujud berasaskan faktor luaran bukannya


tarikan fizikal semata-mata, misalnya berasaskan pertimbangan
logik. Antaranya anggapan bahawa lebih baik mencintai
seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama dengannya
dan boleh memahami kepentingan masing-masing. Ataupun
mereka mempunyai pertimbangan lain seperti mencari untung,
kekayaan atau cara hidup yang mewah. Ada terdapat pasangan
yang bercinta demi mengaut kekayaan atau kepentingan
perniagaan dan apabila mendapat apa yang diingini mereka akan
meninggalkan pasangannya. Situasi ini banyak berlaku kepada
golongan kaya, korporat yang kaya atau artis dan selebriti demi
untuk kepentingan masing-masing.

6. Cinta Pragmatik (Pragmatic Love)

Cinta ini hampir sama dengan cinta logik tetapi tidak mengambil
kesempatan terhadap pasangan. Cinta ini mengutamakan
persefahaman antara dua individu yang menjurus kepada
kepentingan masing-masing. Setiap indiviu saling memahami
keperluan dan kepentingan masing-masing. Contonya kefahaman
terhadap karier masing-masing yang memerlukan saling tolak
ansur bagi memahami dan menyesuaikan diri dengan karier yang
berbeza. Cinta pragmatik tidak mementingkan tarikan fizikal
sebaliknya yang penting ialah persefahaman yang diberi
keutamaan.

65
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

7. Cinta Tidak Berbelah Bahagi (Selfless love)

Jenis cinta ini juga dipanggil cinta pengorbanan iaitu pasangan


tidak mementingkan dirinya sendiri, apa yang pentig ialah
pasangannya. Seseorang sanggup melakukan apa sahaja dalam
meraih cinta yang diingininya. Bagi yang memiliki cinta ini apa
yang dia tahu ialah kebahagiaan pasangannya walaupun apa
yang dilakukan itu mendatangkan kesusahan kepada dirinya.
Mereka juga adalah pemaaf walaupun kesalahan yang dilakukan
pasangan menyakitkan hati. Individu ini juga merasa tidak puas
jika tidak dapat memberikan kebahagian kepada pasangannya.
Misalnya kata-kata seperti ’I would rather suffer my self than let
my lover suffer’ adalah contoh cinta jenis ini.

8. Cinta Mainan (Game Playing Love)

Ia merujuk kepada perasaan cinta yang tidak serius dan bersifat


sementara. Tiada sebarang komitmen diberikan terhadap
pasangannya. Nama lain bagi cinta jenis ini ialah ludus iaitu
bermaksud sejenis perasaan yang wujud cepat, sementara dan
curang. Cinta ini biasa wujud dikebanyakan masyarakat yang
tinggal di bandar besar yang mengejar kemewahan hidup moden.
Bagi mereka tidak perlu ada komitmen terhadap pasangan, yang
penting adalah keseronokan diri.Perasaan yang wujud ialah
semata-mata kerana bersuka-suka seperti untuk keperluan
seks.Kasih sayang yang diberikan kepada pasangannya itu
bersifat sementara.Percintaan ini lahir semata-mata disebabkan
oleh tarikan fizikal dan seksual dan ini boleh dilihat dalam
masyarakat Barat di mana sesetengah individu tertentu
mempunyai ramai pasangan seks yang tidak tetap.
Jenis percintaan ini banyak diamalkan oleh masyarakat
Barat yang selalu bertukar-tukar pasangan dan mereka biasanya
tidak berminat dengan ikatan perkahwinan kerana dianggap
menyusahkan. Percintaan ini juga dianggap sebagai suatu
perhubungan yang sunyi, kerana pasangan tidak gembira akibat
tiada perasaan cinta sejati.
Jenis-jenis cinta yang dibincangkan di atas walaupun
wujud di kebanyakan tempat tetapi kewujudannya dipengaruhi
oleh faktor budaya, agama dan nilai sesebuah masyarakat.

66
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

Sebagai contohnya bagi masyarakat Asia seperti di India dan


Pakistan, percintaan dan perkahwinan biasanya diuruskan oleh
keluarga. Malah di India khususnya bagi masyarakat beragama
Hindu kanak-kanak sejak kecil lagi telah dikahwinkan dengan
pasangan yang telah ditentukan oleh ibu bapa kedua-dua belah
pihak. Bagi masyarakat Hong Kong dan China pula mereka
mempercayai ‘Yuan’ iaitu satu semangat bahawa jika dua orang
saling mengenali dan secocok maka mereka dikatakan ada
‘yuan’ dan ia bermaksud takdir dari tuhan untuk bertemu jodoh.

PEMILIHAN PASANGAN

Bagaimana orang memilih pasangan hidup? Dalam mencari dan


memilih pasangan hidup biasanya melibatkan beberapa proses.
Menurut Janda & Klenke-Hamel (1980) sebelum seseorang
membuat keputusan untuk berkahwin mereka membuat saringan
bagi mempastikan bahawa hanya orang yang sesuai dan layak
sahaja akan diambil sebagai pasangan hidup. Proses saringan ini
bermula dengan kerapatan dan kedekatan dan perkenalan,
selepas mengenalpasti calon yang berpotensi kemudiannya
mengenaplasti beberapa persamaan yang wujud. Selepas itu jika
ciri-ciri di atas sesuai maka saringan berikutnya ialah menilai
sama ada seseorang itu mempunyai daya tarikan seperti cantik
dan akhirnya saringan yang terakhir ialah menilai sama ada
calon tersebut ’boleh masuk’ (compatible) atau sepadan serta
selaras dengan jangkaan dan peranan yang akan dimainkan oleh
calon itu kelak. Jika semua ini dipenuhi, maka pasangan itu
akan mengambil keputusan berkahwin untuk mengekalkan
perhubungan mereka.
Di sepanjang proses saringan ini, akan berlaku beberapa
halangan yang diwujudkan oleh masyarakat (seperti norma dan
budaya) sehingga proses mencari calon yang sesuai menjadi
sukar dan lambat. Contohnya individu cenderung untuk
mencari pasangan yang banyak persamaan dengannya misalnya
umur, etnik, agama, pendidikan dan lain-lain faktor demografi.
Di Amerika Syarikat, kecenderungan ini dipanggil homogamy
(mencari titik persamaan). Manakala bagi sesetengah budaya,
lelaki lebih cenderung mencari pasangan hidup yang lebih muda,

67
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

cantik, subur, bersaiz kecil dan berstatus yang lebih rendah dari
lelaki. Manakala wanita pula cenderung untuk memilih bakal
pasangan yang lebih tua umurnya, berharta, bersaiz lebih besar
darinya dan berstatus tinggi (Baron & Byrne 2004). Oleh kerana
kesukaran mencari calon yang memenuhi syarat dan yang sesuai,
ramai kaum lelaki dan wanita di Barat mengambil keputusan
untuk tidak berkahwin dan mengamalkan kebebasan seksual.

KEGAGALAN HUBUNGAN ROMANTIK

Hubungan cinta biasanya akan disusuli dengan perkahwinan.


Selepas berkahwin pasangan memasuki era baru di mana semua
pihak seperti keluarga dan masyarakat termasuk pasangan itu
sendiri mempunyai jangkaan bahawa mereka akan kekal
sehingga akhir hayat. Hakikatnya kebanyakan perkahwinan
tidak dapat mengikuti laluan kebahagiaan yang sepatutnya.
Sebaliknya di pertengahan jalan banyak berlaku peristiwa seperti
turun naik kebahagiaan, lencongan dan halangan yang menimpa
sehingga ramai yang menghadapi masalah dengan perkahwinan
mereka dan ada juga yang mengambil keputusan untuk berpisah.
Ini adalah kerana pada peringkat permulaan
perkahwinan, masing-masing ingin menunjukkan impresi yang
terbaik oleh itu orang biasanya menyembunyikan peribadi
sebenar kepadan pasangannya. Bagaimanapun selepas beberapa
lama iaitu 3-4 tahun perkahwinan, sentimen dan konflik antara
pasangan meningkat selari dengan usia perkahwinan mereka.
Pada waktu itu masing-masing mula mempamirkan hakikat
sebenar diri mereka. Perasaan tidak berpuashati terhadap
pasangan, kecewa dan menyesal mula menjelma, dan masing-
masing sudah tidak sehaluan dan terpaksa mengambil keputusan
berpisah.
Kegagalan dalam perkahwinan adalah sesuatu yang
biasa dan wujud di mana-mana. Di Amerika Syarikat, adalah
dianggarkan lebih 50% perkahwinan berakhir dengan perceraian.
Di Malaysia bagi setiap 10 pasangan berkahwin, 4-5 pasangan
didapati bercerai atau akan bercerai. Terdapat banyak sebab
kepada ketidaksefahaman ini iaitu pertama, wujudnya konflik
dan keduanya, ketidaksefahaman di antara suami dan isteri.

68
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

Kedua-dua faktor ini berpunca dari banyak sebab antaranya


cemburu, tidak sehaluan, jemu dan tidak jujur atau ’bermain
kayu tiga’ serta campurtangan pihak keluarga pasangan. Duck
(1988) dalam kajiannya mengenai perceraian mencadangkan
bahawa kemerosotan hubungan perkahwinan bergerak dalam
beberapa tahap iaitu:

1. Tahap pertama ialah fasa intrapsikik - di mana suami


atau isteri mula merasai bahawa ada sesuatu yang sukar
dibongkar dalam perhubungan sehingga ada niat untuk
menarik diri. Sekiranya pasangan merasakan masalah itu
adalah munasabah dan memang sukar dikikis maka ia
akan bergerak ke fasa kedua.

2. Pada fasa kedua atau disebut fasa diyadik - adalah suatu


keadaan di mana sentiasa wujud ketidaksefahaman,
pertengkaran dan kedua-dua sering mengakui bahawa
perkahwinan mereka tidak akan kekal.

3. Sekiranya keadaan semakin sukar dan bertambah buruk


pasangan tadi bergerak ke fasa seterusnya iaitu disebut
fasa sosial - Pada tahap ini kedua-dua sudah mula
mengakui bahawa mereka bersedia untuk berpisah dan
keluarga kedua-dua pihak juga telah maklum. Mereka
juga telah berbincang bagaimana cara untuk mengakhiri
perkahwinan mereka.

4. Akhir sekali jika keputusan sebulat suara mereka


memasuki fasa terakhir iaitu fasa perkuburan (grave-
dressing). Pada tahap ini perkahwinan tidak dapat
diselamatkan lagi, masing-masing telah sanggup
membuat keputusan dan masing-masing sudah membuat
persediaan mental dan fizikal untuk perceraian. Maka
tahap ini sebuah perkahwinan yang dibina akan tinggal
sejarah.

Bagaimanapun tidak semua perkahwinan menurut fasa-


fasa tersebut, ada kalanya masalah diselesaikan dan hubungan
diperbaiki. Misalnya melalui kaedah mengubah atribusi

69
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

menyalahkan pasangan. Tidak semua masalah dan konflik


membawa kepada perceraian. Ada masalah yang timbul
kemudian dapat diselesaikan dan mengubah suasana, ada pula
dapat mempercepatkan lagi perceraian. Kebanyakan perceraian
berpunca dari individu yang tidak mahu mengakui kesilapan,
degil, mementingkan diri, selalu menyakitkan pasangan, selalu
mengkritikdan sebagainya.

KESAN TERPUTUSNYA HUBUNGAN RAPAT

Salah satu kesan dari terputusnya hubungan rapat ialah perasaan


sunyi atau sepi. Kesunyian adalah reaksi emosi dan kognitif
apabila kurangnya hubungan dengan orang lain. Bagaimanapun
mereka yang berasa sunyi bukanlah bermakna bahawa beliau
tidak hidup berdampingan dengan orang lain tetapi ia merupakan
satu kekurangan dalam pergaulan dan persahabatan. Contohnya
seseorang boleh berasa sunyi dalam stadium yang sesak atau
tidak berasa sunyi walaupun berada di sebuah pulau yang tidak
berpenghuni. Apa yang membezakan dari contoh di atas ialah
konsep bersendirian dan berasa sunyi. Bersendirian membawa
maksud ketiadaan orang di samping manakala kesunyian adalah
perasaan tidak berpuashati dengan perhubungan sosial atau
kualiti perhubungan atau perasaan yang tidak menyenangkan.
Kesunyian terbahagi kepada dua jenis iaitu kesunyian sosial dan
kesunyian emosi. Kesunyian sosial biasanya wujud dalam
konteks kuantiti perhubungan, iaitu apabila seseorang merasakan
mempunyai sedikit kawan dan inginkan lebih ramai kawan.
Manakala kesunyian dari aspek emosi merujuk kepada kualiti
perhubungan seseorang seperti hubugan yang kurang intim atau
terputus hubungan. Kesunyian akan mewujudkan perasaan
negatif yang akan diikuti dengan kebimbangan, depresi dan
kemurungan akibat terputusnya hubungan, kurang hubungan
antara individu sebagaimana yang diimpikan.
Bagaimana kesunyian boleh muncul? Apakah sifat-sifat
kesunyian? Banyak kajian cuba mengaitkan perasaan kesunyian
dengan faktor genetik, personaliti dan budaya. Faktor genetik ini
telah dibuktikan oleh kajian McGuire & Clifford (2000) yang
menunjukkan bahawa pasangan kembar seiras mempunyai tahap

70
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

kesunyian lebih daripada pasangan kembar biasa. Namun mereka


tidak menolak bahawa sifat kesunyian juga berkembang hasil
dari faktor budaya atau persekitaran seperti yang dialami oleh
seseorang anak angkat. Hubungan dalam ahli keluarga juga
menyebabkan kesunyian berkembang. Misalnya ada kajian
mendapati wujud kesunyian dalam kalangan anak lelaki terutama
apabila mereka menjauhkan diri selepas berkonflik dengan
ibubapa (Ponzetti & James 1997). Begitu juga kegagalan
berinteraksi dengan kumpulan membawa kepada kesunyisan
misalnya kanak-kanak yang agresif, nakal dan pemalu sering
disisihkan dari kawan-kawannya sehingga menimbulkan
kesunyian. Selain itu budaya sesuatu kaum juga merupakan
faktor sampingan kepada kewujudan kesunyian. Misalnya bagi
orang Asia hubungan kekeluargaan masih rapat walaupun sudah
berkeluarga, ini jelas dilihat apabila anak-anak yang berkeluarga
mengamalkan penjagaan ibubapa yang sudah tua. Bagaimanapun
faktor budaya ini didapati kurang penting berbanding pengaruh
persekitaran.
Bagi orang dewasa kesunyian juga wujud khususnya
bagi seseorang yang biasa mengalami kesunyian di zaman
kanak-kanak akan mengalami keadaan itu juga apabila mereka
dewasa. Ketidakcukupan penglibatan masa kecil menyebabkan
seseorang itu kurang berminat untuk menjalinkan perhubungan
apabila dewasa. Orang kurang bersosialisasi akan menjadi
seorang yang pemalu dan kurang keyakinan diri ketika berada
dalam kumpulan.

Kesunyian terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Kesunyian kronik - perasaan sepi, depresi, tak ada


kawan dan mempunyai tahap resah dan tertekan yang
tinggi. Mereka yang mengalami keadaan ini cenderung
makan malam seorang tidak terlibat dalam aktiviti sosial
dan mempunyai sedikit kawan rapat. Keadaan ini
menyebabkan mereka merasa rendah diri, malu dan
harga diri yang rendah.

2. Kesunyian transisi - kesunyian jenis ini sama seperti di


atas tetapi bersifat sementara sahaja. Biasanya terjadi

71
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

sesuatu perkara yang menyebabkan terputusnya


hubungan intim yang membawa kepada perasaan sunyi
yang hebat. Misalnya kematian, perceraian, berpindah
dan seumpamanya.

3. Kesunyian tidak menentu - iaitu sejenis kesunyian yang


wujud secara berkala dan bersifat emosi. Ia wujud sekali
sekala dan sebabnya tidak begitu jelas. Misalnya
bergaduh dengan pasangan, tidak bertegur sapa dan
kemudiannya merasa sunyi akibat dari tingkah lakunya
atau pasangannya.

Salah satu pendekatan mengurangkan kesunyian ialah


melalui terapi kognitif atau disebut juga terapi tingkah laku
kognitif (CBT). Melalui terapi sedemikian individu yang
menghadapi depresi akibat kesunyian dilatih supaya lebih
berjaya dari aspek hubungan sosial. Latihan kemahiran sosial
dikendalikan untuk memupuk keyakinan dan aspek-aspek yang
spesifik bagi melahirkan tingkah laku yang positif khususnya
apabila berada dalam kumpulan.

KESIMPULAN

Tarikan antara perseorangan penting dalam mewujudkan


perhubungan. Apabila seseorang itu sudah tertarik kepada
seseorang, mereka akan berusaha supaya dia disukai. Beberapa
teori telah dikemukakan untuk menghuraikan mengapa manusia
saling menyukai antara satu sama lain. Antaranya teori
peneguhan, teori pertukaran dan seumpamanya. Apabila
seseorang itu saling tertarik antara satu sama lain maka akan
wujudlah perasaan cinta dalam diri individu tersebut. Perasaan
ini boleh wujud bila-bila masa tanpa disedari. Beberapa jenis
cinta juga dan teori cinta telah dihuraikan dan masing-masing
mempunyai ciri yang berbeza. Walaupun makna cinta bersifat
universal bagi semua bangsa di dunia tetapi cara ianya digambar
dan dipupuk berbeza mengikut bangsa dan budaya. Ada budaya
yang terlalu bebas mengapresiasikan makna cinta dan cinta
dianggap sebagai alat untuk memenuhi keperluan seks semata-

72
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

mata dan ada sesetengah budaya pula terlalu mengongkong.


Cinta sejati yang dipupuk melalui institusi perkahwinan akan
membentuk sebuah kehidupan yang lebih bahagia.
Bagaimanapun sesebuah perkahwinan itu tidak akan kekal lama
sekiranya sering wujud konflik dan perbezaan ketara yang mula
dirasai oleh pasangan. Perkahwinan yang tidak dapat
diselamatkan akan berakhir dengan perceraian sehingga
membawa kepada keadaan hidup yang lebih menyusahkan.

RUJUKAN

Aron, A., Paris, M., & Aron, E.N. 1995. Falling In Love:
Prospective Studies of Self-Concept Change. Journal of
Personality and Social Psychology, 69: 1102-1112.
Averill, J.R., & Boothroyd, P. 1977. On Falling In Love:
Conformance with Romantic Ideal. Motivation and
Emotion, 1: 235-247.
Baron, R.A, &Byrne, D. 2004. Social Psychology International
Edition. Boston: Allyn & Bacon.
Batson, C.D., Sager, K., Garst, E., Kang, M., Rubchinsky, K., &
Dawson, K. 1997b. Is empathy-induced helping due to
self-other merger? Journal of Personality and Social
Psychology, 73: 495-509.
Batson, C.D., Ahmad, N., Bedell, S.J., Johnson, J.W., Templin,
C.M. & Whiteside, A. 1999. Two threats to the common
good: Self-interested egoism and empathy and empathy-
induced altruism. Journal of Personality and Social
Psychology, 25: 3-16.
Baumeister, R.F. & Leary, M. R. 1995. The need to belong:
Desire for interpersonal attachments as a fundamental
human motivation. Psychological Bulletin, 117, 497-
529.
Baumeister, R.F., Chesner, S.P., Sanders, P.S., & Tice, D.M.
1988. Who’s in charge here? Group leaders do lend help
in emergencies. Journal of Personality and Social
Psychology Bulletin, 14: 17-22.
Duck, S. W. 1988. Relating to Other. Chicago: Dorsey.

73
Ci nta Me nu rut Pe rspek ti f Psi kol ogi

Hatfield, E. & Rapson, R. L. 1993. Love, Sex and Intimacy. New


York: HarperCollins College.
Janda, L. H. & Klenke-Hamel, K. E. 1980. Human Sexuality.
New York: VanNostradm, pp. 15-40.
Maisonneuve, J. A., Palmade, G. & Fourment, C. 1952. Selective
Choices and Propinquity. Sociometry.
McGuire, S. & Clifford, J. 2000. Genetic and environmental
contributions to loneliness in children. Psychological
Science, 11 (6), 487-491.
Moreland, R. L. & Beach, S. R. 1992. Exposure effects in the
classroom: The development of affinity among students.
Journal of Experimental Social Pschology, 28: 255-276.
Ponzetti, J. & James, C. 1997. Loneliness and sibling
relationships. Journal of Personality and Social
Psychology. 12: 103-112.
Rowe, P. M. 1996. On The Neurobiological Basis of Affiliation.
APS Observer, Vol. 9, No. 5, September 1996.
Santrock, J.W. 2002. Life Span Development: A Topical
Approach. USA: McGraw-Hill Higher Education.
Segal, M. W. 1974. Alphabet and Attraction: An Unobtrusive
Measure of the Effect of Propinquity in a Field Setting.
Journal of Personality and Social Psychology. 30: 654-
657.
Schachter, S. 1959. The Psychology of Affliation: Experimental
Studies of the Sources of Gregariousness. Standord, CA:
Stanford University Press.
Shackelford. 1999. Facial Attractiveness and Physical Health.
Evolution and Human.
Sigelman. 1986. Gender, Physical Attractiveness, And Elect
ability: An Experimental Investigation of Voter Biases.
Journal of Personality and Social Psychology.
Sternberg, R. J. 1997. Construct validation of a Triangular Love
Scale. European Journal of Social Psychology. 27(3):
313-335.

74
Cin t a Da n P er s o na li ti

BAB 5 | CINTA DAN PERSONALITI


HANISAH OSMAN, FAZIL AH IDRIS &
KHAIRUL ANWAR MASTOR

PENGENALAN

Cinta dan personaliti mempunyai kaitan yang rapat antara satu


sama lain. Kaitan yang menasabah ialah personaliti seseorang
mempunyai kesan kepada cinta. Contohnya seseorang yang
mempunyai personaliti penyayang lebih mudah mengalami
perasaan cinta berbanding dengan seorang yang pemarah.
Namun, sebaliknya, perhubungan ini mungkin boleh juga dilihat
bahawa cinta boleh memberi kesan kepada personaliti atau
perwatakan individu. Seorang yang telah mula jatuh cinta
mungkin mendapati dirinya mula menjadi seorang yang
penyayang, penyabar dan mungkin juga menjadi lebih cemburu.
Hubungan di antara cinta dan personaliti sebenarnya lebih
kompleks dari yang dinyatakan tadi disebabkan cinta bukan
hanya satu dimensi tetapi pelbagai dimensi. Di samping itu,
pandangan Islam dan Barat berbeza dari segi konsep cinta dan
personaliti yang dilihat penting dalam pembangunan insan.
Justeru itu, dalam bab ini dibincangkan takrif cinta dan
personaliti dari pandangan Islam dan Barat, pembentukan
personaliti, personaliti jiwa manusia, pembinaan personaliti
sebagai salah satu aspek penting dalam pembangunan insan dan
hubungan cinta dan personaliti secara keseluruhan.

TAKRIF CINTA DAN PERSONALITI

Perkataan cinta boleh ditakrifkan dalam banyak pelbagai makna


bergantung pada konteksnya. Cinta adalah kompleks, tetapi pada
asasnya ianya menyatupadukan emosi mengandungi kasih
sayang yang kuat, perasaan-perasaan kelembutan, sensasi
menyenangkan dalam kehadiran objek cinta, dan apabila
seseorang menjalani alam percintaan, dia merasa akan
kesejahteraan dan kebahagiaannya. Cinta juga adalah satu emosi
yang mempunyai banyak bentuk seperti: kebimbangan untuk

75
Cin t a Da n P er s o na li ti

seorang rakan manusia (kasih saudara); tanggungjawab bagi


kebajikan kanak-kanak (kasih sayang ibu bapa); tarikan seksual
dan keghairahan (cinta erotik); harga diri dan penerimaan diri
(mencintai diri sendiri); dan mengenal pasti dengan keseluruhan
(cinta Tuhan) (Goldenson 1984: 300).
Menurut pandangan sarjana Islam, Al-Jauziyyah (1997),
beliau mendefinisikan cinta (mahabbah) sebagai sesuatu yang
suci, tenang serta kukuh, dan tenteram. Ia juga bermaksud
keperitan perasaan yang muncul apabila seseorang yang jatuh
cinta berada dalam situasi kerinduan yang mendalam terhadap
orang yang dicintainya.
Perkataan personaliti pula berasal daripada perkataan
Inggeris iaitu personality yang membawa makna whole nature of
character of person dan distinctive attractive charactaristics in a
person. Personaliti disebut di dalam bahasa Melayu sebagai
keperibadian dan sahsiah. Keperibadian diertikan sebagai ciri,
sifat atau bentuk perlakuan yang biasa dipamerkan oleh
seseorang. Manakala sahsiah pula berasal daripada perkataan
Arab shakhsiah.
Jamil Saliba (1971) menghuraikan shakhsiah sebagai
gambaran bagi seseorang individu dan sejumlah sifat-sifat
jasmani, perasaan, keinginan pemikiran yang menjadi penentu
dalam membentuk keperibadian seseorang dan membezakannya
dengan orang lain. Manakala, Sigelman dan Shaffer (1995) pula
mendefinasikan personaliti sebagai satu gabungan sikap individu
seperti nilai, motif dan pelbagai watak yang unik terdapat pada
seseorang itu. Secara umumnya, personaliti dikatakan juga
sebagai sifat-sifat yang ada pada seseorang seperti cara berfikir,
berpersepsi, beremosi dan lain-lain yang membolehkannya
dibezakan daripada orang lain. Dalam perkataan lain, personaliti
melambangkan perwatakan dan keunikan seseorang secara
individu yang dengannya, seseorang itu dikenali. Pendekatan
yang kerap diambil oleh ahli psikologi dalam menjelaskan
personaliti ialah dari segi psikoanalitik dan juga tret yang akan
dijelaskan nanti.

76
Cin t a Da n P er s o na li ti

PERSONALITI DARI PERSPEKTIF ISLAM

Personaliti Muslim atau shakhsiah Muslim (Muhammad &


Fazila 2003) diistilahkan sebagai personaliti yang bersepadu dan
seimbang berasaskan syariah Islam, pengamalan ibadah dan
penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dan moraliti (Ahmad
2001). Bersepadu dan seimbang berasaskan syariah membawa
makna bahawa perwatakan atau keperibadian manusia yang
mulia disandarkan kepada panduan yang diberi dalam al-Qur’an
dan contoh-contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Pengamalan ibadah pula merujuk kepada kesan amalan ibadah
terhadap pembinaan sahsiah Muslim yang bersifat berterusan
dan bersinambung. Penghayatan terhadap nilai-nilai Islam dan
moraliti menunjukkan keperibadian individu Muslim adalah
dalam bentuk amalan penghayatan yang terpandu dengan
prinsip-prinsip nilai dan akhlak Islam.

CIRI-CIRI PERSONALITI MUSLIM

Ahmad (2001) telah menyimpulkan personaliti Muslim


terangkum dalam 10 ciri iaitu Salimul Aqidah (akidah yang
teguh dan tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT), shahihul
ibadah (ibadah yang benar dan shahih sebagaimana dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah), Matinul Khuluq (Akhlak mulia),
Qowiyyul Jismi (tubuh yang kuat dan sihat), Mutsaqqoful Fikri
(berfikir secara bijaksana), Mujahadatun Linafsihi (berjihad
dengan nafsunya), Harisun ‘ala Waqtihi (mengurus masa dengan
berkesan), munazhamun fi syu’unihi (bekerja dengan sistematik),
Qodirun ‘alal Kasbi (berdikari), dan Naafi’un Lighoirihi
(bermanfaat kepada orang lain)
10 sifat Muslim ini dapat dijelaskan dengan ringkas.
Salimul Aqidah iaitu kepercayaan dan pegangan akidah yang
teguh dengan sifat tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
semata-mata, Shahihul ibadah pula ialah ibadah yang dilakukan
mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah SWT sebagaimana
yang terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Matinul Khuluq
pula membawa maksud akhlak mulia seperti mana sifat-sifat
yang terdapat pada Rasulullah itulah dapat dijadikan contoh

77
Cin t a Da n P er s o na li ti

taulan buat seseorang. Qowiyyun al- Jismi iaitu kuatnya tubuh


badan dan sihat, manakala Mutsaqqofun al-Fikri iaitu berfikir
secara bijaksana dengan menggunakan akal yang dikurniakan
oleh Allah SWT dengan mengambil kira daripada segala sudut.
Mujahadatun Linafsih bermaksud melawan nafsu diri
sendiri,seperti mana yang diketahui bahawa jihad yang paling
besar adalah jihad melawan nafsu diri. Di antara sifat Muslim
yang lain ialah Harisun ‘ala Waqtih iaitu mengurus masa dengan
berkesan dengan maksud yang lain sentiasa menjaga masa
dengan memenuhi masa yang ada dengan perkara yang
berfaedah. Munazhamun fi syu’unihi pula ialah bekerja dengan
sistematik, Qodirun ‘ala al-Kasbi iaitu sifat berdikari di mana
seseorang itu mampu untuk melakukan sesuatu dengan
kudratnya sendiri, dan yang terakhir ialah sifat Naafi’un
Lighoirih iaitu bermanfaat kepada orang lain, dan sebaik-baik
manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang
lain.

PERSONALITI JIWA MANUSIA MENURUT IMAM AL-


GHAZALI

Apa yang dibincang sebelum ini lebih merujuk kepada


keperibadian atau personaliti individu yang menggambarkan
individu secara keseluruhan. Akan tetapi dalam pandangan
Islam, keperibadian individu adalah sebenarnya manifestasi jiwa
manusia yang juga mempunyai personalitinya yang tersendiri.
Menurut Imam al-Ghazali (al-Ghazali 1998), personaliti jiwa
manusia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu amarah, lawamah
dan mutmainnah yang disusun mengikut hirarki. Susunan ini
adalah menggambarkan tabii jiwa manusia mengikut darjah
kecenderungan untuk taat kepada Allah SWT. Amarah adalah
peringkat jiwa yang cenderung untuk mengingkari perintah
Allah SWT dan akhirnya membentuk akhlak dan personaliti
yang buruk. Personaliti jiwa amarah ini dijelaskan di dalam ayat
al-Qur’an surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud:

"Dan tiadalah aku yang berani membersihkan


diriku, sesungguhnya nafsu manusia itu sangat

78
Cin t a Da n P er s o na li ti

menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-


orang yang telah diberikan rahmat oleh Tuhanku,
sesungguhnya Tuhanku maha Pengampun lagi
maha Mengasihani".

Lawwamah pula merupakan peringkat jiwa yang


berjuang di antara kebaikan dan kejahatan. Apabila seseorang
melakukan kesilapan dalam tindak tanduknya, jiwanya tidak
tenteram dan rasa menyesal menyelubungi hatinya. Tetapi
apabila ketaatan yang dilakukan, jiwanya berasa tenang dan
tenteram – ada ‘peperangan dalaman’ yang individu itu hadapi
dalam usaha ke arah meningkatkan hubungannya dengan Allah
SWT. Personaliti jiwa lawwamah ini disebut di dalam al-Qur’an
dalam surah al-Qiyamah ayat kedua yang bermaksud:

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang


menyesali dirinya sendiri”.

Personaliti jiwa mutmainnah pula diperolehi pada titik


keseimbangan di antara kekuatan marah dan kekuatan syahwat.
Mutmainnah adalah jiwa yang tenang dan sempurna kerana
memiliki sifat yang terpuji dan bebas daripada sifat yang keji.
Personaliti jiwa mutmainnah disebut di dalam al-Qur’an dalam
surah al-Fajar ayat 27 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang


sentiasa tenang, tetap dengan kepercayaan dan
bawaan yang baik".

Akhlak mulia merupakan keadaan jiwa seseorang yang


mencetuskan tingkah laku mulia dan terpuji dari perspektif
syarak dan akal (Zakaria 1997). Dari sudut pembentukan
personaliti Muslim yang baik dan mulia menurut Islam, pengkaji
mendapati personaliti yang baik akan membentuk akhlak
peribadi yang mulia. Dengan akhlak yang mulia ini, barulah
seseorang akan menghayati cinta dalam konteks yang betul dan
berpandukan panduan syarak agar cinta yang dialami membawa
natijah ketenangan dan kedamaian yang diimpikan.

79
Cin t a Da n P er s o na li ti

PEMBANGUNAN INSAN

Telah termaktub di dalam al-Qur’an tentang hal penciptaan


manusia yang begitu indah melalui bermulanya penciptaan Nabi
Adam dan seterusnya kepada penciptaan hamba di muka bumi
ini sebagai khalifah Allah. Berdasarkan ayat al-Qur’an surah al-
Sajadah 32: 7-8 dan al-Mu’minun 23: 12-13.

‫ان ِمن‬
ِ ‫اْلنس‬ ٍ ِ
ِ ْ ‫الَّذي أ‬
َ ْ ‫َح َس َن ُك َّل َش ْيء َخلَ َقهُ َوبَ َدأَ َخ ْل َق‬
‫ي‬ٍ ‫ي* ُُثَّ َج َعل نَسلَهُ ِمن ُس ََللَ ٍة ِّمن َّماء َّم ِه‬ٍ ‫ِط‬
ْ َ
"Allah menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan
sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian
manusia berasal dari tanah; Kemudian ia
menjadikan keturunan manusia itu dari
sejenis pati, Iaitu dari air (benih) yang sedikit
dipandang orang".

ٍ ‫اْلنسا َن ِمن ُس ََللَ ٍة ِّمن ِط‬


ُ‫ي* ُُثَّ َج َع ْلنَاه‬ ِ
َ ْ ‫َولَ َق ْد َخلَ ْقنَا‬
ٍ ِ‫نُطْ َفةً ِِف قَرا ٍر َّمك‬
‫ي‬ َ
"Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air
benih pada penetapan Yang kukuh".

Melalui nas-nas tersebut dapatlah difahami bahawa


kejadian manusia yang bermula dengan penciptaan Nabi Adam
as itu telah melalui dua peringkat penciptaan. Pertama: peringkat
kesempurnaan bentuk tubuh badan dan segala keperluan, kedua:
peringkat peniupan roh dari Allah membuktikan adanya dua
bentuk kejadian iaitu jasmani dan rohani (Mohd Sulaiman 1992:
160-161).

80
Cin t a Da n P er s o na li ti

Oleh kerana manusia itu terdiri daripada dua unsur


utama iaitu jasmani dan rohani, maka secara tidak langsung,
fitrah semulajadi manusia juga terbahagi kepada dua iaitu
bersifat kejasmanian (fizikal), kebendaan dan keduniaan, dan
serta bersifat kerohanian (kejiwaan), ketuhanan dan keakhiratan.
Unsur kebendaan memerlukan makanan, minuman, rumah dan
keperluan dan kehendak lain. Sementara unsur kerohanian
memerlukan agama yang betul, akhlak yang baik, akidah dan
keimunan yang jitu, tujuan hidup yang jelas (Mohad Sha’rani
2003:14 dan Arena 2000: 25)
Salah satu proses kesempurnaan pembangunan insan
melalui ahwal wa al-maqamat ialah tahap mahabbah iaitu
daripada gabungan taubat, warak, zuhud, tawakal, reda dan
syukur yang telah kukuh disemadikan dalam jiwa akan
menghasilkan tahap mahabbah. Mahabbah adalah cinta kepada
Allah SWT dan dekat kepadaNya. Kecintaan ini tidak akan
terjadi melainkan keadaan jiwa telah mencapai tahap
kesembuhan, sehingga dia melupakan kebencian, kedengkian,
dendam, hasad dan berbagai kekotoran hati yang lain yang telah
menjadi punca kerosakan kehidupan manusia.
Menurut al-Muhasibi (2003: 191), insan yang telah
mencapai cinta yang sejati dapat dikenali dengan dua keadaan
iaitu mahabbah hamba kepada Allah SWT dan mahabbah Allah
SWT kepada hambaNya. Mahabbah hamba kepada Allah SWT
adalah keredaannya kepada Allah SWT dalam keteguhannya
berpegang pada sunnah-sunnah Rasul Allah SAW.
Manakala mahabbah Allah SWT kepada hambanya
dapat dilihat melalui sifat-sifat mahmudah yang dihiasi Allah
SWT kepadanya. Akhlak-akhlak itu akan selalu menganjurkan
anggota badannya melakukan hal-hal yang sesuai dengan
perintah Allah SWT dan mencegahnya dari sebarang keburukan
dari hal-hal yang sesuai dengan agama Allah SWT dan
mencegahnya dari sebarang keburukan dari hal-hal yang tidak
disukainya. Hal ini dapat dirasai kepada mereka yang bertekad
dengan kuat pada hatinya untuk memenuhi hak-hak Allah SWT
tanpa sedikitpun dicampuri dengan unsur-unsur selain Allah
SWT (al-Muhasibi 2003: 192).
Hamba yang memiliki mahabbah kepada Allah SWT
akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT melalui

81
Cin t a Da n P er s o na li ti

nikmat peribadi mulia yang dipenuhi dengan pelbagai sifat


mahmudah. Rasa takwanya kepada Allah SWT, mampu
menjadikan jiwanya tunduk terhadap kekuasaan Allah SWT.
Keadaan ini membuatkan jiwa merasa nikmat dalam beribadat
hingga dapat memutuskan jiwa dari segala syahwat,
menjauhkannya dari berbagai kelazatan dunia. Jiwa akan
menjadi reda terlebih dahulu sebelum takdir Allah SWT
diputuskan dan hati pula akan selalu merasa cukup dan terhindar
dari pelbagai fitnah. Justeru, jiwa yang tenang dan tenteram akan
dapat mencapai marifah Allah SWT sampai akhir kehidupannya.
Justeru, pengkaji mendapati bahawa kesimpulan yang
boleh dibuat daripada sifat mahabbah, iaitu sifat kecintaan ini
yang sebenar-benarnya adalah sifat kecintaan terhadap Allah
SWT. Sifat kecintaan kepada Allah akan terhias di dalam dan di
luar peribadi seseorang itu dengan akhlak yang terpuji iaitu
dengan memiliki personaliti yang mulia dan baik serta terjauh
dirinya daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Personaliti
tidak baik pula dibentuk disebabkan oleh hawa nafsu sehingga
membawa ke arah penzinaan yang membuahkan zuriat luar
nikah, kes penguguran serta pembuangan bayi yang tidak
diingini.

Proses pembentukan personaliti yang baik menurut


al-Ghazali.

Proses pembentukan personaliti yang baik menurut pandangan


al-Ghazali ditunjukkan dalam gambarajah di muka sebelah.
Dapat dilihat bahawa pembentukan personaliti baik melibatkan
dua pendekatan: Mujahadah al-nafs dan Riyadah al-nafs.
Mujahadah al-nafs bermaksud berusaha bersungguh-sungguh
melawan nafsu merupakan salah satu daripada proses tazkiyah
al-nafs (Fariza, Salasiah & Mohd 2013). Menurut al-Ghazali
(2000) Mujahadah al-nafs memainkan peranan penting di dalam
pembentukan personaliti yang baik kerana mujahadah al-nafs
dapat melawan personaliti negatif dalam diri seseorang seperti
marah, dendam, dengki, takabbur, ujub dan seumpamanya.

82
Cin t a Da n P er s o na li ti

Mujahadah al-Nafs Ke arah pembentukan Personaliti yang baik


Model ini dipetik daripada sumber Fariza, Salasiah dan Mohd
2013

Riyadah al-nafs menurut al-Ghazali adalah satu usaha


yang dipenuhi kesukaran namun ianya menghasilkan impak yang
positif di mana jiwa menjadi benci kepada sifat tercela serta rajin
melaksanakan sifat berlawanannya (contohnya menghapuskan
sifat yang megah dengan tawadu’) pada jangka masa yang
panjang sehingga disebabkan kebiasaan menjadi sifat yang
mudah baginya (al-Ghazali 2000, Jil. 3: 87)
Dari penelitian terhadap model pembentukan personaliti
oleh al-Ghazali ini, pengkaji mendapati pembentukan personaliti
yang baik, individu lazimnya perlu sentiasa melawan dengan
bersungguh-sungguh kehendak hawa nafsu yang sememangnya
wujud di dalam setiap manusia. Pengkaji Barat memang ada
menyatakan personaliti itu adalah sifat yang stabil di dalam diri
manusia. Manakala faktor persekitaran seperti pendidikan atau
tarbiah, latihan serta motivasi boleh mengubah personaliti
seseorang. Dalam model yang ditunjukkan, amalan-amalan

83
Cin t a Da n P er s o na li ti

ibadah seperti solat, puasa, zikir dan doa adalah antara faktor
persekitaran yang boleh mempengaruhi pembentukan personaliti
seseorang. Contohnya, seseorang yang menjaga solatnya bagi
setiap solat fardu lima kali sehari akan menjadi seorang yang
menepati masa (punctual), teliti (meticulous), berdisiplin,
cenderung kepada kebersihan dan semakin menjadi seorang yang
taat (obedient). Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan
bahawa pembentukan personaliti dari segi Islam mempunyai
kaitan yang rapat dengan ibadah yang dilaksanakan. Justeru itu,
kupasan mengenai pembentukan personaliti dari pandangan
Barat tentunya berbeza dari pandangan Islam.

Pembangunan Insan menurut Perspektif Barat.

Pembangunan insan terutamanya dalam konteks pembinaan


personaliti juga dilihat penting khususnya dari kalangan
pendokong aliran pemikiran Psikoanalisis. Dalam model ini,
manusia dilihat sebagai organism yang memiliki hawa nafsu
yang melahirkan keinginan, kehendak dan kemahuan yang
kadang-kadang terpaksa dibendung dan ditekan demi mengikut
tuntutan masyarakat dan citarasa budaya. Lama-kelamaan,
kongkongan inilah yang mengakibatkan gangguan mental seperti
yang didapati dalam kalangan pesakit-pesakit abnormal, kerana
hawa nafsu tersebut sudah menyimpang dari kehendak
semulajadinya (Mustafa Kamal 2003: 25). Sigmund Freud
(1875-1961), Carl Gustav Jung (1856-1939) dan Alfred Adler
(1870-1937) adalah antara tokoh penting aliran pemikiran
Psikoanalisis yang membicarakan teori perwatakan manusia dan
perkembangannya.

Teori Psikoanalitik, Freud.

Menurut pelopor Teori Psikoanalitik, Freud (1974), beliau


berpendapat personaliti manusia telah terbina dalam diri
manusia. Apabila manusia dibekalkan dengan naluri-naluri
tertentu yang bersifat jahat (kebinatangan) seperti tingkahlaku
seksual dan tingkahlaku agresif yang tidak rasional. Naluri ini
tersimpan dalam satu sistem tenaga yang tidak bertambah atau
berkurang. Tenaga ini sering menjadi rebutan kepada tiga sistem

84
Cin t a Da n P er s o na li ti

yang ada dalam diri setiap manusia iaitu id (desakan naluri), ego
(pengimbang antara id dan superego) dan superego (tuntutan
sosial). Sistem yang mempunyai paling banyak tenaga akan
berkuasa mengawal tingkahlaku manusia itu. Dalam teori
Psikoanalisis, pembentukan personaliti adalah melalui
pengalaman secara tidak sedar yang menguatkan kuasa ego
supaya tingkah laku lebih berlandaskan realiti, bukannya
desakan naluri. Justeru itu, Freud berpendapat bahawa
personaliti manusia terbit akibat interaksi antara Id, Ego, dan
Superego. Ketiga-tiga unsur ini mencerminkan proses interaksi
yang pelbagai dalam memotivasikan tingkah laku (dalam
Mischel 1986).

Perbandingan konsep personaliti al-Ghazali dengan


Teori Psikoanalisis Freud.

Kalau dibandingkan dengan gagasan personaliti di dalam


falsafah al-Ghazali seperti al-qalb (hati), al-Roh (roh), al-nafs
(nafsu) dan al-‘aql (akal),mungkin ada beberapa persamaan
konsep antara kedua-dua tokoh ini. Apa yang dimaksudkan oleh
Freud sebagai id mungkin sudah diterangkan lebih dahulu oleh
al-Ghazali sebagai al-nafs atau nafsu. Walaupun begitu konsep
al-nafs yang dikemukakan oleh al-Ghazali adalah lebih luas dan
lebih mendalam. Kalau di dalam Freud, id semata-mata
menggambarkan keadaan desakan ke arah perkara yang tidak
baik atau kejahatan dan pemuasan desakan seks semata-mata,
konsep al-nafs al-Ghazali tidak hanya mendorong ke arah
kejahatan tetapi juga mendorong ke arah tiga keadaan iaitu al-
mutmainnah, al-lawwamah dan al-ammarah (Uthman 1985:
216)
Dalam konsep super ego pula, mungkin di dalam
falsafah al-Ghazali terangkum konsep yang lebih luas
berbanding Freud. Super ego di dalam konsep personaliti Freud
adalah komponen ideal di dalam diri individu yang mengandungi
tuntutan etika masyarakat. Kalau dapat disamakan antara
komponen super ego dan al-ruh atau roh di dalam falsafah al-
Ghazali sudah tentu kedua-dua konsep tersebut jauh bezanya.
Roh adalah unsur yang mulia dan suci di dalam diri manusia

85
Cin t a Da n P er s o na li ti

yang mengandungi sifat ketuhanan (Fariza, Salasiah & Mohd


2008: 34)
Elemen ego di dalam gagasan personaliti Freud mungkin
ada persamaan dengan konsep al-‘aql atau akal di dalam teori
personaliti al-Ghazali. Ego bagi Freud adalah sebagai hakim
antara id dan super ego. Ianya akan cuba memenuhi kehendak
kedua-duanya, iaitu id dan super ego sehingga keperluan-
keperluan keduanya itu seimbang. Konsep peranan akal di dalam
menjaga kemuliaan roh di dalam pandangan al-Ghazali mungkin
sedikit sama dengan konsep ego bagi Freud (Fariza et al. 2013:
34).
Walaupun terdapat sedikit persamaan di antara
pandangan falsafah Freud dan al-Ghazali di dalam gagasan
personaliti ini, wujud juga perbezaan yang ketara di dalam
menghuraikan unsur-unsur yang membina gagasan ini sendiri.
Contohnya, Freud hanya menekankan kepada aspek semula jadi
manusia dan peranan persekitaran di dalam gagasan personaliti
manusia, manakala al-Ghazali lebih jauh daripada itu sehingga
merangkumi aspek metafizik seperti unsur-unsur haiwan,
syaitan, malaikat dan ketuhanan (Fariza et al. 2013: 34).

MODEL LIMA FAKTOR PERSONALITI (THE FIVE


FACTOR MODEL OF PERSONALITY)

Satu lagi pendekatan yang diambil bagi memahami personaliti


manusia ialah pendekatan tret atau sifat semulajadi manusia yang
membentuk perwatakan atau keperibadian. Ahli psikologi Barat
telah membuat andaian bahawa manusia pada umumnya
mempunyai struktur tret personaliti yang sama. Dari banyak
kajian yang dijalankan oleh ramai penyelidik, mereka mendapati
bahawa jumlah tret personaliti yang konsisten adalah lima
termasuk hasil kajian awal oleh Tupes dan Christal (1961).
Model personaliti Lima faktor ini muncul hasil daripada analisis
faktor yang berasaskan kepada struktur hirarki semulajadi tret.
Lima faktor asas tersebut ialah Neuroticism, Extraversion,
Agreebleness, Conscientiousness, dan Emotional stability atau
Culture atau Opennes to Experience. Lanjutan daripada ini,
kajian seterusnya disusuli oleh Norman (1963); Botwin dan Buss

86
Cin t a Da n P er s o na li ti

(1989); Bogatta (1994); Golberg (1981;1982;1993), Wiggins


(1996) dan McCrae dan Costa (1991, 1995).
McCrae dan Costa (1991) pula membahagikan model
lima faktor ini kepada dua peringkat iaitu domain dan faset
(subdomain). Setiap domain mempunyai enam cabang
subdomain atau faset yamg mana setiap satunya saling berkaitan
dan melengkapi. Data kebolehpercayaan domain menghasilkan
kefahaman dan membantu mengenali tahap personaliti
seseorang. Melalui ujian-ujian personaliti yang dibina, kita dapat
menjana profil personaliti individu yang dapat memberi
gambaran menyeluruh tentang keperibadian seseorang.
Kecenderungan umum untuk mengalami kesan negatif
seperti ketakutan, kesedihan, malu, marah, bersalah dan meluat
merupakan ciri utama dalam domain Neuroticism. Oleh itu,
mungkin disebabkan perasaan negatif yang timbul, lelaki dan
wanita yang tinggi skornya dalam domain Neuroticism selalunya
cenderung mempunyai pemikiran yang tidak baik dan sukar
mengendalikan tekanan yang mereka dapati. Individu yang
markahnya rendah dalam domain ini, selalunya mempunyai
emosi yang lebih stabil (Costa & McCrae 1992). Ciri personaliti
yang terletak di bawah domain ini adalah kebimbangan
(anxiety), marah (angry hostility), kemurungan (depression),
malu (self-conciousness), ketidakupayaan untuk mengawal
kehendak dan keinginan (impulsiveness) dan ketidakupayaan
menghadapi tekanan dan kesulitan (vulnerability).
Individu yang tergolong dalam domain Extraversion
merupakan individu yang gemar bersosial. Selain menyukai
majlis-majlis keramaian, mereka ini juga seorang yang tegas,
aktif dan banyak mulut. Mereka seorang yang periang dan
sentiasa dalam keadaan ceria. Mereka juga seorang yang
optimistik dan bertenaga (Costa & McCrae 1992). Ciri
personaliti ini diletakkan di bawah domain ini ialah kemesraan
(warmth), kebersamaan (gregariousness), asertif (assertiveness),
aktif (active), sukakan keseronokan (excitement seeking) dan
emosi positif (positive emotion).
Openness merupakan satu lagi domain personaliti.
Tetapi ia kurang dikenali berbanding Neurotisicm dan
Extraversion. Mereka ini selalunya tergolong di dalam golongan
yang imaginative, sensitive dari segi keindahan seni, berfikiran

87
Cin t a Da n P er s o na li ti

luas dan berbuat sesuatu semata-mata untuk mengembirakan


hati. Domain ini juga sering dilabelkan sebagai intelek kerana
domain ini sering berkait dengan pelajaran dan ukuran
kepintaran (Costa & McCrae 1992). Ciri personaliti ini
diletakkan di bawah domain ini adalah khayalan (fantasy), nilai-
nilai estetika (aesthetics), perasaan (feeling), tindakan (action),
idea (ideas) dan nilai (values).
Domain Agreeableness merupakan dimensi utama bagi
kecenderungan interpersonal. Golongan ini selalunya bersopan
santun, penuh kepercayaan, baik hati, bertolak ansur, senang
berkerjasama dan seorang pemaaf. Mereka menganggap individu
lain akan melayan mereka sebagaimana layonan mereka terhadap
individu lain (Costa & McCrae 1992). Ciri personaliti ini
diletakkan di bawah domain ini adalah kepercayaan (trust),
empati terhadap masalah atau kebajikan orang lain (altruism),
patuh (compliance), kesederhanaan (modesty) dan berhati lembut
(tender mindedness).
Domain Conscientiousness selalu berkait dengan
pengawalan keinginan. Individu yang tergolong dalam domain
ini lebih boleh dipercayai, tabah, teratur, sempurna dan
berorientasikan pencapaian. Ciri personaliti yang diletakkan di
bawah domain ini adalah kompeten (competence) ialah
mencerminkan takat keyakinan terhadap keupayaan, kekuatan
keberkesanan seseorang, bersistematik (order), berdedikasi
(dutifulness), mencerminkan paras aspirasi yang tinggi dan
bekerja keras untuk mencapainya (achievement striving), disiplin
diri (self discipline) dan ketelitian (deliberation).

HUBUNGKAIT CINTA DAN PERSONALITI

Apabila mengaitkan cinta dan personaliti, kemungkinan boleh


ada kaitan antara kedua-duanya. Cinta dirujukkan sebagai satu
bentuk emosi sayang dan rindu serta gabungan emosi-emosi lain
seperti yang dinyatakan sebelum ini. Personaliti pula dirujuk
kepada keperibadian manusia yang ada kaitan rapat dengan
penghayatan seseorang terhadap ibadah dan juga dipengaruhi
oleh persekitaran. Hubungan yang agak jelas ialah personaliti
boleh mempengaruhi cinta yang dialami seseorang. Kajian

88
Cin t a Da n P er s o na li ti

berkaitan cinta dan personaliti telah dilakukan oleh Fehr dan


Broughton (2001) mendapati manusia cenderung untuk
mempunyai pandangan yang berbeza terhadap cinta, bergantung
kepada jantina dan personaliti. Wanita dan lelaki mempercayai
cinta persahabatan sebagai mewakili pandangan cinta mereka.
Perbezaan jantina adalah lebih lazim apabila mempertimbangkan
jenis cinta bahawa kedua-dua wanita dan lelaki yang dianggap
sebagai tidak mewakili pandangan cinta mereka, iaitu cinta jenis
ghairah (passionate love). Dengan mengambil kira personaliti,
terdapat bukti bahawa orang dengan personaliti nurturant
dikonsepkan sebagai menyukai cinta persahabatan, sedangkan
mereka dengan personaliti bukan nurturant dikonsepkan sebagai
menyukai cinta keghairahan. Dimensi asas dominasi dan
nurturance seperti yang dijelaskan oleh teori interpersonal
menyediakan satu rangka kerja yang berguna untuk
mengintegrasikan penemuan pada personaliti dan jantina
perbezaan dalam konsep cinta.
Kajian oleh Davis M.F mendapati setiap EPQ dimensi
ketara dikaitkan dengan gaya cinta yang berbeza. Kajian
terdahulu oleh Lester dan Philbrick (1988) dan Woll (1989)
mendapati extraversion yang dikaitkan dengan gaya cinta Erotik
dan Ludic sedangkan neuroticism telah dikaitkan dengan Mania.
Satu lagi tret personaliti yang mempunyai kaitan dengan
cinta ialah narcissism. Narcissm adalah sifat manusia yang
cenderung memuji dan mengkagumi diri sendiri. Sifat ini
sebenarnya boleh menghalang perhubungan sesama manusia;
individu yang mempunyai tahap narcissism yang tinggi mungkin
sekali tidak ada komitment dengan pasangannya, lebih suka
memainkan perasaan orang lain dan lebih cenderung untuk
menjalin cinta dengan orang lain (Campbell & Foster 2002;
Campbell, Foster, & Finkel 2002).
Sikap positif terhadap penampilan fizikal individu
adalah sesuatu yang biasa tetapi agak ketara dalam kalangan
individu yang narcissitik. Contohnya, Jackson, Ervin, dan Hodge
(1992) mendapati skor narcissism menggunakan Narcissistic
Personality Inventory (NPI) berhubung secara positif dengan
penilaian positif penampilan fizikal, fitness dan daya tarikan
seksual. Individu yang Narcissistik menganggap penampilan
fizikal dan fitness lebih penting dan lebih banyak terlibat dalam

89
Cin t a Da n P er s o na li ti

aktiviti yang meningkatkan penampilan fizikal dan fitness


berbanding dengan yang kurang narcisistik (Jackson et al. 1992).

KEPENTINGAN CINTA DAN PERSONALITI

Pentingnya personaliti atau keperibadian seseorang ke atas


pemahaman dan penghayatan cinta yang dilaluinya. Oleh kerana
cinta itu penting disebabkan oleh fitrah manusia sendiri yang
memerlukan dirinya dicintai dan dikasihi. Sejak dilahirkan
sebagai manusia yang melalui peringat-peringkat perkembangan
bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa sehinggakan umur tua,
manusia memerlukan cinta dan kasih sayang dari orang yang
mengasehi. Tanpa adanya kasih sayang dan cinta antara sesama
manusia, kehidupan mungkin sekali tidak mempunyai makna
dan menjadi hambar. Begitu juga dengan cinta kepada Allah
SWT yang mempunyai kepentingan yang lebih utama. Manusia
yang cinta kepada Allah SWT akan menjadi manusia yang taat,
melakukan segala perintah dan menjauhi segala laranganNya dan
berkeperibadian yang mulia. Justeru itu, kedua-dua cinta sesama
manusia dan cinta kepada Allah SWT adalah amat penting
kepada manusia itu sendiri.

IMPLIKASI CINTA DAN PERSONALITI DALAM


KEHIDUPAN

Cinta dan personaliti boleh memberi implikasi kepada kehidupan


manusia secara signifikan. Salah satu aspek yang boleh
membahagiakan manusia ialah apabila individu manusia
menerima dan memberi cinta dan kasih sayang kepada yang
disayang. Apabila manusia menerima kasih sayang yang jujur
dan tulus dari orang lain, mereka akan rasa dihargai, diambil
berat, diingati dan disanjungi. Perhubungan seumpama ini akan
melahirkan perasaan ketenangan dan ketenteraman dalam jiwa
seseorang. Individu yang tenang dan bahagia akan kurang
mengalami tekanan perasaan, kesedihan, kesugulan dan lain-lain
penyakit jiwa yang menyebabkan kehidupan tidak lagi ceria dan
membahagiakan. Sebaliknya, cinta juga boleh menyebabkan
penderitaan, kesedihan dan kemurungan apabila cinta dan kasih

90
Cin t a Da n P er s o na li ti

sayang tidak dapat dikecapi dan dinikmati disebabkan wujudnya


kecurangan, penipuan dan penganiayaan di antara manusia.
Namun, keadaan ini mungkin tidak berlaku kepada individu
yang mempunyai personaliti yang baik – yang cenderung untuk
tidak melakukan kecurangan dan penipuan, Justeru itu, cinta
yang lahir dan wujud di antara manusia dengan manusia
sebenarnya boleh memberi kesan kepada kehidupan secara yang
positif dan juga negatif, tertakluk kepada natijah cinta yang
dialami.
Begitu juga dengan cinta manusia kepada Allah SWT
menunjukkan bahawa kecintaan manusia kepada Allah SWT
dimanifestasikan dalam bentuk ketaatan kepadaNYA termasuk
dalam konteks beribadah. Seperti yang dibincang sebelum ini,
amalan ibadah memberi kesan kepada pembentukan sahsiah atau
personaliti yang baik. Individu dengan personaliti yang baik
akan menjalani kehidupan yang lebih diberkati dan memiliki
jiwa yang lebih tenang dan tenteram, walaupun mungkin
menerima pelbagai bentuk ujian dan kesukaran.
Justeru itu, individu yang mempunyai sahsiah yang
terpuji akan menjalani kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT.
Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad (2001) individu Muslim
mempunyai ciri-ciri terpuji seperti Salim al- Aqidah (akidah
yang teguh dan tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT), shahih
al-ibadah (ibadah yang benar dan shahih sebagaimana dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah), Matin al-Khuluq (Akhlak mulia),
Qowiyyun al-Jismi (tubuh yang kuat dan sihat), Mutsaqqofun al-
Fikr (berfikir secara bijaksana), Mujahadatun Linafsih (berjihad
dengan nafsunya), Harisun ‘ala Waqtih (mengurus masa dengan
berkesan), munazhamun fi syu’u nihi (bekerja dengan
sistematik), Qodirun ‘ala al-Kasbi (berdikari), dan Naafi’un
Lighoirih (bermanfaat kepada orang lain). Individu dengan
personaliti sedemikian akan menjalani kehidupan sejajar dengan
kehendak Allah dan dengan itu, akan mendapat kehidupan yang
baik di dunia dan di akhirat.
Natijahnya, personaliti yang baik terbentuk hasil
daripada sifat-sifat ketaatan kepada sang pencipta dan sifat-sifat
yang diredhai oleh Allah SWT. Maka, terbentuklah jati diri di
dalam diri individu tersebut sebagai panduan atau pegangan
untuk menjalani kehidupan yang baik berpandukan kepada

91
Cin t a Da n P er s o na li ti

syariat Islam. Kesan cinta kepada kehidupan yang sebenar


adalah dapat merasai seluruh nikmat yang diberikan oleh Allah
SWT dengan penuh rasa bersyukur. Sama ada dalam bentuk
perasaan cinta dan kasih sayang terhadap pasangan, keluarga,
sahabat, masyarakat atau kepada makhluk yang lain seperti
binatang.

PENUTUP

Kesimpulannya, cinta dan personaliti adalah saling berhubungan


antara satu sama lain. Ini kerana, personaliti yang baik dapat
membentuk hasil cinta yang baik begitulah sebaliknya apabila
seseorang individu itu mempunyai personaliti yang tidak baik,
hasil perasaan cinta itu tidak dapat dijaga mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan oleh syariat. Misalnya cinta
kepada Allah menyebabkan seseorang rajin mentaati agama
termasuk melakukan segala bentuk ibadah sementara ibadah pula
menyebabkan personaliti individu dibentuk. Dengan memiliki
personaliti atau sahsiah yang baik dan terpuji, manusia akan
menghayati cinta kasih sayang mengikut garis dan batasan yang
ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, perasaan cinta yang wujud
di dalam jiwa itu terpelihara dan dapat dijaga oleh pembentukan
personaliti baik yang ada di dalam diri individu itu.

RUJUKAN

Ahmad M. Raba. 2001. Major Personalities in the Qur’an.


Kuala Lumpur: A.S. Noorden.
Al-Ghazali. 1998. Ihya Ulumuddin. Jilid 4 (Edisi Keempat).
Singapura: Pustaka Nasional
Al-Ghazali. 2000. Ihya’ cUlum al-Din. Kaherah: Dar al-Taqwa li
al-Turath.
Al-Muhasibi, Abi cabd Allah Harith. Thahqiq cAbd al-Qadir
Ahmad cAta. 2003. Al-Wasaya. Beirut:Dar al-Kutub al-
c
Ilmiah.

92
Cin t a Da n P er s o na li ti

Arena Che Kasim. 2000. Pembangunan manusia menurut Islam


dan Barat: Satu analisis teoritikal 2000. Disertasi
Sarjana. Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Fakulti Sains sosial dan Kemanusiaan, UKM.
Campbell, W. K., & Foster, C. A. 2002. Narcissism and
commitment in romantic relationships: An investment
model analysis. Personality and Social Psychology
Bulletin, 28, 484–495.
Campbell, W. K., Foster, C. A., & Finkel, E. J. 2002. Does self-
love lead to love for others? A story of narcissistic
game playing. Journal of Personality and Social
Psychology, 83, 340–354.
Carol K. Sigelman & David R. Shaffer. 1995. Life Span Human
Development. California: Books/Cole Publishing
Company.
Costa P.T. & McCrae R.R. 1992. Revised NEO Personality
Inventory (NEO-PI-R). Odessa, FL: Psychological
Assesment Resources.
Costa P.T. & McCrae R.R. 1995. Domains and facets:
Hierarchical personality assessment using the Revised
NEO Personality Inventory. Journal of Personality
Assesment, 64, 21-50.
Davies M.F. 1996. Notes and shorter communications EPQ
correlates of love styles.vol. 20, No. 2, 257-259
Egan V. McCorkindale C. 2007. Narcissism, vanity, personality
and mating effort. Personality and Individual
Differences 43: 2105-2115.
Fariza Md Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi
Sharifudin. 2013. Personaliti dari Perspektif al-Ghazali.
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fehr B. & Broughton R. 2001. Gender and personality
differences in conceptions of love: An interpersonal
theory analysis. Personal Relationship, 8, 115-136.
Freud, Sigmund. 1974. New Introductory Lecturers on
Psychoanalisis. London: Hogarth Press.
Goldenson, M.R. 1984. Longman Dictionary of Psychology and
Psychiatry. U.S.A: New York.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. 1997. Taman Orang-orang cinta dan
rindu menurut al-Qur’an dan as-Sunnah. (Raudhah al-

93
Cin t a Da n P er s o na li ti

muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin). (Kathur Suhardi).


Selangor: Al-Baz Publishing & Distribtuion Sdn. Bhd.
Jackson, L. A., Ervin, K. S., & Hodge, C. N. 1992. Narcissism
and body image. Journal of Research in Personality,
26,357–370.
Jamil Saliba. 1971. Mu’jam Falsafi. Beirut: Dar al-Kitab al-
Lubnaniah.
Lester, D. & Philbrick, J. 1988. Correlates of love. Personality
and Individual Differences, 9, 689-690.
Mohd Sha’rani. 2003. Psikologi Pembangunan Manusia.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mohd Sulaiman Yassin. 1992. Akhlak dan Tasawuf. Bangi:
Yayasan Salman.
Mustafa Kamal Mokhtar. 2003. Pembangunan rohani menurut
perspektif tasawuf dan psikologi moden. Jurnal
Islamiyyat (24). 21-35
Norman, W.T. 1963. Toward an adequate taxonomy of
personality attributes: Replicated factor structure in peer
normination personality rating. Journal of Abnormal and
Social Psychology, 66, 574-583.
Robert, D. N. 1992. Tiga Pemikiran Psikologi. Terj. Mahmood
Nazar Mohamed. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Sophia, E. C., Tavares, H, Berti, M. P., Pereire, A. P., Lorena,
A., Gorenstein, C., & Zilberman, M. L. 2009.
Pathological love: Impulsivity, personality, and romantic
relationship. Original Research.
Tupes, E. C. & Christal, R. E. 1992. Recurrent Personality
factors based on trait ratings. Journal of Personality, 60,
225-251. (Original work published 1961).
Uthman Najati. 1985. Al-Qur’an dan Ilmu Jiwa. Terj. Ahmad
Rofi’ Usmani. Bandung: Penerbit Pustaka.
Wiggins, J. L. 1996. The Five-Factor Model of Personality:
Theoretical Perspectives. New York: Guilford Press.
Woll, S. B. 1989. Personality and relationship correlates of
loving styles. Journal of Research in Personality,
37,480-505.

94
Cin t a Da n P er s o na li ti

Zakaria Stapa. 1997. Negara Malaysia yang maju dan berakhlak


mulia: Realiti dan kemungkinan. Jurnal IKIM, 5 (1), 16-
21.

95
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

BAB 6 | ETIKA PERCINTAAN DALAM


RUMAH TANGGA MUSLIM
SYAIDATUN NAZIRAH ABU ZAHRIN,
ABU ZAHRIN AL-QADIRI & MAZNAH IBRAHIM

PENGENALAN

Cinta telah dibincang dengan terperinci dalam bidang falsafah,


seni dan budaya. Cinta adalah penting dari sudut etika, mahupun
keagamaan. Etika percintaan yang dibincangkan dalam artikel ini
menyoroti secara halus bagaimana percintaan yang berlandaskan
etika memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga
Muslim. Etika percintaan yang bakal dibincangkan melibatkan
etika percintaan di antara sepasang kekasih, suami isteri, ibu
bapa dan anak-anak, dan akhir sekali di antara hamba dengan
Tuhannya. Turut disoroti ialah etika percintaan dalam
kehidupan. Secara keseluruhannya, kerukunan rumahtangga
Muslim sangat bergantung kepada bagaimana suami isteri
berusaha sedaya upaya untuk menghayati ajaran agama di
samping menjaga etika pergaulan dan percintaan yang mereka
nikmati bersama.

DEFINISI ETIKA

Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary (1994:410)


‘ethic’ didefinisikan sebagai ‘system of moral principles; rules of
conduct; science that deals with moral correctness; and ethics is
a branch of philosophy. Dalam Islam, etika adalah adab yang
yang berasaskan prinsip akhlak terpuji yang dipamerkan oleh
individu dalam pergaulannya. Etika juga boleh dikaitkan dengan
kesopanan dan perasaan malu. Perasaan malu akan melahirkan
individu yang lebih beretika, bersopan santun serta beradab
tinggi. Etika dapat melindungi hak individu dan juga
menghindari seseorang dari kemudaratan. Ini adalah kerana
individu yang beretika sentiasa berhati-hati dan takut kepada

96
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

kemurkaan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam


firmanNya bermaksud:-

“Allah mengetahui segala sesuatu yang di


hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang
mereka, dan mereka tiada memberi syafaat
melainkan kepada orang yang diredhai Allah,
dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut
kepada-Nya”(Surah al-Anbiya 21: 28).

DEFINISI CINTA

Cinta mempunyai pengertian serta definisi yang sangat luas dan


tidak hanya terbatas kepada sepasang kekasih sahaja. Para
pengkaji cinta dan ahli psikologi telah bersepakat bahawa cinta
mempunyai pelbagai pengertian (Fehr dan Russell, 1991;
Hendrick dan Hendrick, 1986; Sternberg, 1986). Oxford
Dictionary of Psychology (2006: 742) menyatakan ‘love means
and intense feeling of fondness or attraction, deeper and
stronger than liking, especially when associated with romantic
or sexual attachement to someone. Cinta adalah satu perasaan
jujur dan tarikan yang dalam dan kuat dari perasaan suka,
apabila ianya disertakan dengan keadaan sentuhan romantik atau
seksual dari seseorang. Manakala Kamus Dwibahasa (1995: 741-
742) pula mendefinisikan sebagai ‘menaruh perasaan kasih,
sayang, cinta (kepada); mengasihi; menyayangi; mencintai;
ataupun sangat suka; sangat-sangat gemar pada sesuatu.
Al Ghazali (1964) mendefinisikan cinta sebagai satu
kecenderungan pada sesuatu yang menyenangkan. Beliau juga
(1964) turut memberi pengertian cinta sebagai satu tarikan minda
ke arah sesuatu yang menarik dan memberi ketenangan. Apabila
ia kuat dan kukuh, maka wujudlah cinta yang mendalam. Ibnu
Qayyim Al-Jauziyyah (1997) mendefinisikan cinta (mahabbah)
sebagai sesuatu yang suci, tenang serta kukuh dan tenteram. Ia
juga bermaksud keperitan perasaaan yang muncul apabila
seseorang yang jatuh cinta berada dalam situasi kerinduan yang
mendalam terhadap orang yang dicintainya.

97
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

Ini bermakna, cinta seseorang terhadap sesuatu adalah


amat mengasyikkan dan dalam masa yang sama gelombang
emosi tercipta di dalam hati pencinta. Cinta juga dimaksudkan
sebagai 'hawa' iaitu kecenderungan dan keinginan yang
mendalam terhadap orang yang dicintai. Ibn Qayyim (1997)
menetapkan terdapat hampir 60 perkataan yang berkait rapat
dengan pelbagai bayangan (perasaan) cinta seperti Al Alaqah
(ikatan), Al Shubwah (kerinduan), Al Wajd (cinta dengan
kesedihan), kalaf (cinta yang mendalam), Tatayyamu
(pengabdian) dan 'Ishq (api cinta).
Cinta juga adalah kuasa motivasi yang memberi inspirasi
dalam kehidupan seseorang. Menurut Mahmud, cinta Allah yang
melahirkan perasaan yang penuh semangat, mensucikan akhlak
dan menajamkan naluri. Cinta kepada Allah membimbing jiwa
menjadi bersinar penuh dengan cinta dan dicintai. Iqbal (dicatat
oleh Saqeb 1999) mendefinisikan cinta sebagai:

" Satu kedudukan atau keadaan yang mengangkat


insan daripada keadaannya yang biasa,
mengangkat kuasanya terhadap tanggapan,
meredakan perasaaannya, meluaskan rasa
kasihannya (simpati) dan paling utama di antara
semua ialah mengangkat kuasa melalui
lahiriahnya. Kuasa ini adalah dinamik, pentas
mencari sesuatu dan menjadikanna model supaya
mereka menjadi lebih baik daripada
sebelumnya…."

Salah seorang daripada pemikir Islam yang menulis


tentang cinta ialah Iqbal. Beliau yang telah menulis beberapa
sajak cinta. Syarahan-syarahannya turut disertakan unsur-unsur
cinta. Jalaludin Rumi, seorang sufi teragung pada zamannya,
telah menulis berangkap-rangkap puisi cinta di dalam
'mathnawi'nya. Ulama masyhur, Imam al Ghazali mengupas
kedudukan cinta yang terdapat di dalam Qur’an dan Sunnah.
Yang berkaitan dengan cinta terhadap ilmu, pendidikan, cinta
terhadap sesama saudara dan akhirnya, cinta kepada diri sendiri.
Ulama agung yang turut menulis tentang cinta ialah Ibn Qayyim
al Jauziyyah dan Said Hawwa.

98
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

Ibn Qayyim al Jauziyyah (dalam Mustafa 1994)


berpendapat terdapat 10 cara untuk mendapatkan cinta daripada
Allah; iaitu dengan membaca al-Qur’an dan memahaminya,
taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah SWT, berzikir,
cinta kepada Allah melebihi segala-galanya, mengetahui asma-
asma (nama-nama), sifat-sifat dan af’al-af’al (perbuatan) Allah,
sentiasa berbuat kebajikan dan kebaikan, hati sentiasa cenderung
kepada Allah, khalwat (bersendirian) bersama Allah, mengikuti
majlis muhibbin (orang-orang yang menyintai Allah), dan
akhirnya cinta kepada Allah dengan menjauhi segala perkara
yang membuatkannya jauh dari -Nya. Manakala Said Hawwa
pula mengumpulkan hadith dan ayat-ayat Qur’an yang berkaitan
dengan konsep Islam tentang cinta. Hakikatnya, cinta ialah tema
umum yang sering dibincangkan oleh ramai ulama, dan ahli sufi
yang terkenal pada masa dahulu. Antara mereka adalah Imam
Nawawi, Ibnu 'Arabi, Hamka, Jalaludin Rumi dan Rabiah al
Adawiyah.
Secara umumnya, cinta didefinisi sebagai satu perasaan
kasih sayang yang mendalam dan berpanjangan terhadap
seseorang atau sesuatu. Cinta adalah perasaan suci yang berputik
dalam diri individu dan ia adalah perasaan yang boleh
menguatkan dan juga melemahkan individu dalam keadaan dan
situasi tertentu. Dalam kata lain, cinta adalah satu kuasa motivasi
yang berperanan penting di dalam perkembangan jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang individu.
Orang yang cintakan tanah airnya akan berjuang
bermati-matian untuk memartabatkan negeri dan bangsanya
tetapi tidaklah sama dengan dua insan yang jatuh cinta, mabuk
cinta, main cinta, gila cinta, dan akhirnya putus cinta. Cinta
kepada pasangan yang berlainan jantina, tidak sama jenis dengan
tahap cinta di antara ibu bapa dan anak-anak. Begitu juga, cinta
di antara hamba dan Tuhannya, mempunyai beberapa komponen
dan jenis-jenis tertentu yang berlainan juzuknya dengan cinta
romantis antara lelaki dan perempuan.
Persoalannya, Apakah cinta memerlukan etika?”
Jawapannya “Ya” kerana tanpa etika, akan lahirlah pelbagai
kepincangan di dalam hubungan intim di antara dua individu,
rumahtangga dan masyarakat. Keadaan kehidupan masyarakat

99
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

zaman terkini jelas menunjukkan ketidakseimbangan


perhubungan yang disebabkan oleh cinta tanpa etika.

ETIKA PERCINTAAN DI ANTARA SEPASANG


KEKASIH

Sebelum seseorang mengambil tindakan untuk mendirikan


rumahtangga, kehendak naluri untuk memiliki cinta
membuatkannya ingin berteman dan menjalinkan hubungan
intim. Walau bagaimanapun, bagi individu yang takut untuk
jatuh ke kancah maksiat dan fitnah berpanjangan, ada yang
mengambil keputusan untuk bercinta selepas berkahwin. Ada
pandangan ulama’ yang menyatakan tiada kebenaran untuk
keluar berdua-duaan bagi pasangan bercinta untuk orang Islam,
di atas premis hadith riwayat Imam Tarmizi yang bermaksud,
“Apabila lelaki dan perempuan berdua, maka yang ketiga ialah
syaitan.” Walau bagaimanapun, dapatkah kita menghalang
individu yang sedang bercinta untuk tidak keluar berdua-duaan?
Maka dalam hal ini, etika percintaan di antara sepasang kekasih
haruslah dijaga dengan teliti kerana ini dapat mengelakkan dari
terjadinya perzinaan, pembuangan bayi, pembunuhan, perceraian
dan sebagainya.
Apabila sepasang kekasih telah menjalinkan
persefahaman dan keserasian untuk bakal hidup bersama, perlu
dikenalpasti apakah etika yang harus dijaga supaya perhubungan
mereka bertambah subur dan hidup mempunyai makna serta
penuh keceriaan. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk
memperdalamkan kefahaman mereka atas semua hal yang
berkaitan dengan agama mereka, iaitu yang menyentuh perkara
fardhu ain dan fardhu kifayah. Maka dalam hal ini, perlu
disedari bahawa percintaan sebelum alam perkahwinan perlu
disulami dengan etika pergaulan yang disenangi baik pada
pandangan masyarakat, mahupun pada pandangan agama.
Apakah erti percintaan yang dimaksudkan? Di antaranya
ialah tidak bersentuhan di antara satu sama lain, tidak bercumbu-
cumbuan, tidak melakukan hubungan jenis serta menjaga batas-
batas aurat dan pertuturan (Musa 1999). Sebelum mencintai
orang lain, individu itu perlu menyintai dirinya terlebih dahulu.

100
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

Mencintai diri sendiri termasuklah menjaga maruah dan harga


diri supaya tidak sewenang-wenangnya dinodai dan dicemari
atas nama cinta. Seterusnya, selepas wujudnya cinta pada diri
sendiri itulah maka percintaan kepada orang lain juga menjadi
bermakna.
Kehidupan itu lebih sempurna apabila cinta dua insan
lelaki dan wanita dapat diikatkan dengan perkahwinan yang
menghalalkan perhubungan yang mana sebelum ini adalah
haram hukumnya. Di sinilah pentingnya etika percintaan untuk
mengawal cinta suci itu secara keseluruhannya.

ETIKA PERCINTAAN DI ANTARA SUAMI ISTERI

Di dalam al-Qur’an telah digariskan panduan bagaimana cara


bergaul dengan isteri berdasarkan ayat di bawah:

“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal


bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan
paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka
kerana hendak mengambil kembali sebahagian
dari apa yang telah kamu berikan kepadanya,
terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji
yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka
secara patut, kemudian apabila kamu tidak
menyukai mereka, maka bersabarlah, kerana
mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal
Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak.”(al-Qur’an, al- Nisaa’ 4:19)

Ayat di atas menyentuh hal berkenaan etika dalam


mengambil wanita sebagai isteri iaitu bukan secara paksaan
tetapi dengan mengungkapkan rasa cinta dan kasih sayang yang
terjalin menerusi proses yang perlu dipelajari, dihayati dan
diaplikasikan kepada bakal isteri. Zaman silam menyaksikan
banyak kisah-kisah duka yang berlaku atas perkahwinan yang
terpaksa, dipaksa dan memaksa yang banyak mengakibatkan
penceraian. Namun demikian tetap ada juga yang bertahan
hingga ke akhir hayat kerana mereka berjaya mencipta suasana

101
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

kerukunan rumah tangga bahagia menerusi amalan dan etika


percintaan suami isteri.
Bagaimana atau apa caranya untuk membina etika
percintaan di antara suami isteri? Dalam bab ini, dikemukakan
cara kehidupan seharian suami isteri yang mengamalkan etika
percintaan yang dapat membawa bahagia ke alam akhirat sesuai
dengan firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Dijadikan indah pada pandangan manusia


kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu
wanita-wanita, anak- anak, harta yang banyak,
dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-
binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah
tempat kembali yang baik (syurga)

“Katakanlah, “Inginkah aku khabarkan kepada


Adam apa yang lebih baik dari yang demikian
itu? Untuk orang orang yang bertaqwa kepada
Allah, pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang
mengalir di bawahnya sungai sungai, mereka
kekal di dalamnya. Dan mereka dikurniai isteri-
isteri yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan
Allah Maha melihat akan hamba-hambaNya’”
(al-Qur’an, ali-Imran 3: 14, 15)

Etika percintaan suami isteri adalah satu hal yang


sungguh unik dan asasnya mestilah berpaksikan taqwa serta
disulami indah dengan rukun Islam, rukun Iman dan Ihsan.
Secara ringkasnya, rukun Islam direalisasikan dengan
bersaksikan Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad
pesuruh Allah, mendirikan solat 5 waktu sehari semalam,
berpuasa sepanjang bulan ramadhan, membayar zakat dan
mengerjakan haji sekali dalam kehidupan bagi mereka yang
mampu secara fizikal, mental, material dan logistik.
Maksud beriman itu ialah berimannya sepasang suami
isteri itu kepada Allah yang Esa dengan segala zat dan sifatNya
,af’al dan asma’ Nya yang terkandung dalam sifat 20 dan 99
nama-nama yang indah. Percaya adanya malaikat yang

102
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

mengawal manusia dan alam semesta, ada kitab-kitab yang


terdahulu dari al-Qur’an telah diturunkan oleh Allah kepada nabi
Daud (Zabur), nabi Musa (Taurat) dan nabi Isa (Injil). Akan
tetapi, peredaran zaman dan kuasa untuk menyesatkan manusia
dan ketiga-tiga kitab samawi ini telah diubahsuai - melainkan
yang tetap terpelihara oleh Allah iaitu al-Qur’anul Karim.
Manusia yakin akan berlakunya hari kiamat dan juga beriman
dengan qada’ dan qadar yang merupakan ketentuan Allah SWT
atas tiap sesuatu.
Ihsan berkaitan dengan amalan yang dilakukan dengan
menyedari Allah SWT melihat semuanya, maka takwa pula
adalah inti sari pada etika percintaan, iaitu menjunjung segala
perintah Allah SWT bukan sekadar takut kepadaNya, tetapi atas
dasar cinta terhadap Pencipta yang menciptakan segala jenis
cinta. Berdasarkan taqwa kepada Allah SWT, tercetuslah rasa
cinta kasih suami isteri, maka etika percintaan harian mereka
dapatlah digariskan seperti berikut:

1. Etika cinta pada malam pertama.

Apakah yang dimaksudkan etika cinta suami iteri pada malam


pertama? Perbuatan berkenal-kenalan dahulu seperti sentuh-
menyentuh antara dua kekasih pasangan suami isteri adalah
amalan yang perlu dilakukan dan adalah tidak beretika sekiranya
di satu pihak memaksa dirinya menerima sesuatu yang belum
bersedia untuknya. Tentu lebih beradab lagi apabila amalan
bercinta dan sebelum bersama pada malam pertama dimulai
dengan doa kepada yang Menciptakan cinta, supaya segala
amalan dalam bercinta ini tidak dinodai oleh syaitan yang
sentiasa mengacau ketenteraman dan kebahgiaan dua insan.
Pasangan suami isteri juga perlu menjaga etika ketika
bersama iaitu tidak membiarkan diri mereka dalam keadaan
tanpa seutas urat benang. Maka menutup sebahagian atau
keseluruhan badan dengan kain adalah etika mulia dan amalan
orang-orang yang soleh dan memiliki rasa malu yang
sewajarnya.

103
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

2. Etika di meja makan.

Etika percintaan suami isteri dalam situasi ini memerlukan


pengorbanan serta keperihatinan mereka untuk sama-sama
membina keluarga bahagia. Siapa yang memasak sarapan untuk
seisi keluarga tidak menjadi persoalan, yang pentingnya ialah
mereka merasa sarapan pagi yang lazat serta berkhasiat untuk
menyambung kekuatan tubuh dan jiwa dalam menempuh
kehidupan seterusnya. Pada zaman dahulu, istilah nasi berlauk
berbungkus adalah keperluan yang mesti dibekalkan oleh para
isteri kepada para suami yang akan mengharung laut samudera
untuk menangkap ikan dan akan pulang di waktu senja. Maka,
nasi berlauk adalah bekalan makanan cukup untuk seharian di
laut, sebagai bukti tanda cinta kasih isteri kepada suaminya.
Etika percintaan suami isteri mesti dibajai setiap hari,
maka masa yang terbaik adalah pada waktu malam apabila
semua isi keluarga ada di rumah. Makan malam bersama-sama
dapat mengeratkan hubungan suami isteri dan anak-anak. Dikala
ini kepakaran memasak bukan dimonopoli oleh si isteri sahaja,
bahkan si suami juga. Maka ia dapat dinikmati bersama seisi
keluarga dan hanya di masa tertentu sahaja makan malam di luar
untuk menyuburkan lagi percintaan antara mereka.

3. Etika dalam menguruskan anak-anak.

Keadaan di mana kedua suami isteri bekerja di tempat yang


berlainan, dan anak anak pula perlu dihantar ke pusat asuhan
kanak-kanak dan sekolah, maka bekalan makanan yang lengkap
untuk semua disediakan oleh suami isteri amat diperlukan demi
penjimatan kos sara hidup berkeluarga. Ianya satu kepayahan
bagi seorang isteri, akan tetapi demi cinta, kasih sayang dan
tingginya etika kekeluargaannya, maka urusan bersendiriannya
itu tidak menjadi satu kepayahan, malahan ternyata ianya satu
bentuk jihad membina sahsiah pengurusan keluarga dengan
disiplin diri, kecerdasan minda yang tinggi serta fizikal yang
sihat untuk menyediakan santapan buat anak-anak, bekalan
mereka ke sekolah dan persediaan dirinya dan suami ke tempat
kerja.

104
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

4. Etika dalam melayan kehendak suami/isteri .

Melayan kehendak suami dan isteri adalah satu kewajipan yang


amat dituntut di dalam kehidupan berumahtangga. Melayan
termasuklah memenuhi keperluan batiniah dan zahiriah, iaitu
menyediakan keperluan-keperluan asas seperti makan minum,
tempat tinggal dan pakaian. Keperluan batiniah merangkumi
permintaan suami dan isteri untuk melakukan hubungan seksual
dan juga psikologi. Hanya dalam institusi perkahwinan sahajalah
pergaulan yang sebegini intim layak dilakukan, malah berpahala.
Oleh itu, ia tidak seharusnya diambil mudah oleh pasangan
suami mahupun isteri. Kedua-dua pihak harus sedar bahawa
keharmonian rumahtangga terletak di atas persepakatan untuk
saling memberi dan menerima, ini termasuklah dalam soal
memberi dan menerima layanan.

ETIKA PERCINTAAN DALAM RUMAHTANGGA


POLIGAMI

Poligami adalah isu hangat yang sering diperkatakan oleh


golongan lelaki mahupun perempuan. Ada pro dan kontra yang
wujud di dalam amalan poligami. Poligami sudah lama ada
dalam tradisi dan budaya masyarakat pelbagai tamadun, begitu
juga dalam tradisi dan budaya masyarakat Melayu. Poligami,
yang didefinisikan sebagai kehidupan berkeluarga bagi lelaki
yang mempunyai lebih dari seorang isteri. Terdapat beberapa
persoalan penting mengenai amalan poligam di antaranya,
adakah poligami pada hari ini dijalankan seperti baginda
Rasulullah SAW? Adakah poligami menjamin hak dan menjaga
kepentingan wanita? Adakah anak-anak mampu dididik dengan
baik oleh lelaki yang memilih untuk mempunyai ramai isteri?
Adakah poligami yang diamalkan jauh dari unsur-unsur
penipuan dan putar belit? Adakah lelaki mampu berlaku adil di
antara isteri-isterinya? Dan banyak lagi persoalan yang bertali
arus.
Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik dalam hal
poligami. Beliau adalah lelaki ideal yang memberi contoh
kepada umat manusia pada hari ini bagaimana untuk hidup

105
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

dalam rumahtangga bersama seorang isteri, dan juga ramai isteri.


Rasulullah SAW menyintai Saidatina Khadijah RA hinggalah
kewafatan beliau, adalah satu contoh terbaik kehidupan baginda
bersama seorang isteri. Atas dasar cinta dan persefahaman yang
tinggi, beliau mempunyai 7 orang anak bersama Saidatina
Khadijah. Kemudiannya, atas perintah Allah SWT, setelah
kewafatan isteri tercinta, beliau berkahwin dengan Saidatina
Aisyah RA, dan untuk beberapa tahun kemudian mengahwini
beberapa orang wanita. Persoalannya, adakah baginda
mempunyai anak-anak yang ramai selepas mengahwini wanita-
wanita tersebut? Jawapannya, tidak. Maka ini menunjukkan,
baginda berpoligami bukan atas dasar nafsu semata-mata tetapi
atas dasar Iman dan keperluan untuk memelihara kehormatan
wanita dan melalui perkahwinan, penyebaran Islam berlaku
dengan amat berkesan pada waktu itu.
Rasulullah SAW adalah seorang yang adil dan amat
menjaga etika percintaan dalam rumahtangga poligaminya.
Giliran tidur di rumah isteri dipastikan mencukupi, iaitu seorang
isteri satu malam. Hati para isterinya dijaga dengan baik. Aurat
isteri-isterinya terjaga rapi, penuh hormat dan dipastikan tidak
timbul fitnah dalam kalangan sahabat-sahabat baginda. Beliau
sentiasa mempamerkan sebaik-baik akhlak kepada isteri-
isterinya, sebagaimana dalam hadithnya: “Sebaik-baik di antara
kamu adalah mereka yang baik kepada ahli keluarganya” (al-
Bukhari).
Dalam keadaan tertentu, poligami diperlukan sebagai
jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh kaum
wanita. Contohnya bagi isteri yang mandul, suami dibolehkan
untuk berkahwin lain bagi mendapatkan zuriat. Namun ia perlu
dipertimbangkan kerukunan rumahtangga. Suami perlu bijak
dalam menangani isteri yang tidak boleh menerima hakikat
dimadukan. Jalan penyelesaian lain ialah dengan mengambil
anak angkat atau melakukan pembedahan seandainya
kemandulan tersebut dapat dirawati.
Poligami pada zaman Rasulullah SAW diperlukan bagi
membela nasib janda dan balu serta menjadi keperluan bagi
kemaslahatan dakwah bagi menyebarkan ajaran Islam. Apabila
baginda berkahwin dengan seorang wanita, keseluruhan kabilah

106
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

membuat keputusan untuk masuk Islam dan menerima ajaran


yang dibawa oleh baginda.
Hakikatnya, poligami adalah antara salah satu
penyelesaian kepada masalah sosial dan psikologikal dalam
masyarakat. Seandainya ia dapat dijalankan dan dibangunkan
dengan penuh adil dan saksama. Adil dalam erti kata para isteri
mendapati kesemua hak-hak mereka dipelihara dengan baik.
Diberikan nafkah lahir batin dengan adil dan secukupnya. Suami
tidak membebankan ahli keluarga lain, ataupun isteri-isteri
merasa ketandusan cinta dan kasih sayang dari suami yang satu.
Adil dan saksama dari pelbagai segi seperti penggiliran
bermalam, dan pembahagian nafkah kepada isteri-isteri dan
anak-anak. Tidak menipu mana-mana pihak isteri di dalam
memenuhi tuntutan harian seperti dalam usaha dan proses untuk
menyediakan tempat tinggal, kenderaan, makan minum, pakaian
dan sebagainya.
Andaikata etika percintaan di dalam rumahtangga
poligami dijaga dengan baik, maka pandangan serong
masyarakat terhadap anggota masyarakat yang mengamalkan
poligami dapat dikurangkan. Masalahnya pada hari ini, sukar
untuk mendapati para suami yang tidak menipu tatkala menjalani
kehidupan berpoligami. Oleh kerana para suami mempunyai
kecenderungan untuk menipu, maka para isteri merasa tertekan
dan ada di antaranya membuatkan mereka gagal untuk mengawal
emosi dan membina hubungan yang baik sesama ‘madu’.
Akibatnya, anak-anak akan terkesan dengan perlakuan ibu dan
bapa. Ini boleh memberikan kesan yang negatif kepada
perkembangan mereka.
Oleh itu, bagi para suami yang memikirkan mereka perlu
dan ingin untuk hidup berpoligami, berikut adalah beberapa
panduan yang perlu diambilkira sebelum melayakkan diri untuk
mempunyai lebih dari satu ‘rumahtangga’: Memastikan
mendapat persetujuan dari isteri supaya wanita tersebut bersedia
untuk hidup berpoligami dan mengurangkan masalah yang
dihadapi selepas itu; melazimkan diri untuk tidak menipu, tidak
berhelah atau memasang taktik untuk menyelamatkan diri dari
keluarga isteri pertama; bersedia untuk menyediakan nafkah
yang secukupnya dari segi lahir dan batin kepada semua ahli
keluarga; sentiasa bertanggungjawab untuk mendidik isteri-isteri

107
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

dan anak-anak. Sebagai contoh mengamalkan budaya solat


berjemaah dan membaca al-Qur’an di rumah; tidak membiarkan
isteri-isteri dan anak-anak berada dalam kesempitan hidup
sehingga perlu menagih simpati dari keluarga atau rakan taulan;
tidak menzalimi isteri-isteri dengan kata-kata kesat, penghinaan,
ejekan, cemuhan dan sebarang perkara yang berunsur fitnah serta
pembohongan; dan bertaqwa kepada Allah SWT dalam segala
urusan keduniaan dan keakhiratan.
Walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, tidak
semua lelaki yang mahu dan berkeinginan mampu untuk
melakukannya. Keinginan untuk berpoligami memang wujud
dalam hampir kesemua lelaki kerana “men are polygamous in
nature.” Akan tetapi, atas dasar keimanan, keintelektualan,
kesabaran, dan ketaqwaan, lelaki yang cukup bertimbangrasa
kepada isterinya yang sedia ada tidak meneruskan niat mereka
untuk berpoligami kerana mereka faham bahawa pengadilan
Allah di padang mahsyar adalah terlalu hebat, sebagaimana yang
dinyatakan di dalam hadith, “Barangsiapa yang mempunyai dua
isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya
dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari
kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring
hampir jatuh sebelah" (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal). Oleh
itu, adalah wajar etika percintaan dalam hidup berpoligami
dijadikan asas pertimbangan agar perhitungan yang dibuat dalam
melayari alam rumahtangga terpimpin oleh al Qur’an dan
Sunnah. Sebagaimana dalil dalam surah al Nisa’ 129:

”Dan kamu sekali-kali tidak mampu berbuat adil


di antara isteri-isterimu walaupun sangat ingin
berbuat demikian. Kerana itu, janganlah kamu
terlalu cenderung (kepada apa yang kamu cintai)
sehingga kamu membiarkan yang lain terapung-
apung. Dan jika kamu memperbaiki keadaan
(yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada
melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.

108
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

ETIKA PERCINTAAN DI ANTARA IBU BAPA DAN


ANAK-ANAK

Dalam budaya Melayu, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-
anak jarang sekali disebut sebagai cinta. Sedangkan dari segi
istilah, makna cinta adalah perasaan yang amat mendalam dan
kuat terhadap seseorang. Justeru itu, perasaan cinta antara ibu
bapa dan anak-anak harus dipertingkatkan sejajar dengan
pengertian cinta itu sendiri sebagai satu perasaan yang kuat dan
mendalam. Dalam budaya Arab dan Inggeris, ibu bapa dan anak-
anak menggunakan perkataan “I love you” dan “Ana uhibbuka”
(saya menyintaimu) bagi menggambarkan perasaan terhadap
mereka. Budaya Melayu membataskan definisi cinta kepada
hubungan lelaki dan perempuan, seharusnya disebarluaskan
kepada penggunaan yang lebih bersifat universal dan
menyeluruh. Apabila anak-anak dididik untuk menyintai ibu
bapa, mereka akan lebih menghargai dan menghormati mereka,
begitulah sebaliknya.
Anak-anak adalah ‘benih’ cinta ibu dan bapa. Ibu dan
bapa bersusah payah untuk mendapatkan dan membesarkan
anak-anak sejak dari janin sehinggalah ke alam dewasa. Apakah
yang dimaksudkan etika percintaan di antara ibu bapa dan anak-
anak? Berikut adalah perbuatan yang melambangkan cinta ibu
bapa kepada anak-anak. Antaranya ialah:

1. Luangkan masa, terutamanya di waktu selepas solat


maghrib, supaya budaya membaca al-Qur’an menjadi
asas bagi mengeratkan kasih seisi keluarga, menanam
percintaan terhadap Allah SWT dan memohon
keberkatan di atas bacaan Al-Qur’an secara konsisten,
selagi hayat dikandung badan.

2. Amalan yang juga baik lagi diredhai Allah apabila seisi


keluarga mengamalkan selawat kepada Rasulullah SAW
kerana Allah dan Malaikat berselawat kepada Nabi,
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat Nya
berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang
beriman, hendaklah kamu berselawat dan salam
kepadanya dengan salam yang sempurna.” (al-Qur’an,

109
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

al Ahzab 33: 56). Maka ibu bapa haruslah melazimkan


ucapan selawat.

Membudayakan berselawat kepada Junjungan Nabi


Muhammad adalah kaedah untuk mencintai Rasulullah SAW
dengan lebih dekat lagi. Apabila cinta Rasulullah itu telah
mendalam di jiwa perkara yang lain akan turut sama. Justeru
etika percintaan ibu bapa dan anak-anak akan lebih mantap dan
hangat kerana mereka sama-sama mencintai insan teragung di
alam ini hingga ke akhirat. Malah dengan berselawat kepada
Rasulullah, ia akan memberi syafaat kepada umat manusia di
hari akhirat ketika semua manusia dihimpunkan di padang
mahsyar untuk dihisab.
Memberikan didikan yang sempurna, pakaian yang
menutup aurat, kasih sayang dan cinta tidak bersyarat,
meluangkan masa gembira bersama-sama, adalah antara
manifestasi cinta ibu bapa kepada anak-anak. Manakala, anak-
anak yang mengenang jasa ibu bapa hendaklah sentiasa
mendoakan mereka, berbuat baik, bertanya khabar, memberikan
hadiah dan kejayaan serta menjaga nama baik dan air muka ibu
bapa. Cinta anak-anak kepada ibu bapa terbukti melalui
pengorbanan mereka menjaga ibu bapa yang sakit, memberi
nafkah mengikut kemampuan, menjaga perkataan dan hati
mereka, dan akhirnya memandikan serta turut mengkafankan dan
mengkebumikan ibu bapa apabila telah sampai ajalnya kelak.
Tidak cukup dengan itu, cinta anak-anak diteruskan dengan
berbuat baik, berdoa dan membaca al-Qur’an demi kesejahteraan
ibu bapa di alam kubur dan di alam akhirat. Anak-anak soleh dan
solehah seperti ini yang diharapkan oleh ibu bapa yang
memahami hakikat dan etika percintaan dalam rumahtangga
Islam.

ETIKA PERCINTAAN DI ANTARA HAMBA DAN


TUHAN

Kemuncak dalam semua perkara yang berkaitan dengan cinta


adalah etika percintaan di antara hamba dan Tuhan.
Sebagaimana kisah yang terdapat di dalam al-Qur’an, Allah telah

110
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

mencipta Adam AS dari tanah dan proses yang berikutnya (al-


Qur’an, Al Mu’min 40: 67) dan apabila lengkap bentuk insan
yang terbaik Allah meniupkan Roh ciptaanNya ke dalam jasad
Adam AS (al-Qur’an, As-Sajdah 32: 7-9). Allah mencipta Adam
AS untuk dijadikan khalifah (al-Qur’an, Al Baqarah 2: 30) di
atas muka bumi yang tidak terpikul oleh makhluk lainnya.
Apakah perlunya Allah mencipta Adam AS? Bukankah sudah
banyak makhluk lain seperti malaikat, jin dan alam cakerawala
(al-Qur’an, al Mu’min 40: 57) untuk taat dan patuh pada
perintahNya? Allah mencipta Adam AS atas rasa cintaNya
kepada makhluk bernama Adam AS, yang dengan cintaNya telah
mengajar Adam AS berbagai macam nama benda yang tidak
diketahui oleh malaikat dan makhluk lainnya (al-Qur’an, Al
Baqarah 2: 33).
Penciptaan Adam AS atas kecintaan Allah adalah
dibatasi dengan larangan dan suruhan, kehendak dan iradat
Allah. Allah melarang Adam AS menghampiri sejenis pohon di
syurga (al-Qur’an, al-Baqarah 2: 35), tetapi pujukan syaitan telah
meranapkan larangan ini yang menyebabkan Adam AS dan
Hawa diturunkan ke bumi untuk hidup buat seketika (al-Qur’an,
al-Baqarah 2: 36). Allah telah menyuruh dan memerintahkan
semua malaikat dan makhluk lain sujud kepada Adam AS,
semuanya sujud melainkan iblis. Maka iblis dilaknat Allah dan
adalah ia termasuk golongan orang yang kafir (al-Qur’an, Al-
Baqarah 2: 34) yang akan ditempatkan nanti di neraka kerana
kesombongannya tidak mahu sujud kepada Adam AS dan tidak
patuh pada suruhan Allah SWT. Allah berfirman yang
bermaksud: “Adapun orang orang yang kafir, dan mendustakan
ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di
dalamnya” (al-Qur’an, al-Baqarah 2: 39).
Manifestasi etika percintaan hamba terhadap Allah
adalah kesediaan hamba bersujud apabila beberapa ayat di dalam
al-Qur’an yang menyebut perkataan “sujud” dengan terus sujud
disertai membaca tasbih dan bersyukur, sama ada dalam bersolat
atau hanya sekadar membaca al-Qur’an. Tetapi yang lebih
pentingnya lagi ialah ketaatan melaksanakan hukum-hakam
dalam al-Qur’an yang diwahyukan Allah SWT kepada
Rasulullah SAW untuk laksanakan dan tidak melanggar
larangan-laranganNya yang jelas termaktub untuk kebaikan

111
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

manusia di dunia sebelum mereka menikmati syurga di akhirat


nanti. Jejak langkah Rasulullah diikuti dengan penuh rasa cinta,
sebagaimana yang disarankan oleh Allah SWT, yang bermaksud:

“Katakanlah, ‘Jika kamu (benar-benar)


mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah SAW),
nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-
dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang” (surah Ali Imran 3: 31).

Dalam hubungan ini, mencintai Allah SWT adalah


dengan mengikuti dan mentaati semua perilaku Rasullullah
SAW, kekasih Allah dan mempunyai akhlak yang mulia, iaitu
“Khuluqul azim” di mana akhlak atau etikanya Rasullullah
adalah isi kandungan al-Qur’an itu sendiri. Al-Qur’an adalah
perlembagaan dan rujukan terbaik untuk membentuk etika
individu, seperti termaktub dalam frman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi


manusia dalam Al-Qur’an ini setiap macam
perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran”
(surah al- Zumar ayat 27).

Apakah cara untuk bersama Rasulullah SAW dalam


ketiadaaan diri baginda bersama umatnya kini? mengikuti
Rasullullah ketika Rasullullah tiada bersama kita? Caranya ialah
dengan menyingkapi semua kisah hidup Rasullullah SAW yang
penuh dengan kisah-kisah cinta sesama manusia dan makhluk
lainnya, dan yang paling ulung adalah cinta Rasullullah SAW
kepada PenciptaNya iaitu Allah SWT. Di antara etika yang perlu
di selidik dengan mendalam adalah yang menyentuh etika dan
cinta Rasullullah SAW terhadap para sahabat, sepertimana dalam
firman Allah di dalam surah al-Nur ayat 62 yang bermaksud:-

“Sesungguhnya yang benar-benar orang mu’min


ialah orang orang yang beriman kepada Allah
dan RasulNya, dan apabila mereka berada
bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan
yang memerlukan pertemuan, mereka tidak

112
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

meninggalkan Rasulullah, sebelum mereka


meminta izin kepadanya. Sesungguhnya, orang-
orang yang meminta izin, kepada nya
(Rasulullah) mereka itulah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan RasulNya, maka
apabila mereka meminta izin kepadamu, kerana
sesuatu keperluan, berilah izin kepada sesiapa
yang kamu kehendaki, di antara mereka dan
mohonlah ampunan untuk mereka kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang” (surah An Nur 24: 62.)

Ada beberapa pelajaran dari ayat ini. Pertama, orang


yang benar-benar beriman itu adalah mereka yang beriman
kepada Allah dan RasulNya. Bagi melaksanakan iman itu
perlulah ada panduan, maka al-Qur’an telah menjelaskan segala
hal, sama ada yang menyentuh perkara aqidah, tauhid, ibadah,
muamalat, perkara siasah, munakahat, hal-hal yang berkaitan
dengan syariah, dan semua keperluan kehidupan manusia.
Manakala RasulNya pula memperincikan mana-mana perkara
yang tidak jelas.
Contohnya Allah memerintahkan hambaNya supaya
menunaikan solat tetapi tidak disertakan dengan cara untuk
melakukannya. Rasulullah mempunyai tanggungjawab
menjelaskan bagaimana solat didirikan. Cara mendirikan solat
itulah yang menjadi tunjang bagi tiap-tiap hamba Allah untuk
menzahirkan rasa cinta dan peradaban tertinggi dengan etika
dalam beribadat. Kedua, dalam pertemuan dan perpisahan, ada
etika yang mesti diamalkan, iaitu, meminta izin untuk
meninggalkan perjumpaan itu. Ketiga, cintanya Rasulullah pada
umatnya, Rasul meminta ampun untuk mereka kepada Allah
SWT. Ini satu pengajaran supaya mendoakan kepada tetamu atau
sesiapa yang dijumpai agar Allah SWT memberi rahmat dan
keselamatan kepadanya.
Etika percintaan hamba kepada Allah SWT terdapat
dalam pelbagai bentuk. Mentaati perintah Allah serta menjauhi
segala laranganNya adalah asas untuk menzahirkan etika
percintaan itu. Sebahagian hamba-hambaNya menzahirkan etika

113
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

tersebut melalui penghayatan amalan dan zikir kepada Allah


SWT. Berzikir dan berdoa dalam keadaan beradab.

Allah SWT telah memberi satu gambaran seperti


berikut:-

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan


merendah diri dan (dengan suara) perlahan-
lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang melampaui batas. Dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi
sesudah Allah menyediakan segala yang
membawa kebaikan padanya, dan berdoalah
kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-
kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang-orang yang memperbaiki amalannya" (al-
Qur’an, al-'Araaf 7: 55-56).

KESIMPULAN

Kehidupan yang didasari dengan nilai etika yang tinggi boleh


menjamin kehidupan sosial dan keadaan psikologikal yang stabil
dan harmoni. Garis panduan dalam al-Qur’an dan Sunnah jelas
menunjukkan etika percintaan dalam rumahtangga Muslim
sangat relevan sejak dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke
hari ini. Sekiranya individu Muslim sudah tersasar dari nilai
etika dan garis panduan tersebut, masih belum terlambat lagi
untuk kembali ke pangkal jalan dan memulakan hidup yang
harmoni dan tenteram di dalam kebenaran dan cahaya keimanan.

114
Eti ka Pe rci ntaa n Dal a m Rum ah Tan gga Musl i m

RUJUKAN

‘Abd al ‘Ati, Hammudah. 1977. The Family Structure in Islam.


U.S.A.: American Trust Publications.
al-Ghazali. 1964. The Alchemy of Happiness. Terj. Claud Field.
Lahore: Sh. Muhammad (pbuh) Ashraf.
al-Qur’an dan Terjemahannya Khadam al Haramai asy
Syarifain. 1971. Arab saudi.
Fehr, B. & Russell, J. A. 1991. The concept of love viewed from
a prototype
perspective. Journal of Personality and Social Psychology, 60,
425-438.
Hendrick, C. & Hendrick, S. S. 1986. A theory and method of
love. Journal of Personality and Social Psychology, 50,
392-402.
Ibnu Qayyim al-Jawziyyah. 1997. Cinta dan Rindu menurut al-
Qur’an dan as-Sunnah . (Terjemahan buku Raudhah al-
muhibbin wa nuzhah al-musytaqin). Terj. Kathur
Suhardi). Selangor: Al-Baz Publishing & Distribution
Sdn. Bhd.
Kitab-kitab Hadith Nabawiyah. Maktabah Syaamilah.
Sunan Tarmizi, Bab Ma Jaa’ fi karahiyyah al-Dukhwl cala al-
Mughibat, 4/404. No. 1091. ( ‫ما جاء فى كراهية الدخوال على‬
‫)المغيبات‬.
Musa Fathullah Harun. 1999. Sistem Kekeluargaan dalam Islam.
Selangor.
Musthafa, Abdul Aziz. 1994. Mahabbah Allah: Tangga menuju
cinta Allah, wacana Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
Surabaya: Penerbit Risalah Gusti.
Oxford Dictionary of Psychology. 2006. Oxford: Oxford
University Press.
Saqeb, Ghulam Nabi. 1999. The psychology of love in Muslim
education. Muslim Education Quarterly, The Islamic
Academy, Cambridge, U.K. Vol. 16, No. 3, 38-55.
Surah Yasin Tahlil Dan Doa. 2009. Kuala Lumpur: Isyraqie
Media Sdn. Bhd.
Sternberg, R. J. A triangular theory of love. Psychological
Review, 93, 119-135.

115
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

BAB 7 | CINTA DALAM KEHIDUPAN


BERKELUARGA SEBAGAI PEMACU
KECEMERLANGAN HIDUP
JAMIAH MANAP

PENGENALAN

Cinta adalah rasa kasih di dalam jiwa yang perlu diterjemahkan


dalam bentuk verbal (kata-kata) dan tindakan (tingkahlaku)
dalam kerangka syariat. Cinta sejati tanda kesempurnaan agama.
Tidak sempurna iman seseorang Muslim selagi dia tidak
menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri
(Hadith 40 An-Nawawi: 13). Justeru, kehidupan orang yang
beriman penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang yang lahir
dari keimanan yang teguh kepada Allah dan Rasul-Nya.
Cinta dalam kehidupan berkeluarga adalah penting
dalam kerangka pengukuhan dan pengunggulan institusi
keluarga itu sendiri. Keluarga sebagai unit asas masyarakat
adalah pencetus kepada kegemilangan tamadun ummah. Justeru,
setiap keluarga bertanggungjawab untuk mendidik,
membimbing, mengasuh, memimpin dan membangunkan
potensi fizikal, emosi, rohani dan intelektual setiap ahli dalam
keluarga tersebut pada tahap yang optimum agar menjadi modal
insan yang cemerlang lagi terpuji yang memakmurkan komuniti.

MANIFESTASI CINTA

Cinta kepada keluarga adalah fitrah kejadian manusia. Cinta


dalam hubungan berkeluarga iaitu cinta kepada ibu bapa, adik-
beradik, anak-anak dan pasangan dimanifestasikan dalam
pelbagai cara.
Cinta kepada ibubapa dimanifestasikan dengan mentaati
mereka selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak,
menghormati dan memuliakan mereka, memelihara dan menjaga
kebajikan mereka (Qur’ān, Luqmān: 14) terutamanya apabila
mereka sakit atau ditimpa musibah dan mendoakan
kesejahteraan mereka setiap hari. Anak-anak yang berbakti

116
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

kepada ibubapa demi keredhaan Allah memperoleh keberkatan


hidup dengan jiwa yang tenang dan kehidupan yang lapang.
Jiwa yang tenang dan dada yang lapang memudahkan anak-anak
yang berbakti ini mencapai kecemerlangan dalam pelbagai
bidang kehidupan.
Cinta dalam hubungan adik-beradik diterjemahkan
dalam bentuk keprihatianan terhadap kebajikan mereka
sebagaimana keprihatinan kekanda Nabi Musa AS yang
berusaha menjejaki Nabi Musa sehingga ke istana Firaun dan
berjaya menyatukan semula Nabi Musa dengan ibu mereka
(Qur’ān, al-Qaṣaṣ:11-12). Cinta sejati dalam hubungan adik-
beradik membina keakraban dan menjana kecemerlangan dalam
keluarga. Adik-beradik menjadi aset yang besar dalam
pembangunan ummah. Adik-beradik yang dicintai Allah saling
bantu-membantu dalam urusan duniawi dan ukhrawi. Mereka
saling mendoakan di antara satu sama lain dan saling bertolong-
tolongan pada jalan taqwa dan kemuliaan sepertimana Nabi
Musa yang mendoakan kesejahteraan saudara lelakinya, Nabi
Harun serta menjadikannya sebagai rakan seperjuangannya
dalam menyebarkan dakwah (Qur’ān, Maryam: 6). Hubungan
adik beradik yang erat meneguhkan kekuatan individu dalam
menghadapi cabaran hidup, mencegah kemurungan akibat
kesunyian hidup, meningkatkan amal soleh dan meneguhkan
keimanan kepada Allah sebagaimana hubungan di antara Nabi
Musa dan Nabi Harun (Qur’ān, Ṭaha: 29-35).
Anak-anak adalah perhiasan dan harapan keluarga. Cinta
sejati kepada anak-anak dimanifestasikan dalam bentuk
menunaikan tanggungjawab keibubapaan dengan tulus ikhlas.
Cinta kepada anak-anak juga boleh dimanifestasikan dalam
bentuk tinggalan harta pusaka sebagaimana yang termaktub
dalam Surah al-Nisa', ayat ke 7. Anak-anak lelaki dan
perempuan, masing-masing mempunyai bahagian tersendiri
selepas kematian ibu bapanya. Justeru, ibu bapa perlu
memastikan kesejahteraan anak-anak mereka tetap terpelihara
sekiranya mereka meninggal dunia. Ibu bapa terutamanya yang
mempunyai anak yang masih kecil perlu menyediakan harta
pusaka yang mencukupi untuk membiayai kehidupan mereka
sehingga mampu berdikari sendiri, melengkapkan mereka
dengan ilmu dan kemahiran asas untuk hidup serta menyerahkan

117
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

mereka kepada individu yang beriman lagi beramanah agar


pertumbuhan jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka terus
berkembang secara optimum. Ini penting untuk mencegah
penganiayaan terhadap anak-anak yatim oleh individu yang tidak
bertaqwa (Qur'ān, al-Nisa': 9).
Perkahwinan adalah ikatan lahir dan batin antara seorang
lelaki dan wanita dalam sebuah rumahtangga bagi memenuhi
keperluan rohani dan jasmani mereka berasaskan pergaulan serta
niat yang baik sebagaimana ketetapan akidah, syariah dan akhlak
Islam (Mustaf, 1991). Ianya juga melibatkan perkongsian
tanggungjawab dan beban kerja yang lebih banyak berbanding
sebelumnya. Cinta dalam hubungan suami-isteri adalah penting
dan perlu sentiasa disuburkan. Suami dan isteri masing-masing
mempunyai hak dan kewajipan yang perlu dipenuhi yang perlu
dipenuhi dan dilaksanakan dengan penuh iltizam (Qur’ān, al-
Baqarah: 228).Dengan cinta, tanggungjawab dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah. Cinta kepada suami dimanifestasikan
dalam bentuk ketaatan, menjaga kehormatan diri ketika suami
tiada bersamanya (Qur’ān, al-Nisā’: 34) dan mengurus rumah
tangga dengan baik. Cinta kepada isteri pula dimanifestasikan
oleh suami dengan menunaikan nafkah serta kewajipan kepada
keluarga (Qur’ān, at-Ṭalaq: 7), mengambil berat dan memimpin
diri dan keluarganya (Qur’ān, al-Nisā’: 34) agar menjadi
keluarga yang cemerlang lagi dicintai Allah.

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Kelangsungan cinta dalam hubungan kekeluargaan hanya dapat


dipelihara dengan keimanan kepada Allah kerana kekufuran
memutuskan jalinan kekeluargaan. Kehebatan iman seorang
ayah ataupun seorang suami tidak dapat menjamin kesejahteraan
hidup anak-anak serta isteri yang tidak beriman kepada Allah.
Begitu juga sebaliknya. Tragedi ini terakam kemas dalam
perjalanan kehidupan Nabi Nuh AS (Qur’ān, Hūd: 40- 45), Nabi
Lut AS (Qur’ān, al-‘Acrāf : 73, Hud: 81, al-Acnkabūt: 32) dan
Nabi Ibrahim AS. Justeru, komitmen cinta kepada ahli keluarga
turut diterjemahkan dalam konteks amar ma cruf nahyu munkar.

118
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

Cinta kepada keluarga adalah fitrah semulajadi manusia.


Cinta sejati dalam kehidupan berkeluarga adalah cinta yang
mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan memelihara diri dan
keluarga daripada api neraka (Qur'ān, al-Tahrim: 6). Justeru,
orang yang benar-benar menyintai ahli keluarganya akan
sentiasa memimpin keluarganya kepada kebaikan. Mereka
sentiasa mendorong ahli keluarganya agar menunaikan solat dan
menunaikan zakat (Qur’ān, Maryam: 55) kerana mereka yakin
bahawa kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa (Qur’ān, Ṭāhā: 32).
Ini bermakna, cinta sejati tidak melekakan manusia dalam
kehidupan dunia yang bersifat sementara. Sebaliknya, cinta sejati
mendorong manusia untuk menyelamatkan ahli keluarganya
daripada menjadi bahan bakar api neraka dengan menyuruh
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam kalangan
ahli keluarga sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur'an,
Surah al-Taḥrīm, ayat 6:

‫ود َها‬ ِ ِ َّ
ُ ُ‫آمنُوا قُوا أَن ُف َس ُك ْم َوأ َْهلي ُك ْم نَاراً َوق‬ َ ‫ين‬ َ ‫يَا أَيُّ َها الذ‬
‫صو َن‬ ِ ِ ِ ِْ ‫النَّاس و‬
ُ ‫اْل َج َارةُ َعلَْي َها َم ََلئ َكةٌ غ ََل ٌظ ش َد ٌاد ََل يَ ْع‬ َُ
‫اللَّهَ َما أ ََمَرُه ْم َويَ ْف َعلُو َن َما يُ ْؤَم ُرو َن‬
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang
bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkanNya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan
segala yang diperintahkan.

Suami bertanggungjawab mendidik isteri dengan penuh


berhemah dan kasih sayang secara berperingkat. Apabila isteri
melakukan kesalahan, suami wajib memberi nasihat. Jika isteri
masih engkar, suami boleh memulaukan isteri di tempat tidur.

119
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

Suami hanya boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan


sekiranya isteri masih berdegil (an-Nisā’: 34).
Cinta sejati kepada ahli keluarga juga tidak membutakan
manusia daripada bersikap adil dan bijaksana. Kedua sifat ini
penting supaya sifat negatif dapat dihentikan daripada menjadi
tradisi keluarga di samping mengelakkan berlakunya kezaliman
serta dendam di dalam hubungan sesama manusia. Ini
bersesuaian dengan perintah Allah agar menegakkan keadilan,
melakukan kebaikan, memberi bantuan kepada kerabat,
menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada perbuatan
mungkar serta mentaati perintah Allah sebagaimana yang
termaktub di dalam al-Qur'an, Surah al-Nahl, ayat 90:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan


berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada
kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar
serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan
suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu
mengambil peringatan mematuhiNya.

MATLAMAT CINTA DALAM KEHIDUPAN


BERKELUARGA

Matlamat utama cinta dalam kehidupan berkeluarga adalah


keredhaan Allah. Ahli keluarga saling menyintai antara satu
sama serta sanggup melakukan apa sahaja dengan cemerlang
agar keluarga mereka mendapat keredhaan Allah. Dengan itu,
mereka menjadi keluarga yang dicintai Allah.
Cinta sejati dalam kehidupan berkeluarga membawa
manusia dan zuriat keturunannya ke alam syurga dengan
keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah. Justeru,
keluarga yang penuh cinta menjadikan iman sebagai agenda
utama kehidupan untuk terus memugar cinta mereka buat
selama-lamanya. Allah berfirman dalam Surah al-Ṭūr, ayat ke
21:

120
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

‫َْلَ ْقنَا ِبِِ ْم‬ ٍ َ‫والَّ ِذين آمنُوا واتَّب عْت هم ذُِّريَّتُهم بِِإمي‬
ْ ‫ان أ‬ ُ ْ ُ ََ َ َ َ َ
ٍ
‫اهم ِّم ْن َع َملِ ِهم ِّمن َش ْيء ُك ُّل ْام ِر ٍئ‬ ُ َ‫ذُِّريَّتَ ُه ْم َوَما أَلَْت ن‬
‫ي‬ ِ ‫ِِبا َكس‬
ٌ ‫ب َره‬ َ َ َ
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh
zuriat keturunannya dengan keadaan beriman,
Kami hubungkan (himpunkan) zuriat
keturunannya itu dengan mereka (di dalam
Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi
sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-
tiap seorang manusia terikat dengan amal yang
dikerjakannya.

KELUARGA YANG DICINTAI ALLAH SEBAGAI


PEMACU KECEMERLANGAN UMMAH

Keluarga yang dicintai Allah adalah asas kekuatan ummah.


Mereka umpama misykat yang menerangi ummah dengan
cahaya ilmu, iman dan hikmah.
Ciri-ciri keluarga mulia ini didokumentasikan dalam al-
Qur’an dengan jelas. Antaranya, mereka sentiasa menjaga
maruah mereka dengan menjauhi perilaku jahiliyah, tidak keluar
dari rumah tanpa tujuan, tidak berhias secara berlebih-lebihan,
mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati perintah
Allah dan rasul-Nya sebagai yang dicontohkan oleh para ahlul
bait di dalam al-Qur’ān, surah al-Ahzab, ayat ke- 33.
Keluarga yang dicintai Allah juga sentiasa bersyukur
kepada Allah di atas segala kurniaan-Nya sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah kepada keluarga Nabi Daud A.S
(Qur'ān, Saba': 13). Keluarga yang tidak bersyukur akan mudah
bergaduh sesama sendiri kerana wujudnya perasaan tamak dan
iri hati.
Keluarga yang dicintai Allah juga sentiasa bersabar
dengan ujian menimpa mereka sebagaimana yang dicontohkan
oleh Nabi Ayub AS (Qur'ān, Ṣād: 42). Sifat sabar membawa
keberkatan dalam kehidupan berkeluarga. Orang yang bersabar

121
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

akan mencapai kecemerlangan kerana mereka tidak mudah


berputus asa, gigih, cekal, tabah, tidak mudah melatah, sentiasa
optimis dan berfikiran positif.
Keluarga yang dicintai Allah juga memberi sumbangan
yang besar kepada masyarakat. Insan yang terpuji lahir dari
keluarga terpuji yang dicintai Allah. Ia kemudiannya diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka dikurniakan
anugerah dan kemuliaan yang lebih tinggi berbanding keluarga
yang lain lantaran keimanan dan akhlak mulia yang telah
menjadi tret kekal dalam legasi keturunan mereka. Nabi Yusuf
mewarisi kenabian ayahandanya, Nabi Yaakub. Nabi Yaakub
pula mewari kenabian datuk mereka iaitu Nabi Ishak dan Nabi
Ibrahim (Qur'ān, Yusuf: 6). Warisan kenabian ini pula
kemudiannya turut diwarisi oleh keturunan Nabi Yaakub yang
berikutnya iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun (Qur'ān, Maryam:
6). Keluarga Nabi Musa dan Harun sebagai contohnya
meninggalkan peti Tabut yang menjadi petunjuk dan
mengandungi sesuatu yang dapat memberikan ketenteraman jiwa
kepada masyarakat (Qur'ān, al-Baqarah: 248).
Setiap bangsa dan suku kaum di dunia ini berasal
daripada sebuah keluarga yang kecil. Tradisi cemerlang dan
terpuji dalam keluarga boleh dipupuk dan dibina serta
diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain agar
menjadi keluarga yang dicintai Allah. Tidak mustahil, dalam
zaman yang berikutnya keluarga kecil yang ada pada hari ini
turut berkembang menjadi suatu entiti baru yang menyerlah dan
tersendiri. Justeru, mereka yang tidak lahir daripada keluarga
yang cemerlang dan terpuji berpeluang mencipta tradisi
kecemerlangan tersendiri pada keluarga yang sedang dan akan
dibina serta menjadikannya sebagai warisan berharga.
Dalam sirah Nabawiah, hal ini dibuktikan oleh Nabi
Ibrahim AS. Baginda dengan berani mengubah paradigma bapa
dan nenek-moyang yang menyembah berhala kepada
mengesakan Allah. Setelah berkahwin dan mempunyai cahaya
mata, baginda dengan bijaksana memimpin keluarganya agar
menjadi keluarga yang dicintai Allah. Kecintaan baginda kepada
ahli keluarga dan zuriat keturunannya adalah murni dan
melangkaui zaman. Ianya dimanifestasikan dalam doa baginda

122
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

agar mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang tetap


mendirikan solat :

‫الصَلَةِ َوِمن ذُِّريَِِّت َربَّنَا َوتَ َقبَّ ْل ُد َعاء‬


َّ ‫يم‬ ِ
َ ‫اج َع ْل ِِن ُمق‬
ْ ‫ب‬ِّ ‫َر‬
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku. (Qur'ān,
Ibrahim: 40)

Nabi Ibrahim membina tradisi cemerlang yang bermula


dengan keimanan kepada Allah yang kemudiannya diwarisi oleh
zuriat keturunannya yang menjadi manusia terkemuka dan paling
berjasa di dunia. Tradisi cemerlang dalam keluarga Nabi Ibrahim
ini mencapai kemuncaknya dengan kelahiran penghulu segala
nabi iaitu Nabi Muhammad SAW dari jalur keturunan Nabi
Ismail AS.
Walaubagaimanapun, kecintaan kepada keluarga tidak
sewajarnya membuahkan sifat taksub dan asabiah kepada
keturunan. Ini bersesuaian dengan tujuan penciptaan manusia
diciptakan dari kalangan lelaki dan perempuan, bersuku-suku
dan berbangsa-bangsa untuk saling mengenali antara sama lain
(Qur’an, al-Ḥujurāt: 13). Keluarga yang dicintai Allah
memanfaatkan sepenuhnya kepelbagaian sumber manusia
melalui sinergi bersama dalam membina tamadun ummah
berpaksikan ketaqwaan kepada Allah.
Kecintaan kepada keluarga juga mempunyai batasan
yang jelas dan pendidikan seksual diperlukan untuk mencegah
perlakuan sumbang mahram (Abdullah 2010). Sebagai
contohnya, pada usia 9 tahun, anak-anak lelaki dan perempuan
disediakan bilik berasingan untuk mencegah sumbang mahram.
Aurat dengan anggota keluarga yang mahram juga ditetapkan
dengan jelas iaitu sekurang-kurangnya menutup bahagian di
antara pusat ke lutut. Perhubungan dan batasan aurat terhadap
ipar duai juga perlu diberi perhatian kerana fitnah yang paling
besar bagi lelaki adalah saudara perempuan kepada isterinya
sendiri. Batasan ini perlu dijaga untuk mengelakkan berlakunya

123
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

pergaduhan dan krisis moral bagi meneruskan kelangsungan


hidup berkeluarga yang sempurna dan pembinaan modal insan
yang terpuji.

STRATEGI PENGUKUHAN CINTA DALAM KELUARGA

Cinta dalam hubungan keluarga perlu sentiasa dipupuk dalam


meraih kebahagiaan dan kecemerlangan hidup. Terdapat
pelbagai kaedah untuk mengukuhkan cinta dalam kehidupan
berkeluarga. Dalam keluarga penerima Anugerah Ibu Mithali di
peringkat kebangsaan (Jamiah 2013), strategi berikut digunakan:

1. Mengukuhkan cinta dan keimanan kepada Allah.

Cinta dan keimanan kepada Allah adalah asas kepada kecintaan


dalam kehidupan berkeluarga kerana akidah adalah pengikat
utama keluarga. Cinta dan keimanan yang teguh kepada Allah
melahirkan cinta yang ikhlas dan tulus dalam kalangan keluarga
apabila masing-masing saling menyintai dan berkasih sayang
kerana Allah.

2. Menghidupkan budaya ilmu.

Kecintaan kepada ilmu menjadi budaya hidup keluarga. Setiap


ahli keluarga sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran dalam pelbagai bidang kehidupan terutamanya
dalam hal ehwal agama. Dengan ilmu, nilai-nilai terpuji yang
dapat mengukuhkan kecintaan dalam kehidupan berkeluarga
terbentuk,

3. Melaksanakan tanggung-jawab dan kewajipan.

Setiap ahli keluarga memahami tanggungjawab dan kewajipan


masing-masing serta berusaha memenuhi tuntutan tersebut
dengan sebaik mungkin. Perlaksanaan tanggungjawab
membolehkan keluarga berfungsi dengan baik.

124
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

4. Pemurnian Akhlak.

Akhlak mulia amat diperlukan dalam mewujudkan iklim


pergaulan yang sihat sesama ahli keluarga. Sifat-sifat mulia
seperti sabar, berhemah, lemah-lembut, bertolak-ansur,
penyayang dan bersopan-santun semasa berkomunikasi antara
satu sama lain mengikat pertautan hati dalam keluarga.
Sebaliknya, sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, hasad
dengki, suka mengadu domba dan sombong memecah-belahkan
keharmonian keluarga.

5. Keadilan.

Ibu bapa memberi layanan, perhatian dan kasih-sayang yang adil


kepada anak-anak sehingga tiada anak-anak yang merasa
dipinggirkan. Sikap pilih kasih melahirkan rasa cemburu,
kedengkian dan permusuhan dalam keluarga.

6. Mewujudkan kemesraan dalam keluarga.

Kemesraan dalam keluarga diperkukuhkan melalui penyusuan


susu ibu, pengucapan kasih-sayang, sentuhan, ciuman serta
pelukan menurut batas yang tertentu, melakukan aktiviti
bersama, saling bantu-membantu, saling memberi dan menerima
hadiah, saling bertanya khabar dan mengambil berat serta saling
menziarahi antara satu sama lain.

7. Komunikasi berkesan.

Komunikasi berkesan digunakan supaya mesej difahami dengan


jelas, mengelakkan konflik serta meleraikan konflik yang
berlaku. Sebarang konflik dileraikan dengan segera.

8. Amar makruf nahi munkar.

Ahli keluarga saling bekerjasama untuk menjayakan agenda


kebajikan di dalam keluarga mahupun komuniti. Ahli keluarga
juga saling tegur-menegur dan mengingatkan antara satu lain
sebelum (sebagai langkah pro-aktif), semasa dan sesudah
kesalahan berlaku.

125
Cinta Dalam Kehidupan Berkeluarga Sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup

PENUTUP

Cinta dalam kehidupan berkeluarga adalah asas kepada


kecemerlangan individu dan komuniti Muslim. Keluarga yang
hebat membina peribadi unggul setiap individu di dalam
keluarga tersebut dengan menjana potensi fizikal, emosi, rohani
dan pemikiran pada tahap yang optimum. Peribadi yang unggul
ini kemudiannya menjadi modal insan yang cemerlang, rakan
pembangunan dan pengukuh peradaban bangsa dan negara.
Walaubagaimanapun, kesinambungan cinta dalam kehidupan
berkeluarga hanya dapat dipelihara dengan ikatan iman, ilmu,
akhlak mulia dan ketaqwaan yang teguh. Justeru, cinta dalam
kehidupan berkeluarga perlu disertai dengan amar makruf nahi
mungkar, keadilan dan kebijaksanaan agar mendapat keredhaan
Allah dan menjadi keluarga yang cemerlang lagi dicintai Allah
di dunia dan akhirat.

RUJUKAN

Abdullah Nasih Ulwan. 2010. Tarbiatun al- Aulad fi al- Islam


(Mendidik Anak dalam Islam). Singapura: Pustaka
Nasional.
Jamiah Manap, 2013. Parenting skills: The success stories of Ibu
Mithāli's parenting style and nurturance of their
children (Kemahiran keibubapaan: Kisah kejayaan Ibu
Mithāli dalam gaya keibubapaan dan pengasuhan anak-
anak mereka. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
disertasi PhD. Tidak diterbitkan.
International Islamic University of Malaysia, 2013. An-
Nawawi’s 40 hadiths (translation), retrieved January
2013, 15. http://www.iium.edu.my/deed/hadith/other/
hadithnawawi.html
Mustafa Daud. 1991. Perkahwinan menurut Islam. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.

126
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

BAB 8 | CINTA DAN KAITAN DENGAN


HUBUNGAN ETNIK MEMBAWA
KEPADA PERPADUAN
FAZILAH IDRIS

PENGENALAN

Ungkapan cinta sering diperkatakan dan diluahkan oleh


seseorang kepada seseorang yang dicintai. Cinta bukan hanya
terbatas kepada aspek material bahkan cinta terpenting adalah
terhadap Maha Pencipta kita iaitu Allah S.W.T yang memberi
segala nikmat, kesihatan, kelapangan, keselamatan, umur, rezeki
lahiriah atau batiniah dan sebagainya. Inilah cinta hakiki yang
perlu disemai sehingga ke akhir hayat.
Cinta dibuktikan melalui perbuatan dan tingkahlaku
seseorang. Cinta yang suci akan membawa ke arah kebaikan,
sebaliknya cinta yang batil membawa ke arah keburukan. Cinta
yang suci akan membawa seseorang individu atau sesebuah
komuniti itu ke arah menjalin hubungan yang erat yang
membawa kepada perpaduan.
Bahkan, perasaan cinta ini boleh disemai dan dipupuk
sejak dari kecil lagi. Misalnya, beberapa slogan yang sering
dipaparkan melalui siaran televisyen, internet, kain rentang dan
saluran radio seperti kempen cintakan alam sekitar, cintakan
perpaduan, sayangilah keluarga kita, cinta kepada tanah air,
cintai sungai kita, cintai keamanan negara dan sebagainya. Inilah
yang menjadi salah satu tunggak dan nadi kepada kejayaan
sesebuah keharmonian keluarga, bangsa dan negara itu.
Dalam konteks hubungan etnik, cinta dalam tahap
tertentu dilihat sangat penting bagi tujuan perpaduan. Hubungan
etnik ini tidak akan tercapai sekiranya terdapat diskriminasi serta
sikap perkauman yang menebal dalam kalangan masyarakat.
Bahkan perasaan ini akan menimbulkan konflik yang tiada
kesudahan. Ianya perlu ada pengorbanan yang besar serta
toleransi yang tinggi oleh setiap kaum atau etnik untuk
merealisasikan sesebuah negara yang aman, harmoni dan maju.
Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia yang majmuk,
sikap bertolak ansur kepada kaum minoriti, serta bekerjasama

127
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

amatlah penting. Artikel ini membincangkan secara terperinci


cinta dan kaitan hubungan etnik ke arah perpaduan.

DEFINISI CINTA

Menurut kaca mata Barat, cinta adalah fitrah atau sifat


semulajadi manusia yang penting yang bermula dari kelahiran
sehinggalah kepada kematian (Hatfield, Rapson dan Martel
2007). Teori Freud menyatakan cinta adalah sesuatu yang
muncul dari perasaan atau naluri seksual dalam perkembangan
terhadap oral kanak-kanak. Iaitu ibu menjadi objek cinta
pertamanya. Maslow (1968) menyatakan cinta terdiri daripada
dua jenis iaitu”being love” iaitu cinta terhadap diri sendiri dan
“deficiency love” pula iaitu cinta yang memerlukan orang lain
dan tidak mementingkan diri sendiri. Cinta adalah salah satu dari
pelbagai emosi seperti penerimaan, persahabatan, kebaikan hati,
kepercayaan, intimasi, bakti, kemesraan dan hormat (Daniel
Goleman 2002).
Manakala, cinta ihsan (compassionate) pula merujuk
kepada perasaan cinta terhadap individu yang dikenali atau tidak.
Ia terjelma menerusi sikap prihatin, mengambil berat dan lain-
lain. Cinta ini lazimnya dipraktikkan apabila seseorang itu
mengalami penderitaan, kesedihan dan amat memerlukan
sokongan (Sprecher dan Fehr, 2005).
Menurut Doherty, Hatfield, Thompson dan Choo (1994),
kebanyakkan pakar psikologi dan antropologi membantah
mengenai cinta berahi (passionate love) adalah budaya sejagat
yang meliputi semua masa dan semua tempat. Pakar sejarah ada
menekankan tentang bagaimana masyarakat itu melihat cinta,
jantina dan keintiman serta penekanan ini berubah mengikut
peredaran masa. Bahkan, ahli politik dan ahli beragama atau
ulama menyatakan cinta berahi adalah satu ancaman kepada
sosial, politik dan ahli beragama serta ianya mencuba untuk
menindas atau menumpaskan (suppress) perasaan. Pada akhir
kurun ke lapan belas, dan bermulanya Revolusi Industri,
masyarakat mengubah tanggapan bahawa nilai cinta berahi
adalah tinggi dengan adanya perkahwinan berdasarkan cinta,
keintiman dan kebebasan bergaul antara lelaki dan wanita

128
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

(Doherty et al.,1994). Menurut Sternberg (1986), teorinya


mengenai “Segitiga Cinta” yang mengandungi beberapa elemen
seperti keintiman, ghairah dan komitmen.
Menurut Nurbalqis Hayati (2004), cinta bermaksud
fitrah yang ada di dalam hati dan wujud hasil daripada satu
perasaan yang halus oleh setiap manusia. Ianya mewujudkan
perasaan belas kasihan dan kasih sayang oleh seseorang supaya
hati kita tiada rasa kekosongan di dalam jiwa. Cinta yang wujud
ini mestilah tulus dan bukan mengikut hawa nafsu semata-mata
adalah melambangkan kedamaian dan ketenangan. Sebaliknya,
cinta yang berdasarkan hawa nafsu akan meruntuhkan akhlak,
kehancuran institusi kekeluargaan, tekanan jiwa, melemahkan
iman dan meregangkan hubungan persaudaraan seseorang.
Suzana et al. (2012) menyatakan terdapatnya beberapa
elemen cinta yang berkaitan dengan kepercayaan dan nilai
seperti ketaatan, kesabaran, bertolak ansur, mengharungi susah
dan senang bersama serta memerlukan keredhaan Allah. Cinta
memerlukan keserasian dan persamaan terhadap sesuatu yang
akhirnya menjalin sesuatu perhubungan yang lebih rapat dan
kesenangan dalam pergaulan.
Cinta dipercayai sebagai agen pembawa kepada
kebahagiaan berumahtangga dan pengukuh perkahwinan
(Suzana, Mohd, Sarah, Chong, dan Nasrudin 2012).
Kebanyakkan pasangan yang berkahwin adalah atas dasar cinta
dan berakhir dengan sebuah perkahwinan dan jalinan hubungan
yang lebih terjamin. Cinta yang terputik dalam perkahwinan dan
berumahtangga berlaku dengan adanya hubungan yang kuat dan
rapat kepada Allah SWT (Hoesni, Hashim dan Ab Rahman
2012).Islam menuntut seseorang mencintai sesuatu mengikut
keutamaannya yang tersendiri seperti cinta kepada Allah, cinta
kepada Rasullulah SAW dan Para Anabia’ dan cinta sesama
Mukmin (Nurbalqis Hayati, 2004).

CINTA KEPADA ALLAH S.W.T.

Islam meletakkan cinta yang tinggi dalam kehidupan manusia


iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan dan
ibadah seseorang tidak akan bererti kerana ianya tidak

129
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

bertunjangkan kerana Allah. Oleh itu, cinta kepada Allah S.W.T


mesti disemai di dalam hati setiap orang Islam supaya ianya
dapat mendorong seseorang untuk mengabdikan diri kepada
Allah dan bukan sekutunya serta melakukan apa yang
disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya (Nurbalqis
Hayati 2004).

Maksud firman Allah S.W.T:

“Dan di antara manusia ada orang yang


menyembah selain Allah, mereka mencintainya
sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun
orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.
Dan seandainya orang yang berbuat zalim (orang
yang menyembah selain Allah) itu mengetahui
ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat)
bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya
dan bahawa Allah amat berat seksaanNya
(nescaya mereka menyesal)”.
(Surah al-Baqarah: Ayat 165)

CINTA KEPADA RASULULLAH SAW DAN PARA


ANBIA’

Rasulullah bagaikan cahaya dalam kegelapan malam dan


penyuluh kepada sekalian manusia. Baginda sanggup
mengorbankan harta benda, nyawa, masa dan sebagainya dalam
menyebarkan ajaran Islam kepada umatnya dan sehingga pada
waktu malaikat Jibril ingin mencabut nyawanya, baginda masih
sibuk mengingati umatnya berbanding diri baginda sendiri.
Begitu juga, kepada para sahabat yang mencintai baginda yang
sama turut serta berkorban nyawa dan harta benda dalam usaha
menyebarkan ajaran Islam, di samping menjadi perisai
Rasulullah SAW dalam mempertahankan agama Islam
(Nurbalqis Hayati, 2004).

130
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

CINTA SESAMA MUKMIN

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak


utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah
yang mengajar menyayangi dan mencinta ibu bapa. Islam
meletakkan cinta sesama mukmin adalah sebagai syarat kepada
jemaah atau kumpulan yang layak bersama Rasulullah SAW.
Tetapi, Islam menetapkan cinta yang suci itu adalah
berlandaskan iman, akal yang waras dan mengikut syarak
(Nurbalqis Hayati 2004).

Maksud Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fath : Ayat


29 iaitu:

“Muhammad adalah utusan Allah dan orang


yang bersama dengan dia bersikap keras
terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang
terhadap sesama mereka.”

DEFINISI HUBUNGAN ETNIK

Menurut Park (1950), perhubungan antara ras dan etnik berlaku


dalam tiga fasa iaitu kontak perhubungan yang berlaku oleh
masyarakat pindah randah dalam hubungan pinggiran. Fasa
kedua, kelahiran persaingan di antara dua atau lebih kelompok
yang berinteraksi atau berhubung seperti berlakunya konflik atau
pergaduhan. Fasa ketiga, integrasi sama ada amalgamasi atau
asimilasi dalam berbagai tahap yang menjadi pilihan kelompok
yang berinteraksi.
Manakala, Borgadus (1930) melalui kajian dan
pengalaman di California, Amerika Syarikat yang menjadi hos
kepada pendatang baru dari negara China, Mexico, Jepun dan
Filipina, menyatakan hubungan etnik ini wujud melalui tujuh
fasa putaran iaitu fasa “ingin tahu”, fasa penerimaan ekonomi,
fasa antagonisme sosial dan industri, fasa antagonisme
perundangan, fasa mewujudkan pertimbangan keadilan (sense of
fair play), fasa ketenangan menerusi perundangan yang
mewujudkan pendamaian dan fasa kesukaran generasi kedua.

131
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

Hubungan etnik selalunya menjadi penghubung kepada


sesuatu pembangunan negara yang merangkumi pelbagai agama
dan budaya seperti Malaysia (Aida 2008). Hubungan etnik
adalah kemajmukan orang atau kelompok yang terdapat di
dalamnya sama ada perbezaan dari segi agama, bahasa, bangsa,
kedudukan, tempat tinggal, budaya dan sebagainya. Menurut
Aida (2008), kemajmukan ini seterusnya akan membawa kepada
wujudnya isu-isu dalam hubungan etnik di Malaysia. Isu-isu
agama, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan
kedudukan Raja-Raja Melayu akan menentukan suasana
hubungan etnik di masa hadapan dan bergantung kepada
bagaimana persoalan mengenai kedudukan istimewa orang
Melayu, agama dan bahasa diselesaikan (Ratnam 1969).
Menurut Sri Rahayu (2006), hubungan etnik ini bermula
dengan tahap segragasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan
amalgamasi. Menurut beliau lagi, proses integrasi nasional di
Malaysia boleh dianalisis berdasarkan model kontak di antara
kumpulan etnik yang berbeza melalui integrasi rendah kepada
integrasi tinggi. Pertama, segregasi iaitu hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara,
misalnya dari segi tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan-kemudahan yang lain. Kedua,
akomodasi iaitu proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan
nilai mereka antara satu dengan lain, namun mereka tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Ketiga, akulturasi iaitu satu proses yang dikenali sebagai
asimilasi budaya, iaitu golongan minoriti menerima norma, nilai
dan budaya golongan majoriti. Keempat, asimilasi adalah proses
yang kadangkala dikenali sebagai asimilasi struktur untuk
membezakan antara asimilasi budaya (akulturasi) dengan
asimilasi struktur. Contohnya, kemasukan individu atau
seseorang ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan
dan perkaitan rapat. Akhirnya, amalgamasi iaitu satu proses
apabila budaya dan ras bercampur untuk membentuk satu ras
atau budaya yang baru, misalnya perkahwinan campur antara
etnik seperti etnik Baba-Nyonya dan etnik India-Muslim.
Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
(Banci 2010), jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang
merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan

132
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada beberapa


kumpulan etnik seperti etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%),
India (7.3%) dan lain-lain (0.7%). Keseluruhannya, etnik Melayu
merupakan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1
peratus, Iban mencatatkan 30.3 peratus di Sarawak. Manakala
Kadazan/Dusun mencatatkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah.
Dari segi agama, agama Islam merupakan agama yang paling
ramai dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus,
Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%).
Menurut Nazri, Nik Yusri dan Ahmad Hidayat (2011),
ajaran Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama
manusia walaupun berlainan agama, bangsa atau warna kulit. Di
dalam Surah al-Hujurat ayat 13, iaitu merujuk kepada
kepelbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan
kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi sebaliknya adalah
untuk saling mengenali antara satu dengan lain. Pembahagian
manusia mengikut bangsa adalah untuk saling mengenali antara
satu sama lain dan bukannya untuk berselisih tetapi untuk saling
mengenali dan mengasihi (Said Hawwa 2003 dan Hasan 1403H).
Islam sentiasa mahukan umatnya menjalinkan perhubungan
antara orang Islam dengan bukan Islam atas asas-asas yang padu
merangkumi sifat toleransi, keadilan amal kebajikan dan belas
kasihan yang belum pernah ditemui oleh sejarah kemanusiaan
sebelum Islam (Yusuf 1989).
Bahkan, piagam Madinah adalah bukti kukuh yang
menunjukkan wujudnya perpaduan masyarkat majmuk di bumi
Madinah. Di sini jelas sebagai bukti bahawa Islam adalah agama
yang terkehadapan untuk mewujudkan perpaduan kaum.

KONSEP PERPADUAN

Perpaduan diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan


seluruh masyarakat dan negara agar setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
cintakan dan banggakan tanah air (Yusri Amri 2007). Nilai
perpaduan menyatukan peranan individu dalam komuniti. Istilah
yang berkaitan dengan perpaduan termasuk harmoni, kerjasama,
komuniti dan semangat berkumpulan. Ianya merujuk kepada

133
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

berkongsi sumber alam adalah mesej perpaduan bagi semua


manusia (Rumaya dan Rozumah 2004). Sekiranya kaum-kaum
yang ada di dalam masyarakat hidup berkompromi dan semakin
banyak kerjasama, maka kecenderungan untuk hidup bersatu
padu dalam kebanyakkan perkara dari segi sosial, ekonomi,
budaya dan politik boleh berlaku. Namun, di peringkat ini
kerjasama masih bersifat luaran (Sri Rahayu 2006).
Perpaduan dan kerjasama antara pelbagai kelompok
etnik adalah penting untuk menjamin kestabilan politik,
pertumbuhan ekonomi dan keharmonian sosial (Jayum 2006).
Hubungan etnik di Malaysia adalah berdasarkan pengenalan
agama dengan menyamakan Melayu itu Islam dan menyamakan
kepentingan etnik dengan kepentingan agama (Osman 2008).
Namun pada masa kini, terdapat perubahan trend identiti
masyarakat Islam di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
etnik atau kaum yang lebih kecil, khususnya etnik melayu seperti
kaum Jawa, kaum Bugis dan sebagainya.
Rancangan Malaysia Kelapan (2006) menyatakan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik begitu beriltizam
ke arah mengukuhkan semangat perpaduan dan integrasi antara
etnik dan wilayah. Kerajaan Malaysia juga telah menjalankan
Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional Lima Tahun
(2005-2010), melihat isu-isu berkenaan boleh berperanan sebagai
penstabil politik dan pemupukan perpaduan serta memberi kesan
terhadap hubungan etnik. Peranan ini dipersetujui oleh Mohd
Salleh Abas (1985) iaitu unsur-unsur tradisi diperlukan untuk
kestabilan serta kemajuan dan memainkan peranan penting dalam
perjalanan perlembagaan.
Dalam pembangunan negara, penyatuan semua kaum
dan bangsa adalah agenda utama kerajaan (Isa 2009). Bangsa
negara selari dengan populasi negara yang merujuk kepada
komuniti dan rakyatnya yang dapat menerima persamaan dari
segi ciri-ciri politik atau ideologi politik secara aman tanpa
memisahkan elemen-elemen lain, dan merujuk kepada sistem
kepercayaan dan undang-undang sesebuah Negara (Abdul Aziz
et al. 2002).
Nilai persepakatan dan perpaduan ini dapat dilihat melalui
peristiwa hijrah yang melahirkan dua kaum dalam ikatan Islam
iaitu kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Kaum Muhajirin ialah

134
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

kaum Muslimin Mekah yang berhijrah ke Yathrib dan kaum


Ansar ialah kaum Muslimin Yathrib yang bersedia memberi
pertolongan kepada kaum Muhajirin. Jelasnya, hijrah kaum
Muslimin ke Madinah semakin pasti kerana adanya kedua-dua
faktor iaitu faktor tolakan daripada penduduk Mekkah dan faktor
tarikan daripada penduduk Madinah. Rasulullah SAW meminta
mereka berhijrah ke Madinah. Memang tidak mudah untuk
berhijrah kerana adanya dua keadaan yang tidak mudah untuk
diterima.Pertama : Meninggalkan tanah air, sanak saudara dan
harta benda. Kedua : Pergi ke satu tempat belum tentu menjamin
kehidupan yang lebih baik.

Menyedari hakikat ini Rasulullah SAW menyakinkan


mereka dengan ayat-ayat Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 218
iaitu:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan


orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada
jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam),
mereka itulah orang-orang yang mengharapkan
rahmat Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengampun , lagi Maha Mengasihani”.

Rasulullah mengatur strategi penghijrahan kaum Muslimin


Mekah. Mereka dikehendaki pergi dalam kumpulan kecil secara
berperingkat-peringkat supaya tidak disedari oleh Musyirikin
Mekah. Pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi dan dapat
diatasi dengan izin dan hidayah daripada Allah SWT. Akhirnya,
terbentuk umat Islam yang menjangkau batasan geografi dan
rupa bangsa, budaya dan peradaban.
Di samping itu, Allah SWT menegaskan bahawa kita
bermula dari benih yang satu iaitu berasal dari keturunan Nabi
Adam a.s dan daripadanya dijadikan Hawa dan kemudian
berkembang biak menjadi berbagai-bagai kaum dan bangsa,
berbagai-bagai warna kulit dan keturunan. Kepelbagaian yang
ada ini tidak akan menjadi punca perbalahan, persengketaan dan
peperangan sesama manusia sekiranya semua menyedari bahawa
mereka mempunyai asas pertalian persaudaraan kemanusiaan
yang satu yang berpunca daripada Nabi Adam a.s. Keadaan yang

135
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

tidak diingini dapat diatasi dengan lebih berkesan sekiranya


manusia meletakkan persaudaraan ini ke arah yang betul di
samping bertaqwa kepada Allah S.W.T dan mengukuhkan
hubungan persaudaraan dan kemanusiaan sejagat sebagai asas
perpaduan.

Dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Nisa: Ayat 1 iaitu:

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada


tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada
Allah yang kamu selalu meminta dan menyebut-
yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
silaturahim kaum kerabat, kerana sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu”.

KEPENTINGAN CINTA DALAM KEHIDUPAN DARI


PELBAGAI ASPEK

Perasaan cinta memainkan peranan sebagai perhubung dan


jambatan kepada sesuatu perbuatan dan tindakan seseorang.
Cinta ini memerlukan kerelaan diri, kebebasan membuat
keputusan, dan kesenangan melaksanakannya tanpa paksaan dan
ugutan. Ia perlu diterap dan disemai perlahan-lahan ke dalam
jiwa kita supaya kesan dan matlamat yang ingin dicapai dan
diperolehi berkesan dan akhirnya membentuk satu sikap dan
tabiat kepada seseorang. Elemen yang penting dalam cinta
adalah kasih sayang (Diener dan Lucas 2000; Myers, 1992).
Cinta ini boleh terdiri kepada cinta kepada Maha Pencipta (Allah
SWT), cinta kepada Rasulullah SAW dan para sahabat, cinta
kepada ibu bapa, cinta kepada pasangan, cinta kepada keluarga
dan anak-anak, cinta kepada sesama manusia dan akhirnya, cinta
kepada tanah air kita.

136
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

Cinta yang lahir dari hati membentuk peribadi seseorang


untuk melakukan sesuatu tindakan itu (Sternberg 1986).
Misalnya, cinta kepada Allah, kita perlu melaksanakan apa yang
disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya, disamping
melakukan “amar makruf nahi mungkar”. Cinta kepada ibu bapa,
memerlukan amal bakti kepada kedua ibu bapa, menjaga mereka
apabila sudah tua, melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang
anak yang soleh dan solehah serta mendoakan kesejahteraan
mereka di dunia dan di akhirat. Cinta kepada keluarga pula,
dipaparkan dengan memberi kasih sayang kepada anak-anak,
meluangkan masa untuk bersama dan berkumpul serta
mendoakan kebahagiaan dalam berkeluarga. Cinta kepada
sesama manusia, menuntut untuk saling menghormati antara satu
dengan lain, bertolak ansur, berfikiran terbuka dan saling
memaafkan sesama manusia apabila berlaku perselisihan dan
kesilapan. Cinta tanah air, dengan berbakti dan memperjuangkan
keamanan dan kesejahteraan negara dengan membanteras segala
jenayah dan pemberontakan. Inilah cinta yang suci dan cinta
yang memberi kesan positif kepada akhirnya.
Menurut Diener dan Lucas (2000); dan Myers (1992),
cinta adalah alat penting kepada perasaan gembira, kepuasan dan
positif. Komponen kasih sayang (affective) termasuk perihal
kesan positif seperti kegembiraan, atau perasaan baik dan
ketiadaan kesan negatif. Kesan negatif ini merujuk kepada
perasaan yang kurang elok seperti marah dan kebimbangan
(Argyle 2001).
Cinta dan sikap ambil berat dalam kehidupan adalah
penting untuk pembangunan manusia dan perkembangannya
(Kittay 1999 dan Engster 2005). Ia merujuk kepada keprihatinan
dan tanggungjawab seseorang yang berkait rapat antara cinta dan
sikap ambil berat (kasih sayang) dalam menangani pelbagai isu
sosial merangkumi gejala sosial, perselisihan, diskriminasi,
perkauman, prasangka dan sebagainya.
Perasaan cinta juga wujud bagi setiap pasangan bercinta
dan suami isteri, tetapi ia membawa cabaran yang lebih kental
dan mencabar apabila sesebuah pasangan itu mempunyai
tanggungjawab yang lebih berat apabila dikurniakan anak
(Hoesni, Hashim dan Ab Rahman 2012). Cinta yang tulus dan
suci tidak pernah luput walaupun dibebani pelbagai tekanan

137
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

hidup dengan penambahannya tanggungjawab di dalam sesebuah


keluarga. Maka, cinta yang suci adalah cinta yang lahir dari hati
yang dikurniakan oleh Allah untuk disemai, dipupuk dan dijaga
dengan baik dan amanah supaya kehidupan lebih diredhai di
dunia dan di akhirat kelak serta melahirkan zuriat dan generasi
yang berakhlak mulia, berfikiran positif dan berwawasan.
Menurut Suzana et al. (2012), implikasi kajian tentang
teori cinta perlu dikhususkan kepada individu daripada
kumpulan yang spesifik seperti budaya dan tahap perhubungan
dalam memahami konsep cinta yang dikaji. Jelasnya, ia dapat
membantu profesyen menolong seperti kaunselor dan pekerja
sosial dalam mengendalikan isu yang melibatkan hubungan
pelbagai kaum dan etnik, kemasyarakatan, perhubungan
perkahwinan dan isu sosial dalam mengukuhkan sesuatu institusi
tersebut yang melibatkan pelbagai etnik. Cinta ini dapat
mengeratkan hubungan sesama manusia di dunia tanpa mengenal
erti berlainan bangsa, warna kulit, agama, fahaman politik dan
sebagainya supaya tidak berlaku pertumpahan darah,
pergaduhan, diskriminasi, prasangka, etnosentrisme (merujuk
kepada unsur-unsur budaya sendiri lebih baik berbanding unsur-
unsur budaya lain) dan konflik dapat dielakkan.

CINTA DAN HUBUNGANNYA DENGAN ETNIK

Melalui kajian-kajian Barat, cinta ini lebih merujuk kepada


hubungan yang intim, kemesraan, ghairah dan komitmen
terhadap perhubungan rapat antara lelaki dan wanita (Sternberg
1986). Golongan muda lebih suka kepada hubungan sosial dan
tarikan romantik kepada golongan yang sama yang meliputi latar
belakang, tingkahlaku, kepercayaan, personaliti, perasaan dan
sikap (Buss 1994; Burleson dan Denton, 1992; Byrne, 1992;
Hatfield dan Rapson 1993 dan 1996; Lykken dan Tellegen
1993). Beberapa pakar teori menyatakan manusia atau pasangan
lebih suka membuat temujanji kepada golongan dari pelbagai
aspek yang sama. Menurut Rushton (1989), kebanyakkan orang
akan memilih sesuatu dari segi kesamaan. Misalnya, dalam
sesuatu perhubungan yang akan dijalinkan mesti memilih
sesuatu yang baginya sama dari beberapa segi atau indikator
seperti budaya, agama, sikap, pemikiran dan sebagainya.

138
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

Pemilihan sesuatu pasangan menjurus kepada persamaan


terutamanya dari segi latar belakang etnik, bangsa, status
sosioekonomi, keagamaan, saiz keluarga, tarikan fizikal
seseorang, umur, kepintaran, tahap pendidikan, sikap sosial,
personaliti dan kegemaran seseorang (Buss 1994; Hatfield dan
Sprecher 1986; Rushton 1989).
Di samping itu, cinta juga berkait rapat dengan pelbagai
emosi di dalamnya dan ia bersambung dengan hubungan kasih
sayang antara satu sama lain. Misalnya, kepada pasangan yang
bercinta atau hubungan suami isteri,. Kebanyakan kajian-kajian
yang lepas menyatakan tentang ciri-ciri persamaan dalam
pemilihan seseorang dalam hubungan yang lebih rapat dan hanya
sedikit menekankan perbezaannya. Menurut Rosenbaum (1986),
tidak semua orang akan menyukai orang yang mempunyai
persamaan antara satu sama lain, tetapi sebaliknya mereka tidak
menyukai sesama mereka. Justeru itu, Presiden Amerika
menegaskan bahawa kemajmukan dan kepelbagaian budaya serta
bangsa perlu dieratkan dan diperkukuhkan lagi. Ini kerana
daripada seseorang individu digabungkan menjadi satu keluarga,
dan dari sebuah keluarga digabungkan menjadi satu komuniti
atau masyarakat dan akhirnya terhasil sebuah negara. Perpaduan
negara perlulah bermula daripada akarnya iaitu seseorang
individu dan keluarganya.
Faktor penting yang menunjukkan peningkatan angka
inter-etnik dan pelbagai bangsa wujud selaras dengan hubungan
romantik atau cinta berlaku di Amerika Syarikat adalah
peningkatan kepada toleransi antara kaum di Amerika Syarikat
(Brace et al. 2002; Mondak dan Sanders 2003). Mondak dan
Sanders (2003) menyatakan bahawa pengukuran dalam toleransi
adalah tahap dalam toleransi tersebut iaitu menurun pada 1977
dari 7.24 kepada 5.28 pada 1998 iaitu 27 peratus menurun.
Melalui kajian-kajian Timur yang lepas, cinta adalah
fitrah semulajadi manusia yang terdiri daripada belas kasihan
dan kasih sayang (Nurbalqis 2004). Menurut Suzana et al.
(2012), cinta memerlukan toleransi dan tolak ansur sesama
manusia. Cinta yang wujud ini akan mewujudkan toleransi
antara pelbagai kaum, bangsa dan etnik. Maka, dengan cinta kita
dapat mengenali semua lapisan masyarakat tanpa membezakan
pangkat, keturunan, bangsa dan keadaan fizikal. Dengan cinta

139
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

juga, kita tidak perlu malu untuk bertegur sapa dan mengenali
seseorang walaupun terdapatnya perbezaan agama, budaya dan
bahasa.
Cinta tidak perlu ada halangan atau sebab musabab.
Misalnya, di Malaysia terdapatnya pelbagai etnik dan kaum yang
bercampur di antara satu sama lain seperti dalam perkahwinan
campur dan pendidikan. Hal ini menuntut kepada persefahaman,
bertolak ansur, kesabaran dan keprihatinan semua pihak untuk
bersatu padu dan berkerjasama dalam menjaga keharmonian
negara. Tiada halangan bagi masyarakat yang berbilang bangsa
untuk bersatu padu membangunkan sesebuah negara dan
mempertahankan tanah air.
Manakala, dari kajian Islam dan bersumberkan Al-
Qur’an dan hadith yang sahih, telah menyatakan manusia terdiri
dari satu keturunan iaitu Nabi Adam a.s dan pasangannya Hawa.
Justeru adalah perlu setiap individu saling berhubung dan
mempunyai hubungan persaudaraan antara satu dengan lain.
Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi dan menyayangi
sesama manusia walaupun berbeza warna kulit, bangsa dan
agama. Islam tidak mengajar umatnya untuk bermusuhan sesama
manusia. tetapi memerintahkan supaya bersatu padu dan saling
kenal mengenali antara satu dengan lain melalui perbezaan
antara mereka supaya bersyukur ke atas kekuasaan Allah Yang
Maha Pencipta yang mencipta sekalian makhlukNya di muka
bumi ini.
Ajaran Islam mengajar erti cinta yang sebenar dan hakiki
yang lahir di hati dari kurnia Allah SWT ke atas sekalian
makhlukNya iaitu cinta yang bertunjangkan kepada ke jalan
Allah (fisabillilah) dan mengingati bahawa segala perbuatan
dilakukan hanyalah kepadaNya semata-mata serta bukan
selainNya. Rasulullah SAW adalah teladan dan model terbaik
dalam mengaplikasikan cinta dalam kehidupan seharian.
Berlandaskan cinta inilah manusia akan menyayangi dan
mencintai antara satu sama dengan lain dengan mengikut syariat
Islam yang betul untuk dijadikan pedoman dan penyuluh kepada
kehidupan kita kini dan hingga ke akhir hayat

140
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

KESAN ANTARA CINTA DAN HUBUNGAN ETNIK

Menurut Li dan Yu (2009), cinta adalah bentuk sosial yang


mempunyai ciri budaya yang kuat yang merangkumi makna
yang banyak dan tersirat. Kesannya adalah berbeza antara satu
sama dengan lain kerana terdapatnya pelbagai budaya dan
perbezaan kumpulan atau etnik. Apabila pakar psikologi
memulakan kajian tentang cinta, perkara pertama yang dikaji
adalah konsep cinta dan bagaimana banyak komponen asas
terdiri di dalamnya, atau persoalan tentang cinta itu
dipersembahkan (atau distruktur).
Di Barat pula, Zick Rubin (1970, 1973) menyatakan
permulaan pertama mengenai perbezaan antara cinta dan
perasaan suka; Sternberg’s (1986, 1988) mengenai model Cinta
Segitiga adalah merujuk kepada selain konsep penting terhadap
cinta, seperti hubungan cinta yang mengandungi tiga komponen
asas iaitu intimasi, ghairah (passion) dan komitmen. Teori
kluster (Davis, 1985), menyatakan hubungan cinta adalah
persahabatan yang terdiri daripada hormat, kepercayaan,
persefahaman, meyakinkan, secara sepontan dan saling
membantu. Fehr et al. (1991) menyatakan terbentuknya siri-siri
daripada enam kajian dan mendapati cinta adalah kefahaman
yang lebih baik daripada perspektif model percubaan (prototype)
berbanding daripada model klasik. Ia mengaitkan konsep cinta
dengan bahasa semulajadi (natural language) yang mempunyai
struktur dalaman dan sempadan kekaburan (fuzzy borders) iaitu
cinta romantik, kasih sayang (affection), cinta ibu (maternal
love), cinta terhadap kerja, cinta diri sendiri, cinta berahi dan
sebagainya.
Melalui konsep atau teori cinta tersebut, cinta dan
hubungan etnik dapat dikaitkan, keasnnya ia membawa
perpaduan semua kaum dan lapisan masyarakat. Cinta yang
menebal terhadap sesuatu dan ke arah yang positif akan
melahirkan individu dan komuniti yang berakhlak mulia,
berkasih sayang sesama manusia, tidak suka pengaduhan tetapi
sukakan kedamaian (Nurbalqis 2004). Misalnya, dari sudut
aspek yang kecil iaitu tidak suka menghina seseorang sekiranya
individu atau sesebuah kelompok itu mempunyai sesuatu
kekurangan atau kecacatan. Seseorang Muslim diajar

141
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

menghormati hak orang lain, jangan menghina atau mengutuk


orang lain sebaliknya menghargai, belas ihsan dan membantu
sesama manusia ke arah yang lebih positif dan jika kaum lain
mengalami kesusahan, kita membantu mereka tanpa mengira
bangsa, agama dan keturunan seseorang atau mahukan sesuatu
ganjaran lain tetapi niat kerana Allah SWT. Malah, setiap
individu perlu berganding bahu untuk menjernihkan segala
kekusutan dan persengketaan antara kita supaya bersatu padu,
bertolak ansur dan menyayangi antara satu sama lain dalam
pembangunan sesebuah negara yang mampan dan maju.
Akhirnya, peranan cinta atau kasih memberi impak yang positif
kepada seseorang atau sesama manusia untuk melakukan
tindakan yang sewajarnya berlandaskan jalan yang betul.

KESIMPULAN

Cinta adalah fitrah semulajadi manusia yang dikurniakan oleh


Allah S.W.T kepada sekalian makhlukNya supaya saling
mengenali sesama manusia. Definisi cinta boleh dirujuk melalui
pelbagai perspektif iaitu perspektif barat, perspektif timur dan
perspektif ISLAM. Melalui perspektif ini, kita dapat
merumuskan bahawa cinta ini anugerah Allah dan Maha
Pencipta kepada mahklukNya yang mewujudkan rasa kasih dan
sayang terhadap seseorang dan sesama manusia. Cinta yang lahir
dari hati akan mewujudkan sesuatu perasaan sama ada positif
ataupun negatif dan kemudian ianya menghasilkan sesuatu
tindak balas untuk melaksanakanNya.
Bahkan, maksud cinta itu sendiri sering menggambarkan
sesuatu yang positif dan indah. Cinta yang indah ini mewujudkan
satu keadaan yang baik dan mempunyai hubungan yang positif
kepada sesama manusia. Cinta bukan hanya merujuk kepada
pasangan yang berkasih atau bercinta yang kebanyakan dikaji
dan diutarakan oleh pengkaji-pengkaji Barat tetapi konsep cinta
ini merangkumi aspek emosi seseorang seperti kemesraan,
intimasi, kasih sayang, tolak ansur, kesabaran, hormat, kebaikan
hati, toleransi, positif dan sebagainya kepada pelbagai aspek dan
akhirnya membawa perpaduan bangsa, budaya dan etnik dalam
sesebuah negara yang majmuk ini.

142
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

RUJUKAN

Banton, M. P. 1967. Race Relations. London: Tavistock.


Borgadus, E. S. 1930. “A Race Relations Cycle”. American
Journal of Sociology, 35(4), 612-17.
Cai, F., He, W., Xu, P., Liang, W., Chai, H., Wu, H., Yu, W.,
Chen, W., Chen, W., & Wang, W. 2009. Love-
pursuing Patterns and Personality Traits: A
Preliminary Study in Chinese University
undergraduate Students. 140-155.
Cinta dan Benci. 2010. Retrieved Mac 8, 2013, from
http://www.psychologymania.com/2010/04/cinta-dan-
benci-menurut-pandangan.html.
Doherty, W., Hatfield, E., Thompson, K. & Choo, P. 1994.
Cultural and Ethnic Influences on Love and
Attachment. Personal Relationships. Cambridge
University Press, 391-398.
Ezhar, T., Wendy, Y., Fazilah, I. & Azimi, H. 2006. Relationship
of Exposure to Public Affairs News with Cognitive,
Attitudinal and Behavioural Dimensions of Ethnic
Tolerance Among Malaysian Youths. Kajian
Malaysia. XXIV: 171-184.
Hatfield, E., Rapson, R.L. & Martel, L.D. 2007. Passionate love
and sexual desire. In S. Kitayama, & D. Cohen (Eds.).
Handbook of Cultural Psychology (pp. 760-779). New
York: Guilford Press.
Hatfield, E., Singelis, T., Levine, T., Bachman, G., Muto, K. &
Choo, P. 2007. Love schemas, preferences in romantic
partners, and reactions to commitment. Interpersona
1(1): 1-24.
Hushim, S. & Ida Hartina, A. T. 2010. Psikologi Perkahwinan
dan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang. Hazrah
Enterprise.
Kaba, A. J. 2011. Inter-Ethnic/Interracial Romantic
Relationships in the United States: Factors
Responsible for the Low Rates of Marriages Between
Blacks and Whites. Scientific Research. 1 (3):121-129.

143
Ci nta D an Kai t an Den gan H ub unga n Etni k Memb aw a Kepa d a P erpad uan

Li, Z. & Yu, F. 2009. “Inquiring Love of This World”: An


Impicit Love Theory of Chinese University Students.
Asian Culture and History. 1 (1):1-24.
Lynch, K. 2009. Affective Equality: Who Cares? 1-12.
Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Peperiksaan Am
Kerajaan. 2007. Petaling Jaya. International Law
Book Services.
Mohd., S. A. 2004. Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS
Publication dan Distribution Sdn Bhd. 3:29-49.
Nazri, M., Nik, Y. M. & Ahmad H. B. 2011. Hubungan Etnik di
Malaysia dari Perspektif Islam. Kajian Malaysia.
29(1). 1-28.
Neto, F. 2012. Compassionate Love for a Romantic Partner,
Love Styles and Subjective Well-Being. 23-39.
Nurbalqis Hayati, A. N. 2004. Cinta Menurut Pandangan Islam.
Retrieved March 8, 2013, from
http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?Id
Park, R. 1950. Race and Culture. New York. Free Press.
Rumaya, J. & Rozumah, B. 2004. Pengantar Pembangunan
Manusia: Perspektif Ekologi. Selangor: UPM Press.
Scheff, T. J. 2006a. Awareness Structures: Conceptualizing
Alienation/Solidarity. 1-15.
Sri Rahayu, I. 2006. Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik. SKP
2204 Hubungan Etnik: Panduan Pengajaran dan
Pembelajaran. Jabatan Pengajian Kenegaraan dan
Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM. 1-8.
Sternberg, R. J. 1986. A Triangular Theory of Love.
Psychological Review, 93,119-135.
Suzana, M. H., Mohd, S. M., Sarah, W.M.H., Chong, S.T. dan
Nasrudin, S. 2012. Meneroka Konsep Cinta dalam
Perkahwinan dalam Kalangan Melayu Bandar yang
akan Berkahwin. Journal of Social Sciences and
Humanities, 7(1), 76-83.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an (30
Juz). 2013. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Darul Fikir Sdn. Bhd.
Terjemahan Al-Qur’an Al-Karim Rasm Uthmani dalam Bahasa
Melayu. 2011. Al-Hidayah House of Qur’an Sdn. Bhd.
Percetakan Zafar Sdn Bhd.

144
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

BAB 9 | PSIKOLOGI CINTA DALAM


PENDIDIKAN ISLAM
GHULAM SAQEB NABI

PENGENALAN

'Cinta' pemah menjadi matlamat terpenting dalam pendidikan


Islam. Pemupukan psikologi cinta kepada Muslimin dan
Muslimat sebagai satu cara pembentukan serta latihan dalam
pendidikan Islam telah diketepikan dan ditinggalkan untuk suatu
tempoh yang panjang dalam sejarah pendidikan Islam. Sebagai
kesannya, pendidikan Islam telah menjadi lesu, membosankan,
stereotaip dan semakin mundur. Pendidikan Islam yang
mengalami 'pembekuan' ini masih kurang berjaya membawa
keluar unsur tradisional mahupun mengadaptasi sistem
pendidikan Barat yang progresif dengan kekreatifannya
walaupun kedua-duanya telah lama berjalan seiring sejak dua
kurun yang lalu sepanjang tempoh penjajahan.
Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, pendidikan
Islam adalah sistem yang paling bertenaga, dinamik dan boleh
merangsang perkembangan pelajar. Oleh itu, bagaimana 'cinta'
dalam proses tersebut ini dapat diwujudkan dalam kehidupan dan
seterusnya dengan cara apa ia telah disebarluaskan haruslah
diselidiki, digali, dikaji dan diperkenalkan semula dalam
pendidikan Islam pada hari ini. Kejutan budaya Barat dalam cara
hidup Muslim disebabkan pengaruh ideologi kebendaan dan
sekularism adalah satu ancaman kepada hubungan asas Muslim
yang didasari oleh perasaan cinta, kasih dan keharmonian. Ini
menunjukkan betapa perlunya orang-orang Islam membuat
kajian seberapa segera dalam kerangka menguatkan asas
kesatuan hati yang didasari oleh cinta bermula dalam Sistem
Pendidikan Islam dan kemudiannya mempengaruhi sistem
pendidikan global.
Dalam kajian ini, satu pendedahan dibuat untuk menilai
bagaimana psikologi cinta telah ditanam dalam pendidikan
Rasulullah SAW. Esei ini juga menilai cara-cara bagaimana
pendidikan Islam kemudiannya kehilangan intipati cinta ini, dan

145
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

fenomena berkembangnya 'psikologi ketakutan' yang bertitik


tolak daripada kelesuan dan kejatuhan tamadunnya dan
kernudiannya mengkaji bagaimana rejim penjajahan telah
menanamkan psikologi rendah diri dalam pendidikan Islam yang
telah mengakibatkan kelesuan ummah ini (al-Faruqi 1983).
Akhirnya, esei ini menekankan soal bagaimana tradisi hidup kita
menjadi kian mundur dan bagaimana pendidikan Islam digubal
semula untuk masa hadapan, berdasarkan psikologi cinta yang
berasaskan Islam.

CINTA FITRAH DARIPADA ALLAH SWT

Kajian tentang cinta sebagai fitrah adalah satu usaha baru untuk
mempelajari dan mengenali fitrah Allah itu sendiri. Dia
menerbitkan dari fitrah-Nya sifat kasih sayang yang begitu
menonjol, diterapkan-Nya dalam penciptaan makhluk. Hal ini
menerangkan sebab-musabab kepada terciptanya naluri
kemasyarakatan dan dorongan kasih sayang yang wujud dalam
setiap makhluk terutamanya manusia, yang seterusnya
menyumbang ke arah perkembangan hubungan kemanusiaan
yang membawa kepada pembangunan institusi kekeluargaan,
komuniti dan masyarakat.
Dalam ilmu falsafah penciptaan (kosmologi), cinta Allah
memainkan peranan yang amat bermakna. Allah-lah Yang Maha
Penyayang, Maha Pengasih dan Maha Pencinta. Dia telah
memperkenalkan diri-Nya (sebagaimana yang dikehendaki-Nya)
iaitu sebagai Maha Pencinta dan sangat belas kasihan kepada
para hamba-Nya. (Al-Qur'an 6: 53 ) Berdasarkan aqidah Islam,
makhluk tidak terjadi begitu sahaja ataupun secara kebetulan. Ia
adalah berlandaskan kemahuan Allah yang mempunyai matlamat
tertentu sebagai manifestasi kepada keadilan dan kecintaan-Nya,
(Al-Qur'an 20: 16-17; 15: 85; 16: 3; 44: 39; 45: 22; 46: 16) atas
dasar cinta dan kebijaksanaan-Nya maka Allah telah memilih
untuk menciptakan alam ini dengan segala elemen, keindahan
dan rahmat-Nya yang melimpah ruah. Dia rnenetapkan elemen
yang berlainan untuk fungsi yang berlainan. Setiap e1emen telah
ditetapkan atas fitrah dan peraturan serta tertib tertentu dengan
psikologi yang tersendiri.

146
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

CINTA YANG DITIUPKAN KE ROH MANUSIA

Dia (Allah) menciptakan manusia dan meniupkan roh ke


dalamnya (cinta dan ilmu), serta mengarahkan para Malaikat
supaya mematuhinya. (Al-Qur'an 30: 21) Dia telah memilih
Adam dan Hawa tinggal di syurga sebagai tempat tinggal supaya
mereka boleh hidup kekal harmoni dan berkasih sayang.

"Sebagai tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia telah


mencipta untukmu isteri-isteri daripada jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di
antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-
tanda bagi kaum yang berfikir." (Al-Qur'an 15:
29)

Sebagai meninggikan darjat kedua manusia itu, juga atas


dasar cinta Allah, maka Dia telah mengajarkannya apa yang
tidak diketahui, iaitu nama-Nya yang indah (Asmaul Husna)
ataupun intipati kepada sifat-sifat Allah (Al-Quran 7:180).
Sesungguhnya ini adalah permulaan kepada pendidikan manusia.
Sebab utama kepada pendidikan abadi adalah untuk membantu
manusia supaya menyuburkan kecintaan, bekerja serta berusaha
untuk mencapai matlamat kewujudan manusia yang telah
ditentukan oleh Allah. Dalam erti kata lain, tujuan ditiupkan roh
psikologi cinta ke dalam diri manusia adalah untuk
membimbingnya dan keturunannya supaya dapat berkembang
biak di dunia ini, sebagai syurga kehidupan dan menguruskan
hidupnya sebaik mungkin dalam mencari bekalan belum kembali
ke tempat asalnya yang penuh dengan cinta dan keamanan, iaitu
syurga.
Psikologi cinta adalah sifat dalaman yang Allah
lengkapkan dalam diri manusia. Ini telah membezakan manusia
dengan makhluk-makhluk yang lain. Ia menjadikan dirinya
sebagai makhluk pilihan dan perhatian Allah. Sebagai
menyempurnakan nikmat-Nya manusia diberikan kerasionalan,
kebebasan untuk memilih, untuk bertindak dan untuk
merekacipta. Darjat yang istimewa sebagai khalifah Allah atau

147
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

sebagai orang yang beramal untuk Allah, telah mengubah sama


sekali persamaan antara dunia dan syurga yang sebelumnya
bersatu. Ini adalah peristiwa penting yang mengubah dunia.
Setelah Adam dilengkapi dengan Cinta-Nya dan ilmu yang
diwahyukan, serta kualiti-kualiti yang sehingga kini tidak
diberikan kepada sesiapa walaupun Malaikat, Dia
memerintahkan seluruh Malaikat sujud kepada manusia sebagai
pengiktirafan kepada darjatnya sebagai khalifah Allah. Dia
memilih syurga untuk Adam dan Hawa sebagai tempat tinggal
yang abadi, penuh harmoni, kecintaan serta keamanan.

CINTA YANG DIKHIANATI OLEH MANUSIA

Tidak menjadi hairan jika penciptaan makhluk baru, Adam dan


segala anugerah Allah kepadanya, menimbulkan rasa cemburu di
kalangan Malaikat yang pada asalnya sering diutamakan oleh
Allah SWT. Ketua, iaitu iblis tidak dapat mengawal tindakannya
lalu dia menderhaka dan menjadi musuh utama manusia (al-
Quran 7:11-18, 15:13-44). Iblis merayu untuk tempoh tertentu
dan peluang ini digunakan untuk menyesatkan Adam dengan
merancang konspirasi ke atasnya lalu menjatuhkan maruah diri
dan maruah isterinya, yang akhirnya menyebabkan mereka
dihalau dari tempat tingggal yang abadi lagi aman. (al-Quran
20:116-123) Syaitan telah berjaya memperkenalkan psikologi
kerakusan dan dosa, menginginkan (mengidamkan) kepuasan
yang bersifat segera dan sementara, kepuasan materialistik yang
menyebabkan manusia lalai dalam usahanya untuk mendapatkan
cinta Allah. Mereka lalu jatuh ke dalam perangkap syaitan
dengan membuat maksiat (al-Quran 20:121-123). Maka pada
saat ini bermulalah pengadilan ke atas manusia. Timbul konflik
dalam dirinya untuk menilai di antara kebaikan dan keburukan,
di antara cinta dan benci, dan di antara kebenaran dan kepalsuan.
Mereka yang terpimpin, ikhlas dan istiqamah dalam
mendapatkan cinta-Nya sajalah yang akan disucikan seperti
janji-Nya, sebagai balasan ke atas pengabdiannya (al-Quran
15:42-49).
Bagaimanapun, cinta Allah sekali lagi memainkan
peranannya apabila Dia dengan ketetapan-Nya menyelamatkan

148
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

mereka berdua yang dikatakan sebagai manusia yang pelupa.


Allah telah memaafkan mereka, dengan berbekalkan ilmu dan
hikmah yang dikurniakan-Nya dan mereka bertaubat. (al-Quran
2:37). Allah Maha Penyayang (belas kasihan) dan Maha
Pengampun (al-Quran 39:28-53). Dia akan mengampunkan
sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tetapi Dia tidak akan
memaafkan orang yang syirik sama ada hati atau amalan, iaitu
manusia yang menduakan-Nya dalam cinta dan melalui
penyembahan dengan perkara-perkara lain yang disebut sebagai
Tuhan atau bukan Tuhan. Dia tidak sekali-kali membenarkan
manusia bersemuka atau menyembahkan sesuatu kepada yang
lain, kecuali oleh-Nya sahaja. (al-Quran 4:48) Penyembahan dan
kesetiaan sejati makhluk menurut Islam, hendaklah ditujukan
kepada Allah sahaja. Maka, Allah telah meletakkan satu kontrak
perjanjian ke atas Adam dan Hawa bahawa mereka tidak harus
menyembah selain Allah, dan melalui kehidupan yang benar dan
tulus di dunia ini dan mewujudkan suasana yang harmoni, kasih-
mengasihi serta kehidupan yang aman. (al-Quran 6:162-163)
Perjalanan pulang ke syurga menjadi cukup
menyukarkan dan boleh tergelincir iman dengan tipu daya dan
selok-belok Syaitan yang sentiasa ingin memperdaya. Sebagai
makhluk yang pelupa, manusia mudah menjadi sesat. Dengan
itu, sekali lagi Allah mengurniakan kelebihan ke atas manusia
dengan menghantar Rasul pilihan sebagai pendidik seluruh
bangsa dan kaum, untuk meneruskan usaha membawa mereka
kepada petunjuk Allah, mendidik pan menyucikan mereka
daripada dosa dan penderhakaan. (al-Quran 7:35-36; 10:47;
16:36) Dari generasi ke generasi. manusia gagal untuk
memegang janji-janjinya dengan Allah. Mereka bukan hidup
berpandukan psikologi cinta dan kebaikan amal, malah mereka
terus terjerumus dalam godaan syaitan, dengan menyintai nafsu
sendiri serta melakukan dosa.

NABI MUHAMMAD SAW - PEMULIH TERAKHIR


CINTA ALLAH

Untuk memahkotakan cintaNya kepada manusia sejagat, Allah


menghantar kekasih-Nya dan nabi terakhir, Muhammad SAW.

149
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

sebagai petunjuk cinta dan keadilan, dan wahyu terakhir iaitu al-
Qur'an sebagai pembimbing universal yang meninggikan
darjatnya serta untuk mendapatkan cinta Allah SWT. dan
keredhaan-Nya. Mengenai utusan-Nya Nabi Muhammad SAW
sebagai contoh ikutan. Allah SWT berfirman :

"Sungguh Allah telah memberi kumia kepada


orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus
di antara mereka seorang Rasul daripada
golongan mereka sendiri, yang membacakan
kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan
(jiwa) mereka, mengajarkan mereka Al-Kitab dan
AI-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum
(kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-
benar dalam kesesatan yang nyata." (al-Quran
3:164)

Juga dalam surah (al-Quran 21:107) :

"Tidak kami utuskan kamu (Muhammad)


melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam."

Sungguh besar matlamat kenabian Rasulullah SAW.


Baginda tetap beristiqamah sepanjang usahanya untuk
mewujudkan perlembagaaan dunia yang berdasarkan
perlembagaan Tuhan. Baginda meyakini kemenangan tetapi
tidak pernah berpuas hati walaupun setelah wujudnya daulah dan
masyarakat Islam yang ideal, baginda tidak pernah beristirehat.
Baginda terus mempertahankan tanah airnya daripada musuh
sekeliling, sama ada dari dalam atau luar, terutamanya kuasa
besar pada masa itu iaitu empayar Roman dan Sassanian yang
boleh memusnahkan negara Islam yang baru lahir itu pada bila-
bila masa sahaja. Rasulullah SAW mempertahankan
kemerdekaan rakyat dan negara Islam dengan apa cara sekalipun.
Inilah kecintaan; cinta kepada umatnya dan kepada matlamat
Islam, yang mana baginda tidak teragak-agak dalam
mempertahankan kedua-duanya.
Baginda telah memainkan pelbagai peranan tetapi
peranannya sebagai mentor dan guru yang terpenting dan paling

150
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

cemerlang. Dalam pelbagai urusan dan penglibatan baginda,


tingkahlakunya adalah contoh ikutan. Baginda mengajar
peradaban dan mendidik bangsa Arab pagan yang pada asalnya
adalah masyarakat yang dalam tempoh zaman-berzaman terkenal
dengan sifat-sifat jahiliyah seperti buas, berpuak-puak dan
perkauman. Mereka tidak mempunyai peraturan apatah lagi
perlembagaan. Mereka buta tentang psikologi cinta. Apa yang
mereka ketahui hanyalah psikologi kebengisan, bertengkar dan
berdendam.
Untuk memartabatkan dan mendisiplinkan mereka
nampak seperti usaha yang mustahil tetapi suatu keajaiban telah
berlaku apabila Rasulullah dapat mendidik dan melatih mereka
sehingga ke tahap terhormat dan dimuliakan. Dengan wahyu
Allah dan dengan nilai-nilai murni miliknya iaitu kesabaran yang
tidak berpenghujung, cinta dan kebaikan baginda telah mengikis
sifat ganas dan zalim daripada mereka. Baginda menyemai
mereka dengan psikologi cinta Rabbani dan berjaya
mengislahkan mereka sehingga menjadi model yang ideal sama
ada lelaki atau wanita yang mulia; muslim dan muslimah yang
terbaik yang tiada tandingannya dalam sejarah manusia. Mereka
bersedia untuk membuat pengorbanan demi kesejahteraan
bersama dan keredhaan Allah. Mengenai Muslim ini, Allah
berfirman dalam al-Qur'an (al-Quran 48:29)

'Muhammad adalah utusan Allah, dan mereka


yang bersamanya (para sahabat) bersikap keras
terhadap orang-orang kafir dan kasih-mengasihi
sesama mereka."(al-Quran 48:29)

Untuk menekankan penggunaan psikologi cinta yang


digunakan oleh Rasulullah SAW. dalam mendidik para sahabat
dan mencari sistem Rabbani dalam membina Negara Islam,
Allah SWT. menegaskan (al-Quran 3:159)

"Maka disebabkan rahmat daripada Allah kamu


berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati
kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu. Oleh sebab itu maafkanlah mereka,

151
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan


bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
itu. Kemudian apabila kamu telah dibulatkan
tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertawakkal kepada- Nya."( al-Quran 3: 159)

CINTA SEBAGAI ASAS KEPADA MASYARAKAT


ISLAM DI MADINAH

Asas masyarakat Islam adalah berteraskan psikologi cinta


apabila al-Qur' an menggambarkan semua Muslim sebagai
bersaudara dalam Iman (al-Quran 49:10). Sejak sebelum Hijrah,
Rasulullah telah mengikat jiwa Muslimin di Mekah dengan
ikatan persaudaraan Islam yang digelar sebagai Muakhah. Ikatan
ini diasaskan dengan bakti dan cinta setia mereka kepada Allah
dan Rasulullah dan demi Islam. Maka Abu Bakar, Umar, Talha
dan al-Zubair, dan Abd al Rahman Awf dan Uthman; dan ramai
lagi sahabat dengan rasminya menyertai persaudaraan Islam
sebagai saudara Muslim, tanpa mengira ikatan perkauman, darjat
atau wilayah.
Ujian sebenar ke atas persaudaraan ini adalah selepas
berlakunya hijrah, iaitu ketika masyarakat Islam mula terbentuk
di Madinah (al-Umari t-th). Kaum Muhajirin, iaitu penghijrah
dari Mekah menghadapi masalah ekonomi, sosial, kebajikan dan
kesihatan sebaik sahaja sarnpai ke Madinah yang masih asing
bagi mereka. Mereka telah meninggalkan keluarga, tidak
mempunyai sumber pendapatan dan tiada modal untuk
memulakan kehidupan dalam suasana sistem ekonomi baru yang
berbeza, kerana Madinah mengamalkan ekonomi berlandaskan
pertanian sedangkan ekonomi mereka berlandaskan perdagangan
di Mekah.
Justeru itu, mereka menghadapi ujian paling besar, iaitu
ujian ketabahan dan ketetapan iman mereka terhadap situasi
yang baru. Tidak seperti orang-orang Israel yang meninggalkan
Mesir dan Nabi Musa a.s. yang murtad terhadap iktikad mereka
kepada Allah lalu kembali ke padang pasir Sinai, apabila mereka
menghadapi masalah penghijrahan dan keterasingan dalam

152
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

suasana baru di Mesir. Sebaliknya para pengikut Nabi


Muhammad SAW. iaitu kaum Muhajirin dari Mekah tidak
teragak-agak, sebaliknya keyakinan mereka terhadap Allah dan
Rasul-Nya menjadi semakin kuat. Malahan kaum Ansar, saudara
seIslam di Madinah adalah lebih bermotivasi dengan psikologi
cinta yang ditiupkan oleh Rasulullah. Mereka tidak
meninggalkan hatta sebiji batu tanpa digunakan untuk memberi
temp at perlindungan dan membantu mereka. Kaum Ansar telah
banyak berkorban dan bersifat pemurah, dan mereka telah dipuji
oleh Allah SWT. (al-Quran 59:9)

"Dan mereka (Ansar) mengutamakan (orang-


orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri,
sekalipun mereka dalam kesusahan." 59: 9.

Di Madinah, pembentukan Muakhah telah dirasmikan


dan dilancarkan dalam satu upacara di antara 90 lelaki, yang
terdiri daripada 45 lelaki Muhajirin dan 45 lelaki Ansar. Dengan
itu bermulalah masyarakat Madinah di bawah kepimpinan yang
mulia dengan menjadi sebuah masyarakat yang kekal sebagai
masyarakat Islam yang ideal bagi Muslim sepanjang zaman. Al-
Umari dalam kajiannya yang mendalam mengenai masyarakat
Madinah telah menulis :

"Islam telah membina masyarakatnya di atas dasar


cinta sokongan dan kerjasama yang jitu,
sebagaimana yang tertera dalam hadith, "Orang-
orang yang beriman, dalam kasih sayang,
persepakatan dan ikatan yang kukuh laksana satu
badan. Jika satu bahagian mengadu sakit, maka
seluruh tubuh akan turut merasa kesakitan." (Sahih
Muslim).

Kasih sayang, perhatian dan mengambil berat di antara


satu sama lain merupakan asas perhubungan di antara ahli
masyarakat Muslim, tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin,
pemerintah atau rakyat. Pendidikan Islam menyokong konsep
menyebarkan cinta masyarakat sebagaimana yang dinyatakan
dalam Hadith: Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu

153
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

menyintai saudara kamu, sebagaimana-kamu menyintai dirimu


sendiri." (al-Bukhari dan Muslim). (al-Umari t-th).

PENGERTIAN DAN DIMENSI CINTA SEBAGAIMANA


YANG DIAJAR OLEH RASULULLAH SAW.

Amat mendalam pengaruh cinta yang telah diajar dan ditanam


oleh Rasulullah yang mulia ke atas sahabat-sahabat baginda dan
Ummah yang hinggakan semenjak dari itu para karyawan, sufi,
penyajak dan cendekiawan telah bertungkus-lumus untuk
menghirup kemanisannya dengan sepenuh jiwa mereka,
menyebarkan dan menjelaskannya dalam perkataan, baik dalam
menggubah sajak mahupun meneladaninya melalui perbuatan.
Kecintaan kepada Allah telah dizahirkan berlandaskan keimanan
yang tidak berbelah bagi terhadap hakikat Allah. Dengan itu,
cinta kepada-Nya terus berbunga dan semakin bercambah.
Hanya dengan cinta kepada Allah, dengan sendirinya akan
datang pula cinta kepada Rasulullah SAW. Allah memerintahkan
Rasulullah untuk memberitahu kepada para Mukmin, (al-Quran
3:31)

"Katakanlah: 'Jika kamu (benar-benar) mencintai


Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan
mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang" (3:31)

Cinta sebenar kepada Allah dan Rasul-Nya mempunyai


dimensi kerohanian dan unsur dalaman yang membangkitkan
keikhlasan, dan hubungan emosi yang intim kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW, dan dimensi luaran yang menyemarakkan
seseorang untuk bersungguh-sungguh taat kepada Allah dan
Rasulullah. Ketaatan ini bermakna untuk hidup berlandaskan
undang-undang Allah sebagaimana yang telah termaktub dalam
Syariah dan berjuang untuk mewujudkan kerajaan Rabbaniah.
Maka kecintaan kepada Allah dan Rasulullah telah
mnendalami persepsi seseorang terhadap perhubungannya
dengan Allah. Ia mengubah perIakuan seseorang melalui hatinya
dan meningkatkan darjatnya dari jiwa yang rendah dan tercela

154
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

(nafs al-lawwamah) kepada jiwa yang tenang (al-nafs al-


Mutmainnah). Inilah cara sahabat-sahabat Rasullullah berubah
sepenuhnya disebabkan cinta yang telah diajar oleh Rasul.
Semua mengakui bahawa didikan cinta yang diajar oleh
Rasullullah SAW. membentuk kualiti akhlak dan pembangunan
ketuhanan dan asas kepada peradaban dan kebudayaan Islam
yang sebenar. Adalah di luar batasan karangan ini untuk
menerangkan segala aspek berhubung dengan konsep cinta yang
difahami dan diluahkan oleh seluruh ummah Islam sepanjang
sejarah dan kesusteraan Islam dengan pelbagai pengertian yang
mendalam mengenai cinta ini. Tetapi yang pastinya cinta
sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. tidak boleh
dicapai dan dipupuk hanya dengan melafazkan emosi dan
perasaan melalui ratib, zikir, dan nyanyian atau promosi melalui
ekspresi lisan sahaja. Pastinya ia harus mewujudkan hubungan
emosi dan spiritual yang mendalam, penyerahan diri sepenuhnya
dalam kecintaan serta pengorbanan demi Islam, Allah dan
Rasulullah SAW. Walaupun begitu ia harus diserlahkan melalui
tindakan dalam penyelesaian masalah dan pembentukan
masyarakat Islam sebagaimana yang diwahyukan dalam al-
Qur'an dan al-Sunnah. Jika masyarakat dan sistemnya tercemar,
mundur, sekular dan tidak berlandaskan ketauhidan, seseorang
tidak akan dapat sepenuhnya mewujudkan atau mempraktikkan
psikologi cinta sesama Islam. Maka perkara yang penting sekali
dalam membentuk semula masyarakat Islam sebagai model
adalah dengan kembali semula kepada konsep psikologi cinta
yang diajar oleh Rasulullah SAW, Itulah sebabnya mengapa
arena pendidikan Islam merupakan tempat latihan yang sesuai
untuk memperkenalkan konsep psikologi cinta yang dinamik ini.
Bagi agama lain, mereka yang terdorong oleh keinginan
untuk mencari cinta Tuhan dengan meninggalkan masyarakat
dan mengasingkan diri mereka untuk hidup di puncak bukit atau
di tengah-tengah hutan untuk tujuan pertapaan (hermits, yogis
dan diviners). Tetapi dalam Islam, cara sebenar untuk
menunjukkan cinta kepada Allah dan Rasul adalah dengan
bergaul bersama manusia, menyahut cabaran untuk jihad dan
membaiki serta mengubah suasana sosial dengan tujuan untuk
mewujudkan Daulah Rabbaniah di mana keharmonian, keadilan,
keamanan, sumber pendapatan dan kehormatan menjadi hak

155
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

semua orang. Nabi Muhammad SAW. menerima cinta Allah


dalam bentuk wahyu al-Qur'an yang diturunkan di Gua Hira', di
Jabal Nur. Tetapi Rasulullah SAW. tidak pemah mengasingkan
dirinya, bertapa atau menulis bait-bait sajak dan menyanyikan
lagu-lagu suci. Sebaliknya baginda bersama kaumnya
melancarkan program reformasi Islam seumur hidup dan
bersedia menyahut semua cabaran yang ditempuh demi matlamat
itu.
Oleh sebab bertembung dengan lawannya yang terlalu
berkeras, baginda dan penyokongnya terdedah kepada kezaliman
dan penindasan yang tidak terkata hebatnya. Mereka dipaksa
untuk meninggalkan tempat tinggal, keluarga dan kerabat, dan
dipaksa mendapatkan perlindungan di luar. Kehidupan
Rasulullah SAW sendiri kerap terancam dengan menjadikannya
sebagai tebusan. Tetapi baginda tidak boleh dihalang
sehinggalah baginda berjaya membina sebuah negara Islam di
samping membangunkan masyarakat Islam yang ideal di mana
baginda mendidik umatnya dengan psikologi cinta Allah SWT.
Dalam Islam, cinta sebagai kuasa aktif dan kuasa motivasi yang
dapat menginspirasi manusia untuk bertindak dengan dinamis.
Bagi menerangkan kualiti cinta, Muhammad Iqbal, seorang
penyajak dan ahli falsafah menulis:

"Ia (cinta) adalah jiwa yang telah disemarakkan,


yang mana ia meningkatkan dirinya melebihi
tahap kebiasaannya, menambahkan kuasa
persepsi, mengubatkan perasaan, meluaskan
perasaan simpati, menggambarkan imaginasinya,
dan yang terpenting dapat menguatkan kebolehan
dan kemampuan yang tersembunyi. Kuasa ini
adalah dinamik, sebagai satu desakan yang
berterusan bagi seseorang yang mempunyai
keyakinan semasa mendepani apa sahaja, juga
dapat mengubah mereka supaya menjadi lebih
baik daripada apa yang mereka miliki...Cinta
adalah indah, mengagumkan dan
menyempurnakan kemanusiaan." (Malik 1985)

156
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

CINTA YANG TERTANAM MELALUI PENDIDIKAN


ISLAM

Rasulullah SAW memulakan program pendidikan di Mekah


dengan membacakan AI-Qur'an berulang-ulang di khalayak
ramai dan mengajarkannya kepada para sahabat tentang isi
kandungan ayat-ayat al-Qur'an. Ia adalah pendidikan yang
menyentuh hati dan jiwa manusia dan menukar kepada
kehidupan yang bererti secara revolusi. Kuasa tinggi dari
psikologi cinta yang terbit daripada personaliti Rasulullah SAW
adalah unik, mempesonakan dan menyenangkan. Maka,
golongan tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak tertarik ke
arah cintanya, di samping wujud keinginan untuk belajar dan
menyertainya.
Al-Qur'an yang agung adalah buku teks dan Rasulullah
SAW yang penyayang adalah guru. Mereka yang menerimanya
menjadi pembawa pengajaran dan mengajarkannya kepada yang
lain. Oleh sebab terlalu mementingkan pendidikan orang Islam,
Rasulullah SAW dengan mulia hati telah melepaskan tahanan
perang Badar dengan syarat mereka mahu mengajar komunitinya
membaca dan menulis. Di Madinah, di dalam masjidnya,
baginda menggunakan al-Suffah, sebuah dewan di mana
Muhajirin yang tidak berumah atau baru tiba selepas hijrah,
disekolahkan di situ. Akhirnya, ia menarik perhatian penuntut
dari jauh dan di merata tempat. Pengikutnya semakin bertambah
dan Madinah menjadi pusat pendidikan Islam yang pertama. (al-
Umari t-th)
Pendidikan yang tersemat dalam jiwa kaum Muslimin
pada zaman awal yang diterima daripada Rasulullah SAW telah
diterima dengan cinta yang utuh di samping mampu
menggiatkan potensi diri. Kasih sayang dan ketegasan
disiplinnya menjadikan mereka orang-orang bertaqwa yang
dinamis dan dalam masa yang sama menyuburkan kuasa
kreativiti, keberanian, keadilan dan kegagahan. Bukan
intelektual atau falsafah kefahaman Islam sahaja yang
menjadikan penduduk padang pasir Arab menerajui kepimpinan
dunia dalam tempoh yang singkat seperti yang tertera dalam
sejarah dunia, tetapi pendidikan dari AI-Qur'an dan Rasulullah
telah mengubah keseluruhan tingkahlaku dan personaliti orang-

157
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

orangnya dengan pemupukan psikologi cinta oleh Rasulullah


SAW. yang unggul Muhammad Abdul Rauf telah menulis
mengenai tingkah laku sahabat baginda yang telah berjaya dan
cemerlang hasil daripada pendidikan Islam yang unik.
Maka, melalui pemikiran yang ringkas dan rasional,
mereka telah memperoleh wahyu kebenaran tanpa kegoyahan
iman, malah dipenuhi kehangatan cinta dan ketabahan. Ia
berakar umbi dan meresap ke dalam sel-sel darah, daging dan
tulang mereka. Dengan keyakinan yang kukuh ini, mereka telah
menyeberangi sempadan rasa rendah diri yang dimiliki pada
masa lampau. Mereka yang dahulunya adalah Arab Badawi yang
miskin (hitherto) tinggal di padang pasir, yang meminum air
tercemar dan makan makanan berupa serangga, kemudiannya
telah menggegarkan empayar negara jiran yang hebat, iaitu
Persia dan Byzantine. Dengan iman, mereka seolah-olah
memegang dunia dalam genggaman mereka, malah mampu
menggoyangkannya sekehendak hati. Mereka berjaya menjulang
harga diri dan keyakinan walaupun berasal daripada suku kaum
biasa, tanpa gentar menghadapi Raja Persia dengan berani. (Rauf
1995)

CINTA RASULULLAH KEPADA KANAK-KANAK DAN


GOLONGAN MUDA

Rasulullah SAW bersifat tulus dan mudah bergaul walaupun


dengan golongan muda. Baginda melayan kanak-kanak dan
golongan muda dengan penuh perhatian dan belaian. Baginda
menyintai cucunya dan bermain bersama mereka. Cucunya
pernah duduk di atas belakang Rasulullah SAW ketika baginda
sedang mengimami solat di masjid dan ketika sujud
bersembahyang. Baginda juga sering memeluk cucu baginda
ketika menyampaikan khutbah Jumaat. (Bukhari t-th) Baginda
mendorong sahabat-sahabatnya untuk menunjukkan kasih
sayang kepada anak-anak mereka. Salah seorang daripada
mereka, Al-Aqra ibn Hahib telah dicela oleh baginda apabila dia
memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia mempunyai 10 orang
anak tetapi tidak pernah mencium mereka.

158
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

Rasulullah SAW bersabda, "Itu menunjukkan kamu


langsung tidak mempunyai belas kasihan. Mereka yang tidak
menunjukkan belas kasihan kepada orang lain tidak akan
mendapat belas kasihan daripada Allah."(Abdul Wahid 1989)
Pembantunya, Anas ibn Malik, selalu dilayan dengan baik dan
penuh kasih sayang oleh Rasulullah SAW (Abdul Wahid 1989).
Tidak pernah dalam apa kesempatan sekalipun Rasul yang mulia
ini memukul kanak-kanak (Abu Suleymen 1993). Baginda
mendisiplinkan golongan muda dan tua dengan cinta dan
dorongan motivasi. Pendidikan Islam yang dibawa olehnya telah
berjaya memotivasi dan memberi inspirasi kepada pengikut-
pengikutnya supaya menjadi kaum yang bertenaga di samping
dapat mengaktifkan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan
individu dan juga sosial.

NEGARA ISLAM: KERAJAAN YANG BERLANDASKAN


CINTA

Negara Islam telah terbentuk berlandaskan cinta, baik dalam


bidang ekonomi, politik, mahupun sosial yang merangkumi
pelbagai sistem, prosedur dan proses. Institusi Khilafah, atau
penguasa politik yang terpilih dan sistem syura atau penyertaan
secara demokratik dan mesyuarat adalah bersumber daripada
kuasa cinta yang dicipta oleh Islam. Kerajaan ini telah menjana
keterbukaan hakiki dalam masyarakat yang mernperjuangkan
kesamaan hak, di mana tiada sebarang penghalang di antara
pemerintah dan yang diperintah, dan tiada pengawal peribadi
untuk mengawasi Khulafa al-Rashidin daripada rakyatnya.
Malahan, khalifah yang tinggal dengan mereka hidup dalam
serba kekurangan berbanding dengan pendapatan rakyat jelata.
Matlamat utama mereka ialah untuk mendapatkan cinta dan
redha Allah SWT dengan mempertahankan hak kemanusiaan
dan keadilan serta melindungi yang lemah daripada kerakusan
dan kezaliman orang-orang kaya dan orang yang berkuasa.
Dalam kerajaan Islam yang berlandaskan cinta dan persaudaraan,
seorang Muslimah boleh menyoal khalifah di khalayak ramai
berkenaan dengan isu keadilan Islam dan persamaan hak di
antara orang Islam, asalkan tidak terkeluar daripada undang-

159
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

Dalam hal yang sama, ekonomi Islam adalah


berorientasikan kebajikan yang ideal untuk semua orang.
Undang-undang Islam berlandaskan keinsanan dan nilai-nilai
kemanusiaan yang matlamatnya untuk menjaga kebajikan awam.
Maka, ini sudah rnenjadi pengetahuan umum bahawa tanpa ragu-
ragu lagi ia dapat membawa kepada kebebasan, dinamik dan
kebenaran. Kesempurnaan Muslim adalah penting bagi sekolah-
sekolah agama untuk beroperasi melalui kuasa cinta dalam soal
persamaan hak, keadilan, kefahaman secara empati dan
penglibatan orde sosial. Ini semua harus kekal sebagai sifat
utama sebuah negara Islam.

NEGARA ISLAM DIGANTI OLEH KERAJAAN DINASTl

Walau bagaimanapun, pemerintahan Islam yang ideal yang


dibina di atas landasan psikologi cinta telah bertukar kepada
dinasti kuku besi. Pemerintahan diktator pada zaman jahiliyah
yang mengamalkan sikap assabiyah, dan selepas Khulafa al-
Rashidin yang berakhir dengan berlakunya fitnah dan perang
saudara. Mendahului waktu ini adalah revolusi yang dibawa oleh
Rasul yang mulia dan khalifah yang meneruskan perjuangannya
yang mana perubahan yang dibawa olehnya tidak dapat bertahan
lama lantaran pemerintah Arab tidak mampu membebaskan diri
daripada kesetiaan kepada puak mereka. Suasana untuk
kerjasama, perbincangan, mesyuarat dan kasih sayang, menjadi
hancur dengan munculnya pemerintah yang kejam. Para
pemimpin agama dan golongan intelek, pemantau peraturan yang
sebenar dan institusinya serta pendidik psikologi cinta, telah
ditukar peranan mereka dan dihalang daripada memainkan
peranan utama sebagai pemelihara idealism dan institusi yang
berdasarkan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.
Kerajaan Dinasti telah menjanakan psikologi ketakutan
dan penindasan yang berkembang ke seluruh aspek kehidupan
Muslim termasuklah pendidikan (Abu Suleyman 1993).
Masyarakat Islam pada zaman pertengahan tidak banyak berbeza
daripada golongan feudal yang menindas rakyat, kerajaan-
kerajaan dan empayar Eropah dan yang lainnya. Pemerintah
Islam dikenali sebagai orang yang terlibat dalam dinasti politik

160
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

tetapi mengabaikan tugas mereka sebagai pemerintah Islam yang


sejati. Sikap putus asa ini telah menghalang kebebasan, kreativiti
dan semangat pemerintah untuk menghadapi cabaran dan
penerokaan baru dalam kalangan umat Islam. Ini menjurus
kepada budaya menyerah kalah, dan keruntuhan yang
kemudiannya menyerap ke dalam pendidikan Islam. Ada
ketikanya guru dan ilmuwan Islam telah lupa akan sebab utama
pendidikan Islam, yang bertujuan untuk melahirkan umat Islam
yang bebas, bijak, berhikmah, berilmu dan sempurna. Mereka
hanya bekerja untuk mengabdikan diri kepada pemerintah
tradisional yang kononnya di atas nama Allah, tanpa
memperlihatkan ketulenan, inovasi dan penciptaan. Mereka tidak
melatih orang Islam untuk berfikir; sebaliknya orang Islam
dilatih untuk taat tanpa soal.

CINTA BERTUKAR MENJADI TAKUT DALAM


PENDIDIKAN ISLAM

Pandangan umum bagi sekolah agama pada zaman pertengahan


telah menggambarkan psikologi ketakutan dan ketaatan kepada
kuasa dan pengabdian kepada ilmu tradisi turun-temurun.
Keaslian dan kebebasan tidak digalakkan dalam pendidikan.
Pengulangan dan penghafalan dianggap sebagai metode
pendidikan Islam. Imej guru Islam seperti yang dipaparkan
dalam kesusasteraan sejarah berkenaan dengan Pendidikan
Islam, telah dituduh dengan cemuhan dan kemunduran.
Mengenai kedudukan agama Islam tradisional, Abdul Latif
Tibawi telah menulis, "dalam anekdot, peribahasa dan sajak,
pendidik digambarkan sebagai seorang yang kurang bijak dan
mempunyai pertimbangan yang kurang baik dan dijadikan objek
yang menerima kata-kata pedas dan cemuhan, seperti ahli
pendidikan dalam sejarah Greek (Tibawi t-th). Satu daripada
sajaknya yang terkenal, Abu Nawas dalam "The Arabian Night"
telah memaparkan sebuah sekolah yang diusahakan oleh seorang
guru yang bernama Hafs dan bagaimana dia telah memetik satu
insiden di mana seorang pelajar dikenakan sebatan kerana malas:

161
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

Lihatlah Hafs di dalam maktabnya!


Garang, duduk di atas tikar dan dikerumuni oleh
hamba-hamba.
"Sebat dia, teriaknya, "Sebat pelajar (lelaki) yang
malas itu!"
Dia tidak memakai sutera mahupun pakaian
berjalur
Dengan penyebat kulit mereka menghukumnya
"Wahai tuanku!" dia menjerit "Saya akan
berubah."
Saya memohon Hafs untuk memaafkan budak itu -
Dia akan menjadi baik nanti! Itulah rayuan saya.
(Tibawi t-th)

Tetapi ini bukanlah satu contoh yang asing. Sekolah


agama tradisi yang menggunakan teknik/cara mengajar yang
memaksa pelajar muda dan tua taat dan patuh kepada kuasa
guru, langsung tidak boleh menyoal; tidak boleh tidak bersetuju
dan tidak boleh bersifat tulen dan merekacipta. Tidak melampau
apabila dikatakan bahawa sehingga hari ini semua madrasah
Islam tradisional terutamanya bagi pengajian Qur'an secara
hafalan diadakan, guru lebih kerap menjatuhkan hukuman ke
atas fizikal dengan menggunakan kayu atau selipar. Kebanyakan
guru menganggap "tanpa memukul akan merosakkan atau salah
mendidik anak-anak". Mereka tidak memikirkan bahawa pelajar
harus diajarkan menghafal al-Qur'an, Kitabullah, dengan cara
menggunakan psikologi cinta.
Dalam persoalan mengenai hukuman fizikal di sekolah-
sekolah agama timbul satu pertanyaan apakah Rasulullah tidak
pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak, sebagaimana
guru-guru agama boleh memberikan alasan yang munasabah
dengan mengenakan hukuman sebatan sehingga berabad-abad,
dan meneruskan amalan ini sehingga ke hari ini? Satu-satunya
penerangan ke atas sistem Pendidikan Islam di zaman
pertengahan, meskipun telah mencapai beberapa kejayaan, telah
menyeleweng daripada psikologi cinta yang telah ditanamkan
oleh Rasul terpuji. Ia telah menjadi sebahagian daripada
penindasan, dinastik, feudalism rejim yang hanya menggunakan
kepercayaan untuk Islam bagi menimbulkan keganasan dan

162
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

ketakutan dalam kalangan orang-orang Islam kerana ingin


meneruskan kuasa. Medan madrasah menjadi tempat orang
berkhutbah untuk menakut-nakutkan pendengarnya, berdakwah
hanya untuk takut kepada Allah, sedangkan Rasulullah SAW
yang mulia telah mengajarkan cinta akan Allah, sebagai cara
terbaik untuk membesarkan orang Islam yang berkualiti. Dengan
memelihara sunnah Rasulullah SAW., sudah seharusnya orang
Islam memansuhkan sebatan daripada pendidikan terdahulu
daripada Parlimen British yang memansuhkannya dengan
undang-undang Perang Dunia ke-2. (Watson 1989)

REJIM PENJAJAH MENYUNTIK RASA RENDAH DIRI


DALAM UMAT ISLAM

Pada abad pertengahan, budaya tradisi yang rigid yang telah


lama berkubu, lemah dan sifat pasif, menjadikan negara Islam
kemudiannya dijajah oleh orang Eropah yang menanamkan sikap
dalam kalangan orang Islam jiwa kehambaan dan pengabdian.
Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk
menanamkan tabiat rendah diri dan bergantung kepada penjajah.
Maka, orang Islam keseluruhannya menjadi semakin jauh
daripada kuasa cinta yang ideal dan empati yang telah
diwujudkan oleh Rasul yang mulia. Dualism yang kronik telah
wujud dalam sistem pendidikan dan dijangka di dalam
personaliti mereka. Lebih daripada itu, menjadi terlalu elitis
dalam bidang falsafah dan dalam cara ia diatur oleh penjajah
negara-negara Islam, yang hanya mendapat sedikit faedah
daripada pendidikan penjajah yang berniat untuk bangkit dari
pegawai tempatan yang berfikiran sempit yang boleh membantu
untuk mengekalkan sistem pentadbiran penjajah. Idea bahawa
pendidikan elit boleh menyaring ke bawah, tetapi hakikat yang
sebenarnya berlaku sebaliknya, bagi mewujudkan strata sosial di
mana mereka yang berpendidikan muncul sebagai kelas atasan,
yang digelar "tuan" dan menjauhkan diri mereka daripada orang
ramai, yang sepatutnya bergaul dan memperbaiki keadaan hidup
mereka.
Dari sini dapatlah dilihat bahawa sosiologi pendidikan
penjajah telah secara terus menentang sosiologi pendidikan

163
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

Islam. Bukannya menyatukan umat Islam atas dasar perikatan


sepadu dalam Islam, sebaliknya membahagikan mereka kepada
kelas-kelas dan darjat-darjat. Kesan jangka panjang telah
menghasilkan perbezaan kelas/darjat secara tidak sengaja tetapi
mempunyai rasa dan ideologi yang berbeza. Mereka yang
berpendidkan Barat dan berpendidikan tradisional mewujudkan
dualisme yang menjadi amat berbahaya yang mana integrasi
dalam pendidikan bagi menggalakkan persefahaman bersama
dan komitmen, telah terbukti menjadi masalah di negara-negara
Islam walaupun setelah mencapai kemerdekaan. Walau
bagaimanapun, kesan daripada perpecahan ini, pendidikan Barat
tidak lagi membuka bidang baru untuk perkembangan minda dan
perilaku dalam pelbagai bidang kehidupan dan bidang ilmu,
maka para intelek Islam telah gagal bagi tempoh yang panjang,
disebabkan oleh keasyikan mereka dengan cara tradisi sehingga
tidak menumpukan perkara lain.
Maka, terbukti dengan jelas daripada rujukan sejarah di
atas, bahawa umat Nabi Muhammad telah berabad-abad dilayan
oleh pemerintah Islam tanpa psikologi Cinta. Khalifah palsu,
Sultan, Viziers, Pasha dan Nawabs gagal untuk memimpin
keseluruhan orang Islam ke arah cabaran dan daya usaha.
Golongan ini gagal untuk mendidik mereka membuat penemuan-
penemuan baru dalam pelbagai bidang sosio-ekonomi. Sebagai
contoh, usaha untuk tnenuntut ilmu (sains) atau membuat
penciptaan sains telah menjadi pantang larang (taboo) kepada
orang Islam kerana mereka berpendapat tiada siapa yang
berminat dalam melakukan usaha yang tidak ada unsur Islam
seperti itu! Sebaliknya, orang Islam di kebanyakan tempat di
dunia dibiarkan jahil, pasif dan terkebelakang.
Dalam falsafah agama dan intelektual, elemen asing dari
Greek, Roman, India, Persia dan falsafah lain telah
dicampuraduk dalam perihal lain sehingga telah mengambil alih
norma Islam yang sebenar. Para cendiakawan, ulama dan ahli
sufi telah menjadi sebahagian daripada budaya Islam pada abad
pertengahan. Mereka telah melakukan yang terbaik dengan cara
tersendiri untuk memelihara Nur Islam agar terus menyala dan
menanamkan cinta kepada Allah dan Rasul di kalangan orang
ramai. Tetapi perlahan-lahan cinta itu telah bertukar menjadi
pasif dan diamalkan hanya di kuburan, dan bukannya di makmal-

164
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

makmal, perpustakaan-perpustakaan, dalam kajian, penyelidikan


dan rekacipta mereka. Ekspresi yang popular di kalangan para
cerdik pandai adalah keinginan yang kuat untuk berbahas dan
bertelingkah dalam soal undang-undang. Hasilnya, umat Islam
telah tersilap mengamalkan budaya feudal pada abad
pertengahan yang penuh dengan kemunduran untuk
menggantikan budaya Islam yang ideal lantas membantutkan
perkembangan minda sehingga menjadi beku seperti Islam
ortodok. Dari keadaan mereka ditahan, budaya yang hampir mati
ini menjadi rnudah bagi orang Islam untuk ditakluki dan
dimalukan oleh orang asing. Pada hakikatnya, pendidikan Islam
telah berabad-abad menjadi mangsa kelalaian ini. Nabi
Muhammad SAW. telah membangunkan Ummah yang beriman
kepada Allah, bebas, jujur, bersemangat, bertenaga, tetapi
kemudiannya pengikut-pengikutnya berubah menjadi hamba,
diperbodohkan, miskin, menjadi sebati dalam diri mereka dan
menjadi punca kepada kemunduran mereka. (Faruqi t-th)

MENUKAR HALUAN

Walau bagaimanapun, hari ini terdapat desakan yang hebat


daripada kalangan generasi muda Islam untuk memahami kuasa
dan faktor-faktor yang bertanggungjawab kepada kebekuan dan
kemunduran mereka. Mereka mahu menawan semula keinginan
untuk mempelajari prinsip untuk melahirkan pemerintah Islam
yang ideal berlandaskan Psikologi Cinta. Mereka mempunyai
aspirasi untuk mengembalikan norma Islam yang ideal di
kalangan budaya Islam sehingga mendesak untuk menghapuskan
faktor sekular yang menjadikan amalan hidup yang tidak
berunsur Islam dan berakar-umbi dalam kehidupan mereka.
Untuk pembangunan semula ini, pendidikan Islam harus
diperbaharui dan divitalisasikan dengan cinta menurut erti yang
digariskan oleh Islam. Hanya dengan corak / jenis pendidikan
begini sahajalah dapat menghapuskan kemunduran umat Islam
yang telah diwarisi daripada budaya tradisi mereka, dan mentaliti
kehambaan dan sifat bergantung kepada yang lain yang telah
lama ditanamkan melalui pendidikan Barat. Golongan Muda
Islam haruslah diberi pendidikan dan latihan praktikal mengenai

165
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

nilai-nilai Islam yang ideal, supaya mereka memulakan hidup


dan pemikiran mengikut batasan Islam dan bukannya berhubung
secara emosi. Mereka kemudiannya harus mengadun ilmu
saintifik yang telah ditemui dan dipelajari di Barat dan dengan
kepercayaan Islam dan psikologi cintanya. Usaha
membangunkan semula pendidikan Islam pada masa akan
datang, seperti mengadun Ilmu wahyu dan sains, nasihat Iqbal
adalah amat berharga untuk dipetik :

"Intelek tanpa inspirasi cinta dan sains, tanpa


dikawal oleh keyakinan iman dalam prinsip yang
beretika, yang mana golongan intelek sahaja
tidak mampu menyediakan - telah memberi
Eropah dan Amerika sistem ekonomi yang kejam,
orde sosial yang tidak adil, konflik pahit di
kalangan ahli kumpulan dan kelas. Semua
perkara ini telah menjadikan kehidupan moden
penuh dengan kekalutan, tekanan, dan
kekecewaan? Kekecewaan, ketidakupayaan, atau
ketandusan perasaan, bagi mengecap nikmat
hasil kebudayaan yang asli." (Saiyidin 1965)

BAGAIMANA UNTUK MEWUJUDKAN KEMBALI


PSIKOLOGI CINTA DALAM PENDIDIKAN ISLAM

1. Pengglobalisasian Pendidikan Rendah di kalangan kanak-


kanak bagi Ummah.

Dalam tempoh/zaman kegernilangan Islam, kebanyakan kanak-


kanak Islam disosialisasikan/diperkenalkan dengan kepercayaan
Islam melalui pendidikan Al-Qur'an dan Hadith dan kemahiran
lain. Pendidikan Islam lain telah disarwajagatkan. Tempat
tinggal, kedai-kedai, perpustakaan, kilang-kilang, masjid-masjid
dan juga persimpangan jalan telah menjadi kuttab (sekolah asas)
dan kanak-kanak diberikan pendidikan asas berhubung dengan
kepercayaan Islam selain daripada belajar untuk membaca,
menulis dan mengira. Pada waktu itu, orang-orang Islam
cemerlang dalam menyebarkan kesusasteraan dan ilmu bagi

166
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

setiap lapisan masyarakat.


Malangnya hari ini, kebanyakan daripada mereka
dibiarkan tanpa kebolehan asas untuk membaca. Melainkan
keadaan yang menyedihkan dapat dipulih kembali dan diubah,
sehinggalah pendidikan asas disediakan untuk semua kanak-
kanak Islam, ia tidak dapat diharap untuk keluar daripada
kemundurannya. Kemungkinan jika ada usahasama di kalangan
Ummah, sudah pasti dalam satu atau dua dekad dalam abad akan
datang, dapat disarwajagatkan pendidikan asas rendah secara
meluas. Marilah kita mengimbas kembali sunnah Nabi SAW.
yang kita muliakan, semasa di Badar dan pada waktu lain, betapa
prihatinnya beliau terhadap pendidikan ummah. Baginda
membiarkan mereka yang berilmu dan berpendidikan yang
memiliki cinta kepada Allah dan Rasul-Nya untuk menunjukkan
cinta dengan melayan baik tahanan Badar yang menyebarkan
pendidikan asas kepada orang Islam. Masalah untuk
menghapuskan buta huruf di kalangan muda-mudi Islam harus
dijadikan agenda utama ummah dalam jangka masa dua dekad di
abad yang akan datang ini sekiranya kita ingin keluar daripada
kemunduran.

2. Mencipta Visi Islam terhadap kasih sayang di Sekolah-


sekolah Islam.

Pendidikan Islam memerlukan perubahan dasar berhubung


dengan matlamat, organisasi, kurikulum, cara pengajaran dan
peranan guru untuk membina semula sistem baru berlandaskan
konsep Islam dan objektif-objektif di atas. Berkaitan dengan hal
ini, konvensyen Pertama Dunia pada tahun 1977 mengenai
Pendidikan Islam dan program kesinambungannya telah menjadi
punca kepada kelangsungan dorongan dan bimbingan dalam hal
ini. Adalah menjadi satu keperluan di mana sekolah agama
menjadi lebih berkesan dengan menghayati Visi Islam,
memikirkan pernyataan-pernyataan misi (mission statements)
mereka dan menetapkan matlamat yang jelas untuk dicapai.
Sekolah-sekolah agama pada masa akan datang hams menjadi
pusat untuk melahirkan muda-mudi yang memiliki kepercayaan
Islam, cinta dan kualiti kecemerlangan. Tanpa visi yang jelas
tiada sekolah yang boleh mencapai hasil yang boleh diharapkan.

167
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

Sistem Pentadbiran sekolah agama harus berlandaskan


konsep Islam dengan penyertaan yang demokratik di mana
syura, mesyuarat dan perkongsian tanggungjawab menjadi
undang-undang. Para pendidik dan pentadbir sekolah hams
dipilih di kalangan mereka yang matang personalitinya, kasih
sayang kepada kanak-kanak, berpengetahuan dalam tradisi
Islam, dan dedikasi pada kerja mereka. Mereka harus dilatih
dalam hal pengurusan kepimpinan dan kemahiran perhubungan
awam. Maktab, madrasah dan pondok tradisional harus
meninggalkan sikap keterasingannya dan mengambil kira semua
aspek dan jenis pendidikan. Mereka juga harus melatih pelajar-
pelajar dengan pelbagai jenis kerjaya dalam masyarakat Islam
pada hari ini dan pelbagai peranan yang mereka boleh ceburi. Ia
tidak hams terbatas kepada cara mengajar tradisi yang digunakan
oleh ustaz-ustaz dan para imam. Imam pada hari ini mestilah
berpengetahuan, luas skop pendidikan dan mahir dalam tugas
mereka.

3. Rangkaian Perhubungan dan Khidmat Masyarakat.

Sekolah Islam harus mendekatkan diri mereka kepada


komuniti/masyarakat dan menyediakan khidmat dan bimbingan
kepada ibu bapa dan orang-orang di kawasan tempat tinggal.
Mereka harus bekerjasama dan mempunyai hubungan yang rapat
dengan institusi lain di tempat mereka terutamanya dengan
masjid-masjid supaya masjid dan sekolah menjadi sel yang
bergantung di antara satu sama lain untuk memberi pendidikan
moral dan kebajikan rohaniah kepada golongan muda. Muda
mudi Islam mesti dididik untuk memahami sifat semulajadi
masalah-masalah umat Islam dan bagaimana untuk
menyelesaikannya.

4. Pragmatik dan Kurikulum Praktikal.

Kurikulum sekolah harus menonjolkan prinsip persefahaman,


kelangsungan, integrasi dan pragmatik. Adalah penting bagi
muda-mudi Islam diajar ilmu sains, terutamanya pelajaran IT
pada hari ini, supaya mereka dapat membesar sebagai individu
yang aktif dan dinamik dalam menyelesaikan masalah sendiri,

168
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

keluarga, komuniti dan masyarakat. Bersamaan dengan itu


mereka harus dilatih untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
ko-kurikulum yang merangkumi khidmat masyarakat, lawatan ke
tempat bersejarah, tapak geografi dan juga pusat-pusat Islam,
dan organisasi-organisasi Islam seperti hospital, rumah anak
yatim, Pusat Kebajikan seperti organisasi Baitulmal dan waqaf.
Pendidikan dalam kelas harus dikaitkan dan diintegrasikan
dengan masyarakat dan persekitaran sekolah. Budaya, sejarah,
ekonomi, geografi, industri dan sumber persekitaran harus
diintegrasikan sebelumnya di antara program kurikulum dan ko-
kurikulum. Dengan ini, remaja harus dilatih dalam permainan
sukan yang terpilih supaya mereka dapat bersaing diperingkat
antarabangsa dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam
diri mereka.

5. Pengajaran Berkesan.

Pengajaran harus didasari Psikologi cinta kerana kanak-kanak


belajar lebih banyak dengan cinta daripada ketakutan. Ia
seharusnya berbentuk aktiviti dan kanak-kanak harus terlibat
dalam merealisasikan konsep-konsep prinsip dan teori yang telah
dipelajari dalam kelas. Cabaran-cabaran harus ditempuhi oleh
kanak-kanak supaya mereka mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah, mengembara dan mencipta. Hanya hasil
kerja yang asli dan merupakan usaha pelajar itu sendiri yang
harus diterima. Manakala pengimlakan dan hafalan hanya
menjadi ilmu praktikal tambahan.

6. Guru yang Sedar dan Komited.

Kedudukan guru-guru sebagai model dan murabbi adalah faktor


yang amat penting dalam pembinaan latihan/sahsiah dalam
memupuk budaya cinta, persaudaraan, empati dan persefahaman
di kalangan golongan muda terutama pada awal usia mereka.
Dengan itu guru-guru harus dipilih daripada sahsiah, personaliti
dan komitmen mereka terhadap pendidikan. Mereka harus dilatih
dengan penuh perhatian dan tanggungjawab.

169
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

7. Input Islam dalam Masalah Pendidikan Global.

Pendidikan pada peringkat global tidaklah terlalu menyakinkan.


Terdapat kerencatan yang serius dan krisis dalam pendidikan,
walaupun di negara-negara perindustrian dan kaya di Barat.
Dengan tersebarnya amalan materialistik, menyerah kalah dan
cara hidup sekular yang mana kesan buruknya lebih jelas
terutamanya di negara-negara Barat, tetapi secara berperingkat-
peringkat telah mempengaruhi negara Islam, yang telah
menjanakan pelbagai jenis fobia, godaan, dadah dan seks yang
berkait dengan salah laku dan penyakit-penyakit di mana telah
bertukar menjadi masalah besar ke atas pertumbuhan yang sihat
dan moral golongan muda dan keluarga. Sekolah dan kanak-
kanak menghadapi risiko paling tinggi. Juga dengan adanya
etnik, jantina, kelas, kasta, berat sebelah, prejudis, stereotaip dan
ketidakadilan yang ditunjukkan di sekolah melalui kurikulum
terselindung (hidden curricula) dan juga melalui buku teks.
Pendidik Islam harus melibatkan diri mereka secara
serius dalam perkara ini juga yang berhubung dengan masalah-
masalah lain, disamping mengemukakan konsep-konsep
alternatif, model-model dan institusi melalui kajian dan
bimbingan praktikal sebagai contoh, dengan membina dan
mengusahakan sekolah-sekolah model Islam dengan disiplin dan
pelajar-pelajar yang bermoral, sihat dan suasana yang damai dan
harmoni. Cabaran di sini ialah untuk memberi dorongan kepada
Psikologi Cinta dalam Pendidikan Islam supaya dapat
memberikan jalan penyelesaian kepada krisis sebegini, adalah
menjadi tanggungjawab cendiakawan Islam untuk menjalankan
kajian, merumus penyelesaian dan menawarkan bimbingan
untuk evolusi kasih sayang, empati dan wajah baru dalam
pendidikan Islam untuk menggantikan sistem semasa yang
berdasarkan persaingan, perpecahan dan sistem hirarki.

8. Masa Hadapan.

Pastinya ini adalah perbincangan yang amat serius, di mana


kerajaan dan masyarakat harus disedarkan dengan
tanggungjawab mendidik generasi Islam yang akan datang untuk
menjadi individu yang bebas, menghormati diri sendiri,

170
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

berbudaya dan cemerlang. Ini adalah penting kerana mereka


harus disucikan daripada kesan kemunduran yang timbul pada
zaman pertengahan dan budaya perhambaan yang dijanakan
pada zaman penjajah.
Adalah menjadi kewajipan orang Islam di seluruh dunia
pada hari ini untuk melengkapkan diri mereka dengan Psikologi
Cinta yang telah diwahyukan dalam al-Qur'an dan dipupuk oleh
Nabi Muhammad SAW. Muslim mempunyai tanggungjawab
untuk menggiatkan kemanusiaan yang dibina di dalam
Tasawwur Islam dan memulihkan hubungan awam dalam sistem
sosio-politik yang telah dirosakkan dan dieksploitasi oleh
sekularism, perdagangan dan materialisma. Sejarah dalam Islam
memberi kebangkitan kepada kesederhanaan, budaya sarwajagat
yang berlandaskan budaya anugerah Allah iaitu Psikologi Cinta.
Persoalan kemanusiaan pada waktu ini secara
keseluruhannya menderita disebabkan kekejaman pihak yang
tidak berperikemanusiaan, sekular dan materialistik. Maka
adalah amat perlu untuk mempelajari Psikologi Cinta yang pada
asalnya telah ditanam di institusi-institusi dan sistem-sistem
Islam. Psikologi Cinta perlu disemarakkan kembali dalam
Pendidikan Islam supaya ia menjadi dinamik dan menjalani
pembaharuan atau reformasi. Reformasi Pendidikan Islam boleh
disesuaikan sebagai model pendidikan bersepadu yang amat
ditekankan oleh para penggubal kurikulum yang terkenal di US
dalam tahun 60an dan 70an seperti Carl Rogers, Abraham
Maslow dan lain-lain. (40) lni membawa kepada kewujudan
suasana yang harmoni dan tulen di negara yang membangun
walaupun tanpa cinta dan persekitaran sosial yang dihasilkan
oleh globalisasi dengan budayanya yang menindas dan sekular.
Penentang kepada pendidikan sebegini telah berhujah:

"Pendidikan Bersepadu memberi tekanan kepada


pesertanya; ia menekankan kuasa berunding, dan
tanggungjawab bersama. Ia tidak bersifat
autoriti. Ia juga menekankan keseluruhan
peribadi dan integrasi pernikiran, perasaan dan
tindakan. la berpusat kepada relevannya sesuatu
perkara dengan berpandukan keperluan asas dan
kehidupan pelajar. Sepanjang kurikulum ini,

171
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

pelajar akan berhadapan dengan situasi yang


membuatkan dia sedar bahawa perkembangan
diri adalah objektif sebenar pembelajaran.”
(Saiyidin 1965)

Model kurikulum ini seterusnya dikaitkan dan ditambah


oleh orientasi ketuhanan (transcendence) yang bermatlamat
untuk memasukkan elemen-elemen hidayah dan kerohanian
kepada akal, perasaan dan psikomotor pembelajaran bagi
menjadikan pendidikan sebagai suatu sistem yang komprehensif.
Berkenaan dengan pandangan yang komprehensif terhadap
pendidikan, Philih Phenix menekankan, "realiti dialami sebagai
satu unsur yang saling kait-mengait dengan keseluruhan perkara
yang dapat memberi gambaran yang lengkap kepada mana-mana
badan yang memerlukan kefahaman kepada setiap entiti yang
lain." (Saiyidin 1965). Dewasa ini konsep pendidikan di Barat
amat hampir dengan matlamat pendidikan Islam sebagaimana
yang telah dibentangkan di Persidangan Pertama Dunia Islam
1977 mengenai Pendidikan Islam yang menyatakan:

"Pendidikan harus bermatlamatkan


perkembangan yang seimbang pada keseluruhan
personaliti melalui latihan spiritual, intelek,
rasional, perasaan, dan pancaindera. Pendidikan
seharusnya menjadi bekalan kepada
perkembangan individu dalam semua aspek :
spiritual, intelek, imaginasi, fizikal, saintifik,
linguistik; individu dan masyarakat kedua-duanya
berperanan untuk memotivasikan semua aspek ini
ke arah kebaikan dan kesempurnaan hidup."
(Anon 1977)

Hal yang demikian, Pendidikan Islam telah dikaitkan


dengan masalah dalam sistem pendidikan moden yang
diharapkan akan dapat memberi bimbingan dalam soal
kemanusiaan dan peningkatan rohani. Para ilmuwan Islam dan
pendidik haruslah berkemampuan untuk membuat kajian dan
mengglobalisasikan Islam, yang melibatkan permasalahan
sejagat, dan menyumbang kepada evolusi keduniaan ke atas

172
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

Psikologi Cinta yang telah diajar dalam al-Qur'an dan dipupuk


oleh Rasulullah SAW. Psikologi Cinta ini seharusnya menjadi
asas kepada kesepakatan global dan pemindahan budaya
antarabangsa.

RUJUKAN

Abdul Wahid Hamid; Islam: The Natural Way, MELS, London


1989 p. 75
Abu Suleyman, AbdulHamid Crisis in the Muslim Mind, lIT,
Herndon, Virginia 1993, P. 130.
Al-Faruqi .1983. Islamization of Knowledge, General Principles
and Work Plan, IDT, Herndon, Virginia. (Keadaan
penyakit orang Islam hari ini telah diterangkan oleh
Ismail Ragi Al-Faruqi melalui hasil kerjanya yang
terkenal bertajuk "Islamization of Knowledge, General
Principles and Work Plan, IDT, Herndon, Virginia,
1983. Al-Faruqi menulis, "Di dalam globalisasi media
masa hari ini, orang Islam telah digambarkan sebagai
agresif, pemusnah, tidak mempunyai undang-undang,
pengganas, tidak bertamadun, fanatik, fundamentalis,
terkebelakang dan ankronistik. Dalam minda manusia di
mana-mana sahaja, Dunia Islam adalah 'mereka yang
berpenyakit', seluruh dunia dibawa untuk
memikirkannya bahawa punca segala kejahatan, adalah
agama Islam". Al-Faruqi menyanggah bahawa "Tidak
diragukan bahawa intelektual dan keruntuhan
metodologi Ummah adalah punca kepada penyakit ini.
Sistem pendidikan adalah tempat membiaknya penyakit
ini." Ms. 1-9.)
Al-Quran
Al-Umari Op. Cit. Chapter VII. Pp. 79-84
Al-Umari, Akram Diya, Madinan Society at the Time of the
Prophet, International Islamic Publishing and
International Institute of Islamic Thought, Herndon,
Virginia
Bukhari, 826.

173
Psi kol ogi Ci nt a Dal a m Pendi di ka n Isl a m

Faruqi, I.R. Islamization of Knowledge, Principles and


Workplan; lIlT, Herndon. pp. 1 -9.
Hukuman sebatan telah digunakan di kebanyakan sekolah swasta
di Britain pada zaman dahulu. Tradisi ini berasal dari
zaman Greek dan Roman di mana pelajar-pelajar lelaki
disebat kerana masalah disiplin. Greek dan Roman
mempunyai pandangan yang tegas terhadap disiplin dan
sekolah dianggap sebagai sebahagian daripada rejim
ketegasan. Tradisi ini berIarutan sehingga zaman
Kristian (untuk mendapat maklumat mengenai Sejarah
Hukuman Sebatan, sila rujuk Encyclopedia and History
of Education. Ed. Foster Watson, Akashdeep Publishing,
New Delhi. 1989. Ms. 391-392); Hukuman sebatan telah
dihentikan di England dan negara Eropah lain pada
1980, walaupun begitu Amerika masih meneruskannya
selepas 1980 (Lihat International Encyclopedia of
Education. Ed. Husen. T, and Postwelhaite, T, Pergaman
Press, 1985. Vol. 2, ms. 4150- 4152)
Malik, Hafeez (Ed). Iqbal: The Poet-Philosopher of Pakistan;
Columbia University Press., 1985. P. 350.
Muslim, 5734.
Rauf, Muhammad Abdul. 1995. The Muslim' Mind, Dewan
Bahasa dan Pustaka, K.L. ms. 19. Rujuk juga Kaled
Muhammad Khaled, Rijaal Hawl al-Rasul (TeksArab)
dan Being Man Around the Prophet, Dar-al-Kitab al-
Arabi, Beruit, 1987/1407.
Rujuk First World Conference on Muslim Education Conference
Book, King Abdulaziz University, Jeddah Makkah,
1397/1977.
Saiyidain, K.G., Iqbal's Educational Philosophy, Ashraf, Lahore,
1965. P. 86. 40, Orstein, Allen. C, and Hunkins,
Friancis, P. Curriculum: Foundations, Principles and
Issues, Allyn & Bacon, Boston, London. 1987. ms. 182-
183
Tibawi, Abdul Latif, Islamic Education. Luzac. London. P. 35.
Untuk maklumat lanjut mengenai asal usul as-Suffah, lihat Al-
Umari. Op. Cit. Bab IX. Ms. 86-96.

174

You might also like