You are on page 1of 8

Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

AMALAN REFLEKTIF KE ARAH PENINGKATAN


PROFESIONALIME DIRI GURU

Boon Pong Ying


Jabatan Ilmu Pendidikan

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan pentingnya guru sebagai pemangkin untuk pelajar


membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi
perubahan-perubahan semasa. Justeru itu, guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat
memikul tanggungjawab tersebut. Antaranya amalan refleksi melalui penulisan
reflektif/jurnal, portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, perkembangan
professional on-line serta aktiviti Pusat Kegiatan Guru dapat membawa kepada
peningkatan professional diri guru. Strategi-strategi tersebut merupakan
jentera untuk guru membuat refleksi selain mendorong guru mengamalkan
penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu dalam amalan
pengajaran-pembelajaran. Dengan mengamalkan pemikiran reflektif, guru
dapat meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan
kemahiran serta menjadi “more thoughtful teachers”.

As teachers we must believe in change, we must know it is


possible, or we wouldn’t be teaching – because education is
a constant process of change. Every single time you “teach”
something to someone, it is ingested, something is done with it,
and new human being emerges.
(Leo Buscaglia)

PENDAHULUAN

Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai


penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka.
Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun,
sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam
pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang
yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada
seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa
melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67).

102
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya


pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu
yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku
di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka.
Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.
Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran
profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu
proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan
komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran;
mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan,
kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,
1999). Salah satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk melanjutkan
pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka.

Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang


hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Istilah-
istilah baru, kaedah pengajaran-pembelajaran yang terkini, teknik-teknik
pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah
beberapa contoh perubahan yang signifikan dalam pendidikan.

STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN PROFESIONALISME DIRI DAN


AMALAN REFLEKSI

Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju


ke arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri untuk seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara
strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk
melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem
pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan,
perkembangan professional “on-line” dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan

Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran


dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar
guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat
mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan
potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh
kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan
pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.

103
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan


pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru
melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru
yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk
sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru
seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi
kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi
dalam pengajaran.

Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah Peningkatan


Profesionalisme Guru

Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional.


Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan
tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey
(1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa
membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan,
kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan.

Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang


kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian
serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi
yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka
ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara
sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti
ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan
penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan
pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).

Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran


kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan
memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala
refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya
dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua
refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu
guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif
menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari
refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal.

Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan


perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui
perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan
dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang
kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan

104
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai


tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang
boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam pada
itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan
intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman
dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara logik.

Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi

Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran


sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang
mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat
memperkukuhkan perkembangan diri guru. Ia menggambarkan kemahiran-
kemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu.

Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses
perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat
refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa.

Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu


amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap
tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji
dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah.

Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi


lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan
mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat
refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu
tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas
balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan
mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau
mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran
dan refleksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi
kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber-
sumber lain. Pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu
cara dokumentasi professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997). Proses
membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti
pengajaran, keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang
pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang. Maka, portfolio
pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional
dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga
guru. Khazanah harian ini bernilai “berlian” jika digilap tetapi bagai kaca jika
disalut debu atau terbiar sahaja.

105
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk


menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah
mengetahui, mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh
diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak,
dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus
kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap
berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.

Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif

Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah


menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan
dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam
pengajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan
wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan
profesionalisme diri serta bertindak secara professional.

Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi


yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “what’s going on”, “why
things are happening that way” dan “how are we going to resolve the problem”.
Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk
dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi dan tindakan.
Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut
berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan
profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan
kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan
pendapat.

Amalan Konsep “Belajar Seumur Hidup”

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep “belajar seumur


hidup”. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan
memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap
bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi
kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .

Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar


seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan
khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
kini, dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui
ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih
berpengalaman. Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme
diri ialah membuat jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai
mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi
ilmu, dan kemahiran dengan mereka.

106
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT


dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan
pembelajaran secara “on-line”. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet
adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education
Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam
perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,
Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002).

Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri

Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah


sistem pementoran di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan
baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan
item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai
seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat,
dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme
mereka. Mengikut Anderson (1987), pementoran merujuk kepada :

…a nurturing process in which a more skilled or more experienced


person, serving as a role model, teaches, sponsors, encourages,
counsels and befriends a less skilled or less experienced person
for the purpose of promoting the latter’s professional and/or
personal development.

Berdasarkan definisi di atas, ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses


perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal
pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang
sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada
peningkatan profesionalismenya.

Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan


perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk
membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar
topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator
yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri
sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan,
membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek
dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka
akan menjadi “more thoughtful teachers”. Dengan cara ini, guru akan dapat
menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana
hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan
Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan interactive professionalism.

107
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

KESIMPULAN

Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan


guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu
membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran
– pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari
segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah
yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus
perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

BIBLIOGRAFI

Anderson, E.M. (1987). Definitions of mentoring. Unpublished manuscript.

Bolin, F. S. (1988). Helping student teachers think about teaching [Membantu


guru pelatih berfikir mengenai pengajaran]. Journal of Teacher Education,
39 (2), 48-54.

Boon, P. Y. (2002). Pelaksanaan kerja kursus berportfolio di kalangan guru


praperkhidmatan. Disertasi doktor falsafah yang belum diterbitkan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Broadhead, P. (1976). Changing practice, feeling good: Primary professional


development explored [Perubahan praktik: Meninjau perkembangan
profesionalisme asas]. Journal of Education, 25 (3).

Day, C. (1999). Developing teachers: The challenges of lifelong learning


[Perkembangan guru: Cabaran pembelajaran seumur hidup]. London:
Falmer Press.

Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective


thinking to the educative process [Bagaimana kita berfikir: Suatu
pernyataan semula tentang hubungan pemikiran reflektif kepada proses
pendidikan]. Boston, MA: Heath.

Fullan, M. & Hagreaves, A. (1993). Changes forces: Probing the depth of


educational reform [Perubahan daya: Mengkaji reformasi pendidikan].
London: Falmer Press.

Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kagan, D. M. (1992). Professional growth among preservice and beginning


teachers [Perkembangan profesionalisme di kalangan guru
praperkhidmatan dan guru permulaan]. Review of Educational Research,
62 (2), 129-169.

108
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2

Loughran, J. & Corrigan, D. (1995). Teaching portfolios: A strategy for


developing learning and teaching in the pre-service teacher education
[Portfolio pengajaran: Suatu strategi untuk meningkatkan pembelajaran
dan pengajaran dalam pendidikan guru praperkhidmatan]. Teaching and
Teacher Education, 11 (6), 565-577.

Mohamad Sani Ibrahim. (2002, Mei 6-8). Perkembangan profesionalisme guru:


Satu tuntutan dan satu kemestian. Kertas dibentangkan di UPSITEC2002:
The inaugural UPSI international teacher education conference,
Putrajaya.

Mohamed Amin Embi, Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff.
(2002). Online professional development for a community of practicing
English language teachers [Perkembangan profesionalisme online untuk
komuniti guru bahasa Inggeris]. Dalam Prosiding seminar kebangsaan
profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Richert, A. E. (1990). Teaching teachers to reflect: A consideration of programme


structure [Mengajar guru untuk membuat refleksi: Suatu pertimbangan
struktur program]. Journal of Curriculum Studies, 22, 509-527.

Robiah Sidin. (2002). Konsep guru profesional. Dalam Prosiding seminar


kebangsaan profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Schon, D. A. (1983). The reflective practitioner: How professionals think in


action [Pelaksana yang reflektif: Bagaimana para profesional berfikir
dalam tindakan]. New York: Basic Books.

Schon, D. A. (1987). Educating the reflective practitioner: Towards a new


design for teaching and learning in the professions [Mendidik pelaksana
yang reflektif: Ke arah rancangan baru untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam profesion]. San Francisco: Jossey-Bass.

Seldin, P. (1997). Successful use of the teaching portfolios [Kejayaan


penggunaan portfolio pengajaran]. Bolton, MA: Anker Publishing
Company.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations for a new


reform [Ilmu dan pengajaran: Asas untuk reformasi baru]. Harvard
Educational Review, 57 (1), 1-22.

Zeichner, K. & Liston, D. (1987). Teaching student teachers to reflect [Mengajar


guru pelatih untuk membuat refleksi]. Harvard Educational Review, 57
(1), 23-48.

109

You might also like