You are on page 1of 3

3.

3 PENDIDIKAN MUZIK

Pada tahun 1959, pendidikan muzik mula diperkenalkan di maktab perguruan dan memulakan fungsi
pada tahun 1971. MPPM merupakan antara maktab yang menawarkan kursus sampingan dalam
bidang muzik. Pada 1987, muzik menjadi salah satu subjek yang digemari oleh guru pelatih. Setiap
kali masa lapang, guru pelatih banyak mengisi masa dengan mempelajari alat muzik. Hal ini dapat
dilihat dengan penubuhan pancaragam yang bergiat aktif dalam bidang muzik. Buktinya dapat dilihat
dengan peninggalan alat muzik di Muzium MPPM. Menurut Puan Noorlian, pada tahun 1990-an
kelab brassband telah diwujudkan. Kelab ini bergiat aktif dengan penglibatan guru pelatih dalam
persembahan hari kebangsaan dan meraikan pembesar-pembesar negara yang hadir ke Malaysia.
Pihak maktab juga telah memanggil jurulatih luar bagi mengasah bakat-bakat guru pelatih MPPM
bagi melatih pasukan pancaragam. Namun begitu kemudahan yang disediakan oleh maktab agak
kurang menyebabkan guru pelatih mencari inisiatif lain dengan mencipta alat muzik sendiri seperti
gendering. Menurut Puan Zaimawati kekurangan kemudahan bukanlah penghalang bagi guru
pelatih dalam melakukan aktiviti di MPPM. Hal ini jelas membuktikan, penyelesaian masalah dalam
mengatasi kekurangan alat muzik telah membentuk kemenjadian guru yang berkualiti. Maka
jelaslah menunjukkan bahawa elektif muzik bergiat aktif dalam kalangan guru pelatih telah berjaya
menghasilkan seorang guru yang serba boleh.

Analisis Perbezaan Individu

- Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Muhammad Syafiq Haikal Bin Amer Rosdi atau
nama panggilannya Syafiq, saya mendapati bahawa Syafiq merupakan kanak-kanak yang
sihat.Dia tidak mempunyai sebarang penyakit yang membahayakan. Syafiq juga aktif dalam
bidang sukan. Hal ini dapat dilihat dengan penglibatannya dalam permainan bola sepak pada
waktu petang. Namun begitu, Syafiq seorang yang introvert dan pemalu. Semasa
mengajukan beberapa soalan, dia hanya mampu menjawab sepatah dan kurang memberi
respon dalam perbincangan.
- Seterusnya, berdasarkan pemerhatian saya terhadap Jannatul Raudhah Binti Azhar
pula ialah saya mendapati bahawa Jannatul juga kanak-kanak yang sihat. Dia juga tidak
mempunyai sebarang penyakit yang membahayakan. Jannatul merupakan seorang kanak-
kanak perempuan yang ekstrovert dan mampu menjawab soalan yang diajukan tanpa rasa
ragu-ragu. Namun begitu, penglibatan Jannatul dalam bidang sukan kurang memuaskan.
Menurut Jannatul, masa petangnya lebih banyak duduk dirumah berbanding bermain di
padang.
- Hal ini dapat dilihat dalam teori kecergasan pelbagai yang dipelopori oleh gardner iaitu
perbezaan kecerdasan Interpersonal iaitu mudah interaksi.
- Guru boleh mengaplikasikan perancangan projek yang bersifat kejiranan
- Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki,
manakala murid lelaki lebih kepada kecerdasan ruang.

1.0 GENRE PENULISAN


Aspek genre penulisan atau corak penulisan juga merupakan antara penting dalam melihat
penulisan hasil karya penulis kolonial dan penulis tempatan. Penulis kolonial menghasilkan genre
penulisan yang berbentuk naratif dan diskriptif yang bercorakkan ilmiah manakala penulis
tempatan pula menghasilkan karya pelbagai jenis genre seperti keagamaan, sastera, undang-
undang Melayu lama, epik dan pelbagai puisi (Azhar, 2013).
Kebanyakan penulis kolonial menghasilkan karya dalam bentuk penulisan naratif dan deskriptif
yang bercorak ilmiah manakala penulis tempatan pula menghasilkan pelbagai jenis genre
penulisan seperti sastera, keagamaan, undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentuk puisi
dan pelbagai cabang sastera rakyat (Hazman Azhar,2013). Hal ini dapat kita lihat pada lampiran
rajah 1 iaitu penulis kolonial menulis karyanya dalam bentuk penceritaan manakala pada rajah 2
penulis tempatan pula menulis puisi iaitu pantun. Penceritaan

3. Tema Penulisan:

Seterusnya, perbandingan yang Tema penulisan dalam penulisan pensejarahan


tradisional Melayu tidak lari daripada membicarakan soal salasilah keturunan raja-raja,
naratif berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan
sesebuah kerajaan.
Apabila pengaruh kolonial Inggeris mula menguasai Tanah Melayu, tema penulisan
sejarah kolonial mulai meluas. Tema penulisan sejarah di Tanah Melayu pada ketika
itu termasuklah sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu, sejarah yang berkait
dengan masyarakat, budaya, bahasa dsb.

Para pegawai kolonial mengkaji hal-hal berkaitan teks kesusasteraan Melayu, bahasa
dan ilmu-ilmu dalam bahasa Melayu, kepercayaan, adat-resam, agama dan corak
kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.

Selain itu, dalam melakukan kajian terhadap amalan dan kepercayaan tertentu
masyarakat Melayu, para pengkaji kolonial sanggup menemui orang-orang sumber bagi
mendapatkan fakta penulisan yang tepat seperti R.O Winstedt yang melakukan kajian
terhadap amalan perbomohan dan upacara keramat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Beliau telah melihat sendiri ritual-ritual perbomohan di Tanah Melayu pada masa
tersebut sebelum menulis hasil kajiannya iaitu Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the
Evolution of Malay Magic yang diterbitkan pada tahun 1925.

Dalam membantu memahami budaya dan bahasa masyarakat tempatan juga, para
penulis kolonial turut mendapatkan bantuan daripada para pemikir tempatan.
Contohnya, W.G Shellabear telah mendapatkan bantuan daripada Sulaiman bin
Muhammed Nur dalam mengkaji hikayat Melayu seperti Hikayat Hang Tuah dan Hikayat
Seri Rama, selain berkerjasama menerbitkan Kitab Kiliran Budi, kitab pepatah Melayu
pada tahun 1909.

Antara kit pembelajaran yang telah dihasilkan, ialah rakaman lagu sekolah. Kit ini
bertemakan mengenali sekolah. Bahan yang diperlukan dalam kit ini ialah computer, cd dan
pembesar suara. Murid diminta untuk menyanyi lagu sekolah bersama-sama dengan penuh
bersemangat. Setelah selesai nyayian, guru akan mentafsirkan maksud lagu itu kepada murid dengan
menyatakan kedudukan misi dan visi sekolah di dalam lagu sekolah. Murid-murid diminta untuk
berdiri dan menyatakan ‘apa yang menarik di sekolah’. Melalui jawapan yang diberikan oleh murid
guru boleh kaitkan dengan buku teks. Di akhir hasil pembelajaran saya, murid-murid dan
menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap. Selain itu, murid juga mengenalpasti lokasi
sekolah dan menceritakan sejarah penubuhan sekolah. Seterusnya murid juga menyatakan cogan
kata, visi dan misi sekolah

Kit yang telah saya hasilkan ialah sebuah montaj yang bertajuk sekolah saya bagi murid-
murid tahun 4. Kit ini bertemakan suasana di kawasan sekolah. Dalam kit saya ini, ia terdiri daripada
sehelai kertas A3 dan mempunyai beberapa keping gambar yang berkaitan dengan suasana sekolah.
Murid-murid akan dibahagi beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mendapat sehelai kertas
A3 dan gambar-gambar berkaitan. Murid-murid diminta untuk melekatkan gambar tersebut
mengikut kreativiti di atas kertas yang disediakan. Di akhir hasil pembelajaran, murid-murid
diharapkan dapat menjelaskan tanggungjawab sebagai warga sekolah dan mengenal pasti usaha-
usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah.

Seterusnya kit saya hasilkan ialah puzzle bergambar yang menunjukkan pecahan gambar
bagi setiap kemudahan yang terdapat di sekolah. Kit ini bertemakan menjaga kebersihan sekolah.
Dalam kit ini saya memerlukan sampul surat dan kepingan gambar puzzle. Pada aktiviti ini, murid
diminta duduk dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat satu sampul surat yang berisi
tempat yang sering dikunjungi oleh murid seperti kantin, perpustakaan dan kelas. Kumpulan yang
berjaya menyiapkan puzzle tersebut dikira pemenang. Bagi kumpulan yang kalah mereka diminta
untuk membuat demontrasi tentang cara-cara menjaga kebersihan di kawsan sekolah. Di akhir hasil
pembelajaran, murid dapat mengenal pasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan
keindahan sekolah.

You might also like