You are on page 1of 19

<KOD KURSUS>

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6 / TAHUN 2017

HBMT1103

INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION

NO. MATRIKULASI : 851019015065001


NO. KAD PENGNEALAN : 851019015065
NO. TELEFON : 016-7091368
E-MEL : minghua.1019@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR


BAHRU

0
<KOD KURSUS>

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Jenis masalah 3
3.0 Kemahiran penyelesaian masalah 4
4.0 Strategi menyelesaikan masalah 5
5.0 Pendekatan dalam penyelesaian masalah 6-9
6.0 Kepentingan mengajar penyelesaian masalah 10-11

7.0 Cabaran mengajar penyelesaian masalah 12-13

8.0 Cara-cara kreatif untuk mengajar penyelesaian masalah 14-15

9.0 Kesimpulan 16

10.0 Rujukan 17

1
<KOD KURSUS>

1.0 Pendahuluan

Penyelesaian masalah adalah salah satu daripada proses kognitif dan


pembelajaran yang diperlukan oleh setiap manusia yang hidup di bumi ini .Dalam soalan
yang dikemukakan oleh tugasan Pengenalan kepada Pendidikan Matematik subjek ini , kita
dapati penyelesaian masalah sudah menjadi focus utama dalam Matematik sekolah rendah .
Penyelesaian masalah sebenarnya berkait rapat dengan kemampuan kognisi manusia serta
pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman lalu

Menyelesaikan masalah bermakna kita memutuskan tindakan yang akan mengubah


situasi yang lebih baik (Cohen & Stemmer, 2007). Namun begitu , sebagai pendidik
khususnya guru Matematik sekolah rendah mendapati banyak masalah dan halangan perlu
diatasi bagi membantu anak murid kita menguasai Matematik khasnya penyelesaian
masalah .

Langkah-langkah penyelesaian masalah terdapat beberapa strategi yang boleh


diambil bagi penyelesaian yang baik. Salah satu bentuk strategi yang akan diutamakan dalam
perbincangan ini ialah strategi heuristik .Strategi heuristik merupakan perkara yang akan
ditumpukan di sini adalah sejauh mana strategi ini memainkan perananya dalam proses
penyelesaian masalah.

Kepentingan dan cabaran semasa mengajar penyelesaian masalah di sekolah rendah


juga akan dibincangkan dalam lembaran yang akan datang .Pelbagai cara yang kreatif pula
akan diperkenalkan bagi membantu kualiti pengajaran penyelesaian masalah . Kita wajarlah
mengkaji dan memberi fokus kepada Kurikulum Matematik Sekolah Rendah yang akan
menentukan segala-gala yang perlu diajar dan ditangani bagi mewujudkan peningkatan
keupayaan dalam menyelesaikan masalah Matematik khususnya Probelm –solving atau
penyelesaian masalah .

2
<KOD KURSUS>

2.0 Jenis masalah

Jenis masalah dalam matematik terbahagi kepada dua iaitu masalah rutin dan masalah
bukan rutin.

Masalah rutin adalah masalah harian yang biasa ditemui. Masalah Matematik ini
bertujuan untuk melatih para murid menguasai kemahiran asas dalam matematik khususnya
keempat-empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Masalah rutin bermakna masalah-masalah yang melibatkan satu operasi aritmetik
sahaja dalam penyelesaiannnya . Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar
memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta menggunakan algoritma-algoritma
yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya biasa diketahui oleh pelajar.
Masalah-masalah Matematik yang rutin ini berfungsi untuk memberi latihan dalam
ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan kepada murid

Selain itu,penyelesaian masalah rutin ini dapat mempertingkatkan kemahiran-


kemahiran dalam operasi-operasi asas. Tambahan pula , pelajar diberi peluang untuk berfikir
tentang perkaitan di antara operasi dan aplikasinya bagi situasi-situasi sebenar.

. Masalah bukan rutin pula adalah masalah yang memerlukan kita menguasai
kemahiran, konsep atau prinsip matematik terlebih dahulu .

Kita perlu memahami masalah soalan, merancang strategi penyelesaian,


melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula masalah tersebut dalam
menghadapi masalah bukan rutin ini .

Proses-proses yang lebih tinggi adalah diperlukan bagi mengatasi masalah bukan rutin
ini . Masalah-masalah bukan rutin ini dapat diselesaikan jika pelajar itu pandai menggunakan
pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat yang
relevan . Pelajar biasa tidak mengetahui prosedur penyelesaiannya .

Proses pemikiran yang berlainan diperlukan bagi mengatasi masalah tersebut .Murid
hendaklah mempunyai kemahiran secara kritis dan kreatif dalam menghadapi masalah ini .

Masalah ini perlu diperbanyakkan dalam kalangan murid bagi mengembangkan


penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah. Di samping itu, pelajar dapat diberikan
peluang untuk berfikir tentang pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah
penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri semasa
3
<KOD KURSUS>
menyelesaikan masalah tersebut . Pelajar dapat menikmati keindahan dan logik dalam
Matematik dan tidak lagi hanya menghafal petua , peraturan tanpa kefahaman yang kuat
dalam kalangan murid .

3.0Kemahiran penyelesaian masalah

Kemahiran penyelesaian masalah Matematik merujuk kepada Kemahiran berfikir secara


kritis dan kreatif.Langkahnya adalah berikut :

4
4.0 Strategi menyelesaikan masalah

Strategi pertama adalah kaedah analisis .Hal ini dapat membantu para murid untuk
memikirkan langkah yang paling baik dan sesuai dalam penyelesaian masalah Matematik
. Terdapat beberapa langkah dalam kaedah analisis ini iaitu berikut
• Apa yang telah diberi dalam soalan?
• Apa yang ingin dicari dalam soalan?
• Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah?

Strategi penyelesaian masalah ini dilaksanakan dengan mengenalpasti maklumat


dan item – item yang terdapat dalam masalah tersebut. Pelajar dapat menjawab soalan
yang bersiri dengan kaedah analisis ini .

Strategi yang seterusnya ialah kaedah analogi .Analogi ini bermaksud


mengandungi langkah penyelesaian yang sama dengan penyelesaian masalah matematik
yang sebelum ini .

Semasa menemui masalah matematik yang baru, guru akan melakarkan pemerhatian
yang dilakukan oleh pelajar berdasarkan pengalaman lepas mereka tentang soalan
tersebut. Selapas itu , mereka boleh mempraktikkan proses penyelesaian masalah
daripada apa yang telah mereka pelajari dengan menggunakan cara yang sama untuk
menyelesaikan masalah baru itu

Di samping itu , strategi melukis gambar rajah juga boleh digunakan .Strategi ini
bermaksud maklumat atau situasi soalan dipaparkan dalam bentuk gambar rajah .Dengan
ini , Murid lebih mudah untuk mengenal pasti hubungan bagi kuantiti yang diberikan
.Pelajar lebih suka cara ini kerana lebih seronok digunakan .

Strategi deduksi merupakan satu penyelesaian masalah yang kompleks


berbanding dengan cara lain. Ia juga bergantung kepada pengalaman lepas untuk
selesaikan masalah matematik. Dalam pendekatan deduksi pelajar bukan sahaja
menganalisis masalah tetapi juga perlu untuk mengingati dan mengaplikasikan formula,
prinsip atau teori dalam matematik berdasarkan masalah yang dikemukakan .

5
5.0 Pendekatan dalam penyelesaian masalah

Pendekatan koperatif biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran


.Koperatif merujuk kepada satu proses pembelajaran yang membantu sekumpulan
pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir sesuatu kandungan mata pelajaran.

Pembelajaran Koperatif, (PK) adalah berpusatkan pelajar. Para murid akan melibatkan
diri secara aktif dalam kumpulan kecil untuk memecahkan sesuatu masalah dan
menyelesaikan suatu tugas semasa proses pembelajaran koperatif berlangsung. Guru
berperanan sebagai fasilitator dalam memantau aktiviti pelajar dalam kumpulan itu .

Teknik-teknik pembelajaran koperatif adalah seperti

1. Think-Pair-Share

2. Round Robin

3. Persemukaan (Trade a Problem)

4. Pembahagian tugas (Assigning Roles)

Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah juga adalah salah satu


pendekatan dalam mengajar penyelesaian masalah .

Penyelesaian masalah menjadi fokus utama pendidikan di peringkat sekolah


rendah dan menengah. Hal ini demikian kerana kemahiran menyelesaikan masalah
penting bagi pelajar dalam kehidupan seharian. Suatu masalah dianggap sebagai masalah
sekiranya ia memenuhi tiga kriteria iaitu penerimaan, halangan dan penerokaan.
Penyelesaian masalah pula merupakan suatu proses yang terancang untuk mencapai
tujuan yang diingini dalam suatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh

6
Strategi dalam penyelesaian masalah matematik termasuk cuba jaya, melukis gambar
rajah
,menyusun dan menyenaraikan data, mengenal pasti pola, membuat ujikaji dan
simulasi.

Guru boleh mengemukakan masalah yang bermakna dan bernas kepada murid
mengikut tahap mereka, serta membimbing mereka mengikuti langkah penyelesaian
masalah.

Masalah yang diberi sepatutnya mencabar, memerlukan pelbagai kemahiran dan


prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi semasa proses penyelesaian masalah. Soalan
yang dikemukakan juga perlu berkeupayaan untuk dikembang sama ada kepada masalah
yang berkaitan atau untuk dibuat generalisasi.

Polya (1957), telah mengemukakan satu model yang terdiri daripada empat langkah
utama iaitu:

1. Memahami masalah

2. Merancang strategi penyelesaian

3. Melaksanakan strategi penyelesaian

4. Menyemak semula.

Pendekatan Inkuiri – penemuan juga adalah penting untuk dipelajari oleh murid
sekarang .
Inkuiri membawa maksud perasaan ingin tahu. Inkuiri penemuan pula merupakan
proses mencari maklumat, menyoal dan menyiasat suatu fenomena hasil daripada
perasaan ingin tahu. Proses ini merangkumi aspek-aspek soal selidik seperti aktiviti
merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan berasaskan masalah .

7
Pembelajaran inkuiri penemuan adalah satu proses yang sistematik. Langkah
yang perlu diikuti dalam pendekatan ini adalah:

1) Mengenalpasti masalah

2) Merancang strategi penyelesaian

3) Mengumpul maklumat

4) Mengkaji dan menganalisis maklumat

5) Membuat rumusan

Pendekatan Penyiasatan juga boleh dipraktikkan dalam pembelajaran Matematik


rendah

Berdasarkan saranan daripada National Council of Teachers of Mathematics,


pendekatan ini amat sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
kerana ia dapat mendorong pelajar meneroka masalah di luar bilik darjah berbanding
hanya meminta murid mengingat formula dan jalan kerja.
Apa yang dipelajari oleh murid dalam kelas matematik mestilah bermakna dan dapat
dimanfaatkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Dalam proses pendekatan penyiasatan, langkah yang diambil oleh pelajar dalam
meneroka sesuatu masalah adalah:

1. Memahami masalah tersebut

2. Mengumpul dan menyusun data

3. Buat dan uji andaian atau hipotesis

4. Guna konsep lain jika andaian pertama salah

5. Buktikan sesuatu hukum

8
6. Bina generalisasi hukum tersebut

7. Kaitkan dengan masalah berkenaan

Pendekatan ini dapat meningkatkan lagi pemikiran kreatif dan kritis pelajar di
samping memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi kemhiran matematik
mereka. Namun begitu , proses penyiasatan mungkin akan mengambil masa yang lama
terutamanya melibatkan pelajar yang lemah dalam kemahiran matematik.

9
6.0 Kepentingan mengajar penyelesaian masalah

Penggunaan nombor dalam matematik untuk menyelesaikan masalah dalam


kehidupan adalah perkara yang memang penting dan tidak dapat dielakkan .

Bagaimanakah saham boleh naik turun setiap detik, setiap waktu, dan setiap saat?
Nombor yang terdapat dalam matematik berperanan untuk menyelesaikan masalah
kewangan di setiap syarikat dan perniagaan.
Tanpa nombor , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh dunia . Sekiranya wujud
manusia yang buta ilmu pengiraan dan pasti terbantutlah pemikiran manusia itu kerana
penyelesaian masalah dalam nombor yang memberi keselesaan kepada kehidupan kita .

Segala urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan
lancer jika menguasai pengiraan. Antara pakar yang menyumbangkan kepada
keberkesanan penyelesaian masalah nombor dalam matematik ialah George Polya yang
telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah nombor yang
bukan hanya boleh dipraktikkan dalam masalah matematik, malah masalah yang sering
kita hadapi dalam kehidupan seharian.

Tambahan pula , jika kita tidak menguasai kemahiran pengiraan dalam Matematik
tersebut , kehidupan kita pasti menghadapi masalah . Selain daripada peniaga yang wajib
menyentuh angka dalam bentuk operasi iaitu tambah ,tolak,darab dan bahagi ,kita juga
perlu membeli barang dan perlu mengetahui cara pengiraannya .Jika tidak menguasai
pengiraan asas ini , kita berkemungkinan tinggi tertipu oleh peniaga yang jahat .Akhirnya
,kita akan mengalami kerugian yang tidak dapat disangka .Oleh itu ,mengajar
penyelesaian masalah memang penting bagi setiap manusia yang perlu menjalani
kehidupan seharian yang penuh dengan keperluan pengiraan asas .

Selain itu, kemahiran penyelesaian masalah nombor matematik dalam


kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang murid itu
dan ini boleh kita nampak betapa pentingnya .

Dunia berkembang dengan adanya intelek yang semakin meningkat .Penyelesaian


masalah Matematik dapat meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam seseorang itu
supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam
kehidupannya .Bayangkan,seorang penjaja aiskrim bergerak juga akan menghadapi
kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia

10
tidak boleh mengira secara cepat ? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara
tidak sedar disebabkan pada waktu yang sama,penjual aiskrim itu meningkatkan
kemahiran mengiranya setiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan

Itulah kepentingan Matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal


sekiranya diamalkan selalu.Jika kita mengetahui bahawa Matematik adalah ilmu yang
bukan berdasarkan teori malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang
dipelajari.

Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) menegaskan bahawa mendekati


matematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yang mensimulasikan
kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya.

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam Matematik kerana ia


meliputi kemahiran dan fungsi yang diperlukan dalam kehidupan seharian .

Selain itu ,perkara tersebut juga dapat membantu kita untuk menyesuaikan
diri dengan perubahan dan masalah yang tidak terduga dalam kerjaya dan aspek lain
dalam kehidupan mereka.

Penyesuaian diri adalah sangat penting kerana kepekaan terhadap aspek


perubahan ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan
kos taraf hidup manusia.

Kos taraf kehidupan merupakan masalah matematik yang diurus secara langsung
oleh setiap orang yang menghadapi masalah ini. Harga minyak di Malaysia yang
semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaik disebabkan kesan faktor
ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisis pemberontakan. Harga minyak Petrol
RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga akan mempengaruhi kehidupan manusia
negara kita . Kita perlu pandai mengira dan barulah kita dapat mempertimbangkannya
dengan rasional sama ada membeli RON 97 ataupun RON 95 mengikut mana yang lebih
murah berdasarkan penggunaan minyak kereta masing-masing .

11
7.0 Cabaran mengajar penyelesaian masalah

Menurut Lim (1982, dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya mendapati
pelajar menghadapi masalah dalam matematik yang dinyatakan dengan perkataan
berbanding masalah yang melibatkan simbol dan angka. Kesukaran ini mungkin
merupakan sebab mengapa mereka kurang berjaya dalam matematik.

Pengetahuan matematik boleh dikategorikan kepada lima jenis iaitu fakta,


algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah.
Penyelesaian masalah adalah satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif
utama dalam pembelajaran matematik. Perkara ini juga merupakan bentuk pembelajaran
pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985).

Sesetengah murid yang lemah tidak dapat menterjemahkan soalan yang


berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan matematik yang betul
untuk membuat pengiraan yang seterusnya .
Dalam mempelajari simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah matematik, seseorang
murid seolah-olah menghadapi sesuatu situasi pembelajaran bahasa asing (Radatz,
1979).

Sesetengah tatatanda Matematik telah mendatangkan kesukaran intrinsik dalam


diri murid . Terdapat juga murid yang tidak memahami kehendak soalan. Maka ini
menyebabkan mereka menggunakan peraturan-peraturan atau strategi penyelesaian yang
tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut.

Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan murid bumiputera dalam


subjek Matematik. Kita tidak dapat menafikan bahawa mata pelajaran matematik
memerlukan pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar.

Bahasa matematik juga menjadi kesukaran bagi pelajar. Bahasa matematik


berlainan dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang tersendiri dan
digunakan dalam konteks matematik yang tertentu. Di samping itu, banyak istilah
matematik digunakan dalam kurikulum matematik dan tidak dapat difahami oleh murid .
Istilah yang mengelirukan merupakan masalah yang dihadapi oleh murid dan seterusnya
menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud istilah tersebut.

12
Cabaran ini sering dihadapi oleh pelajar sekolah rendah. Cabarannya adalah
tentang pelajar biasanya didapati kurang berminat untuk mencuba soalan
penyelesaian masalah yang dianggap susah.
Sikap negatif ini akan menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan
dalam matematik.
Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah biasanya dikaitkan dengan
penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian tidak begitu nyata
atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan kepada kefahaman
konsep dan penguasaan kemahiran. Murid-murid yang lemah dalam Matematik
menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan pelbagai
kemahiran matematik.

Pencapaian mereka juga adalah terhad jika berbanding dengan rakan-rakan


yang sebaya dengan mereka. Montague (1993) berpendapat bahawa murid yang
berpencapaian rendah menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah
yang terlibat dalam pencapaian masalah.
Kesukaran ini boleh menyebabkan murid tidak berkemampuan untuk menyelesaikan
masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian (multi step).

Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga sukar
untuk mengingat. Hal ini merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan
maklumat untuk proses penyimpanan.

Kesukaran mengingat menghalang murid daripada menyimpan fakta dengan


masa yang lama. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga menunjukkan
kesukaran dalam penguasaan visual-ruang.

Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis lurus, menggunakan garis


nombor dan menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997).

Terdapat juga antara mereka yang menunjukkan kesukaran dalam


penggunaan strategi kognitif dan metakognitif (Miller dan Mercer, 1997).

Murid- murid ini menghadapi masalah matematik menentukan dan memilih


strategi yang sesuai dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga mempunyai masalah
menguruskan maklumat, membuat perancangan, membuat pengesanan terhadap proses
penyelesaian masalah dan membuat generalisasi kepada situasi yang serupa.

13
8.0 Cara-cara kreatif untuk mengajar penyelesaian masalah

A) kad

Apabila anak murid sudah mahir pecahan dan melihat masa, gabungkan kedua-
dua pengetahuan ini. Sekarang , gunakan bantuan kertas berwarna untuk membuat objek
jam yang besar.
Labelkan nombor pada muka jam dan letakkan juga nombor pecahan pada
bahagian belakangnya serta melipatkan jam untuk menunjukkan pecahan.
Di samping itu ,ajar anak murid anda tentang jam dan minit dengan bantuan
nombor yang telah dilukiskan.

14
Penyelesaian masalah terdapat angka seperti ¼ jam ,murid terus tahu ia
bersamaan dengan lima belas minit kerana mereka pernah lihat kad tersebut .Dengan
ini , mereka adalah lebih mudah untuk mencari jawapannya .

b) lakonan
Dalam soalan penyelesaian masalah ,terdapat perkara yang sentiasa berlaku
dalam kehidupan seharian seperti membeli sesuatu barangan .
Dengan ini ,kita boleh berlakon apa yang terkandung dalam ayat Matematik
pada soalan itu . Murid pasti tertarik dengan pendekatan ini dan lebih berminat untuk
belajar subjek Matematik . Lakonan ini lebih sesuai bagi operasi tambah dan tolak .

c)perniagaan dengan menggunakan wang permainan


Dalam mengajar anak murid tentang konsep wang ,kita boleh memanfaatkan
wang permainan dalam bilik Bahan Bantu Mengajar .
Guru berkenaan boleh mewujudkan situasi lakonan iaitu menjual sesuatu
barangan kepada murid (murid sebagai pelanggan) dan meminta mereka mengumpulkan
amoun duit yang betul atau jitu untuk diberikan kepada gurunya . Sesiapa yang paling
cepat menyerahkan amoun duit yang betul kepada guru adalah pemenang .
Dalam proses permainan ini , para murid akan bekerjasama dan belajar mengira
dengan cepat .Ia melibatkan operasi asas khasnya tambah dan tolak .

d) permainan komputer tentang penyelesaian masalah


Terdapat pelbagai perisian yang sesuai dijadikan pentaksiran dan
penilaian bagi mengetahui penguasaan murid dalam menyelesaikan masalah
Matematik.
“Tahniah”kepujian boleh diberikan dengan serta-merta kepada
murid yang menjawab betul soalan yang dikemukakan .
Animasi dan audio yang dibuat dapat menarik minat murid untuk mencuba soalan
penyelesaian masalah dalam Matematik .

Semua bidang Matematik boleh diselitkan dalam teknologi ini .

15
9.0 Kesimpulan

Tidak kira masalah rutin atau masalah bukan rutin , asalkan kita menguasai
konsep , kemahiran dan ilmu Matematik ,kita akan dapat menyelesaikan masalah itu .

Latihan tubi perlu disediakan dengan bimbingan guru .Janganlah diajar


Matematik dengan cara yang lama iaitu hanya menghafal petua ,peraturan dan
hukum tertentu . Murid haruslah didedahkan dengan strategi pembelajaran yang
berkesan bagi membolehkan mereka mudah mengenal pasti masalah yang ada dan
mencari jalan penyelesaiannya .

Menurut Webb (1989 dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof 2004), pengaruh
guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya.Oleh itu ,pengetahuan guru dalam
merancang strategi pengajaran dengan baik amat diperlukan .

Pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif. Selain itu ,murid


juga perlu diberi peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar idea semasa
menyelesaikan masalah.

Akhirnya , kemahiran dan keupayaan penyelesaian masalah dalam


Matematik harus kita kuasai untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan
menikmati kehidupan yang lebih baik .

( 2848 patah perkataan )

16
10.0 RUJUKAN / REFERENSI

https://drive.google.com/file/d/0BxDZYZ7b6079bHYzRjhNdWtQSE0/edit

https://nikalila.wordpress.com/2012/03/26/penyelesaian-masalah-problem-solving-dari-

sudut-definisi-oleh-ahli-ahli-psikologi-dan-peranan-yang-dimainkan-oleh-heuristik-

dalam-penyelesaian-masalah/

http://ahmadfadzli1979.blogspot.com/2010/10/startegi-penyelesaian-masalah-di.html

http://iniblogmereka.blogspot.com/2015/05/pendekatan-dalam-pengajaran-dan.html

17
18

You might also like