You are on page 1of 13

GARIS PANDUAN

MENGURUSKAN HARTA BENDA


DAN WANG TUNAI PESAKIT
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2000
PENGENALAN

• Polisi pengurusan harta benda dan wang tunai


pesakit diwujudkan supaya sistem pengurusan
dapat diselaraskan bagi semua Jabatan / Unit di
Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
• Polisi pengurusan harta benda dan wang pesakit
berpandu kepada Surat Pekeliling Kewangan
Bilangan 2 Tahun 2000 Garis Panduan
Menguruskan Harta Benda dan Wang Tunai
pesakit melalui surat rujukan (42) dlm KKM -
58/AM/017(26) bertarikh 18 Februari 2000.
Objektif
• Memastikan keselamatan harta benda dan
wang tunai pesakit terpelihara.

• Memastikan pengurusan harta benda dan


wang pesakit mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.
PENGURUSAN
• Pengurusan bermula dari penyimpanan dan harta benda dan
wang yang tidak dituntut oleh pesakit.
• Pesakit dan waris dimaklumkan supaya tidak membawa harta
benda dan wang tunai apabila dimasukkan ke wad. Sekiranya
mereka ada membawa harta benda benda berharga, mereka
hendaklah menguruskan membawa pulang melalui waris atau
saudara mara.
• Papan tanda PIHAK HOSPITAL TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
DI ATAS KEHILANGAN, KECURIAN ATAU KEROSAKAN HARTA
BENDA ORANG AWAM diletakkan ditempat strategik.
• Bagi pesakit yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak
sedarkan diri, pihak hospital bertanggungjawab menyimpan
harta tersebut sehingga pesakit pulih. Usaha perlu dilakukan
dengan seberapa boleh untuk menyerahkan harta tersebut
kepada waris/saudara terdekat.
• Bagi kes dimana harta benda pesakit tidak
dapat dikembalikan disebabkan pesakit
meninggal dunia atau tiada waris dapat
dihubungi, peraturan penyimpanan adalah
harus dipatuhi.
• Ketua Unit perlu memantau penyelenggaraan
buku daftar harta benda dan wang pesakit.
• Sampul khas berisi harta benda pesakit ini di
simpan di dalam laci berkunci.
Peraturan Pengendalian
Penyimpanan
o Sebarang harta benda atau wang tunai pesakit
yang tidak sedarkan diri hendaklah dikumpul
dan disimpan bersama satu sampul khas yang
bersiri. Nombor siri ini hendaklah didaftarkan
dalam satu buku daftar harta pesakit.
o Jenis barang yang dianggap berharga:
a. Wang tunai
b. Barang kemas
c. Dokumen penting termasuk kad
pengenalan,pasport,buku akaun,kad kredit,
buku cek dan sebagainya.
d. Kunci; dan
e. Barang-barang lain yang difikirkan beharga dan
bernilai.
o Sampul khas berisi harta benda pesakit ini
perlu dilakri (sealed) dan disimpan ditempat
selamat. Sampul ini akan dihantar dan
disimpan di unit hasil untuk tuntutan oleh
pesakit atau waris.
TINDAKAN KE ATAS HARTA BENDA
PESAKIT YANG TIDAK DITUNTUT
• Harta benda dan wang pesakit hendaklah
dipulangkan kepada pesakit atau waris dengan
seberapa segera apabila pesakit meninggalkan
wad hospital.
• Jika harta benda dan wang tunai pesakit tidak
dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh
pesakit meninggalkan wad,maka tindakan
berikut akan diambil iaitu;
Jika harta benda dan wang tunai pesakit tidak dituntut dalam
tempoh 30 hari dari tarikh diterima, maka tindakan yang berikut perlu
diambil oleh Unit Kewangan :

 Sampul khas yang berisi harta benda dan wang pesakit perlu
dibuka oleh dua orang pegawai (seorang pembuka dan seorang
saksi). Harta benda tersebut hendaklah dikembalikan kepada pihak
yang berkenaan. Contoh: Kad pengenalan kepada Jabatan
Pendaftaran Negara, buku bank kepada bank yang terbabit dan
sebagainya.
 Wang tunai dan harta benda pesakit hendaklah disenaraikan dan
diwartakan dalam Warta Kerajaan. Maklumat akan disahkan oleh
Pengarah Hospital sebelum dikemukakan kepada Penasihat
Undang-Undang Kementerian Kesihatan untuk pengwartaan.
 Sekiranya selepas pengwartaan itu harta benda dan wang pesakit
berkenaan dituntut, maka ia hendaklah dikembalikan dan
direkodkan di dalam buku pendaftaran yang berkenaan.
Sekiranya harta benda pesakit tidak dituntut
selepas 30 hari dari tarikh pengwartaan, wang
tunai itu hendaklah dikreditkan kedalam
Akaun Hasil (Kod 81302), manakala harta
benda pesakit diserahkan kepada Baitulmal
yang berhampiran.
CARTA ALIRAN PENGURUSAN

You might also like