You are on page 1of 1

Sambungan ....

4.2.2.4 Kesimpulan

Setelah menjalankan beberapa siri ujian dalam menentukan kehadiran data terpencil

dalam model kaj ian, penyelidik telah membuat keputusan untuk membuang enam

data terpencil yang disyaki boleh mengganggu kestabilan parameter model kajian.

Data-data terpencil ini diperolehi daripada kaedah casewise diagnostic. Oleh yang

demikian itu, analisis seterusnya akan kekal dengan jumlah responden sebanyak 543

sahaja.

4.2.3 Analisis common method bias

Common method bias merujuk kepada bias yang berlaku dalam kaedah pengukuran

(measurement method). Menurut Chang, van Witteloostuijn, dan Eden (2010), bias

akan berlaku jika responden kajian terdiri daripada satu sumber sahaja. Chang et al.

(2010) seterusnya memberi contoh, penyelidik yang ingin melihat hubungan antara

pembolehubah prestasi firma dengan pembolehubah kemampuan organisasi dengan

menggunakan satu responden sahaja untuk menjawab item-item pembolehubah

bebas dan pembolehubah bersandar terdedah kepada isu common method bias.

Situasi ini boleh berlaku apabila responden menilai dirinya lebih dari yang

sepatutnya (overestimate). Oleh yang demikian itu, situasi yang juga dikenali sebagai

self-reported ini akan seterusnyan menyebabkan ralat sistematik (systematic error).

Terdapat pelbagai pandangan tentang Common method bias antaranya seperti Lindell

dan Whitney (2001) yang menyatakan bahawa common method bias adalah perkara
212

You might also like