You are on page 1of 50

1

LOMPAT TINGGI
 PENGENALAN
Ia merupakan salah satu acara padang yang
memerlukan para peserta melompat melepasi palang.
 Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.
Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah
peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang
diletakkan.
Dalam abad ke-19, peserta lompat tinggi melompat dan
mendarat di atas tanah yang berumput dengan
menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara
membelakang.
Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para
peserta.

2
  Gaya yang paling kerap diaplikasikan oleh para
atlet bertaraf antarabangsa ialah gaya Fosbury.
Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop
telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara
lompat tinggi.
 Gaya Fosbury dicipta oleh Dick Fosbury pada
tahun 1968.
 Gaya Pelana paling mudah dipelajari oleh murid-
murid sekolah rendah dan kedua berkesan dari
aspek kejayaan para atlet.

3
FASA LOMPAT TINGGI
 i. Penujuan (run-up) – Larian menghala ke palang
 ii. Lompatan/ lonjakan (take – off) – tindakan kaki
untuk menaikkan badan
 iii. Melepasi palang / layangan (clearence) – Gaya dan
kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas
palang.
 iv. Pendaratan (landing) – sentuhan badan dan
bahagiannya dengan tempat mendarat.

4
GAYA LOMPAT TINGGI

 Gaya Gunting
 Gaya Pelana
 Gaya Guling Timur ( Eastern roll)
 Gaya Guling Barat (Western roll)

5
Gaya Gunting
 Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak
dengan kaki yang berada di luar dari palang.
 Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan
duduk berlunjur.

6
Rajah: Teknik lompatan gaya Gunting

7
GAYA GULING TIMUR
 Pelompat menuju ke palang secara lurus
dari hadapan (90 darjah).
 Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara
tegak ke hadapan badannya dan pelompat
melepasi palang secara mengiring.

8
Rajah: teknik lompatan gaya Guling
Timur

9
GAYA GULING BARAT
 Penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam
gaya Gunting.
 Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan
palang.
 Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa
pelompat “berguling” selari dengan palang untuk
membuat pelepasan.

10
Rajah: Teknik lompatan gaya Guling Barat

11
GAYA PELANA
 Gaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat.
 Pelompat menuju ke palang secara bersudut.
 Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke
bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di
atas palang.

12
Rajah: Teknik Gaya Lompatan Gaya Pelana

13
Rajah: Teknik Gaya Pelana Mendarat

Rajah: Gaya mendarat- selain pendaratan “tiga titik” ini


pelompat boleh berguling di atas bahagian belakang
badannya.
14
GAYA FOSBURY FLOP
 Penujuan ke belakang sebelum pelompat melonjak adalah
secara melengkung.
 Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang.

15
RAJAH: GAYA FOSBURY FLOP

16
RAJAH: GAYA FOSBURY FLOP SEMASA MENDARAT.

17
LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI
GAYA PELANA

 (a) Berdiri dengan kaki bebas di belakang.


Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan
tendang dengan kuat ke atas sambil kaki
yang melonjak menolak badan ke atas.
 TUJUAN LATIHAN - untuk melatih pelompat
supaya dapat menendang kaki bebas ke atas
dan melonjak.

18
 (b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a)
sambil menghayun kedua-dua belah tangan.
Latihan ini dapat membantu agar lonjakan
tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat
dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara
automatik.

19
 c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali
itu. Berjalan tiga langkah (mulakan dengan kaki lonjak) dan
tending kaki bebas ke atas paras tali. Selepas beberapa
percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan
melibatkan hayunan tangan seperti didalam latihan (b).
 Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh
perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat
lompatan.

20
 (d) Rentangkan tali hingga ke paras pinggang dan
ulangi latihan (c). Selepas melonjak dan badan berada
di atas paras tali, pusingkan badan dengan
merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat
mendarat atau tangan dan kaki bebas mencecah
kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu
pelompat melepasi palang atau tali semasa membuat
pendaratan.

21
 (e) Rentangkan tali pada paras pinggang. Berlari sejauh lima
langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali
dan pelompat mendarat dengan baik.
 Latihan ini merangkumi semua fasa lompatan. (Empat fasa
semuanya)

22
 (f) Latihan lompat tinggi gaya Pelana menggunakan
alatan yang sebenarnya (tiang dan palang lompat tinggi)
serta membuat lima atau tujuh langkah larian yang
pantas.

23
Rajah: Latihan ansur maju (a) dan (b) – latihan
menghayun kaki bebas

24
Rajah: Latihan ansur maju (c) – bergerak tiga
langkah dan melonjak

25
Rajah: Latihan ansur maju (d) dan (e)- melepasi tali dan
mendarat.

26
KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM
LOMPAT TINGGI GAYA PELANA

 (i) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak


terkawal.
 (ii) Badan kiri hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak
mencecah tanah.
 (iii) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.
 (iv) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan
bahu kanan melepasi palang.
 (v) Semasa melepasi palang, kaki belakang (kaki lonjak)
tidak diangkat

27
LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA
FOSBURY FLOP

 Sebelum memulakan latihan ini, murid-


murid mestilah terlebih dahulu dapat
menentukan kaki manakah yang akan
digunakan untuk membuat lonjakan.

28
 Berlari anak atau pantas beberapa langkah kehadapan dan
kemudian melengkung beberapa langkah ke kiri ( jika
melonjak dengan kaki kiri). Sekiranya pelompat melonjak
dengan kaki kanan, dia haruslah melengkung ke kanan.
Latihan ini hendaklah dibuat berulang-ulang.

29
OBJEKTIF LATIHAN
 Untuk melatih murid-murid ini supaya dapat berlari lurus
dan melengkung

30
Rajah: berlari lurus dan melengkung

31
Latihan II

 Sepertidalam latihan I, apabila pelompat


melangkah tandaan di bahagian melengkung,
dia mestilah melonjak dengan serta-merta ke
atas. Kemudian kedua-dua belah tangannya
dihayunkan ke atas (siku dibengkokkan) dan
badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki
bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di
atas kaki lonjak sambil menghadap tempat
permulaan.
 Latihan ini berupa latihan penujuan, lonjakan dan
memusing badan di udara.
32
Rajah: Latihan penujuan, lonjakan dan memusing
badan di udara.

33
Latihan III

 Seperti dalam latihan II, pelompat melonjak ke atas dan


melentikkan badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang
untuk menyentuh palang yang tergantung.
 TUJUAN - untuk melentikkan badan.

34
Rajah: Latihan membetulkan penujuan, lonjakan dan
memusing badan.

35
Latihan IV

 Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang


direntangkan. Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah
kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali.
Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atatu belakang
badan.

 TUJUAN - untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan


mendarat

36
Rajah: Latihan melentikkan badan, melepasi halangan dan
mendarat.

37
Latihan V

 Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus


melompat dengan gaya Fosbury Flop.
 Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan
tempat yang sesuai untuk melonjak.

38
Rajah: Latihan berlari pantas dan menentukan tandaan
untuk melonjak

39
PRINSIP UTAMA LOMPAT TINGGI

 1. Peserta hendaklah membuat lompatan menggunakan


teknik atau gaya lompatan mengikut keupayaan dan
kesesuaian sendiri.
 2. Peserta hendaklah mengikuti latihan secukupnya sebelum
mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan.

40
3. Untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan,
selain daripada persediaan dari segi fizikal, peserta juga
hendaklah bersedia dari segi mental, kerana semasa
pertandingan, peserta harus menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada acara itu.

41
 4. Peserta hendaklah mengambil langkah dengan cukup dan
tepat sebelum membuat lonjakan dalam sesuatu lompatan.
 5. Peserta hendaklah mengenakan pakaian dan peralatan
selengkapnya termasuk kasut atau spikes yang sesuai dan dan
mematuhu aturan dan undang-undang yang telah ditetapkan
untuk acara ini.

42
 6. Dalam apa-apa jua keputusan, peserta hendaklah
menerima dengan penuh semangat kesukanan, tanpa
mempertikaikan keputusan pegawai pertandingan dan
keupayaan peserta lain.
 7. Peserta boleh mengambil bahagian dalam seberapa banyak
pertandingan yang boleh demi meningkatkan prestasi dari
masa ke semasa tetapi jangan pula sampai membebankan diri.

43
 8. Amalkan sikap ingin terus maju setelah melibatkan diri
dalam acara ini, dan jika boleh mempunyai cita-cita untuk
mencapai kejayaan hingga peringkat yang lebih tinggi

44
PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI

 I. Peserta mesti melonjak dengan kaki sebelah


 2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan
yang disukainya.
 3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang
dan tidak melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan
atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.

45
 4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang
sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira
di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar
daripada pertandingan.
 5. Seseorang peserta berhak meneruskan
lompatannya ( walaupun semua peserta yang lain
gagal ) sehingga dia tidak dapat meneruskannya
lagi mengikut peraturan.

46
 6. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras
tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang. Lihat
rajah berikut:

47
RUMUSAN
 Kepentingan latihan dalam sukan termasuklah olahraga
padang seperti lompat tinggi merupakan suatu yang
seharusnya diberikan perhatian oleh para jurulatih, guru
pengawas dan atlet itu sendiri. Ini kerana tanpa latihan yang
sistematik, pencapainnya tidak mungkin pada tahap yang
maksimum terlaksana. sebenar

48
 Latihan kemahiran serta fizikal diperlukan oleh setiap atlet.
Bentuk dan jenis latihan adalah berbeza-beza mengikut jenis
acara serta tahap dan umur atlet.
 Dalam melakukan mana-mana aktiviti pergerakan sukan,
pemanasan badan mestilah dilakukan terlebih dahulu sebagai
langkah pencegahan terutamanya dari segi kekejangan, otot
terkoyak atau luka yang mungkin berlaku apabila atlet
memasuki latihan atau pertandingan sebenar.

49
SEKIAN
TERIMA KASIH

SYHIBIN BIN JAPAR


50 JABATAN PJK

You might also like