You are on page 1of 10

09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

Search Home Profile Account

Adakah melilit benang hitam pada kanak-kanak Write a note Friends' photo albums
amalan syirik?
by Darussyifa' on Saturday, 13 November 2010 at 03:45

Amal Hafiy
by Suryati Zainal
Darussyifa''s notes
Notes about Darussyifa'

Browse notes
Friends' notes
Umrah 2005 & 2007
Pages' notes by Suryati Zainal
My notes
My drafts Sponsored Create an advert

Notes about me

Jump to friend or Page

Subscribe
Darussyifa''s notes

Report Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak- kanak menghadapi
masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu
tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai
ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini
diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR


Jerantut, Pahang

Jawapan

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada
tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat. Saya dengan bahasa yang penuh
diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu
sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

facebook.com/…/10150124617849012 1/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…
Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya bertentangan dengan ajaran
Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud:

“Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
barang siapa yang menggantung tangkal (tamimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan
hajatnya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wad’ah), maka Allah tidak
akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada
benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang
diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ):


Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang
lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku
jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan
kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam
keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran
bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah
bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda
melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat
pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang
disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem percayai bahawa dengan memakai tangkal
pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik,
samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

facebook.com/…/10150124617849012 2/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau
membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di
pinggang kanak-kanak atau orang tua -tua, atas kepercayaan ia boleh memberi
manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya):


“Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai,
maka dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a’lam.
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

_______

Dipetik dari kitab :


"Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan - Bersama Tuan
Guru Dato' Dr. Haron Din".

Sila dapatkan naskah anda sekarang untuk perincian yang lebih jelas :
http://www.facebook.com/photo.php?
fbid=450857797977&set=a.388862387977.171134.274625277977

_______

Info tambahan :

facebook.com/…/10150124617849012 3/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

Peralatan yang digunakan semasa mencukur jambul bayi (terdapat benang hitam)

'Benang Tridatu' yang dipakai oleh penganut Hindu

Benang yang terdiri daripda tiga warna ini melambangkan 3 dewa yang esensial dalam agaama Hindu.
Dewa Brahma (pencipta) dilambangkan dengan warna merah. Dewa Wisnu (pemelihara) selalu
dilambangkan dengan warna hitam. Dewa Siwa (pelebur) yang dilambangkan dengan warna putih.

Ketiga-tiga dewa ini disebut sebagai Trimurti

_______

Sunat-sunat Kelahiran menurut Syarak

facebook.com/…/10150124617849012 4/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

1. Melaungkan azan dan iqamah

Disunatkan melaungkan azan dan iqamah kepada bayi sebaik saja dilahirkan iaitu azan ke telinga
kanannya dan iqamah ke telinga kirinya, sama ada bayi itu lelaki atau perempuan. Diriwayatkan dari
Abi Rafi’ r.a. yang menceritakan;

ُ ‫رأﻳﺖ ُ رﺳﻮلَ اﻟﻠ ّﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠ ّﻪ ﻋﻠﯿﻪ وﺳﻠﻢ أذّن ﻓﻲ أُذن اﻟﺤﺴﯿﻦ ﺑﻦ ﻋﻠﻲ ّ ﺣﯿﻦ َ وﻟﺪﺗﻪ ُ ﻓﺎطﻤﺔ‬

“Aku melihat Rasulullah s.a.w. melaungkan azan ke telinga Husain bin Ali r.a. ketika ia dilahirkan oleh
Fatimah”.
(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Hakim dan Ahmad)

Husain bin Ali r.a. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

ِ ‫ وأﻗﺎ مَ ﻓﻲ أُذ ُ ﻧِﻪِ اﻟﯿ ُ ﺴ ْ ﺮَى ﻟ َﻢ ْ ﺗ َﻀ ُ ﺮّه ُ أُ مﱡ اﻟ ﺼّﺒ ْ ﯿﺎن‬،‫ﻣَﻦ ْ و ُ ﻟِﺪَ ﻟَﻪ ُ ﻣَﻮ ْ ﻟُﻮدٌ ﻓﺄذﱠن َ ﻓﻲ أُذ ُ ﻧِﻪِ اﻟﯿ ُ ﻤ ْ ﻨَﻰ‬

“Sesiapa dilahirkan untuknya anak, lalu ia melaungkan azan ke telinganya yang kanan dan melaungkan
iqamah ke telinganya yang kiri, nescaya tidak akan berupaya memudaratkannya Ummu Shibyan (Ummu
Shibyan ialah jin perempuan yang selalu mengganggu anak-anak).
(Riwayat Ibnu as-Sunni)

2. Memohon perlindungan Allah untuk anak yang baru dilahirkan

Di antara doa perlindung untuk anak-anak ialah yang berbunyi;

ٍ‫ وَ ﻣِﻦ ْ ﻛ ُ ﻞّ ﻋ َ ﯿ ْ ﻦ ٍ ﻻ ﻣﱠﺔ‬،ٍ‫ ﻣِﻦ ْ ﻛ ُ ﻞ ِ ّ ﺷ َ ﯿ ْ ﻄﺎن ٍ وَھﺎ ﻣﱠﺔ‬،ِ‫أُ ﻋِﯿﺬ ُ كَ ﺑِﻜَﻠِﻤﺎتِ اﻟﻠﱠﻪِ اﻟﺘﱠﺎ ﻣﱠﺔ‬

Maksudnya: Aku memohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari
segala syaitan dan binatang berbisa serta dari setiap sihir ‘ain (sihir dari pandangan mata) yang
membawa kejahatan dan penyakit.

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan untuk
kedua-dua cucunya iaitu Hasan dan Husin dengan membaca ….(doa di atas)….Baginda berkata;
‘Sesunggungnya bapa kita Ibrahim a.s. dulunya telah memohon perlindungan dengan (membaca)
kalimah tersebut untuk Ismail dan Ishaq a.s.’.
(Riwayat Imam al-Bukhari, al-Hakim, Ibnu Majah, at-Tirmizi dan Abu Daud)

Ada di kalangan ulamak menggalakkan kita membaca ayat 36 dari Ali Imran ke telinga kanan bayi yang
baru dilahirkan. Iaitu ayat yang berbunyi :

ِ ‫ّﻲ أُ ﻋِﯿﺬ ُ ھَﺎ ﺑِﻚَ وَذ ُ رِّﻳﱠﺘَﮫَﺎ ﻣِﻦ ْ اﻟﺸ ﱠ ﯿ ْ ﻄ َﺎن ِ اﻟ ﺮﱠﺟِﯿ ﻢ‬
“ ِ ‫وَ إِﻧ‬

…dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan
syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”. (Ali-Imran; 36)

facebook.com/…/10150124617849012 5/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

2. Memberi nama kepada bayi


(Sila baca “Panduan memberi nama anak” dalam laman ini)

3. Melakukan Aqiqah
(Sila baca “Fiqh Aqiqah” dalam laman ini)

4. Mencukur rambut

Disunatkan mencukur kepala bayi -sama ada lelaki atau perempuan- pada hari ketujuh ia dilahirkan iaitu
selepas dilakukan aqiqah. Kemudian disunatkan rambut yang dicukur itu ditimbang dan disedekah emas
atau perak seberat rambut tersebut. Sunnah ini berdalilkan beberapa hadis yang telah pun disebutkan
tadi.

Dan disunatkan melumurkan kepala bayi itu dengan Za’faran setelah dicukur dan dimakruhkan
melumurnya dengan darah aqiqah kerana ia adalah perbuatan orang-orang jahiliyah. Diriwayatkan dari
Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;

ِ‫ﻛﺎن أھﻞ اﻟﺠﺎھﻠﯿﺔ ﻳﺠﻌﻠﻮن ﻗﻄﻨﺔ ﻓﻲ دم اﻟﻌﻘﯿﻘﺔ وﻳﺠﻌﻠﻮﻧﮫﺎ ﻋﻠﻰ رأس اﻟﻤﻮﻟﻮد ﻓﺄﻣﺮھﻢ اﻟﻨﺒﻲ ﺻَﻠ ّﻰ ﷲ ﻋ َ ﻠَﯿ ْ ﻪ‬
ً ‫وَﺳ َ ﻠ ّﻢ أن ﻳﺠﻌﻠﻮا ﻣﻜﺎن اﻟﺪم ﺧﻠﻮﻗﺎ‬

“Orang-orang pada zaman Jahiliyah (apabila menyembelih aqiqah) mereka mencelup kapas ke dalam
darah binatang aqiqah dan meletakkannya (yakni melumurnya) ke kepala bayi yang lahir (setelah
dicukur kepalanya). Lalu (selepas datangnya Islam) Nabi s.a.w. mengarahkan supaya mereka
menggantikan darah itu dengan khaluq (yakni sejenis wangian/bauan campuran dari za’faran dan
bahan-bahan wangian yang lain, warnanya merah bercampur putih).
(Riwayat Imam Ahmad)

facebook.com/…/10150124617849012 6/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

5. Bertahnik

Disunatkan mentahnik bayi yang baru dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan dengan buah tamar.
Tahnik (‫ )اﻟﺘﺤﻨﯿﻚ‬bermaksud; seseorang mengunyah/memamah buah tamar, lalu memasukkannya ke
dalam mulut seorang bayi dengan menggosok-gosokkannya ke langit-langit bayi itu agar dikecap dan
ditelan olehnya. Jika tidak terdapat buah tamar, bolehlah diganti dengan makanan lain yang manis.
Abu Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan;

ِ‫ وَﺣَﻨﱠﻜَﻪ ُ ﺑِﺘَﻤ ْ ﺮَةٍ وَدَ ﻋ َﺎ ﻟَﻪ ُ ﺑ ِﺎﻟْﺒَ ﺮَﻛَﺔ‬،َ‫ْ ﺮَا ھِﯿ ﻢ‬:‫ﻓَﺴ َ ﻤﱠﺎه ُإِﺑ‬-َ‫ﻠ ﱠﻰ ﷲ ُ ﻋ َ ﻠَﯿ ْ ﻪِ وَﺳ َ ﻠ ﱠﻢ‬-َ‫ ﻓَﺄَﺗَﯿ ْﺖ ُ ﺑِﻪِ اﻟﻨﱠﺒِﻲ ﱠﺻ‬،ٌ‫و ُ ﻟِﺪَ ﻟ ِﻲ ﻏ ُ ﻼ َم‬

“Dilahirkan untukku seorang bayi, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w., lalu baginda
menamakannya Ibrahim dan baginda mentahnikkannya dengan sebiji tamar serta mendoakan
untuknya keberkatan”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hendaklah yang mentahnik itu orang-orang yang terkenal baik dan soleh. Oleh yang demikian, sunat
dibawa anak yang baru dilahirkan kepada orang-orang soleh dan bertakwa untuk ditahnik oleh mereka
dan supaya mereka mendoakan keberkatan serta kebaikan untuknya. Jika tidak terdapat lelaki,
bolehlah dibawa kepada perempuan yang soleh dan bertakwa.

6. Berkhitan

Al-Khitan (‫ )اﻟﺨﺘﺎن‬berasal dari kalimah Khatana (‫ )ﺧﺘﻦ‬yang bermaksud “memotong”. Al-Khitan bagi lelaki
ialah; memotong kulit yang menutupi kepala zakarnya supaya tidak berhimpun kekotoran di situ.
Adapun bagi perempuan ialah; memotong sedikit kulit di bahagian paling atas farajnya (yakni yang
berada di atas dari lubang masuk zakar) yang kelihatan seperti biji atau balung ayam.

Dalil disyari’atkan khitan ini, antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;

ِ‫ وَ ﻗَﺺ ﱡ اﻟﺸ ﱠ ﺎرِب‬،ِ‫ وَﻧَﺘ ْﻒ ُ اﻹ ِ ﺑِﻂ‬،ِ‫ وَﺗ َﻘ ْ ﻠِﯿ ﻢ ُ اﻷَظْ ﻔَﺎر‬،ُ ‫ وَاﻻﺳ ْ ﺘِﺤ ْ ﺪَاد‬، -ُِ ‫َﺎن‬
‫و ْ ﺧَﻤ ْ ﺲ ٌ ﻣِﻦ َ اﻟْاﻟْﻔِﺨِﻄْﺘﺮَة‬-َ ‫اﻟْ ﻔِﻄْ ﺮَة ُ ﺧَﻤ ْ ﺲ ٌ أ‬

“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut
bulu ketiak dan menipiskan misaim”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Hukum Khitan

Dalam mazhab Syafi’ie, hukum berkhitan adalah wajib sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Disi
mazhab Hanafi, berkhitan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam
Ahmad pula berpandangan; ia hanya wajib ke atas lelaki sahaja. Adapu ke atas perempuan, hukumnya
hanyalah sunat.

Waktu berkhitan

Waktu berkhitan tidak disyaratkan ketika kecil. Oleh itu harus berkhitan ketika dewasa. Namun
demikian, disunatkan para wali mengkhitankan anaknya pada hari ketujuh kelahirannya jika orang yang
menjalankan khitan melihat anaknya itu mampu dan tidak sakit. Saidatina Aisyah r.a. menceritakan;

‫أﻧﻪ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﻪ وﺳﻠﻢ ﺧﺘﻦ اﻟﺤﺴﻦ واﻟﺤﺴﯿﻦ ﻳﻮم اﻟﺴﺎﺑﻊ ﻣﻦ وﻻدﺗﮫﻤﺎ‬

facebook.com/…/10150124617849012 7/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka
berdua”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

7. Mengucapkan tahniah sempena kelahiran

Disunatkan kita mengucapkan tahniah kepada seorang bapa yang baru dikurniakan anak oleh Allah.
Adapun lafaz tahniah, sebaik-baiknya kita mengamalkan ucapan tahniah yang diajar oleh Saidina
Husain r.a., iaitu;

‫ وﺑﻠﻎَ أﺷﺪﱠه ور ُزﻗﺖ ﺑ ﺮّه‬،َ ‫ وﺷﻜﺮت َ اﻟﻮاھﺐ‬،‫ﺑﺎركَ اﻟﻠ ّﻪ ﻟﻚَ ﻓﻲ اﻟﻤﻮھﻮب ﻟﻚ‬
.

“Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu
mensyukuri Tuhan yang maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan
semoga kamu akan diberi rezki kebaikannya”.

Dan bapa/penjaga yang menerima ucapan tahniah atas kelahiran bayinya itu disunatkan pula
menjawab;

‫ أو أﺟﺰلَ اﻟﻠ ّﻪ ﺛﻮاﺑَﻚ‬،‫ ورزﻗﻚ اﻟﻠ ّﻪ ﻣﺜﻠ َﻪ‬،ً ‫ وﺟﺰاكَ اﻟﻠ ّﻪ ﺧﯿﺮ ا‬،‫ وﺑﺎرَك ﻋﻠﯿﻚ‬،‫ﺑﺎركَ اﻟﻠ ّﻪ ﻟﻚ‬

“Semoga Allah memberi keberkatan untuk kamu dan melimpahkan keberkatan ke atas kamu, semoga
Allah membalasmu dengan kebaikan, semoga Allah memberi rezeki kepadamu seumpamanya atau
semoga Allah melimpahi pahalaNya kepadamu”.

Atau ucapan balas yang seumpamanya.

***‫***وﷲ أﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮاب‬

Dipetik daripada :
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Share

331 people like this.

View previous comments 50 of 98

Nurrulshida Jamaludin salam...kat kampung biasa bidan kampung


lepas cukur dia pakaikan tali hitam ni...ada ceritanya waktu anak
lepas cukur tu bidan pakaikan..lepas tu ana balik ke n9 semula..anak
asyik nangis ajer sepanjang jalan..ana kata pasai apalah...ruqyah
adalah juga bacakan...takmau juga diam..lepas tu ana tengok ana
gunting dlm kete..ana gunting..lepas tuuu anak diam dan tido...ana
yakin bahawa hanya allah berkuasa atas segalanya...
22 November 2010 at 15:13

Rahimah Maharam Ia syirik kerana menggunakan benda sebagai


simbol. Seperti satu penyembahan. Ia berbeza dengan ubat kerana
ubat ada dua jenis samada ia dimasukkan ke dalam badan (minum,
suntik) atau dibacakan (ayat Al-Qur`an). Tiada simbol yang
ditinggalka... S ee more
22 November 2010 at 19:22

Mohd Hatta Bajuri saya mohon kongsi ilmu ini buat pedoman
muslimin ....izinkan ye tuan
23 November 2010 at 02:59

Naimah Shahari saya juga ingin mohon kongsi ilmu ni...


23 November 2010 at 05:27

Muhammad Shahrom Shafie Salam, mohon penjelasan detail bg


isu yg dibangkitkan Ahmad Ziakari : Orang dewasa pun pakai gelang
magnetic untuk hindari penyakit. Ada saya terbaca ianya dpt
mebetulkan aura tubuh; adakah ini berkait dgn roh/jasad/amalan
tangkal dan dikira syirik? Mohon penjelasan segera dari
Dato'/Darussyifa'. t.k. byk2.
23 November 2010 at 08:11

Azian Abdul Rahman mohon untuk share


24 November 2010 at 04:26

Delima Jamaludin sapatutnya amalan org2 dulu yang


bertentangan kita patut hindarkan...anak kita....kita berhak
tentukan apa yg betul dan salah disisi islam....
24 November 2010 at 07:08

Zati Arish Alhamdulillah pernah alami apabila ory ya dihormati


memakaikan gelang pada anak yang masih berusia beberapa
hari..saya menolak dengan lembut..kedua ada nada keras bercampur
nas ..ketiga menyatakan isi hati sendiri serta nas tidak mahu...tetapi
dipakikan juga gelang suasa di tangan kanan dan kiri anak...perang
terjadi dan kini alhamdulillah bertaut kembali kasih....terima kasih
ustaz
24 November 2010 at 20:05

IdabbJoy Fjg salam..minta dikongsi..trimksh.


25 November 2010 at 22:07

Jeffri Senin Salam..mohon utk kongsi..tk


26 November 2010 at 01:41

Azida Fuad izin share kerana info yg sgt bagus


26 November 2010 at 02:49

Noris Ma info yang sangat bagus ,semoga janganlah kita percaya pada tangkal

facebook.com/…/10150124617849012 8/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…
atau pendinding.....
26 November 2010 at 03:49

Anna Ejai mohon share,DR. HARON DIN...TERIMA KASIH


26 November 2010 at 05:12

Cikgu Naza NurAqilah Terima kasih kerna perkongsian ilmu


27 November 2010 at 08:24

Losminah Alos Assalamualaikum alhamdulilah mohon share, Dr


HARON DIN ..TERIMA KASIH
27 November 2010 at 18:02

Mustaqim Najib http://klinik-muallij.blog


spot.com/2010/11/penubuhan-sebuah-persatuan-perawat.html
Penubuhan sebuah Persatuan Perawat Islam Malaysia, tidakkah kita
mempunyai idea ini? Memiliki Pengerusi, Koperasi, Ahli Jawatankuasa
setiap negeri dan lain-lain lagi
28 November 2010 at 13:57

Qasehku Olia TQ info yg menarik...mohon share...


28 November 2010 at 16:22

Najeehah Mahidin salam... izinkan sy untuk... share kan artikel


ini..
29 November 2010 at 02:05

Omar Ibrahim terima Dato....ingin share


30 November 2010 at 02:47

Nurazyyati Latib tima ksih dgn info d ats. nmpknya sy kna print n
tunjukkn pd mrk yg suka sgt pkaikn benang utk ank mrk.
30 November 2010 at 14:57

Hazlinda Zainal salam Dato'...mohon izin share...tq


05 December 2010 at 00:22

Mazelan Wahab Nama lagi tangkal, dah tentunya tak


boleh...percaya tangkal=syirik la tu (mendua kan Allah s.w.t)..terima
kasih Dato' perjelaskan. Byk lagi kat luar ni pakai benda2 ni. Nampak
mcm remeh tapi secara tak sedar kita berdosa..Wallahuaklam...Al
lahuakbar...
06 December 2010 at 16:21 · 1 person

Mohd Salleh A Samad salam.. mohon share..


08 December 2010 at 11:56

Munirah Mustaffa Salam, mohon izin untuk share.


08 December 2010 at 21:55

Bros Lee ini bru best..


10 December 2010 at 06:08 via Facebook Mobile

Shina Ibrahim salam.. mohon utk share.. tima kasih..


10 December 2010 at 08:26

Shukri Saleh assalaamualaikum..mohon untuk share.......


14 December 2010 at 08:49

Mohd Khairi Zulkiply ilmu di gali mcm mana dalam pon tak akan
abis,. tq..
15 December 2010 at 04:47

Nur Izzati Darham salam..izin kongsi..shukron..


15 December 2010 at 05:34

Siti Hajar Goh Abdullah mohon share


15 December 2010 at 11:07

Rubi Atun Alhamdulillah, syukron katsir Ustadz ! atas ilmunya.....


Baarokallahu fiiik
16 December 2010 at 08:52

Marini Anmar assalammualaikum...ustaz,ank sya sering demam


panas blah mlm,siang kurang sikit...msuk hospital,ambik darah...baik
sekejap saje...2,3 minggu...anak demam balik...org ckap mgkin di
tegor,...betul ke ustaz..saya pun tk pndai nk menentu kan,...apa
harus saya lakukan....
19 December 2010 at 23:45

Ikhtiar Madu Rasullullah s.a.w amat menyukai minum madu yg


dicampurkan dgn air sejuk. Amalan ini utk tujuan pemeliharaan
kesihatan. Baginda juga suka minum air sejuk & mencicip madu
sebelum makan apa-apa di waktu pagi. Khasiatnya menghilangkan
kahak, me... S ee more
21 December 2010 at 14:54

Salwa Binti Yusof Saya dah lama tinggalkan amalan ikat benang
hitam konon biar lekat air sembahyang dianggota bayi dan bayi tak
kena sawan tangis,tapi akhir2ni masih ada ustaz perawat kononya
guna benang kuning hitam supaya bayi tak sawan tangist.
22 December 2010 at 15:22

Hassan Albana Boleh diikhtiarkn dgn cara diruqiyyahkn (didoakn)


pd anak & air.. air guna utk mandi 3 ptg.. mulakn mandi dr kaki.. bilas
dgn air doa pd akhir mandian.. Nk baca apa?? pd anak & air..
AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul.. tiup pd anak dan air.. buat dgn
yakin.. usahakn ... kesembuhan milik Allah..
22 December 2010 at 17:17

Norizan Ismail izinkan sy share ustz


23 December 2010 at 02:19

facebook.com/…/10150124617849012 9/10
09/03/2011 Adakah melilit benang hitam pada kan…

WanMuhyiddin WanHarun minta izin utk share...


27 December 2010 at 09:31

Sarina Mamat Kia izin utk share...


29 December 2010 at 03:25

Mara Kerma Nizar izinkan saya share maklumat in..thks


08 January at 23:54

Umie Jazz izin share maklumat yer..ustaz...


28 January at 07:11

Nafsiatul Akmal mohon share ye :)


14 February at 19:00

Hasnawati Is-mail Jadi pengetahuan baru... terima kasih...


18 February at 03:10

Zam Zainol nak kongsi maklumat ustaz


18 February at 04:26

Zarina Ayu mohon share...


18 February at 04:29

Nazwa Husna ustz...bagaimana kt nk menglak dari santau...,atau


mkn...d kdai2...krana sy dpt info....ada hamba allah kata....ada
separuh kdai ada santau
18 February at 11:05

John Rambo mohon share ustaz


26 February at 18:52

Facebook © 2011 · English (UK) About · Advertising · Developers · Careers · Privacy · Terms · Help

4 Engku Iskandar Aishah Ab Razak 0 Chat (49)

facebook.com/…/10150124617849012 10/10

You might also like