You are on page 1of 13

PERSOALAN GERAK SKEN, MATA KETIGA DAN

KASYAF
(ARTIKEL UNTUK AHLI GERAK SEJATI SAHAJA) Kajian dan susunan Ibnu Elaji Al-Banae

1|Page

BAB 1:
PERSOALAN GERAK SKEN DALAM PERGURUAN GERAK SEJATI Susunan: Ibnu Elaji Al-Bana'e Adakah gerak Sken (Mengesan aura menggunakan tangan) sama dengan Tilikan seperti yang dilakukan oleh para ahli sihir? Sedangkan Allah dan Rasulnya mengharamkan mendatangi ahli tilik, kahin atau ahli nujum? Jawapan: Ahli Tilik atau Kahin (peramal nasib, membaca tapak tangan dan seumpamanya) dan Ahli Nujum (Peramal masa depan dengan melihat bintang, meramal dengan mantera-mantera) adalah yang dilarang oleh Allah dan RasulNya dengan bukti pelbagai dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang kita maklumi. Sedangkan Gerak Sken pula adalah satu kaedah merasa aura iaitu mengesan "memori-memori gerak-geri makhluk yang telah berlalu, bukannya meramal masa depan.

Menurut pakar Psycology yang mengkaji metafizika menyatakan bahawa setiap pekerjaan atau gerakan manusia yang telah dilakukan samada yang dilakukan oleh segala makhluk di muka bumi mahupun di alam semesta ini, segalanya akan terakam menjadi memori. Manakala memori itu pula boleh dikesan dengan kaedah-kaedah tertentu bagi mereka yang mengetahui kaedahnya. Ini bermakna gerak sken hanya mengesan yang telah berlaku atau sedang berlaku, bukannya yang belum berlaku atau terjadi lagi. Yang belum berlaku itu adalah perkara dalam urusan Tuhan yang Maha Kuasa (Walaubagaimana pun sebahagian dari golongan manusia khawwas terutama para Waliullah kadang-kadang mendapat firasat tentang sesuatu perkara yang bakal berlaku. Perkara ini dinamakan Karamah). Gerak sken sekirannya dilihat secara zahir ada persamaan dengan tilikan, sedangkan pada hakikatnya berbeza dari segi kaedah dan tujuan. Mari kita lihat perbezaannya:

2|Page

Tilikan Ahli Sihir: Dilakukan dengan bantuan Jin atau makhluk halus dengan mantera-mantera tertentu atau menggunakan asap kemenyan, keris lama dan menjamu hantu (bernegosiasi dengan jin dengan menuruti kehendak jin seperti menyembelih ayam hitam dll). Meramal masa depan dan musibah-musibah yang akan datang. Tidak membawa kepada mendekati Allah dan RasulNya malah memecah belah masyarakat sebagai ejen santet/santau atau ilmu hitam.

Gerak Sken (mengesan aura): Kaedah yang terbit dari HAQ dalam diri manusia yang Allah Azza Wajallah telah berikan kepada Bani Adam sejak penciptaannya. Dilakukan dengan hati yang tenang dengan zikrullah dan doa (ruqyah) minta bantuan serta petunjuk Ilahi. Gerak Sken tidak akan berjaya kalau tiada rasa taabbud (menghambakan diri beribadat) kepada Sang Pencipta malah bersikap sombong, ujub, bangga diri dan kemaksiatan sedangkan gerak sken itu sendiri adalah HAQ Allah Taala. Tidak menggunakan perantaraan Jin, Syaitan atau semangat-semangat mana-mana makhluk, hanya semata-mata menggunakan HAQ (An-Nafs). Diguna untuk mengesan penyakit atau aura-aura negatif mahupun aura-aura positif dengan kaedah mengesan memori, kerana setiap memori mempunyai aura yang boleh dikesan.

Dengan menggunakan Gerak Sken yang digabungkan dengan bacaan doa (ruqyah), dengan izin Allah swt sihir-sihir dan kedudukan gangguan makhluk halus boleh dikesan. Kerana setiap gerakan samada yang zahir dan yang batin akan meninggalkan kesan (memori) yang boleh dirasa menggunakan telapak atau jari tangan. Bagi mereka yang mempunyai bashirah (mata hati), kebanyakan kes mereka tidak memerlukan Gerak Sken yang menggunakan tangan, dengan hanya menggunakan "rasa hati" sudah cukup. Kelebihan Manusia Anak Adam mempunyai kelebihan di muka bumi ini berbanding makhluk lain. Bukan sahaja dijadikan Khalifah malah dinobat sebagai Sebaik-baik kejadian oleh Allah swt dalam AlQuran. Satu kelebihan yang Allah swt bagi ialah Roh yang diciptaNya kepada Bani Adam iaitu seperti ketika Allah swt memasukkan Roh (Ciptaan) KU dalam jasad Nabi Adam a.s.: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya Roh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud Al-Hijr, ayat 15:28-29.

3|Page

BERSUJUDnya sekelian makhluk kepada manusia ciptaan-Nya iaitu setelah Roh (ciptaan) KU telah ditiupkan kedalam, maka itulah dia yang dinamakan HAQ. Ia adalah jiwa kepada manusia yang Imam Al-Ghazali menyebutnya sebagai An-Nafs al Insaniyyat dalam kitab Ihya Ulumuddin. An-Nafs itulah asas kepada Gerak Sken. Ini kerana An-Nafs itu bersifat Yang Tahu, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran: Akan tetapi di dalam diri manusia ada bashirah (yang tahu) Al-Qiyamah, ayat 75:14

Dalam hal ini, Abu Sangkan dalam bukunya Berguru Kepada Allah menyatakan, Kata Bashirah ini disebut sebagai yang tahu atas segala gerak manusia, sekali pun sangat rahsia (sifatnya) . Roh adalah jiwa kepada fizikal yang secara otomatik membawa gerakan nafas tanpa dapat dihalang kerana ia (nafas) adalah hak milik mutlak Allah swt. Nafas menarik oksigen ke otak dan menular ke seluruh badan, secara saintifiknya tanpa oksigen sel-sel yang ada di seluruh badan akan mati. Sekiranya nafas sudah terputus maka menandakan akan terpisahnya Jasad dengan Roh. Jasad akan kembali ke tanah (sebagai tempat asalnya) dan Roh akan kembali ke hadirat Maha Pencipta kerana Roh adalah datang daripada-Nya sepertimana yang Dia sebut Roh (ciptaan) KU. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadaNya jua tempat kita kembali). Surah Al-Baqarah, ayat 156.

YANG TAHU itu juga dengan kata lain dalam istilah Tasawwufnya dipanggil Kasyaf atau pun Pandangan Tembus. Hal ini, Muslimin yang Mukmin yang terlalu hampir dirinya dengan Allah swt iaitu dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan dengan memperbanyak zikir, akan mendapat banyak kelebihan dari Allah swt. Bukan sahaja doa mereka makbul malah mempunyai Pandangan Tembus yang lebih telus dan jitu berbanding manusia lainnya. Sebab itu Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah (Riwayat At-Tirmizi dan At-Tabrani)

4|Page

BAB 2:
PANCAINDERA KEENAM: Mata Ketiga Bagi Non-Muslim Pancaindera Keenam di negara barat disebut Sixth Sense kadang-kadang juga disebut Third Eyes atau Mata Ketiga. Para pengguna Mata Ketiga dari kalangan Hindu-Buddha menyebut Mata Ketiga dengan Mata AJNA. Di barat ramai yang boleh mengendalikan Mata Ketiganya untuk berkhidmat membantu menyelesaikan perkara-perkara mistik sebagai ahli Psycic. Definisi Mata Ketiga dari perspektif Hindu-Buddha adalah berdasarkan Hululiyyah (Bersatu dengan Tuhan): Leo seorang pakar PSIKOLOGI TRANSPERSONAL dari Indonesia memberi definisi Mata Ketiga "TEMPAT menyatunya Roh Manusia dengan Roh Tuhan. Manusia memiliki roh namanya Roh Manusia. Tuhan itu Roh dan berhubungan dengan Roh Manusia. Tempat berhubungan antara Tuhan dan Manusia itu namanya Mata Ketiga".

Penafsiran Non-Muslim terhadap Kasyaf kadang-kadang berbeza antara satu dengan yang lain tetapi masih meletakkan asasnya sebagai "Bersatunya Roh manusia dengan Tuhan". Begitu juga dalam amalan Meditasi YOGA contohnya, mengekalkan senaman YOGA sebagai kaedah menghayati "separa sedarnya" untuk penerokaan mata ketiga iaitu shingga bersatu dengan Tuhan. Sebab itu mengapa unsur-unsur muzik yang mendayu-dayu dialunkan untuk membantu mendapat lebih ketenangan dalam menghayati MEDITASI alam Separa Sedarnya. Sami-sami Hindu-Buddha meletakkan Tafakur atau MEDITASI sebagai kaedah awal memasuki alam Separa Sedar sekaligus dapat menggunakan Mata Ketiga. MEDITASI dilakukan bersama mantera-mantera Sanskrit-Pali sebagai penambah kekusyukan. Dunia meditasi Hindu-Buddha adalah yang tertua jauh sebelum kemunculan Islam lagi. Para sami adalah yang paling dikagumi kerana kelebihan-kelebihan yang Mencarik Adat (yang sebenarnya Istidraj) sehingga golongan sami dianggap wakil Tuhan yang "mengetahui" perkara-perkara ghaib sekali pun ianya berupa sihir-sihir belaka. Para sami juga sebahagiannyan mempunyai kemahiran menakjubkan seperti "Pengalaman Keluar dari Tubuh" atau disebut Out of Body Experiences (OOBE). Para Sami Hindu-Buddha telah lama mengkaji keajaiban diri manusia sebab itu adalah tidak menghairankan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap titik-titik "power" yang ada dalam diri manusia. Berikut adalah kajian Hindu-Buddha tentang Mata Ajna (Mata Ketiga) yang disusun secara saintifik mengikut Chakra:

5|Page

Chakra: Menurut Eddy Tenribra Gandranata menyatakan: "Kononnya Chakra yang ada dalam tubuh manusia itu berjumlah 365 Chakra terdiri dari Chakra Utama, Sederhana dan Kecil dan 72,000 meridian. Sehingga jumlah pusat energi atau chakra juga sangat banyak. Dari jumlah chakra yang banyak itu, maka 7 chakra utama adalah yang mempunyai tugas sangat penting bagi jiwa raga manusia. Energi alam semesta, energi kundalini, energi tenaga dalam, bioenergi yang terdapat dalam makhluk hidup termasuk tumbuh-tumbuhan yang merupakan energi yang sangat vital yang mempunya sifat mirip dengan energi lain, seperti energi panas, energi elektrik, wap air dll, energi-energi ini merupakan salah satu cara penyembuhan alternatif melalui chakra. Jadi Chakra merupakan pusat energi yg merupakan titik pangkal dimana kalau darah mengalir melalui pembuluh darah, tapi energi-energi tersebut diatas mengalir melalui lorong meridian yang berpangkal pada titik-titik meridian tertentu pada tubuh lalu membentuk pusat-pusat energi. Disebut juga chakra keenam, chakra mata ketiga, chakra kebijaksanaan, chakra pusat mata atau chakra master. Letaknya ditengah-tengah antara alis kita, kemudian 1 cm keatasnya. Chakra ini sangat istimewa, kerana ia melambangkan kebijaksanaan. Warnanya Indigo = Ungu kebiruan atau nila. Tugas utamanya mengendalikan dan memberi energi kepada kelenjar-kelenjar, sistem endokrin: Hyphothalamus dan Pituitary dan yang paling utama adalah Pineal Gland, kelenjar Pineal inilah yang sangat berperanan dalam hal teropong-meneropong! Lihat Gambar! Yang unik lagi Chakra ini berfungsi juga mengawal dan mengendalikan kemampuan melihat sesuatu yang bersifat non-fizik (Metafizika), ini yang sering disebut Teropong jarak jauh, tentu yang dekat lebih-lebih boleh, dan bahasa londonya clairvoyance atau waskita. Juga intuisi yang sungguh peka mendengar dan menangkap visi, bisikan, tandatanda atau suara-suara Illahi. Juga mempunyai pandangan yang realistik. Chakra ini harus bersih, makin bersih hasil teropongnya juga makin jelas, tapi kalau kotor, jangan harap boleh lihat hasilnya, dengan kata lain hanya sekadar mendapat gelap gulita!!

6|Page

Chakra-chakra itu harus senantiasa diaktifkan, termasuk chakra Ajna ini, makin aktif bererti makin tajam dan makin berkembang. Bagaimana cara mengaktifkannya? Dengan meditasi yg rutin dan olah raga (latihan) yang teratur.Yang paling bagus adalah dengan meditasi aktif atau gerakan, jadi seperti disembur air dengan tekanan tinggi. Tetapi dengan cara olah raga lebih cenderung membersihkan chakra dasar, maka pada kebanyakan atlit chakra dasarnya lebih besar daripada chakra Ajna atau chakra Mahkota. Pada hal kita perlu Chakra Mahkota mahupun Ajna yang lebih besar dari chakra-chakra lainnya. Bagaimana kita boleh mempunyai kemampuan meneropong itu, baca baik-baik keterangan di atas. Lakukan meditasi yang boleh membuka mata ketiga atau Tianmu, apakah setiap orang boleh mendapatkan kemampuan itu? Jawabnya bergantung kepada Xinxing dan Wuwei seseorang dan kaedah meditasinya".

Penjelasan Untuk Ahli Gerak Sejati:


Berbeza dengan Mata Ketiga atau Kasyaf (terbuka Hijab) yang ada di dalam tradisi Islam, syariat Islam terlalu berhati-hati mengawal dan menjaga keadaan ini dengan hanya memberi mandat atau kepercayaan kepada individu yang hampir dengan Allah swt sebagai yang mendapat kasyaf. Hampirnya para Waliullah itu kepada Maha Pencipta lantaran mendapat kelebihan-kelebihan "Ketuhanan" bukanlah berdasarkan "bersatunya Roh manusia dengan Maha Pencipta" (Hululiyyah) seperti yang di fahami oleh aliran Mata Ajna Hindu-Buddha.
7|Page

Bagi Islam, adalah mustahil Tuhan boleh bersatu dengan Makhluk-Nya. Perkara ini walaupun ada individu Ulama' Islam yang tertuduh menganut Hululiyyah seperti Al-Hallaj (Tanah Arab) dan Syeikh Ibnu Arabi (Andalusia), Syeikh Siti Jenar (Tanah Jawa), Syeikh Al-Fansuri (Tanah Aceh) dan ramai lagi, tetapi kesahihannya masih diperdebatkan oleh para Ulama samada mereka benar-benar menganut Hululiyyah atau hanya sekadar persangkaan atau fitnah kepada mereka. Larangan terhadap Hululiyyah dalam Islam sangat keras hinggakan menghukum "terkeluar dari Agama Islam" kepada penganut Hululiyyah, sekiranya tidak bertaubat halal darahnya untuk dikenakan hukuman bunuh. Sebagai contoh, seorang ulama Melayu Klasik di Tanah Banjar bernama Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari yang mengarang kitab fikah terkenal di alam Melayu bertajuk Sabil al-Muhtadin telah memfatwakan tidak sah solat seseorang muslim bermakmumkan seorang imam yang berfahaman Hululiyyah.

Kesimpulan dalam hal ini ialah, Kasyaf atau Mata Ketiga itu boleh dilatih bagi mereka yang telah "Terbuka Hijab". Bagi yang belum boleh melakukan latihan-latihan Meditasi Chakra seperti yang disebutkan untuk membuka energi chakra masing-masing. Bagi umat Islam, perkara ini perlu diperhalusi mengikut jalur Syariat. Sebab itu latihan Chakra Ajna (Mata Ketiga) atau Kasyaf yang dilakukan oleh Non-Muslim seperti yang kami paparkan di atas sangat terdedah dengan gangguan-gangguan Jin dan Syaitan. Tersilap langkah boleh gila isim (semangat ROH gagal dikembalikan) atau dirasuk hingga membawa kepada kegilaan halusinasi yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat amnya. Yang lebih merbahaya, gangguan Jin dan Syaitan tidak setakat menyebabkan berhalusinasi dengan perkara-perkara yang kononnya indah dan ajaib tetapi boleh menggelincirkan aqidah dengan hanya sekelip mata. Pembukaan Mata Ajna tanpa tuntunan secara Syar'i boleh menjerumuskan Muslimin kepada tahyul khayalan dan kegelinciran aqidah yang tiada penghujung. Ia boleh menjerumuskan pengamalnya kearah tertutup kebesaran Ilahi dalam hati dan sanubari, hanya kerana kagum dengan "Kebolehan Sendiri" bermain Mata Ketiga menerobos Alam Semesta. Hinggakan pada akhirnya mungkin terkeluar kenyataan Syatahat seperti ini, Aku mencari Allah, menerobos langit ke tujuh tapi aku tidak bertemuNya. Aku terus mencari dan mencari namun aku hanya dapat melihat diri KU sendiri. Ternyata WUJUD AKU adalah Wujud Allah. AKU adalah Allah. Ana al-HAQ! Ana al-HAQ! Ana alHAQ!.

Ucapan di atas adalah contoh Syatahat (ucapan separa sedar tenggelam dalam zouk kerohanian) sebahagian ahli Sufi yang kalau diucapkan di khalayak akan menyebabkannya dituduh menganut Hululiyyah dan boleh dihukum bunuh menurut undang-undang Syariah, kerana hukum Syariah berjalan di atas kenyataan zahir. Oleh kerana zahir ucapan di atas jelas kufurnya menunjukkan manusia bersatu dengan Tuhan maka sekiranya tidak bertaubat hukuman pancung wajib dijalankan demi kepentingan Aqidah ummah dalam Negara Islam.
8|Page

Syatahat mistik seperti di atas menurut jumhur ulama muhaqiqin tidaklah bersalahan dengan syariat sekiranya dibahas dan diperhalusi. Kerana syatahat tidak boleh dinilai dari perspektif zahirnya kerana ucapan syatahat seperti itu terhasil dari zouk (asyik-mabuk) ketika tenggelam dalam kelazatan menyaksikan KEBESARAN ILAHI. Walau bagaimanapun syatahat tidak boleh didedahkan kepada orang awam kerana ia terkandung bahasa keTuhanan yang sukar difahami oleh orang awam. Kelazatan ketika tenggelam dalam MENYAKSIKAN KEBESARAN ILAHI tidak ada bahasa yang boleh menyebutNya atau menggambarkanNya. Terdedahnya syatahat para ahli Sufi kepada pengetahuan orang awam dikhuatiri menyebabkan fitnah umum berlaku. Maka kesilapan ahli Sufi mendedahkan syatahat perlu dihukum dengan hukuman zahir (Syariah). Oleh yang demikian, ilmu-ilmu yang dikira ganjil dan ghaib oleh orang awam harus, malah wajib disorok dari pengetahuan mereka.

9|Page

KASYAF & FIRASAT: Bahagian Kedua


Susunan: Ibnu Elaji Al-Bana'e Mata Ketiga Dalam Perspektif Islam: Mata Ketiga bermaksud tersingkapnya tabir dan terlihat perkara yang ghaib-ghaib menggunakan "deria separa-sedar". Dalam ilmu Tasawwuf keadaan ini dipanggil Kasyaf yakni terbukanya hijab sempadan antara alam zahir dan alam ghaib dengan izin Allah swt. Maka terlihatlah segala (bayangan) makhluk-makhluk atau perkara-perkara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Para ahli Sufi khawwas yang kasyaf ini mereka akan mendapat firasat-firasat tertentu yang dianggap sebagai karamah. Geganjilan kasyaf ini juga turut dialami oleh orang awam. Sekiranya orang awam muslim yang mendapat kelebihan seperti ini disebut sebagai mendapat Ma'unah. Dan sekiranya orang kafir yang mendapatkannya maka disebut sebagai istidraj. Kasyaf Sebahagian Dari Karamah: Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah (Riwayat Tirmizi dan At Tabrani) Pernah berlaku, sewaktu Sayidina Umar r.a. berada di Madinah, beliau telah mengirim sepasukan tentera di bawah pimpinan Sariyah ke Nahawunda untuk menghadapi tentera Parsi. Dalam peperangan itu, tentera Islam terpukul hebat dan hampir-hampir akan kalah. Saidina Umar r.a. yang ketika itu sedang berkhutbah di masjid telah dibukakan hijab kasyafnya oleh Allah swt hinggakan dia dapat melihat situasi peperangan tersebut. Secara spontan Umar menjerit memerintahkan Sariyah dan tenteranya bertahan di atas sebuah bukit. "Hai Sariyah! tolong betulkan kedudukan tentera kamu. Naik di atas bukit kerana di belakang bukit itu ada satu pasukan tentera musuh akan memukul kamu"

Arahannya itu dapat didengar oleh tentera Islam yang jauh ratusan (mungkin ribuan) batu lalu mereka mengubah strategi dan akhirnya mencapai kemenangan. Kaum muslimin yang hadir di dalam masjid menjadi hairan melihat Umar memberikan arahan perang di ketika beliau sendiri sedang berkhutbah dari atas mimbar itu. Cerita sahih berdasarkan pengalaman kasyaf seperti yang dialami oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a. sangat banyak terutama dikalangan para Sahabat Radhiallahuanhuma dan para waliyullah. Tidak akan muat dalam artikel sekecil ini. Bagi ahli Sufi, Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi-Nya. Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin (guru mursyid) dan dijaga (dengan berserah diri kepada Allah swt), nescaya menjadi istidraj kepada mereka.

10 | P a g e

Hal-hal kasyaf sebenarnya telah pun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: "Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka".

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut: Kasyaf Mata Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam. Kasyaf antara lain ialah: 2) Kasyaf Telinga 3) Kasyaf Mulut 4) Kasyaf Akal 5) Kasyaf Hati

Maka kasyaf (terbuka hijab) menurut perpektif Islam boleh sahaja berlaku kepada orang awam yang Muslim dengan anugerah Ma'unah daripada Allah swt.

11 | P a g e

PANCAINDERA KEENAM: Bahagian Ketiga


Susunan: Ibnu Elaji Al-Bana'e Secara saintifiknya manusia mempunyai 5 rasa pada kulit fizikal yang dinamakan Indera Penyentuh, iaitu rasa panas, rasa sentuh, rasa sakit, rasa sejuk, rasa tekanan. Lima rasa tersebut adalah yang kita panggil sebagai Pancaindera Pertama. Selain itu terdapat beberapa lagi pancaindera yang terdapat pada kepala. Iaitu mata, telinga, lidah, hidung yang secara fizikalnya kita gunakan untuk melihat, mendengar, merasa (manis, pahit, masam, tawar dll) dan menghidu bau. Pancaindera fizikal ini keseluruhan susunannya seperti berikut: 1. Indera Penyentuh 2. Indera Pengelihatan 3. Indera Pendengaran 4. Indera Rasa (Lidah) 5. Indera Bau (Hidung) Secara fizikalnya manusia mempunyai 5 pancaindera, tetapi pengalaman manusia telah menjelaskan kewujudan SATU RASA lagi yang sukar dibuktikan dengan fizikal iaitu kebolehan merasa perkara ghaib. Inilah yang disebut sebagai PANCAINDERA KEENAM. Dalil syari menyatakan tiada yang lebih mengetahui tentang perkara ghaib melainkan Allah swt, yang Maha Mengetahui segala zahir dan yang batin. Walau bagaimanapun Allah swt telah melengkapkan kejadian manusia dengan kelengkapan yang tiada pada makhluk lain di muka bumi mahupun di seluruh alam semesta ini. Inilah kelebihan yang Allah swt kurniakan sebagai sebaik-baik kejadian kepada Bani Adam. Pancaindera Keenam telah diberi kepada Bani Adam sejak dalam kandungan ibunya. Pemberian yang istimewa ini bukan untuk menyombong diri, ujub, bangga diri dan sebagainya tetapi untuk mensyukuri-Nya. Allah swt berfirman: Dan Allah telah melahirkan kamu menerusi rahim-rahim ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu pun; dan Dialah yang menjadikan bagi kamu pendengaran, pengelihatan dan hati, agar kamu mensyukuri-Nya An-Nahl: 78

Ketika dalam rahim ibu kita tidak mengetahui apa pun, tetapi kita telah diberi Roh oleh Allah swt yang mana roh tersebut adalah dari Allah swt sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh-Nya roh tersebut adalah datang dari Roh (ciptaan) Ku. Roh (An-Nafs) itu sendiri bersifat yang tahu kerana mempunyai tiga pancaindera yang disebutkan itu (pendengaran, pengelihatan, hati).

12 | P a g e

Tiga pancaindera ini adalah seperti Mata kepada Roh (An-Nafs) tersebut yang kita panggil sebagai Mata Ketiga (kerana Roh itu sendiri adalah ghaib sifatnya). Kelebihan inilah yang disebut sebagai terbuka hijab atau kasyaf kepada segolongan manusia yang khawwas ( Orang mukmin khusus). Pada asalnya manusia sejak lahir memang terang mata ketiganya. Sebahagiannya tertutup (hijab) kerana faktor-faktor tertentu, sebahagiannya pula celik hingga mencapai usia tua terutama kepada golongan Mukmin yang Khawwas yang diberi karamah. Jangan hairan apabila didapati segolongan manusia dapat melihat makhluk-makhluk ghaib, atau dapat merasa sesuatu yang bakal berlaku mahu pun yang tak dapat dilihat, atau pun dapat mendengar sesuatu (bisikanbisikan) yang tidak dapat didengar oleh orang lain (yang terhijab). Mata ketiga inilah yang dinamakan PANCAINDERA KEENAM, pelengkap kepada 5 pancaindera yang kita sebutkan di atas. Allah swt mengajak kita memperhatikan diri sendiri untuk membuktikan kekuasaan-Nya yang ada pada diri kita. Dengan demikian kita akan bertambah kenal akan DIA: Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? AzZariyat, 15:21

Berkata Abu Sangkan dalam bukunya Berguru Kepada Allah pernyataan ulama terkenal, Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu, barang siapa tahu (kenal) akan dirinya, maka dia tahu (kenal) akan Tuhannya. Demikianlah penjelasan terhadap pancaindera keenam (Mata Ketiga). Dalam hal ini perlulah dijelaskan, mata ketiga dan gerak sken mempunayi persamaan kerana datang dari SATU SUMBER iaitu Bashirah (mata hati) atau pun yang disebut Yang Tahu. Penjelasan kepada Ahli Gerak Sejati: Ini menunjukkan kepada kita bahawa setiap manusia memiliki mata ketiga, tinggal lagi samada tinggi atau rendah jelas dan kurang jelas sahaja. Yang mendapat kelebihan tinggi ialah mereka yang dapat melihat bayangan makhluk-makhluk ghaib (terbuka hijab pendengaran, pengelihatan dan mata hati) dan yang rendah hanya mampu dengan gerak sken itu pun dengan ketulusan hati dan latih tubi secara berterusan untuk mendapatkan art (seninya). Alhamdulillah!! Mari kita bersyukur kepada Allah swt dengan segala pemberian nikmat pancaindera yang masih ada pada kita. Sekecil-kecil nikmat pun wajib kita syukuri inikan pula yang lebih besar seperti anugerah mata ketiga. Mari kita sama-sama istiqamah beribadat kepada-Nya, lakukan segala suruhan, menjauhi segala larangan-Nya, Ya Allah berikan kami kekuatan dan kesungguhan Istiqamah, amin ya Rabbal Alamin!

13 | P a g e

You might also like