You are on page 1of 2

Antaranya adalah SDP berperanan untuk menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini
sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru
serta murid dan murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam
memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru bolehlah mengadakan
aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama),
ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan
berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Misalnya, guru
menyanyi bersama dengan murid-murid lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’ selepas
mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru dan
murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Oleh yang
demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P
Bahasa Melayu, dapat mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta
berkesan.
Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan
Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut
digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat
dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga
tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya
adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada
pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, guru
bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas.
Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya,
guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti
masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang
indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat
mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-
nilai murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian
SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai
menghargai keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-murid.
SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan
ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam
pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika
dikaitkan dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan
aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan
serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota fizikal mereka. Misalnya,
selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif yang
menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh meminta
murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-perasaan
tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk mengekspresikan
perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan
pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat mewujudkan
budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.
Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,
inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang
bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen
irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi
meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa
sesi P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti
menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat adalah mengikut
kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam
menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga
akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka
tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang
lebih berpusatkan kepada guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru
dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang
inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
yang diamalkan dalam P&P.
Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

iaitu kecerdasan linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang,


kecerdasan muzik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal, intrapersonal dan
kecerdasan naturalis. Perbezaan kecerdasan ini secara tidak langsung dapat
memotivasikan murid-murid dalam meningkatkan mutu pembelajaran.
Mengikut pandangan ahli konstruktivisme, setiap murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang dipelajari.

You might also like