You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6 / TAHUN 2017

HBHE1103

INTRODUCTION AND HEALTH EDUCATION

NO. MATRIKULASI : 851019015065001


NO. KAD PENGNEALAN : 851019015065
NO. TELEFON : 016-7091368
E-MEL : minghua.1019@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN


JOHOR
BAHRU

1
Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1.0 Pengenalan 3-4
2.0 Punca-punca kanak-kanak mengalami masalah obes 5-9
3.0 Cara-cara mengurangkan masalah obes dalam kalangan 10-15
kanak-kanak
4.0 Bahan edaran yang mengandungi tip-tip gaya hidup sihat 16-18
5.0 Rujukan 19

2
1.0 Pengenalan

Baru- baru ini, obesiti telah menjadi masalah utama dalam kalangan
kanak-kanak di dunia. Menurut laporan National Center for Health Statistic pada
2002, lebih kurang 15 peratus kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat
mengalami obesiti.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), isu obesiti semakin teruk


dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Penduduk di Asia
banyak menghidapai sindrom metabolik disebabkan obesiti .

Berbilion-bilion orang penduduk di dunia menghadapi masalah berat badan yang


berlebihan dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami
masalah obesiti.

Di Malaysia, kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga
10 tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus
kepada 13.8 peratus. Situasi ini lebih kritikal apabila mereka menjadi dewasa.

Semestinya golongan dewasa yang mengalami masalah obesiti mencari


penyelesaian terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bagi kanak-kanak pula,
isu obesiti mereka kebanyakan dibiarkan oleh ibu bapa mereka.

Secara amnya, obesiti boleh ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak yang


berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini adalah sebagai
penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi berlebihan .
Tambahan pula , obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah kesihatan yang teruk .

Selain daripada melambatkan aktiviti fizikal dan sosial, jangka hayat


penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obeseti/berat berlebihan merupakan
masalah yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Obesiti lazimnya
dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular,masalah pernafasan dan juga diabetes.

Mereka yang ditentukan sebagai obes ini juga mempunyai berat badan sekurang-
kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya.

3
Selain itu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 mungkin akan
mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes.

Obesiti juga akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung,
dan tekanan darah tinggi. Orang yang menghadapi masalah obesiti juga tidak dapat
menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah pasti
mengehadkan pergerakan mereka. Mereka juga akan berasa tertekan apabila
memepunyai perasaan malu dan rendah diri.

Oleh hal yang demikian , kita perlu mengambil berat terhadap masalah obesitinya dan
mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi implikasi obes .Di lembaran yang
seterusnya , kita akan mengkaji dan berbincang tentang punca-punca obesiti dalam
kalangan kanak-kanak . Tip gaya hidup sihat juga akan diberikan penjelasan dengan
lebih lanjut .

4
2.0 Punca-punca kanak-kanak mengalami masalah obes

a) Genetik
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi dulu kepada generasi
sekarang di dalam sesebuah keluarga . Tidak hairanlah kita selalu nampak ibu
bapa yang gemuk cenderung mempunyai anak-anak yang gemuk juga .Hal ini telah
membuktikan faktor genetik telah menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam
badan kita .

Hal ini demikian kerana semasa ibu yang obesiti sedang hamil , maka unsur
sel lemak yang besar telah melebihi situasi normal ,secara automatik akan
diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Bayi yang lahir pun
mempunyai lemak tubuh yang relatif sama besar

b) Kerosakan pada salah satu bahagian otak


Sistem pengawal yang mengurus perilaku makan terletak di dalam bahagian otak
yang bernama “hipotalamus ”. Hipotalamus adalah sebuah kumpulan inti sel di dalam
otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di
bawah otak
Hipotalamus mempunyai lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain dalam
otak sehingga lebih senang dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah .

Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan iaitu hipotalamus


lateral (HL) yang mengaktifkan nafsu makan ( awal atau pusat makan ) ,hipotalamus
ventromedial (HVM) yang bertugas menyekat nafsu makan (pemberhentian atau pusat
kenyang )
Berdasarkan kajian,didapati bahawa apabila “ hipotalamus ventromedial” rosak ,
maka orang itu akan menolak untuk makan dan minum ,dan akan mati kecuali dipaksa
diberi makan dan minum (diberi infus). Apabila kerosakan berlaku pada bahagian
hipotalamus ventromedial , maka seseorang itu akan menjadi rakus dan gemuk .

c) kebiasaan makan berlebihan


Orang yang gemuk lebih responsif berbanding dengan orang yang tidak gemuk
terhadap isyarat lapar luaran ,seperti rasa dan bau makanan . Orang yang gemuk
cenderung makan semasa dia berasa ingin makan pada setiap masa . Pola makan
5
berlebihan inilah yang mengakibatkan mereka susah keluar daripada perangkap
kegemukan sekiranya dia tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk
mengurangkan berat badan

d) Kurang bersukan
Tinggikan pengeluaran tenaga badan adalah sangat penting terhadap pengendalian
berat badan . Pengeluaran tenaga terbahagi kepada dua cara iaitu
1) beraktiviti dan bersukan secara umum
2) kadar metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan
fungsi minimum badan
Daripada kedua-dua cara tersebut , metabolisme bertanggungjawab dua pertiga
daripada pengeluaran tenaga orang yang normal . Walaupun aktiviti fizikal hanya
mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal , tetapi
bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan , aktiviti berperanan penting untuk
mengurangkan lemaknya .Pada waktu bersenam kalori terbakar.Maka makin banyak
bersukan ,makin banyak kalori akan hilang.
Kalori akan mempengaruhi sistem metabolisme secara tidak langsung . Orang yang
suka sentiasa duduk sahaja akan mengalami kadar metabolisme yang rendah .
Kekurangan aktiviti“gerak ”akan menyebabkan siklus hebat , obesiti menjadikan aktiviti
sukan menjadi sangat susah dan kurang dinikmati .Akhirnya ,kurangnya sukan akan
mempengaruhi turunnya metabolisme badan seseorang itu .

e) pengaruh emosional
Suatu pandangan popular bahawa obesiti bermula daripada kawalan emosinal yang
gagal .Orang yang gemuk dahaga akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang
menganggap makanan sebagai simbol kasih sayang atau makan melebihi batasnya
sebagai unsur untuk mengganti kepuasan yang tidak tercapai dalam kehidupannya .

Meskipun penerangan demikian sesuai bagi beberapa kes , namun sebahagian orang yang
mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu dibandingkan dengan orang
yang tidak gemuk atau normal . Walaupun banyak orang yang mengatakan bahawa

6
orang gemuk biasanya tidak bahagia , namun sesungguhnya ketidakbahagiaan tekanan
batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya

Dalam sesebuah masyarakat ,kerap kali orang yang kurus disamakan dengan
kecantikan ,sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesusahan
mereka menguruskan diri dalam hal yang berkaitan dengan perilaku makan . Orang
gemuk biasanya mengatakan bahawa mereka akan makan lebih banyak apabila mereka
berada di dalam keadaan ketegangan dan terdapat eksperimen membuktikan
kebenarannya .

Orang gemuk akan makan lebih banyak jika tertekan sangat ,orang yang mempunyai
berat badan secara normal akan berada di dalam keadaan yang kurang mencengkam atau
menekan ( McKenna 1999)

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan individu dengan
berat badan berlebihan dan kumpulan individu dengan berat badan yang kurang ,dengan
menghidangkan kerepek (makanan ringan ) selepas menonton empat jenis filem yang
mendatangkan emosi yang berbeza ,iaitu filem yang tegang ,ceria ,merangsang ghairah
seksual dan sebuah ceramah yang membosankan .

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak makan kerepek selepas
menyaksikan filem yang tegang dibandingkan dengan menonton filem yang
membosankan . Padahal orang yang berat badan kurang , kerepek yang dimakannya
tetap sama selepas menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan .

f) Persekitaran
Faktor persekitaran juga mempengaruhi individu untuk menjadi gemuk . Jika
individu dibesarkan dalam persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol
kemakmuran dan kebahagiaan ,maka seseorang itu cenderung menjadi gemuk .Selagi dia

7
tidak menghadapi masalah kesihatan , dia tidak akan menghiraukan masalah- masalah
psikologi yang berkenaan dengan kegemukan .

Kadangkala , kita terdengar ada keluarga Cina yang mengatakan bahawa kanak-
kanak yang gemuk adalah perkara yang baik iaitu fu yang bermaksud ada nikmat .
Dengan keadaan sedemikian , kanak-kanak itu mestilah gelojoh makan apa yang
dibekalkan oleh ibu bapa tanpa mempertimbangkan penampilan dan isu kesihatan yang
mungkin terbangkit .

Selain itu , kita boleh memilih kawan yang kita sukai .Dalam pada itu , kawan gemuk
yang kita gaul adalah salah satu faktor kita menjadi gemuk . Apabila kawan yang baik itu
mengajak kita memakan makanan yang berkalori tinggi , kita biasanya akan mengikut
sahaja . Lama-kelamaan , kita akan menjadi gemuk .

g) pengambilan makanan yang berlemak tinggi ,gula tinggi dan garam tinggi

Makanan yang tidak sihat seperti KFC dan Mcdonald mengandungi lemak dan kalori
yang agak tinggi . Terdapat pakar yang menyatakan bahawa pengambilan gula yang
tinggi barulah penyebab utama kegemukan . Lebih-lebih lagi ,kanak-kanak lebih suka
makan makanan yang banyak mengandungi gula . Maka ,tidak hairanlah kanak-kanak
pada zaman sekarang lebih gemuk dibandingkan dengan generasi sebelumnya .

Banyak kanak-kanak hidup kaya dan makan pelbagai makanan yang mereka sukai
termasuk ayam goreng . Sebenarnya semua makanan yang berkalori tinggi ini adalah
penyumbang utama kepada kegemukan bagi individu tersebut .

Makanan yang mengandungi tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan


meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Jikalau lebih banyak

8
makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan
paras gula.

Lama-kelamaan, paras gula ini menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi letih ,
kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga.
Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai
jenis penyakit seperti diabetes.

9
3.0 Cara-cara mengurangkan masalah obes dalam kalangan kanak-kanak

a) Obesiti dapat diselesaikan dengan rawatan dan juga intervensi kepada pesakit.

Menurut pakar, pesakit obesiti dapat mengurangkan berat badan dengan melakukan
aktiviti senaman, menukar kandungan makanan daripada kurang sihat kepada sihat dan
memperbaiki sikap terhadap makanan. Sesetengah pesakit perlu mengambil ubat-ubatan
manakala ada juga yang perlu menjalani surgeri.

Diet perlu diubah untuk melawan obesity. Doktor mencadangkan pesakit obesiti untuk
mengurangkan jumlah kalori makanan harian dan banyak makan buah-buahan, sayur-
sayuran dan bijirin penuh.

Antara buah buahan yang dapat membantu dalam mengawal obes adalah buah
delima dan buah teen. Di samping itu, minyak zaitun boleh lah digunakan dalam
penyediaan makanan harian.Meskipun diet makanan telah berubah, namun pesakit perlu
mempelbagaikan makanan untuk mengelakkan diri daripada kebosanan. Pengambilan
gula, karbohidrat dan lemak tak sihat perlu dikurangkan dengan segera dalam kehidupan
seharian .
Pesakit yang kurang bermotivasi untuk mengubah diet perlu memperoleh khidmat
doktor, pakar pemakanan atau menjalani program kurus badan yang diperakui.

Hal ini demikian kerana kaedah diet tanpa pengawalan dan ikut suka hati akan
mendatangkan beberapa masalah lain seperti:

– Pesakit akan membahayakan kesihatan mereka

– Pesakit mungkin akan mengalami kekurangan vitamin di dalam badan

10
– Pesakit mungkin akan berhenti diet jika berat badan masih belum turun

Oleh hal yang demikian , mereka yang sememangnya obes atau memiliki berat badan
yang berlebihan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.

b)Lakukan Aktiviti Fizikal

Tips untuk mengurangkan berat badan adalah senang ; lebih banyak anda
bergerak, lebih banyak kalori dibakar dan lebih cepat untuk menjadi kurus. Untuk
menghilangkan 1 kilogram lemak, anda perlu membakar 7,700 kalori dengan bersukan .
Sebagai permulaan, orang yang obes boleh berjalan perlahan-lahan untuk meningkatkan
aktiviti fizikal seharian. Gabungkan aktiviti fizikal dengan diet yang betul akan
meningkatkan peluang untuk menjadi kurus dengan berkesan.

Cuba buatkan apa-apa aktiviti yang boleh menjadikan anda bergerak. Jika anda sentiasa
menaiki lif ke tempat kerja, bolehlah cuba menaiki tangga untuk sampai ke pejabat.
Meletakkan kereta jauh sedikit supaya anda boleh selalu berjalan .

Jika kita pergi ke kedai dan jaraknya adalah agak dekat , cuba berjalan kaki dan
tinggalkan kereta di rumah. Biasakan diri untuk bergerak lebih banyak supaya lebih
banyak kalori di dalam badan kita dapat dibakar .

Pesakit obes yang kritikal, tidak cergas dan ada masalah kesihatan perlu
mendapatkan nasihat daripada pakar doktor terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang
aktiviti fizikal .

c) Pengambilan Ubat-ubatan Untuk Mengatasi Obesiti

11
Ubat-ubatan hospital adalah cara terakhir untuk merawat obesiti.

Jikalau pesakit mendapati dirinya amat susah untuk mengurangkan berat badan dengan
senaman dan diet sihat atau paras obesiti dan paras adalah kritikal dan boleh mengancam
nyawanya, pesakit itu perlu mengambil ubat-ubatan khas yang diberikan oleh doktor.

Terdapat beberapa kriteria lain yang perlu diperhatikan sebelum doktor


mengeluarkan perskripsi ubat kepada pesakit obesiti:

– Kesemua cara untuk mengurangkan berat badan adalah gagal sepenuhnya

– Pesakit menghidap kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung

– Pesakit tidak mampu bergerak dan perlu bantuan orang lain

Satu daripada ubat yang disarankan oleh pakar untuk merawat obesiti adalah
Xenical. Namun ubat-ubatan ini perlu diambil secara berterusan oleh pesakit. Jika
berhenti makan atau terputus bekalan, terdapat kemungkinan besar berat badan akan naik
semula.

d) Surgeri menurunkan berat badan

Obesiti dapat diselesaikan dengan surgeri khusus yang dikenali sebagai Bariatric
Surgery. Ia dilakukan khasnya untuk pesakit obes kritikal di mana sebahagian perut atau

12
usus kecil pesakit dikeluarkan. Selepas tamat rawatan, berat badan pesakit pasti akan
menurun.

Hal ini demikian kerana Bariatric Surgery mengubah keadaan perut atau usus kecil
supaya pesakit tidak dapat makan banyak. Hal ini akan membantu mengurangkan kalori
makanan yang diambil, seterusnya membantu mengurangkan berat badan.

Menurut American Society for Bariatric and Metabolic Surgery, Bariatric Surgery dapat
merawat penyakit yang berkenaan dengan obesiti seperti diabetes, sakit jantung, tekanan
darah tinggi dan kolesterol tinggi.

e)Membudayakan amalan sihat


Kita sudah sedia maklum bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada merawati.
Percaya itulah adalah pernyataan yang sesuai untuk mengurangkan masalah obesiti yang
semakin serius dalam kalangan masyarakat hari ini.

Di pasaran yang penuh dengan makanan yang beraneka jenis dan budaya makan
rakyat Malaysia telah mempengaruhi gaya hidup kita. Fenomena restoran hipster dan
‘food truck’ mengubah tabiat makanan kita dengan kemudahan menikmati pelbagai
makanan yang menyelerakan tanpa halangan.

Meskipun banyak program dan kempen kesedaran kesihatan yang dianjurkan oleh
pihak kerajaan, namun kesedaran untuk membudayakan amalan sihat hanya bermula di
peringkat individu itu sendiri. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk

13
mencegah obesiti daripada melarat dan seseorang itu berhak mendapatkan apa yang
terbaik untuk kesihatan dirinya.

f) Pantau dan rekod berat badan kita seminggu sekali.


Pemantauan berat badan dapat meningkatkan motivasi kita untuk terus
menurunkan berat badan .Kita juga dapat mengesan perubahan kecil peningkatan berat
badan dan langkah-langkah pembetulan dapat dilakukan dalam masa yang terdekat .

g)Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat dengan kita


Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat dengan kita seperti rakan karib , adik-
beradik, suami atau isteri, saudara mara atau ibu bapa. Ambil tindakan berikut bagi
mendapatkan sokongan daripada mereka.
• Maklumkan ahli keluarga dan rakan karib tentang hasrat anda untuk
mengurangkan berat badan. Mereka pasti akan memberi sokongan kepada kita .

• Libatkan ahli keluarga kita dalam aktiviti yang dilakukan, sama ada dalam
pemilihan pemakanan atau amalan aktiviti fizikal harian anda.

h) Lakukan perubahan tingkahlaku dan pemikiran anda.

Bagi melakukan perubahan untuk mengurangkan berat badan kita,kita akan


menghadapi cabaran-cabaran tertentu. Ikuti cadangan berikut bagi mengatasi cabaran-
cabaran tersebut:

- Lakukan perubahan secara berperingkat dan jangan terlalu memaksa diri.

-Selalu ingat apa-apa perubahan yang dibuat adalah untuk meningkatkan tahap
kesihatan kita.

14
-Tanamkan keyakinan dalam diri kita bahawa kita mampu berubah.

-Lakukan perubahan kepada perkara yang mudah dahulu seperti kurangkan minuman
manis dan lebihkan minum air kosong.

-Jangan mudah berputus asa dan kekalkan keazaman untuk berubah .

-Ingat! Setiap pengurangan berat badan walaupun sedikit adalah suatu kejayaan bagi
kita .

-Buktikan kepada diri dan orang lain bahawa kita mampu melakukannya.
i) pengambilan makanan yang sihat terutamanya benda yang dapat mengurangkan
berat badan dengan berkesan .

Saya percaya ramai daripada kita sudah tahu sesetengah makanan dan minuman
yang sesuai sekali untuk menguruskan badan termasuk green tea , tomato ,kopi tanpa
gula dan sebagainya .

Tomato dipercayai dapat mengurangkan berat badan seseorang itu . Ibu bapa bolehlah
menggalakkan anak mereka banyak makan tomato . Ibu bapa bolehlah memasukan
tomato ini ke dalam menu makanan sekeluarga untuk mempengaruhi anak-anak
mengambilnya . Untuk menyedapkan tomato ini dan lebih mudah dimakan oleh kanak-
kanak , lebih baik kita memasak tomato ini dengan telur jadi telur tomato atau campur
dengan nasi jadi nasi tomato .

Makanan yang berkhasiat perlu disajikan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak
lagi gemuk . Pengawalan berat badan dengan mengambil makanan yang berzat dan
sedap adalah sangat penting dan perlu diuar-uarkan kepada semua orang

15
4.0 Bahan edaran yang mengandungi tip-tip gaya hidup sihat

16
1. melakukan senaman sekurang
-kurangnya 3 kali seminggu

2. senaman dilakukan sekurang-


Kurangnya 20 minit

3. berbasikal atau bermain


badminton badminton adalah lebih baik
meringankan berat badan

- Berjoging bersama dengan ahli keluarga adalah aktiviti riadah atau rekreasi yang
baik .
- Menyedut udara yang segar adalah baik untuk kesihatan.

17
Rehat
secukupnya
bagi
memastikan
badan kita
sentiasa
penuh tenaga
untuk
menjalani
kehidupan

Tidur
sekurang-
kurangnya
8 jam setiap
hari

(2558 patah perkataan )

18
RUJUKAN / REFERENSI

https://drive.google.com/file/d/0BxDZYZ7b6079bHYzRjhNdWtQSE0/edit

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=535

http://www.myhealth.gov.my/berat-badan-berlebihan-dikalangan-kanak-kanak/

https://aafiyatlifestyle.com/obesiti-punca-kesan-dan-cara-mengatasinya/

https://iluminasi.com/bm/pakar-ini-jelaskan-makanan-berlemak-bukan-penyebab-
kegemukan-punca-sebenarnya-gula.html

19

You might also like